MANUAL JUALAN · PDF file- Pelayan di warung roti canai dan medan selera Tanjung Agas Muar. ... Perniagaan Online. Sebelum anda mulakan jualan, anda kena tahu apa asasnya. Maka,
Post on 30-Jan-2018
229 Views
Preview:
Transcript
Bismillah.. Alhamdulillah, syukur kepada Nya atas limpah
kurnia. Selawat serta salam ke atas Junjungan Baginda Saw.
Apabila kita bercerita tentang perniagaan, hampir semua
mengetahui bahawa rezeki di dalam perniagaan adalah
sangat luas. Sehinggakan ramai yang cuba terjun di dalam
bidang ini walaupun tanpa ilmu.
Ada yang cuba menjual bermacam-macam produk sama ada
ianya produk kecantikan, kesihatan dan lain-lain. Ada yang
berjaya dan ada yang tidak.
Bagi yang berjaya, dah kompen rasa bangga. Tapi yang tak
berjaya ni, habis lah down. Rasa lemau aje bila nak berniaga
lagi.
Akhirnya, produk yang banyak ambil lama-lama bertimbun-
timbun. Ada yang duduk di bawah bantal, bawah katil, dapur
, ruang tamu sampai ke tandas. Hehe…jangan ,marah kalau
terasa. Ok, sebelum itu………Sebelum kita masuk kepada
MANUAL JUALAN SIDRACARE 1.0 , saya ingin
memperkenalkan diri saya.
Kenapa saya nak perkenalkan diri saya? Sebab ini ebook saya.
Dan saya nak bagitahu pada anda bahawa saya bukanlah sifu
yang ada segulung sijil dalam dunia perniagaan. Tapi yang
saya ada adalah guru / mentor dan pengalaman sebagai guru
intensif saya.
Kenali Diri Saya.
Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan.
- Bekas guru.
- Sekarang sebagai Co-Founder Sidracare
- Copywriter & Fb ads.
- Pengurus Pemasaran di AAY Permata Trading,
dan juga Sidracare.
Pengalaman sebelum ini :
- Tolong ayah potong rumput rumah jiran seawal darjah
4.
- Kerja packing kuih raya seawal darjah 6.
- Kerja buat telur pindang dan hantar ke warung.
- Pernah kerja buat puding untuk bazaar Ramadhan.
- Berpengalaman di dalam dunia bisnes sejak sekolah
menengah.
- Tolong mengecat di sekolah bersama Abang Din (Mando
Sekolah )
- Menjual minyak wangi tanpa modal.
- Pelayan di warung roti canai dan medan selera Tanjung
Agas Muar.
- Co-Founder Perfume Life (loading)
Cara baca ebook ini :
1) Baca perlahan-lahan sebab kadang kala ada istilah yang
anda baru dengar. Tapi jangan risau saya cuba buat
sesantai mungkin.
2) Baca dari kulit ke kulit. Jangan skip sebab manual ni ada
flow dia. Kalau anda skip dan tak baca langsung, jangan
harap anda nak buat sales kecuali anda memang dah
power.
3) JANGAN BACA kalau anda dah rasa mampu menjual.
Sebab itu saya namakan sebagai MANUAL ASAS JUALAN
1.0.
4) Tolong tanya kalau tak faham. Kat mana nak tanya?
Berikan soalan anda di www.sidracare2u@gmail.com
Ok, tu aje. Oleh sebab ini ebook, maka saya tulis tak panjang
sangat dan tak serius. Sedang-sedang aja….
Kita Mulakan Sekarang Dengan Asas
Perniagaan Online.
Sebelum anda mulakan jualan, anda kena tahu apa asasnya.
Maka, di bawah ini saya berikan asas sebelum anda menjual.
Sila baca baik-baik…(nada iklan beauty…kaseh)
1) Kenali (niche) Perniagaan Anda
Sebelum mulakan bisnes, anda perlu mengenali bidang
atau skop perniagaan yang anda pilih. Ada beberapa jenis
perniagaan yang perlu anda tahu. Salah pilih, menangislah.
Antaranya :
- Pelaburan
- Produk Digital
- Pertanian
- Makanan
- Pakaian
- Perubatan
- Kesihatan & kecantikan
- Permainan
- Aksesori
- Dan lain-lain.
Soalan :Sidracare tergolong di dalam bidang apa ?
Jawapan : Untuk produk Sidracare, ia tergolong di dalam
bidang kesihatan & kecantikan. Dan sangat berkait rapat
dengan rawatan Islam.
Justeru, sebaiknya anda tahu secara asas tentang perniagaan
yang berunsurkan kecantikan & kesihatan. Apatah lagi
berkait rapat dengan dunia perubatan Islam.
2) Kaji Pelanggan
Setelah mengenal pasti dunia perniagaan yang anda akan
tempuh, anda harus mengkaji bakal pelanggan anda atau
dinamakan prospek.
Soalan : Macam mana nak kaji pelanggan ?
Jawapan : Cara untuk mengkaji pelanggan-
kenal pasti masalah. Cuba buat research, jangan malas
dan malu.
tanyakan soalan kepada pelanggan (survey).
Contohnya , siapa di kalangan teman anda sama ada
jiran, kampong atau rakan di facebook, Instagram dan
lain-lain yang ada masalah gangguan jin, sihir, saka
atau santau.
dapatkan data seperti nombor telefon, nama facebook,
insta , atau e-mel untuk mengenal pasti masalah
dengan lebih lanjut.
Di sini, anda perlu bina keselesaan, dan cuba dapatkan
maklumat sebanyak mungkin tentang prospek.
Contohnya bila mula sakit, bagaimana terjadi, pernah
berikhtiar di mana, dan apa kesan yang diterima.
Tawarkan produk Sidracare kepada mereka. Sebaiknya
jika produk tu masih baru bagi mereka, cuba berikan
mereka diskaun atau jaminan puas hati.
sekiranya keselesaan dan kepercayaan sudah terjalin,
anda tawarkan prospek untuk mencuba produk
Sidracare. Sekiranya perlu, anda boleh mulakan
dengan harga diskaun pengenalan. Terutama jika ini
adalah pertama kali prospek anda membeli produk ini.
3) Kaji Produk.
Sebelum menawarkan Sidracare kepada prospek. Anda wajib
mengenali produk dengan baik. Barulah anda boleh
meyakinkan prospek untuk membelinya.
Soalan : apakah ciri produk yang baik untuk dijual ?
Jawapan : Cuba baca di bawah.
Ciri Produk Yang Baik Untuk Dijadikan Jualan:
Demand (permintaan) yang tinggi.
Terutama bagi mereka yang mengalami masalah yang
berkenaan.
Segera
Produk yang tak leceh, kalau pakai tak perlu banyak step. Dan
tidak perlu banyak kerja.
Saving
Jimat & menguntungkan bukan sahaja duit, tapi masa,
kuantiti, dan tenaga. Kerana menyelesaikan masalah mereka.
Memudahkan.
Produk yang baik adalah yang memudahkan solusi bagi
masalah pengguna. Seperti mudah dibawa ke mana-mana,
senang digunakan dan tidak melecehkan.
Berkesan.
Pastikan produk itu betul-betul berkesan. Sebaiknya tanpa
kesan sampingan terutamanya bagi produk kesihatan.
Repeatation/kesetiaan tinggi
Produk yang menepati selera pelanggan pastinya akan
menjadikan produk sebagai pilihan setia. Sama ada
menggunakan produk yang sama berulang kali atau
menggunakan produk yang lain di bawah jenama yang sama.
Margin untung yang besar
Jika produk yang anda pasarkan telah melengkapi semua ciri-
ciri di atas, cuba perhatikan sama ada produk tersebut
mempunyai margin keuntungan yang besar atau tidak. Jika
ianya mudah dijual + keuntungan tinggi, maka sebaiknya
fokus sehingga benar-benar mencapai target sales.
Checklist-
Adakah Produk Sidracare menepati ciri yang
dikehendaki ?
Ciri Ya/Tidak Huraian Demand (permintaan) tinggi. Ramai dikalangan
masyarakat mengalami masalah gangguan. Dan benar-benar memerlukan rawatan.
Segera Pengguna tidak perlu mengambil daun bidara, meruqyah dan merumuskan dengan pelbagai ramuan kerana semuanya sudah tersedia. Bahkan hanya picit atau tuang sahaja.
Saving Jimat masa kerana membantu
Mudah Berkesan Repeatation tinggi Margin untung besar
4) Mulakan jualan
Dah kenal pasti bidang, kaji pelanggan dan produk. Maka
inilah masanya untuk anda menjual.
Soalan: macam mana nak jual ?
Jawapan : Anda boleh menjual dengan dua cara –
i) Online.
Di sini, anda boleh pecahkan kepada beberapa chanel. Anda
boleh jual di :
a) Facebook
b) Instagram
c) Emel
d) Website
e) Amazon
f) Mudah.my
g) Google ads
h) Whatsapp
Tapi, yang paling trending sekarang adalah facebook ads. Apa
itu facebook ads ?
Ianya adalah sebuah chanel pemasaran melalui fb. Senang
kata macam ni. Kita upah fb untuk dia iklankan produk kita
secara berbayar. Modal terpulang kepada kita. Dan yang
paling bestnya , ROI (Return Of Investment) adalah sangat
tinggi.
Jika anda ingin belajar cara iklan di fb, anda boleh dapatkan
daripada saya nanti (dalam video tutorial fb ads) akan
datang. Jika anda berminat untuk hadir ke kelas pun boleh.
ii) Offline.
Maksud perniagaan secara offline adalah anda gunakan
kaedah tradisional seperti :
a) Buka booth di masjid, surau, kawasan taman,
tapak pasar malam, pasar tani dan lain-lain yang
dirasakan sesuai
b) Jual pada saudara mara, kawan, adik beradik.
c) Car boot sales.
d) Letakkan secara consignment pada pengusaha
kedai makanan Sunnah / took jamu / kedai
kesihatan. Nanti kutiplah duit dari semasa ke
semasa.
e) Sertai carnival / pameran untuk jualan.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh jual produk
Sidracare ni. Kalau cikgu-cikgu lagi best, boleh promote kat
sekolah lagi. In sha Allah ramai beli.
Soalan : saya takda modal. Macam mana nak jual ?
Jawapan: anda boleh menjual tanpa modal dengan beberapa
kaedah. Antaranya-
a) Pre-order
Kaedah ni memang power. Sebab apa? Sebab saya dah
pernah cuba dan sampai sekarang saya tetap amalkan.
Dulu, saya pernah jual wangian kasturi gaharu. Ya, saya
memang minat giler kalau jual perfume ni. Permulaan
saya jadi ejen dengan harga RM300 kalau tak silap.
Satu botol harganya RM25. Dan masa tu, harga saya
dapat adalah RM18. Kiranya, saya untuk RM7 untuk
sebotol.
Saya tamak , jadi saya nak untung lebih. Saya target nak
dapatkan dengan harga RM11.00 sebotol. Tapi kena beli
total RM1100. Alamak, macam mana nak buat ni ?
Saya fikir dan terus buat pre-order. Sebelum ni, saya
memang dah jual wangian. Jadi, saya contact semual
kawan-kawan atau ex-customer saya tu. Saya offer pada
mereka dengan tawaran menarik.
Sebotol RM25. Dua botol RM40. Haha, jimat RM10. Apa
lagi, mestilah nak jimat RM10 kan. Jadi pakat belilah
diorang tu sampai saya dapat kumpul lebih lagi daripada
apa yang saya niatkan.
Taraaa….mudah kan ? apa lagi, tiru lah……jangan baca
aje.
b) Kongsi modal / JV
Anda tak cukup duit? Tak susah. Jv atau join venture aje.
Kan lagi mudah.
Baik, katakanlah modal minima sidracare RM200. Anda
keluar RM100, partner keluar RM100. Keuntungan
bahagi sama rata.
Tapi, jangan bagi duit modal tu. Yang modal tu simpan.
Rolling balik. Dan kembangkan belian jika anda nak
besarkan jualan.
Lepas tu, maintain customer lama. Contoh macam ni.
Anda dah jual kepada 10 orang bulan Mei. Anda cari lagi
10 customer pada bulan Jun. tetapi ingat..!
Jangan sesekali tinggal customer lama. Anda kena follow
up balik customer bulan Mei dan tawarkan repeat order.
Nah, jika sampai pada bulan Julai. Anda follow up bulan
Mei dan Jun. dan akhirnya pada bulan Ogos, anda dah
ada sebanyak 40 orang customer….
Haaaa….mudah je kennnn….
c) Dropship.
Tuan puan…kami ada buka tawaran menjadi ejen
dropship. Apa tu dropship ?
Ianya adalah suatu sistem jualan secara mudah tanpa
modal yang besar. Contoh mudah macam ni. Anda
hanya perlu carikan customer , dan HQ akan pos barang.
Di sini, anda hanya perlu lakukan marketing. Tak perlu
keluar modal pun tetapi anda akan dapat komisen
berdasarkan jualan.
Ramai yang dah berjaya melakukan projek dropship ni.
In sha Allah, anda pun boleh lakukan.
5) Buat penambahbaikan.
Anda dah jual? Alhamdulillah….
Jika anda dah menjual, jangan duduk relaks aje. Anda kena
lakukan sesuatu. Apa tu ?
a) Lakukan follow up.
Anda kena selalu bertanya khabar. Silakan hubungi
mereka sama ada dengan cara sms/ whatsapp, emel dan
sebagainya. Yang kami sarankan adalah dengan cara
whatsapp broadcasting.
Kenapa follow up penting ? ianya penting kerana di sini
anda akan membina regular customer. Dan regular
customer adalah sangat penting kerana ianya ibarat gaji
pokok anda. Ada paham ?
b) Perbaiki servis.
Ya, perbaiki servis. Pergi ke bengkel dan tukar minyak
hitam, alligment dan lain-lain. Haha gurau aje. Ok baca
ni.
Cuba review atau flash back cara servis anda. Sama ada
cara anda respons di whatsapp, atau cara anda jawab
soalan, atau servis pos anda. Cuba renungkan.
Jika ada kekurangan, silakan perbaiki. Dan jangan malu
untuk bertanya kepada pelanggan tentang kualiti servis
anda dan jangan malu mengaku kesilapan.
c) Berikan hadiah kesetiaan.
Lakukan promosi kesetiaan. Contohnya promosi
sempena hari raya, Ramadhan, kupon 5% diskaun untuk
pembelian seterusnya dan lain-lain cara.
Jadi seseorang yang kreatif. Hantar kad selamat hari
jadi, atau selitkan kata-kata ucapan buat mereka agar
mereka rasa terharu dan sentiasa mengingati kita. Ala,
buat macam masa nak mengurat awek dulu-dulu…hehe.
TAMAT SELAMAT BERAMAL DAN
MAJU JAYA.
Jika ada apa-apa yang tak faham,
boleh ajukan soalan ke
www.sidracare2u@gmail.com atau
019-795 8387.
top related