Transcript
JUS 101 - Teras Keusahawanan PPPJJ - USM
JUS 101TERAS
KEUSAHAWANANSidang Akademik 2010/2011
NAMA NO. MATRIK
NORA BINTI HUSSIN
HALIPAH BT ABU BAKAR
REHADATUL HUDA MOHD ROSLAN
ROSMANI BT MOHAMED NOOR
PENGURUS KURSUS : YAHYA CHE LAH
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Kaunter Bayaran dan Tempahan Rak menyimpan pakaian pelanggan
Mesin yang di gunakan untuk mencuci Pakaian yang siap di cuci dan di gosok
Salah seorang pekerja sedang Sebahagian daripada bahan untuk mendobimenggosok baju
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
1.0 PENGENALAN
Bergelar usahawan bukanlah mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai, asalkan
ada usaha dan kesungguhan, pasti berjaya. Keinginan untuk bergelar usahawan
merupakan satu langkah yang paling ideal untuk meningkatkan ekonomi keluarga kerana
telah terbukti bahawa hasil daripada mengusahakan perniagaan sendiri jauh lebih baik
sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai menyahut seruan kerajaan
dalam melahirkan golongan usahawan di kalangan bumiputera, maka kami melihat
bidang perniagaan yang semakin menarik perhatian pengguna iaitu perniagaan dobi dan
cucian kering.
Perniagaan dobi dan cuci kering ini dipilih kerana ia merupakan antara bidang
perniagaan yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat kerana
perkhidmatan dobi dan cucian kering mulai berkembang dan mempunyai prospek yang
cerah terutama kepada pelanggan di pejabat kerajaan dan swasta, kawasan perumahan,
kedai-kedai, asrama-asrama kolej serta orang perseorangan. Apatah lagi dalam mengejar
arus perdana serta kesuntukan masa terutamanya bagi individu yang berkerja, maka
kesempatan untuk menguruskan rumahtangga sangat terhad. Perkembangan industri
fabrik di negara ini turut merangsang permintaan terhadap cucian kering apabila
masyarakat mulai mengemari fabrik dari sutera yang memerlukan penjagaan rapi. Begitu
juga dengan industri perhotelan dan catering telah turut menyumbang kepada permintaan
cucian yang melibatkan pakaian, permaidani, langsir, gebar (comforter), sarung kusyen
dan kain napkin. Di samping itu, juga saranan daripada kerajaaan untuk mengenakan baju
batik pada setiap hari khamis dan pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan juga mendorong
perkembangan perniagaan dobi. Ini kerana untuk mengekalkan warna pada baju batik
adalah dengan menggunakan cara yang terbaik melalui cucian kering.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Perniagaan yang dijalankan merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan
perkhidmatan mendobi pakaian, langsir, selimut, fabrik-fabrik sutera, mencuci
permaidani dan sebagainya. Perniagaan ini akan memulakan operasinya pada 30 Jun
2009 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kami memilih untuk menamakan kedai dobi
tersebut sebagai 1Stop Laundry Centre kerana penjenamaan merupakan salah satu
kaedah untuk menarik perhatian orang ramai supaya lebih yakin dengan perkhidmatan
yang ditawarkan. Perniagaan ini merupakan perniagaan perkongsian yang terdiri daripada
5 orang rakan kongsi yang mana 4 orang rakan kongsi menyumbangkan modal sebanyak
RM19,000 setiap seorang dan seorang lagi rakan kongsi telah menyumbang sebanyak
RM24,000. Setiap rakan kongsi mempunyai jawatan masing-masing dalam perniagaan
yang akan diusahakan di mana masing-masing mempunyai tanggungjawab dan bidang
tugas tersendiri.
Untuk itu rancangan perniagaan yang disediakan ini meliputi pelbagai aspek yang
saling berkaitan seperti pemasaran, operasi, kewangan, sumber manusia, pentadbiran dan
sebagainya yang mana setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Segala bahan
yang diperlukan untuk menjalankan urusniaga syarikat yang telah disenaraikan dan
dinyatakan harganya sekali. Malah belanja lain seperti overhead, caruman, kos
sampingan lain turut dinyatakan bagi membolehkan kami melihat jumlah perbelanjaan
syarikat kami. Pembayaran gaji akan diberikan mengikut jumlah jam bekerja serta
kelayakan akademik yang berkaitan dengan jawatan yang disandang oleh individu
terbabit. Anggaran jualan, untung, serta titik pulang modal yang akan diperolehi turut
dinyatakan dalam rancangan pemasaran yang akan menonjolkan ramalan tahap
pencapaian kejayaan perniagaan syarikat kami selepas dua atau tiga tahun. Hal ini bukan
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
sahaja penting untuk dikemukakan kepada pihak bank tetapi ia akan memberi anggapan
yang positif kepada para pembekal dan penghutang yang berurusan dengan syarikat kami.
Data-data kewangan yang relevan seperti penyata untung rugi, kunci kira-kira, penyata
pendapatan dan sebagainya akan dibangunkan melalui sistem komputer diharap dapat
membantu kami menganggarkan jumlah perbelanjaan dan pulangan yang bakal
diperolehi dengan tepat dan pantas sekiranya perniagaan dijalankan seperti yang
dirancang. Bahagian Kewangan ini amat penting bagi syarikat kami kerana ia merupakan
nadi penggerak sesebuah perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, ia telah dirancang dengan
teliti bagi menjayakan perniagaan dan juga membantu untuk memberi gambaran yang
jelas kepada pihak bank terutamanya.
Rancangan pemasaran telah dirangka dengan sempurna bagi melihat prospek-
prospek perniagaan yang bakal menunjukkan peluang untuk berkembang. Jadi, setiap
aspek yang berkaitan telah dihuraikan untuk menonjolkan syarikat kami agar mempunyai
masa depan yang cerah untuk berkembang dengan pesat. Rancangan-rancangan lain yang
dinyatakan mempunyai fungsi tertentu yang dapat memberi gambaran mengenai bidang
tersebut yang membantu melicinkan perniagaan. Semoga perniagaan ini dapat mencapai
matlamat yang telah ditetapkan dengan jayanya.
3.0 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan utama Rancangan Perniagaan ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan
kewangan sebanyak RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Sahaja) daripada pihak Commerce
Islamic Merchand Bank (CIMB). Disebabkan faktor penambahan bilangan penduduk
yang semakin ramai dan pembangunan semakin pesat di daerah Bukit Mertajam dan
pembangunan kawasaan sekitarnya, menyebabkan 1Stop Laundry Centre telah
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
mengambil peluang sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan ini. 1Stop
Laundry Centre akan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi setiap
pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami.
1Stop Laundry Centre dijangka akan menerima keuntungan yang
memberansangkan kerana kedudukannya yang strategik serta jumlah pasaran akan
mencapai sasaran yang meluas. Rancangan perniagaan ini menerima maklum balas yang
positif daripada pihak bank dan seterusnya dapat membantu golongan bumiputera dalam
merancakkan lagi pembangunan di kawasan Bukit Mertajam.
3.1 OBJEKTIF & MATLAMAT 1STOP LAUNDRY CENTRE.
3.1.1 MATLAMAT 1STOP LAUNDRY CENTRE.
Menjadikan 1Stop Laundry Centre sebagai sebuah pusat perkhidmatan
dobi dan cucian kering yang dipercayai oleh pelanggan dengan menawarkan
perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak para pelanggan mengikut
perkembangan teknologi yang terbaik dari masa ke semasa.
3.1.2 OBJEKTIF 1STOP LAUNDRY CENTRE .
Memperolehi keuntungan pada kadar 30 peratus hingga 40 peratus
sepanjang pembukaan perniagaan ini;
Mempertingkatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 5 peratus
setiap bulan;
Mempertingkatan kualiti perkhidmatan dengan menyediakan
kakitangan yang cekap dengan perkhidmatan yang efisyen dan
efektif;
Menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi Akta Buruh;
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Menawarkan kemudahan yang pelbagai seiring dengan kehendak
semasa pelanggan.
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Idea penubuhan perniagaan berasaskan cucian adalah datangnya daripada buah
fikiran rakan niaga yang mana telah lama bercadang untuk membuka perniagaan dobi.
Setelah kami meneliti dan membuat pemerhatian yang teliti ke atas beberapa kedai
dobi di sekitar Bukit Mertajam dan Bandar Perda, yang mana sambutannya amat
menggalakan, maka kami memutuskan untuk membuka sebuah kedai dobi bagi
merealisasikan minat kami dan cita-cita kami untuk menjadi usahawan.
4.1 LOGO SYARIKAT
Logo ini menerangkan bahawa tanda “bagus” dipamerkan dengan merujuk
kepada perkhidmatan mencuci disamping meletakkan nama kedai sebagai ikon yang
boleh di ingati oleh pelanggan serta memudahkan pelanggan mengenalpasti lokasi kedai
kami.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
5.0 LATARBELAKANG PEMILIK
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
BIODATA PEMEGANG SAHAM
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
NAMA : NORA BINTU HUSSINNO KP : 810907075874ALAMAT : 798, BAGAN BELAT
TELOK AYER TAWAR13050 BUTTERWORTH
JAWATAN : PENGARAH SYARIKATNO TELEFON : 019-5412200PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIAPERATUSAN SAHAM : 20.32 %
NAMA : HALIPAH BINTI ABU BAKAR KP NO : 770227-07-5666ALAMAT : NO. 78 LORONG 17, SS/1 BANDAR TASEK
MUTIARA 14120 SIMPANG AMPAT PULAU PINANG
JAWATAN : EKSEKUTIF OPERASINO. TELEFON : 019-5219910PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS
KEMASYARAKATAN, USMPERATUSAN SAHAM : 19.50%
________________________________
BIODATA PEMEGANG SAHAM
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
NAMA : ROSMANI BT. MOHAMED NOOR KP NO : 711121-07-5238ALAMAT : NO. 15, LORONG SERI INDAH 6,
TAMAN SERI INDAH 13200 K. BATAS.JAWATAN : EKSEKUTIF OPERASI/HRNO. TELEFON : 012-5941745PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA,
USM.PERATUSAN SAHAM : 19.50%
NAMA : REHATUL HUDA BINTI MOHD ROSLANNO. KP : 770406087160ALAMAT : NO. 721,LORONG 15,TAMAN KOTA JAYA,
34700 SIMPANG TAIPING,PERAK.JAWATAN : EKSEKUTIF KEWANGANNO. TELEFON : 012-5727901 PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS
KEMASYARAKATAN, USMPERATUSAN SAHAM : 19.50%
________________________________
BIODATA PEMEGANG SAHAM
BIODATA PEMEGANG SAHAM
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
NAMA : ROSMANI BT. MOHAMED NOOR KP NO : 711121-07-5238ALAMAT : NO. 15, LORONG SERI INDAH 6,
TAMAN SERI INDAH 13200 K. BATAS.JAWATAN : EKSEKUTIF OPERASI NO. TELEFON : 012-5941745PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA,
USM.PERATUSAN SAHAM : 19.50%
6.0 RANCANGAN ORGANISASI
6.1 LOKASI ORGANISASI
Bagi mendapatkan gambaran penuh lokasi 1Stop Laundry Centre, sila rujuk
Lampiran 1. Kedudukan lokasi 1Stop Laundry Centre adalah sangat strategik
memandangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan university dan politeknik, di
mana kawasan sekitarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Ini memberi
sokongan kepada 1Stop Laundry Centre meningkatkan kadar perkhidmatan cucian.
6.1.1 TARIKH PERNIAGAAN BEROPERASI & NO.PERNIAGAAN
Tarikh perniagaan beroperasi : 05 NOVEMBER 2010
No. Lesen Perniagaan : 173766 – (K) /MBKS/AS
BIODATA PEMEGANG SAHAM
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
6.2 LATARBELAKANG TAPAK PROJEK
Bangunan yang dipilih sebagai premis perniagaan ini adalah bangunan yang telah
siap dibina untuk menjalankan perniagaan. Kedudukannya yang strategik serta mudah
pihak pelanggan menemuinya adalah faktor terbesar kami memilih bangunan ini.
Malahan untuk mendapatkan pelanggan serta bekalan bahan mentah juga mudah
diperolehi.
6.3 PELAN PREMIS KEDAI
Kedudukan dalaman kedai adalah penting bagi memastikan susun atur barang-
barang berkaitan kedai dobi berada ditempatnya. Ini adalah kerana bagi memastikan
keadaan dan suasana persekitaran dalaman kedai ceria serta mempunyai ruang untuk
pekerja menjalankan tugas dengan lebih selesa.
6.4 CARTA ORGANISASI
Eksekutif Operasi Eksekutif Operasi /HR Eksekutif Kewangan Halipah Abu Bakar Rosmani Mohamed Noor Rehadatul Huda Mohd Roslan
Zainab Binti Mat rose
Kerani Tukang Tukang Tukang Pembantu Am Pentadbiran Cuci Cuci Cuci (Pejabat)
PENGARAH SYARIKATNORA BINTI HUSSIN
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Kerani Tukang Tukang PemanduKaunter Gosok Gosok
6.5 TENAGA KERJA ORGANISASI
7.0 RANCANGAN PEMASARAN
Pemasaran ialah suatu aspek penting dalam sesebuah perniagaan, ia dapat
memberi sumbangan yang besar untuk perniagaan ini. Rancangan pemasaran ini
dirancang adalah bertujuan untuk mengatasi masalah persaingan bagi mendapatkan
tempat yang kukuh di pasaran dan sebagai satu pelan untuk mempromosikan barangan
atau perkhidmatan. Selain itu, penyediaan pelan tindakan pemasaran adalah penting
untuk menggariskan tindakan dan aktiviti yang sesuai bagi menghasikan perkhidmatan
yang baik seperti yang terletak dalam perancangan untuk mencapai matlamat dan
perkhidmatan yang diramalkan.
7.1 ANALISIS PASARAN
JAWATAN BIL
PEKERJA
KELULUSAN SUMBER
Pengarah Syarikat
Eksekutif Kewangan
Eksekutif Pemasaran
Eksekutif Operasi/HR
Kerani Pentadbiran
Kerani Kaunter
Tukang Cuci
Tukang Gosok
Pemandu
Pekerja Am
1
1
1
2
1
2
3
2
2
1
Ijazah
Ijazah
Ijazah
Ijazah
SPM
SPM
PMR
PMR
PMR
PMR
Rakan kongsi
Rakan kongsi
Rakan kongsi
Rakan kongsi
Pekerja Am
Pekerja Am
Buruh
Buruh
Buruh
Buruh
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, kami mendapati bahawa bilangan
penduduk di kawasan tumpuan adalah mencukupi bagi memenuhi objektif pemasaran
kami. Namun begitu, kami yakin bahawa perniagaan dobi ini dapat diterima dari
pelanggan di lokasi lain memandangkan kami telah merancang dan menyusun pelbagai
strategi pemasaran yang paling sesuai untuk menarik perhatian masyarakat awam untuk
berurusniaga dengan syarikat kami.
7.1.1 Pelanggan
Pelanggan yang menjadi sasaran perniagaan kami yang utama ialah
pelajar-pelajar, pejabat kerajaan dan swasta, kawasan perumahan, kedai-kedai dan
orang perseorangan. Pelanggan boleh menghantar pakaian untuk cuci kering
karpet dan sebagainya manakala pihak kami akan mempertimbangkan harga dari
segi berat, jenis kekotoran, jenis fabrik dan sebagainya. Kami telah memilih
pelanggan berdasarkan segmen psikografi di mana psikografi terbahagi kepada
tiga kelas yang utama iaitu kelas sosial, personaliti dan gaya hidup. Syarikat kami
telah memilih kelas sosial kerana pelanggan kami terdiri daripada tiga peringkat
iaitu kelas sosial tinggi, kelas sosial sederhana dan kelas sosial rendah.
7.1.2 Pesaing Utama
Keupayaan bersaing merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan
kemampuan sesebuah perniagaan untuk meneruskan perniagaannya dengan lebih
maju atau sebaliknya.. Walaupun syarikat kami bakal menerima persaingan dari
kedai dobi yang sedia ada, namun ini tidaklah menjadi satu masalah besar untuk
kami terus maju kerana kami yakin dengan adanya pelan pemasaran yang baik
dan perancangan yang rapi. Ia ditambah dengan penggunaan teknologi pencucian
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
fabrik kami boleh menguasai perniagaan ini di samping memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
7.2 SASARAN PASARAN
Sebelum memulakan operasi, pihak syarikat telah pun melakukan satu
analisis berkaitan pasaran yang akan ditembusi secara menyeluruh dan
terperinci melalui penyelidikan, pengamatan, temubual bersama bakal
pelanggan dan pesaing. Bagi melicinkan urusan perkhidmatan ini, kami telah
mengenalpasti sasaran pasaran atau bakal pelanggan berdasarkan segmen
geografik, demografik, ekonomi dan gaya hidup.
7.2.1 Segmen Geografik
Syarikat kami memfokuskan penawaran perkhidmatan pencucian
ini kepada pelanggan-pelanggan yang tinggal di sekitar Bandar Perda dan
Bukit Mertajam. 1Stop Laundry centre menyasarkan pelanggan dari
kalangan pelajar, penduduk sekitar dan kakitangan kerajaan
memandangkan lokasi kedai dobi ini berdekatan dengan pejabat-pejabat
kerajaan seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bank-bank,
Universtiti Teknologi Mara, Politeknik Seberang Perai dan lain-lain lagi
sebagai fokus pelanggan. Walau bagaimanapun, syarikat kami juga
bersedia memberikan perkhidmatan ini kepada pelanggan yang berada di
luar kawasan sekiranya wujud permintaan.
7.2.2 Segmen Demografik
Pada dasarnya, syarikat tidak memberikan perhatian yang spesifik
kepada mana-mana sasaran pasaran yang berdasarkan kaum, agama, umur,
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
tahap pendidikan dan jantina. Ini kerana pihak syarikat menawarkan
perkhidmatan ini kepada umum dengan berpendapat bahawa sesiapa yang
berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan,
dia berhak untuk mendapatkannya.
7.2.3 Segmen Gaya Hidup
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pihak syarikat
dapat mengenalpasti sasaran pasaran yang patut disasarkan melalui gaya
hidup para bakal pelanggan. Kebanyakkan penduduk di kawasan
berhampiran dengan lokasi syarikat majoritinya adalah mereka yang
berkerjaya yang mana mereka mempunyai masa yang terbatas untuk
melakukan tugas-tugas harian di rumah seperti membasuh pakaian.
Dengan adanya perkhidmatan seumpama ini, ia boleh
memudahkan urusan mereka. Perkhidmatan kami juga ditawarkan kepada
pelajar-pelajar sekolah berasrama yang berdekatan. Perkembangan fesyen
yang semakin mendapat perhatian masyarakat dengan wujudnya kedai
kain yang menjual kain sutera menuntut keperluan cucian kering
terutamanya bagi kaum wanita mementingkan kebersihan dan kualiti.
7.3 SAIZ PASARAN
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan
yang tinggal di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, pejabat kerajaan dan
swasta, universiti dan politeknik, kawasan perumahan, kedai-kedai dan orang
perseorangan. Pemfokusan ini ditujukan kepada penduduk yang sibuk bekerja dan
mempunyai masa yang terhad untuk mencuci pakaian. Di samping itu, 1Stop
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Laundry centre merancang mengadakan untuk menawarkan kontrak dengan
Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang, Politeknik Seberang Perai, kilang-kilang
di kawasan Bukit Mertajam dengan tawaran yang menarik untuk memperolehi
keuntungan tetap dalam masa jangka panjang. Namun begitu, kami juga sedia
menerima permintaan daripada bakal pelanggan dari luar kawasan perniagaan.
7.4 SYER PASARAN
Dengan kemasukkan syarikat kami dipasaran, maka syer pasaran pesaing semakin
berkurangan. Pada awalnya, syer pasaran kami ialah sebanyak 15 peratus. Syer pasaran
yang terbesar ialah Pusat Dobi Cemerlang kerana perniagaannya telah lama beroperasi
dan berkemungkinan dikenali ramai.
7.5 ANALISIS SWOT
7.5.1 Analisis Swot Pesaing
Kekuatan
1. Semangat Kerjasama Antara Pekerja
Sebahagian besar daripada pekerja-pekerja syarikat pesaing iaitu Pusat
Dobi Cemerlang, telah bekerja untuk syarikat tersebut dalam tempoh yang
lama. Oleh itu, mereka telah mengenali antara satu sama lain serta telah
terjalin hubungan yang erat dikalangan mereka. Sikap taat setia kepada
syarikat menjadikan mereka rela bekerja lebih masa bagi menyiapkan
tugasan yang belum selesai dengan menitikberatkan kepada keutamaan
pelanggan tetap syarikat. Semangat kerjasama yang ditunjukkan
merupakan kekuatan syarikat ini.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
1. Penilaian Dari Masa Ke Semasa
Pesaing syarikat kami sentiasa melakukan penilaian ke atas operasi
syarikat mereka dari masa ke semasa. Pihak pentadbiran akan menyediakan
satu laporan tentang pencapaian syarikat bagi setiap pertengahan tahun.
Kemudian satu analisis perbandingan akan dilakukan ke atas pencapaian
sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan.
2. Kemudahan Kredit Yang Diterima
Pesaing syarikat kami kebanyakkannya mendapat kemudahan kredit
daripada pembekal bahan-bahan cucian seperti sabun basuh, pewangi dan
pelembut fabrik serta lain-lain bahan yang diperlukan dalam menjalankan
operasi mereka. Ini memudahkan lagi pesing kerana mereka tidak perlu
mengeluarkan modal yang banyak pada awal operasi dan pembayaran akan
dilakukan setelah mendapat pulangan serta ia juga bergantung kepada
perjanjian yang telah dibuat dengan pembekal tersebut.
Kelemahan
1. Kekurangan modal
Pesaing syarikat kami seperti Pusat Dobi cemerlang tidak mempunyai
modal yang mencukupi dan ia menjadi satu halangan kepada syarikat
tersebut untuk memperbesarkan dan meluaskan perkhidmatan mereka.
2. Sistem pentadbiran yang tidak efisyen
Sistem pentadbiran yang telah digunakan oleh pesaing syarikat kami
masih berada di takuk lama. Penggunaan komputer dalam menjalankan
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
operasi seperti membuat akaun perniagaan masih tidak digunakan dan ini
menjadikan tugas mereka tidak lancar dan kurang sistematik.
7.5.2 Analisis Swot 1Stop Laundry centre
Kekuatan
1. Kedudukan lokasinya yang strategik berhampiran dengan bandar, dan
kawasan perumahan menjadikan syarikat kami sebagai tumpuan
pelanggan yang rata-ratanya mempunyai masa yang terbatas kerana
tuntutan kerjaya mereka disamping sukar mendapatkan pembantu rumah
yang boleh menjalankan kepelbagaian tugas.
2. Syarikat kami bukan sahaja menawarkan perkhidmatan mencuci,
menggosok dan cucian kering, malah kami juga menawarkan
perkhidmatan layan diri kepada pelanggan yang ingin menjimatkan
perbelanjaan mereka seperti pelajar-pelajar asrama sekitarnya dan lain-
lain.
3. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bersesuaian dengan tahap
pendapatan pelanggan dan kualiti yang diberikan.
4. Syarikat kami memberikan kad diskaun kepada pelanggan tetap yang
mana ia menawarkan diskaun sebanyak 10 % bagi setiap perkhidmatan
yang dilanggani bergantung kepada tempoh masa langganan.
5. Syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan pengambilan dan
penghantaran pakaian di mana ia akan beroperasi bermula jam 8.00 pagi
hingga 10 malam bagi pengambilan pakaian. Bagi perkhidmatan
penghantaran pakaian pula ia akan beroperasi pada jam 3.00 hingga 6.00
petang.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
6. Kerjasama di antara para pekerja adalah dititik beratkan di mana sikap
tolong menolong boleh menjaga hubungan baik di kalangan pekerja dan
impaknya, ia akan memberikan kelancaran dan kelicinan dalam
menjalankan tugas masing-masing. Mereka juga dididik untuk sentiasa
senyum dan mesra ketika berurusan dengan pelanggan.
7. Penggunaan mesin-mesin pencuci yang berteknologi tinggi dan canggih
menjadikan tugas-tugas mencuci lebih cepat dan kebersihan pakaian yang
dicuci adalah terjamin dari aspek kualitinya.
8. Oleh kerana syarikat kami menggunakan mesin-mesin canggih, moden
dan berteknologi tinggi, kami lebih mengutamakan pekerja yang
berkebolehan dan mahir dalam mengendalikannya.
9. Pihak kami akan menggunakan sistem komputer untuk mengesan
maklumat pelanggan, lokasi pakaian dan harga perkhidmatan untuk
memudahkan urusniaga.
10. Hiasan dalaman akan diatur mengikut citarasa semasa untuk keselesaan
pelanggan demi menjaga imej supaya pelanggan lebih tertarik untuk
berurusniaga di 1Stop Laundry centre.
11. Menyediakan ruangan menunggu yang akan disediakan dengan bahan-
bahan bacaan utama khusus mengenai fabrik dan selingan lagu-lagu
sentimental bagi pelanggan-pelanggan yang memerlukan cucian dan
keringan segera.
Kelemahan
1. Rakan kongsi yang kurang berpengalaman dalam menjalankan perniagaan
jenis ini. Walaupun mereka berpengalaman dalam soal pentadbiran dan
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
pengurusan, namun ada di antara rakan kongsi yang tidak mempunyai
pengalaman dalam hal operasi perniagaan yang dijalankan. Walau
bagaimana pun, perkara ini boleh diatasi setelah perniagaan berjalan dan
mengumpul sedikit demi sedikit pengalaman mengenai perniagaan
mendobi yang dijalankan.
2. Oleh kerana syarikat kami baru beroperasi, maka kami tidak mempunyai
peruntukan yang cukup untuk memperbesarkan premis perniagaan.
Keluasan kedai yang terhad menjadikan ruang tersebut semakin sempit
akibat mesin-mesin yang bersaiz besar. Namun begitu perniagaan ini
boleh dikembangkan dimasa hadapan.
Peluang
1. Dalam situasi ekonomi negara yang semakin berkembang dan semakin
baik, ramai wanita-wanita dan isteri-isteri yang keluar bekerja. Ini
menjadikan masa mereka lebih terhad untuk melakukan kerja-kerja rumah
seperti mencuci dan menggosok pakaian. Dengan wujudnya syarikat kami
ini, maka ia dapat memudahkan tugas-tugas para isteri dan wanita-wanita
yang bekerja.
2. Kedudukan syarikat kami yang berhampiran dengan kawasan perumahan,
universiti dan politeknik memberikan peluang untuk terus maju dan
berkembang.
3. Perkhidmatan layan diri yang disediakan memberikan peluang kepada
pelajar-pelajar asrama untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan
di samping memberikan mereka lebih penjimatan kerana caj yang
dikenakan adalah lebih rendah.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Ancaman
1. Kewujudan pesaing baru akan memberikan ancaman kepada syarikat
kami. Oleh kerana perniagaan yang dijalankan adalah berorentasikan
perkhidmatan, maka kami perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan
pelanggan bagi membentuk kesetiaan pelanggan dan kepercayaan
pelanggan kepada syarikat kami.
2. Akibat kekurangan pengalaman dikalangan beberapa orang rakan kongsi,
maka ia akan menjadi ancaman kepada syarikat untuk beroperasi dengan
lebih baik. Dengan itu, kami akan saling bantu-membantu dalam
menjalankan aktiviti perniagaan dan akan cuba bersama-sama
menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi serta menjana idea-idea yang
bernas untuk kemajuan syarikat.
7.6 STRATEGI PEMASARAN
Rancangan pemasaran ini dirancang adalah bertujuan untuk mengatasi masalah
persaingan bagi mendapatkan tempat yang kukuh di pasaran dan sebagai satu pelan untuk
mempromosikan barangan atau perkhidmatan. Selain itu, penyediaan pelan tindakan
pemasaran adalah penting untuk menggariskan tindakan dan aktiviti yang sesuai bagi
menghasikan jualan yang tinggi seperti yang terletak dalam perancangan untuk mencapai
matlamat dan jualan.
Berdasarkan objektif strategi perkhidmatan, syarikat kami akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti bagi memenuhi citarasa dan kehendak
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
pelanggan yang berbeza. Dengan itu, kami telah merancang beberapa strategi
perkhidmatan. Antara langkah-langkah yang diambil untuk menarik lebih ramai
pelanggan adalah seperti berikut :
1. Menyediakan pelbagai peralatan yang serba moden dan canggih.
2. Pekerja-pekerja yang ditugaskan terdiri daripada individu yang mahir dan
berkebolehan serta berpengalaman.
3. Mesin cuci layan diri akan ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan
kawasan sasaran pasaran disamping menyediakan khidmat seorang penyelia
mesin.
4. Menyediakan alat-alat yang diperlukan untuk menjalankan cucian sendiri
seperti sabun basuh dan besen atau raga.
5. Memberikan kad diskaun kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan
cucian yang lebih daripada 40 kilogram.
7.6.1 Produk Atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan
1Stop Laundry centre merupakan sebuah syarikat yang menawarkan
perkhidmatan pencucian pakaian bagi mereka yang tidak mempunyai masa,
sentiasa sibuk serta yang memerlukan perkhidmatan ini. Antara perkhidmatan-
perkhidmatan yang syarikat kami sediakan ialah seperti:-
a) Perkhidmatan Mencuci Pakaian
Syarikat mengambil semua jenis pakaian yang perlu dicuci termasuklah
cadar, tuala dan selimut dan sebagainya. Di samping itu juga, syarikat kami
juga turut menawarkan perkhidmatan mencuci permaidani, langsir, dan juga
‘toto’.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
b) Perkhidmatan Cucian Kering
Selain itu, syarikat juga menawarkan perkhidmatan cucian kering bagi
pakaian-pakaian yang tidak boleh dicuci menggunakan air dan sabun
seperti pakaian yang diperbuat daripada kulit, sutera, kot dan lain-lain
fabrik terpilih dan sensitif dengan tahap kepanasan.
c) Perkhidmatan Menggosok Pakaian
Perkhidmatan menggosok pakaian juga disediakan oleh pihak syarikat
kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatan ini.
Perkhidmatan ini disediakan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan
kepada pelanggan yang mempunyai masa yang terhad.
d) Perkhidmatan Pengambilan Dan Penghantaran
Pihak syarikat juga sedia mengambil pakaian yang hendak dicuci dan
menghantar kembali pakaian yang telah dicuci kepada pelanggan.
Perkhidmatan ini disediakan berdasarkan masa yang terhad yang dialami
oleh pelanggan.
7.6.2 Harga
Harga boleh didefinisikan dengan nilai pertukaran barangan atau perkhidmatan.
Objektif strategi harga adalah untuk menetapkan harga yang berpatutan dan dapat
diterima oleh pelanggan. Pada masa yang sama, syarikat juga masih mampu
mencapai keuntungan serta boleh mengekalkan kualiti perkhidmatan.
7.6.3 Lokasi Pengedaran
Strategi pengedaran ialah untuk memastikan pelanggan benar-benar
mendapat apa yang dipesan tepat pada masanya supaya tidak timbul masalah
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
kelewatan dalam menghantar kepada pelanggan. Penghantaran barangan pelanggan
akan dihantar dengan van syarikat kerana dengan menggunakan kenderaan jenis ini,
kami boleh menjimatkan masa dan penghantaran boleh dilakukan dengan cepat. Di
samping itu juga, kami boleh menghantar barangan yang berbeza dalam satu
perjalanan sahaja. Selain itu, kami boleh membawa muatan yang bersaiz besar dan
berkuantiti yang banyak. Sekiranya kami menggunakan motosikal, kuantiti
barangan yang akan dibawa adalah terhad.
Dari segi lokasi pula, premis perniagaan kami yang terletak berhampiran
kawasan perumahan, universiti dan politeknik dan pejabat-pejabat kerajaan
merupakan kelebihan kepada pelanggan kerana kedudukannya yang agak strategik.
Asrama pelajar yang terdapat di situ memberikan peluang kepada kami untuk
menajalankan perniagaan kami dengan lebih maju serta dapat mengembangkannya.
Kesibukan pelanggan memberikan peluang kepada kami untuk terus maju dalam
perniagaan yang kami ceburi ini.
7.6.4 Promosi
Objektif promosi adalah berperanan untuk memperkenalkan perkhidmatan
kami kepada orang ramai bagi menarik minat pelanggan-pelanggan untuk
mendapatkan perkhidmatan kami. Strategi promosi akan membantu memantapkan
lagi perkembangan perniagaan pada masa depan.
Antara strategi yang kami lakukan adalah:
a. Papan tanda dipasang berhampiran dengan lokasi perniagaan kami.
b. Mengedar risalah-risalah dan menampal poster untuk makluman kepada
bakal-bakal pelanggan tentang syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
c. Memaparkan iklan tentang perniagaan yang kami jalankan di internet kerana
ini akan memudahkan orang ramai menghubungi kami. Mempamerkan alamat
dan logo syarikat pada beg plastik cucian.
d. Setiap pelanggan yang berurusan dengan syarikat kami akan diberikan kad
perniagaan yang mana kad ini mengandungi nama dan alamat serta nombor
telefon syarikat di samping nama pekerja yang boleh dihubungi.
e. Bagi memperluaskan promosi perkhidmatan syarikat yang ditawarkan, kami
akan mengiklankannya di akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia, Harian
Metro, Yellow Pages, internet dan sebagainya.
f. Memberi hadiah berupa pen yang mencatatkan logo dan alamat kepada
urusniaga melebihi RM100.00 serta mengeluarkan kalendar syarikat kepada
para pelanggan setiap tahun.
7.7 TENAGA KERJA
SENARAI JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA OPERASI
SENARAI JAWATAN BILANGAN PEKERJA
Kerani Pentadbiran 1 orang
Kerani Kaunter 2 orang
Tukang Cuci 3 orang
Tukang Gosok Pakaian 2 orang
Pemandu 2 orang
Pembantu Am Pejabat1 Orang
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
7.7.1 Spesifikasi Tugas Dalam Syarikat
JAWATAN SPESIFIKASI TUGAS
Ketua
Eksekutif
Eksekutif
Operasi/HR
Menetukan objektif, visi dan misi organisasi.
Mengatur strategi, memimpin, menyelaras dan
mengawal perjalanan perniagaan.
Memantau aktiviti perniagaan harian.
Memastikan kecekapan kualiti kerja dapat dicapai
sepenuhnya.
Menilai prestasi bahagian pentadbiran.
Menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja.
Menjadi agen perhubungan awam bagi perkara yang
berkaitan dengan imej syarikat.
Mengendalikan hal ehwal pentadbiran.
Memastikan rancangan pentadbiran berjalan dengan
lancar sejajar dengan objektif organisasi.
Mengamalkan sistem mesra pelanggan dan sentiasa
bekerjasama dengan pekerja.
Memastikan temujanji organisasi sentiasa ditepati
dan terancang.
Membuat catatan mengenai kualiti dan prestasi
pekerja dari semasa ke semasa.
Menjaga dan mempertingkatkan imej organisasi pada
pelanggan.
Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi
pengeluaran.
Memastikan kerja-kerja pengeluaran dilakukan
dengan teliti dan mencapai standard yang ditetapkan
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Eksekutif
Kewangan
Eksekutif
Pemasaran
Kerani
oleh pihak atasan.
Menjalankan sistem baru untuk memudahkan proses
pengendalian bahan mentah.
Mengira belian bahan mentah dan stok setiap bulan.
Menerima dan memenuhi segala tempahan dari
pelanggan.
Membuat jadual untuk pekerja.
Membuat perancangan kewangan organisasi.
Mengendalikan aliran tunai organisasi secara
berkesan.
Menyediakan akaun syarikat tiap-tiap tahun dan
membuat laporan bulanan untuk semakan.
Menganggar perbelanjaan bulanan dan tahunan
perniagaan.
Menyediakan akaun untung rugi, modal, kunci kira-
kira dan sebagainya.
Membuat keputusan berkaitan dengan perbelanjaan
organisasi.
Menganalisis permintaan pasaran dan mengawal
strategi-strategi pemasaran.
Mencari pasaran baru yang mempunyai potensi yang
tinggi.
Membuat promosi untuk meningkatkan jualan dan
imej organisasi.
Mencari agen untuk menjalankan aktiviti tempahan.
Mengkaji kekuatan dan kelemahan pesaing.
Memastikan pengurusan stok dijaga rapi supaya tidak
membazir.
Membantu ketua eksekutif dalam proses mengurus
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Tukang Cuci
Tukang
Gosok
Pemandu
Pembantu
Am
urusan perniagaan yang berkaitan.
Memastikan segala dokumentasi disusun dengan
teratur.
Menaip segala surat-menyurat kepada pihak yang
berkepentingan.
Menjawab panggilan telefon.
Memastikan cucian baju disiapkan mengikut jadual
yang ditetapkan.
Bertugas sebagai pekerja yang melakukan kerja-kerja
menggosok dan pembungkusan pakaian supaya
tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan
sempurna.
Bertindak sebagai pekerja yang melakukan proses
penghantaran barang kepada pelanggan pada masa
yang telah ditetapkan.
Menghantar dan mengambil surat
Mengemaskini fail-fail pejabat yang berkaitan
Arahan dari masa ke semasa
7.8 BELANJAWAN PEMASARAN
Belanjawan yang diperuntukkan atau diperlukan untuk melaksanakan program
promosi yang telah kami fikirkan. Setelah jumlah wang ditentukan, kami perlu
memikirkan cara pengagihan belanjawan tersebut melalui aktiviti-aktiviti promosi yang
telah dirancang. Terdapat empat kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pihak
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
pengurusan menentukan belanjawan promosi. Kaedah-kaedah yang telah kami gunakan
adalah:
i. Kaedah Mengikut Kemampuan Belanja (Affordable)
Menentukan belanjawan promosi pada tingkat atau tahap yang difikir
mampu dibiayai oleh syarikat.
ii. Kaedah Peratusan Atas Jualan (Percentage-Of-Sales)
Menentukan satu peratusan daripada jualan semasa atau anggaran jualan
masa hadapan sebagai peruntukan ke atas promosi.
iii. Kaedah Persaingan
Peruntukan belanjawan disesuaikan mengikut peruntukan pihak pesaing.
iv. Kaedah Objektif Dan Tugas
a) Menentukan objektif yang ingin dicapai melalui program promosi.
b) Menentukan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan supaya objektif tersebut
dapat dicapai.
c) Menentukan atau menganggarkan kos untuk melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
8.0 RANCANGAN OPERASI
8.1 PROSES OPERASI
Proses operasi melibatkan beberapa langkah-langkah utama di mana
proses ini bermula dengan menerima tempahan cucian daripada pelanggan
sehingga pakaian atau fabrik yang siap dicuci dihantar kembali kepada pelanggan
atau pelanggan mengambil sendiri di kedai.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Langkah-langkah yang terlibat:
1. Input: menerima pakaian atau fabrik, permaidani yang dihantar oleh
pelanggan untuk dicuci.
2. Mengklasifikasikan jenis cucian mengikut jenis-jenis fabrik.
3. Proses: mengasingkan jenis fabrik yang dihantar mengikut bentuk
cucian yang bersesuaian.
4. Membasuh fabrik atau permaidani mengikut kehendak pelanggan dan
memastikan ia siap dicuci mengikut masa yang telah ditetapkan.
5. Output: pakaian atau fabrik atau permaidani yang siap dicuci boleh
diambil oleh pelanggan atau menghantar kepada pelanggan yang
meminta perkhidmatan penghantaran. Semasa tempahan cucian dibuat,
pelanggan perlu membuat pembayaran deposit kepada kedai sebanyak
10% dan resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran yang
dilakukan. Manakala baki bayaran tempahan cucian akan dibayar
selepas fabrik siap dicuci iaitu semasa pelanggan mengambil semua
tempahan cucian dari kedai atau bagi pelanggan yang mana fabrik
dihantar kepadanya ialah semasa penghantaran dibuat.
8.2 Carta Aliran Proses
Terima Tempahan
Periksa barangan pelangan
Keluarkan Resit Tempahan
Serah pakaian yang siap kepada pelanggan
Bawa kebahagian cuci/gosok
Susun barangan yang siap di rak
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
8.3 BENTUK DAN PREMIS PERNIAGAAN
Bentuk perniagaan bagi 1Stop Laundry centre adalah perniagaan
perkongsian. 1Stop Laundry centre adalah perkhidmatan mendobi pakaian,
langsir, selimut, fabrik-fabrik sutera, mencuci permaidani dan sebagainya.
Kegiatan utama adalah untuk menyediakan perkhidmatan dobi kepada semua
pelanggan tanpa menghadkan kuantiti. Syarikat ini juga turut menyediakan
perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan tetap, kolej-kolej,
sekolah-sekolah dan juga syarikat-syarikat pelaburan asing di kawasan
perkilangan yang ada.
8.3.1 Bentuk bangunan
Bangunan rumah kedai 1 tingkat.
8.3.2 Status bangunan
Lot 1Stop Laundry centre adalalah disewa pada kadar RM 1200.00
sebulan.
8.3.3 ALAMAT:
1Stop Laundry centre
No18 Lorong Perda Utama 3,
Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam
P.Pinang
Tel : 04-538 1310 Fax : 04-538 1310
e-mail : onestoplaundry@yahoo.com
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
8.4 KEMUDAHAN DAN PRASARANA
Kemudahan infrastruktur yang terdapat di sekitar 1Stop Laundry centre
adalah seperti air, elektrik, kemudahan jalanraya yang baik memandangkan
bangunan perniagaan tersebut baru sahaja siap dibina dan ini dapat memudahkan
perhubungan pelanggan dan pembekal. Lokasinya yang strategik berdekatan
dengan bank, kedai-kedai, sekolah, rumah kediaman, pejabat dan lain-lain lagi
dijangkakan dapat menjadikan kedai ini tumpuan untuk cucian kering.
8.5 UNIT PENGELUARAN DAN MASA OPERASI
Perniagaan kami beroperasi selama 11 jam sehari di mana operasi bermula
dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam selama 6 hari seminggu manakala waktu
rehat pada 1.00 tengahari hingga 1.45 petang dan 7.30 hingga 8.00 malam. Kedai
akan di tutup sementara waktu dan akan dibuka selepasnya seperti biasa.
Masa operasi ini adalah meliputi semua aktiviti daripada penerimaan
tempahan cucian atau pemgambilan tempahan dari organisasi, cucian fabrik,
proses cucian, menggososk pakaian sehinggalah penghantaran tempahan yang
siap dicuci. Manakala bagi cucian untuk permaidani akan dibuat seminggu untuk
cucian dan seminggu lagi untuk proses melembutkan bulu permaidani.
Bagi mesin basuh fabrik, ia akan beroperasi selama 45 minit bagi setiap
cucian. Manakala bagi mesin cucian kering akan beroperasi selama 25 minit bagi
setiap pengeringan. Sebelum operasi cucian dibuat, pengasingan pakaian atau
fabrik mengikut jenis cucian mengambil masa 15 minit untuk tujuan ini.
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Kemudian untuk cucian permaidani mengambil masa 1 jam setengah
untuk cucian dan pengeringan selama 45 minit. Bagi melembutkan bulu
permaidani pula, ia akan mengambil masa selama 1 jam. Selain itu , kedai dobi ini
juga menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pada setiap hari
Selasa. Walau bagaimanapun, ia mengikut jarak dari kedai dobi kami ke tempat
penghantaran.
8.6 KEPERLUAN PERALATAN PERNIAGAAN
8.6.1 Bahan Mentah
Perkhidmatan yang disediakan di kedai dobi kami memastikan
kepuasan pelanggan kerana kami lebih bersikap untuk mengekalkan
pelanggan sedia ada dan di samping mencari pelanggan baru. Oleh itu, kedai
kami menyediakan beberapa keperluan bahan yang digunakan. Antaranya:-
Sabun Untuk Cucian: Harga
Sabun anti bakteria RM 100.00
Sabun untuk pakaian bayi RM 120.00
Sabun biasa RM 80.00
Sabun wangi RM 100.00
Bahan Peluntur
Bahan peluntur biasa RM 50.00
Bahan peluntur yang melindungi RM 70.00
Warna pakaian
Pelembut Fabrik
Pelembut fabrik anti bakteria RM 80.00
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Pelembut fabrik bayi RM 95.00
Pelembut fabrik pelbagai wangian RM 70.00
Dengan itu, kami akan memastikan setiap jenis bahan yang digunakan
adalah mengikut kehendak pelanggan dan bayaran bagi setiap bahan yang diminta
adalah berlainan. Kesemua bahan ini adalah untuk kegunaan kedai kami selama 2
bulan. Setiap pembelian bagi semua barangan adalah secara tunai.
8.6.2 Mesin Dan Peralatan
Peralatan untuk mesin layan diri:
MESIN LAYAN DIRI HARGA (RM) BILANGAN
Mesin Basuh 4,000.00 2
Mesin Pengering 4,000.00 2
8.6.3 Keperluan Peralatan Pejabat
BIL ITEM HARGA PERUNCIT KUANTITI JUMLAH
1. Meja RM 40 4 unit RM 160
2. Kerusi RM 15 8 unit RM 120
3. Alat tulis RM 200 - RM 200
4. Komputer RM 2500 1 unit RM 2500
5. Telefon RM 30 2 unit RM 60
6. Mesin faks RM 500 1 unit RM 500
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
8.6.4 Peralatan lain untuk perkhidmatan cucian:
PERKHIDMATAN HARGA (RM) BILANGAN
Mesin Basuh 3,500.00 2
Mesin Cucian Kering 6,000.00 2
Mesin Kering 3,500.00 2
Sterika 100.00 3
Van 20,000.00 1
8.7 OVERHEAD
Belanja bekalan air dan elektrik RM 3000/bulan
Petrol untuk kenderaan RM 30/sehari x 30 = R900/bulan
Bahan untuk cucian RM 300/bulan
9.0 PERANCANGAN KEWANGAN
Perancangan kewangan merupakan satu aspek penting dalam organisasi syarikat.
Ianya juga dapat menyediakan satu garis panduan untuk mengarah, menyelaras dan
mengawal tindakan-tindakan yang diambil oleh syarikat dalam mencapai objektif yang
ditetapkan.
Terdapat 2 aspek utama dalam perancangan kewangan iaitu:
1. Perancangan tunai yang melibatkan penyedian belanjawan tunai
2. Perancangan keuntungan melalui penyediaan penyata-penyata pro-forma
Secara keseluruhannya, pelan kewangan yang lengkap termasuk:
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
1. Objektif-objektif kewangan, operasi dan strategi yang dinyatakan dengan jelas.
2. Andaian-andaian yang telah digunakan dalam penyediaan pelan tersebut.
3. Huraian strategi.
4. Pelan kontingensi.
5. Belanjawan-belanjawan dikelaskan dan diringkaskan mengikut jangkamasa,
bahagian dan jenis (tunai,pengiklanan dan modal).
6. Program pembiayaan dikelas, dan diringkaskan mengikut jangkamasa, bahagian
dan jenis (jangka pendek atau jangka panjang).
7. Satu set penyata kewangan pro-forma sepanjang tempoh perancangan.
9.1 KOS PERLAKSANAAN PROJEK
KOS TETAP AWAL
Kelengkapan pejabat RM 3,500.00
Mesin RM 34,000.00
Kenderaan RM 20,000.00
Jumlah kos tetap awalan RM 57,500.00
KOS TETAP OPERASI
Gaji jualan RM 2,500.00
KWSP RM 18,744.00
Pengiklanan RM 8,800.00
Gaji pentadbiran RM 19,400.00
Sewa RM 26,400.00
Belanja pejabat RM 9,000.00
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Belanja kedai RM 15,000.00
Jumlah kos tetap operasi RM 99,844.00
9.2 SUMBER KEWANGAN
PENGAGIHAN EKUITI JUMLAH (RM)
Rakan Kongsi 100,000.00
Pinjaman 50,000.00
Jumlah 150,000.00
9.2.1 Modal Permulaan
Syarikat memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM150,000 di
mana pinjaman daripada Commerce Islamic Merchand Bank (CIMB) adalah
sebanyak RM50,000 dan rakan kongsi mengeluarkan modal sebanyak RM19,000
setiap orang dan juga salah seorang dari kami mengeluarkan RM24,000.00.
BIL MODAL JUMLAH (RM)
1. Pinjaman Commerce Islamic Merchand Bank 50,000.00
2. Nora Bt. Hussin 24,000.00
3. Halipah Bt. Abu Bakar 19,000.00
4. Rosmani Bt. Mohamed Noor 19,000.00
5. Rehatul Huda Bt. Mohd Roslan 19,000.00
6. 19,000.00
JUMLAH 150,000.00
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
9.2.3 Pegangan setiap pemegang saham
Setiap rakan kongsi menyumbangkan sebanyak RM 19,000 untuk
pekongsi. Manakala ketua eksekutif menyumbangkan modal sebanyak RM 5,000
sebagai modal tambahan. Oleh sebab itu, setiap rakan kongsi mempunyai jumlah
pemegang saham yang berlainan di antara rakan kongsi iaitu 19.50 % setiap
individu manakala ketua eksekutif sebanyak 20.32 %.
BIL. MODAL JUMLAH
1. Pinjaman Bumiputra Commerce Berhad RM 50,000
2. Md Azlan Bin Buseri RM 24,000
3. Siti Badariah Bt Ibrahim RM 19,000
4. Azlinah Bt Basri RM 19,000
5. Zainab Bt Mat Rose RM 19,000
6.Kanagamalar Thrumanayagam
RM 19,000
JUMLAH RM 150,000
9.3 ANGGARAN GAJI BULANAN TENAGA KERJA
9.3.1 Buruh
Kerani Pentadbiran RM 700/bulan x 1 = RM 700/bulan
Kerani kaunter RM 500/bulan x 2 = RM 1000/bulan
Tukang cuci RM 700/bulan x 3 = RM 2100/bulan
Tukang gosok pakaian RM 600/bulan x 2 = RM 1200/bulan
Pemandu RM 600/bulan x 2 = RM 1200/bulan
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Pembantu Am Pejabat RM 500/bulan x 1 = RM 500/bulan
Lain-lain belanja RM 500
Jumlah RM 6,700.00
9.4 JUMLAH PERLUNASAN PINJAMAN
Melalui perlunasan pinjaman, pemberi pinjaman mensyaratkan peminjam
membayar semula sebahagian amaun pinjaman sepanjang masa. Cara yang paling
mudah untuk melunaskan pinjaman ialah peminjam membayar faedah pada setiap
tempoh beserta beberapa amaun tetap daripada prinsipal.
Jumlah pinjaman : RM 50,000
Tahun : 10 tahun
Kaedah : Pengurangan baki pinjaman setiap tahun sebanyak RM5,000
Faedah : 6 %
TAHUN BAKI PERMULAAN
(RM)
JUMLAH BAYARAN
(RM)
BAYARAN FAEDAH
(RM)
BAYARAN PRINSIPAL
(RM)
BAKI AKHIR
(RM)
1 50000 8000 3000 5000 45000
2 45000 7700 2700 5000 40000
3 40000 7400 2400 5000 35000
4 35000 7100 2100 5000 30000
5 30000 6800 1800 5000 25000
6 25000 6500 1500 5000 20000
7 20000 6200 1200 5000 15000
8 15000 5900 900 5000 10000
9 10000 5600 600 5000 5000
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
10 5000 5300 300 5000 0
JUMLAH 50000
9.5 JADUAL SUSUT NILAI
Susut nilai merupakan peruntukkan kos sesuatu asset sebagai belanja
sepanjang hayat asset tersebut. Semua asset perlu disusut nilaikan kecuali tanah.
Jenis asset : Mesin
Harga (seunit) : RM 34,000
Jangka hayat : 5 tahun
Kaedah : garis lurus
TAHUN SUSUT NILAI TAHUNAN
(RM)
SUSUT NILAI TERKUMPUL
(RM)
BAKI (RM)
0 0 0 34000
1 6800 6800 27200
2 6800 13600 20400
3 6800 20400 13600
4 6800 27200 6800
5 6800 34000 0
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Jenis aset : Kelengkapan Pejabat
Harga : RM 3,500
Jangka hayat : 5 tahun
Kaedah : 20 % atas kos
Jenis aset : Kenderaan
Harga : RM 20,000
Jangka hayat : 10 tahun
Kaedah : Garis Lurus
TAHUN SUSUT NILAI TAHUNAN (RM)
SUSUT NILAI TERKUMPUL (RM)
BAKI (RM)
0 0 0 0
1 700 700 2800
2 700 1400 2100
3 700 2100 1400
4 700 2800 700
5 700 3500 0
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Penyata kewangan pro-forma menunjukkan kesan-kesan keputusan yang dibuat
oleh syarikat ke atas penyata kewangan masa depan. Syarikat menggunakan penyata
kewangan pro-forma sepanjang proses perancangan untuk menilai kesan-kesan berbagai
alternatif keputusan ke atas pelbagai item. Di samping membantu dalam proses membuat
keputusan, penyata-penyata pro-forma juga menolong syarikat membentuk pelan
kontigensi yang dapat bertindak kepada situasi di luar jangkaan. Pelan kewangan yang
lengkap termasuklah satu set penyata kewangan pro-forma yang menunjukkan
TAHUN SUSUT NILAI TAHUNAN (RM)
SUSUT NILAI TERKUMPUL (RM)
BAKI (RM)
0 0 0 20000
1 20000 20000 18000
2 20000 4000 16000
3 20000 6000 14000
4 20000 8000 12000
5 20000 10000 10000
6 20000 12000 8000
7 20000 14000 6000
8 20000 16000 4000
9 20000 18000 2000
10 20000 20000 0
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
kedudukan kewangan terancang syarikat pada titik-titik masa tertentu sepanjang tempoh
perancangan. Penyata-penyata ini dibuat berdasarkan keputusan-keputusan sebenar
syarikat hasil daripada proses perancangan dan atas ramalan jualan dan lain-lain ramalan.
9.6 BELANJAWAN TUNAI
JADUAL BELANJAWAN TUNAI UNTUK 2 TAHUN BERMULA 2009
PERKARA TAHUN 2009 (RM) TAHUN 2010 (RM)
Baki tunai (awal) 106601
PENERIMAAN TUNAI
Jualan 152685 255713
Modal 77500
JUMLAH TUNAI 230185 362314
PERBELANJAAN
Bahan mentah
40% tunai 22609 23349
20% satu bulan 20554 25477
40% dua bulan 24664 28454
Buruh langsung 19221 23448
Gaji jualan 27500 32004
Kelengkapan pejabat 3500 -
KWSP 18744 18744
Iklan 8800 9000
Gaji pentadbir 21340 25541
Sewa 26400 26400
Mesin 34000 -
Kenderaan 200000 -
JUMLAH PERBELANJAAN
427332 212417
Lebihan/ kurangan 112401 227429
Pinjaman 50000
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Bayaran Balik Pinjaman
8000 7700
BAKI TUNAI (AKHIR)
106601 226659
9.7 PENYATA UNTUNG RUGI
JADUAL PENYATA UNTUNG RUGI UNTUK 3 TAHUN
AKTIVITI TAHUN 2009(RM)
TAHUN 2010(RM)
TAHUN 2011(RM)
Jualan 152685 1255713 334005
(-) Kos Barang Dijual 26265 34569 38900
UNTUNG KASAR 126420 1221144 295105
PERBELANJAAN
Belanja jualan:
Belanja Gaji Jualan 20000 28640 35488
Belanja Pengiklanan 17100 23000 27000
Belanja pentadbiran:
Belanja Gaji Pentadbiran
10000 25000 32540
Belanja KWSP 18744 20448 20448
Belanja Sewa 26400 26400 26400
Faedah Pinjaman 20000 20000 20000
Susut Nilai Kelengkapan Pejabat
700 700 700
Susut Nilai Kenderaan 40000 40000 40000
Susut Nilai Mesin 6800 6800 6800
Belanja Pejabat 9000 9800 9900
Belanja Kedai 15000 23000 33000
JUMLAH PERBELANJAAN 146644 203788 252276
UNTUNG SEBELUM CUKAI 111756 203929 279126
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
9.8 PENYATA KUNCI KIRA-KIRA
JADUAL PENYATA KUNCI KIRA-KIRA UNTUK 1 TAHUN
PERKARATAHUN 2009
(RM)
ASET SEMASA
Tunai 262451
Nota belum bayar 13215
Akaun belum terima 121750
Faedah belum terima 150
Inventori 131475
Bekalan pejabat 380
Insurans prabayar 1500
ASET TETAP
Tanah 7000
Mesin 27200
Kelengkapan pejabat 2800
Kenderaan 160000
JUMLAH ASET 727921
LIABILITI
Akaun belum bayar 11521
Nota belum bayar 3000
Gaji belum bayar 2700
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
Hasil belum terperoleh 3500
EKUITI PEMILIK
Modal-rakan kongsi 77500
JUMLAH LIABILITI DAN
EKUITI PEMILIK
98221
10.0 RUMUSAN
Rancangan perniagaan merupakan perancangan bertulis sesebuah projek atau
perniagaan yang bakal dijalankan oleh usahawan. Setiap usahawan mungkin terfikir akan
sesuatu idea yang cukup bernas untuk dilaksanakan tetapi kuasa fikiran mungkin terhad
untuk menyimpul semua maklumat yang begitu menyeIuruh. Oleh itu usahawan perlulah
mencurah pemikiran mereka dalam bentuk bertulis supaya ianya boleh diolah dan
berfungsi sebagai garis panduan serta alat untuk mendapatkan modal luar bagi
pembiayaan perniagaan. Komponen-komponen rancangan perniagaan terdiri daripada isi
kandungan, ringkasan eksekutif, penerangan berkaitan perniagaan, penerangan mengenai
produk, analisis pasaran, strategi pemasaran, proses pengeluaran operasi, struktur
pengurusan, rancangan kewangan serta lampiran-lampiran yang berkaitan.
____________________________________
9
JUS 101 - Teras Keusahawananan PPPJJ - USM
top related