FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan ...
Post on 20-Mar-2019
225 Views
Preview:
Transcript
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 1
FAKULTI PENDIDIKAN
DAN
BAHASA
HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
SEMESTER 6 / 2012
NAMA : MARY LAU SIENG TOW
NO. MATRIKULASI : 790816135290001
NO. KAD PENGENALAN : 790816-13-5290
NO. TELEFON : 019-8768826
E-MEL : siengtow@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN SIBU
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 2
ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Muka Surat
1.0 Penghargaan 3
2.0 Objektif Kajian 4
3.0 Kaedah Kajian 5
4.0 Hasil Kajian 6
4.1 Pengenalan 6
4.2 Sejarah / Asal-usul Perayaan 7
4.3 Upacara Khusus Dalam Perayaan 10
4.4 Persiapan Sambutan Perayaan dan Amalan-amalan yang
Dilakukan
12
4.4.1 Sebelum Perayaan 12
4.4.2 Semasa Perayaan 13
4.4.3 Selepas Perayaan 15
4.5 Pakaian Tradisional 17
4.5.1 Baju Melayu 17
4.5.2 Baju Kurung 20
4.5.3 Baju Kebaya 22
4.6 Kuih-muih dan Juadah Utama 23
4.6.1 Ketupat 23
4.6.2 Rendang 24
4.6.3 Lemang 25
4.7 Pantang-larang Dalam Perayaan 26
5.0 Rumusan 28
Rujukan 29
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 3
1.0 Penghargaan
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih dan menjulang setinggi-
tinggi penghargaan kepada pensyarah iaitu EOS saya, Encik Bengkarang Anak Ingas di atas
kesudian beliau memberi tunjuk ajar serta bimbingan untuk membolehkan saya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Beliau telah banyak membantu dan memberi
input serta idea kepada saya dan rakan-rakan agar kami boleh menyiapkan tugasan dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
Ucapan ribuan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
terutamanya bagi mereka yang berbangsa Melayu. Bantuan daripada rakan-rakan yang
berbangsa Melayu telah memudahkan saya membuat kajian tentang perayaan kaum Melayu
iaitu Hari Raya Aidiladha. Saya telah dijemput datang ke rumah rakan-rakan yang
berbangsa Melayu semasa perayaan untuk sama-sama menyambut perayaan Hari Raya
Aidiladha. Begitu mesra layanan yang mereka berikan kepada saya dan ahli keluarga saya.
Pada hari tersebut, saya juga menjalankan kajian, membuat rakaman suasana perayaan,
menjalankan temubual tiga generasi dan sebagainya. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini. Segala tunjuk ajar
dan sokongan moral yang diberikan amat membantu saya dalam proses penyelesaian
tugasan saya ini.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya kerana telah
memberi semangat dan dorongan serta menghulurkan bantuan kepada saya agar saya
sempat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semoga hasil kajian ini
dapat memberi sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan modal insan.
Sekian, terima kasih.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 4
2.0 Objektif Kajian
2.1 Mengenal dan mengetahui secara mendalam tentang perayaan kaum tradisi bagi kaum
Melayu terutamanya perayaan Hari Raya Aidiladha.
2.2 Menghargai dan mempertahankan perayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan baik.
2.3 Memastikan generasi akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah masyarakat di
Malaysia.
2.4 Mempelajari cara dan merasa sendiri cara kaum Melayu menyambut perayaan Hari
Raya Aidiladha.
2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan mengenai perayaan
sesuatu kaum.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 5
3.0 Kaedah Kajian
Saya telah menjalankan perayaan ini melalui beberapa kaedah iaitu:
3.1 Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidikan melalui internet daripada beberapa laman web
mengenai perayaan Hari Raya Aidiladha kaum Melayu.
3.2 Orang Sumber
Saya telah menemubual 3 orang yang berbangsa Melayu dari 3 generasi.
Kumpulan 1 : Mereka yang berumur antara 55 tahun dan ke atas
Kumpulan 2 : Mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun
Kumpulan 3 : Mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 18 tahun
3.3 Melawat tempat kajian
Saya telah melawat tempat kajian iaitu di alamat No.79, Jalan Getah, 96100 Sarikei
untuk membuat rakaman video suasana sambutan pada hari perayaan dan mengumpul
maklumat-maklumat berkaitan tentang tugasan.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 6
4.0 Hasil Kajian
4.1 Pengenalan
Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu daripada hari kebesaran dan perayaan bagi
seluruh umat Islam. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari
Raya Korban. Perayaan ini juga dinamakan “Festival of Sacrifice” atau “Greater Eid”.
Nama Hari Raya Aidiladha berasal daripada Bahasa Arab iaitu Eid-Ul-Adha. Perayaan ini
disambut oleh semua kaum Melayu yang beragama Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang
disambut pada setiap 1 Syawal. Perayaan ini jatuh pada hari ke sepuluh pada bulan Zulhijjah,
bulan terakhir pada kalendar Islam. Jadi, pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga
belas bulan Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha akan disambut oleh semua umat Islam setiap
tahun di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di
Mekah. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan Solat
Sunat Aidiladha serta Khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan
ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10, 11,12 atau 13 Zulhijjah.
Rajah 4.1 Perayaan Hari Raya Aidiladha
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 7
4.2 Sejarah / Asal Usul Perayaan
Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang amat istimewa bagi umat Islam kerana
perayaan ini merupakan hari untuk memperingatkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam
menunaikan perintah Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya, iaitu Nabi Ismail dalam
memenuhi perintah Allah S.W.T. Hari Raya Aidiladha menyaksikan binatang-binatang
korban seperti lembu, kambing dan sebagainya dikorbankan dengan tujuan untuk
melaksanakan syariat Allah. Peristiwa sejarah Nabi Ibrahim yang diperintah untuk
menyembelih anaknya Nabi Ismail telah dijadikan dasar kepada syariat korban. Kisah ini
telah diceritakan oleh Allah dalam Surah As-Shaffat bermula dari ayat 101 hingga 111 dan
bunyi kisah tersebut adalah seperti berikut.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah bermimpi. Dalam mimpinya itu, Allah S.W.T.
menyuruhnya menyebelih anaknya yang bernama Nabi Ismail. Justeru, Nabi Ibrahim terus
memberitahu isterinya, Siti Hajar tentang mimpinya itu. Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi
Ismail pun duduk berbincang untuk membuat keputusan yang terbaik. Siti Hajar berkata,
“kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata
ibunya, Nabi Ismail yang sememangnya anak yang taat kepada perintah Allah terus
bersetuju untuk menunaikan perintah Alah itu. Dia pun berkata kepada ayahnya, “ Ayahku,
sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk
disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, Nabi Ibrahim pun membawa anaknya, Ismail untuk disembelih
pada keesokkan harinya. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyebelih anaknya telah sampai ke
pengetahuan orang ramai. Hal ini amat merisaukan dan menakutkan orang ramai sehingga
ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu
menyembelih anaknya sendiri.”
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 8
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya
sampai pada tempat yang dituju, Nabi Ismail pun berkata pada ayahnya, “Wahai ayahku, aku
fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan
menelungkup tapi mata ayah perlulah ditutup dengan kain. Kemudian, ayah hendaklah tahu
arah pedang yang tajam dan ayah kenakan pedang tepat pada leherku.
Kemudian, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T. seperti dalam mimpinya
itu. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya ke
arah leher anaknya itu. Darah yang terpercik terkena pada badannya lalu Nabi Ibrahim pun
membuka penutup matanya. Alangkah terkejutnya apabila melihat yang disembelihnya itu
bukan anaknya tetapi seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T., mereka berdua
pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga
mereka dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Selain itu, Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah, iaitu dalam sejarah di mana Nabi
Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di Padang Arafah di luar Bandar Mekah. Dari segi bahasa, perkataan “korban”
bermaksud dekat manakala dari segi istilah, ia bermaksud menjalankan perintah agama atau
taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 9
Rajah 4.2 Erti Sebuah Pengorbanan
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 10
4.3 Upacara Khusus Dalam Perayaan
Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun. Konsep Hari
Raya Aidiladha dalam Islam jelas menunjukkan bahawa perayaan ini adalah perayaan
keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut atas landasan agama, maka perayaan yang
diraikan itu adalah satu ibadat. Oleh sebab ia merupakan satu perayaan keagamaan, maka
cara menyambut Hari Raya Aidiladha perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.
Aktiviti-aktiviti ibadat dalam perayaan ini termasuklah solat sunat, bertasbih, bertakbir dan
bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Pada pagi hari raya ini, umat Islam akan disunatkan mandi dan membersihkan diri seperti
mencukur bulu-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak
menyenangkan dari badan dan pakaian serta memakai wangi-wangian pada awal pagi,
kemudian mereka akan bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha
Rajah 4.3 Solat Sunat yang diadakan di masjid
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 11
Seterusnya umat Islam akan menghidupkan ukhwah dengan kunjung-mengkunjungi di
kalangan saudara mara, sahabat-handai dan jiran-tetangga. Selain itu, mereka juga akan
melakukan Upacara Korban. Unta, lembu, kambing atau biri-biri yang dikorbankan akan
disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada
orang ramai khususnya golongan fakir miskin.
Pada kebiasaannya, solat sunat Aidiladha akan dicepatkan sedikit berbanding dengan solat
sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah untuk
memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmat disunatkan makan
selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang
berkat.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 12
4.4 Persiapan Sambutan Perayaan dan Amalan-amalan yang Dilakukan
4.4.1 Sebelum Perayaan
Di Malaysia, Hari Raya Aidiladha disambut secara sederhana oleh umat Islam bagi
mengelakkan pembaziran berlaku. Beberapa hari sebelum perayaan tersebut menjelma,
di jalan raya utama dan lebuh raya, kesesakan akan berlaku akibat orang ramai yang
pulang ke kampung halaman yang dikenali dengan fenomena “balik kampung” untuk
menyambut Hari Raya Haji bersama-sama sanak-saudara dan ahli keluarga masing-
masing. Pada malam 10 Zulhijjah, Takbir Aidiladha akan berkumandang di masjid
menandakan Hari Raya Korban sudah tiba. Takbir Aidiladha dilaungkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah S.W.T. Semua umat Islam akan memperbanyakkan amalan
sunat pada malam hari raya tersebut.
Rajah 4.4 Takbir Aidiladha yang berkumandang di masjid
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 13
4.4..2 Semasa Perayaan
Pada pagi hari raya, umat Islam akan mandi sunat Aidiladha. Kemudian, mereka akan
memakai pakaian yang baharu dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah. Walaupun
demikian, pakaian yang dipakai perlulah mengikut kemampuan supaya tiada pembaziran
berlaku. Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang
indah. Mereka juga akan mengenakan wangi-wangian yang menyenangkan. Pada pagi
hari raya, umat Islam akan mengerjakan Sembahyang Sunat atau solat Hari Raya
Aidiladha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti dengan 5 takbir
pada rakaat kedua. Individu yang akan mengetuai upacara solat tersebut ialah Iman.
Rajah 4.5 Solat Sunat yang diketuai oleh seorang Iman di masjid
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 14
Kemudian, upacara korban iaitu mengorbankan binatang akan diadakan pada waktu pagi
di masjid selepas sembahyang. Binatang korban seperti lembu, kambing dan biri-biri
yang akan dikorbankan akan disembelih di kawasan masjid secara beramai-ramai.
Daging yang dikorbankan akan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya
kepada golongan fakir miskin.
Rajah 4.6 Upacara korban binatang berhampiran masjid
Rajah 4.7 Daging korban yang siap dibungkus untuk diagih-agihkan
kepada golongan fakir miskin
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 15
4.4.3 Selepas Perayaan
Selepas itu, umat Islam akan berbondong-bondong melawati kawasan perkuburan
saudara-mara yang terdekat atau orang yang disayangi.
Rajah 4.8 Suasana di kawasan perkuburan semasa hari raya
Kaum Melayu yang beragama Islam akan mengenakan pakaian yang baharu, cantik dan
kemas. Golongan yang muda akan memohon kemaafan daripada golongan yang lebih
tua terutamanya ibu, bapa, datuk atau nenek masing-masing.
Rajah 4.9 Golongan muda memohon kemaafan daripada ibu bapa
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 16
Selepas itu, semua ahli keluarga akan duduk bersama-sama untuk menjamah pelbagai
juadah yang telah disediakan seperti ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Setelah
menjamu selera, perayaan ini akan disambut dengan adab kunjung-mengunjungi dan
rumah terbuka. Umat Islam akan menziarahi rumah saudara-mara, jiran tetangga dan
sahabat-handai mereka. Aktiviti berziarah amat penting supaya dapat merapatkan
hubungan sesama Muslim atau bukan Muslim.
Rajah 4.10 Suasana ziarah- menziarahi semasa perayaan
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 17
4.5 Pakaian Tradisional
4.5.1 Baju Melayu
Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki bagi kaum Melayu. Oleh itu, semasa
sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam lelaki akan memakai baju Melayu untuk
merayakan hari istimewa ini. Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga atau baju
cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping atau songkek di bahagian
pinggang dan songkok. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada
bahagian leher kedua-dua jenis baju Melayu ini seperti mata lalat, tulang belut dan insang
pari. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran kain
yang selesa dipakai.
Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang pula lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia.
Cara jahitan pada leher baju Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya
bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Terdapat dua rekaan butang pada
bahagian leher baju iaitu tiga butang ataupun lima butang. Cara pemakaian Baju Melayu
Cekak Musang ialah bajunya biasa dipakai di dalam samping.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 18
Rajah 4.11 Umat Islam berbaju Melayu Cekak Musang yang lengkap.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 19
Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia seperti negeri
Johor. Cara jahitan pada leher baju Teluk Belanga pula mempunyai potongan bahagian
lehernya hanya di jahit secara sulaman sama seperti baju kurung. Jahitan pada leher
tersebut pula dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan hanya dikancing
dengan satu butang sahaja. Cara pemakaian Baju Melayu Teluk Belanga pula biasanya
baju dipakai di luar samping.
Rajah 4.12 Umat Islam berbaju Melayu Teluk Belanga yang lengkap.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 20
4.5.2 Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan bagi kaum Melayu
semasa menyambut Hari Raya Aidiladha. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek
iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta
perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah
membawa erti „mengurung atau menutup‟ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep
pakaian gaya Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah „kurung‟ diertikan
sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Ia juga disebut dengan
berbagai-bagai nama misalnya „baju kurung bernyawa‟. Walaupun mempunyai pelbagai
nama, namun baju kurung tetap menampilkan ciri-ciri tersendirinya.
Menurut Tenas Effendy (1989), baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit
dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini
merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan
masyarakat untuk pelbagai majlis, adat dan perayaan. Jadi, semasa umat Islam
menyambut perayaan Hari Raya Haji, baju kurung pun menjadi pilihan utama bagi umat
Islam wanita. Bagi golongan wanita yang beragama Islam, mereka akan memakai
pakaian yang menutup aurat. Pakaian yang seksi dan tidak menutup aurat adalah dilarang
sama sekali dalam Islam.
Rajah 4.13 Baju kurung wanita Melayu
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 21
Rajah 4.14 Baju kurung yang menutup aurat
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 22
4.5.3 Baju Kebaya
Baju Kebaya merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita Melayu.
Baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar.
Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari
bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki
baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang
berangkai dengan rantai halus. Biasanya, baju kebaya diperbuat daripada kain kapas ,
sutera ataupun songket.
Rajah 4.15 Baju kebaya tradisional
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 23
4.6 Kuih-muih dan Juadah Utama
4.6.1 Ketupat
Salah satu jenis makanan utama yang dihidangkan semasa sambutan Hari Raya Korban
atau Hari Raya Haji ialah ketupat. Ketupat ialah sejenis hidangan yang biasanya
dibungkus dengan daun kelapa. Ketupat direbus dalam periuk daripada nasi atau pulut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan untuk membuat
bungkusannya. Biasanya sarung ketupat perlu dianyam terlebih dahulu sebelum
disumbat dengan pulut atau nasi yang telah dimasak. Ketupat pulut ialah ketupat yang
menggunakan beras pulut sebagai bahan asasnya manakala ketupat nasi menggunakan
beras sebagai bahan asasnya. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding
serta kuah kacang semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.
Rajah 4.16 Ketupat yang dihidangkan semasa perayaan
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 24
4.6.2 Rendang
Rendang ialah hidangan daging pedas yang berasal daripada kumpulan etnik
Minangkabau Indonesia. Masakan ini adalah masakan tradisional yang bersantan dengan
daging lembu sebagai bahan utamanya. Rendang amat popular dan juga disajikan semasa
sambutan Hari Raya Aidiladha bagi umat Islam. Rendang dimasak dengan santan, lada,
bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Masakan ini biasanya dimakan
dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat pulut dan sebagainya.
Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat masakan rendang
ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Masakan ini sangat
digemari oleh semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia dan juga
Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Kadang kala, umat Islam juga memasak
rendang yang bersantan dengan daging ayam sebagai bahan asasnya yang dinamakan
rendang ayam.
Rajah 4.17 Rendang daging yang dimasak kari dan dimasak hitam
Rajah 4.18 Rendang ayam
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 25
4.6.3 Lemang
Lemang juga merupakan makanan utama yang dihidangkan semasa Hari Raya Aidiladha.
Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Ia
merupakan sejenis makanan tradisi yang disukai pelbagai lapisan masyarakat Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang
dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak
menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang
biasanya dihidangkan semasa sambutan perayaan Hari Raya bersama rendang atau
serunding.
Rajah 4.19 Beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang kemudian dibakar oleh api
Rajah 4.20 Hidangan Lemang yang telah masak
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 26
4.7 Pantang Larang Dalam Perayaan
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan
adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang
menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan di sebaliknya. Ia selalunya
diamalkan oleh orang-orang tua di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.
Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang
larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “Biar mati anak,
jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat
khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian pantang larang sudah menjadi amalan atau
prinsip dalam kehidupan hari ini. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk
kebaikan kaum itu sendiri. Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang
mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Antara pantang larang semasa sambutan Hari Raya Korban adalah seperti yang dinyatakan di
bawah:
4.7.1 Umat Islam dilarang untuk berpuasa pada hari perayaan.
4.7.2 Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula adalah seperti unta, lembu, kerbau,
kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak mengalami kecacatan.
Kecacatan di sini merujuk kepada yang berikut:
-Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;
-Buta sebelah mata atau kedua-duanya;
-Gila atau berpenyakit;
-Berkudis walaupun sedikit;
-Tersangat kurus atau terlalu tempang;
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 27
-Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.
4.7.3 Umur haiwan korban pula dikelaskan seperti yang dinyatakan di bawah:
-Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.
-Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.
-Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi
enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.
4.7.4 Daging haiwan korban yang disembelih dilarang sama sekali diberikan kepada orang
yang bukan Islam. Sebaliknya, daging-daging haiwan korban ini perlu disdekahkan
kepada fakir miskin yang beragama Islam.
4.7.5 Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan perlukan ditanam. Umat Islam dilarang
membuang tulang daripada hasil korban tersebut ke dalam tong sampah atau tempat lain.
Elakkan juga dibiarkan tulang-tulang ini bersepah sehingga dimakan oleh haiwan lain
seperti kucing atau anjing. Perlu diingatkan bahawa isi-isi daging ini haruslah dihabiskan
sehingga tinggal tulangnya sahaja.
4.7.6 Kenduri korban yang dijalankan di rumah seseorang itu adalah atas kehendak dirinya
sendiri. Golongan bukan Islam memang dilarang sama sekali untuk menghadiri kenduri
korban yang diadakan.
4.7.8 Dilarang meminum arak atau minuman yang memabukkan diri.
4.7.9 Dilarang melakukan pembaziran seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya
dengan pakaian mahal.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 28
8.0 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, tajuk kajian yang saya pilih dapat membantu saya untuk
mengetahui lebih mendalam tentang perayaan tradisi kaum Melayu di Malaysia
terutamanya perayaan Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu
perayaan utama yang disambut oleh umat Islam di seluruh Malaysia.
Kita sebagai bangsa Malaysia haruslah berbangga dengan perayaan seperti ini kerana
masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui “1 Malaysia” yang terdiri daripada
kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Perpaduan kaum dapat
dieratkan melalui amalan ziarah-menziarahi di kalangan rakyat Malaysia. Hubungan antara
kaum-kaum yang berbeza dapat dipereratkan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik
dan kebudayaan. Keadaan ini akan menjamin keamanan dan keharmonian negara.
Semangat patriotik juga dapat ditanam dalam satu keluarga besar.
Oleh itu, kewujudan pelbagai perayaan tradisi di Malaysia perlulah dipertahankan kerana ia
membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia selaras dengan konsep 1
Malaysia.
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001
HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 29
Rujukan
http://malaysiana.pnm.my/02/02010101mel_kebaya.htm (Dicapai pada November 2, 2012)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha (Dicapai pada November 4, 2012)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/255-hari-hari-kebesaran-islam/107-
hari-raya-aidil-adha-.html (Dicapai pada November 10, 2012)
http://profhariz.com/2010/11/makna-hari-raya-aidiladha/ (Dicapai pada November 11, 2012)
http://sesaljubayu.blogspot.com/2012/10/hari-raya-aidiladha.html (Dicapai pada November
13,2012)
top related