KAJIAN MENGENAI MASALAH-MASALAH YANG · PDF fileadalah seramai 110 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 4 aliran sains fakulti ... latihan mengajar. 4.3.1 Taburan kekerapan dan
Post on 06-Feb-2018
231 Views
Preview:
Transcript
KAJIAN MENGENAI MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
GURU PELATIH SAINS SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SHARMIZAL SUHAIDAL BINTI AHMAD BASHARUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN MENGENAI MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
GURU PELATIH SAINS SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SHARMIZAL SUHAIDAL BINTI AHMAD BASHARUDDIN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (KIMIA)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
OKTOBER 2008
ii
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: KAJIAN MENGENAI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
GURU PELATIH SAINS SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya _____SHARMIZAL SUHAIDAL BINTI AHMAD BASHARUDDIN______
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
√
Disahkan oleh,
_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO 27, JALAN PULAI BISTARI 20, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 81110 JOHOR BAHRU, Nama Penyelia JOHOR. Tarikh: 21 OKTOBER 2008 Tarikh: 21 OKTOBER 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : ………………………………. Nama Penyelia : Prof. Madya Aziz Bin Nordin Tarikh : ……………………………….
iv
“Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
Yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Sharmizal Suhaidal Binti Ahmad Basharuddin
Tarikh :
v
DEDIKASI
kepada suami tercinta
Osman Abu Bakar
berkat doa dan semangat yang kau berikan amat bermakna,
sesungguhnya andaiku kutip semua permata di dasar lautan
dan
sesungguhnya andaiku kusiram dengan air hujan dari 7 langitpun
namun tidak sama dengan kasih sayang yang telah kau curahkan….
Kepada kedua puteraku
Muhd Yusuf Hamdani
Muhd Firdaus
Dan
anakanda yang bakal melihat dunia fana ini
yang sentiasa berada disisi dikala ibu bertungkus lumus menyiapkan tesis ini,
walaupun pada zahirnya kalian sentiasa mengganggu ibu dengan pelbagai karenah
namun ibu percaya hakikatnya kalian sentiasa mendoakan kejayaan ibu,
ibu akan mengabadikan kenangan ini sehingga ke akhir hayat
dan ibu berdoa agar kalian akan menjadi insan yang cemerlang
di dunia dan di akhirat……
kepada ma, mak dan kedua abah…
jasa dan pengorbanan amat kusanjung dan tidak mungkin terbalas walaupun
dicurahkan dengan segunung intan dan permata….
Kepada kedua keluargaku…
semangat dan peransang yang kalian berikan akan ku abadikan disanubariku selagi
hayat dikandung badan…..
Kalian semua bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
tanpa kalian ku lemah pasti aku tak berdaya menyiapkan projek ini…
Kepada sahabat baikku noraini dan siti zaharah
terima kasih kerana sentiasa bersama dikala suka dan duka
Kepada semua rakan seperjuangan 4 SPC 2008/2009
ribuan terima kasih buat kalian semua kerana menganggap daku sebahagian
daripada kalian.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah izin dan kurnia daripadaNya
dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya walaupun pelbagai
halangan dan dugaan terpaksa diharungi.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
penyelia Prof. Madya Aziz Bin Nordin yang telah mencurahkan banyak pengalaman
dan pengetahuan kepada saya sehingga selesai projek ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga yang banyak membantu dan
membakar semangat saya untuk terus berjuang dalam menyelesaikan projek ini.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi yang banyak memberi
bantuan dan kerjasama serta semua individu dan pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak dalam menjayakan projek ini.
Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas semua jasa-jasa
kalian.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh guru pelatih
sains sepanjang 13 minggu menjalani latihan mangajar di sekolah. Sampel kajian
adalah seramai 110 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 4 aliran sains fakulti
pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia yang telah menjalani latihan mengajar
pada sesi 2007/2008. Alat kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang
mengandungi 59 item. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 10.0. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.91. Secara
keseluruhannya, hasil kajian mendapati kebanyakan guru tidak menghadapi masalah
untuk setiap aspek yang dikaji kecuali dalam aspek kewangan dan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam pengajaran. Untuk mengatasi dan mengurangkan masalah
yang dihadapi oleh guru pelatih di masa akan datang beberapa cadangan telah
dikemukan.
viii
ABSTRACT
The aim of this research is to identify the problems encountered by teacher trainees
during 13 weeks on teaching training at school. The sample of this study consists of
110 respondents which includes fourth year students from the science stream in the
Faculty of Education who have undergone teaching training in the 2007/2008
session. The instrument used in this research is a questionnaire consisting of 59
items. The data obtained is then analyzed using SPSS software version 10.0.
Reliability value for the research instrument is α = 0.91. This research has shown
most of the teacher trainees do not have any problems in every aspect studied except
a few of them faced difficulties in finance and using English language in teaching. A
few suggestions have been forwarded to overcome and further reduce the problems
faced by teacher trainees in the future.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA iii
PENGAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GAMBARAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan 8
1.8.2 Masalah 9
1.8.3 Latihan Mengajar 9
1.8.4 Guru Pelatih 9
1.8.5 Pengendalian Pengajaran 10
1.8.6 Persediaan Mengajar 10
x
1.8.7 Peruntukan Masa 10
1.8.8 Alat Bantu Mengajar (ABM) 10
1.8.9 Kewangan 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 13
2.3 Reformasi Pendidikan Guru 14
2.4 Keperluan Dalam Pendidikan 15
2.5 Kajian Masalah 16
2.6 Pengajaran Mikro 17
2.7 Latihan Mengajar 18
2.8 Persediaan Sebelum Latihan Mengajar 19
2.8.1 Lawatan Ke Sekolah 20
2.8.2 Tempat Tinggal 21
2.8.3 Pengangkutan 22
2.8.4 Kewangan 22
2.9 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran 23
2.9.1 Penggunaan Bahasa Inggeris 25
2.9.2 Penguasaan Isi Pelajaran 26
2.9.3 Alat Bantu Mengajar (ABM) 26
2.9.4 Pengawalan Kelas 27
2.9.5 Peruntukan Masa 28
2.9.6 Keyakinan Diri 29
2.10 Persediaan Mental dan Keperluan Sosial 30
2.10.1 Hubungan Guru Pelatih dengan Individu Lain 31
2.10.2 Mengajar Mata Pelajaran bukan Opsyen 31
2.10.4 Beban Kerja yang Banyak 32
xi
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Lokasi Kajian 35
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kajian rintis 37
3.7 Prosedur Kajian 37
3.8 Analisis Data 37
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Latar Belakang Responden 39
4.3 Persoalan Kajian Pertama 41
4.4 Persoalan Kajian Kedua 46
4.5 Persoalan Kajian Ketiga 54
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 61
5.2.1 Latar Belakang Responden 62
5.2.2 Persoalan Kajian Pertama 63
5.2.3 Persoalan Kajian Kedua 65
5.2.4 Persoalan Kajian Ketiga 68
5.3 Kesimpulan 73
5.3.1 Latar Belakang Responden 73
5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 73
5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 74
xii
5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 75
5.4 Cadangan 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 78
5.6 Penutup 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN A 85
LAMPIRAN B 91
LAMPIRAN C 92
LAMPIRAN D 93
xiii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA JADUAL SURAT 3.1 Taburan Populasi Pelajar Kursus 35 Pendidikan Sains, sesi 2008/2009 3.2 Bilangan Item Mengikut Kategori Perkara 35
3.3 Pemeringkasan Skala Likert lima mata 38
4.2.1 Taburan kekerapan dan peratusan latar belakang 40 responden berdasarkan jantina, bangsa, kursus, pinjaman pelajaran dan lokasi (daerah) sekolah latihan mengajar.
4.3.1 Taburan kekerapan dan peratusan respon 42
terhadap masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek lawatan kali pertama ke sekolah
4.3.2 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 43 masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek tempat tinggal.
4.3.3 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 44 masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengangkutan ke sekolah.
4.3.4 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 45 masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek kewangan.
4.4.1 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 47 masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris
4.4.2 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 48
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek penguasaan isi pelajaran
xiv
4.4.3 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 49 masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek keyakinan diri semasa mengajar
4.4.4 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 50
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengendalian ABM
4.4.5 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 51 masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek peruntukan masa
4.4.6 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 52
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengawalan bilik darjah
4.4.7 Taburan kekerapan dan peratusan purata mengikut aspek 53
dalam persoalan kajian kedua. 4.5.1 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 54
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan penyelia (UTM)
4.5.2 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 55
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan guru pembimbing
4.5.3 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 56
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan pengetua dan guru-guru lain
4.5.4 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 57
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan para pelajar
4.5.5 Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap 58
masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek beban kerja
xv
SENARAI GAMBARAJAH
NO TAJUK MUKA
GAMBARAJAH SURAT 4.1 Peratusan kekerapan purata bagi persoalan 46
kajian pertama mengikut aspek 4.2 Peratusan kekerapan purata bagi persoalan 53
kajian kedua mengikut aspek 4.3 Peratusan kekerapan purata bagi persoalan 60
kajian ketiga mengikut aspek
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 85
B Keputusan Kajian Rintis 91
C Surat Kebenaran Fakulti 92
D Jadual Kerja 93
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
dan kemajuan sesebuah Negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang
merupakan satu usaha membangunkan generasi muda pada alaf baru ini supaya
menjadi rakyat yang berkualiti dan bermutu tinggi yang akan menjadi aset kepada
Negara di masa hadapan. Sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha-usaha
yang mantap dan sistematik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kualiti yang lebih tinggi dan cemerlang agar dapat menangani
cabaran-cabaran abad ke-21 ini secara umumnya dan wawasan 2020 khususnya.
Pendidikan jelas merupakan pelaburan yang terpenting bagi sesebuah Negara.
Maka, tidak hairanlah mengapa kerajaan memperuntukkan bajet yang begitu besar
pada setiap tahun di dalam bidang pendidikan. Ini bertujuan bagi memastikan hasrat
kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 dan menjadi sebuah Negara yang maju di
mata dunia. Dengan itu, usaha untuk mencapai realiti ini mesti dimulakan dari akar
umbinya iaitu memantapkan bidang pendidikan Negara. Salah satu cabang dalam
sistem pendidikan adalah bidang pendidikan perguruan.
Pendidikan perguruan mempunyai peranan penting dalam melahirkan
masyarakat yang dapat memenuhi aspirasi wawasan 2020. Sejajar dengan peralihan
zaman dan kemajuan yang dicapai dalam dunia pendidikan, pendidikan perguruan
kini banyak menghadapi cabaran dan reformasi dalam memenuhi tuntutan semasa ke
arah menyediakan guru terlatih, berkualiti dan efektif. Peranan guru juga turut
2
mengalami perubahan dengan tanggungjawab yang semakin besar dan beban tugas
yang bertambah berat. Tugas guru tidak semudah yang disangkakan. Selain
memerlukan kesabaran dan ketabahan, seseorang guru perlu menguasai pelbagai
ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak. Oleh itu bagi mempersiapkan
diri dan memantapkan lagi keyakinan untuk mengajar, para guru perlu menjalani
latihan mengajar.
Latihan mengajar merupakan satu komponen paling penting dalam program
pendidikan perguruan yang diadakan di universiti-universiti mahupun di maktab-
maktab perguruan. Melalui latihan mengajar, guru pelatih berpeluang untuk cuba
mengaplikasikan teori, kaedah, panduan dan teknik-teknik pengajaran dalam situasi
bilik darjah dan sekolah yang sebenar di samping berpeluang menimba pelbagai
pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perguruan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah universiti
yang menawarkan pelbagai kursus pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berminat
untuk menceburi bidang perguruan dan fakulti pendidikan diberi tugas dan
tanggungjawab untuk melatih bakal-bakal guru ini. Oleh kerana pelajar-pelajar ini
merupakan bakal guru, maka sebagai langkah pertama untuk menyediakan mereka
sebagai seorang guru, mereka perlu menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah
sebenar dalam masa yang ditetapkan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Universiti Teknologi Malaysia mula menawarkan kursus pendidikan sejak
1972 lagi. Pada awalnya kursus pendidikan dilaksanakan oleh fakulti sains, namun
pada tahun 1994, fakulti pendidikan ditubuhkan dan segala tanggungjawab melatih
para bakal guru telah diambil alih sepenuhnya oleh fakulti pendidikan.
Menurut Ferrant (1981), matlamat maktab mengadakan latihan perguruan
bagi bakal-bakal guru adalah untuk menghasilkan guru yang bermutu dan ia adalah
tidak seperti sekolah menengah yang mungkin memadai dengan kecekapan akademik
sahaja. Matlamat latihan perguruan bukan sahaja berkehendakan ilmu pengetahuan
3
tetapi juga berkehendakan pengalaman bagi mempraktikkan sesuatu teori dan
kaedah.
Di fakulti pendidikan, pelajar perguruan diwajibkan menjalani latihan
mengajar selama 13 minggu pada tahun ketiga semester pertama. Kursus latihan
mengajar merupakan syarat wajib penganugerahan ijazah kepada bakal guru. Tanpa
latihan mengajar, pelajar itu tidak layak dianugerahkan sijil perguruan.
Latihan mengajar merupakan permulaan awal bagi guru-guru pelatih untuk
menimba ilmu dan pengalaman di sekolah terutamanya pengalaman mengajar,
membiasakan diri dengan suasana persekolahan sebenar, mengamalkan teori-teori,
kaedah-kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan
pengurusan sekolah. Melalui latihan mengajar juga, pelatih akan dapat menghayati
makna profesion perguruan dan menikmati kerja pengajaran dengan hati yang ikhlas
dan terbuka.
Kebanyakan pelajar perguruan yang dipilih dan diambil oleh fakulti
pendidikan untuk mengikuti kursus perguruan tidak mempunyai pengalaman
mengajar. Ini kerana kebanyakan mereka merupakan pelajar lepasan matrikulasi, Sijil
Tinggi Pelajaran (STPM) dan Diploma dari kursus-kursus lain. Oleh kerana para
pelajar tidak mempunyai pengalaman mengajar maka banyak masalah dan kekangan
yang timbul sebelum dan sepanjang mereka menjalani latihan mengajar di sekolah.
Menurut Hasnah Ibrahim (1992), dalam Othman Idris (1999:33), menyatakan
masalah merupakan satu perkara biasa di dalam kehidupan seharian, yang berbeza
hanyalah bebanan masalah terhadap seseorang individu, maknanya ada masalah
kecil, ringan dan mudah diatasi dan ada pula yang berat atau mengambil masa yang
panjang untuk mengatasinya. Seterusnya beliau merumuskan beberapa faktor yang
menimbulkan permasalahan, khususnya dikalangan guru, salah satu faktornya adalah
beban kerja yang berat atau banyak dan memerlukan banyak masa di mana kesannya
akan menjejaskan urusan-urusan yang lain.
4
Antara kekangan dan masalah yang biasa dihadapi oleh guru pelatih semasa
menjalani latihan mengajar adalah kesediaan dan keyakinan untuk mengajar,
persediaan rancangan pengajaran, pengurusan dan pengawalan pelajar semasa di
dalam kelas, penguasaan dan penyampaian isi pelajaran, penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar, kos sara hidup, sosialisasi dan beberapa perkara
lagi yang akan dibincangkan secara lebih lanjut di dalam sorotan penulisan.
Berdasarkan beberapa kekangan dan masalah yang dinyatakan di atas,
jelaslah bahawa keadaan dan perkara ini perlu diteliti dan diambil perhatian yang
serius bagi memastikan guru pelatih dapat memenuhi objektif latihan mengajar
disamping dapat membekalkan mereka dengan pengalaman berhadapan dengan
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar tanpa sebarang masalah dan
kekangan.
1.2 Pernyataan Masalah
Mengkaji adakah guru-guru pelatih menghadapi masalah sebelum dan semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1.3.1 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih aliran
sains UTM sebelum dan semasa menjalani latihan mengajar dari segi:
a) Lawatan ke sekolah.
b) Tempat tinggal.
c) Pengangkutan.
d) Kewangan.
5
1.3.2 Mengenal pasti aspek-aspek penting yang perlu diteliti oleh guru-
guru-guru pelatih aliran sains UTM semasa mengendalikan
pengajaran mata pelajaran sains dari aspek:
a) Penggunaan Bahasa Inggeris semasa mengajar.
b) Penguasaan isi pelajaran.
c) Keyakinan diri semasa mengajar.
d) Persediaan Alat Bantu Mengajar (ABM).
e) Pengawalan kelas dari segi disiplin pelajar.
f) Peruntukan masa.
1.3.3 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih aliran
sains semasa menjalani latihan mengajar dari segi persediaan mental
dan hubungan sosial dari aspek:
a) Hubungan guru pelatih dengan penyelia UTM.
b) Hubungan guru pelatih dengan guru pembimbing
c) Hubungan guru pelatih dengan pengetua dan guru-guru kanan.
d) Hubungan guru pelatih dengan pelajar-pelajar.
e) Mengajar mata pelajaran bukan opsyen.
f) Beban kerja yang diberikan kepada guru pelatih.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti berikut:
1.4.1 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih aliran
sains sebelum dan semasa menjalani latihan mengajar di sekolah dari
segi:
a) Lawatan ke sekolah?
b) Tempat tinggal?
6
c) Pengangkutan?
d) Kewangan?
1.4.2 Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru pelatih sains UTM
semasa mengendalikan pengajaran mata pelajaran sains dari aspek:
a) Penggunaan Bahasa Inggeris semasa mengajar?
b) Penguasaan isi pelajaran?
c) Keyakinan diri semasa mengajar?
d) Persediaan Alat Bantu Mengajar (ABM)?
e) Pengawalan kelas dari segi disiplin pelajar?
f) Peruntukan masa?
1.3.4 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih aliran
sains semasa menjalani latihan mengajar dari segi persediaan mental
dan hubungan sosial dari aspek:
a) Hubungan guru pelatih dengan penyelia UTM?
b) Hubungan guru pelatih dengan guru pembimbing?
c) Hubungan guru pelatih dengan pengetua dan guru-guru kanan?
d) Hubungan guru pelatih dengan pelajar-pelajar?
e) Mengajar mata pelajaran bukan opsyen?
f) Beban kerja yang diberikan kepada guru pelatih?
1.5 Kepentingan Kajian
.
Berdasarkan tujuan dan objektif kajian ini, penyelidik percaya dapatan, hasil
kajian dan maklumat-maklumat yang diperolehi akan mendatangkan faedah dan
manfaat kepada banyak pihak terutama dalam bidang pendidikan di antaranya
adalah:
7
a) Kajian ini dapat membantu para guru pelatih yang bakal menjalani
latihan mengajar pada sesi berikutnya sebagai garis panduan dalam
merancang segala perkara dengan teliti supaya tidak menghadapi
sebarang masalah sebelum dan sepanjang menjalani latihan mengajar.
b) Kajian ini juga dapat membantu para pensyarah yang selaku penyelia
dari UTM (Fakulti Pendidikan) untuk membimbing para guru pelatih
daripada menghadapi masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
sebelum mereka semasa menjalani latihan mengajar.
c) Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru
pembimbing atau guru yang diamanahkan untuk membimbing guru
pelatih dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka
seperti kawalan kelas, penggunaan ABM, pengurusan bilik darjah dan
pengurusan masa.
d) Bagi pihak sekolah pula, bahagian pentadbiran dapat merancang
jadual waktu yang sesuai supaya peruntukan masa mengajar tidak
membebankan guru pelatih. Ini kerana guru-guru pelatih perlu
menyiapkan tugasan tambahan seperti projek rekacipta, kajian
tindakan atau portfolio yang diberikan oleh fakulti pendidikan sebagai
syarat kelulusan latihan mengajar. Dari segi penginapan dan
pengangkutan, pihak sekolah sebaiknya dapat menyediakan
kemudahan itu atau menolong guru pelatih mendapatkan bantuan dari
sumber lain.
e) Hasil kajian ini juga dapat menjadi garis panduan kepada Urusetia
Latihan Praktikum Fakulti Pendidikan dalam membuat pertimbangan
berkenaan penempatan sekolah kepada guru-guru pelatih. Selain itu,
pihak fakulti juga boleh menyediakan beberapa panduan atau risalah
beserta peta mengenai sekolah yang bakal guru pelatih menjalani
latihan mengajar.
8
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:
a) Penyelidik hanya mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru-guru pelatih sains sebelum dan sepanjang menjalani latihan
mengajar di sekolah sahaja.
b) Responden kajian hanya terdiri daripada pelajar tahun 4 aliran sains
yang telah menjalani latihan mengajar pada sesi 2007/2008 iaitu 4
SPC, 4 SPF, 4 SPP, 4 SPK dan 4 SPN.
c) Kejituan kajian ini amat bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan
para responden dalam menjawab set soal selidik yang diberikan.
d) Kajian ini dijalankan di fakulti pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, kampus Skudai, Johor Darul Takzim.
1.7 Definasi Kajian
Perkataan yang sering digunakan dalam kajian ini diberikan definisi mengikut
perspektif kajian. Perkataan-perkataan berikut didefinisikan seperti berikut:
1.7.1 Guru-guru Pelatih Sains
Guru-guru pelatih sains yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah
guru pelatih yang mengikuti kursus sains serta pendidikan yang mana mata
pelajaran sains seperti kimia, fizik dan sains menjadi mata pelajaran opsyen
atau pilihan mereka. Kursus-kursus tersebut adalah:
9
i. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (SPN)
ii. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia/Matematik (SPC)
iii. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia/Komputer (SPK)
iv. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik/Matematik (SPF)
v. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik/Komputer (SPP)
1.7.2 Masalah
Bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian (Kamus Dewan,
2000). Dalam kajian ini, permasalahan merupakan masalah atau kekangan
yang dihadapi oleh guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar.
1.7.3 Latihan Mengajar
Perkataan latihan bererti pelajaran untuk memahirkan atau
memperolehi sesuatu kepandaian di dalam sesuatu bidang. Manakala
pengertian mengajar pula bermaksud mendidik atau menyampaikan ilmu
pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain (Kamus Dewan, 2000). Di
dalam kajian ini ia merujuk kepada guru pelatih yang menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
1.7.4 Guru Pelatih
Membawa maksud pelajar-pelajar yang sedang mengikuti dan
menerima latihan perguruan sama ada di Institusi Perguruan dan Universiti-
universiti (Kamus Dewan, 2000).
10
1.7.5 Pengendalian Pengajaran
Satu pelan tindakan bagi sesuatu proses pengajaran dari segi
penyampaian isi pelajaran, penggunaan dan persediaan Alat Bantu Mengajar,
menentukan objektif pelajaran, mengawal kelas dan lain-lain lagi (Mok Soon,
1994). Dalam kajian ini, pengendalian pengajaran merupakan cara atau
kaedah guru-guru pelatih menyediakan ABM, pengawalan kelas dari segi
disiplin pelajar dan peruntukan masa.
1.7.6 Persediaan Mengajar
Merujuk kepada persiapan atau langkah-langkah awal yang perlu
diambil atau dilakukan oleh seseorang guru pelatih untuk mengajar.
1.7.7 Peruntukan Masa
Langkah-langkah yang dirancang dengan baik akan dapat
menjimatkan masa, tenaga dan menghasilkan pembelajaran berkesan serta
memuaskan (Abdul Hamid Awang, 1982). Dalam kajian ini, peruntukan masa
merupakan kajian mengenai guru-guru pelatih merancang masa dengan
teratur atau tidak apabila mengendalikan pengajaran.
1.7.8 Alat Bantu Mengajar (ABM)
Bahan adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan ransangan keinginan pelajar untuk mengetahui
sesuatu dan menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik (Kamaruddin
Hj Husin, 1986). Ia merujuk kepada penyediaan Alat Bantu Mengajar yang
11
sesuai digunakan untuk sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dan
segala penyediaan yang diperlukan.
1.7.9 Kewangan
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kewangan memerihalkan tentang
keadaan atau urusan wang atau segala sesuatu yang berkaitan dengan wang.
12
BAB II
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Persoalan tentang keberkesanan sistem pendidikan selalu menjadi tajuk
perbincangan bagi semua lapisan masyarakat tidak kira di mana sahaja. Perkara yang
selalu dibincangkan adalah mengenai aspek kurikulum, fungsi pendidikan dalam
membentuk akhlak pelajar, perpaduan bangsa, pengeluaran sumber tenaga manusia,
pembangunan industri, pertumbuhan urbanisasi untuk kemajuan sains dan teknologi
dan yang terbaru adalah mengenai melahirkan modal insan yang berkualiti.
Dalam bidang perguruan pula, sama ada dari segi latihan atau pendidikan
guru dalam sistem pendidikan kebangsaan menghadapi banyak cabaran. Ini dapat
dibuktikan dengan pelbagai kritikan dan perdebatan yang dibangkitkan dari masa ke
semasa. Persoalan yang kerap ditimbulkan termasuklah kesesuaian latihan yang
diberi kepada guru-guru, arah perkembangan profesion perguruan, tanggungjawab
dan etika guru, perkhidmatan dan peluang masa depan guru dan lain-lain lagi
(Robiah Sidin, 1994).
Dengan itu wujudlah pendidikan guru. Seperti juga pendidikan untuk pelajar
sekolah, pendidikan guru dirancang dan digubal sebagai memenuhi falsafah dan
dasar Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan guru adalah lengkap dan memberi
kesinambungan kepada aktiviti kurikulum dan kokurikulum guru. Dengan kata lain,
kesihatan dan kesejahteraan pendidikan di sekolah adalah bergantung kepada
pendidikan guru (Robiah Sidin, 1994).
13
Dalam bab ini penyelidik cuba menyorot tulisan-tulisan yang ada hubungkait
dengan kajian ini. Di antaranya adalah isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan
Guru, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru sebelum dan semasa menjalani
latihan mengajar, latihan mengajar, pengendalian dan pengurusan bilik darjah,
persediaan mengajar, ABM dan persediaan mental dan keperluan sosial.
2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Laporan Kabinet (1979) telah menyedarkan kita betapa pentingnya Falsafah
Pendidikan Negara dalam mencari hala tuju sistem pendidikan. Falsafah Pendidikan
Negara diwujudkan dengan tujuan untuk memastikan semua lapisan masyarakat
terutamaya lapisan pendidik agar dapat memahami matlamat dan objektif pendidikan
di Malaysia. Melaluinya, segala reformasi pendidikan akan dapat dibentuk dengan
kemas, teratur dan mantap. Falsafah Pendidikan Negara berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara di atas maka jelaslah matlamat dan
hala tuju pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat yang mempunyai
potensi dan kualiti yang baik dalam semua aspek. Guru memainkan peranan yang
sangat penting dalam memastikan Falsafah Pendidikan Negara tercapai. Untuk
memastikan matlamat ini tercapai, usaha mesti dimulai dari akar umbinya lagi iaitu
pendidikan perguruan yang berkualiti bagi melahirkan guru yang bermutu dan juga
berkualiti.
14
2.3 Reformasi Pendidikan Guru
Sistem pendidikan dari aspek perguruan telah mengalami beberapa reformasi.
Sebagai contoh, di dalam Penyata Razak (1956), memperakukan supaya sistem
latihan perguruan diselaraskan. Ketika itu wujud beberapa jenis latihan seperti
melalui Pusat Latihan Harian (DTC), Kelas Normal dan Sijil Perguruan daripada
United Kingdom. Pada awal tahun 70an, struktur latihan perguruan telah disemak
semula dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti latihan.
Sebagai tindak balas kepada perakuan-perakuan dan Laporan Kabinet (1979),
pengurangan tempoh pengajian bagi Sijil Perguraun Asas kepada 2 1/2 tahun dan
perlaksanaan KBSR dan KBSM.
Pada ketika itu, Pendidikan Perguruan telah mempunyai Falsafah Pendidikan
Perguruan yang berbunyi:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Ini jelas menunjukkan objektif Pendidikan Guru lebih bersifat spesifik.
Menurut Sufean Hussin (1993), antara objektif pendidikan guru pada masa ini ialah:
1. Untuk mengeluarkan guru-guru yang bersemangat tinggi dan berkaliber bagi
mengajar di semua jenis sekolah dalam sistem pendidikan, iaitu bagi sekolah
rendah, menengah, teknik dan vokasional.
2. Untuk mengeluarkan guru-guru yang bersemangat tinggi untuk menjadi ejen
yang aktif berusaha bagi pembangunan Negara yang bersatupadu yang
mempunyai warganegara yang mengamalkan corak hidup demokrasi.
15
3. Untuk mengeluarkan guru-guru yang bersemangat tinggi bagi
memperkukuhkan penghayatan konsep dan prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara.
4. Untuk mengeluarkan guru-guru yang bersemangat tinggi bagi menggalakkan
penyuburan dan perkembangan aspek jasmani, rohani, intelek, moral dan
estetika di kalangan murid-murid agar mereka menikmati hidup yang
bermakna mengikut lunas-lunas agama dan sosial.
5. Untuk mengeluarkan guru-guru yang bersemangat tinggi bagi membantu
perkembangan dan pembangunan sumber tenaga manusia yang diperlukan
untuk pembangunan sosioekonomi dan politik Negara pada generasi masa
kini dan akan datang.
2.4 Keperluan Dalam Pendidikan Guru
Pendidikan guru haruslah berlandaskan dan berasaskan bukan sahaja kepada
pengetahuan dan kemahiran tetapi juga kepada nilai-nilai murni, luhur dan kukuh
supaya dapat membentuk guru-guru yang betul-betul bersedia untuk menghadapi
cabaran.
Dalam usaha untuk mencapai kejayaan ini haruslah direnungkan sebentar
mengenai keperluan asas dalam pendidikan perguruan. Lazimnya corak latihan akan
ditentukan oleh jenis tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja supaya latihan yang
diberikan bersesuaian dengan keperluan. Selain itu dengan memasukkan unsur
pembentukkan sikap dan latihan perguruan ia akan dapat menjamin beberapa perkara
iaitu;
1. Peningkatan impak dan produktiviti
2. Penggunaan pengetahuan dan kemahiran
3. Kemahuan untuk mengguna dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
yang ada.
16
2.5 Kajian Masalah
Guru pelatih biasanya mengalami banyak masalah semasa menjalani latihan
mengajar disebabkan tiadanya pengalaman mengajar di sekolah. Menurut Dr. Isahak
Haron dan Dr. Koh Boh Boon (1985), terdapat beberapa kelemahan mengajar yang
dilakukan oleh guru-guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Di antaranya
ialah:
1. Mengajar secara berkuliah dan tidak melibatkan penyertaan aktif di kalangan
para pelajar.
2. Suara guru yang terlalu lemah dan tidak kedengaran di belakang dan hanya
mempunyai satu nada dan intonasi yang boleh membosankan pelajar.
3. Melakukan pelbagai kesilapan semasa menggunakan papan hitam atau putih
di mana guru pelatih tidak merancang kerja-kerja di papan hitam atau putih.
4. Guru pelatih mudah melencong dari tajuk perbincangan.
5. Kurang memberi perhatian kepada teknik menyoal sedangkan teknik menyoal
dapat menarik penglibatan pelajar.
Kajian yang dijalankan oleh Ng dan Ishak (1996), meninjau masalah-masalah
yang dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar di sekolah
melaporkan selain aspek perancangan dan perlaksanaan pembelajaran, masalah
fisiologi dan fizikal adalah menjadi kebimbangan kepada guru pelatih. Di antara
faktor-faktor yang membimbangkan mereka adalah:
1. Rasa takut dan kurang keyakinan diri.
2. Kurang kerjasama daripada guru-guru lain
3. Kekurangan peralatan seperti Bahan Bantu Mengajar
4. Diberi kelas ganti yang banyak
5. Kurang komunikasi dengan guru-guru sekolah
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Halimah Harun (2004),
terdapat segelintir guru-guru pelatih yang tidak layak langsung menjadi guru.
Tambahnya lagi, adakalanya lagi beliau takut untuk melepaskan guru-guru pelatih ini
17
untuk mengajar di sekolah kerana mereka tidak boleh mengajar langsung. Beliau
mengatakan bahawa kaedah pengajaran secara tradisional seperti penggunaan kapur
dan papan hijau, kaedah kuliah dan perbincangan kumpulan besar merupakan kaedah
yang dipilih oleh guru-guru pelatih semasa latihan mengajar.
Memang tidak dinafikan terdapat segelintir guru yang menimbulkan masalah
kepada pihak sekolah. Ada kes-kes guru pelatih yang tidak berdisiplin, seperti
berambut panjang, datang lambat ke sekolah, lambat masuk kelas, mengajar sambil
lewa, suka ambil cuti sakit, tidak masuk kelas ganti dan berpakaian tidak sesuai
dengan profesion perguruan. Dalam hal ini pengetua berhak menegur dan jika perlu
boleh dilaporkan kepada pihak maktab atau universiti (Azwan, 1997).
Latihan mengajar merupakan pengalaman baru bagi guru-guru pelatih, oleh
itu banyak masalah yang mereka hadapi sepanjang menjalani latihan mengajar. Di
antaranya ialah masalah penggunaan Bahasa Inggeris semasa pengajaran, penguasaan
dan penyampaian isi pelajaran, kurang keyakinan diri semasa mengajar, interaksi
dengan penyelia, guru pembimbing, pengetua, guru-guru lain dan pelajar-pelajar
sekolah, mengajar bukan mata pelajaran opsyen serta beban kerja yang banyak.
2.6 Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro dipelopori oleh Robert Bush dan D. Wight Allen di Pusat
Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Standford, Amerika Syarikat
pada tahun 1961. Sejak itu, teknik pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas
di maktab-maktab perguruan untuk melatih guru-guru pelatih supaya menguasai
kemahiran-kemahiran mengajar sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah (Mok
Soon Sang, 1993).
Pengajaran mikro yang melibatkan pengalaman beberapa kemahiran mengajar
di bilik mikro. Pengajaran mikro dipraktikkan di antara 10-30 minit dan melibatkan
sekumpulan kecil siswazah, iaitu antara 4-15 orang. Pengajaran mikro bertujuan
18
melatih guru-guru pelatih mengajar di sekolah (Abdul Raof Dalip dan T. Subahan
Mohd. Meerah, 1991).
Di UTM, pengajaran mikro juga dilaksanakan pada semester terakhir sebelum
guru pelatih menjalani latihan mengajar. Pengajaran mikro ini bertujuan untuk
melatih dan mendedahkan kepada pelatih tentang perkara-perkara yang perlu
dilakukan dan disediakan oleh seseorang guru sebelum dan semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Dengan pengajaran mikro para pelatih akan dapat
menggambarkan dan mengetahui suasana sebenar sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Melalui pengajaran mikro juga guru pelatih akan dapat meningkatkan
keyakinan mereka supaya lebih bersedia untuk menghadapi situasi sebenar semasa di
sekolah, misalnya mengajar di hadapan pelajar yang ramai, cara penyampaian isi
pelajaran, kawalan masa, penggunaan alat bantu mengajar dan lain-lain lagi
(Khyasudeen Abd. Majid, 1989).
2.7 Latihan Mengajar
Latihan mengajar merupakan komponen yang paling penting dalam program
pendidikan perguruan. Ia merupakan pendidikan awal bagi bakal seorang pendidik
yang bertujuan untuk memberi pengalaman pertama kepada mereka mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan kepada semua bakal
guru di pusat pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjalani latihan
mengajar selama 13 minggu.
Latihan Mengajar bertujuan untuk memberi peluang kepada guru
mengamalkan segala teori dan kaedah mengajar yang telah dipelajari dalam suasana
sebenar bilik darjah. Ia juga merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah
kepada pelajar yang mengikuti program latihan perguruan. Jangkamasa Latihan
19
Mengajar ialah selama sekurang- kurangnya 12 minggu dan dijalankan di sekolah
yang ditetapkan oleh fakulti (Universiti Teknologi Malaysia, 2005).
Menurut Zulkifli Mohammad, et al., (1989), latihan mengajar merupakan
aktiviti yang wajib dilakukan bagi setiap guru pelatih sebelum mereka layak untuk
menjadi seorang guru.
Menurut Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1985), latihan mengajar
merupakan satu tempoh amalan di sekolah di mana guru pelatih berpeluang
mengalami induksi awal dalam tugas mengajar dalam situasi yang sebenar. Selain
itu, guru pelatih juga boleh “merasa” dan menghadapi secara langsung berbagai
masalah yang dibincangkan dalam kuliah, seminar dan tutorial.
Semasa latihan mengajar dijalankan, guru pelatih dibimbing dan diselia oleh
penyelia-penyelia yang dilantik khas oleh pihak universiti. Di samping menjalankan
tugas membimbing dan menyelia, penyelia juga ditugaskan untuk membuat penilaian
formatif dan sumatif terhadap prestasi guru pelatih (Shariff B. Omar, e .al., 1994).
Ringkasnya, latihan mengajar bertujuan untuk melatih seseorang guru:
“belajar dan berlatih untuk menjadi guru”. Melalui program latihan mengajar, guru
pelatih diberi peluang untuk mengguna dan mempraktikkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang telah dipelajari ke dalam suasana bilik darjah sebenar. Dalam
konteks ini, guru pelatih dianggap sebagai aperentis yang menjalani latihan di bawah
kawalan dan bimbingan guru terlatih (guru pembimbing) yang mahir dan
berpengalaman, dalam jangka masa tertentu (Abu Hassan b. Kassim dan Meor
Ibrahim b. Kamaruddin, 1995).
2.8 Persediaan Sebelum Latihan Mengajar
Latihan mengajar merupakan syarat wajib untuk seseorang guru pelatih dan ia
mesti lulus sebelum ditauliahkan sebagai guru sebenar. Persediaan sebelum
20
menjalani latihan mengajar adalah amat penting bagi memastikan guru-guru pelatih
tidak menghadapi sebarang masalah ketika menjalani latihan mengajar.
Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), antara persediaan yang
lain guru pelatih perlu melaporkan diri kepada pengetua sekolah yang mana pelatih
akan menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan maklumat tentang organisasi sekolah, peraturan sekolah dan jadual
waktu.
Di samping itu, guru pelatih dapat mencari tempat kediaman yang terdekat
dengan sekolah itu, pengangkutan ke sekolah juga perlu difikirkan jika tempat
tinggal berjauhan dengan sekolah dan merancang belanjawan sepanjang tempoh
latihan mengajar ini (Universiti Teknologi Malaysia-Fakulti Sains, 1982).
Persediaan-persediaan ini dapat membantu guru menghadapi kekangan-
kekangan seperti mengelakkan guru pelatih tergesa-gesa pergi ke sekolah pada hari
pertama tanpa persediaan awal dan menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran
masyarakat di dalam dan di luar sekolah (Jamaluddin Yusoff, 1990).
Daripada beberapa petikan di atas, maka jelaslah persediaan sebelum
menjalani latihan mengajar adalah amat penting untuk seseorang guru pelatih
sebelum menjalani latihan mengajar. Di antara perkara-perkara yang perlu dititik
beratkan adalah lawatan ke sekolah, tempat tinggal, pengangkutan dan kewangan.
2.8.1 Lawatan ke Sekolah
Menurut Abdul Hamid Awang (1979), tujuan-tujuan lawatan ke sekolah
ialah:
i. Mengetahui latar belakang tempat latihan mengajar.
ii. Menemui guru mata pelajaran yang akan diajar dan mendapatkan
sukatan pelajaran serta tajuk-tajuk yang akan diajar.
21
iii. Mendapat jadual bertugas dan mengetahui panjang masa sesuatu
pengajaran.
iv. Untuk mendapat jadual kegiatan-kegiatan sekolah tersebut.
v. Mengetahui kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah itu.
vi. Untuk meninjau kebolehan pelajar dan masalah disiplin kelas.
vii. Menyesuaikan diri dengan masyarakat sekolah tersebut.
viii. Membuat persediaan tempat tinggal.
Segala maklumat-maklumat yang telah didapati semasa lawatan persediaan
handaklah dipertimbangkan dengan teliti seperti pengetahuan yang sedia ada pada
pelajar, kebolehan pelajar, balangan waktu, alat bantu mengajar dan lain-lain supaya
rancangan yang dibuat dapat dilaksanakan sebaik mungkin (Md. Arif bin Md. Yunus,
1985)
2.8.2 Tempat Tinggal
Guru pelatih dikehendaki mencari tempat tinggal sendiri semasa menjalani
latihan mengajar. Guru pelatih disyorkan untuk memohon asrama sekolah jika ada
ataupun menumpang di rumah guru-guru lain di sekolah berkenaan. Jika guru pelatih
tidak mempunyai tempat tinggal yang agak bersesuaian akan mendatangkan masalah
dan sedikit sebanyak akan mengganggu mereka (Md. Arif bin Md. Yunus, 1985).
Menurut Ismail bin Kailani (1982), masalah utama dihadapi oleh guru pelatih
ketika menjalani latihan mengajar ialah tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa
dan sesuai dengan kehidupan mereka sebagai guru.
Beberapa aspek perlu diambil kira bagi sesebuah rumah sewa atau bilik
sebelum membuat keputusan untuk tinggal di sesuatu tempat. Selain itu, kos seperti
bekalan air dan elektrik, pakaian, makanan dan sebagainya. Jika rumah itu didiami
22
lebih daripada seorang, perlu fikirkan ruangan dan tugasan dalam menjaga
kebersihan rumah atau bilik tersebut, (Judith Christian-Carter, 1989).
2.8.3 Pengangkutan
Menurut Rallis (1977), dalam menjalani kehidupan seharian manusia perlu
bergerak ke sana ke mari untuk beberapa tujuan tertentu. Maksud pergerakan adalah
dengan menggunakan pengangkutan bagi memudahkan manusia berhubung dengan
individu atau masyarakat tertentu dan membolehkan urusan hariannya berjalan
dengan lancar.
Bagi seseorang guru yang ingin ke sekolah, pengangkutannya adalah terdiri
daripada berjalan kaki iaitu pengangkutan bagi guru pelatih yang tinggal berdekatan
dengan sekolah manakala bagi yang tinggal berjauhan daripada sekolah, jenis
kenderaan mereka adalah basikal, kereta, bas, motor, tak kira dengan kenderaan
sendiri atau menumpang kereta atau motor orang lain dan sebagainya (Lomax and
Downes, 1977).
2.8.4 Kewangan
Guru pelatih daripada maktab-maktab atau institusi pengajian tinggi biasanya
mendapat tajaan atau pinjaman wang pendidikan daripada pihak tertentu. Pinjaman
pendidikan yang diperolehi biasanya tidak mencukupi untuk perbelanjaan mereka
dalam satu semester.
Menurut Ismail bin Kailani (1982), walaupun mempunyai tajaan daripada
mana-mana pihak, guru pelatih masih menghadapi masalah ketidakcukupan wang
23
biasiswa atau pinjaman maka ini akan mengganggu ketenteraman fikiran mereka
untuk mengajar.
Dalam tempoh latihan mengajar guru pelatih akan menggunakan wang untuk
memenuhi keperluan hidup misalnya barang keperluan, sewa tempat kediaman dan
lain-lain lagi. Selain itu guru pelatih berkemungkinan akan membelanjakan wang
terhadap nota edaran dan latihan yang difotostat untuk pelajar. Kebanyakan guru
pelatih akan ke luar untuk fotostat nota edaran dan latihan kerana di beberapa buah
sekolah guru pelatih tidak dibenarkan untuk menggunakan kemudahan-kemudahan
sekolah misalnya mesin fotostat (Lee Lai Guan, et al., 1999).
Menurut Lee Lai Guan, et al., (1999) juga, ABM juga perlu disediakan oleh
guru pelatih kerana adakala sekolah yang diajar tidak mempunyai ABM yang
secukupnya. Oleh itu, cara yang terbaik ialah mengawal belanjawan dengan
merangka belanjawan dengan cermat (Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 1987).
2.9 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran
Mata pelajaran sains terbahagi kepada dua komponen iaitu teori dan amali. Di
sekolah mata pelajaran sains biasanya diperuntukkan hanya empat waktu dalam
seminggu termasuk untuk teori dan amali. Guru pelatih dikehendaki merancang
sebaik mungkin pengajaran bagi teori dan amali mengikut kesesuaian kelas. Guru
pelatih dikehendaki menyediakan dua rancangan pengajaran jika dia mengajar dua
waktu teori dan satu rancangan pengajaran untuk dua waktu amali.
Menurut Abdul Hamid Awang (1979), ada berbagai jenis persediaan
mengajar yang pernah dibuat oleh guru-guru, tetapi mempunyai prinsip-prinsip asas
yang sama. Persediaan mengajar yang dirancang dengan baik dapat membantu guru
mengajar, sebaliknya persediaan yang kurang sempurna akan menimbulkan beberapa
kelemahan semasa mengajar. Kelemahan-kelemahan tersebut akan membawa kepada
24
pembaziran masa dan tenaga, sedangkan hasil yang dicapai amat sedikit jika
dibandingkan dengan tenaga yang dilabur.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), rancangan mengajar adalah
merupakan rangka kerja untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal.
Tujuan utama guru menyediakan rancangan mengajar adalah untuk menjamin murid-
murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan disamping meningkatkan
keyakinan guru mengajar.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997) lagi, rancangan mengajar
berfungsi yang antara lainnya untuk membantu guru bagi:
i. Meningkatkan keyakinan sebelum masuk mengajar ke dalam bilik
darjah atau makmal.
ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
iii. Mengekalkan penyelewengan atau terkeluar daripada perkara atau
aspek yang perlu diajar.
iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan
untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
v. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti bagi membantu murid
mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang
dikehendaki.
vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang
lebih tersusun dan bersistem.
vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam satu jangka waktu yang
diperuntukkan.
viii. Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan
teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai
pembelajaran murid.
ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana
setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan yang lain
secara jelas.
25
Berdasarkan beberapa petikan di atas jelas menunjukkan pengendalian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan betul dapat memberi banyak
manfaat kepada guru dan juga pelajar. Pada dasarnya persediaan dan pengendalian
pengajaran bukan sahaja tertakluk kepada persediaan fizikal malah ia juga
merangkumi aspek mental iaitu persediaan psikologi. Beberapa komponen utama di
dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran ialah persediaan rancangan
mengajar harian, penguasaan isi pelajaran, keyakinan diri semasa menyampaikan isi
pelajaran, pengurusan masa, pengawalan kelas yang baik dan penyediaan alat bantu
mengajar.
2.9.1 Penggunaan Bahasa Inggeris Semasa Mengajar.
Sistem pendidikan di Malaysia mewajibkan penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran sains dan matematik di semua sekolah
kerajaan bermula tahun 2003 secara berperingkat. Oleh itu guru yang mengajar mata
pelajaran sains dan matematik diwajibkan menggunakan Bahasa Inggeris semasa
mereka mengajar di dalam kelas.
Setakat ini terdapat ramai di antara guru yang tidak dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan berkesan jika disampaikan menggunakan Bahasa Inggeris. Ini
termasuklah guru-guru pelatih sains UTM yang menjalani latihan mengajar.
Menurut kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242
buah sekolah menengah di seluruh Negara menunjukkan bahawa guru-guru tidak
mempunyai kesediaan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris terutama sekali dalam
subjek sains dan matematik (Malaysia Today, 2004).
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Goh San San, Rahimah bt
Ahmad dan Wong Teck Kim (2005), mendapati ramai guru menghadapi masalah
dan mengalami kesukaran untuk menghurai dan menerangkan contoh-contoh yang
berkaitan dengan tajuk sains yang ditemui dalam kehidupan seharian responden
26
dengan pelajar mereka. Kebanyakan contoh-contoh harian dalam tajuk sains akan
lebih mudah dipelajari jika guru dapat menjelaskan kepada pelajar dengan lebih
berkesan. Namun, kebanyakan responden tidak atau kurang berupaya untuk
menjelaskannya dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Sebilangan responden juga
bersetuju bahawa mereka kurang yakin untuk mengajar sains dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, ramai responden bersetuju menyatakan bahawa mengajar matematik
dalam Bahasa Inggeris adalah lebih mudah daripada mengajar sains dalam Bahasa
Inggeris.
2.9.2 Penguasaan Isi Pelajaran
Penguasaan isi pelajaran adalah amat penting bagi seseorang guru untuk
mengelak daripada berlakunya salah konsep terhadap isi pelajaran di kalangan
pelajar. Seseorang guru yang tidak mempunyai penguasaan yang kukuh dan mantap
terhadap isi pelajaran yang diajarnya akan menyebabkan kekeliruan terhadap pelajar
dan menyebabkan pelajar itu tidak dapat memahami dengan baik apa yang diajar
oleh guru tersebut.
Menurut Robiah (1980), penguasaan isi pelajaran akan meningkatkan
keyakinan diri dalam menyampaikan pengajaran. Guru-guru pelatih seharusnya
faham tentang isi pelajaran yang diajar. Pengetahuan yang mendalam tentang isi
pelajaran adalah penting dalam mengajar sebarang mata pelajaran dan kemahiran
pula perlu bagi meningkatkan kemahiran guru untuk mengembangkan isi kandungan
mata pelajaran semasa mengajar.
Menurut Smith (1969), menyatakan guru harus faham tentang isi kandungan
mata pelajaran yang akan diajar di samping faham keteraturan mata pelajaran yang
diajar itu. Kefahaman merupakan faktor utama yang amat perlu bagi mengelakkan
perasaan khuatir dari segi intelek dan kebolehan guru menggunakan isi kandungan
pengajaran tersebut.
27
2.9.3 Alat Bantu Mengajar (ABM)
Alat Bantu mengajar adalah sebarang alat atau bahan yang digunakan oleh
guru bagi tujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang isi pelajaran yang
disampaikan dengan lebih berkesan. Penggunaan alat bantu semasa mengajar
biasanya dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk melibatkan diri semasa
pembelajaran tersebut.
Menurut Abdul Rahim dan rakan (1992), menyatakan bahawa alat bantu
mengajar sebagai media untuk menyampaikan maklumat bahan pengajaran.
Manakala menurut Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1985), alat-alat bantu mengajar
adalah untuk melicinkan pengajaran guru dan memudahkan pembelajaran murid.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), alat bantu mengajar adalah
sebarang peralatan yang digunakan untuk membantu guru menyampaikan isi
pelajaran secara berkesan, supaya mudah difahami atau diikuti murid. Penggunaan
alat bantu dalam sesuatu pengajaran dapat meningkatkan minat pelajar untuk
mengikuti pengajaran guru.
Semasa menjalani latihan mengajar, guru-guru pelatih sains digalakkan
menyediakan alat bantu sama ada menggunakan media elektronik atau secara
konvesional di dalam pengajaran mereka. Apa yang menjadi masalah sekarang
adalah kesesuaian alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru dengan persekitaran
dan masa yang diperuntukkan.
2.9.4 Pengawalan Kelas Pengawalan kelas semasa mengajar adalah amat penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan
yang boleh menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Seperti yang sedia
maklum, pelajar-pelajar sekolah mempunyai pelbagai sifat dan perangai. Setiap kelas
28
mempunyai 30 hingga 40 pelajar, oleh itu terdapat 30 hingga 40 jenis sifat dan
perangai yang perlu ditangani oleh guru.
Kebanyakan guru pelatih tidak mempunyai pengalaman dalam mengawal
pelajar semasa mengajar di dalam kelas dan di makmal. Semasa di dalam makmal,
terdapat segelintir pelajar yang suka mencuba dan membuat sesuatu tanpa arahan dan
kebenaran daripada guru. Perkara ini dikhuatiri akan membahayakan mereka dan
pelajar lain. Oleh itu pengawalan di dalam makmal semasa melakukan kerja-kerja
amali dan di dalam kelas semasa mengajar merupakan cabaran yang besar buat guru
pelatih sepanjang menjalani latihan mengajar.
Menurut Atan Long (1993), antara cara bagi guru pelatih mengawal kelas
adalah dengan mengenali pelajar-palajar di dalam kelas misalnya menghafal nama
mereka, menyuruh pelajar untuk menyediakan rajah kedudukan pelajar dan diletak di
meja guru, mengetahui latar belakang setiap pelajar dan lain-lain lagi.
Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), pula menyatakan guru
pelatih dalam pengawalan kelas mempunyai beberapa tanggungjawab iaitu:
i. Berusaha mewujudkan suasana kelas yang tenang dan tenteram.
ii. Menimbulkan disiplin instrinsik (lahir secara sendiri di kalangan
pelajar).
iii. Menimbulkan disiplin ekstrinsik (ganjaran/hukuman) secara bijak dan
berkesan.
iv. Kawalan kelas tidak teramat keras atau lembut.
v. Membahagikan tugas dan kerja kelas dengan adil dan mewujudkan
kerjasama di kalangan pelajar.
vi. Setiap individu pelajar mempunyai perbezaan (guru pelatih perlu
menyesuaikan pengajaran mengikut perbezaan yang berkenaan).
vii. Melayan dan membantu semua pelajar termasuk yang sangat lemah.
29
2.9.5 Peruntukan Masa
Kebanyakan sekolah hanya memperuntukkan empat waktu dalam seminggu
untuk mata pelajaran sains termasuk teori dan amali. Pada hakikatnya masa yang
diperuntukkan ini biasanya tidak mencukupi bagi seorang guru pelatih sains untuk
menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan sepanjang latihan mengajar.
Ini kerana mereka perlu mengajar teori di dalam kelas dan melakukan amali di dalam
makmal. Guru pelatih sains biasanya tidak mahir dalam membahagikan masa yang
sepatutnya untuk teori dan amali.
Menurut Mok Soon Sang (1993), jangka masa bagi setiap langkah perlu
dirancang dengan teliti. Komponen penyampaian yang utama dalam satu langkah
pengajaran ialah set induksi, perkembangan dan penutup. Aspek yang meliputi
perkembangan ialah penyampaian konsep, penguasaan kemahiran dan aplikasi. Bagi
set induksi jangka masanya ialah 5 minit, bahagian perkembangan yang meliputi 3
aspek itu terdiri daripada 5 minit, 10 minit dan 5 minit masing-masing dan bahagian
penutup adalah 5 minit.
Menurut Atan Long (1980), untuk menjimatkan masa, berbagai-bagai cara
lain perlu menjadi amalan guru. Umpamanya guru hendaklah meminta pelajar-
pelajar memberi jawapan atau melakukan sesuatu pelajaran dengan menyebut nama
pelajar, bukannya menanti sukarela. Guru juga perlu lebih banyak menggunakan
bahan-bahan penduaan dan buku kerja supaya pelajar-pelajar tidak payah menyalin
soalan-soalan yang ditulis di papan hitam. Guru juga perlu menyediakan alat-alat
bantu mengajar yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum pelajaran
dimulakan.
30
2.9.6 Keyakinan Diri
Latihan mengajar merupakan pengalaman pertama bagi guru pelatih mengajar
pelajar sekolah dalam suasana pembelajaran yang sebenar. Oleh itu tidak hairanlah
jika seseorang guru pelatih itu kurang keyakinan diri semasa mengajar di dalam
kelas. Biasanya perasaan kurang keyakinan diri berpunca daripada seseorang yang
menganggap diri mereka banyak kelemahan jika dibandingkan dengan individu lain.
Keyakinan diri sebenarnya boleh dibentuk dengan pelbagai cara dan ia mesti
dimulakan seawal mungkin iaitu sebelum guru-guru pelatih ini menjalani latihan
mengajar.
Guru pelatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi tidak akan
menghadapi banyak masalah semasa menjalani latihan mengajar terutamanya semasa
penyampaian isi pelajaran di dalam kelas. Guru-guru ini juga akan mendapat
kepercayaan yang tinggi daripada pelajar sama ada sebagai rujukan atau sebagai
tempat meminta pandangan dan nasihat.
Berdasarkan keterangan di atas, keyakinan diri adalah aset yang penting bagi
seseorang guru pelatih untuk memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada
pelajar terhadap pengajaran mereka.
2.10 Persediaan Mental dan Keperluan Sosial.
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), seseorang yang baik perlu
mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi dan sosiologi kerana pengetahuan
ini dapat membantu guru menangani pelbagai masalah pelajar, masalah belajar,
masalah psikologi belajar dan psikologi sosial pelajar. Soal-soal seperti etnik, kelas,
motivasi, pencapaian, sikap, minat, kebolehan, kecerdasan mental, masalah
pembelajaran, proses belajar, proses berfikir dan sebagainya boleh difahami
sekiranya guru didedahkan dengan ilmu psikologi dan ilmu sosiologi. Kedua-dua
31
bidang ilmu pengetahuan ini amat penting untuk mencorakkan seseorang guru agar
benar-benar berwibawa untuk mengambil tanggungjawab yang berkesan dalam
profesion perguruan.
Latihan mengajar merupakan pengalaman pertama bagi guru pelatih mengajar
di dalam suasana persekolahan dan pembelajaran yang sebenar. Banyak perkara yang
perlu dititik beratkan oleh guru pelatih sama ada dari segi mental dan sosial bagi
memastikan latihan mengajar mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang
gangguan yang boleh menjejaskan kejayaan latihan mengajar mereka. Di antara
perkara yang perlu diambil berat oleh guru pelatih adalah meningkatkan keyakinan
diri mereka semasa mengajar, menjalinkan hubungan yang baik dengan pengetua,
guru pembimbing, guru-guru lain, kakitangan am sekolah dan para pelajar.
Selain daripada itu guru pelatih juga perlu berfikiran positif dan bersedia dari
segi mental dan fizikal kerana mereka berkemungkinan akan dikehendaki mengajar
mata pelajaran bukan opsyen, menggantikan kelas yang tiada guru di samping diberi
tugasan sampingan yang banyak.
2.10.1 Hubungan Di Antara Guru Pelatih Dengan Penyelia, Pengetua, Guru-
guru, Pelajar-pelajar Dan Kakitangan Sekolah.
Guru pelatih yang menjalani latihan mengajar seharusnya menjalinkan
hubungan yang baik dengan semua warga sekolah terutamaya penyelia, pengetua,
guru pebimbing, guru guru lain dan pelajar. Hubungan yang baik di antara guru
pelatih dengan warga sekolah akan dapat mengurangkan tekanan dan melahirkan
perasaan cinta akan sekolah itu. Maka guru pelatih dapat menumpukan perhatian
terhadap pengajaran dengan hati yang terbuka, ikhlas dan seronok untuk datang
mengajar.
Sebaliknya, apabila hubungan guru pelatih dengan warga sekolah kurang
baik, maka guru pelatih akan mengalami perasaan tertekan, kecewa, bimbang,
terasing dan rasa tidak diperlukan oleh komuniti sekolah. Perkara ini menyebabkan
32
guru pelatih tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran dan
sudah pastilah akan menjejaskan prestasi mereka.
2.10.2 Mengajar Mata Pelajaran Bukan Opsyen
Ramai di antara guru pelatih yang menjalani latihan mengajar terpaksa
mengajar mata pelajaran bukan opsyen atau bukan pengkhususan mereka. Ini kerana
mereka diberi mata pelajaran yang terdapat kekosongan dan kekurangan guru yang
mengajar mata pelajaran itu. Perkara ini berkemungkinan akan mendatangkan
masalah kepada guru pelatih tersebut. Llounden (1991), menyatakan bahawa
seseorang yang sepatutnya mengajar mata pelajaran tertentu tetapi diminta untuk
mengajar mata pelajaran lain di sekolah tempat mereka menjalani latihan mengajar
sudah tentu akan menghadapi masalah dan ini akan membantutkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
2.10.3 Beban Kerja yang Banyak
Biasanya guru pelatih yang menjalani latihan mengajar akan diberi tugas-
tugas khas selain daripada mengajar oleh pihak sekolah seperti membuat carta
organisasi, mural, mengecat dan menceriakan bilik-bilik tertentu. Selain itu,
diarahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan
diberi kelas ganti juga dianggap satu bebanan kepada guru pelatih. Ini kerana
keadaan tersebut akan memberi tekanan kepada guru pelatih disebabkan mereka
kurang mahir untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka.
Perkara ini sebenarnya tidak mendatangkan banyak masalah kepada guru
pelatih tetapi yang akan menjadi masalahnya apabila kerja-kerja ini diberikan dalam
masa yang sama dan berterusan. Kebiasanya guru pelatih tidak akan membantah
33
apabila diberi tugasan itu dan inilah yang akan menyebabkan penumpuan mereka
terhadap pengajaran kurang dan ia sudah tentunya akan menjejaskan prestasi mereka.
Menurut Azwan (1997), kehadiran guru pelatih juga boleh dieksplotasi. Ada
pengetua yang sudah menyediakan pelbagai program, terutama program kecerian dan
sukan. Maka tidak hairanlah jika terdapat guru pelatih yang merungut kerana
terpaksa memanjat dinding bagi menyiapkan mural di sekolah. Mereka terpaksa akur
dengan arahan pengetua kerana jika tidak, markah penilaian oleh pihak sekolah akan
terjejas.
34
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Perkara yang dibincangkan di dalam bab III adalah mengenai kaedah atau
cara kajian ini dilaksanakan. Terdapat tujuh komponen yang dibincangkan secara
terperinci di dalam bab ini iaitu rekabentuk kajian, instrument kajian, tempat kajian,
populasi kajian, pemilihan sampel kajian, prosedur pengumpulan data dan cara
menganalisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan adalah dengan menggunakan rekabentuk kajian secara
deskriptif menggunakan set soal selidik untuk mengumpul dan mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian. Rekabentuk kajian secara
deskriptif dipilih kerana maklumat yang dikehendaki dapat dikumpulkan dengan
mudah di samping dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik adalah sesuai
untuk pengukuran afektif bagi tujuan mengetahui kecenderungan, sikap, persepsi dan
sebagainya (Mohd. Najib Abdul Ghafar, 1999). Selain itu, soal selidik ini dapat
membantu menjimatkan masa dan kos (Mohd Shaffie Abu Bakar, 1991).
35
3.3 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Skudai. Guru-guru pelatih yang telah menjalani latihan mengajar pada sesi
2007/2008 baru sahaja kembali meneruskan pembelajaran, pengalaman yang mereka
lalui semasa menjalani latihan mengajar masih segar di dalam ingatan mereka. Oleh
itu, keadaan ini akan memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian dan
mengumpulkan maklumat yang berkaitan daripada mereka.
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah semua guru pelatih yang telah menjalani latihan
mengajar pada sesi 2007/2008. Daripada populasi, seramai 110 orang telah menjadi
sampel kajian. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tahun 4 SPC, 4
SPF, 4 SPN, 4 SPK dan 4 SPP yang telah menjalani latihan mengajar bermula pada 9
julai 2007 dan berakhir 6 Oktober 2007.
Persampelan tidak rawak jenis sampel bertujuan telah dipilih. Persampelan ini
adalah yang paling ringkas dan mudah untuk dikaji. Selain daripada itu penyelidik
juga merupakan salah seorang daripada kelompok populasi tersebut dan ini memberi
kelebihan kepada penyelidik selain dapat mengelak dan meminimumkan masalah
dan kesulitan yang mungkin timbul seperti kutipan balik borang soal selidik dan
sebagainya.
Jadual 3.1: Taburan Populasi Pelajar Kursus Pendidikan Sains, sesi 2008/2009 daripada Fakulti Pendidikan.
Kursus Populasi Sampel 4 SPC 25 24 4 SPF 18 15 4 SPN 28 27 4 SPK 24 24 4 SPP 22 20
36
3.5 Instrumen Kajian
Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan set soal selidik
yang menggunakan skala Likert lima mata. Set soal selidik ini mengandungi item-
item yang perlu dijawab oleh responden di ruangan yang telah disediakan. Set soal
selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan
bahagian C.
Bahagian A terdiri daripada soalan mengenai latar belakang responden dan
sekolah tempat beliau menjalani latihan mengajar. Bahagian B mengenai masalah
yang mungkin dihadapi oleh beliau sebelum bermula dan sepanjang menjalani
latihan mengajar. Bahagian C pula mengenai masalah yang dihadapi sepanjang
latihan mengajar dari aspek perancangan dan pengendalian mata pelajaran sains dan
juga hubungan sosial dengan individu lain.
Jadual 3.2: Bilangan Item Mengikut Kategori Perkara
Bahagian Perkara Bilangan soalan
A Latar belakang responden 6
B Pengalaman sebelum dan sepanjang latihan mengajar
1. lawatan ke sekolah 2. tempat tinggal 3. pengangkutan 4. kewangan
4 3 2 3
C Pengalaman sepanjang latihan mengajar
Bahagian 1: pengendalian pengajaran
1. penggunaan Bahasa Inggeris 2. penguasaan isi pelajaran 3. pengawalan kelas 4. peruntukan masa 5. alat bantu mengajar 6. keyakinan diri
Bahagian 2: persediaan psikologi dan sosial
1. hubungan dengan individu lain 2. beban kerja yang banyak
5 5 4 2 4 3
14 10
37
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan
dan kefahaman responden terhadap kandungan item borang soal selidik. Kajian rintis
telah dijalankan terhadap 15 guru pelatih sains yang telah menjalani latihan mengajar
pada sesi sebelum ini iaitu 2006/2007. kebolehpercayaan soal selidik diproses
dengan menggunakan “statistical package for social science”for windows versi 10.0.
Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.91.
3.7 Prosedur Kajian
Sebelum kajian dimulakan beberapa langkah telah diambil terlebih dahulu
iaitu:
1. Mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing (penyelia)
selepas kertas cadangan disemak.
2. Mendapat kebenaran daripada pihak Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia untuk mengedarkan borang soal selidik.
Selepas mendapat kebenaran, set soal selidik telah diedarkan pada minggu
ke-2 sesi pembelajaran baru bermula. Set soal selidik ini diedarkan oleh penyelidik
melalui wakil-wakil yang telah dilantik mengikut kelompok (kursus) masing-masing.
Borang soal selidik ini dikutip selepas 3 hari pengedarannya. Kemudian jawapan-
jawapan yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian.
3.8 Analisis Data
Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kaedah memproses data dan
kaedah menganalisis data.
38
3.8.1 Kaedah Memproses Data
Data-data yang dikumpulkan telah diproses dengan menggunakan
perisian computer “statistical package for social science” atau dengan
singkatnya SPSS/PC versi 10.0. SPSS merupakan satu perisian komputer
yang dibentuk khusus untuk menganalisis data-data yang diperolehi dari
tinjauan atau kajian-kajian mengenai sosioekonomi atau sains sosial.
3.8.2 Kaedah Menganalisis Data
Untuk kajian ini kaedah secara peratusan kekerapan telah digunakan
untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Peratusan kekerapan merujuk
kepada berapa banyak perkara itu berlaku. Apabila peratusan tinggi, ia
menunjukkan suatu kategori masalah itu dialami oleh ramai responden dan
sebaliknya. Kaedah peratusan dilakukan adalah bertujuan untuk
membandingkan peratusan tertinggi dengan terendah.
Untuk memudahkan kerja-kerja mentafsir data, Skala Likert lima
mata digunakan kerana ia dapat memberi gambaran yang tepat mengenai
maklum balas daripada responden bagi tujuan kajian ini. Untuk tujuan
menganalisis data pengkaji telah mengkodkan semula data Skala Likert 5
mata yang diperolehi mengikut pemeringkasan berikut:
Jadual 3.3: Pemeringkasan Skala Likert lima mata
Mata Skala Likert lima mata Pemeringkasan Skala Likert 1 2
Amat setuju Setuju
Setuju
3 Tidak pasti Tidak pasti 4 5
Tidak setuju Amat tidak setuju
Tidak setuju
Data yang diperolehi kemudian dianalisis untuk mendapatkan hasil
kajian yang dikehendaki dan dibincangkan dalam Bab IV.
39
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai analisis data dan hasil yang telah
diperolehi berdasarkan instrumen borang soal selidik yang telah diagihkan kepada
responden. Data yang diperolehi telah dianalisiskan dengan menggunakan perisian
”Statistical Packages For Social Science (SPSS) 10.0 for Windows”. Keputusan
daripada analisis dipaparkan dalam bentuk jadual mengikut kategori yang menjawab
kepada persoalan kajian iaitu mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru pelatih sains sebelum bermula dan semasa sesi latihan mengajar, semasa
pengendalian dan penyampaian pengajaran dan persediaan mental dan hubungan
sosial. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 110 orang
yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 aliran sains iaitu SPC, SPK, SPF, SPP
dan SPN yang telah menjalani latihan mengajar semasa sesi 2007/2008.
4.2 Latar Belakang Responden
Di dalam kajian ini penyelidik telah mengklasifikasikan latar belakang
responden kepada beberapa kategori iaitu jantina, kursus, bangsa, pinjaman
pelajaran, pengalaman mengajar dan daerah tempat latihan mengajar. Hasil analisis
yang diperolehi dipaparkan di dalam jadual di bawah.
40
Jadual 4.2.1: Taburan kekerapan dan peratusan latar belakang responden berdasarkan jantina, bangsa, kursus, pinjaman pelajaran dan lokasi (daerah) sekolah latihan mengajar.
MAKLUMAT LATAR BELAKANG KEKERAPAN (f)
PERATUSAN (%)
1. Jantina: i. Lelaki ii. Perempuan
18 92
16.4 83.6
Jumlah 110 100 2. Bangsa i. Melayu ii. Cina iii. India iv. Lain-lain
91 11 5 3
82.7 10 4.5 2.7
Jumlah 110 100 3. Kursus i. 4 SPC ii. 4 SPK iii. 4 SPF iv. 4 SPP v. 4 SPN
24 24 15 20 27
21.8 21.8 13.6 18.2 24.5
Jumlah 110 100 4. Penerimaan pinjaman i. Ya ii. Tidak
105 5
95.5 4.5
Jumlah 110 100 5. Pengalaman mengajar i. Ya ii. Tidak
35 75
31.8 68.2
Jumlah 110 100 6. Sekolah tempat latihan mengajar mengikut daerah
i. Johor bahru ii. Pontian
iii. Kulai iv. Kota tinggi v. Muar
vi. Segamat vii. Kluang
viii. Batu pahat ix. Luar negeri johor
43 15 2 6 12 7 6 15 4
39.1 13.6 1.8 5.5 10.9 6.4 5.5 13.6 3.6
Jumlah 110 100
Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai 92 daripada keseluruhan
responden atau 83.6% terdiri daripada responden wanita dan hanya 18 orang atau
16.4% adalah responden lelaki. Ini menunjukkan majoriti responden adalah
41
berbangsa Melayu iaitu seramai 91 orang (82.7%) diikuti oleh Cina seramai 11 orang
atau 10%, India seramai 5 orang (4.5%) dan seterusnya lain-lain bangsa seramai 3
orang (2.7%).
Seterusnya bagi kategori kursus, kursus 4 SPN mencatatkan jumlah yang
paling ramai iaitu 27 orang (24.5%) daripada keseluruhan responden diikuti oleh 4
SPC dan 4 SPK iaitu masing-masing seramai 24 orang bersamaan 21.8%. Seterusnya
4 SPP seramai 20 orang (18.2%) dan yang paling kurang adalah 4 SPF iaitu seramai
15 orang (13.6%).
Untuk kategori pinjaman pelajaran, didapati majoriti responden iaitu 105
orang bersamaan 95.5% adalah penerima pinjaman atau biasiswa daripada pelbagai
agensi dan hanya seramai 5 orang (4.5%) sahaja yang tidak menerima sebarang
bantuan kewangan.
Jadual di atas juga menunjukkan kebanyakan responden tidak mempunyai
pengalaman mengajar iaitu seramai 75 orang (68.2%) dan hanya 35 orang (31.8%)
sahaja mempunyai pengalaman mengajar sebelum sesi latihan mengajar.
Untuk kategori yang terakhir iaitu tempat latihan mengajar di mana pengkaji
telah mengkelaskan mengikut daerah sekolah itu berada, majoriti sekolah responden
menjalani latihan mengajar adalah di daerah Johor Bahru iaitu seramai 43 orang
(39.1%), dikuti oleh daerah Pontian dan Batu Pahat masing-masing 15 orang
(13.6%), seterusnya daerah Muar 12 orang (10.9%), daerah Segamat 7 orang
bersamaan 6.4%, kemudian daerah Kluang dan Kota Tinggi masing-masing 6 orang
(5.5%), diikuti di luar negeri Johor iaitu seramai 4 orang (3.6%) dan akhir sekali
daerah Kulai iaitu seramai 2 orang atau bersamaan 1.8%.
4.3 Persoalan Kajian Pertama
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih aliran sains
sebelum dan sepanjang menjalani latihan mengajar di sekolah?
42
Persoalan kajian yang pertama ini terdiri daripada beberapa aspek iaitu
lawatan kali pertama ke sekolah, tempat tinggal sepanjang latihan mengajar,
pengangkutan dan kewangan. Untuk mengkaji semua aspek ini soalan berbentuk
skala Likert 5 poin digunakan dan dikod semula kepada 3 poin dengan menggunakan
SPSS 10.0 untuk melihat peratus kekerapan setiap item.
Jadual 4.3.1: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek lawatan kali pertama ke sekolah
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 1 Mudah untuk saya mencari lokasi
sekolah untuk latihan mengajar 20 18.2 16 14.5 74 67.3
2 Kakitangan sekolah memberi kerjasama yang baik semasa lawatan kali pertama ke sekolah
4 3.7 13 11.8 93 84.5
3 Saya mendapat apa yang dikehendaki seperti jadual dan takwim semasa lawatan ke sekolah
9 8.2 15 13.6 86 78.2
4 Kedatangan saya memang dinanti-nantikan oleh pihak sekolah
18 16.3 38 34.5 54 49.2
Kekerapan purata 13 11.8 20 18.2 77 70.0 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Lawatan kali pertama ke sekolah sangat penting bagi seseorang guru pelatih
yang akan menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Jadual di atas
menunjukkan 74 orang bersetuju dengan kenyataan item pertama iaitu ”mudah untuk
mencari lokasi sekolah untuk latihan mengajar”, 20 orang responden susah untuk
mencari lokasi sekolah dan selebihnya tidak pasti dengan kenyataan item tersebut.
Bagi item kedua pula iaitu kerjasama yang baik daripada pihak sekolah
semasa lawatan kali pertama, majoriti daripada responden iaitu 84.5% berpuas hati
dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dan hanya 4 responden yang
tidak berpuas hati dengan layanan dan kerjasama yang diberi oleh pihak sekolah.
43
Seramai 86 (78.2%) responden mendapat apa yang dikehendaki seperti jadual
dan takwim semasa lawatan kali pertama ke sekolah, 9 responden tidak mendapat
apa yang dikehendaki dan selebihnya tidak pasti apa yang mereka perolehi.
Seterusnya hampir separuh daripada responden (49.2%) bersetuju bahawa
kedatangan mereka semasa lawatan kali pertama ke sekolah memang dinanti-
nantikan oleh pihak sekolah, 38 responden tidak pasti dan 18 responden tidak
bersetuju menyatakan kedatangan mereka memang dinantikan oleh pihak sekolah.
Secara puratanya 70% berpuas hati dengan aspek lawatan kali pertama ke
sekolah sebelum sesi latihan mengajar bermula dan hanya 11.8% tidak berpuasa hati
dan selebihnya 18.2% tidak pasti dengan aspek ini.
Jadual 4.3.2: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek tempat tinggal.
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 5 Tempat tinggal semasa latihan
mengajar berdekatan dengan sekolah
12 10.9 10 9.1 88 80.0
6 Tempat tinggal semasa latihan mengajar adalah selesa dan sesuai untuk saya
8 7.2 13 11.8 89 80.9
7 Sewa tempat tinggal semasa latihan mengajar adalah berpatutan
16 14.5 18 16.4 76 69.1
Kekerapan purata 12 10.9 14 12.7 84 76.4 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Aspek seterusnya adalah tempat tinggal sepanjang latihan mengajar
berlangsung. Seperti yang telah diterangkan dalam Bab II, tempat tinggal yang
bersesuaian adalah penting untuk menjamin keselesaan dan keselamatan. Daripada
Jadual 4.3.2 di atas seramai 88 responden bersetuju bahawa tempat tinggal mereka
sepanjang latihan mengajar adalah berdekatan dengan sekolah, 12 responden tinggal
berjauhan dengan sekolah dan selebihnya tidak pasti.
44
Manakala untuk item kedua iaitu keselesaan dan kesesuaian tempat tinggal
sepanjang latihan mengajar, kebanyakan daripada responden iaitu 89 orang
menyatakan tempat tinggal mereka semasa latihan mengajar bersesuaian dan selesa,
8 responden menolak kenyataan item ini dan selebihnya 13 responden tidak pasti.
Seterusnya seramai 76 responden berpuas hati dengan sewa tempat tinggal
yang dikenakan kepada mereka, 16 tidak berpuas hati dan seramai 18 responden
tidak pasti sama ada sewa yang dikenakan mahal atau berpatutan bagi mereka.
Kesimpulan secara puratanya untuk aspek tempat tinggal majoriti daripada
responden iaitu 76.4% berpuashati dengan tempat tinggal mereka sepanjang latihan
mengajar, 10.9% tidak berpuasa hati dan 12.7% tidak pasti dengan aspek tempat
tinggal.
Jadual 4.3.3: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengangkutan ke sekolah.
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 8 Saya tidak menghadapi masalah
pengangkutan untuk ke sekolah 12 10.9 4 3.6 94 85.5
9 Saya ke sekolah menaiki kenderaan sendiri/rakan
15 13.6 4 3.6 91 82.7
Kekerapan purata 14 12.7 4 3.6 92 83.7 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f =frekuensi/kekerapan
Aspek seterusnya adalah pengangkutan yang digunakan oleh guru pelatih
untuk ke sekolah sepanjang latihan mengajar. Pengangkutan memainkan peranan
penting untuk seseorang guru bagi memastikan kedatangan ke sekolah lancar dan
tepat pada waktunya.
Merujuk kepada Jadual 4.3.3 di atas, didapati 94 daripada keseluruhan
responden tidak menghadapi masalah berkaitan dengan pengangkutan untuk ke
sekolah, manakala 12 responden menghadapi masalah dan selebihnya iaitu 4
responden tidak pasti dengan permasalahan ini. Seterusnya majoriti daripada
keseluruhan responden iaitu seramai 91 responden ke sekolah dengan menaiki
45
kenderaan sendiri atau menumpang rakan, 15 responden ke sekolah menggunakan
pengangkutan selain daripada kenderaan sendiri atau rakan.
Secara puratanya 83.7% daripada keseluruhan responden tidak menghadapi
masalah dan mudah untuk ke sekolah dan hanya segelintir atau 12.7% sahaja yang
bermasalah untuk ke sekolah.
Jadual 4.3.4: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sebelum dan sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek kewangan.
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 10 Pinjaman/biasiswa mencukupi
untuk perbelanjaan semasa latihan mengajar
36 32.7 20 18.2 54 49.1
11 Saya tidak membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan alat bantu mengajar
49 44.5 20 18.2 41 37.2
12 Perbelanjaan sara diri saya bersesuaian sepanjang latihan mengajar
43 39.1 18 16.4 49 44.6
Kekerapan purata 43 39.1 19 17.3 48 43.6 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Jadual 4.3.4 pula menujukkan respon bagi aspek kewangan sepanjang latihan
mengajar, untuk item pertama iaitu ”pinjaman/biasiswa mencukupi untuk
perbelanjaan sepanjang latihan mengajar” mendapati separuh daripada responden
iaitu seramai 54 orang bersetuju menyatakan wang pinjaman atau biasiswa yang
diberi kepada mereka adalah mencukupi bagi perbelanjaan sepanjang latihan
mengajar. Manakala 36 (32.7%) responden mengatakan wang pinjaman atau
biasiswa yang diperolehi tidak mencukupi untuk perbelanjaan sepanjang 13 minggu
latihan mengajar.
Manakala untuk item perbelanjaan bagi menyediakan alat bantu mengajar, 49
daripada keseluruhan responden menyatakan mereka membelanjakan wang yang
46
banyak bagi tujuan ini. 41 responden tidak membelanjakan wang yang banyak untuk
menyediakan alat bantu mengajar dan selebihnya seramai 20 responden tidak pasti.
Kesimpulanya, secara purata 43.6% tidak menghadapi masalah dari segi
kewangan sepanjang latihan mengajar tetapi 39.1% daripada keseluruhan responden
menghadapi masalah kewangan dan menganggap kewangan mereka tidak mencukupi
untuk perbelanjaan sepanjang latihan mengajar.
law
atan
, 11.
8
t.tinggal,
10.9
pen
gan
gku
tan
, 12.
7
kew
ang
an, 3
9.1
0
5
10
15
20
25
30
35
40
% K
EK
ER
AP
AN
PU
RA
TA
1ASPEK
% KEKERAPAN PURATA BAGI PERSOALAN KAJIAN PERTAMA MENGIKUT ASPEK
Gambarajah 4.1: Peratusan kekerapan purata setiap aspek bagi persoalan kajian pertama mengikut aspek yang dikaji Merujuk kepada Gambarajah 4.1, hasil analisis mendapati masalah yang
paling tinggi berlaku di kalangan guru pelatih sebelum bermulanya dan sepanjang
sesi latihan mengajar di dalam persoalan kajian pertama adalah dari aspek kewangan.
Aspek ini mencatatkan bacaan peratusan purata sebanyak 39.1%. Manakala aspek
yang paling kurang bermasalah adalah dalam aspek tempat tinggal, di mana hanya
mencatatkan peratusan sebanyak 10.9%.
4.4 Persoalan Kajian Kedua Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sains terhadap
pengendalian dan pengajaran mata pelajaran sains semasa menjalani latihan
mengajar?
47
Bagi menjawab persoalan kajian ini beberapa aspek telah dikaji iaitu
pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris, penguasaan isi pelajaran dan
keyakinan diri semasa penyampaian isi pelajaran, persediaan dan pengendalian alat
bantu mengajar (ABM), peruntukan masa dan pengawalan bilik darjah.
Jadual 4.4.1: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 1 Saya berkeyakinan mengajar
menggunakan Bahasa Inggeris 25 22.7 25 22.7 60 54.6
2 Saya dapat mengajar dengan baik apabila menggunakan Bahasa Inggeris
25 22.7 27 24.5 58 52.7
3 Bahasa Inggeris saya baik 24 21.8 25 22.7 61 55.4 4 Pelajar mudah faham pengajaran
yang saya sampaikan apabila menggunakan Bahasa Inggeris
35 31.9 37 33.6 38 34.5
5 Bahasa Inggeris tidak membataskan aktiviti di dalam kelas
34 30.9 25 22.7 51 46.4
Kekerapan purata 29 26.4 28 25.5 53 48.1 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Jadual 4.4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap
masalah semasa latihan mengajar dalam aspek penggunaan Bahasa Inggeris semasa
mengajar. Seperti yang diketahui guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains
seperti kimia, fizik dan biologi diwajibkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dalam pengajarannya. Merujuk kepada jadual di atas didapati 60
responden berkeyakinan menggunakan Bahasa Inggeris semasa mengajar, manakala
25 responden masing-masing tidak yakin dan tidak pasti apabila mengajar dengan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Daripada 110 responden, seramai 61 respon berpendapat tahap penguasaan
Bahasa Inggeris mereka berada pada tahap yang baik. Manakala 24 responden
merasakan penguasaan Bahasa Inggeris mereka teruk dan selebihnya tidak pasti.
48
Bagi item ke 4, respon yang dipamerkan tidak menunjukkan perbezaan yang
ketara untuk setiap nilai di mana seramai 38 responden bersetuju menyatakan
bahawa pelajar mudah memahami pengajaran yang disampaikan oleh mereka apabila
Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar, 35 responden tidak bersetuju
dan 37 responden tidak dapat memastikan sama ada pelajar faham ataupun tidak
pengajaran yang mereka sampaikan dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Seterusnya, 51 responden atau 46.4% berpendapat Bahasa Inggeris bukan
alasan untuk membataskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 34
(30.9%) responden berpendapat Bahasa Inggeris telah membataskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas dan selebihnya tidak pasti.
Secara puratanya, sebanyak 48.1% responden tidak menghadapi masalah
apabila menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semasa pengajaran,
26.4% responden merasakan Bahasa Inggeris menjadi salah masalah di dalam
pengajaran mereka dan 25.5% tidak pasti dengan aspek ini.
Jadual 4.4.2: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek penguasaan isi pelajaran
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 6 Saya mampu mengajar sesuatu
tajuk dengan berkesan 13 11.8 19 17.3 78 70.9
7 Pembelajaran berkesan disebabkan kekuatan dalam penyampaian saya
21 19.1 26 23.6 63 57.3
8 Saya tidak memegang sebarang buku/nota ketika mengajar
18 16.4 12 10.9 80 72.7
9 Saya berupaya merancang isi pembelajaran dengan baik
5 4.5 18 16.4 87 79.1
10 Saya berupaya memberi jawapan yang memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh pelajar
9 8.2 17 15.5 84 76.4
Kekerapan purata 13 11.8 18 16.4 79 71.8 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
49
Jadual 4.4.2 pula menunjukkan keputusan analisis mengenai masalah
pengajaran mata pelajaran sains dari aspek penguasaan isi pelajaran. Daripada jadual
tersebut didapati majoriti responden bersetuju dengan kenyataan setiap item, hanya
sebahagian kecil yang tidak bersetuju dan tidak pasti dengan kenyataan item tersebut.
Secara puratanya, dapat dirumuskan sebahagian besar daripada responden
iaitu sebanyak 71.8% tidak menghadapi masalah dalam aspek penguasaan isi
pelajaran, manakala 11.8% daripada keseluruhan responden menghadapi masalah
dan selebihnya tidak pasti mengenai tahap penguasaan isi pelajaran mata pelajaran
yang mereka sampaikan.
Jadual 4.4.3: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek keyakinan diri semasa pengajaran
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 34 Saya tidak gementar semasa
mengajar 10 9.1 26 23.6 74 67.3
35 Saya tidak risau atau tertekan apabila penyelia datang untuk menyelia saya
24 21.8 32 29.1 54 49.1
36 Saya yakin akan kebolehan saya di hadapan penyelia dan pelajar semasa mengajar
10 9.1 28 25.5 72 65.4
Kekerapan purata 15 13.4 29 26.1 66 60.5 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan Merujuk kepada Jadual 4.2.1, kebanyakan responden tidak mempunyai
pengalaman mengajar sebelum latihan mengajar. Oleh itu aspek keyakinan diri amat
penting untuk dikaji di mana bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh guru pelatih sepanjang latihan mengajar. Jadual 4.4.3 menunjukkan keputusan
analisis data yang berkaitan dengan aspek keyakinan diri. Didapati 67.3% responden
tidak gementar semasa mengajar tetapi apabila penyelia datang menilai didapati
separuh daripada responden iaitu seramai 54 orang merasa risau dan tertekan dengan
kehadiran penyelia.
50
Jadual di atas juga menunjukkan hanya 10 responden yang merasa gementar
ketika mengajar dan 24 daripada responden tidak merasa risau dan tertekan dengan
kehadiran penyelia.
Kesimpulan yang boleh dibuat untuk aspek keyakinan diri adalah 60.5%
daripada responden mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi semasa mengajar
dan hanya 13.4% responden mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan
selebihnya tidak pasti dengan tahap keyakinan diri mereka.
Jadual 4.4.4: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek persediaan dan pengendalian alat bantu mengajar (ABM)
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 11 Saya mampu mengenalpasti alat
bantu mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran
6 5.4 20 18.2 84 76.4
12 Sekolah menyediakan alat bantu mengajar yang khusus untuk membantu pengajaran saya
26 23.6 20 18.2 64 58.1
13 Pelajar memberikan respon yang positif terhadap alat bantu mengajar yang saya sediakan
4 3.6 11 10.0 95 86.3
14 Saya tidak menggunakan wang yang banyak bagi menyediakan alat bantu mengajar
47 42.7 32 29.1 31 28.2
Kekerapan purata 21 18.8 21 18.9 68 62.3 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan Selain daripada keyakinan diri, guru pelatih juga perlu bijak menyediakan
dan mengendalikan ABM yang bersesuian dengan isi pelajaran bagi membantu
pengajaran mereka. Jadual 4.4.4 mempamerkan keputusan analisis data yang
berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dari aspek penyediaan dan
pengendalian ABM. Jadual tersebut menunjukkan 76.4% tidak menghadapi masalah
dalam mengenalpasti ABM yang bersesuian dengan isi pelajaran, manakala hanya
sejumlah kecil responden sahaja yang bermasalah dalam mengenalpasti ABM yang
bersesuaian.
51
Seterusnya didapati kebanyakan sekolah yang menempatkan guru ada
menyediakan alat bantu mengajar yang khusus bagi membantu guru pelatih dalam
pengajaran. 23.6% responden menyatakan sekolah tidak menyediakan ABM yang
khusus dan 18.2% tidak pasti. 86.3% atau 95 responden berjaya menarik perhatian
pelajar dengan ABM yang mereka sediakan di mana pelajar memberikan respon
yang positif dan hanya 3.6% responden tidak berjaya menarik perhatian pelajar
dengan ABM yang mereka sediakan.
Apa yang mengejutkan di sini hampir separuh daripada responden iaitu
42.7% telah membelanjakan wang yang banyak bagi menyediakan ABM untuk
pengajaran mereka, manakala 31 responden tidak membelanjakan wang banyak
dalam penyediaan ABM dan selebihnya tidak pasti dengan perbelanjaan untuk ABM.
Secara keseluruhan untuk aspek penyediaan dan pengendalian ABM,
kebanyakan guru pelatih (62.3%) tidak menghadapi masalah dalam penyediaan dan
pengendalian ABM dan masing-masing 18.8% dan 18.9% daripada responden
menghadapi masalah dan tidak pasti dengan permasalahan ini.
Jadual 4.4.5: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek peruntukan masa
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 15 Saya mampu merancang proses
pembelajaran dan pengajaran yang baik dengan masa yang ditetapkan
6 5.4 23 20.9 81 73.6
16 Saya mempunyai cukup masa untuk membuat kesimpulan dan pengukuhan pengajaran
7 6.4 30 27.3 73 66.4
Kekerapan purata 6.5 5.9 26.5 24.1 77 70.0TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan Aspek yang dikaji seterusnya adalah peruntukan masa setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran. Adalah penting bagi seseorang guru pelatih mengawal masa yang
telah ditetapkan supaya beliau dapat menghabiskan sesuatu P&P dengan berkesan.
Jadual 4.4.5 menunjukkan keputusan data yang telah dianalisis. Merujuk kepada
52
jadual di atas di dapati majoriti responden iaitu 73.6% mampu merancang sesuatu
pembelajaran dan pengajaran dengan baik dalam masa yang ditetapkan. Hanya 5.4%
responden tidak dapat merancang P&P dengan baik dalam masa yang ditetapkan.
Kesimpulan untuk aspek peruntukan masa, didapati majoriti responden (70%)
tidak bermasalah dengan masa yang diperuntukan bagi setiap sesi pembelajaran,
manakala hanya 5.9% sahaja yang bermasalah dan selebihnya tidak pasti.
Jadual 4.4.6: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dari aspek pengawalan bilik darjah.
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 17 Saya mampu mengawal pelajar
di dalam kelas 6 5.4 23 20.9 81 73.6
18 Pelajar memberi tumpuan penuh terhadap penyampaian saya
10 9.1 35 31.8 65 59.1
19 Saya berjaya mewujudkan interaksi dua hala semasa pengajaran
5 4.5 19 17.3 86 78.1
20 Pelajar memberi kerjasama sepenuhnya kepada saya semasa menjalankan aktiviti P&P
8 7.3 24 21.8 78 70.9
Kekerapan purata 7 6.4 25 22.7 78 70.9 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Aspek yang yang seterusnya adalah pengawalan bilik darjah semasa proses
P&P berlangsung. Merujuk kepada jadual di atas (Jadual 4.4.6), didapati 73.6%
responden mampu mengawal pelajar di dalam kelas semasa menjalani proses P&P
manakala hanya 5.4% tidak dapat mengawal pelajar dan selebihnya tidak pasti.
Kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan aspek pengawalan bilik darjah
adalah majoriti daripada responden iaitu 70.9% berjaya mengawal pelajar di dalam
bilik darjah semasa proses P&P berlangsung sama ada berjaya menarik perhatian dan
tumpuan pelajar, meweujudkan interaksi dua hala ataupun mendapat kerjasama
sepenuhnya daripada pelajar. Manakala hanya 6.4% sahaja yang tidak dapat
53
mengawal pelajar di dalam kelas semasa proses P&P berlaku dan selebihnya tidak
pasti dengan aspek ini.
Jadual 4.4.7: Taburan kekerapan dan peratusan purata mengikut aspek dalam persoalan kajian kedua.
Respon
TS TP S bil Aspek
f % f % f % 1 Pengajaran dengan menggunakan
Bahasa Inggeris 29 26.4 28 25.5 53 48.1
2 penguasaan isi pelajaran 14 12.7 18 16.4 78 70.9 3 keyakinan diri semasa pengajaran 15 13.4 29 26.1 66 60.5 4 persediaan dan pengendalian
alatbantu mengajar(ABM). 21 18.8 21 18.9 68 62.3
5 peruntukan masa 6.5 5.9 26.5 24.1 77 70.0 6 pengawalan bilik darjah. 7 6.4 25 22.7 78 70.9
Kekerapan purata 15 13.6 25 22.7 70 63.6 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
pen
ggunaa
n B
I, 26
.4
pen
guas
aan is
i pel
ajar
an,
12.7
keya
kinan
diri,
13.4
AB
M, 1
8.8
per
untu
kkan
mas
a, 5
.9
kaw
alan
bili
k dar
jah, 6
.4
0
5
10
15
20
25
30
% K
EK
ER
APA
N P
UR
ATA
1ASPEK
% KEKERAPAN PURATA BAGI PERSOALAN KAJIAN KEDUA MENGIKUT ASPEK
Gambarajah 4.2 : Peratusan kekerapan purata bagi persoalan kajian kedua mengikut aspek yang dikaji
Merujuk kepada Gambarajah 4.2, didapati Bahasa Inggeris merupakan
masalah utama bagi guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Ini kerana
aspek ini mencatatkan bacaan yang tertinggi bagi pernyataan tidak setuju. Analisis
menunjukkan seramai 26.4% responden menghadapi masalah dengan penggunaan
Bahasa Inggeris ketika mengajar diikuti dengan masalah dalam menyediakan dan
54
mengendalikan ABM, seterusnya masalah untuk membina kenyakinan diri,
penguasaan isi pelajaran, diikuti pengawalan bilik darjah dan aspek yang paling
kurang bermasalah adalah dalam aspek peruntukan masa di mana ia hanya
mencatatkan peratusan kekerapan tidak setuju hanya 5.9% sahaja.
4.5 Persoalan Kajian Ketiga
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih aliran sains
semasa menjalani latihan mengajar dari segi persediaan mental dan hubungan sosial.
Persediaan mental di dalam persoalan kajian ketiga merujuk kepada bebanan
kerja yang dipikul oleh guru pelatih yang merangkumi kesediaan responden
mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan kesanggupan untuk kelas ganti.
Manakala hubungan sosial di sini merujuk kepada hubungan guru pelatih dengan
penyelia (UTM), guru pembimbing, pengetua, guru-guru kanan dan para pelajar.
Jadual 4.5.1: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan penyelia (UTM)
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 21 Penyelia (UTM) memberi
motivasi dan bimbingan sepenuhnya kepada saya
14 12.8 17 15.5 79 71.8
22 Saya faham akan kemahuan/kehendak penyelia
10 9.1 20 18.2 80 72.8
23 Saya selalu berjumpa dan berhubungan dengan penyelia
16 14.5 20 18.2 74 67.3
Kekerapan purata 13 11.8 19 17.3 78 70.9 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Jadual 4.5.1 menunjukkan keputusan analisis dalam aspek hubungan guru
pelatih dengan penyelia (UTM). Didapati 79 responden bersetuju bahawa penyelia
mereka selalu memberi motivasi dan bimbingan sepenuhnya sepanjang latihan
55
mengajar dan hanya sebilangan kecil iaitu 14 responden menyatakan penyelia tidak
memberikan motivasi dan bimbingan sepenuhnya kepada mereka. 80 responden
faham akan kehendak dan kemahuan penyelia mereka dan 10 responden tidak
memahami kehendak dan kemahuan penyelia. Seterusnya, 74 responden kerap
berjumpa dan berhubungan dengan penyelia manakala 16 responden jarang berjumpa
dan berhubungan dengan penyelia mereka.
Secara puratanya, majoriti responden iaitu 70.9% mempunyai hubungan yang
baik dengan penyelia mereka, 11.8% tidak dan selebihnya tidak pasti.
Jadual 4.5.2: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan guru pembimbing
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 24 Guru pembimbing memberikan
motivasi dan bimbingan sepenuhnya kepada saya
15 13.7 11 10.0 84 76.3
25 Guru pebimbing membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi
11 10.0 11 10.0 88 80
26 Saya faham akan kemahuan /kehendak guru pembimbing
15 13.7 10 9.1 85 77.3
27 Saya kerap berjumpa dan berhubungan dengan guru pembimbing.
14 12.7 8 7.3 88 80
Kekerapan purata 14 12.7 10 9.1 86 78.2 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan Jadual 4.5.2 menunjukkan keputusan analisis item bagi aspek hubungan
responden dengan guru pembimbing. Merujuk kepada jadual tersebut didapati secara
puratanya lebih kurang 86 daripada keseluruhan responden tidak menghadapi
masalah dengan guru pembimbing, di mana mereka selalu diberi motivasi dan
bimbingan sepenuhnya oleh guru pembimbing. Guru pembimbing juga selalu
membantu dalam menyelesaikan masalah mereka dan responden juga faham akan
kemahuan/kehendak guru pembimbing dan mereka kerap berjumpa dan berhubungan
dengan guru yang membimbing mereka.
56
Manakala hanya kurang daripada 15 responden mempunyai hubungan yang
kurang baik dengan guru pembimbing, di mana kurang mendapat motivasi dan
bimbingan selain tidak faham akan kehendak guru pembimbing mereka dan mereka
juga jarang berurusan dengan guru pembimbing tersebut.
Jadual 4.5.3: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan pengetua dan guru-guru lain
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 28 Mudah untuk berbincang dan
meminta nasihat daripada Pengetua
29 26.4 22 20.0 59 53.6
29 Mudah untuk berbincang dan meminta nasihat mengenai pengajaran dengan guru lain
12 10.9 18 16.4 80 72.8
Kekerapan purata 20 19.1 20 18.2 70 63.6 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
Aspek seterusnya adalah hubungan responden dengan pengetua dan guru-
guru kanan. Merujuk kepada Jadual 4.5.3, didapati 29 responden bersetuju bahawa
susah untuk berbincang dan meminta nasihat daripada pengetua, manakala 59
responden lagi bersetuju menyatakan mudah untuk berbincang dan meminta nasihat
pengetua.
Manakala 12 responden susah untuk berbincang dan meminta nasihat
mengenai pengajaran dengan guru-guru lain tetapi sebahagian besar mendapat
kerjasama sepenuhnya daripada guru lain apabila meminta nasihat dan bimbingan
mengenai pengajaran mereka.
Secara puratanya, 70 responden berhubungan baik dengan pengetua dan guru-
guru kanan dan 20 daripada keseluruhan responden tidak mendapat layanan yang
baik daripada pengetua dan guru-guru kanan.
57
Jadual 4.5.4: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek hubungan dengan para pelajar
Respon TS TP S
No item
Kenyataan
f % f % f % 30 Saya dapat mengecam dan
mengingati nama setiap pelajar di dalam kelas
9 8.2 19 17.3 82 74.5
31 Pelajar kerap berjumpa dengan saya apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran
23 20.9 27 24.5 60 54.6
32 Pelajar kerap bertanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
12 10.9 20 18.2 78 70.9
33 Pelajar kerap bertegur sapa dengan saya apabila berjumpa di luar bilik darjah.
1 0.9 5 4.5 104
94.5
47 Pelajar mudah memberi kerjasama kepada saya sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
7 6.4 20 18.2 83 75.5
Kekerapan purata 11 10.0 18 16.4 81 73.6 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan Bagi aspek hubungan responden dengan pelajar (Jadual 4.5.4), didapati
sebahagian besar (74.5%) responden dapat mengecam dan mengingati nama setiap
pelajar di dalam kelas berbanding hanya 9 responden tidak dapat mengingat nama
pelajar keseluruhannya.
Manakala 60 responden bersetuju menyatakan pelajar kerap berjumpa dengan
mereka apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran. 23 responden tidak
bersetuju bermakna pelajar jarang berjumpa mereka dan selebihnya tidak pasti.
Bagi item ketiga pula, 78 responden menyatakan pelajar kerap bertanya
soalan semasa proses P&P berjalan, 12 responden menyatakan pelajar jarang
bertanya dan selebihnya tidak pasti.
Merujuk jadual tersebut juga, didapati majoriti responden bersetuju dengan
kenyataan bahawa pelajar kerap bertegur sapa apabila bertemu di luar kelas dan
hanya seorang responden tidak bersetuju dan 5 responden tidak pasti.
58
Untuk item terakhir, 83 responden bersetuju menyatakan pelajar mudah
memberi kerjasama sama ada di dalam dan di luar bilik darjah manakala 7 responden
tidak bersetuju dan selebihnya tidak pasti.
Secara puratanya, 73.6% responden tidak menghadapi masalah berhubungan
dengan pelajar, 10% menghadapi masalah dan 16.4% tidak pasti.
Jadual 4.5.5: Taburan kekerapan dan peratusan respon terhadap masalah sepanjang latihan mengajar mengikut kenyataan item dalam aspek mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan beban kerja
Respon
TS TP S No
item Kenyataan
f % f % f % 37 Saya tidak mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan rancangan mengajar mata pelajaran bukan opsyen
27 24.5 26 23.6 57 51.8
38 Saya tidak gementar dan selesa apabila tiba waktu mengajar mata pelajar tersebut
16 14.5 22 20.0 72 65.5
39 Saya mengajar mata pelajaran bukan opsyen dengan rela hati
25 22.8 16 14.5 69 62.8
40 Jadual waktu yang diberikan kepada saya tidak membebankan
7 6.3 8 7.3 95 86.4
41 Menyediakan rancangan mengajar tidak membebankan
25 22.8 19 17.3 66 60.0
42 Menyediakan alat bantu mengajar tidak membebankan
21 19.1 22 20.0 67 60.9
43 Kelas ganti tidak membebankan saya
30 27.3 15 13.6 65 59.1
44 tanggungjawab dan tugasan yang diberikan kepada saya tidak membebankan
16 14.5 21 19.1 73 66.4
45 Guru-guru kanan jarang mengambil kesempatan dengan menyuruh saya membuat kerja-kerja mereka
19 17.3 15 13.6 76 69.1
46 Saya mempunyai masa lapang untuk hiburan dan aktiviti sosial
28 25.5 15 13.6 67 60.9
Kekerapan purata 21 19.1 18 16.4 71 64.5 TS = tidak setuju TP = tidak pasti S = setuju f = frekuensi/kekerapan
59
Aspek yang dianalisis seterusnya adalah mengajar mata pelajaran bukan
opsyen dan beban kerja dan tugas guru pelatih sepanjang menjalani latihan mengajar.
Daripada jadual di atas (Jadual 4.5.5) mendapati kebanyakan daripada responden
tidak menghadapi masalah apabila diarahkan untuk mengajar mata pelajaran bukan
opsyen semasa menjalani latihan mengajar. Ini kerana lebih separuh daripada
keseluruhan responden bersetuju dengan ketiga-tiga item yang dinyatakan di dalam
jadual iaitu 57 responden menyatakan tidak susah untuk menyediakan rancangan
mengajar harian untuk mata pelajaran bukan opsyen yang mereka ajar. 72 responden
juga tidak gementar dan selesa untuk mengajar mata pelajaran tersebut dan 69
responden mengatakan mereka mengajar mata pelajaran bukan opsyen dengan rela
hati.
Sebahagian besar daripada responden (86.4%) juga bersetuju bahawa jadual
waktu yang diberi oleh pihak sekolah sepanjang latihan mengajar adalah tidak
membebankan dan hanya segelintir (6.3%) sahaja bersetuju bahawa jadual waktu
yang diberikan membebankan mereka.
Bagi item 41, 42 dan 43 didapati lebih kurang 60.0% bersetuju menyatakan
bahawa menyediakan rancangan mengajar, menyediakan ABM dan kelas ganti tidak
membebankan mereka, manakala kurang 30 responden bersetuju menyatakan ketiga-
tiga perkara tersebut membebankan mereka dan yang selebihnya tidak pasti.
Seterusnya seramai 19 responden menyatakan guru-guru kanan selalu
mengambil kesempatan ke atas mereka dengan menyuruh membuat kerja guru-guru
tersebut tetapi sebahagian besar daripada responden iaitu 76 orang jarang disuruh
oleh guru kanan untuk membuat kerja lain.
Untuk item seterusnya iaitu masa lapang untuk hiburan dan aktiviti sosial,
didapati 28 responden tidak mempunyai masa untuk berhibur dan melakukan aktiviti
sosial disebabkan beban tugas yang banyak dan 67 responden masih mempunyai
masa untuk berhibur dan bersosial.
60
Sebagai kesimpulan untuk aspek ini, didapati secara puratanya hanya
sebanyak 19.1% daripada responden merasakan beban tugas yang diberikan kepada
mereka sepanjang latihan mengajar adalah membebankan dan sebahagian besar
daripada responden (64.%) merasakan tugas yang diberikan sepanjang latihan
mengajar adalah tidak membebankan.
pen
yelia
, 11.
8
g.p
emb
imb
ing
, 12.
7
pen
get
ua/
gu
ru k
anan
,
19.1
pel
ajar
, 10
m.p
bu
kan
op
syen
, 20.
9
beb
an k
erja
, 19.
1
0
5
10
15
20
25
% K
EK
ER
AP
AN
PU
RA
TA
1ASPEK
% KEKERAPAN PURATA BAGI PERSOALAN KAJIAN KETIGA MENGIKUT ASPEK
Gambarajah 4.3: Peratus kekerapan purata bagi persoalan kajian ketiga mengikut aspek yang dikaji
Merujuk kepada gambarajah di atas, didapati masalah yang paling tinggi
kekerapannya bagi persoalan kajian ketiga adalah mengajar mata pelajaran bukan
opsyen. Daripada carta bar tersebut, mengajar mata pelajaran bukan opsyen
mencatatkan peratus kekerapan purata sebanyak 20.9%. Masalah yang di anggap
paling sedikit dikalangan responden adalah hubungan mereka dengan para pelajar,
ini menandakan kebanyakan responden mempunyai hubungan yang baik dengan para
pelajar.
61
BAB V
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, penyelidik membincangkan mengenai rumusan dan
perbincangan dapatan kajian yang telah diperolehi seperti dalam bab IV. Seterusnya
penyelidik membuat kesimpulan keseluruhan bagi setiap hasil kajian yang diperolehi.
Di akhir sekali disertakan juga cadangan yang boleh memberi manfaat dan faedah
kepada pelbagai pihak untuk mengatasi atau mengurangkan permasalahan yang
timbul di kalangan guru pelatih sepanjang menjalani latihan mengajar akan datang
dan juga cadangan kajian lanjutan untuk menyempurnakan lagi kajian ini.
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Analisis data yang telah dibuat di dalam Bab IV dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B
merupakan masalah yang dihadapi guru pelatih sebelum dan sepanjang sesi latihan
mengajar, bahagian C pula berkenaan pengendalian dan penyampaian pengajaran dan
bahagian D adalah masalah beban kerja dan hubungan sosial dengan individu lain.
Dalam bahagian ini semua aspek di atas dibincangkan dengan lebih terperinci.
62
5.2.1 Latar Belakang Responden
Hasil daripada analisis dalam Bab IV, didapati majoriti guru pelatih yang
menjadi responden di dalam kajian ini terdiri daripada golongan wanita, ini dapat
dilihat daripada Jadual 4.2.1. Senario ini bukanlah sesuatu yang asing di dalam
profesion perguruan masa kini, ini kerana situasi ini dapat dilihat di rata-rata sekolah
di malaysia di mana kebanyakan guru terdiri daripada wanita. Di dalam jadual
tersebut juga menunjukkan bangsa Melayu merupakan bangsa dominan berbanding
Cina, India dan lain-lain bangsa. Situasi ini juga telah menjadi lumrah di dalam
bidang perguruan di Malaysia di mana kebanyakan bangsa lain kurang berminat
berkecimpung di dalam agensi kerajaan terutama bidang pendidikan.
Dari segi kursus pula, merujuk kepada Jadual 4.2.1 juga didapati kursus 4
SPN mencatatkan jumlah tertinggi berbanding kursus-kursus lain iaitu seramai 27
responden, diikuti 4 SPC dan 4 SPK masing-masing seramai 24 orang, 4 SPP
seramai 20 orang dan yang paling sedikit adalah kursus 4 SPF.
Dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar guru pelatih adalah
penerima bantuan kewangan sama ada pinjaman atau biasiswa dan hanya 5 orang
sahaja daripada keseluruhan responden tidak menerima sebarang bantuan kewangan
daripada pelbagai agensi.
Dari segi pengalaman mengajar, dapatan kajian merujuk kepada Jadual 4.2.1
mendapati sebahagian besar guru pelatih tidak mempunyai sebarang pengalaman
mengajar sebelum menjalani latihan mengajar. Ini kerana kebanyakan daripada guru
pelatih merupakan pelajar lepasan matrikulasi di mana mereka tidak berpeluang
menimba pengalaman mengajar. Manakala 35 responden menyatakan mereka
mempunyai pengalaman mengajar sebelum latihan mengajar.
Aspek yang terakhir yang dikaji yang terkandung di dalam Jadual 4.2.1
adalah daerah di mana sekolah tempat latihan mengajar ditempatkan. Dapatan kajian
mendapati kebanyakan guru pelatih iaitu seramai 43 orang ditempatkan di sekolah-
sekolah di sekitar Johor Bahru, diikuti daerah Batu Pahat dan Pontian masing-masing
15 responden dan yang paling sedikit adalah daerah Kulai.
63
5.2.2 Persoalan Kajian Pertama
Persoalan kajian pertama berbunyi ”Apakah masalah yang dihadapi oleh guru
pelatih sains sebelum bermulanya dan sepanjang sesi latihan mengajar dari aspek
lawatan kali pertama, tempat tinggal, pengangkutan ke sekolah dan kewangan?
Bagi masalah sebelum dan sepanjang sesi latihan mengajar dari aspek
lawatan kali pertama ke sekolah, dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar guru
pelatih tidak menghadapi masalah dengan aspek ini dan hanya segelintir daripada
mereka sahaja yang berdepan dengan masalah.
Guru pelatih biasanya akan diberi peluang untuk membuat lawatan ke sekolah
mereka ditempatkan sebelum bermulanya sesi latihan mengajar secara rasminya.
Lawatan ini mungkin merupakan satu minggu pemerhatian atau merupakan sistem
sandaran sekolah, kedua-duanya dijalankan sebelum latihan mengajar sebenarnya
(Mohd. Noh Bidin, 1989).
Lawatan kali pertama ke sekolah sebelum bermulanya sesi latihan mengajar
secara rasmi adalah sangat penting bagi guru pelatih. Ini kerana mereka perlu
mengetahui lokasi dan persekitaran sebenar sekolah tersebut supaya mereka
mendapat sedikit pandangan dan gambaran awal mengenai sekolah tersebut. Selain
itu mereka perlu mendapatkan beberapa perkara seperti takwim sekolah dan jadual
waktu supaya mereka dapat membuat perancangan pengajaran sebelum bermulanya
latihan mengajar.
Kebiasaan lawatan kali pertama ke sekolah dilakukan dalam kumpulan, di
mana semua guru pelatih yang ditempatkan di sekolah tersebut dikehendaki
berbincang mengenai tarikh dan masa yang sesuai untuk membuat lawatan dan
selepas itu wakil mereka dikehendaki menghubungi pihak sekolah untuk membuat
temujanji.
Apa yang menjadi masalah di sini adalah kebanyakan daripada mereka tidak
mengetahui lokasi sebenar sekolah tersebut, mereka terpaksa menanya orang-orang
kampung, guru-guru pelatih terdahulu atau pihak universiti mengenai lokasi sekolah
64
tersebut. Keadaan ini tentulah sedikit sebanyak akan mengganggu pihak universiti
dan pihak lain, ini kerana mereka mempunyai banyak perkara yang perlu dibuat dan
mereka tidak dapat mengingati semua lokasi sekolah latihan mengajar.
Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah
pihak universiti perlu menyediakan peta lengkap mengenai lokasi sekolah kepada
setiap guru pelatih sebelum mereka menjalani latihan mengajar. Dengan cara ini guru
pelatih akan dapat menemui sekolah dengan mudah tanpa merujuk kepada banyak
pihak. Selain daripada itu juga, lawatan sebelum bermulanya latihan mengajar
penting untuk pihak sekolah dan guru pelatih mengenali antara satu sama lain. Ini
akan memudahkan guru pelatih berurusan dengan pihak sekolah sepanjang latihan
mengajar.
Selain daripada itu, perkara seperti takwim, jadual waktu dan silibus mata
pelajaran perlulah disediakan dan diberikan oleh pihak sekolah dan guru pembimbing
semasa guru pelatih membuat lawatan ke sekolah. Ini membolehkan guru pelatih
membuat perancangan pengajaran dan persediaan dari segi mental dan fizikal dengan
lebih berkesan dan teratur.
Dari aspek tempat tinggal pula, kebanyakan guru pelatih tidak menghadapi
masalah yang serius. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi (merujuk kepada
Jadual 4.3.2) hanya sebilangan kecil iaitu sebanyak 10.9% sahaja guru pelatih yang
menghadapi masalah dengan tempat tinggal mereka sepanjang latihan mengajar. Ini
kerana ada sebilangan sekolah menawarkan tempat tinggal seperti asrama dan ada
juga guru-guru kanan yang masih bujang menawarkan tempat tinggal kepada guru
pelatih dengan sewa yang berpatutan.
Selain daripada itu rata-rata rumah atau bilik yang disewa oleh guru pelatih
semasa latihan mengajar adalah selesa dan bersih. Keadaan ini dapat mengurangkan
sedikit sebanyak tekanan kerja kepada guru pelatih dan mereka juga dapat membuat
dan menyempurnakan kerja dengan selesa dan tenang. Ini bertepatan dengan
kenyataan Md. Arif bin Md. Yunus (1985) yang menyatakan keadaan rumah yang
dicari oleh guru pelatih untuk tinggal adalah tak kira mahal atau murah asalkan ia
65
bersih dan selesa. Ini adalah kerana sesebuah rumah yang bersih dan selesa amat
bersesuaian untuk seseorang melaksanakan tugasnya.
Bagi aspek pengangkutan ke sekolah pula, majoriti guru pelatih
menggunakan kenderaan sendiri ataupun menumpang rakan untuk ke sekolah.
Keadaan ini dibuktikan oleh hasil dapatan kajian yang merujuk kepada Jadual 4.3.3
di mana 83.7% bersetuju dengan keyataan ”saya ke sekolah menaiki kenderaan
sendiri/rakan”. Kebanyakan guru pelatih yang menjalani latihan mengajar menyewa
atau tinggal bersama-sama rakan mereka di tempat tinggal yang berhampiran dengan
sekolah. Oleh itu mereka dapat pergi ke sekolah bersama-sama dengan berkongsi
kenderaan, jadi keadaan ini akan dapat mengurangkan masalah dalam aspek
pengangkutan.
Merujuk kepada Jadual 4.3.4, sebahagian daripada guru pelatih iaitu seramai
39.1% mengalami masalah dari segi kewangan sepanjang mereka menjalani latihan
mengajar walaupun mereka ada menerima bantuan kewangan. Masalah berlaku
disebabkan perbelanjaan sara hidup mereka sangat tinggi di mana mereka terpaksa
membayar sewa rumah, sewa kenderaan, keperluan harian seperti makanan dan
minuman. Selain itu, kebanyakan daripada mereka terpaksa menyediakan sendiri
ABM dan nota-nota untuk pelajar dengan menggunakan wang poket mereka sendiri.
Keadaan ini tentulah memberi bebanan kewangan kepada guru pelatih, ini
kerana wang biasiswa dan pinjaman yang mereka adalah terhad dan hanya cukup
untuk memenuhi keperluan mereka sahaja.
Untuk mengatasi masalah ini, di antara langkah yang boleh diambil adalah
semua ABM hendaklah disediakan oleh pihak sekolah dan jika guru pelatih ingin
menyediakan sendiri ABM itu, sekolah perlu memberi peruntukan kepada mereka.
Selain itu, pihak sekolah juga mestilah membenarkan guru pelatih membuat fotokopi
nota atau kertas kerja untuk pelajar di sekolah tanpa mengenakan sebarang caj. Bagi
sekolah yang ada asrama pula, pihak sekolah boleh menyediakan bilik untuk guru
pelatih sepanjang mereka menjalani latihan mengajar. Keadaan ini akan dapat
mengurangkan kos perbelanjaan bagi guru pelatih kerana mereka tidak perlu
menggunakan sebarang kenderaan dan hanya boleh berjalan kaki ke sekolah.
66
5.2.3 Persoalan Kajian Kedua
Persoalan kajian kedua pula berbunyi ”Apakah masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru pelatih aliran sains terhadap pengendalian dan pengajaran mata
pelajaran sains semasa menjalani latihan mengajar?” Bagi menjawab persoalan ini
beberapa aspek telah dikaji iaitu pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagi bahasa pengantar, penguasaan isi pelajaran dan keyakinan diri semasa
penyampaian isi pelajaran, persediaan dan pengendalian ABM, peruntukan masa dan
pengawalan bilik darjah.
Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik mendapati sebanyak 54.6%
responden tidak menghadapi masalah dari aspek pengajaran dengan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, namun masih terdapat segelintir daripada
mereka iaitu 22.7% masih bermasalah dengan penyampaian pengajaran dalam bahasa
asing tersebut.
Situasi ini berlaku disebabkan kebanyakan guru pelatih telah dapat menguasai
Bahasa Inggeris dengan baik atau sekurang-kurangnya pada tahap sederhana, ini
kerana kebanyakan daripada mereka adalah pelajar lepasan matrikulasi yang mana
telah didedahkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
untuk mata pelajaran sains. Di samping itu mereka juga telah dilatih di UTM dengan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kebanyakan mata
pelajaran di UTM. Majoriti tugasan dan pembentangan diwajibkan menggunakan
Bahasa Inggeris dalam melaksanakannya. Keadaan ini telah banyak membantu
pelajar dalam berinteraksi dengan menggunakan bahasa asing itu di samping dapat
membina keyakinan diri pada tahap yang lebih tinggi apabila berkomunikasi.
Bagi aspek penguasaan isi pelajaran pula, majoriti guru pelatih tidak
menghadapi masalah yang besar di dalam penguasaan isi pelajaran. Hasil kajian
dalam Jadual 4.4.2 dengan merujuk kepada item ”Saya mampu mengajar sesuatu
tajuk dengan berkesan”, di mana keputusan mendapati sebahagian besar iaitu seramai
70.9% responden dapat mengajar sesuatu tajuk dengan berkesan dan hanya 11.8%
daripada responden tidak dapat mengajar dengan berkesan. Menurut Atan Long
(1983), menguasai isi pelajaran yang hendak diajar adalah penting bagi seseorang
67
guru yang hendak mengajar sesuatu mata pelajaran itu. Ini kerana, jika guru telah
menguasai isi pelajaran, pengajaran guru akan menjadi lebih lancar tanpa merujuk
kepada buku teks atau buku rujukan lain.
Daripada kajian ini juga, penyelidik mendapati kebanyakan daripada guru
pelatih tidak memegang sebarang nota atau buku sepanjang mengajar, mereka juga
dapat merancang isi pelajaran dengan baik di samping dapat menjawab semua soalan
yang diajukan oleh pelajar dengan memuaskan. Perkara ini semua membuktikan
kebanyakan daripada guru pelatih yang mengajar mata pelajaran sains tidak
menghadapi masalah dalam aspek penguasaan isi pelajaran.
Seterusnya dari aspek keyakinan diri semasa mengajar, hasil kajian yang
telah dibuat penyelidik juga mendapati sebahagian besar daripada guru pelatih tidak
menghadapi masalah dalam aspek keyakinan diri. Merujuk kepada Jadual 4.4.3, di
dapati 60.5% responden mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi manakala
hanya 13.4% daripada responden sahaja kurang keyakinan diri.
Seseorang guru yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi semasa
mengajar akan dapat mempengaruhi mood dan keinginan pelajar untuk belajar
dengan guru tersebut disebabkan keyakinan yang timbul dalam diri pelajar terhadap
guru tersebut. Guru yang dapat membuatkan pelajar yakin kepada penyampaian
pengajarannya adalah seorang guru yang berjaya dan cemerlang. Keyakinan yang
perlu ada di dalam diri guru pelatih bukan hanya di hadapan para pelajarnya sahaja
malah di depan semua orang termasuk penyelia dan guru pembimbing. Hasil kajian
ini mendapati guru-guru pelatih sains mempunyai tahap keyakinan yang agak baik.
Dalam aspek penyediaan dan pengendalian ABM pula, hasil kajian mendapati
sebahagian besar iaitu 62.3% guru pelatih sains tidak menghadapi masalah dalam
aspek ini dan hanya 18.8% responden sahaja yang menghadapi kesukaran dalam
aspek ini. Daripada kajian yang dijalankan kebanyakan guru pelatih dapat
mengenalpasti ABM yang bersesuian dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
ABM yang digunakan oleh guru pelatih tersebut juga mendapat reaksi yang positif
daripada para pelajar di mana ia dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan
68
perhatian terhadap pelajaran tersebut dan seterusnya membuatkan pelajar tersebut
tidak bosan.
Kebanyakan sekolah di mana guru-guru pelatih ditempatkan ada
menyediakan ABM yang khusus untuk mata pelajaran sains seperti teacher
courseware yang dapat memudahkan guru sains untuk mengajar mata pelajaran
tersebut. Namun ada juga guru pelatih yang terpaksa menyediakan sendiri ABM
yang mereka fikirkan lebih baik dan dapat menarik perhatian pelajar. ABM yang
disediakan oleh guru pelatih selalunya menggunakan wang poket guru pelatih
tersebut. Hasil kajian mendapati masalah yang paling ketara di dalam aspek ABM
adalah guru pelatih terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk menyediakan
ABM. Perkara ini pastinya membebankan guru pelatih tersebut.
Untuk mengurangkan beban kewangan guru pelatih, salah satu caranya
adalah pihak sekolah perlu menyediakan peralatan dan bahan untuk guru pelatih
tersebut menyediakan ABM mereka sendiri seperti kertas mahjung, kad manila,
kertas warna, pen warna dan sebagainya.
Merujuk kepada Jadual 4.4.5, didapati majoriti responden tidak menghadapi
masalah dalam aspek peruntukan masa yang ditetapkan bagi satu-satu masa
pengajaran. Ini bermaksud kebanyakan mereka mampu merancang proses pengajaran
dan pembelajaran dengan baik dalam waktu pengajaran yang telah ditetapkan.
Mereka juga mempunyai cukup masa untuk membuat kesimpulan dan pengukuhan
untuk sesuatu pengajaran yang telah dijalankan.
Mata pelajaran sains biasanya merangkumi amali dan teori dan biasanya ia
dijalankan secara berasingan dalam dua waktu pembelajaran. Bagi pengajaran teori
biasanya ia lebih mudah daripada pengajaran dalam bentuk amali. Ini kerana ia tidak
memerlukan pengunaan alat radas, bahan kimia, lain-lain peralatan makmal dan ia
juga tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti melakukan eksperimen.
Bagi pengajaran teori pula, guru-guru pelatih dapat menyampaikan pengajaran
seperti yang dirancang disebabkan guru-guru pelatih telah menyediakan bahan-bahan
penduaan dan buku kerja supaya pelajar-pelajar tidak perlu menyalin nota atau soalan
yang ditulis di papan hitam (Atan Long, 1980).
69
Aspek terakhir yang dikaji di dalam persoalan kajian kedua adalah
pengawalan bilik darjah. Merujuk kepada Jadual 4.4.6, bagi item ”Saya mampu
mengawal pelajar di dalam kelas”, kajian mendapati majoriti responden iaitu seramai
73.6% guru pelatih mampu mengawal pelajar di dalam kelas. Keadaan ini berlaku
disebabkan kebanyakan pelajar yang mengikuti kelas aliran sains adalah di kalangan
pelajar yang pandai dan kurang bermasalah dari segi disiplin. Ini menjadi satu
kelebihan bagi guru pelatih yang mengajar mata pelajaran sains di mana mereka
mudah mengawal pelajar tersebut.
Pelajar-pelajar aliran sains juga biasanya mudah mengikut arahan, membuat
kerja rumah, memberi kerjasama yang baik kepada guru, cepat masuk ke kelas dan
lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran berbanding perkara lain. Perkara ini
banyak membantu guru pelatih sains mengawal pelajar mereka semasa di dalam
kelas dan senang mewujudkan interaksi dua hala dengan pelajar mereka.
5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga
Persoalan kajian ketiga di dalam kajian ini berbunyi ”Apakah masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru pelatih aliran sains semasa menjalani latihan
mengajar dari segi persediaan mental dan hubungan sosial?”.
Persediaan mental di dalam kajian ini merujuk kepada beban kerja yang
diberikan oleh pelbagai pihak kepada guru pelatih sepanjang menjalani latihan
mengajar yang merangkumi mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan memenuhi
kelas ganti. Manakala hubungan sosial pula merujuk kepada hubungan guru pelatih
dengan penyelia, guru pembimbing, pengetua dan guru-guru kanan dan juga pelajar.
Merujuk kepada Jadual 4.5.1, didapati sebahagian besar responden tidak
menghadapi masalah berhubungan dengan penyelia mereka dan hanya sebahagian
kecil daripada responden sahaja yang menghadapi masalah dengan penyelia mereka.
Masalah-masalah yang timbul biasanya disebabkan oleh responden tidak faham apa
70
yang dikehendaki oleh penyelia mereka. Mereka juga jarang mendapat motivasi dan
nasihat daripada penyelia mereka disebabkan jarang berhubungan dengan penyelia
masing-masing. Menurut item 23, didapati 14.5% responden jarang berjumpa dan
berhubungan dengan penyelia mereka. Ini bermakna mereka kurang mendapat
bimbingan dan motivasi daripada penyelia mereka bagi membantu meningkatkan
mutu pengajaran.
Bimbingan dan motivasi yang diperlukan oleh guru pelatih bukan hanya
daripada penyelia mereka sahaja malah juga daripada guru pembimbing. Guru
pembimbing memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan membimbing
guru pelatih menjadi guru yang cemerlang dan berkualiti. Ini kerana guru
pembimbing bertanggungjawab memberi pengalaman yang bermakna kepada guru
pelatih sebagai bekalan apabila menjadi guru sebenar suatu hari nanti.
Merujuk Jadual 4.5.2, hasil kajian mendapati sebahagian guru pelatih tidak
mempunyai masalah dengan guru pembimbing mereka dan hanya segelintir daripada
responden sahaja yang menghadapi kesukaran dengan guru pembimbing mereka. Ini
berlaku disebabkan mereka jarang berhubungan dengan guru pembimbing mereka
sama ada guru pembimbing tersebut tiada di sekolah mengikuti kursus ataupun
bercuti. Ada juga guru pelatih yang tidak sehaluan dengan guru pembimbing mereka
di mana mereka merasakan tindakan atau langkah yang mereka ambil untuk
pengajaran lebih baik daripada guru pembimbing.
Keadaan ini berlaku biasanya kepada guru pelatih yang mendapat guru
pembimbing yang lebih berumur atau vateran di mana mereka lebih suka
menggunakan kaedah chalk and talk semasa mengajar, dan ini tentulah bercanggah
dengan kaedah dan pendekatan pengajaran yang diajar kepada guru pelatih semasa di
universiti di mana mereka perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping
menggunakan teknologi pengajaran yang terkini.
Aspek seterusnya adalah hubungan guru pelatih dengan pengetua dan guru-
guru kanan. Dapatan kajian menunjukkan tidak ramai responden yang menghadapi
masalah berhubungan dengan guru-guru kanan semasa menjalani latihan mengajar.
Merujuk kepada Jadual 4.5.3, terdapat segelintir responden iaitu seramai 10.9%
71
daripada responden menghadapi masalah dengan guru-guru kanan. Keadaan ini
berlaku disebabkan mereka tidak berpeluang beramah mesra dengan guru kanan
apatah lagi untuk bertanya dan meminta nasihat mengenai pelajaran disebabkan masa
yang terhad disamping beban kerja yang banyak. manakala 72.8% daripada
responden mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru kanan di mana mereka
masih berkesempatan untuk beramah mesra dan meminta nasihat mengenai pelajaran
dengan guru kanan.
Bagi hubungan guru pelatih dengan pengetua pula, keputusan mendapati guru
pelatih yang mempunyai masalah hubungan dengan pengetua adalah agak tinggi iaitu
sebanyak 26.4%. Perkara ini berlaku disebabkan mereka tidak mempunyai peluang
untuk berjumpa dengan pengetua disebabkan pengetua yang selalu sibuk dan jarang
berada di sekolah.
Aspek yang dikaji seterusnya adalah hubungan guru pelatih dengan para
pelajar sepanjang menjalani latihan mengajar. Keputusan kajian ini mendapati
sebahagian besar daripada guru pelatih mempunyai hubungan yang baik dengan para
pelajar mereka. Namun masih ada sebilangan kecil daripada guru pelatih menghadapi
masalah dengan pelajar mereka (merujuk kepada Jadual 4.5.4). Merujuk kepada
jadual tersebut, item 31 iaitu ”Pelajar kerap berjumpa dengan saya apabila
menghadapi masalah dalam pembelajaran”, mencatatkan bilangan yang tidak
bersetuju paling ramai. Ini menunjukkan tidak ramai pelajar datang berjumpa dengan
guru pelatih sama ada di luar atau di dalam bilik darjah apabila mereka menghadapi
masalah dalam pembelajaran.
Keadaan ini berlaku disebabkan kebanyakan pelajar tidak mempunyai masa
untuk berjumpa dengan guru pelatih. Selain daripada itu mereka juga mempunyai
perasaan malu dan segan dengan guru pelatih tersebut disebabkan baru mengenali
mereka. Jadi untuk mengatasi masalah ini, guru pelatih seharusnya selalu memanggil
mereka secara individu atau berkumpulan ke bilik guru untuk bertanya mengenai
masalah pembelajaran pelajarnya.
Bagi aspek beban kerja yang ditanggung oleh guru pelatih sepanjang
menjalani latihan mengajar pula, keputusan keseluruhan mendapati 64.5% daripada
72
responden tidak dibebani dengan tugas-tugas yang banyak. Manakala terdapat
segelintir guru pelatih iaitu seramai 19.1% (merujuk kepada Jadual 4.5.5) merasakan
mereka dibebani dengan kerja yang banyak sepanjang latihan mengajar.
Beban kerja yang dikaji di dalam kajian ini melibatkan pengajaran mata
pelajaran bukan opsyen, jadual waktu yang padat, kerja sampingan yang diberikan
oleh guru-guru kanan dan juga kelas ganti. Apabila guru pelatih menjalani latihan
mengajar, mereka biasanya diarahkan untuk mengajar mata pelajaran opsyen iaitu
mata pelajaran yang menjadi pilihan utama di mana mereka lebih mahir dan
berpengetahuan mendalam dengan mata pelajaran tersebut. Namun ada sesetengah
sekolah mengarahkan guru pelatih mengajar mata pelajaran lain di mana mereka
tidak mahir dan tidak berpengetahuan yang tinggi terhadap mata pelajaran tersebut.
Situasi ini berlaku disebabkan pihak sekolah tidak mahu mengambil risiko ke
atas keputusan peperiksaan pelajar mereka apabila guru pelatih mengambil alih tugas
guru sebenar untuk mengajar mata pelajaran sains seperti fizik, kimia atau biologi.
Ini disebabkan tempoh latihan mengajar hampir dengan peperiksaan akhir tahun iaitu
pada bulan Julai hingga bulan Oktober, manakala peperiksaan akhir tahun pula
biasanya penghujung bulan Oktober.
Mata pelajaran sains biasanya susah untuk difahami dan ia merupakan mata
pelajaran kritikal dan biasanya pelajar yang benar-benar berminat dan berkelayakkan
sahaja yang dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran ini dan biasanya pelajar
yang daripada kelas cemerlang. Oleh itu, tanggungjawab untuk mengajar mata
pelajar ini adalah besar dan memerlukan seorang guru yang berpengalaman dan
berpengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran tersebut.
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini pihak sekolah akan memberikan mata
pelajar yang senang difahami, tidak memerlukan penakulan yang mendalam dan juga
bukan mata pelajaran kritikal seperti sejarah, geografi dan bahasa. Keadaan ini
sedikit sebanyak akan mempengaruhi keyakinan diri dan memberi tekanan kepada
guru pelatih di mana mereka terpaksa memahirkan diri dengan mata pelajaran
tersebut di samping perlu merancang proses P&P yang bersesuian. Perkara inilah
menyebabkan agak ramai guru pelatih merasakan satu masalah dan menjadi bebanan
73
bagi mereka apabila diarahkan untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen
(merujuk kepada keputusan kajian dalam Jadual 4.5.5).
Selain daripada itu, keputusan kajian mendapati menyediakan perancangan
pengajaran dan ABM juga mencatatkan bilangan responden yang merasa terbeban
yang agak ramai iaitu lebih daripada 20%. Perkara ini berlaku disebabkan guru
pelatih perlu menyediakan perancangan yang teliti sebelum memulakan pengajaran
berbanding guru kanan yang hanya mencatatkan secara ringkas sahaja apa yang
mereka akan ajar untuk sesuatu masa pengajaran. Manakala ada sesetengah sekolah
yang tidak menyediakan ABM yang sesuai untuk mata pelajaran yang diajar oleh
guru pelatih jadi mereka terpaksa menyediakan sendiri ABM tersebut dan ini
tentulah memerlukan masa, tenaga dan kos.
Kebiasaan dalam sesuatu masa, ada guru-guru kanan yang tidak hadir ke
sekolah sama ada berkursus, cuti dan juga menyelesaikan urusan di luar sekolah. Ini
menyebabkan kelas yang sepatutnya diajar oleh guru terbabit ketiadaan guru semasa
tiba waktu guru tersebut, ini akan mengundang banyak masalah seperti pelajar
bising, merayau-rayau di luar kelas atau menyebabkan pelbagai masalah disiplin lain.
Jadi untuk mengatasi masalah ini biasanya guru lain yang mempunyai masa
terluang akan diarahkan untuk mengantikan kelas dan kebiasaannya tugas ini akan
diberikan kepada guru pelatih. Dalam sehari guru pelatih biasanya akan diberikan
lebih daripada dua waktu untuk kelas ganti. Keadaan ini tentunya akan menjadi
bebanan kepada guru pelatih kerana mereka mempunyai kerja yang banyak seperti
menyediakan rancangan mengajar, ABM dan lain-lain lagi. Disebabkan situasi inilah
menyebabkan keputusan kajian menunjukkan sebanyak 27.3% responden merasakan
kelas ganti membebankan mereka.
Merujuk kepada jadual tersebut juga, keputusan mendapati lebih 25%
responden tidak mempunyai atau kurang masa untuk hiburan dan membuat aktiviti
sosial disebabkan beban kerja yang banyak yang ditanggung oleh mereka sepanjang
latihan mengajar. Situasi ini sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru
pelatih tersebut dan tentunya akan mengundang pelbagai masalah seperti tidak dapat
memberi tumpuan yang sewajarnya terhadap tugas mereka semasa sekolah dan ini
74
tentulah akan menjejaskan kualiti dan komitmen guru pelatih tersebut secara
langsung dan nama baik UTM secara tidak langsung.
5.3 Kesimpulan
Berdasarkan rumusan dan perbincangan yang telah dibuat seperti di atas,
penyelidik akan membincangkan kesimpulan hasil dapatan kajian keseluruhan untuk
kajian ini berdasarkan persoalan kajian.
5.3.1 Latar Belakang Responden
Bagi aspek latar belakang kajian, hasil kajian mendapati majoriti responden
adalah terdiri daripada wanita di mana kebanyakan daripada mereka berbangsa
melayu dan merupakan penerima bantuan kewangan pendidikan. Kursus yang paling
ramai adalah 4 SPN manakala minoriti adalah 4 SPF. Majoriti daripada responden
tidak mempunyai pengalaman mengajar di sekolah. Manakala daerah yang paling
ramai penempatan guru pelatih adalah Johor Bahru.
5.3.2 Persoalan Kajian Pertama
Bagi persoalan kajian pertama, hasil kajian mendapati aspek yang menjadi
masalah utama bagi guru pelatih sebelum dan sepanjang menjalani latihan mengajar
adalah dalam aspek kewangan iaitu perbelanjaan sara hidup guru pelatih sepanjang
13 minggu menjalani latihan mengajar. Manakala aspek yang paling kurang masalah
di kalangan guru pelatih sepanjang menjalani latihan mengajar adalah tempat tinggal.
Namun secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati kebanyakan guru pelatih sains
yang menjalani latihan mengajar bagi sesi 2007/2008 tidak menghadapi masalah bagi
75
setiap aspek yang dikaji kecuali sebahagian kecil daripada mereka sahaja yang
berdepan dengan masalah tersebut.
5.3.3 Persoalan Kajian Kedua
Untuk persoalan kajian kedua pula, keputusan kajian mendapati aspek yang
paling bermasalah di kalangan responden adalah penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar di dalam proses P&P. Kemudian diikuti oleh penyediaan
dan pengendalian ABM, keyakinan diri, penguasaan isi pelajaran, pengawalan bilik
darjah dan yang paling kurang bermasalah adalah dari aspek peruntukan masa yang
ditetapkan bagi satu waktu pengajaran. Sebagai kesimpulan keseluruhan bagi
persoalan kajian kedua, majoriti guru pelatih sains yang telah menjalani latihan
mengajar untuk sesi 2007/2008 tidak menghadapi masalah bagi aspek yang dikaji
kecuali penggunaan Bahasa Inggeris semasa mengajar di mana mencatatkan bilangan
responden yang bermasalah yang masih tinggi iaitu 26.4%.
5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga
Kesimpulan yang boleh dibuat untuk persoalan kajian ketiga pula adalah
aspek yang paling bermasalah di kalangan guru pelatih adalah apabila diarahkan
mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan yang paling kurang bermasalah adalah
dalam aspek hubungan guru pelatih dengan para pelajar
5.4 Cadangan
Berdasarkan keputusan dapatan kajian yang telah diperolehi daripada kajian
ini, beberapa cadangan disarankan oleh penyelidik dengan harapan dapat membantu
76
dan memberi kemudahan yang lebih baik kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak di dalam latihan mengajar ini. Di antara cadangannya adalah:
a) Tempoh latihan mengajar yang lama iaitu selama 13 minggu sudah
tentulah memerlukan perbelanjaan yang besar untuk guru pelatih.
Perbelajaan ini termasuklah membayar sewa rumah, pengangkutan,
keperluan harian seperti makanan dan minuman, penyediaan ABM dan
lain-lain keperluan. Wang bantuan pelajaran yang diperolehi tentunya
tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan ini. Oleh
itu, untuk mengurangkan bebanan kewangan ini, Kementerian Pelajaran
atau pihak sekolah seharusnya memberikan sedikit elaun kepada guru
pelatih.
b) Latihan mengajar adalah satu pengalaman yang amat berharga bagi
seorang guru pelatih yang mana pengalaman tersebut akan dijadikan
panduan apabila menjadi guru sebenar kelak. Oleh itu, adalah amat
penting memastikan seseorang guru pelatih mendapat seorang guru
pembimbing yang berpengalaman luas terhadap mata pelajaran yang
diajar oleh guru pelatih itu. Pihak sekolah seharusnya memastikan guru
pelatih dibimbing oleh guru pakar sesuatu mata pelajaran. Dengan ini ia
akan memberi banyak faedah dan manfaat yang berguna kepada guru
pelatih tersebut.
c) ABM adalah salah satu perkara yang penting dalam membantu dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah
sepatutnya menyediakan ABM yang bersesuaian dan mencukupi bagi
setiap mata pelajaran supaya dapat mengurangkan bebanan guru pelatih
untuk menyediakannya. Jika guru pelatih ingin menyediakan sendiri
ABM yang dirasakan dapat memberi manfaat kepada pelajar, pihak
sekolah seharusnya memberi peruntukkan kewangan untuk tujuan
tersebut seperti memberi kemudahan fotostat percuma kepada guru
pelatih.
77
d) Selain daripada itu, pihak universiti pula perlu menyediakan kurikulum
yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kurikulum di sekolah
supaya dapat memastikan guru pelatih tidak menghadapi masalah dalam
mengendalikan sesuatu pengajaran. Di antara langkah yang boleh di ambil
adalah memahirkan guru pelatih dengan mata pelajaran opsyen mereka
seperti melakukan eksperimen mengikut silibus di sekolah.
e) Pihak sekolah seharusnya memastikan guru pelatih mengajar mata
pelajaran opsyen mereka untuk mengelak daripada berlaku sebarang
masalah dan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran.
f) Adalah dicadangkan juga, semua guru pelatih dikehendaki
mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal, mental dan emosi sebelum
menjalani latihan mengajar supaya mereka menjadi guru pelatih yang
berkualiti, kental dan tidak bergantung harap kepada orang lain dan
kepada pihak-pihak tertentu.
g) Selain itu, dicadangkan supaya pihak universiti mengkaji supaya masa
untuk guru pelatih menjalani latihan mengajar. Ini kerana berdasarkan
tempoh latihan mengajar sekarang kebanyakan silibus untuk sesuatu mata
pelajaran di sekolah hampir tamat dan peperiksaan akhir tahun hampir
tiba. Keadaan ini menyebabkan ramai guru pelatih hanya perlu mengajar
satu atau dua tajuk atau paling banyak tiga tajuk dalam masa 13 minggu
tersebut. Ada juga sesetengah sekolah tidak sanggup mengambil risiko
dengan mengarahkan guru pelatih mengajar mata pelajaran sains apabila
hampir dengan peperiksaan akhir kerana mereka risau keputusan
peperiksaan menurun.
h) Selain itu tempoh latihan mengajar juga dicadangkan dilakukan semasa
cuti tiga bulan di akhir semester. Ini kerana tempoh 13 minggu adalah
satu tempoh yang singkat untuk satu semester pengajian, guru pelatih
akan mempunyai banyak masa terbuang selepas menjalani latihan
mengajar. Oleh itu adalah lebih baik jika latihan mengajar diadakan di
waktu cuti semester dengan ini mereka dapat menjimatkan satu semester
78
pengajian dan seterusnya dapat menghabiskan pengajian satu semester
lebih awal.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan diutarakan di antaranya ialah:
a) Kajian lanjutan yang melibatkan sampel yang lebih besar seperti
melibatkan semua guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di
seluruh fakulti pendidikan. Dengan melibatkan sampel yang lebih besar,
gambaran yang menyeluruh, jelas dan terperinci dapat dihasilkan.
b) Seterusnya kajian lanjutan yang berkenaan dengan keberkesanan
pengajaran pensyarah dalam menyediakan dan menghasilkan guru pelatih
yang berkualiti mengikut persepsi guru pelatih. Dapatan kajian ini akan
dapat memberi gambaran sejauh mana keberkesanan pengajaran
pensyarah dalam melahirkan guru yang berkualiti dan cemerlang.
c) Selain itu, dicadangkan juga kajian lanjutan mengenai keberkesanan
pengendalian dan pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris
dengan lebih mendalam.
d) Cadangan seterusnya adalah kajian lanjutan mengenai keberkesanan
program latihan mengajar dalam melahirkan guru yang berkualiti dan
cemerlang. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat dalam
merancang kurikulum dan silibus yang bersesuaian untuk para bakal guru
supaya mereka dapat menjadi guru yang cemerlang kelak.
e) Akhir sekali cadangan kajian mengenai hubungan keputusan penilaian
latihan mengajar terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh guru
pelatih semasa menjalani latihan mengajar.
79
5.6 Penutup
Diharapkan hasil dapatan kajian ini akan dapat memberi sedikit sebanyak
gambaran dan maklumat kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara langsung
ataupun tidak dalam mengurangkan seterusnya mengatasi masalah guru pelatih
semasa menjalani latihan mengajar di masa akan datang. Selain itu, diharapkan
semua pihak yang terlibat dapat mengambil iktibar daripada dapatan kajian yang
diperolehi di dalam kajian ini supaya dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan
yang ada.
80
RUJUKAN
Abdul Hamid Awang. (1982). Persediaan Mengajar Harian Guru Pelatih; dalam
Bengkel Penyeliaan Latihan Mengajar. Kertas Kerja-Kertas Kerja. Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rahim Abdul Rashid, et. al. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Raof Dalip dan T. Subahan Mohd Meerah. (1991). Isu-isu Latihan Mengajar.
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abu Hassan Kasim dan Meor Ibrahim Kamaruddin. (1997). Latihan Mengajar;
Apkah Persediaan Guru Pelatih?. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Atan Long. (1983). Pedagogi; Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Azwan. (1996). Acuan Melahirkan Guru Bestari. Kursus Diploma Perguruan
Malaysia.
Eee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan 1. Shah Alam: fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gerakan Mahu Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Ibunda. Malaysia
Today (07 November 2004)
Goh San San, Rahimah Ahmad dan Wang Teck Kim (2005). Persepsi Guru Tentang
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) di Daerah Johor Bahru 2005. Seminar Pendidikan 2005: Universiti
Teknologi Malaysia-Fakulti Pendidikan, 15 Oktober 2005.
81
Halimah Harun. (2004). Guru Pelatih Ada Yang Tidak Layak Mengajar. Utusan
Online (31 Oktober 2004).
Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1985). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi.
Utusan Publisher.
Ismail Kailani. (1989). Latihan Mengajar; Di mana Kita Sekarang dan Di mana
Seharusnya Kita Berada, dalam Bengkel Maklum Balas Latihan Mengajar.
Skudai: Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia.
Ivylenda Rubbin Guribah. (2007). Tinjauan Masalah Serta Cabaran oleh Guru
Pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Yang Telah Menjalani
Latihan Mengajar Bagi Sesi 2006/2007. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
J. S. Farrant. (1981). Prinsip dan Amali Pendidikan. Edisi 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jamaluddin Yusuf. (1990). Masalah Profesional Yang Dihadapi Oleh Guru Baru
Dalam Proses Penyesuaian di Sekolah. Jurnal Pendidikan Guru. Bil. 6.42.
Josephine Chong Soo Fern (2003). Mengkaji Masalah Guru-guru Pelatih UTM
Tahun 3 SPH semasa Menjalani Latihan Mengajar. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Judith Christian-Carter. (1989). Home Economics in Action-Home & Family. Walton
Street, Oxford: Oxford University Press.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamaruddin Hj Husin. (1990). Pedagogi 3. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
82
Khyasudeen Abd. Majid (1989). Ke arah Mempertingkatkan Keberkesanan
Pengajaran Mikro. Dlm Bengkel Maklumbalas Latihan Mengajar. Universiti
Teknologi Malaysia, Fakulti Sains.
Lee Lai Guan, et al. (1999). Satu Tinjauan Tahap Keperluan Latihan Guru Pelatih
Semasa Menjalani Praktikum. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan
Darul Aman. Jilid 2.
Lomaz, D.E and Bownes, J.D. (1997). Transport and Road Research Laboratory
Patern Of Travel To School And Work In Reading In 1971. Crowthorne,
Berkshire: Crown Copyright.
Louden. (1991). Understanding Teaching- Continuity and Change in Teachers
Knowledge. New York: Teacher College Press.
Md Arif bin Md Yunus. (1985). Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru-guru
pelatih kimia peringkat diploma pendidikan sains Universiti Teknologi Malaysia
semasa latihan mengajar. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis sarjana muda.
Mohd. Noh Bidin (1989). Panduan Latihan Mengajar. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Najib Ghafar. (1998). Penyelidikan pendidikan. Skudai: fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon sang dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan mengajar untuk maktab
perguruan. Kuala lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1993). Pendidikan Sebagai Suatu Proses. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Muhamad Samsul bin Jamil. (2000). Permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar tahun tiga kursus sarjana muda teknologi serta pendidikan sesi pengajian
83
1999/2000, fakulti pendidikan UTM yang menjalani latihan mengajar pengajian
sesi 1998/1999. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Ng, Chiew Mei dan Ishak Osman. (1996). Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru
Pelatih Semasa Menjalankan Praktikum 1. Laporan Penyelidikan Maktab
Perguruan Ilmu Khas. Kuala Lumpur.
Noriani Yaakub dan Noriah MK Ibrahim. (1992). Wawasan 2020: program
praktikum dan pembentukan guru cemerlang, minggu budaya dan wacana
pendidikan 1. Kelantan: Maktab perguruan Kota Bharu.
Othman Idris. (1999). Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru pelatih
sarjana muda teknologi serta pendidikan kampus skudai johor bahru semasa
menjalani latihan mengajar. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana muda.
Rallis, T. (1997). Intercity Transport. London: The Macmillan Press Ltd.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di malaysia cabaran untuk masa depan: Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Sufean Husin. (1993). Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shariff b. Omar. (1994). Latihan Mengajar; Suatu Pemikiran Semula Dari Segi
Konsep dan Perlaksanaan, dalam, Prosiding Seminar JKLKAU ke-9 (Pendidikan
Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul)
Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan.
Smith, B.O. (1969). Teacher for the Real World. Washington D.C: America
Association of College for Teacher Education. Hal 122.
Universiti Teknologi Malaysia-Fakulti Pendidikan.(2005). Persediaan mengajar
fakulti pendidikan. Skudai: universiti teknologi malaysia.
84
Universiti Teknologi Malaysia-Fakulti Sains (1982). Penerangan Umum dan Arahan
Kepada Pelajar Mengenai Latihan Mengajar. Dlm ”Bengkel Penyeliaan Latihan
Mengajar”. (1982:UTM, KL) Kertas Kerja-Kertas Kerja. Kuala Lumpur: UTM
Zulkifli Mohammad, et.al. (1989). Garis Panduan Penyeliaan Untuk Menilai Kursus
Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Komputer, Dlm, ”Bengkel Maklumbalas
Latihan Mengajar”. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Sains.
85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
BORANG SOAL SELIDIK
Borang soal selidik ini mengandungi tiga (3) bahagian: BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN
BAHAGIAN B: KATEGORI MASALAH SEBELUM DAN SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR
BAHAGIAN C: KATEGORI MASALAH SEPANJANG LATIHAN
MENGAJAR
Anda diminta menjawab SEMUA soal mengikut arahan yang ditetapkan dengan
jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh perasaan emosi dan pengaruh luar agar
dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Segala maklumat
anda adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.
Segala kerjasama dan kesudian anda amatlah saya hargai dan saya akhiri dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Penyelidik: SHARMIZAL SUHAIDAL BINTI AHMAD BASHARUDDIN
4 SPC
TAJUK:
KAJIAN MENGENAI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEMASA MENJALANI
LATIHAN MENGAJAR.
86
BAHAGIAN A
LATAR BELAKANG PELAJAR
ARAHAN: Sila jawab soalan di bawah dan tandakan (/) pada ruangan yang
disediakan.
1. Jantina : Lelaki
Perempuan
2. Bangsa: Melayu Cina
India Lain-lain
3. Kursus: 4 SPC 4 SPF
4 SPN 4 SPP
4 SPK
4. Pernahkah anda menjadi guru sandaran atau guru ganti?
Ya tidak
5. Adakah anda penerima biasiswa atau pinjaman
Ya tidak
6. Namakan sekolah anda menjalani latihan mengajar
_________________________________________
87
BAHAGIAN B
ARAHAN: Anda dikehendaki memilih hanya SATU jawapan daripada lima pilihan
di bawah. Sila tandakan (/) pada pilihan anda.
Pengalaman sebelum bermula dan sepanjang latihan mengajar
Skala:
bil Perkara 1 2 3 4 5 1 Mudah untuk saya mencari lokasi sekolah latihan mengajar 2 Kakitangan sekolah memberi kerjasama yang baik semasa
lawatan kali pertama ke sekolah
3 Saya mendapat apa yang dikehendaki seperti jadual dan takwin semasa lawatan ke sekolah
4 Kedatangan saya memang dinanti-nantikan oleh pihak sekolah
5 Tempat tinggal semasa latihan mengajar berdekatan dengan sekolah
6 Tempat tinggal semasa latihan mengajar adalah selesa, sesuai dengan kemampuan saya
7 Sewa tempat tinggal semasa latihan mengajar adalah berpatutan
8 Saya tidak menghadapi masalah pengangkutan untuk ke sekolah
9 Saya ke sekolah menaiki kenderaan sendiri/rakan 10 Pinjaman/biasiswa mencukupi untuk perbelanjaan semasa
latihan mengajar
11 Saya tidak menyediakan wang yang banyak untuk menyediakan alat bantu mengajar
12 Perbelanjaan sara diri saya bersesuaian sepanjang latihan mengajar
1 – AMAT TIDAK SETUJU
2 – TIDAK SETUJU
3 – TIDAK PASTI
4 – SETUJU
5 – AMAT SETUJU
88
BAHAGIAN C ARAHAN: anda dikehendaki memilih hanya SATU jawapan daripada lima pilihan
di bawah. Sila tandakan (/) pada pilihan anda.
Skala:
BIL ITEM MASALAH 1 2 3 4 5 1 Saya yakin mengajar dalam Bahasa Inggeris 2 Saya dapat mengajar dengan baik apabila menggunakan
bahasa Inggeris
3 Bahasa Inggeris saya baik 4 Pelajar mudah faham pengajaran yang saya sampaikan
menggunakan bahasa Inggeris
5 Bahasa Inggeris tidak membataskan aktiviti di dalam kelas
6 Saya mampu mengajar sesuatu tajuk dengan berkesan 7 Pembelajaran berkesan disebabkan kekuatan dalam
penyampaian saya
8 Saya tidak memegang buku/nota ketika mengajar 9 Saya berupaya merancang isi pembelajaran dengan baik 10 Saya berupaya memberi jawapan yang memuaskan
kepada soalan yang diajukan oleh pelajar
11 Saya mampu mengenalpasti alat bantu mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran
12 Sekolah menyediakan alat bantu mengajar yang khusus untuk membantu pengajaran saya
13 Pelajar memberikan respon yang positif terhadap alat bantu mengajar yang saya sediakan
14 Saya tidak menggunakan wang yang banyak bagi menyediakan alat bantu mengajar
15 Saya mampu merancang proses pembelajaran dan pengajaran yang baik dengan masa yang ditetapkan
16 Saya mempunyai cukup masa untuk membuat kesimpulan dan pengukuhan pengajaran
17 Saya mampu mengawal pelajar di dalam kelas
18 Pelajar memberi tumpuan penuh terhadap penyampaian saya
1 – AMAT TIDAK SETUJU
2 – TIDAK SETUJU
3 – TIDAK PASTI
4 – SETUJU
5 – AMAT SETUJU
89
19 Saya berjaya mewujudkan interaksi dua hala semasa pengajaran
20 Pelajar memberi kerjasama sepenuhnya kepada saya semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
21 Penyelia (UTM) memberi motivasi dan bimbingan sepenuhnya kepada saya
22 Saya faham akan kemahuan/kehendak penyelia
23 Saya kerap berjumpa dan berhubungan dengan penyelia
24 Guru pembimbing memberikan motivasi dan bimbingan sepenuhnya kepada saya
25 Guru pebimbing membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi
26 Saya faham akan kemahuan /kehendak guru pembimbing 27 Saya kerap berjumpa dan berhubungan dengan guru
pembimbing.
28 Mudah untuk berbincang dan meminta nasihat daripada pengetua
29 mudah untuk berbincang dan meminta nasihat mengenai pengajaran dengan guru lain
30 Saya dapat mengecam dan mengingati nama setiap pelajar di dalam kelas
31 Pelajar kerap berjumpa dengan saya apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran
32 Pelajar selalu bertanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
33 Pelajar kerap bertegur sapa dengan saya apabila berjumpa di luar bilik darjah.
34 Saya tidak gementar semasa mengajar 35 Saya tidak risau atau tertekan apabila penyelia datang
untuk menyelia saya
36 Saya yakin akan kebolehan saya di hadapan penyelia dan pelajar semasa mengajar
37 Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan rancangan mengajar
38 Saya tidak gementar dan kurang selesa apabila tiba waktu mengajar mata pelajaran (bukan opsyen)
39 Saya mengajar mata pelajaran bukan opsyen dengan rela hati
40 Jadual waktu yang diberikan kepada saya adalah tidak membebankan
41 Menyediakan rancangan mengajar tidak membebankan
42 Menyediakan alat bantu mengajar tidak membebankan
43 Kelas ganti tidak membebankan saya
90
44 Tanggungjawab dan tugasan yang diberikan kepada saya tidak membebankan
45 Guru-guru kanan jarang mengambil kesempatan dengan menyuruh saya membuat kerja-kerja mereka
46 Saya mempunyai masa lapang untuk hiburan dan aktiviti sosial
47 Pelajar mudah memberi kerjasama kepada saya sama ada di luar atau dalam kelas
91
LAMPIRAN B
KEPUTUSAN ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN
PERNYATAAN BILANGAN
ITEM
BILANGAN
KES
NILAI ALPHA
CRONBACH
Masalah yang dihadapi oleh
guru pelatih sains semasa
menjalani latihan mengajar
59 15 0.9102
Pada umumnya, kebolehpercayaan atau reliability merupakan ukuran
keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengukur permasalahan
(pembolehubah) kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa, tempat
dan sampel yang berlainan.
Alpha > 0.6 – menunjukan instrumen yang digunakan mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Alpha < 0.6 – menunjukan instrumen kajian yang digunakan mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah.
93
LAMPIRAN D
JADUAL KERJA PROJEK SARJANA MUDA
PERKARA/ BULAN
DIS 2007
JAN 2008
FEB 2008
MAC 2008
APR 2008
MEI 2008
JUN 2008
JUL 2008
OGO2008
SEP 2008
OKT2008
NOV 2008
1. Perbincangan tajuk kajian √ 2. Pengumpulan bahan √ √ √ 3. Menyediakan proposal projek √ √ 4. Perbincangan Soal Selidik √ 5. Menghantar Proposal untuk semakan √ 6. Kajian rintih 7. Pengedaran dan pengumpulan borang soal selidik √ 8. Mengumpul data √ 9. Memproses data √ 10. Penulisan Bab 4 √ √ 11. Penulisan bab 5 √ √ 12. Penyerahan tesis √ 13. Pembentangan tesis √ 14. Pembetulan tesis √ 15 Penyerahan Tesis berjilid √
top related