IMPLIKASI KEPADA - repository.um.edu.myrepository.um.edu.my/516/1/7. 138-149 Noraini Ibrahim.. Pemindahan Teknologi Dan... · Jati, Bilangan 6, Disember 2001 masa dan cara memperbarui
Post on 29-Jun-2019
233 Views
Preview:
Transcript
Jati, Bilangan 6, Disember 2001
PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN IMPLIKASI KEPADAPENGGUNA: ANALISIS BERSISTEM
Noraini lbrahim
PENGENALAI\
Artikel ini akan meneliti sistem rangkaian teknologi pengguna terdiridaripada komponen"iaitu Dasar Pemindahan Teknologi, Dasar Perindustrian dan
Pelan Tindakan Nasional Pembangunan Teknologi Perindustrian. Setiap komponen
dalam sistem rangkaian ini mempunyai kesan aktif kepada pembangunan teknologinasional.
Sistem rangkaian teknologi pengguna yang lemah akan mempunyai kuasa
yang amat kurang untuk membuat pemilihan kepada jenis teknologi dan mekanisme
pemindahan teknologi. Sistem rangkaian teknologi pengguna ini didolcrinasikan
dengan idea yang lahir dari neo klasikal yang mengandaikan pertumbuhan dan
pembangunan teknologi nasional muncul secara otomatis. Analisis struktur institusi
secara inter dan intra diteliti dari pendekatan ekonomi penginstitusian (institusitionaleconomics) dengan menggunakan interdisplinari sains sosial. Konflik struktur interdan intra rangkaian institusi dalam sistem rangkaian teknologi pengguna akan diteliti(Swedberg R., 2000). Artikel ini akan perbahaskan mengenai peranan kerajaan adalah
lffitikal untuk memastikan sistem rangkaian teknologi pengguna tidak mempunyaikelemahan struktur dalaman. Supaya memudahkan proses penyelarasan dalam
mengintegrasikan setiap komponen didalam sistem rangkaian teknologi pengguna
ke arah mempertingkatkan pembangunan sistem inovasi nasional.
PEMINDAHAII TEKNOLOGI DAN DASARNYA
Syarikat multinasional adalah pembekal utama teknologi ke Malaysiamelalui pelbagai saluran pemindahan teknologi. MITI adalah kementerian yang
bertanggungj awab melaksana dan memantau Dasar Pemindahan Teknologi (DPT).Isu yang akan diteliti dibahagian ini adalah mengenai cabaran struktur dalamanDPT dari segi perlaksanaan dan pemantauan. Peranan kerajaan dalam membentukpengurusan yang berinovatif untuk menyelaraskan kesemua perlaksanaan dasar
pembangunan negara supaya tidak bercanggah dengan matlamat DPT adalah amatkritikal. Ini memerlukan aktiviti inovasi sosial sebagai input utama kepadapengurusan pembangrnan teknologi negara yang di perlui keutamaan sebagai strategipemantauan yang berinovatif.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri yang dikenali sebagai
MITI berfungsi untuk menguatkuasa dan menguruskan hal yang berkaitan denganpelaburan asing dan pemindahan teknologi. Semua projek di sektor perkilangan
138
Noraini - Pemindahan Teknologi dan Implikasi Kepada pengguna
perlu mendapat kelulusan MITI sebelum beroperasi di Malaysia. Kelulusan initertakluk dibawah Akta Penyelarasn Perindustrian 1975 (ICA) supaya semua aktivitiperkilangan itu selaras dengan matlamat pembangunan negara.
DPT bertujuan untuk memastikan Malaysia mendapat faedah dari prosespemindahan teknologi melalui pelabur asing. Dalammencapai matlamat ini kesemuaperjanjian teknikal dari syarikat pelabur asing disyaratkan berdaftar di MITI. Secaratidak langsung kerajaan mempengaruhi bahagian pembekalan dan tidak berpihakkepada pembekal teknologi iaitu syarikat pelabur asing. segala jenis pembayaranyang berkaitan dengan pemindahan teknologi kepada syarikat asing sebagaipembekal teknologi mestilah setimpal dengan tahap pemindahan teknologi yangdisalurkan kepada syarikat tempatan di Malaysia.
Pemindahan teknologi oleh syarikat multinasional sebagai pembekal utamaMalaysia berlaku dalam pelbagai jenis saluran sama ada dipakejkan atau tidak.Sedangkan pendaftaran dan pemantauan pemindahan teknologi di URDT di MITItidak berasaskan kepada jenis saluran pemindahan teknologi. Malah pendaftarandan pemantauan mengikut jenis perjanjian teknikal pemindahan teknologi dititikberatkan. Ini adalah lebih praktikal untuk menguruskan perihal yang berkaitan denganpemindahan teknologi dari sudut pelabur asing sahaja dan kurang berkesan mencapaimatlamat pembangunan negara. Sedangkan dengan cara pendaftaran dan pemantauanini menggalakkan pelabur asing mengkategorikan pelbagai jenis-jenis teknologiuntuk didaftarkan tanpa mempedulikan matlamat pembangunan negara.
Teknologi yang tidak dipakejkan hasil dari pengambilan teknologi pelbagaisourcing danlebih memberi peluang kepada syarikat tempatan membuat keputusanuntuk membina teknologi yang diubahsuaikan sendiri ke arah memantapkanpembangunan teknologi nasional. Sedangkan teknologi dipakej memberi kurangkeputusan untuk syarikat tempatan mengambil peluang menyesuaikan teknologikepada persekitaran tempatan. Puncanya dari syarat-syarat mengikat dalamkandungan teknologi yang dipakejkan adalah lebih tinggi.
Teknologi syarikat asing yang dibawa ke Malaysia dipakejkan atau tidaksangat bergantung kepada bentuk permintaan dipasaran yang telah mereka kuasai.Setiap permintaan teknologi akan dibawa dan didokumenkan dalam bentukperjanjian teknikal yang melibatkan berbagai jenis iaitu usahasama, know-how,perlesenan, francais, paten dan cap dagang, kontrak turnkey, kontrak tebtikal danperjanjian pengurusan. Pelbagai jenis saluran pemindahan teknologi membenarkanteknologi itu dibawa ke Malaysia. Semua jenis saluran pemindahan teknologi dalambentuk dokumen perjanjian teknikal disyaratkan mendaftar di MITI.
MITI bertanggungjawab memproses setiap perjanjian teknikal sebelumdidaftarkan. Setiap perjanjian teknikal mesti menjelaskan kandungan teknologimeliputi ciri-ciri teknologi atau prosesnya, jangkaan porgeluaran, kualiti, speksifikasiproduk, bantuan teknikal dan bentuk perk*ridmatan. sebanyak l l aspek yangutama akan diproses oleh MITI untuk diberi pertimbangan kelulusan pendaftarandokumen perjanjian teknikal. Ini meliputi kebenaran penggunaan teknologi yangterbaru, bentukpembayarandan saluranteknologi, carapembayaran, jangkatempoh
139
Jati, Bilangan 6, Disember 2001
masa dan cara memperbarui pedanjian, aspek latihan, penggunaan paten dan capdagang, kerahsiaan, cukai, hak ekslusif kawasan dan perundangan yangdikuatkuasakan. Setiap dokumen perjanjian teknikal perlu membenarkan syarikatpenerima teknologi yang diimport menggunakan segala bentuk-bentuk teknologiyang disalurkan. Teknologi ini meliputi dokumen bersumberkan paten samada yangsedang diproses untuk didaftarkan dan paten yang telah berdaftar di Malaysia.
DPT memastikan perjanjian teknikal pemindahan teknologi perlumenjelaskan bentuk pembayaran teknologi sama ada dalam bentuk fii tetap untukdibayar sekali gus, atau bayaran royalti secara berterusan atau campuran kedua-duajenis ini sekali. Pembayaran fii tetap sekali gus juga dibenarkan sekiranyapengetahuan know-howyang disalurkan itu adalah sepenuhnya dan dapat diserapkandalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun demikian pembayaran fii tetap sekaligus bersama dengan bayaran royalti secara berterusan kurang digalakkan olehMITI. Jika pembayaran fii tetap sekali gus dan bayaran royalti secara berterusandiperlukan juga maka ianya mesti merupakan sebagai kos tertangguh. Ini bermaknasyankat lisensor iaitu terdin dari syarikat asing perlu terlebih dahulu menyalurkanperkhidmatannya dan peringkat awal kepada syarikat lisensi di Malaysia sebelum
membuat tuntutan bayaran.Kaedah pembayaran teknologi yang disalurkan juga bergantung kepada
tahap teknologi yang dibawa ke Malaysia. DPT galakkan saiz bayaran royaltibergantung kepada peratusan jualan bersih. Namr,u:r demikian peratusan jualan bersihmenjadi kayu pengukur kepada sarz bayaran royalti adalah berbeza-beza di setiapkes.
Hanya jenis peqanjian bantuan teknikal, perlesenan dan perjanjian know-how yang ditandatangani oleh syarikat Malaysia dan syarikat pelabur asingmempunyai kedudukan yang khas dimana pembayaran royalti tidak dibenarkanmelebihi 3% daf. volum jualan bersih dan bayaran fii tetap sekali gus juga tidakboleh melebihi RM 500,000.
Penggunaan cap dagang dan paten yang ditandatangani antara syarikatMalaysia dan syarikat pelabur asing digalakkan membayar royalti tidak melebihil%o dan volum jualan bersih. DPT tidak galakftan syarikat pembekal teknologiterdiri dari pelabur asing mengadakan pelbagai jenis perjanjian teknikal yangberasingan sebagai amalan untuk mendapat pelbagai bayaran royalti perkhidmatandan fii know-how dalam setiap perjanjian.
Jangka masa perjanjian teknikal pemindahan teknologi perlu diselaraskandengan kadar kelajuan penyerapan teknologi dari syarikat penerima di Malaysia.MITI mengambil langkah di mana jangka hayat paten sebagai garis panduan jangka
hayat dokumen perjanjian teknikal. Namun demikian setiap perjanjian teknikalmengambil jangka masa 5 tahun untuk diperbarui.
Kerahsiaan teknologi juga tertakluk kepada tempoh pedanjian teknikal yangdipersetujui. Dalam tempoh perjanjian teknikal syarikat asing pembekal teknologidikehendakki memberi penjelasan mengenai jaminan kualiti produk, speksifikasidan kapasiti pengeluaran teknologi yang dibawa ke Malaysia. Cukai kerajaan
140
Noraini - Pemindahan Teknologi dan Implikasi Kepada pengguna
Malaysia dikenakan sebanyakl}%kepada syarikat asingpembekal dan tidakkepadasyarikat penerima teknologi di Malaysia. Hak eksklusif kewilayahan juga perludijelaskan dalam perjanjian teknikal. Ini memastikan syarikat lisensi di Malaysiamengetahui dengan jelas mengenai kedudukan saiz pasarannya dan dapat membuatperancangan terlebih awal supaya dapat mengelakkan dari pertindihan kawasanpemasaran dan pengeluaran.
Kandungan perjanjian teknikal pemindahan teknologi juga perru memberipenjelasan mengenai aspek-aspek latihan yang akan diberikan kepada syarikatpenerima. Penjelasan mengenai bilangan latihan yang akan diberikan, bentuk latihandan kemudahan yang diberikan dalam program latihan mesti dijelaskan didalamsetiap perjanjian teknikal pemindahan teknologi. Perundangan yang mengikatpenjanjian teknikal pemindahan teknologi adalah tertakluk kepada perundangan diMalaysia. lni adalah selaras denganMalaysianArbitration Act l9i2 (1972) supayasyarikat penerima di Malaysia tidaktertindas dari dimanupulasi oleh syarikat asingsebagai pembekal teknologi yang utama.
MIDA adalah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di bawah MITImerupakan urusetia kepada Jawatankuasa Perjanjian Teknikal (JKPT) yangmemproses dokumen perjanjian teknikal pemindahan teknologi. Jawatankuasa initerdiri dari wakil MIDA, MITI, SIRIM dan Kementerian Sains Dan Teknologi.MIDA dan MITI akan menjalankan soal-siasat apabila ada laporan rungutan darisyarikat. MITI sebagai urusetia kepada JKPT adalah kementerian yangbertanggungj awab untuk melaksanakan dasar pemindahan teknologi.
Jadual I menunjukkan bilangan peqanjian teknikal pemindahan teknologiyang dibawa oleh pelabur asing dari tahun 1990 hingga tahun 1998. Bilanganperjanjian teknikal meningkat semasa ekonomi Malaysia dikemuncak dan merosotbilangannya pada ketika Malaysia mengalami kegawatan ekonomi. semasakemuncak ekonomi kadar proses perindustrian adalah lebih cepat dan memerlukanpengambilan pelbagai jenis teknologi perindustrian dari syarikat pelabur asing. Inimemberi implikasi kepada bilangan perjanjian teknikal yang didaftar di MITI iaitubilangan dokumen perjanjian teknikal meningkat semasa Malaysia menghadapikemuncak ekonomi. Pada tahun i995 sehingga tahun 1998 didapati bilanganperjanjian teknikal yang berdaftar di MITI telah merosot lebih 40% iaitudari 155menjadi 79 dan 73 jumlah bilangan perjanjian teknikal yang berdaftar pada tahun1990, 1995 dan 1998 masing-masing.
Jadual 2 menunjukkan kumpulan industri E&E mengambil peratusan yangtertinggi mempunyai bilangan perjanjian teknikal iaitu 3lyo pada tahun 199g.Kumpulan industri kimia dan produk berasas kimia mengambil tempat keduamempunyai jumlah perjanjian teknikal yang terbanyak didaftar iaitu mengambilsebanyak 27 3% pada tahun 1998. Polarisasi ini adalah seimbang dangan saiz sektorperindustrian yang didorminasi oleh industri E&E didalam pasaran Malaysia.
Negara Jepun merupakan arrtara pembekal teknologi utama ke Maraysia.Ini dapat dilihat dalam Jadual 3 menunjukkan Jepun mempunyai jumlah perjanjianteknikal pemindahan teknologi yang terbanyak iaitu sebanyak 47.4% pada tahun1998. Amerika Syarikat merupakan antara pelabur asing utama di Malaysia telah
r4t
Jati, Bilangan 6, Disember 2001
Jadual 1: Jenis Perjanjian Teknikal Pemindahan Teknologi Dari Tahun1990-1998
Sumber: LembagaKemajuanPerindustrianMalaysia(MIDA)
Jadual 2: Perjanjian Pemindahan Teknologi Mengikut Kumpulan Industri 1998
Jenis Industri No. Peratusan
Produk Elektrik & ElektronikKimia dan Produk Berasas kimiaPeralatan PengangkutanProdukPeffoleumMesin PerkilanganProduk GetahProdukLogamAsasProduk Logam FabrikasiMakananKertas, Percetakan dan PenerbitanMinuman dan Tembakau
23
208
7
62
2
2
III
31
27.310.9
9.5
8.22221.3
1.3
1.3
Jurnlah 73 100
Sumber: LembagaKemajuanPerindustianMalaysia(MIDA)
Jenis perjanjian 1990 199r twz tgp.3 tw 1995 998
Usahasama
Bantuan teknikPelesenan & paten
Kepakaran & know-howCap DagangPengurusanTurkey & KejuruteraanPerkhidmatanPenj ualan pemasaran /Pengedaran
Pembekal & pembelianLain-lain
l572
17
t219
5
I6
5
2
I
ll93
28l096
I400J
7
80
t42tt22
04000
7
85
4423
t42
I9
000
3
55
32
ll4I65
0011
3
362042
II5
1
I6
I35
t7J
llI
2
;2
Jumlah 155 165 140 185 128 79 73
t42
Noruini - Peminduhan Teknologi dan Implikasi Kepada pengguna
mengambil tempat kedua yang mempunyai jumlah bilangan perjanjian teknikalpemindahan teknologi iaitu sebanyaklg.2%.Trend dalam Jadual 3 ini selari dengansaiz projek syarikat pelaburan asing yang diluluskan oleh MIDA mengikutkenegaraan dimana Jepun dan Amerika Syarikat adalah merupakan pelabur asingyang terbesar di Malaysia (Malaysia Rancangan Malaysia Ke Tujuh ).
Jadual3: Perjanjian Teknikal Pemindahan Teknologi Mengikut Negara l99g
Jenis Perjanjian No.
JepunAmerika SyarikatJermanPerancisDenmarkKoreaSingapuraAustraliaNetherlandHong Kong
37
t45
43
2
2
1
1
I
Junrlah IJ
Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Kesemua pelabur asing yang membawa teknologi di Malaysia disyaratkanuntuk mendaftarkan perjanjian mereka di MITI. MIDA menjadi urusetia kepadaJawatankuasa Perjanjian Teknikal yang memberi keputusan untuk meluluskanpendaftarkan dokumen perjanjian teknikal pemindahan teknologi. JawatankuasaPerjanjian Teknikal (JKPT) ini hanya mula dilaksanakan pada Mei tahun 1992 dibawah pemantauan unit R&D Teknologi di MITI. JKPT URDT ditubuhkan untukmenggantikan UPT atas tindakan untuk memastikan Dasar Pemindahan Teknologidapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dokumen perjanjian teknikal yang diluluskan oleh JKpr didaftar di URDTdi MITI. Seterusnya dokumen bersumber perjanjian teknikal dimajukan ke MIDAsebagai urusetia kepada JKPT. Setelah fail syarikat dibuka, MIDA akan menghantarmaklum balas kepada pemohon untuk meminta penjelasan jika ada kesamaran dalamkandungan perjanjian. Dokumen yang kurangjelas dan diragui bercanggah denganDPT, URDT akan memastikan perjanjian teknikal diperbaiki seperti yangdicadangkan. Dokumen yang perakui untuk diluluskan akan diserahkan kepadapegawai di bahagian MITI untuk diluluskan pendaftarannya. Carta aliran memprosesdokumen perjanjian teknikal dapat dilihat dalam Rajah l.
143
Jati, Bilangan 6, Disember 2001
Rajah 1: Carta Aliran Memproses Dokumen Perjanjian TeknikalPemindahan Teknologi
Sumber: MITI
PELAN TII\DAKAN NASIONAL PEMBANGUNAI\ TEKNOLOGIPERINDUSTRIAI\
Pelan ini adalah disediakan untuk mencapai matlamat pembangunan negara
ke arah memantapkan pembangunan teknologi nasional. Idea leap-froggingdipopularkan dalam Pelan ini dijadikan teras perlaksanaan dan pemantauan. Idea
leap frogging lahir dari sekolah pemikiran neo klasikal mengandaikan pembangunan
teknologi nasional secara otomatis dapat dilaksanakan. Pemantauan pelan inidibawah tanggungjawab Kementerian Sains Dan Teknologi Alam Sekitar. Malahmengalami cabaran dari struktur dalaman dimana sukar diselaraskan bersama DPT.Ini kerana kandungan idealogi Pelan Tindakan Nasional Pernbangunan Perindustrian
berpunca kepada kesukaran memobilisikan sumber-sumber untuk menyelaraskan
Pelan dengan DPT. Setrusnya teras yang terkandung dalam Pelan memberi KSTASkuasa yang lebih mengongkong dan tidak boleh menginovasi bentuk pengurusannya.
MIDA
I
Deraf Dokum.en Dimajukan
I
Pemohonan direkodkan
I
Dokumen DiProses
I
Fail Svarikat Dibuka'lMemberi Maklum Pada Pemohon
II
Peni elasan diserahkan Pada Pemohon"lI
Dokumen Dinilai Semula Setelah Diperbaiki
I
Dokumen yang Diperbaiki diSemak Semula
I
Mendapat Kelulusan MITI
I
Permohanan Berjaya
144
Noruini - Pemindahan Teknologi dan Implikasi Kepada Pengguna
PROSES PERINDUSTRIAN NEGARA
Proses perindustrian negara dipengaruhi oleh perlaksanafil dan pemantauanDasar Perindustrian Negara(DPN). Dasar Perindustrian Negara adalah sebagai usahakerajaan untuk mempergiatkan proses pembangunan melalui industrialisasi danmerupakan anak kunci kepada pertumbuhan ekonomi negara. Segala bentukpemantauan perlaksanaan pembangunan perindushian tidak boleh bercanggahdengan ICA 1975 dan Akta Galakan Pelaburan 1985.
Di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dikenali sebagai ICAmemastikan segala aktiviti pembangunan danpertumbuhan sekto perkilangan adalahselaras dengan matlamat pembangunan negara. Kesemua kilang dibawah ICA 1975
mempunyai modal RM 2.5 juta dan berjumlah 75 pekerja sepenuh masa disyaratkanmendapat kelulusan sebelum beroperasi. Syarikat yang lulus dibawah ICA diberiperlesenan oleh MIDA
MIDA adalah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industriyang bertanggungjawab memantau Akta Galakan Pelaburan 1986. Di bawah AktaGalakan Pelaburan 1986 yang berlujuan untuk menarik pelaburan melalui pakejinsentif. Dari 23 jenis insentif di bawah Akta Galakan Pelaburan 1986 hanya tujuhiaitu 30% jenis insentifyangmempunyai kaitan secara langsung untukmeningkatkanpembangunan teknologi nasional melalui kegiatan aktiviti inovasi. Ini pun tertumpukepada insentifberbentuk pengecualian cukai korporat untuk tempoh tertentu kepadasyarikat yang bertaraf Multimedia Koridor Raya (MSC) dan syarikat perkilangan.
Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis insentif fiskal dan bukan insentif fiskaldisediakan oleh MIDA. Di mana sebahagian besar iaitu 70% insentif (fiskal daninsentifbukan fiskal) lebih tertumpu kepada aktiviti galakan pelaburan bukan kepada
aktiviti inovasi.Kesemua jenis insentif galakan aktiviti inovasi tidak diintegrasi bersama
secara serentak dengan pemberian insentif bukan fiskal iaitu perlindungan tarif,duti import, cukai jualan, cukai eksais, estet industri, lesen gudang perkilangandan zon perdagangan bebaslnsentiffiskal galakan aktiviti inovasi ini adalah terdiridari insentif industri berteknologi tinggi, insentifharta intelekperindustrian, projekstrategik, insentif penyelidikan dan pembangunan, latihan, pengisian komputer danmultimedia koridor raya.
CABARAN STRUKTUR LUARAN : RAITGKAIAN PENI.ELAIL{SAI{
Setiap kepincangan dan kelemahan sfruktur dalaman pada DPT, DPN, PelanTindakan Nasional Pembangunan Perindustrian akan memberi kesan kepadakeupayaan pembangunan teknologi nasional. Sistem rangkaian teknologi penggunaini masih berlandaskan kepada idealoginya dari sekolah pemikiran neo klasikaliaitu leap frogging yang aktif untuk melemahkan proses pembangunan teknologinasional. Kepincangan strukutur dalaman setiap sistem yang diteliti akanmenyukarkan pengurusan untuk mengintegrasikan setiap rangkaian ke arahpembangunan sistem inovasi nasional.
145
Jati, Bilangan 6, Disember 2001
Rajah 2: Jenis-Jenis Insentif Fiskal dan Insentif Bukan Fiskal Di MIDA
InsentifFiskal untuk Pembangunan Teknologi Negara dan Inovasi
Indushi Berteknologi TinggiHarta Intelek PerindustrianProjek StrategikPenyelidikan & PembangunanLatihanPengisian komputerMultimedia Koridor Raya
Insentif Fiskal untuk Menarik Jenis Pelaburan
EksportIndushial AdjustmentIndustri Kecil Dan SederhanaSkim Rangkaian PerindustrianSkim Mencegah Pencemaran Alam SekitarSektor PertanianProjek Tanam Semula Tanaman SekunderElaun InfrastukhuPelanconganIbu Pejabat RegionalPerkilangan
Intensif Bukan Fiskal Untuk Pelaburan
TarifDuti ImpotCukai JualanCukai EksaisEstet IndustriLesen Gudang PerkilanganZon Perdagangan Bebas
Sumber: MIDA, Kuala Lumpur
Rajah 3 menunjukkan pelbagai matlamat setiap DPT dan DpN di manaMITI sebagai kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan danmemantaukan. Dasar Pemindahan Teknologi dan Dasar Perindustrian Negaramempunyai pelbagai matlamat dan tidak diselaraskan perlaksanaan danpemantauannya.
146
Noraini - Pemindahan Tbknologi don Implikasi Kepada pengguna
Raj ah 4 menunjukkan imbangan bayaran Malaysia adalah defi sit pada tahun1991 hingga tahun 1996. Ini kerana jumlah bayaran teknologi yang dibawa keluardari Malaysia adalah melebihi dari jumlah bayaran teknologi yang diterima olehMalaysia terutama pada tahun 1991-1995. Namun demikian didapati jumlah nilaibayaran yang diterima masuk ke Malaysia adalah semakin meningkat iaitu dari RM987 juta menjadi RM 1,858 juta semenjak tahun 1995.
Rajah 3: Kerangka Sistem Rangkaian Teknologi Pengguna
Pelan Tindakan Nasional Pembangunan Teknologi Perindustrian
I\IatlamatPergiatkan aktiviti S&TMewujudkan sumber manusia mahir dibidang teknikalMewujudkan dan membina teknologi baru muncul dalam pasaranPenyesuaian kepada teknologi yang dimpot
Strategi pelaksanaan & pemantauanKSTAS sebagai kementerian yang bertanggungjawabIdea leap-frogging sebagai terasPelabur asing masih menjadi input utama kepada bekalan teknologi k
Dasar Pemindahan Teknologi
MatlamatSyarikat tempatan tidak ditindasBayaran teknologi yang setimpal
Strategi pelaksanaan& PemantauanMITI sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Perjanjian TeknikalSemua dokumen perjanjian teknikal syarikat yang mengambil teknologi
asing ditapis oleh Jawatankuasa Perjanjian TeknikalKecuali 100% ekuiti milik syarikat asing
Dasar Perindushian Negara
MatlamatMenarik pelbagai jenis pelaburan (Akta Galakan Perindustrian 1986)Menggalak aktiviti inovasi dan pembangunan teknologi negara
Strategi pelaksanaan & pemantauanMITI sebagai kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan dasar iniBerpandu kepada ICA 1975
Berpandu kepada Akta Galakkan Pelaburan seperti yang diutamakan dalamPelanlnduskPerindustrian I & 2
147
Jati, Bilangan 6, Disember 2001
-:c.io,o.clF\io\o\
I
o\o\
Lod)&o
o
oE](,0
(n
dd
CNli6b0oz
J<trCd
FA
iio,oEaooooooooqqqqqqqq
ooooooooooooooorflootoolnotocicrtc.ie.i--b@@@.@.@@
BMT WU
ido5EEE.trE(ud)6thsgEHa)-E,E
SEEcBE 9EE5=-trorX.YoiGCr-(J'E=>\tr.CGd(E
E !.'EE8s6e
EE:<(EEq>ofrEqe.+E.clI'(E>e-e
148
Noraini - Pemindahan Teknologi dan Implikasi Kepada Pengguna
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pada keseluruhan perlaksanaan dan pemantauan sistem rangkaian teknologipengguna adalah dalam keadaan berkecamuk sama ada mempunyai kelemahanstruktur dalaman dan luaran. Pada hari ini adalah laitikal sekali untuk kita berfikirmenstruktur kembali supaya peningkatan sistem inovasi nasional yang membantuke arah pembangunan teknologi nasional dapat dibina dan diperkembangkan dalamsistem negara ini. Malaysia sebagai pengguna teknologi secara langsung tidakmempunyai kuasa untuk membuat keputusan membuat pemilihan ke atas pelbagaijenis teknologi yang diambilnya dan begitujuga mekanisme pemindahan teknologi.Kesemua ini adalah berpunca dari pemantauan yang lemah dari setiap aspekrangkaian sistem teknologi pengguna yang diteliti dalam kertas kerja ini. Syarikatmultinasional berjaya membentuk citarasa kepenggunaan di pasaran Malaysia dansekali gus berjaya membuat masyarakat Malaysia sebagai pengguna amat bergantungkepadanya sebagai pembekal teknologi utama. Ini dipermudahkan dan dipercepatkandari kelemahan pemantauan yang sedia ada akibat dari konflik struktur dalamandan luaran disetiap rangkaian institusi teknologi pengguna.
RUJUKAN
1 Jomo, K.S. & Tan Kock Wah (ed) Industrial Technology Development in Malaysi4Kuala Lumpur: University Malaya Press, 1999.
2 Mohd Nazari Ismail, Transnational Corporations and Economic Development. AStudy of The Malaysian Electronics Industry, Kuala Lumpur: University Malaya Press,
1995.
3 Noraini Ibrahim, Sistem Inovasi Nasional: Dasar & Rangkaian InstitusiPengambilan Teknologi Perindustrian. Analisis Strategilq Penerbitan Jabatan PengajianSains Dan Teknologi, University Malaya, 2000.
4 Dietrich Schroeer & Micro Elena (ed), Technology tansfer, United States ofAmerica,Ashgate,2000.
5 Swedberg, R. "When a Thousand Flowers Boom: Structural, Collective, and SocialConditions For innovation in Organization" Dalam buku Berjudul Entrepreneurship TheSocial Science View, Great Britain: Oxford University Press, 2000.
t49
top related