Transcript
MAKLUMAT IPTA / SWASTA
NAMA UNIVERSITI / IPG
ALAMAT UNIVERSITI / IPG
NO. TEL NO. FAXS
MAKLUMAT PESERTA PIDATO
NAMA PESERTA
NO. K/P PESERTA NO. TEL EMAIL
COP UNIVERSITI /
IPG
TARIKH
T. TANGAN
PENDAFTAR
UNIVERSITI / IPG
CADANGAN TAJUK PIDATO :
1.
2.
3.
4.
( SEPERTI DILAMPIRKAN)
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN PIDATO
INSTITUSI PENGAJIAN AWAm /SWASTA
PROGRAM SEMARAK MAAL HIJRAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN FAKS : 03-22746922 ATAU EMAIL :
shahrilahmad@jawi.gov.my
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 11 OKTOBER 2016
UNTUK KEGUNAAN URUSETIA URUSETIA PERTANDINGAN
TARIKH TERIMA
PENERIMA
ULASAN :
COP TERIMA :
TAJUK PIDATO MAAL HIJRAH 2016
1. KEADILAN SEJAGAT TANGGUNGJAWAB BERSAMA
2. KOMUNITI PERIHATIN KESEJAHTERAAN TERJALIN
3. UKHUWWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN
UMMAH.
4. HIJRAH MENJANA INTELEKTUAL BANGSA
5. HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH
6. RAKYAT BERINTEGRITI NEGARA MAJU
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM / SWASTA DI
SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR.
1. UNIVERSITI MALAYA (UM), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
2. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
3. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR.
4. UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN (SWASTA).
5. UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN (SWASTA).
6. UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA (IMU), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN (SWASTA).
7. UNIVERSITI UCSI (UCSI), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN (SWASTA).
8. UNIVERSITI HERIOT-WATT MALAYSIA (HWUM), PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN (KAMPUS).
9. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (TARC), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
10. UNIVERSITI HELP (HELP), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
11. KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ANTARABANGSA TWINTECH (IUCTT), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
12. KOLEJ UNIVERSITI METROPOLITAN KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
13.KOLEJ UNIVERSITI HOSPITALITI BERJAYA (BERJAYA UCH), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
14.KOLEJ UNIVERSITI MAHSA (MAHSA), KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.
15.IPG BAHASA ANTARA BANGSA LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR.
16. IPG ILMU KHAS, JALAN YAACOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK KUALA LUMPUR.
* Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar melalui email :
shahrilahmad@jawi.gov.my / zaini.othman@jawi.gov.my/ fatimah@jawi.gov.my atau
faxs di talian : 03-22746922 selewat-lewatnya atau pada 11 Oktober 2016 (Selasa).
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Pertandingan Ustaz Mohamad
Shahri bin Ahmad ( 03-22749333 -1301 / 013-2968359) / Ustazah Zaini binti Othman
(03-22749333-1305/ 012-2791339 ) / Ustaz Abdul Rani bin Mahamad ( 03-26940272
/ 012-3139483 ).
Ruj. Kami : JAWI.Edu.100/11/1 ( )
Tarikh : 28 September 2016M
26 Zulhijjah 1437H
Pengarah,
Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta,
Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته
Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PIDATO SEMPENA SAMBUTAN
MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
akan menganjurkan PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT WILAYAH
PERSEKUTUAN mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Oktober 2016 ( Rabu ) Masa : 8.00 Am Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Taklimat dan pengundian pertandingan akan diadakan pada hari pertandingan.
4. Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar melalui email :
shahrilahmad@jawi.gov.my / zaini.othman@jawi.gov.my/ fatimah@jawi.gov.my atau
faxs di talian : 03-22746922 selewat-lewatnya atau pada 11 Oktober 2016 (Selasa).
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Pertandingan Ustaz Mohamad
Shahri bin Ahmad ( 03-22749333 -1301 / 013-2968359) / Ustazah Zaini binti Othman
(03-22749333-1305/ 012-2791339 ) / Ustaz Abdul Rani bin Mahamad ( 03-26940272
/ 012-3139483 ).
5. Untuk makluman tuan, semua tuntutan perjalanan adalahadalah di bawah
tanggungjawab sendiri.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan anatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………………………………...... ( MOHAMAD SHAHRIL BIN AHMAD ) Pen, Pengarah Unit Penaziran, Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tel : 03-2274 9333 samb. 1301 Email : shahrilahmad.jawi@1govuc.goc.my
SYARAT PERTANDINGAN
PIDATO BAHASA MELAYU
KATEGORI PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Pengajian Tinggi Awam /
Swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.
2. Setiap IPT Awam / Swasta hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja.
SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan akan dijalankan mengikut angka giliran berdasarkan undian yang telah
ditetapkan.
2. Pengundian akan dijalankan 30 minit sebelum pertandingan dijalankan atau pada waktu
khusus yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
3. Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
4. Pihak penganjur akan menentukan tajuk-tajuk yang akan dipertandingan dan tela
diketahui oleh semua peserta sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pertandingan
dijalankan.
5. Peserta akan diundi tentang tajuk yang akan dipidatokan.
6. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik, agama,
perkauman, individu atau seumpamanya.
7. Para perserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat bantu untuk
mengukuh hujah.
8. Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan
perkataan yang kasar atau kurang manis.
9. Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap pemidato seperti pitam, pengerusi
pertandingan boleh menangguhkan pertandingan pidato sehingga 15 minit. Pemidato
akan dibatalkan penyertaan sekiranya tempoh tersebut berakhir.
MASA
1. Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit. Manakala, 3 minit pula diberi kepada
peserta bagi pidato spontan ( Pidato Bahasa Melayu sahaja).
2. Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
3. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke-6 menandakan masa hampir
tamat. Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke tujuh
SYARAT PERTANDINGAN
PIDATO BAHASA MELAYU
KATEGORI PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Institusi PengajianTinggi Awam dan
Swasta.
2. Dibahagikan kepada dua kategori :
a. Pertandingan Pidato Bahasa Melayu (Siswa & Siswi)
3. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar seorang wakil (lelaki / perempuan).
SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan akan dijalankan mengikut giliran berdasarkan undian yang ditetapkan.
2. Pengundian akan dijalankan 30 minit sebelum pertandingan dijalankan atau pada waktu khusus
yang telah ditetapkan oleh penganjur.
3. Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
4. Pihak penganjur akan menentukan tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan dan telah diketahui
oleh semua peserta sekurang- kurangnya 1 minggu sebelum pertandingan diadakan.
5. Peserta akan diundi tentang tajuk yang akan dipidatokan.
6. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik, agama,
perkauman, individu atau seumpamanya.
7. Para peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat bantu untuk
mengukuh hujah.
8. Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan
yang kasar atau kurang manis.
9. Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap pemidato seperti pitam, pengerusi pertandingan
boleh menangguhkan pertandingan pidato sehingga 15 minit. Pemidato akan dibatalkan
penyertaan sekiranya tempoh tersebut berakhir.
10. Tempat adalah terhad. 10 penyertaan terawal sahaja akan diterima penyertaanya.
11. Teks pidato mesti diserahkan kepada pihak penganjur seminggu sebelum masa pertandingan.
Setiap peserta diharuskan memyerahkan 4 salinan kepada pihak penganjur.
MASA
1. Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit. Manakala, 3 minit pula diberikan kepada peserta
bagi pidato spontan (Pidato Bahasa Melayu sahaja).
2. Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
3. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke–6 menandakan masa hampir tamat.
Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke-7 menandakan masa telah tamat
dan peserta dikehendaki memberhentikan pidatonya.
4. Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Pengerusi berhak memberhentikan
pidato peserta sekiranya peserta gagal untuk berhenti walaupun masa sudah tamat.
SKEMA PEMARKAHAN
1. Isi (55 markah)
Pemidato akan diadili dari segi definisi tajuk, isi- isi yang kemas dan sesuai, data dan bahan yang
tepat serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:
a. 50 markah bagi 5 isi pidato. Bagi setiap isi, markah maksimumnya ialah 10 markah iaitu
4 markah isi, 4 markah huraian dan 2 markah bagi contoh dan data yang tepat.
b. 5 markah (bagi definisi yang tepat dan rumusan yang jelas serta isi tambahan).
2. Cara Penyampaian & Penampilan (25 Markah)
a. Cara penyampaian hendaklah jelas dan lancar.
b. Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian.
c. Cara penyampaian hendaklah menarik dan meyakinkan.
d. Pergerakan tangan perlulah „natural‟ dan tidak terlalu mekanikal.
e. Susunan isi yang menarik dan jelas.
f. Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan atau tidak manis hendaklah dielakkan.
g. Pakaian hendaklah menutup aurat dan tidak melanggar syarak.
3. Bahasa & Adab (20 markah)
a. Pemilihan kata, istilah dan susunan yang tepat.
b. Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat dengan mesej yang hendak
disampaikan.
c. Penggunaan bahasa yang „standard‟ . Dialek daerah dan bahasa slanga tidak dibenarkan.
d. Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta
perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah
tersebut.
9
SYARAT TAMBAHAN Hakim :
1. Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali. 2. Tiga (3) orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang
daripadanya sebagai ketua. PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM :
1. Pemidato diadili dari segi pengutaraan isi- isi yang bernas, data dan bahan- bahan yang
tepat serta logik termasuk penghuraiannya, persembahan yang lancar, kesesuaian nada
serta persembahan yang meyakinkan, penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas
dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk
mendapat sokongan penonton melalui tepuk sorak.
2. Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato akan
dipotong markah.
3. Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur
kata yang kurang sopan.
4. Pemidato yang melanggar peraturan pada syarat pertandingan akan dipotong markah,
antaranya:
a. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik,
agama, perkauman, individu atau seumpamanya.
b. Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau
mengucapkan perkataan yang kasar atau kurang manis
PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.
2. Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang.
3. Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan kepada
markah tertinggi dalam bidang isi / hujah. Jika masih berlaku persamaan, maka markah
dalam bidang bahasa tertinggi akan dijadikan penentuan pemenang dan begitulah
seterusnya. Jika semuanya sama, maka pemenang akan ditentukan melalui undian.
4. Keputusan hakim adalah muktamad. PAKAIAN
Pakaian Peserta Siswa & Pakaian Peserta Siswi : Mengikut identiti IPT sendiri. Pakaian Peserta mestilah kemas dan menutup aurat.
top related