Transcript
AKAUN PERKILANGAN
PROF MADYA DR KHALID ISMAIL(CMA, IIA, AMP)
AKAUN PERKILANGAN
Klasifikasi kos
penyataKos barang dikilang
KEPENTINGAN MAKLUMAT KOS
Penilaian inventori
Penentuan untung
Perancangan kewangan
Kawalan operasi
Pembuatan keputusan
PERBEZAAN ANTARA KOS DAN BELANJA
Kita selalu menganggap kos dan belanja adalah sama. Sebenarnya kos dan belanja berbeza
Kos adalah harga yang dibayar untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan tetapi boleh digunakan bagi jangka panjang. Contoh membeli bangunan, tanah., inventori
Belanja ialah harga yang bayar untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan tetapi lupus kerana boleh digunakan untuk jangkamasa semasa. Contoh belanja insurens, sewa.
Klasifikasi kos
Kos PerkilanganKos Langung &
Kos Tak LangsungKos Bukan Perkilangan
Kos Produk & Kos Tempoh
Kos Perkilangan
Bahan LangsungMerujuk kepada bahan mentah utama yang digunakan bagi menghasilkan barang dan ia boleh
dikenalpasti atau dikesan secara langsung daripada barang siap atau produk yang dikeluarkan.
Contoh, kain merupakan bahan langsung dalam pengeluaran baju, kertas adalah bahan langsung kepada buku dan getah pula bahan langsung kepada tayar.
Buruh LangsungUpah pekerja yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran barang siap.
Contoh, operator pengeluaran di kilang merupakan buruh langsung. Manakala penyelia kilang dan pengawal keselamatan bangunan kilang bukan buruh langsung.
Overhed KilangSemua kos perkilangan selain daripada kos bahan mentah langsung dan kos buruh langsung.
Contoh: bahan mentah tidak langsung, buruh tidak langsung, penyenggaraan mesin dan kilang, utiliti kilang, sewa kilang , insurans kilang dan susut nilai mesin.
Kos bukan perkilangan
Belanja yang terlibat dalam aktiviti pentadbiran dan aktiviti jualan.
Contoh belanja pentadbiran ialah gaji pengarah urusan, gaji kakitangan jabatan perakaunan dan sewa bangunan pentadbiran.
Belanja jualan adalah berkaitan dengan belanja bagi memasarkan barang siap seperti belanja pengiklanan, gaji staf jabatan jualan, komisen jurujual, perkhidmatan pelanggan dan belanja penghantaran barang kepada pelanggan.
Kos Langsung
Kos yang boleh dikesan dan dikenalpasti kepada objek kos.
Objek kos ialah apa-apa aktiviti di mana kos itu diperuntukkan. Objek kos boleh berbentuk produk, jabatan atau projek.
Kos Tidak Langsung
Kos yang tidak boleh dikesan dan dikenalpasti kepada objek kos.Contoh: Pada objek kos jabatan pemasangan. Gaji penyelia merupakan kos langsung bagi jabatan tersebut kerana gaji penyelia boleh dikesan kepada jabatan pemasangan. Manakala gaji pengurus pengeluaran bukan kos langsung kepada jabatan pemasangan kerana pengurus pengeluaran bukan sahaja bertanggungjawab ke atas jabatan pemasangan sahaja bahkan ia juga bertanggunjawab ke atas jabatan-jabatan lain seperti jabatan pemotongan dan jabatan pembungkusan.
Kos Langsung & Kos Tidak Langsung
KOS PRODUK DAN KOS TEMPOH
Kos Produk
Kos yang terlibat dalam pengeluaran barang siap. Kos bahanlangsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang.
Kos produk akan dimasukkan dalam penyata perkilangan.
Kos Tempoh
Kos yang tidak dilibatkan dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk belanja pentadbiran dan jualan seperti kos iklan, gaji staf pentadbiran dan susutnilai bangunan.
Kos tempoh akan dimasukkan dalam penyata pendapatan.
KOS PENYATA PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
Kos produk Kos barang dijual (bila dijual) Inventori
Kos tempoh Belanja operasi
ALIRAN KOS PERKILANGAN
Bahanlangsung
Buruhlangsung
Overhedkilang
Inventori kerja dalam
proses
Inventori barang
siap
Kos barang dijual
Kos Langsung
Kos yang boleh dikesan dan dikenalpasti kepada objek kos.
Objek kos ialah apa-apa aktiviti di mana kos itu diperuntukkan. Objek kos boleh berbentuk produk, jabatan atau projek.
Kos Tidak Langsung
Kos yang tidak boleh dikesan dan dikenalpasti kepada objek kos.
Contoh: Kos jabatan pemasangan. Gaji penyelia merupakan kos langsung bagi jabatan tersebut kerana gaji penyelia boleh dikesan kepada jabatan pemasangan. Manakala gaji pengurus pengeluaran bukan kos langsung kepada jabatan pemasangan kerana pengurus pengeluaran bukan sahaja bertanggungjawab ke atas jabatan pemasangan sahaja bahkan ia juga bertanggunjawab ke atas jabatan-jabatan lain seperti jabatan pemotongan dan jabatan pembungkusan.
Kos Langsung & Kos Tidak Langsung
PENYEDIAAN PENYATA KOS BARANG DIKILANG
Kos barang dikilang
= Bahan langsung
+ Buruh langsung
+ Overhed kilang
+ KDP awal
+ KDP akhir
Bahan Mentah Digunakan = inventori awal + Belian bahan - Inventori akhir
Cemerlang Sdn BhdPenyata Kos barang Dikilang
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006
Bahan langsung:
Inventori awal bahan langsung(+) Belian(-) Inventori akhir
100,200400,600500,800
170,400
Bahan langsung digunakan 330,400
Buruh langsung 863,000
Overhed kilang:
Buruh tidak langsung 125,400
Bekalan kilang 16,800
Utiliti kilang 104,200
Insurans kilang 41,000
Sewa kilang 48,000
Susut nilai mesin kilang 72,000
Jumlah kos overhed 407,400
Kos perkilangan semasa 1,600,800
(+) Inventori awal kerja dalam proses 127,600
(-) Inventori akhir kerja dalam proses 145,800
Kos barang dikilang 1,582,600
Cemerlang Sdn BhdPenyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006
Jualan RM3,016,200
Tolak: Kos barang dijual:
Inventori awal 522,800
Kos barang di kilang 1,582,600
Kos barang sedia dijual 2,105,400
(-) Inventori akhir 605,300 1,500,100
Untung kasar 1,516,100
Tolak belanja Operasi:
Belanja jualan 247,000
Belanja pentadbiran 325,600 572,600
Untung bersih 943,500
Soalan latIhan
SOALAN LATIHAN 9.2 & 9.7
sekian
top related