Kategori Grafik Digital - educ.utm.my · PDF fileImej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada dua ... perkaitannya dengan bahagian atau lukisan ... Autotracing merupakan teknik

Post on 07-Feb-2018

229 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

Transcript

TEKNOLOGI GRAFIK

Kategori Grafik Digital

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

2

Grafik digital boleh dikategorikan kepada dua

kumpulan yang utama: bitmap dan vektor.

PENGENALAN

Apa yang membezakan antara grafik bitmap dan vektor?

TEKNOLOGI GRAFIK

Kategori Grafik Digital :

Bitmap

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

4

Imej jenis bitmap juga ada kalanya dikenali sebagai

imej raster.

Ianya merujuk kepada imej sebenar yang sering kita

temui dalam kehidupan seharian seperti gambar foto

yang diperoleh dari kamera digital, koleksi gambar

yang diimbas menggunakan pengimbas imej dan

sebagainya.

GRAFIK BITMAP: PENGENALAN

5

Imej jenis bitmap diwakili sebagai satu susunan titik-

titik yang dikenali sebagai piksel (picture elements)

atau bit.

Dalam imej bitmap, maklumat berkaitan dengan imej

tersebut disusun dalam bentuk matrik mudah yang

menerangkan setiap dot atau piksel yang wujud

dalam membentuk sesuatu imej.

GRAFIK BITMAP: PENGENALAN

6

Matrik satu dimensi (1 bit) diperlukan oleh komputer

monokrom (hitam & putih)

Depth (kedalaman) yang lebih tinggi diperlukan bagi

mewakili elemen yang mempunyai lebih dari 16 juta

warna.

Ianya akan diwakili sebagai imej 4 bit, 8 bit, 24 bit dan

sebagainya.

GRAFIK BITMAP: PENGENALAN

7

Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis

bitmap:

dihasilkan terus dengan menggunakan perisian

grafik berasaskan bitmap.

menggunakan kaedah menangkap imej terus dari

skrin (screen capture).

menggunakan pengimbas imej, kamera digital, kad

pemerangkap video atau media pemerangkap

imej yang lain.

GRAFIK BITMAP: KAEDAH MENGHASILKAN

8

Kelebihan Imej Bitmap:

Realistik.

Boleh diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam.

Mudah untuk dihasilkan.

Boleh diterima oleh kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia atau laman web

GRAFIK BITMAP: KELEBIHAN

9

Kelemahan Imej Bitmap:

Bergantung kepada resolusi dan kedalaman warna yang digunakan dan ini biasanya akan membentuk saiz fail yang agak besar.

Memerlukan ingatan komputer yang tinggi bagi tujuan paparan imej yang sempurna.

Kejatuhan kualiti apabila dimanipulasi dari segi bentuk dan saiz.

Perubahan saiz: membentuk imej yang kabur, bergerigi (mengapa?)

GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN

10

Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap

sebenarnya hanyalah merupakan satu proses

memaparkan piksel imej yang semakin dibesar atau

dikecilkan.

GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN

11

Apabila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut

akan turut membesar.

Sehingga pada satu peringkat dimana perbezaan

warna wujud, piksel tersebut akan menjadi kurang

cantik, “jagged” serta mempunyai hujung yang tidak

rata.

Kesan ini dinamakan “aliasing” dan imej tersebut

dikatakan mempunyai “jaggies”

GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN

12

GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN

Kesan gerigi atau jaggies

pada imej bitmap Anti-alias mengurangkan kesan

jaggies pada imej bitmap

13

Anti-aliasing merupakan satu proses untuk menjadikan

tepi bahagian sesebuah imej itu kabur. Ini bertujuan

menyingkirkan gerigi (jagged) atau bahagian tepi

imej yang kasar.

Ini seterusnya akan menghasilkan sebuah imej yang

lebih baik.

GRAFIK BITMAP: ANTI-ALIASING

TEKNOLOGI GRAFIK

Kategori Grafik Digital :

Vektor

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

15

Imej Vektor juga dikenali sebagai “draw-type images”

merupakan sesuatu imej yang dilukis menggunakan

komputer.

Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan

matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval

dan lengkungan.

GRAFIK VEKTOR: PENGENALAN

16

Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan

dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan

bentuk imej tersebut.

Sekiranya terdapat lebih dari satu garisan yang dilukis

maka ianya akan mengandungi maklumat

perkaitannya dengan bahagian (lukisan) yang lain.

GRAFIK VEKTOR: PENGENALAN

17

Kombinasi atau perhubungan di antara garis-garis

akan membentuk imej vektor.

GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS

18

Rajah berikutnya menunjukkan satu imej; carta pie yang dibina daripada gabungan bulatan dan garisan.

Arahan yang membina bulatan dan garisan tersebut akan menyediakan hubungan perkaitan antara bulatan dan garisan tersebut.

GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS

19

Rajah seterusnya menunjukkan imej yang sama dibesarkan saiznya serta diputarkan kedudukannya.

Imej yang dibesar dan diputarkan ini juga masih mengekalkan hubungkait atau perhubungan yang sama seperti imej asalnya

GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS

20

Setiap objek vektor boleh juga di gabung mahupun dipisah-pisahkan mengikut kesesuaian dan ini memberikan satu kelebihan kepada jurureka grafik di dalam mempersembahkan kreativiti serta idea mereka.

GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS

21

Imej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada dua penjuru yang bertentangan.

Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan atau formula akan dibentuk bagi menerangkan ciri-ciri, saiz, kedudukan dan bentuk garisan tersebut.

Sebagai contoh, sebuah objek berbentuk segiempat mungkin boleh diwakili seperti berikut:

RECT: 0, 0, 200, 200

RECT: 0, 0, 200, 200, RED, BLUE

GRAFIK VEKTOR: BAGAIMANA TERBENTUK?

22

Apabila suatu garis dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej yang diwakili oleh garis tersebut.

Sekiranya terdapat lebih dari satu garis yang dilukis maka ianya akan mengandungi maklumat perkaitannya dengan bahagian atau lukisan yang lain.

GRAFIK VEKTOR: BAGAIMANA TERBENTUK?

23

Amat sesuai dan mudah untuk diubahsuai atau dimanipulasi (Mengapa?).

Setiap perubahan yang dilakukan terhadap bentuk, saiz atau kedudukan imej vektor tidak akan menyebabkan kejatuhan kualiti (Mengapa?)

Imej vektor juga tidak memerlukan ruang ingatan yang tinggi bagi tujuan paparan (Mengapa?)

GRAFIK VEKTOR: KELEBIHAN

24

kurang realistik (Mengapa?).

semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya dipaparkan pada skrin (Mengapa?)

kepakaran di dalam grafik berkomputer juga amat diperlukan bagi menghasilkan sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi.

masa yang panjang juga diperlukan dalam menghasilkan imej-imej vektor yang menarik atau kompleks.

GRAFIK VEKTOR: KELEMAHAN

25

menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya diguna serta dipasarkan secara komersial dengan meluasnya.

digunakan dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau reka bentuk seperti CAD atau CAM (Computer Aided Design/Manufacture), pemodelan saintifik, senibina, senireka dan sebagainya

GRAFIK VEKTOR: KEGUNAAN

TEKNOLOGI GRAFIK

Kategori Grafik Digital :

Pertukaran Kategori

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

27

Pertukaran Vektor kepada Bitmap

Imej Vektor boleh ditukar menjadi bitmap dengan bantuan perisian-perisian grafik (contohnya : Adobe Illustrator & Macromedia Freehand) yang sedia ada (atau pun menggunakan kaedah screen capture)

PERTUKARAN VEKTOR KEPADA BITMAP

28

Pertukaran Bitmap kepada Vektor

Autotracing merupakan teknik dimana imej bitmap ditukar menjadi vektor.

Contoh perisian yang popular dalam menangani proses ini ialah Adobe Streamline, ImpressionX dan CorelTRACE.

PERTUKARAN BITMAP KEPADA VEKTOR

29

Pertukaran Bitmap kepada Vektor

PERTUKARAN BITMAP KEPADA VEKTOR

30

Pertukaran Bitmap kepada Vektor

Selain dari menggunakan perisian khusus seperti Adobe Streamline, ImpressionX dan CorelTRACE kombinasi perisian grafik jenis bitmap seperti Adobe Photoshop yang digunakan bersama-sama dengan perisian grafik jenis vektor seperti Adobe Ilustrator juga boleh digunakan bagi tujuan yang sama.

Terdapat arahan atau kemudahan yang disediakan bagi tujuan tersebut.

PERTUKARAN BITMAP KEPADA VEKTOR

31

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.

RUJUKAN

top related