Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2
Post on 19-Jun-2015
1212 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKAL
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI PUSAT
PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH,
LANCHANG PAHANG
AHLI KUMPULAN 2 : MUHAMMAD RUSYDI NAZIRUL HISYAM BIN MD. ALI
: MOHD AZIZI FAUZI BIN LASEMIN
: MUHAMMAD AKMAL BIN ZULKIFLI
: MOHD SYAFIQ ASWAD BIN ZULKIFLI
: MOHD HAFIS HAFIZAN BIN ALIAS
NAMA GURU PENASIHAT : EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR
VISI SMK TINGGI KAJANG
Ke arah membentuk sahsiah pelajar berketerampilan, bercita-cita tinggi dan
mempunyai pandangan yang menyeluruh berlandaskan falsafah pendidikan negara.
HIGH SCHOOL TERBILANG
MENJELANG 2010
MISI SMK TINGGI KAJANG
Menjadikan SMK TINGGI KAJANG institusi pendidikan cemerlang dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum melalui kerja erat semua pihak. Memastikan sokongan
pentadbiran yang cekap dan amanah serta sentiasa berusaha melakukan anjakan
paradigma agar selari dengan persekitaran global. Melahirkan generasi berilmu,
berakhlak mulia, dan mampu memberi sumbangan positif kepada keluarga dan
masyarakat. Menjana pelajar dalam bidang pendidikan dan mampu berdaya saing.
Memulihara dan memelihara persekitaran sekolah yang ceria untuk mewujudkan
iklim sekolah yang harmoni.
MOTTO SMK TINGGI KAJANG
BERILMU , BERDISIPLIN , BERJAYA
PENGHARGAAN
1.0 PENDAHULUAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 KAEDAH KAJIAN
4.0 KAWASAN KAJIAN
5.0 HASIL KAJIAN
PENUTUP
RUJUKAN
LAMPIRAN
Alhamdulillah tanda syukur kepada tuhan kerana membenarkan kami untuk
melaksanakan Kajian Lapangan Geografi Fizikal ini tanpa halangan dan kesulitan. Di
samping itu, jutaan terima kasih terutamanya kepada En. Nik Suhaimi bin Nik Jaafar,
guru subjek Geografi kerana tunjuk ajar serta garis panduan yang beliau telah
berikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada sahabat handai yang memberi sumbangan berbentuk
idea kepada kami. Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya
amat membantu kami untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Kepada rakan
sekelas, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan
secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua-dua ibu bapa
kami semua yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.
Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua-dua ibu bapa kami, sudah tentu
usaha ini tidak mendapat restu dan sia-sia.
Akhir kata daripada kami, terima kasih kepada yang telah membantu untuk
menjayakan kajian lapangan ini.
1.0 Pendahuluan
Pada 26 Mac 2010, Persatuan Tingkatan Enam telah mengadakan
satu lawatan sambil belajar di Pusat Pemuliharaan Gajah dan Pusat
Biodiversiti Kuala Gandah. Rombongan ini teleh disertai oleh lebih kurang 80
orang pelajar, 32 orang daripada kelas Geografi dan selebihnya daripada
kelas aliran sains. Pelajar-pelajar daripada kelas Geografi telah diberi tugasan
untuk membuat satu kajian lapangan mengenai kawasan sekitar pusat
pemuliharaan gajah tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk memenuhi
pembelajaran geografi yang memerlukan kajian luar dan markah daripada
kajian ini akan diambil kira dalam peperiksaan pertengahan tahun pada awal
bulan Jun nanti.
Rombongan ini diiringi oleh lima orang guru pengiring iaitu En. Rizal
bin Uzir, En. Nik Suhaimi bin Nik Jaafar, En. Ramzi bin Yunus, Pn. Fam Chen
Ai dan Pn. Leela a/p Manivasagam. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.30
pagi dan sampai pada jam 11.00 pagi. Perjalanan mengambil kira-kira 2 jam
30 minit untuk sampai ke destinasi iaitu di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala
Gandah, Lanchang Pahang. Pelbagai pengalaman yang kami dapat peroleh
daripada mengikuti rombongan sambil belajar ini. Pelbagai aktiviti telah
diadakan sepanjang kami berada di sana. Antaranya tayangan mengenai
hutan simpan di Malaysia, tayangan mengenai Pusat Pemuliharaan Gajah
Kuala Gandah, menunggang gajah, memberi makan kepada gajah,
memandikan gajah dan sebagainya.
Tempat tersebut juga terkenal dalam kalangan pelancong-pelancong
asing kerana setibanya kami di sana terdapat ramai pelancong asing
daripada pelbagai negara yang mengunjungi tempat itu. Kami bertolak dari
pusat pemuliharaan gajah untuk pulang ke Kajang pada jam 5 petang dan
sampai di kawasan sekolah pada tepat jam 7.30 malam. Kami berharap
kepada semua yang terlibat dengan rombongan sambil belajar ini dapat
memanfaatkan semua yang dipelajari sepanjang rombongan serta
menggunakan ilmu tersebut dengan sebaik mungkin.
2.0 Objektif kajian
Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan
Gajah Jabatan Perhilitan Kuala Gandah, Lanchang Pahang.
Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosio-
ekonomi penduduk setempat.
Mengenal pasri kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal
tempatan.
Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi
pelancongan terhadap alam sekitar fizikal.
3.0 Kaedah kajian
Rujukan buku / Pamplet : Beberapa buah buku rujukan telah
digunakan untuk mendapatkan lebih banyak
rujukan mengenai kawasan kajian.
Pemerhatian : Kami telah membuat beberapa
pemerhatian untuk mengenal pasti jenis-
jenis aktiviti serta kesannya terhadap alam
sekitar fizikal di kawasan tersebut.
Menemu bual : Kami telah menemu bual beberapa
orang untuk mengetahui kepentingan sektor
pelancongan ekonomi penduduk dan kesan
yang timbul akibat kegiatan pelancongan
yang dijalankan. Antara yang telah ditemu
bual oleh kami ialah Nor Faddillah binti
Abd. Latif dan En. Khairuddin.
Merujuk laman web : Kami telah membuat beberapa
rujukan di laman sesawang untuk
mengetahui latar belakang kawasan kajian,
peta dan lain-lain. Antaranya ialah :
www.wildlife.gov.my
4.0 Kawasan kajian
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan
oleh Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara ( PERHILITAN)
pada tahun 1989 tetapi di rasmikan pada 5 Mei 2001 oleh Yang Berhormat
Dato Law Hieng Ding, PNBS, KMN, PBS, PBI Menteri Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar. Terletak di Lancang Pahang kira-kira 160 km dari Kuala
Lumpur. Kawasan ini terletak di kawasan pedalaman yang berhampiran
dengan petempatan orang asli. Kawasan ini merupakan kawasan yang
sangat strategik kerana di kelilingi dengan kawasan hutan yang memberi
keselesaan kepada gajah-gajah di sana selain mempunyai iklim yang sesuai.
Keluasan kawasan Kuala Gandah adalah kiri-kira 62365 hektar.
Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor
gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang
ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia.
Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan
berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Pusat ini
mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada
Thailand dan Myanmar.
Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah
liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung
Malaysia . Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh
ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibu terus
hidup. Pusat ini dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Pelbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan
kemudahan sedia ada sama ada untuk penyelidikan dan pembangunan atau
untuk pelawat yang datang ke pusat ini.
5.0 Hasil kajian
5.1 Jenis aktiviti
Pelbagai aktiviti terdapat di sini, salah satu contohnya ialah
perniagaan. Terdapat peniaga yang menjual barangan cenderamata seperti
baju t-shirt, sapu tangan, gelang kunci (key-chain), cawan perhiasan dan
pelbagai lagi. Terdapat juga peniagaan warung makan yang menyediakan
beberapa jenis hidangan seperti warung-warung yang lain. Jenis aktiviti
utama di kawasan tersebut merupakan aktiviti bersama-sama gajah. Sebagai
contoh terdapat tiga aktiviti pelancongan yang diadakan iaitu aktiviti
menunggang gajah, aktiviti memandikan gajah dan aktiviti memberi makan
kepada gajah. Secara tidak langsung, ia boleh dikategorikan sebagai aktiviti
memulihara serta memelihara gajah-gajah tersebut.
5.2 Sumbangan
Dari aktiviti tersebut, pelbagai sumbangan dapat disalurkan dalam
pembangunan ekonomi setempat dan negara. Pelancong yang berbelanja di
sekitar kawasan itu, meningkatkan taraf penduduk dan memberi keselesaan
kepada penduduk setempat. Sebagai contoh, peniaga mampu menyediakan
pengangkutan harian, membesarkan peniagaan. Bagi pemilik pusat
pemuliharaan dan pemeliharaan gajah, wang tersebut akan digunakan untuk
membiayai kesihatan gajah, sumber makanan gajah, kemungkinan juga
memperluaskan kawasan pemeliharaan.
5.3 Kesan
Pelbagai kesan dapat dilihat melalui pemerhatian dari sumber ekonomi
di kawasan kajian. Seperti, jalan kecil diperluaskan. Perkara ini perlu untuk
keselesaan bersama termasuk pelancong dan penduduk. Jalan yang
diperluaskan mampu melancarkan pergerakan keluar masuk dari bandar ke
pedalaman. Selain itu, terlihat juga beberapa projek menaik taraf seperti
jambatan. Dari pusat pemeliharaan ke pusat biodeversiti, pengunjung harus
melalui perjalanan sejauh 3Km bersamaan 15 minit masa perjalanan.
Dipertengahan jalan terdapat sebuah jambatan di naik taraf lebih tepat lagi
dilebarkan. Tujuan tersebut untuk memberikan keselesaan kepada
pelancong, penduduk serta pekerja di kawasan tersebut. Terdapat juga
penempatan dibangunkan bagi memenuhi kehendak penduduk setempat.
Selain kesan kepada ekonomi, terdapat juga kesan kepada alam
sekitar. contohnya hakisan tanah, banjir lumpur, dan suhu semakin
meningkat. Hal ini kerana penempatan yang didirikan menggunakan kawasan
yang luas bersamaan keluasan itulah penebangan pokok berlaku.
Walaubagaimanapun, dengan hanya penebangan pokok pelbagai kesan akan
terjadi seperti runtuhan tanah, banjir lumpur, hakisan dan peningkatan suhu
kawasan setempat.
5.4 Cadangan
Cadangan yang sesuai untuk mewujudkan kawasan di pusat
pemulihan gajah di Kuala Gandah adalah dengan mewujudkan pusat
pelancongan yang berorientasikan program pelancongan “ homestay “ di
pusat pemuliharan dan pemuliharaan gajah di Kuala Gandah. Konsep
pelancongan yang seperti ini mampu menarik kedatangan para pelancong
kerana menerusi program ini para pelancong dapat lebih memahami dan
menghayati keindahan kawasan di sekitar pusat pemuliharaan gajah tersebut
dan dapat merasai tentang cara kehidupan masyarakat kaum asli di kawasan
Kuala Gandah.
Jabatan Perhilitan di kawasan Kuala Gandah juga perlu
penambahbaikan infrastruktur yang ada di kawasan pusat pemuliharaan dan
pemeliharaan Kuala Gandah bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik
untuk mngurusakan gajah-gajah di pusat pemeliharaan dan pemuliharaan
tersebut. Kemudahan infrastruktur yang baik juga boleh memudahkan para
pelancong untuk datang melawat ke pusat pemulihan gajah tersebut.
Promosi tentang keindahan yang terdapat di kawasan pemeliharaan
dan pemulihan gajah di Kuala Gandah juga perlu diadakan secara meluas
seperti iklan di media massa. Promosi ini dapat meningkatkan lagi kesedaran
tentang pentingnya memulihara haiwan-haiwan terutama di kawasan rizab “
Perhilitan “ seperti di Kuala Gandah. Hasil daripada promosi ini, kawasan
tersebut akan meningkat maju dan mampu menarik minat lebih ramai
pelancong asing.
Selain itu, jabatan PERHILITAN juga boleh membina dan menaik taraf
pusat pemulihan tersebut menjadi lebih besar dan menyediakan pelbagai
peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat orang asli terutama dalam
bidang eko-pelancongan.
Penutup
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi yang
dijalankan seperti aktiviti pelancongan di kawasan Kuala Gandah memberikan kesan
tertentu terhadap penduduk setempat dan Alam Sekitar Fizikal kawasan tersebut.
Hasil daripada kegiatan ekonomi ini, penduduk kaum asli di kawasan Kuala Gandah
memperoleh peluang pekerjaan dan dapat menaikkan taraf hidup mereka.
Kemudahan infrastruktur yang kian bertambah di kawasan tersebut dirangsang oleh
aktiviti pelancongan yang semakin berkembang. Oleh yang demikian, kesan yang
negatif juga tidak terlepas memberi impak terhadap alam sekitar fizikal di kawasan
Kuala Gandah seperti hakisan tanah, banjir lumpur dan lain-lain. Namun langkah
membangunkan kawasan tersebut secara lestari dan berhemah perlu dilakukan agar
sumber keindahan flora dan fauna tempat tersebut tidak pupus ditelan arus
pembangunan.
Rujukan
www.wildlife.gov.my
Buku rujukan geografi alam sekitar fizikal hasil penulisan Haji Rusly Musa dan
NurAshikin Abdullah, terbitan Logman 2006.
Risalah yang di sediakan di Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala
Gandah.
Lampiran :-
Lampiran 1
Gajah dewasa yang diberi makan oleh pekerja. Gajah ini berusia 5 tahun dan bernama siput
Lampiran 2
Kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat dari aktiviti pembinaan untuk pelancongan.
Lampiran 3
Kawasan yang telah ditarah oleh aktiviti pembalakan dan penarahan bukit.
Lampiran 4
kesan daripada aktiviti manusia di Kuala Gandah terhadap alam sekitar
Peta kawasan kajian
Peta Malaysia
Peta menuju ke Kuala Gandah
top related