Transcript
7/27/2019 Hari Belia
1/21
1
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kepada-Nya sahaja
segala kesyukuran layak dirafakan di atas limpah dan kurnia-Nya yang tidak tehingga ini.
Hanya dengan keizinan, kekuatan dan ketabahan yang diberikan oleh-Nya juga, dapatlah kami
sekumpulan menyiapkan dan menyempurnakan esei yang pertama dalam subjek AA301
(Tamadun Islam) ini. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan dan Ahli Keluarga baginda
yang suci lagi terpelihara. Terima kasih kepada pihak PTSB kerana telah memberi kepercayaan
kepada pelajar untuk melakukan tugasan bagi subjek pengajian islam ini. Tidak dilupakan juga
ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang memberi dorongan serta kewangan untuk
membeli segala kelengkapan bagi melengkapi tugasan ini. Selain itu,jutaan terima kasih juga
kepada Ustaz Zulhazmi B. Abd Kadir kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkantugasan ini dan memberi sedikit pengetahuan terhadap tajuk ini.Tidak dilupakan juga kepada ahli
kumpulan yang berusaha mencari maklumat,cadangan dan pendapat tentang tajuk ini serta terima
kasih juga dihulurkan kepada kawan-kawan yang turut member sedikit pengetahuan kepada
kami.
Kumpulan kami menelaah satu tajuk yang berkaitan dengan Hari Belia. Dalam tajuk
ini,kami akan menyelitkan beberapa isi, huraian serta contoh yang boleh kita lihat bagi tatapan
masyarakat secara amnya. Tajuk esei yang kami pilih ini bertujuan untuk melihat perkembangan-perkembangan semasa di dalam kehidupan seharian. Erti kata lain, untuk mengetahui dan
membelajari tamadun islam serta tamadun-tamadun lain dengan lebih mendalam lagi.
Bagi menjadikan esei ini sebuah bahan bacaan yang bagus, kami telah merujuk beberapa
buah buku serta laman web untuk dijadikan sebagai rujukan. Selain itu, ayat-ayat daripada Al-
Quran dan juga As-Sunnah turut dipetik bagi mengukuhkan lagi tajuk esei kami ini.
Akhir kata, dengan rasa rendah diri, kami mempersembahkan esei ini untuk tatapan
umum,disamping berdoa agar ia dapat dimanfaatkan oleh semua.Kepada semua pembaca yang
budiman,kami ucapkan Salam Takzim,Selamat Membaca dan Selamat Maju Jaya.
Sekian, wassalam dan terima kasih.
7/27/2019 Hari Belia
2/21
2
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk menghormati belia
negara kerana mereka telah banyak menyumbang kepada negara dan kerajaan. Mereka tidakharus dilihat sebagai beban, tetapi sebaliknya mereka boleh menjadi aset yang berharga kepada
negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di
masa depan.Sebanyak 11900000 belia akan dipulihkan kepada proses pembangunan negara
dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong
oleh semua agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO. Mereka perlu dididik untuk
didengar dan dihargai oleh pelbagai pergerakan dan program-program yang cemerlang.Konsep
Belia telah mampu untuk menunjukkan potensi mereka dan perlu dipergiatkan. Kejayaan Hari
Belia Negara 2010 adalah titik terbaik beralih ke arah membawa darah muda kepada aktiviti-
aktiviti yang sihat dan berfaedah. Penyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat akibat
daripada lonjakan motivasi untuk Hari Belia Negara 2010 (2010 National Youth Day) perlu
dikekalkan.
BELIA merupakan aset penting untuk negara. Golongan ini amat penting kerana mereka
adalah pelapis dan pewaris kepemimpinan negara pada masa depan. Golongan ini juga
merupakan penyumbang besar kepada tenaga kerja negara.Siapakah belia itu? Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu mentakrifkan belia ialah mereka yang berumur 15 hingga 25 tahun,
manakala pertubuhan Komanwel pula meletakkan umur 15 hingga 29 tahun sebagai belia. Di
negara kita, definisi belia ialah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun.
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) mentakrifkan belia
sebagai individu yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun.
Husain Mohamed (1977) mentakrifkan belia sebagai orang muda yang bertenaga dan lebih
produktif serta menguntungkan dari segi tenaga kerja (modal insan).
7/27/2019 Hari Belia
3/21
3
Secara umumnya, golongan belia pada masa kini harus diberikan peranan yang lebih
dalam proses membuat keputusan. Peranan ini harus ditekankan dalam usaha mengisi ruang
peranan belia secara dinamik dalam proses pembangunan negara. Soalnya, bagaimana proses
membuat keputusan beliau ini boleh dimainkan secara berkesan? Pada hemat saya cara terbaik
ialah melalui persatuan-persatuan belia di mana tenaga dan idea mereka boleh digarap dan
dilaksanakan secara melalui pelbagai aktiviti.
Persatuan-persatuan belia harus diberi kebebasan untuk membuat keputusan dalam
melaksanakan aktiviti mereka, bermula dari peringkat perancangan aktiviti sehinggalah kepada
pelaksanaan projek atau program. Kementerian berkenaan mungkin boleh berperanan sebagai
fasilitator, penasihat, pembimbing dan membantu dari segi kewangan. Mereka juga mesti diberi
ruang dan peluang dalam proses pembuatan keputusan dalam Dasar Belia Negara.
7/27/2019 Hari Belia
4/21
4
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
SEJARAH AWAL KEMENTERIAN
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953
dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah
diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini
telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan
belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta
memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian
berkenaan. Selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian
Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena
Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah
diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila bahagian Kebudayaan
telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan
perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar
Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Di negara kita, golonganbelia membentuk lebih daripada 40 peratus daripada populasi negara. Justeru, dasar
pembangunan belia secara holistik mesti diberi fokus penting supaya golongan ini dapat
memainkan peranan aktif dan berkesan dalam proses pembangunan negara terutamanya dalam
usaha menjadikan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti.
7/27/2019 Hari Belia
5/21
5
MPBN yang ditubuhkan pada tahun 2007 itu diibaratkan oleh Allahyarham Tun Abdul
Razak sebagai Parlimen Belia mempunyai peranan penting dalam membantu kerajaan
membangun dan memajukan beliau di negara ini. Justeru, persatuan-persatuan belia yang
bernaung di bawah MPBN ini wajar mengambil peluang untuk memperjuangkan dasar,
idea serta hasrat belia pada hari ini.
Belia dan kerajaan mesti membina komunikasi efektif supaya segala dasar, perancangan
dan aktiviti belia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan demi kepentingan bangsa dan
negara. Persatuan beliau harus membantu kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan beliau.
Setakat ini belum terserlah persatuan belia mengambil inisiatif menganjur seminar bagi
membahaskan isu-isu belia di negara serta menyediakan perancangan tuntas bagi membantu
kerajaan menanganinya. Dalam konteks ini, persatuan belia harus dapat mengenal pasti dan
mendefinisikan masalah dengan jelas supaya dapat mengemukakan sebanyak mungkin
penyelesaian dengan pelbagai metodologi. Ia memerlukan belia berfikir secara kritikal dengan
menggunakan inferensdan reasoningyang baik supaya mampu memilih alternatif yang tepat
dan berkesan.
7/27/2019 Hari Belia
6/21
6
3.0 OBJEKTIF/MATLAMAT PROGRAM
Objektif Hari Belia ialah untuk memberi sumbangan besar dalam melahirkan masyarakat
sihat dan bersatu. Golongan belia juga memainkan peranan penting dan tenaga mereka sangat
diperlukan kerana impaknya kepada masyarakat terutama kepada rakan sebaya mampu memberi
kesan positif dan persekitaran yang baik. Belia juga berperanan untuk mewujudkan parlimen
belia yang serupa dengan sistem parlimen yang sedia ada. Dengan terlaksanya parlimen belia,
kerajaan dapat mendengar suara dan pendapat para belia dari seluruh kawasan di Negara ini .
Dengan cara ini belia dapat melahirkan modal insan yang bertamadun. Persatuan belia
yang diterajui oleh kepemimpinan yang dinamik penting dalam menggerakkan penyertaan aktif
belia dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Persatuan belia juga mesti mempunyai
komitmen untuk memperjuangkan perkara berkaitan hak asasi dan demokrasi di negara ini.
Tidak ada maknanya jika negara mempunyai banyak persatuan belia tetapi bersifat pasif dan
hanya bergantung pada kerajaan untuk menggerakkan aktiviti. Pada tahun 2005 terdapat 8,000
persatuan belia dengan keanggotaan 2.8 juta ahli. Sekiranya persatuan belia dapat memainkan
peranan aktif maka belia di negara ini akan melalui sosialisasi politik yang bermakna dalam
kehidupan mereka. Ianya, sekaligus dapat membina potensi kepemimpinan sebagai pewaris
negara pada masa depan. Berdasarkan Kajian Indeks Belia 2006 menunjukkan sosialisasi politik
belia di negara ini adalah di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi.
7/27/2019 Hari Belia
7/21
7
4.0 KEBAIKAN HARI BELIA
Antara kebaikan utama hari belia ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
kaum. Di samping mengeratkan hubungan antara kaum, Hari Belia juga boleh mengeratkan
hubungan antara para belia dan menjadikan sebuah negara yang menjadikan hari belia sebagai
pembentung kepada globalisasi akan datang. Dengan pengukuhannya serta pengeratan
silaturrahim antara rakyat, turut menjamin kesejahteraan negara, kestabilan ekonomi serta
menjadikan negara yang aman.Sikap ini akan menjadikan negara lain akan lebih yakin untuk
menjalankan pelbagai aktiviti serta jual beli didalam negara kita.Mereka turut akan memandang
terhadap betapa eratnya sebuah pengukuhan kumpulan Hari belia yang merangkumi semua
kaum. (Muka Surat: 180, Menjadi Belia Cemerlang)
Antara kebaikan lain pula yang ditonjolkan oleh para belia ialah mereka saling
bekerjasama dalam melakukan pelbagai aktiviti contohnya program himpunan jutaan belia.
Watak penting ini sentiasa dipaparkan apabila kumpulan belia ini ingin membuat suatu
keputusan dan berkumpul untuk meraikan hari belia. Mereka sentiasa bekerjasama dalam
melakukan kerja ataupun sesuatu dan sentiasa bekerjasama dalam memberi cadangan dan
memerah idea masing-masing untuk sesuatu program. Pandangan positif lain yang dapat dilihatdalam agen ini ialah, mampu untuk membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan
kesejahteraan. Dengan setiap aktiviti yang dilakukan dan program yang dianjurkan boleh
mengelakkan remaja masa kini dari terdorong kearah keburukan dengan menyertai hari belia ini.
(Muka Surat: 181, Menjadi Belia Cemerlang)
Di samping itu, Hari Belia ini juga boleh berlakunya kemerosotan perkara buruk yang --
mengganggu ketenteraman negara yang timbul akibat remaja zaman sekarang mahupun mana-
mana wakil politik.Seterusnya, kebaikkan hari belia ini juga untuk mampu melahirkan golongan
yang lebih dewasa, tetapi pada masa yang sama mereka juga perlu membimbing diri mereka
sendiri supaya mampu menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas diri, rakan,
keluarga, bangsa, serta agama dan negara sendiri. Contohnya, bagi melahirkan golongan yang
7/27/2019 Hari Belia
8/21
8
-lebih dewasa tersebut merangkumi kepada remaja zaman sekarang. Golongan remaja yang
selalu bertindak kebudak-budakan boleh menjadikan diri mereka tampil lebih matang apabila
menjadi sebahagian daripada ahli belia ini. Mereka juga boleh mengubah personaliti diri sendiri
agar menjadi lebih kemas dan berani bertindak kearah kebaikan.
Hal ini akan mengelakkan diri mereka dari pemikiran negatif terhadap negara di samping
berazam untuk menjadi pembentung negara pada masa akan datang. Hari belia juga memainkan
peranan aktif dan berkesan dalam proses pembangunan negara. Contohnya ialah, negara akan
turut membangun apabila adanya pembentung kepada masa akan datang. Para remaja yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hari belia ini akan memikirkan
kehidupan negara pada masa akan datang. Golongan para belia mampu berusaha menjadikan
negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti. Dengan segala
usaha menarik minat semua pihak, hari belia akan lebih berkembang dan mampu berdiri teguh
untuk membangunkan negara.
Disamping itu juga, belia juga telah diterapkan dengan peranan 3K, kemahiran,
kepimpinan dan keusahawanan. Golongan belia merupakan modal insan dan aset penting kepada
negara. Golongan ini juga yang akan membawa negara ke puncak kemakmuran dan kejayaan,
khususnya bagi membantu menjayakan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Kekuatan fizikal
dan mental golongan belia merupakan aset paling penting bagi mempertahankan negara. Justeru
itu, untuk mengupayakan belia bagi meningkatkan peranan mereka dalam masyarakat perlu
dipergiatkan dengan melancarkan program secara bersepadu dan meluas. Tujuannya adalah
untuk mewujudkan belia yang berkempim pinan dan lengkap dengan kemahiran keusahawanan
serta pengetahuan luas. . (Dipetik Dan Diubahsuaikan Daripada Belia Galas Misi Nasional,
Utusan Malaysia, Mei 2006)
Kesimpulannya, hari belia amatlah penting dan bukan sekadar nama, malahan berperanan
sebenar dalam menghasilkan belia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam Negara
Malaysia ini.
7/27/2019 Hari Belia
9/21
9
5.0 KEBURUKAN HARI BELIA
Antara keburukan hari belia ialah berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan. Contohnya, apabila himpunan jutaan belia dijalankan, ada sesetengah golongan
remaja yang sedang berjinak-jinak cuba mengambil peluang itu untuk melakukan perbuatan yang
tidak sepatutnya, sumbang mahram dan sebagainya. Mereka akan menjadikan kesempatan ini
sebagai satu bahan untuk berseronok antara satu sama lain di kalangan remaja. Kes ini yang
sentiasa memburukkan nama baik negara terhadap sesuatu program. Remaja yang kurang akhlak
ini akan sentiasa berjinak-jinak selagi sikap mereka tidak diketahui oleh mana-mana pihak.
Mereka juga akan sentiasa menjadikan Hari belia ini sebagai salah satu hari yang tiada makna
kepada negara malahan memburukkan lagi nama persatuan ini.
Selain itu, keburukkan yang terdapat dalam hari belia ini ialah, kerajaan terpaksa
berbelanja mewah. Contohnya, Kementerian Belia dan Sukan terpaksa mengeluarkan sejumlah
wang yang besar hanya untuk menganjurkan program himpunan jutaan belia tersebut sedangkan
hutang Negara berada pada kedudukan yang sangat tinggi sekarang. Wang yang diperuntukkan
untuk hari belia ini merangkumi semua orang yang hadir dan akan mengkucar-kacirkan lagi
ekonomi negara Malaysia. Kesan negatif terhadap rakyat pula ialah, mungkin terdapat pihak
mahupun mana-mana kaum yang tidak berpuas hati terhadap pengasas program ini. Hal ini akan
menimbulkan huru-hara dalam kelompok hari belia ini. Segala organisasi mereka mungkin akan
diganggu atau dimusnahkan oleh pihak yang tidak berpuas hati.
Seterusnya, Hari belia ini akan memberikan kesan terhadap pengisian rohani dalam
masyarakat. Contohnya, kurangnya pengisian rohani yang dinyatakan ialah,apabila program haribelia ini dijalankan, pada waktu siang mereka akan menjemput kumpulan nasyid untuk
menghiburkan, tetapi semua akan menjadi terpesong apabila sebelah malamnya pula terdapat
artis jemputan yang melalaikan seperti artis daripada Korea yang berkonsepkan k-pop, artis
rockers, dan sebagainya. Semua akan lalai dengan hiburan ini dan akan melahirkan isu pada
masa akan datang di mana hari belia dilabel Hari Belia Hari Berseronok.
7/27/2019 Hari Belia
10/21
10
Keburukan berikutnya ialah, ahli belia ini akan bertindak sesuka hati dalam sesuatu
program yang diatur. Contohnya, perancangan masing-masing dalam ahli belia tiada untuk
mengasas sesuatu program. Hal ini akan menyebabkan berlaku pergaduhan di dalam ahli belia
ini apabila berlaku bertentangan pendapat akibat daripada tiada pendedahan awal.
Kesimpulannya, hari belia haruslah diatur dengan lebih bijak oleh mana-mana pihak yang
terlibat. Para organisasi juga mestilah memainkan peranan penting untuk bertanggungjawab
terhadap apa-apa kemusykilan yang akan berlaku. Perancangan yang baik amatlah digalakkan
dalam pembentukkan sesuatu program utuk menjamin program berjalan dengan lancar tanpa
cacat cela. Remaja seharusnya lebih berfikiran kearah kemajuan negara, bukanlah untuk
keseronokkan semata-mata. Pendedahan awal hendaklah diberikan dahulu kepada remaja yang
ingin terlibat.
7/27/2019 Hari Belia
11/21
11
6.0 KESAN TERHADAP PEMBINAAN JATI DIRI
Apabila seseorang manusia dalam lingkungan umur yang dipanggil belia, maka
pembangunan sahsiahnya akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu faktor mikro dan makro.
Kedua-dua faktor ini sangat berkesan untuk membentuk sahsiah seseorang belia, tetapi jika
melihat asas unsur manusia, faktor mikro lebih berkesan mempengaruhi seseorang. Antara
faktor mikro seperti diri dalaman, pengalaman kehidupan, dan pembacaan. Faktor makro seperti
pendidikan, ajaran agama, dan lain-lain digelar proses sosialisasi yang dibentuk oleh masyarakat.
Faktor diri dalaman merujuk kepada kuasa dan keinginan seseorang. Faktor ini melihat sama
ada seseorang belia mempunyai keinginan untuk membangunkan sahsiahnya sendiri. Seseorang
belia akan sentiasa memerhati dan meninjau sahsiah diri supaya terdapat perkembangan. Faktor
ini akan lebih cenderung membangun dan mengembang sahsiah seseorang belia ke arah yang
lebih unik kerana ia tidak bergantung kepada persekitaran. Contohnya seseorang belia telah
melakukan kesalahan, maka dengan dorongan diri dalaman akan menyebabkan belia itu
membentuk sahsiah yang lebih baik supaya tidak melakukan kesalahan lagi. Faktor pengalaman
kehidupan melihat sama ada seseorang belia itu terdapat unsur kesusahan dan cabaran untuk
mempercepatkan pembangunan dan perkembangan sahsiah.
Semakin banyak kesusahan dan cabaran hidup, maka pembangunan sahsiah seseorang
belia akan lebih baik dan cepat berbanding keadaan sebaliknya. Contoh cabaran seperti
kemalangan, kemiskinan, masalah keluarga dan kegagalan akan mendorong seseorang belia
supaya lebih matang pemikiran supaya dapat menyelesaikan masalah dan pengalaman ini akan
membangunkan seseorang belia. Faktor pembacaan merujuk kepada jenis-jenis pembacaan dan
berapa banyak pembacaan yang dibaca oleh seseorang belia. Faktor pembacaan ini melihat jika
seseorang belia mempunyai bacaan yang luas dan berguna, maka secara langsung lingkungan
penyelesaian masalah akan banyak dan terdapat pelbagai pembelajaran sikap daripada penulis.
Bacaan yang baik akan mempengaruhi seseorang dari pelbagai aspek termasuk sahsiah dan
pemikiran. Contoh bacaan yang dapat mempengaruhi seseorang belia adalah seperti motivasi,
psikologi, pengalaman hidup, kejayaan dan lain-lain.
7/27/2019 Hari Belia
12/21
12
Agama merupakan merupakan faktor yang penting dalam pembangunan dan
perkembangan sahsiah seseorang belia sebab agama mempunyai pelbagai ajaran yang mengajar
manusia supaya membentuk akhlak, pemikiran, rohani dan tingkahlaku yang ke arah baik dan
intergriti. Maka agama akan mempengaruhi belia supaya tidak melakukan perkara dan tingkah
laku yang tidak betul, maka agama lebih membangunkan sahsiah dari segi nilai dan kebenaran
hidup. Faktor pendidikan melihat segala proses pembelajaran di sekolah akan membolehkan
seseorang belia mempelajari pelbagai disiplin ilmu. Seseorang yang mungkin tidak dapat
membentuk sahsiah yang lebih berdisiplin dan bijak berkomunikasi. Ini kerana, sekolah
merupakan tempat yang sentiasa mengamalkan displin yang baik dan membentuk ilmu
pengetahuan dan nilai seseorang belia secara bersepadu melalui aktiviti kokurikulum, sukan,
rakan sebaya, guru dan mata pelajaran yang diajar.
Perkembangan sahsiah merupakan satu proses yang berlaku ke atas diri dan jiwa
seseorang individu. Perkembangan tersebut merangkumi konsep tingkahlaku, serta pemikiran.
Perkembangan dan pembangunan ini di pengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang
memainkan peranan penting adalah faktor persekitaran dan juga pembentukan diri oleh individu
itu sendiri.Keadaan persekitaran yang dikatakan boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah
ialah, faktor rakan sebaya. Di sini boleh kita lihat, individu pada peringkat tersebut sangat
mementingkan perhubungan dengan rakan sebaya. Keadaan ini sebenarnya sangat
mempengaruhi perkembangan sahsiah remaja itu sendiri. Bagi mengekalkan atau bergaul
dengan kelompok rakan sebaya, remaja yang berada dalam proses pembentukan sahsiah ini akan
terpengaruh dengan tingkahlaku rakan sebaya. Kebanyakkan tingkahlaku akan diikuti tanpa
dipersoalkan di sebalik kandungan perbuatan itu sama ada positif atau negatif.
Seterusnya, tahap penerapan nilai moral dalam diri seseorang remaja atau belia juga
memberikan pengaruh yang besar terhadap proses pembangunan sahsiah. Ini kerana,
pengetahuan asas tentang nilai adalah merupakan satu pegangan yang kuat dalam menghadapi
segala pengaruh yang cuba mempengaruhi seseorang individu tersebut. Melalui ilmu
pengetahuan serta pegangan yang kuat, segala pengaruh dari persekitaran dapat ditapis serta
7/27/2019 Hari Belia
13/21
13
- segala bentuk perkara yang cuba mempengaruhi diri akan dinilai dengan nilai baik dan buruk.
Perkara yang baik akan dijadikan tauladan, manakala perkara buruk dijadikan sempadan.
Selain itu juga, pengaruh dari bentuk proses globalisasi yang melanda dunia pada hari ini
telah banyak merubah proses perkembangan sahsiah belia. Ini dapat dilihat secara langsung dan
tidak langsung. Pemantapan jarak, masa dan ruang serta inovasi dalam pemikiran hari ini telah
memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan sahsiah diri belia. Pendedahan tanpa
penapisan yang sewajarnya telah menyebabkan pengaruh yang kuat terhadap diri belia. Ini
kerana, pada waktu pertumbuhan remaja, golongan ini sangat mudah dipengaruhi oleh pelbagai
perkara termasuk perkara negatif dan juga positif. Keadaan ini juga boleh dilihat dari segi
perkembangan dalam bidang teknologi dan perdagangan. Perkembangan dalam bidang ini telah
menyebabkan segara perkara akan sampai kepada minda remaja atau belia hari ini. Jika ianya
tidak dipantau dengan baik, minda mereka akan dipengaruhi dan seterusnya mempengaruhi
perkembangan sahsiah golongan tersebut.
Keseluruhan idea yang dikemukakan adalah sangat memberi kesan ke atas pengaruh
perkembangan sahsiah belia. Oleh itu, jika dibiarkan tanpa pengawasan, perkembangan sahsiah
belia tidak akan sempurna dan seterusnya akan membawa masalah kepada diri mereka serta terus
membawa masalah kepada masyarakat dan negara.
7/27/2019 Hari Belia
14/21
14
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
Antara strategi Kementerian Belia dan Sukan untuk menambah baikkan program adalah
dengan Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi
belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui
pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu, pihak yang berwajib juga melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan
kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus
secara formal di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Dengan menubuhkan industri
tersebut para belia dapat mengaktifkan diri masing-masing untuk ke arah yang lebih baik. Di
samping itu , dapat meramaikan lagi bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui
strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsepMalaysia Cergas. Kemnterian Belia
dan Sukan juga akan berusaha untuk meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Apabila berbicara berkenaan perkembangan pembangunan belia, faktor baka tidak dapat
diabaikan dan amat berkait serta mempengaruhi perkembangan pembangunan belia. Menurut
ahli sosiologi, faktor warisan secara biologi yang merangkumi faktor-faktor keturunan biologi
dan genetik merupakan faktor-faktor yang amat berkait dengan perkembangan pembangunan
belia. Belia akan mewarisi genes daripada ibu dan bapa mereka. Maka dengan itu, pewarisan
seperti emosi, keberanian, kejujuran, dan sebagainya yang berkaitan akan membentuk peribadi
belia. Secara langsung, ianya mempengaruhi sahsiah belia tersebut. Ini menunjukkan bahawa
faktor baka memainkan peranan yang paling utama dalam perkembangan pembangunan belia.
Perkembangan belia pada epistemologinya merupakan tajalli-Nya yang perlu di adaptasi sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Pengadaptasian yang mencapai matlamat sebenar akan
menbentuk sahsiah belia itu menjadi khalifah sempurna.
7/27/2019 Hari Belia
15/21
15
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya ialahpersatuan belia dapat memainkan peranan aktif maka belia di negara ini
akan melalui sosialisasi politik yang bermakna dalam kehidupan mereka. Secara langsung dapat
membina potensi kepemimpinan sebagai pewaris negara pada masa depan. Berdasarkan Kajian
Indeks Belia 2006 menunjukkan sosialisasi politik belia di negara ini adalah di tahap sederhana
dan ia perlu dipertingkatkan lagi.Jika diambil kira kelayakan umur mengundi di negara ini maka
sudah tentu golongan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam kejayaan sesebuah parti politik
yang bertanding dalam proses pilihan raya di negara ini. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
pernah mengeluarkan statistik yang menunjukkan sehingga Disember 2007 terdapat 15.1 juta
rakyat Malaysia berusia 21 tahun layak mendaftar sebagai pemilih. Namun, lebih 4.6 juta belum
berbuat demikian.
Dalam konteks perhubungan kaum, belia yang hidup dalam kepelbagaian (diversity) sama
ada dari segi etnik, bahasa, budaya dan agama harus memiliki kemampuan berkomunikasi secara
efektif serta bersifat persuasif dengan rakan-rakan pelbagai keturunan. Dalam berinteraksi pula
belia harus memiliki moral reasoning dengan pegangan prinsip dan etika yang jelas supaya
gagasan 1Malaysia yang bermatlamat mengukuhkan perpaduan negara dapat dicapai dengan
jayanya.Persatuan belia harus mampu melihat sesuatu dari perspektif sendiri supaya
pembentukan sikap dan pemikiran dapat dibina secara terarah dan dapat dimanfaatkan untuk
proses pembangunan negara. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang diwakili oleh
pelbagai pertubuhan belia harus dimanfaatkan sepenuhnya.
7/27/2019 Hari Belia
16/21
16
9.0 RUJUKAN
Berita Harian, 12/03/2011, Sempena Hari Belia Krisis Produktif Acuan PembangunanNegara, Berita Harian. Putrajaya 29 Mei.
Wan Mohamad Bin Wan Junoh, 14/09/2008, Faktor Pembangunan Belia, Bijaksana Sdn.Bhd, Ulu Klang Selangor.
http://www.hbn.gov.my/, 29/09/2012 (internet), Hari Belia Negara.
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/456-sempena-hari-belia-belia-kritis-produktif-acuan-pembangunan-negara.html,29/09/202,ARTIKEL HARI BELIA.
Kosmo, sabtu, 15/mei/2010, Kuala Lumpur.
7/27/2019 Hari Belia
17/21
17
10.0 LAMPIRAN
KERATAN AKHBAR
Keratan akhbar bersempena persediaan hari belia yang
diadakan di putrajaya pada hujung bulan Mei mampu
menarik seramai sejuta belia berbanding 250,000 orang
pada tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa GABUNGAN GENERASI MELAYU TERENGGANU
golongan belia Malaysia supaya membantunyamempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa. (GENG) mencabar golongan muda supaya
aktif dan bijak memanfaatkan kebolehan diridengan pelbagai program.
Siaran langsung Al-Kuliyyah Sempena sambutan Har
Belia Negara, Ustaz Zahazan Mohamed(Pendakwah
dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet
membincangkan tajuk Kreatif Berakhlak' di Datara
7/27/2019 Hari Belia
18/21
18
Jabatan Belia dan Sukan menyokong aktiviti Husin Mohd Noor Memberi PendapatTerhadap Pemikiran Belia
Kejayaan lapan belia Malaysia
7/27/2019 Hari Belia
19/21
19
10.1 LAMPIRAN
ARTIKEL
(Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku penganjur Sambutan Hari Belia Negara telah
mengetangahkan format yang berbeza berbanding sebelum ini. Ia dapat dilihat melalui penganjuran
pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia seperti telah direncanakan.)
Pengerusi Yayasan Pergerakan Sederhana Global (GMM), Tan Sri Razali Ismail memberikan
keperihatinannya tentang pertolongan kepada belia agar tidak senang dimanipulasi.
7/27/2019 Hari Belia
20/21
20
ARTIKEL:
Himpunan Hari Belia lakar sejarah
AHMAD Shabery Cheek melepaskan peserta-peserta Larian Ekiden Antarabangsa Malaysia kali
Ke-6 sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 29 Mei - Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 yangberakhir hari ini berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengubah wajah Putrajaya
kepada lautan belia.
Sambutan tiga hari itu turut berjaya mencipta pelbagai rekod termasuk penganjuran kejohanan
futsal terbesar, permainan cak lempung tanpa henti selama 36 jam, penerbangan mengelilingi
negara 24 jam, persembahan pemain gendang paling ramai dan sebagainya.
Sambutan tahun ini turut memperlihatkan kesungguhan pemimpin negara untuk mendekati beliasehinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa menteri Kabinet hanya
bersila di atas pentas ketika menghadiri Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2011, semalam.
7/27/2019 Hari Belia
21/21
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran Sambutan
Hari Belia 2011 bukan sahaja mencapai sasaran dari segi jumlah pengunjung tetapi turut berjaya
mendekatkan hati belia dengan Putrajaya.
"Saya melihat sambutan tahun ini hebat dengan dengan semua gerai dan aktiviti yang diadakan
berjaya menarik kunjungan orang ramai. Sambutan Hari Belia Negara telah menjadi satu jenama
baru di Putrajaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sambutan tahun ini turut mencuri perhatian antarabangsa apabila Timbalan Gabenor Jawa
Barat, Dede Yusuf bercadang membawa konsep Hari Belia Negara di Putrajaya balik ke negara
beliau.
"Saya fikir idea ini sangat bernas di mana kita dapat melihat belia saling berpadu tenaga
menjayakan aktiviti di samping berhibur mengikut cara tersendiri," katanya.
Presiden Persatuan Asrama Belia (MYHA) Malaysia, Khairul Annuar Mansorpula berkata,
sambutan Hari Belia Negara perlu diadakan selama seminggu pada tahun depan untuk
menghimpunkan lebih ramai belia.
top related