Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Post on 23-Jun-2015
1338 Views
Preview:
Transcript
Kesan Globalisasi Ekonomi terhadap Sesebuah
Negara
KESAN POSITIF
1) Meningkatkan Aliran Perdagangan
• Aliran perdagangan antara negara akan menyebabkan ekonomi negara meningkat
• Negara terbabit akan menikmati faedah daripada;a) penghapusan sekatan perdaganganb) dasar cukai lebih rendah
• Defisit perdagangan akan mengecil dan ini membolehkan pendapatan negara meningkat kesan kerjasama perdagangan yang lebih rapat
2) Perluasan Pasaran
• Pasaran B&P bertambah luas• Pengusaha tidak lagi bergantung
kepada;a) saiz pasaran domestik yang terhadb) jumlah penduduk
• Hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang, pengusaha atau pengeluar menjadi lebih kukuh
3) Pemindahan Teknologi
• Pengusaha akan sentiasa meningkatkan R&D dan meningkatkan daya saing untuk bersaing menguasai pasaran
• Malaysia akan mendapat faedah melalui;a) pelaburan pusat penyelidikan baharub) penggunaan teknologic) inovasi baharu
4) Menggalakkan Persaingan
• Sistem pasaran bebas menggalakkan syarikat bersaing merebut penguasaan pasaran dengan persaingan sihat antara pengusaha
• Persaingan produk yang sama di pasaran akan menjalinkan kerjasama strategik untuk melakukan;a) pengkhususan pengeluaranb) perkongsian teknologi dan kepakaran
5) Aliran Buruh
• Permintaan tinggi barangan industri turut meningkatkan permintaan terhadap;a) buruh mahirb) buruh separuh mahirc) buruh kurang mahir
• Sebahagian kekosongan pekerja akan diisi oleh tenaga buruh dari negara lain terutama ekspatriat mahir
6) Peningkatan Kualiti Produk
• Pasaran bebas akan menyebabkan kadar tarif barangan dikurangkan atau dihapuskan
• Ini menyebabkan pelbagai produk memenuhi pasaran
• Pengusaha pula akan cuba meningkatkan kualiti barangan dan dijual pada harga lebih murah
KESAN NEGATIF
1) Penguasaan Ekonomi Negara oleh Syarikat Multinasional
(MNC)• Syarikat asing memiliki modal besar dan teknologi tinggi• Mereka mampu melakukan
manipulasi pasaran sehingga pesaing tempatan gulung tikar• Akhirnya pesaing tempatan akan
dikuasai MNC melalui penjualan syarikat kecil atau penguasaan saham
2) Ancaman kepada Barangan, Perkhidmatan dan
Budaya Tempatan• Ketidakadilan persaingan berlaku di
antara pelabur asing dengan pelabur tempatan bagi B&P yang sama• Pelabur tempatan pasti tidak dapat
bersaing dengan adil kerana kekurangan modal, teknologi dan pasaran• Berlaku lambakan barangan
berjenama di pasaran bebas dan ia sukar dikawal
3) Ancaman kepada Pengusaha dan Produk
Tempatan/IKS• Kecenderungan penduduk
tempatan menggunakan produk luar yang berjenama memberi kesan kepada produk tempatan
• Daya saing yang lemah produk tempatan menyebabkan ia tidak mendapat sambutan di pasaran
4) Kesukaran Mengawal Aliran
Modal Asing• Konsep pasaran bebas dalam globalisasi memberi kelebihan kepada pelabur luar selaku pemilik modal
• Kawalan yang sangat minimum sahaja boleh dikenakan ke atas mereka
• Jika pelabur memindahkan operasi pengeluaran ke negara lain, ekonomi negara akan terjejas
5) Masalah yang Timbul dari Aliran Buruh Asing• Kemasukan ramai buruh asing dari
pelbagai negara dan tahap kemahiran akan mewujudkan pelbagai masalah sosial• Sukar mendapat faedah kenaikan
gaji kerana buruh asing sanggup bekerja pada perolehan faedah paling minimum• Tenaga mahir pula berpindah ke
negara lain yang mendapat tawaran gaji lebih menarik
6) Penghakisan Kedaulatan Negara
• Akibat terlalu bergantung kepada pelabur asing, kedaulatan negara boleh terhakis
• Pelabur asing akan mempengaruhi dan menguasai polisi ekonomi negara
• Kekuasaan pemerintah akan akur dengan kehendak mereka
Sekian, Terima Kasih…
NorhazreaniMerdawati
Jiana
top related