Transcript
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
GST( Grouping Student Transformation) adalah satu intervensi yang digunakan dalam
kajian tindakan saya. GST merupakan pelan dalam mengklasifikasikan murid kepada kumpulan
Visual people(VP), Audio visual (AP), Kinestatic People (KP) . Elemen pembelajaran yang
moden seperti penggunaan muzik, grafik menarik dan pengaplikasian situasi tentang syarat-
syarat tayammum.Di dalam intervensi GST, murid akan dibahagikan mengikut keputusan ujian
GST kepada tiga kumpulan berdasarkan ciri-ciri VP,AP dan KP. Seterusnya murid akan
diberikan tugasan khas mengikut kaedah belajar masing.
Menerusi intervensi GST, saya telah menggariskan beberapa perkara penting dalam
membentuk intervensi ini. Perkara yang menjadi keutamaan ialah dari segi kebolehtadbiran
intervensi. Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan syarat-syarat tayammum dan
pembelajaran melalui deria rasa yang paling dominan merupakan pengajaran yang terdiri
daripada pelbagai kaedah pembelajaran seperti penggunaan visual berwarna, alternatif muzik dan
pengaplikasian suasana berkaitan topik belajar. Ini dapat mengelakkan murid-murid daripada
11.
berasa bosan kerana mereka telah mendapat kaedah yang sesuai dengan diri mereka setelah
dibahagikan dalam kumpulan masing-masing.
Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan dilakukan selepas saya mengenalpasti masalah
murid-murid tahun lima yang kurang menguasai syarat-syarat tayammum. Tayammum
merupakan satu cara untuk bersuci daripada hadas sebagai ganti untuk membolehkan solat dan
ibadah lain semasa ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air ketika darurat atau uzur.
Tayammum jarang dipraktikkan oleh murid kerana masalah darurat tidak selalu terjadi.Justeru,
murid tidak mempunyai keinginan, kurang memberikan fokus ketika topik ini dibicarakan
didalam kelas dan mengambil mudah pelaksanaannya.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya sudah mengajar subjek Pendidikan Islam bagi bidang Ibadah tajuk tayammun
sebanyak dua kali bagi kelas 5 Seroja salah satu kelas yang mana murid-muridnya agak
lemah(sederhana). Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diajar dengan
sempurna. Namun, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk Tayammum murid tahun 5
lepas,saya telah menghadapi satu masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama
mereka. Masalah yang dihadapi adalah terdapat segelintir daripada mereka yang masih belum
memahami pelaksanaan syarat-syarat Tayammum yang telah saya ajar.
21.
Justeru, saya telah menambah baik pengajaran saya di dalam kelas dengan membuat
beberapa pembacaan awal. Pada akhir pembacaan, saya telah menemui satu kata-kata yang iaitu
”kita tidak akan menjadi berani sehingga berani menjadi pilihan terakhir kita” dan ” dalam dunia
tidak ada manusia yang bodoh dan pandai tapi sebenarnya hanya ada manusia yang faham dan
tidak faham sahaja”.Dari situ saya terfikir untuk membuat murid-murid saya berfikir untuk
menjadikan syarat-syarat tayammum sebagai salah satu perkara yang mereka akan ingat dalam
intervensi saya. Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan mengenai intervensi
saya ini, saya telah menjalankan pembacaan yang lebih mendalam, menyeluruh dan terperinci
dengan merujuk beberapa kaedah pembelajaran moden yang sesuai dengan generasi Y iaitu
generasi murid-murid masa kini. Ulasan selanjutnya akan diterangkan dengan lebih lanjut pada
bahagian intervensi.
31.
1.3 Pengumpulan Data Awal
Bagi membuktikan masalah dan isu yang wujud, saya menggunakan dua cara untuk
mengumpul data awal iaitu analisis dokumen (lembaran kerja dan kertas ujian lalu) dan
temubual.
Mengimbau kembali pengalaman mengajar, saya seringkali menggunakan peta minda
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya percaya amalan ini berkesan kerana menurut
Buzan (2005), peta minda adalah satu teknik menghasilkan grafik yang sungguh berkuasa yang
mana ia mampu membekalkan kunci universal untuk membuka potensi pemikiran seseorang.
Melukis peta minda merupakan aktiviti yang seronok dan menarik bagi kanak-kanak.Warna-
warni yang diletak pada peta minda mampu meransang pemikiran murid serta meningkatkan
daya ingatan kanak-kanak. Apabila saya meminta murid melukis peta minda bagi setiap syarat
tayammum yang diajar,murid berjaya hasilkannya dengan baik. Namun demikian, terdapat
beberapa orang murid gagal menyatakan beberapa syarat tayammum yang telah dipelajari serta
dibaca sebelum memasuki sesi pengajaran dan pembelajaran kelas saya. Keadaan ini
memperlihatkan jurang antara kepercayaan yang saya pegang dan amalan yang saya laksanakan.
41.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba dengan menggunakan iniasitif yang
popular iaitu study group atau aktiviti berkumpulam pada sesi pengajaran dan pembelajaran
yang seterusnya. Saya telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil yang
terdiri daripada tiga atau empat orang dan meminta mereka berbincang mengenai syarat-syarat
tayammum seterusnya menerangkan kembali kepada ahli kelas yang lain.
Menurut Kagan (1992), pembelajaran koperatif merupakan aktiviti pembelajaran dalam
kumpulan yang berstruktur di mana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran
maklumat secara sosial antara ahli kumpulan, setiap murid bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. Johnson,Johson dan Holubec (1993),
menyatakan pembelajaran koperatif sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri dari dua
hingga empat orang murid bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli
kumpulan bagi mencapai matlamat bersama.
Seorang lagi pakar dalam pembelajaran koperatif, Slavin (1985), mentakrifkan
pembelajaran koperatif sebagai strategi pengajaran melalui kumpulan kecil heterogen yang
berstruktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata pelajaran dan juga
murid daripada semua peringkat. Menurut Slavin (1982), pembelajaran koperatif merujuk kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar daripada pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.Setelah selesai
perbincangan, saya meminta beberapa orang murid untuk menerangkan kembali hasil
51.
perbincangan di hadapan kelas. Namun, apabila disoal berkaitan syarat tayammum, saya dapati
beberapa orang murid kelihatan gelisah serta tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
Keadaan ini juga memperlihatkan jurang antara kepercayaan yang saya pegang dengan amalan
yang saya jalankan.
1.3.1 Analisis Dokumen
Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap syarat-syarat tayammum, saya telah
menyemak kembali keputusan ujian lalu yang telah diduduki oleh murid-murid ini. Saya juga
telah memeriksa serta melihat kembali lembaran kerja yang telah dilakukan mereka bagi
memastikan maklumat yang diterima adalah benar. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia (2008), dalam Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga, pengumpulandata melaluui
analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji.
Dokumen adalah sumber yang paling mudah kerana maklumat yang diperolehi sudah pun
tersedia.
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan jalan penyelesaian yang
relevan kepada isu dan masalah yang terjadi. Hasil daripada maklumat-maklumat ini telah
61.
membantu saya mengenalpasti punca-punca kelemahan murid dan kelemahan yang dikuasai oleh
mereka. Lembaran kerja yang telah diberikan kepada murid dapat dirujuk pada lampiran A.
Berdasarkan analisis lembaran kerja, saya dapati murid hanya dapat memberikan satu
hingga dua syarat-syarat tayammum sahaja. Mereka juga gagal menyempurnakan tugasan yang
diberikan secara berdikari kerana melihat jawapan rakan lain. Berdasarkan keputusan tersebut,
saya dapati murid masih gagal menguasai syarat-syarat tayammum.
1.3.2 Temu Bual
Temu bual merupakan kaedah terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat yang
memuaskan daripada murid dengan lebih mendalam kerana menurut Merriem (1998)
penggunaan temubual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan
respoden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik.
Temu bual merupakan kaedah pengumpulan data awal yang melibatkan interaksi face-to-
face antara saya dan kumpulan sasaran kajian saya. Selain itu, saya juga menebual guru kelas
tersebut bagi mengesahkan maklumat yang telah diperoleh. Sebelum menjalankan sesi temubual
bersama murid, saya terlebih dahulu perlu membina hubungan baik bersama mereka. Oleh itu,
71.
saya perlu membina hubungan baik bersama mereka. Oleh itu, saya perlu menyelidik latar
belakang murid serta memilih masa yang sesuai untuk menemubual.
Melalui perbincangan dengan guru kelas, saya dapati mereka merupakan kumpulan yang
lemah dalam kelas. Mereka boleh membaca tulisan jawi dengan lancar tetapi mempunyai
masalah dalam mengingati fakta. Melalui data-data tersebut, saya dapat mengenal pasti masalah
murid sehingga berjaya menentukan fokus kajian saya.Data-data tersebut juga akan menjadi
panduan kepada saya dalam merancang dan melaksana kajian tindakan saya.
81.
2.0 Fokus Kajian
Bahagian menerangkan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman saya serta relevan
kepada keperluan murid berserta dengan sumber-sumber yang mengandungi kenyataan dan
pendapat yang menyokong kepada intervensi yang dipilih.
2.1 Huraian Fokus Kajian
Bagi kebanyakan murid, mata pelajaran Pendidikan Islam kurang diminati serta kurang
diberi perhatian kerana mata pelajaran ini tidak termasuk sebagai salah satu mata pelajaran yang
akan dinilai di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi murid yang hanya
mementingkan kecemerlangan peperiksaan tanpa mengira kira kecemerlangan peperiksaan
dalam aspek kerohanian, sudah tentu mereka tidak minat kepada mata pelajaran Pendidikan
Islam serta mengambil mudah.
91.
Selain itu, guru yang tidak pandai menyesuaikan kaedah pengajaran dengan tahap kognitif
murid juga merupakan faktor murid kurang berminat dengan pengajaran guru. Hal ini telah
dinyatakan oleh Gardner (1983) bahawa ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan pofil
kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap
subjek. Oleh itu, kaedah pembelajaran yang berkesan sertamenarik perlu bagi meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep dan seterusnya
dapat memupuk minat terhadap Pendidikan Islam.
Kajian ini berfokuskan kepada syarat-syarat tayammum dalam tajuk tayammum yang
terdapat dalam bidang Ibadah mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 5. Terdapat lima syarat-
syarat tayammum yang perlu dipatuhi agar sah tayammum seseorang itu iaitu (1) bertayammum
apabila masuk waktu solat, (2) telah berusaha untuk mendapatkan air atau tidak dapat
menggunakan air, (3) menghilangkan najis sebelum melakukan tayammum, (4) hendaklah
menggunakan debu tanah yang suci bukan musta’mal dan (5) sekali bertayammum untuk satu
solat fardhu sahaja.
Di dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah pembelajaran berkumpulan juga tapi saya
telah mentranformasikan bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap syarat-syarat
tayammum. Penggunaan pelbagai jenis kaedah dan elemen seperti penerapan elemen muzik,
101.
visual dan beberapa aktiviti diadaptasikan daripada kandungan Buku Teks Pendidikan Islam
Tahun 5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Justeru, saya telah mencipta satu
kaedah dengan mengklasifikasikan murid- murid mengikut kaedah pembelajaran berbeza
berdasarkan penerapan elemen yang saya sebutkan tadi dan menerapkan suasana yang akan
berlaku bagi mewakili syarat-syarat tayammum. Dengan cara ini, murid dapat mempelajari dan
memahami syarat-syarat tayammum serta memperkukuh semangat kerjasama dalam setiap
individu.
2.1.1 Kebolehtadbiran
Memandangkan intervensi dijalankan pada murid kelas yang kerapkali saya mengajar,
saya mempunyai masa untuk memberi tumpuan khas kepada murid yang bermasalah dalam
kajian saya. Saya juga mempunyai pengetahuan dalam tajuk tayammum kerana sudah beberapa
kali mengajar tajuk ini dan memudahkan saya untuk mengumpul data bagi mengesahkan isu
yang timbul.
111.
2.1.2 Kepentingan
Kepentingan kajian ini bersifat umum dan juga khusus. Dari aspek khusus, kajian ini
adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat menguasai syarat-syarat tayammum yang
telah dipelajari. Maka, pada masa akan datang, murid boleh mengaplikasikan pengetahuan ini
apabila keadaan memerlukan mereka untuk bertayammum. Justeru, saya begitu berminat untuk
mengatasi isu ini kerana ia dapat memberi pengetahuan yang sangat berguna kepada murid.
Kepentingan kajian yang bersifat umum pula adalah saya perlu mengajar bidang Ibadah
agar murid dapat menguasainya selari dengan objektif kelima Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam KBSR yang memerlukan murid dapat mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardhu ’ain
serta memahami fardhu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam. Oleh yang demikian,
kaedah pengajaran yang berkesan perlu digunakan dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Bagi
mengatasi masalah ini, saya berpendapat pengklafikasian pelajar mengikut kaedah pembelajaran
berbeza dengan menerapkan pelbagai elemen menarik seperti muzik, ilustrasi menarik dan
pengaplikasian dalam situasi merupakan formula bagi menangani kelemahan murid menguasai
syarat-syarat tayammum yang merupakan salah satu tajuk dalam bidang Ibadah.
121.
2.1.3 Kolaborasi
Bagi menjalankan kajian terhadap masalah yang dikenalpasti, saya berkolaborasi dengan
guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam serta guru yang mengajar kelas berkenaan bagi
mendapatkan maklum balas mengenai intervensi penggunaan kaedah yang saya nyatakan tadi
keatas murid-murid yang terpilih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana saya
ingin melihat perkembangan dan keberkesanan intervensi saya mengenai penguasaan syarat-
syarat tayammum. Berdasarkan kolaborasi yang telah dilakukan bersama-sama, saya dapat
memperbaiki kelemahan yang ada semasa pelaksanaan intervensi tersebut serta merancang
tindakan yang lebih baik bagi memastikan intervensi tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan.
2.2 Intervensi
Menurut Kamarudin(2010), mengatakan bahawa:"ingatan merujuk kepada masa dan yang
melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah diperoleh, dialami, kelas yang telah
dibentuk, hubungan dan system yang telah diperoleh, transformasi yang dilakukan, kesan dan
implikasi yang telah dibuat dan sebagainya"Justeru bagi mengtasi masalah yang dihadapi oleh
131.
murid saya, saya menggunakan satu kaedah yang telah dikaji oleh cendiakawan barat iaitu
kaedah pembelajaran mengikut deria yang paling aktif iaitu VAK( visual, audio and kinestatic)
dan digabungkan dengan kaedah pembelajaran dalam kumpulan. Oleh itu, gabungan maklumat
pendidikan Islam dengan kaedah ini secara tidak lansung dapat membantu responden menerima
sesuatu makluamat dengan lebih efisien berkaitan syarat-syarat tayammum.
Oleh yang demikian, saya telah membuat kajian daripada hasil penyelidikan
Constantinidou, F. and Baker, S. (2002) mengenai personaliti setiap kriteria diatas serta
kedah pembelajarannya.
Visual People(Penglihatan)
Visual learners atau individu visual terbahagi kepada dua jenis iaitu
linguistic dan spatial. Individu visual-linguistic suka belajar melalui bahasa tulisan
atau ujian bertulis. Mereka cenderung mengingati apa yang ditulis walaupun hanya
sekali membaca informasi itu. Mereka suka menulis arahan dan memberikan perhatian
141.
yang baik kepada guru . Individu yang visual-spatial selalunya mempunyai masalah
dengan bahasa tulisan tetapi mereka sangat suka berlajar melalui bahan bervisual
berwarna seperti gambar, carta atau video. Kesimpulannya penglihatan merupakan
deria yang paling dominan untuk individu ini.
Kaedah yang perlu digunakan
o Gunakan peta minda,carta, gambar berwarna atau video
o Ketika memberikan ‘handout’ pastikan ada ruang kosong untuk mereka menulis nota
o Selalu mengutarakan soalan kepada mereka untuk memastikan mereka tidak hilang
fokus.
o Gariskan kata kunci yang perlu untuk mereka catatkan.
o Suruh mereka melakarkan kembali apa yang diajar menggunakan kaedah visual seperti
membuat peta minda.
151.
Audio people( Pendengaran)
Auditory learners atau individu audio often selalu bercakap seorang diri.
Mereka jugaselalu menggerakkan bibir dan membaca sesuatu dengan kuat. Mereka
agak sukar dalam ujian berkaitan pembacaan dan penulisan. Mereka kadang kala suka
mendengar kepada lagu atau perakam suara.
Kaedah yang perlu digunakan
o Mulakan sesuatu aktiviti dengan menerangkan terlebih dahulu apa yang ingin diajar dan
apa yang mereka akan belajar.
o Gunakan Socratic method dengan menyuruh mereka menulis semula seberapa banyak
maklumat yang mereka dapat.
o Libatkan aktiviti auditori seperti membuat lagu
o Tinggalkan sedikit waktu untuk mendengar kembali daripada mereka apa yang mereka
faham
161.
Kinestatic people (Pergerakan)
Kinesthetic Learners are the most active learners, and they’re remembering if they’re
jumping up and down or playing sports. — Linda Johnson
Kinesthetic learners atau individu kinestatik bagus dalam aktivti yang
melibatkan pergerakan. Mereka senang hilang fokus apabila tidak ada pergerakan
dalam proses pembelajaran. Mereka yang selalu melakukan sebarang kajian didalam
makmal kerana tidak mampu belajar melalui pemerhati dan pendengaran semata-mata.
Kaedah yang perlu digunakan
o Gunakan aktiviti yang bergerak aktif.
o Tolong mereka memindahkan maklumat yang diajar keatas kertas
o Selalu memberikan mereka “short break” lebih kurang 5 minit kerana individu ini banyak
menggunakan otak.
171.
Oleh yang demikian, dengan menggabungkan kaedah yang perlu digunakan dengan kaedah
belajar berkumpulan saya mencipta intervensi yang dinamakan GST atau Grouping Student
Transformation.
181.
3.0 Objektif dan Soalan Kajian
3.1 Objektif Kajian
Meningkatkan kemahiran murid-murid tahun 5 dalam menyatakan syarat-syarat
tayammum dengan menggunakan GST.
3.2 Soalan Kajian
Adakah GST dapat meningkatkan kemahiran murid-murid tahun 5 dalam menyatakan
syarat-syarat tayammum?.
191.
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 5 Seroja yang terdiri daripada 6 murid lelaki
dan 4 orang murid perampuan. 10 orang murid ini dipilih berdasarkan pencapaian lemah murid
dalam lembaran kerja yang diedarkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesemua murid
ini berbangsa Melayu. Tahap pencapaian akademik murid-murid di dalam kelas ini adalah lemah
dan ciri-ciri unik yang terdapat pada mereka ialah rajin membantu guru serta mahir dalam
membaca tulisan jawi. Daripada segi latar belakang sosial sosio ekonomi 7 orang murid berasal
daripada keluarga yang bekerja sebagai penjawat awam seperti guru dan 3 orang lagi berasal
daripada keluarga yang bekerja sendiri seperti peniaga.
Bagi tujuan kajian ini, kesemua murid yang terlibat dalam kajian telah diberikan nama
samaran sebagai Murid A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J. Rasional pemberian nama samaran ini supaya
identiti dan pencapaian murid yang terlibat dalam kajian ini tetap dirahsiakan seperti yang
disebut dalam etika kajian. Hal ini bertepatan dengan Whitehead dan McNiff (2006) yang telah
menyatakan bahawa sebarang maklumat berkenaan responden dalam seluruh kajian hendaklah
dirahsiakan daripada pengetahuan umum supaya dapat menjaga maklumat responden yang
terlibat.
201.
5.0 PERLAKSANAAN INTERVENSI
GST adalah salah satu intervensi yang digunakan dalam kajian tindakan saya. GST
merupakan satu kaedah pengklasifikasian murid mengikut kaedah belajar masing-masing.Di
dalam intervensi GST , terdapat empat langkah yang dijalankan bagi meningkatkan penguasaan
murid terhadap syarat-syarat tayammum.Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan.
5.1 Prosedur Pelaksanaan
Langkah Pertama : Pengklasifikasian Murid Mengikut Kumpulan
Murid diedarkan dengan satu borang dan diminta untuk menjawab dengan jujur secara
individu. Murid diberi 5 soalan berdasarkan setiap kategori membawa kepada 15 soalan
keseluruhannya(rujuk lampiran A). Jumlah tanda betul yang paling banyak diantara setiap
kategori menjadi kayu ukur untuk proses pengklafikasian ini. Mereka dibahagikan kepada 3
kumpulan. Kumpulan pertama ialah kumpulan Visual People yang terdiri daripada 3 orang.
211.
Kumpulan kedua pula kumpulan Audio People terdiri hanya 2 orang sahaja. Manakala kumpulan
ketiga iaitu Kinestatik People terdiri daripada 5 orang murid.
Langkah kedua: Mengkaji syarat-syarat Tayammum Bersama
Murid diminta untuk mengkaji syarat tayammum terlebih dahulu bersama-sama untuk
memastikan mereka tidak tersasar daripada objektif asal dan dapat menggariskan syarat-syarat
tayammum untuk disuaikan dalam tugasan.
Langkah ketiga : Memberi tugasan
Seterusnya murid diberikan tugasan berdasarkan kaedah pembelajaran bagi setiap
kumpulan yang diagihkan tadi. Bagi kumpulan Visual people(Vp) kaedah bervisual di terapkan.
Mereka diminta untuk memilih sama ada membuat peta minda atau lukisan ringkas mengenai
tajuk yang dibincangkan. Untuk kumpulan Audio people(Ap)pula, mereka diberikan tugasan
untuk membuat satu lagu mengikut kreativiti mereka kelihatan sukar tapi sebenarnya mudah
untuk mereka yang digelar Ap. Kumpulan Kinestetic people(Kp) pula diminta untuk melakonkan
221.
satu babak yang menggambarkan situasi yang memerlukan tajuk yang dibincangkan. Mereka
diminta untuk mempamerkannya di hadapan kelas.
Langkah keempat: Menyebut syarat tayammum
Hasil daripada tugasan tadi, setiap murid diminta untuk menyebut kembali syarat-syarat
tayammum yang telah digariskan bagi melihat keberkesanan kaedah GST seterusnya memastikan
kefahaman mereka dalam tajuk ini.
5.2 Cara Mengumpul Data
Pengumpulan data dibuat untuk mendapatkan bukti daripada kajian yang dijalankan.
Pengumpulan data juga dapat memberikan bukti-bukti yang objektif. Dengan data-data yang
dikumpul, bukti kukuh dapat perolehi untuk mengambil tindakan sewajarnya. Justeru,
pengumpulan data yang dijalankan adalah Ujian Awal dan Ujian Akhir.
231.
5.2.1 Ujian Awal dan Akhir
Ujian awal dan ujian Akhir yang dijalankan bertujuan untuk membuat pengumpulan data
secara kuantitif. Melalui ujian ini, penyelidik dapat mengenalpasti peningkatan pencapaian
akademik yang berlaku terhadap kumpulan sasaran. Ujian Akhir dibandingkan dengan Ujian
Awal yang dijalankan sebelum intervensi dilaksanakan kepada kumpulan sasaran. Ujian yang
diberikan ialah 10 soalan objektif dalam satu bahagian sahaja.
241.
6.0 Dapatan: Analisis Dan Interprestasi Data
Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran murid-
murid dalam menyatakan syarat-syarat tayammum dengan menggunakan kaedah GST. Satu
kaedah telah digunakan untuk mengumpul data iaitu Ujian Awal dan Ujian Akhir. Oleh itu, hasil
kajian telah dilaporkan dalam bentuk jadual, rajah dan teks supaya data-data yang diperoleh
dapat dipaparkan dengan jelas.
6.1 Analisis Ujian Awal dan Akhir
Ujian Awal dilakukan sebelum intervensi dijalankan kepada responden manakala Ujian
Akhir dilakukan selepas intervensi dijalankan kepada reponden. Berdasarkan kepada kedua-
kedua ujian tersebut, saya telah menganalisis dan berdasarkan skor atau markah yang berjaya
dikumpul oleh responden. Permulaannya, jumlah bilangan soalan yang dijawab dengan betul
oleh responden dicatat dalam jadual bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Melalui data-
data tersebut, saya dapat mengenalpasti tahap pengetahuan responden dalam menyatakan syarat-
syarat tayammum.
251.
Jadual 1: Skala Gred Sisitem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),Ubahsuai
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Markah Gred Pencapaian
80 – 100 A Cemerlang
60 - 79 B Sederhana
40 - 59 C Lemah
20 - 39 D Sangat Lemah
1 - 19 E Terlalu Lemah
Set soalan yang diuji pada Ujian Awal dan Ujian Akhir dan ujian Akhir merupakan soalan
yang sama. Perbandingan di antara Ujian Awal dan Ujian Akhir membolehkan saya
mengenalpasti adakah terdapat perubahan kepada pengetahuan murid setelah intervensi
dijalankan pada mereka. Set soalan Ujian Awal dan Ujian Akhir merangkumi 10 soalan. Markah
Ujian Awal yang telah diperoleh akan dikelaskan mengikut gred. Jadual 1 di atas mempamerkan
markah dan gred yang diguna di dalam kedua-dua Ujian Awal dan Ujian Akhir yang diambil dan
261.
diubahsuai daripada Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Jadual 2: Analisis Keputusan Ujian Awal menyatakan Syarat-Syarat Tayammum
Responden Bilangan soalan betul Jumlah Peratus Gred
Murid A 5 5/10 50% C
Murid B 4 4/10 40% C
Murid C 5 5/10 50% C
Murid D 3 3/10 30% D
Murid E 7 7/10 70% B
Murid F 6 6/10 60% B
Murid G 8 8/10 80% A
Murid H 4 4/10 40% C
Murid I 4 4/10 40% C
Murid J 0 0/10 0% E
271.
Berdasarkan Analisis Ujian Awal pada Jadual 2, Murid G telah berjaya menjawab 8 soalan
dari 10 soalan dengan keselurahan peratusnya 80%. Ini bermaksud murid ini dikategorikan
Cemerlang dan gred pencapaiannya adalah A.
Murid E dan Murid F pula masing-masing berjaya menjawab 7 dan 6 soalan betul
daripada 10 soalan yang diberikan. Peratus markah mereka masing-masingnya 70% dan 60%.
Gred pencapaian mereka adalah B dan dikategorikan sebagai Sederhana.
Murid A dan Murid C telah berjaya menjawab 5 soalan dengan betul.Peratus markah
mereka adalah 50%. Murid B,Murid H dan Murid I telah berjaya menjawab 4 soalan dan peratus
markah mereka ialah 40%. Gred pencapaian bagi mereka semua ialah C dan dikategorikan
sebagai Lemah.
Murid D dapat menjawab 3 soalan dengan betul manakala Murid J tidak dapat menjawab
keseluruhan soalan dengan betul. Peratus markah mereka masing-masingnya 30% dan 0%. Gred
pencapaian pula D dan E. Murid D dikategorikan sebagai Sangat Lemah dan Murid J
dikategorikan sebagai Terlalu Lemah.
281.
Kesimpulannya, Analisis Ujian Awal menunjukkan hanya 1 responden sahaja yang berada
ditahap Cemerlang iaitu mendapatkan Gred A dan 2 responden sahaja berada pada tahap
Sederhana iaitu Gred B. 5 responden mencapat tahap Lemah iaitu Gred C.Seorang responden
mencapai tahap Sangat Lemah iaitu Gred D dan seorang responden pada tahap Terlalu Lemah
iaitu Gred E.
Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Akhir Menyatakan Syarat-syarat Tayammum.
Responden Bilangan soalan betul Jumlah Peratus Gred
Murid A 9 9/10 90% A
Murid B 8 8/10 80% A
Murid C 8 8/10 80% A
Murid D 9 9/10 90% A
Murid E 9 9/10 90% A
Murid F 8 8/10 80% A
Murid G 10 10/10 100% A
Murid H 9 9/10 90% A
Murid I 9 9/10 90% A
Murid J 5 5/10 50% C
291.
Jadual 3 pula menunjukkan markah bagi Ujian Akhir yang diambil setelah intervensi
dijalankan. Set ujian yang sama telah diberikan kepada responden untuk melihat sejauh mana
keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.
Berdasarkan Analisis Ujian Awal pada Jadual 3, Murid G berjaya menjawab 10 soalan
dengan tepat daripada 10 soalan yang diberikan. Peratus markahnya ialah 100% dan gred
pencapaiannya A dan dikategorikan sebagai Cemerlang. Murid A, Murid D, Murid E, Murid H
dan Murid I telah berjaya 9 soalan dengan betul daripada 10 soalan dan peratus markah mereka
ialah 90% ini bermaksud gred pencapaian A dan boleh dikategorikan sebagai Cemerlang
Murid B, Murid C dan Murid F pula dapat menjawab 8 soalan dengan betul daripada 10
soalan dan peratus markah 80% membawa mereka mencapai gred A. Mereka juga dikategorikan
Cemerlang. Murid J mampu untuk menjawab 5 soalan dengan tepat. Peratus markahnya 50%
dan murid ini dikategorikan sudah boleh dikategorikan sebagai Lemah daripada .pencapainnya
sebelum ini iaitu Terlalu Lemah.
301.
Kesimpulannya,Analisis Ujian Akhir menunjukkan bahawa 9 responden pada tahap
Cemerlang iaitu mendapat gred A dan seorang responden berada pada tahap Lemah iaitu
mendapat gred C dan menunjukkan perubahan yang memuaskan pada Ujian Akhir yang
dijalankan.
Berdasarkan perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir dalam jadul 4, 100% responden
telah menunjukkan peningkatan markah yang amat ketara.Begitu juga murid J yang telah
meningkat dengan kadar yang memuaskan dalam ujian Akhir yang dijalankan.
311.
Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir menyatakan
Syarat-syarat Tayammum.
Responden Ujian Awal (%) Gred Ujian Akhir (%) Gred
Murid A 50% C 90% A
Murid B 40% C 80% A
Murid C 50% C 80% A
Murid D 30% D 90% A
Murid E 70% B 90% A
Murid F 60% B 80% A
Murid G 80% A 100% A
Murid H 40% C 90% A
Murid I 40% C 90% A
Murid J 0% E 50% C
321.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati terhadap pencapaian semua responden dimana
peningkatan mereka boleh dianggap sebagai peningkatan yang agak mendadak setelah intevensi
kaedah GST dijalankan kepada mereka.
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Murid E Murid F Murid G
Murid H
Murid I Murid J
Ujian Awal
50 40 50 30 70 60 80 40 40 0
Ujian Akhir
90 80 80 90 90 80 100 90 90 50
1030507090
110
markah(%)
Rajah 1: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Akhir menyatakan
Syarat-syarat Tayammum.
331.
Berdasarkan Jadual 4: Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir serta Rajah 1:
Graf Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir, Murid A mendapat 50% markah
dalam Ujian Awal manakala pada Ujian Akhir 90%. Peningkatan sebanyak 40% telah
ditunjukkan oleh Murid A dalam Ujian Akhir selepas intervensi dijalankan. Murid B mendapat
markah sebanyak 40% pada Ujian Awal manakala 80% dalam Ujian Akhir. Peningkatan
sebanyak 40% telah ditunjukkan oleh Murid B selepas intervensi dijalankan.
Murid C mendapat 50% markah dalam Ujian Awal manakala pada Ujian Akhir 80%.
Peningkatan sebanyak 30% telah ditunjukkan oleh Murid C dalam Ujian Akhir selepas
intervensi dijalankan. Murid D mendapat markah sebanyak 30% pada Ujian Awal manakala 90%
dalam Ujian Akhir. Peningkatan sebanyak 60% telah ditunjukkan oleh Murid D selepas
intervensi dijalankan.
Murid E mendapat 70% markah dalam Ujian Awal manakala pada Ujian Akhir 90%.
Peningkatan sebanyak 20% telah ditunjukkan oleh Murid E dalam Ujian Akhir selepas
intervensi dijalankan. Murid F mendapat markah sebanyak 60% pada Ujian Awal manakala 80%
dalam Ujian Akhir. Peningkatan sebanyak 20% telah ditunjukkan oleh Murid F selepas
intervensi dijalankan.
341.
Murid G mendapat 80% markah dalam Ujian Awal manakala pada Ujian Akhir 100%.
Peningkatan sebanyak 20% telah ditunjukkan oleh Murid G dalam Ujian Akhir selepas
intervensi dijalankan. Murid H mendapat markah sebanyak 40% pada Ujian Awal manakala 90%
dalam Ujian Akhir. Peningkatan sebanyak 50% telah ditunjukkan oleh Murid H selepas
intervensi dijalankan.
Murid I mendapat 40% markah dalam Ujian Awal manakala pada Ujian Akhir 90%.
Peningkatan sebanyak 50% telah ditunjukkan oleh Murid I dalam Ujian Akhir selepas intervensi
dijalankan. Murid J mendapat markah sebanyak 0% pada Ujian Awal manakala 50% dalam
Ujian Akhir. Peningkatan sebanyak 50% telah ditunjukkan oleh Murid J selepas intervensi
dijalankan.
Oleh itu, saya dapati skor yang berjaya oleh 90% responden adalah tinggi iaitu mencapai
80% markah keatas. Peningkatan maksimum yang telah dicapai dalam perbandingan antara
Ujian Awal dan Ujian Akhir adalah 60% markah iaitu pada murid D manakala peningkatan
minimum yang ditunjukkan oleh 90% responden adalah 20% markah iaitu pada Murid E,F dan
G. Manakala 10% responden iaitu Murid J menunjukkan peningkatan yang sangat baik daripada
0% ke 50% pada perbandingan di antara Ujian Awal dan Ujian Akhir.
351.
7.0 Perbincangan dan Refleksi
Bab ini membincangkan dapatan kajian yang telah dijalankan berdasarkan data yang telah
dikumpul daripada Ujian Awal dan Ujian Akhir. Dapatan kajian dibincangkan untuk
mengenalpasti sama ada penggunaan GST dapat meningkatkan kemahiran murid-murid dalam
menyatakan syarat-syarat Tayammum. Berdasarkan data-data Berdasarkan data- data kajian yang
telah dianalisis, didapat GST dapat membantu meningkatkan kemahiran 90% daripada jumlah
responden dalam menyatakan syarat-syarat Tayammum.
Secara keselurahannya, penyelidikkan tindakan ini telah memberi kesan positif kepada
murid tahun 5. Mereka berjaya meningkatkan kemahiran menyatakan syarat-syarat tayammum
menggunakan kaedah GST. Kaedah penggunaan visual , audio, dan pengaplikasian dalam
membentangkan sesuatu topik berupaya menyampaikan mesej tersurat dan tersirat dengan lebih
jelas dan mudah. Menurut Irwan Fahmi Anuar (2003), dalam Ong &Ahmad Nizam (2009),
kajian beliau tentang penggunaan pelbagai kaedah yang digabungkan mngikut kaedah
pembelajaran berbeza menunjukkan ia dapat menggalakkan kefahaman pembacaan. Ini juga
dapat memupuk daya kreativiti kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
361.
Hasil dapatan tersebut dapat dilihat melalaui analisis data daripada Ujian Awal dan Ujian
Akhir. Ujian Akhir mempamerkan 90% daripada responden menunjukkan peningkatan skor
berbanding Ujian Awal. Hal ini menunjukkan kaedah GST dapat meningkatkan kemahiran
murid –murid tahun 5 dalam menyatakan syarat-sarat tayammum. Oleh itu, amalan
pembelajaran dan pengajaran saya dapat ditambah baik melalui pelaksanaan kajian ini.
Selain daripada hasil dapatan, perubahan tingkah laku reponden dalam kelas juga
menunjukkan pelaksanaan intervensi tersebut dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam
menyatakan syarat-syarat tayammum. Responden-responden telah menunjukkan sikap suka dan
minat terhadap intervensi yang telah dijalankan sehingga meminta saya untuk mengulanginya.
Mereka juga banyak bertanya semasa aktiviti dijalankan. Hal ini secara tidak sengaja telah
menimbulkan kaedah pembelajaran dua hala yang sangat digalakkan oleh Falsafah Pendidikan
Negara. Mereka juga berusaha membuat segala tugasan yang diberikan dengan bersungguh –
sungguh tanpa ada seorang pun dalam kumpulan yang mencuri tulang kerana tugasan yang
diberikan adalah berdasarkan minat masing-masing.
Melalui kajian ini, saya sedar benar kata-kata Liampottong,P (2001), dimana guru yang
terbaik untuk diri seseorang ialah pengalaman yang dialami oleh dirinya sendiri. Pengalaman
dapat membantu dalam memahami sesuatu imu pengetahuan baru. Misalnya, saya kurang
371.
memahami tentang penyelidikan tindakan dan cara pelaporan pelaksanaann kajian ini pada
permulaannya. Dalam merancang dan menulis kertas cadangan kajian ini, saya sememang
nya mengalami masalah dalam proses perancangan dan pelaksanaannya. Beberapa perubahan
telah dilakukan terhadap instrumen kajian agar lebih sesuai dan dapat melaporkan segalanya
dengan terperinci, jelas dan tepat. Hal ini telah memberi peluang kepada saya agar dapat
menghasilkan kajian ini dengan baik dan teratur.
Selain itu, kajian ini telah memberi kesempatan kepada saya membuat refleksi dan
penilaian diri untuk mengesan punca kegagalan diri, di samping menggunakan alternatif yang
sesuai untuk membantu murid yang menhadapi masalah dalam pembelajaran. Justeru, amalan
amalan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran seorang guru amatlah penting agar
dapat memberikan manfaat kepada semua muridnya.
Di samping itu, saya juga sedar akan kepentingan murid menguaisai syarat-syarat
tayammum kerana ia merupakan salah satu daripada perkara Fardhu Ain. Justeru, penggunaan
bahan bantu mengajar yang bersesuaian amat penting dalam meningkatkan kemahiran murid.
Bahan bantu belajar yang menarik, mudah difahami serta melibatkan pelbagai deria amat
memberi bantuan kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Oleh itu, intervensi tersebut telah membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran dalam
381.
menyatakan syarat-syarat tayammum dengan menggunakan kaedah GST dapat ditingkatkan
dikalangan murid tahun 5 selepas kajian dijalankan.
Hal ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Rourke, B., Ahmad S., Collins
D., Hayman-Abello, B., Hayman-Abello, S., dan Warriner, E. (2002),di mana dalam
kajian tersebut mereka telah mengkaji bahawa pemaham seseorang manusia untuk
menerima sesuatu ilmu itu adalah berdasar deria yang paling dominan berfungsi.Jadi
hasil kajian menunjukkan kepelbagaian kaedah yang dapat mengaktifkan deria yang
paling dominan adalah cara yang dapat menilai kebolehan pemahaman dan kefasihan
pelajar dalam memahami sesuatu ilmu.Akhirnya mereka berpendapat bahawa
kelebihan manusia tidaklah sama namun begitu itu tidak membezakan manusia itu
Cemerlang atau Lemah. Jika ditekan sedikit titik deria yang paling aktif seseorang
manusia itu, maka mudahlah untuknya memahami sesuatu ilmu.
Melalui kajian ini, saya juga mempelajari cara-cara berkomunikasi secara
berkesan bukan sahaja dengan murid, malah guru pembimbing dan rakan sebaya.
Komunikasi dua hala telah berlaku diantara saya dengan murid semasa kajian ini
dijalankan. Interaksi yang berkesan dan lancar tanpa perasaan berselindung mampu
menentukan kejayaan seorang guru dalam menjalankan proses pengajaran dan
391.
pembelajaran di dalam kelas. Tambahan pula, semasa sesi pengumpulan maklumat
dalam kajian ini, saya telah menebual guru kelas dan responden kajian saya. Hal ini
menunjukkan kemahiran intrapersonal guru dapat ditingkatkan.
Pelaksanaan kajian ini juga telah memberi peluang kepada saya meluaskan ilmu
pengetahuan tentang pengajaran Pendidikan Islam. Pelbagai bahan bantu mengajar
dapat digunakan dalam membantu murid menguasai sesuatu kemahiran yang tidak
hanya menggunakan kaedah penerangan dimana kaedah ini terlalu sinonim dengan
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam . Sebagai guru Pendidikan
Islam, saya perlu merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
minat dan gaya pembelajaran murid agar murid dapat menguasai sesuatu kemahiran
dengan mudah dan berkesan. Selain itu, guru juga perlu mengaitkan pengajaran guru
dengan situasi sebenar kerana amalan dalam pendidikan Islam perlu diterapkan dalam
setiap diri murid-murid agar dapat menjadikan Islam sebagai panduan hidup diadalam
dunia realiti.
Namun begitu setiap perkara pasti ada pro dan kontranya, bagi kaedah terdapat
sedikit kelemahan yang agak sukar untuk diperbetulkan kerana ia melibatkan kejujuran
individu ketika menjawab borang pengklasifikasian. Murid cenderung untuk meniru
401.
jawapan yang diberikan oleh kawan mereka. Jadi ia menjadi satu kesukaran untuk
meletakkan mereka di kumpulan yang betul.
Akhirnya, penyelidikan tindakan ini merupakan salah satu daripada cara
menambahkan pengalaman mengajar yang memberi peluang kepada saya untuk
memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalisme sebagai guru yang berupaya
menilai diri sendiri, seterusnya dapat memberi sumbangan kepada warga sekolah yang
lain.
411.
8.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan banyak membantu dalam menjayakan kajian
tindakan yang saya jalankan keatas responden-responden berkenaan. Responden-responden
berpendapat pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran mengikut deria yang
paling dominan iaitu Audio( pendengaran),Visual( penglihatan) dan Kinestetic( pergerakan)
adalah seronok dan sesuai dengan diri masing-masing. Dapatan ini memberikan satu implikasi
kepada guru supaya mereka mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka, khasnya dalam
menggunalkan bahan visual berwarna, muzik dam pembayangan atau lakonan semualan situasi
sebenar sesuatu topik itu dalam pengajaran Pendidikan Islam terutamanya dalam meningkatkan
kekuatan mengingat seseorang murid.
Saya bercadang untuk meneruskan penggunaan kaedah GST ini dalam kemahiran lain
seperti kemahiran menyebut, membanding beza, dan benda lain-lain tajuk. Walaupun kaedah
GST tidak dapat dilakukan sepenuhnya oleh guru, guru boleh membiarkan sahaja murid-murid
mencipta sendiri visual berwarna, lagu dan lakonan dengan ini bukan sahaja ilmu mereka dapat
tatp mereka juga dapat mengembangkan bakat yang mungkin dapat nama sekolah dan bahkan
nama negara suatu hari nanti.
421.
Disamping itu, intervensi ini juga dapat dilaksanakan dan diaplikasikan kepada murid-
murid lain dan menggunakan sampel kajian yang lebih besar serta meliputi murid-murid
daripada pelbagai tahap kognitif. Ini membolehkan guru memperoleh hasil dapatan kajian yang
lebih menyeluruh. Kajian yang menggunakan sampel yang lebih besar dapat menunjukkan
keberkasanan kaedah GST ini.
Tambahan pula, intervensi ini juga boleh ditambah baik dengan menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi(TMK) iaitu menggunak perisian lebih canggih untuk memenuhi
tuntutan kaedah belajar melalui deria dominan ini. Pengubahsuaian yang sesuai akan dilakukan
mengikut tahap kebolehan, minat dan sikap responden agar dapat memberi bantuan yang
optimum kepada responden yang mengalami masalah pembelajaran dalam Pendidikan Islam
serta mampu menarik perhatian mereka.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar guru seterusnya mengkaji keberkesanan kaedah
ini dengan diaplikasikan pada subjek yang berlainan seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan
sebagainya. Ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah GST dapat diaplikasikan dengan
subjek yang berlainan serta membuktikan intervensi tersebut merupakan suatu kaedah yang
multifungsi. Seterusnya saya berharap agar guru yang ini melaksanakan kaedah ini memastikan
431.
murid-muridnya menjawab soalan yang diberikan dalam borang pengklasifikasian dengan lebih
jujur.
Akhirnya saya berharap agar kajian yang bakal dilakukan oleh pengkaji seterusnya pada
masa hadapan yang membuka lembaran baru kepada kaedah belajar pengklasikasian pelajar
mengikut deria belajar yang dominan di mana dapat diaplikasikan secara meluas dalam
kemahiran-kemahiran serta subjek-subjek lain. Harapan saya adalah pengkaji seterusnya dapat
menyambung kajian ini bagi membuktikan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran
dalam pembelajaran murid selain dapat membentuk suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan berkesan.
441.
9.0 Senarai Rujukan
Ahmad Mohd Salleh (2008).pengajian Agama Islam & j-QAF Medatologi dan Pedagogi
Pendidikan untuk KPLI. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
BPPDP,KPM.
Buzan ,Tony.(2005).” Mind Map: The Ultimate Thinking Tool”. London: Thorson
Gardner, H.(1983). Frames of Mind: The theory of multiple intelligences. New York:
Basic Books
Goldenberg, L.B. (2011). What Student Really Want In Science.New York:National
Science Teachers Association
Johnson,D.W., Johnson R.T, & Holubec,E.J (1993).Cooperation in the classroom
(6thEd). Edina,MN: Interaction Book Company
Constantinidou, F. and Baker, S. (2002). Stimulus modality and verbal learning
performance in normal aging. Brain and Language, 82(3), 296–311.
451.
Rourke, B., Ahmad S., Collins, D., Hayman-Abello, B., Hayman-Abello, S., and
Warriner, E. (2002). Child clinical/pediatric neuropsychology: some recent
advances. Annual Review of Psychology, 53, 309Ð339.
University of Pennsylvania (2009). Visual Learners Convert Words To Pictures In The
Brain And Vice Versa, Says Psychology Study. ScienceDaily. Retrieved July
10, 2011, from
Slavin, R.E. (1982). Cooperative Learning: Student Teams. What research
says to teacher.Washington DC: National Education Association
Slavin, R.E. (1985). Effects of whole Class, Abbility Grouped, Individualized
Instruction on Mathematics Achievement. American Educational
Research Journal,22(3),351-367.
461.
471.
top related