Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI / 2013
ETIKA PROFESIONAL
OUMH 3203
NAMA : SANIAH BT KHALID
NO. METRIK : 771219065788001
NO. KAD PENGENALAN : 771219-06-5788
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KOTA BHARU
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2
1.1 Definisi Rasuah 3
1.2 Sejarah Rasuah 5
2.0 ANALISIS EKONOMI 5
3.0 ANALISIS UNDANG-UNDANG 8
4.0 ANALISIS ETIKA 10
4.1 Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi) 11
4.2 Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism) 11
4.3 Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism) 12
4.4 Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat) 12
4.5 Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Abadi) 12
5.0 KESIMPULAN 13
RUJUKAN 15
2
1.0 Pengenalan
Rasuah wujud sejak wujudnya tamadun manusia. Senario rasuah ini berbeza di antara
sebuah negara dengan negara yang lain. Gejala yang menjadi parasit ini belaku dalam semua
negara tanpa mengira tahap pembangunan sosial dan ekonominya. Negara mundur, sedang
membangun, mahu pun negara maju tidak terlepas dilanda gejala rasuah. Walau
bagaimanapun, tahap perluasan gejala rasuah itu adalah berbeza. Ada negara yang rasuah
dikatakan sudah sebati dengan segala aspek pekerjaan dan kehidupan sehingga dikatakan
rasuah itu sudah menjadi budaya dan amalan masyarakatnya. Namun begitu, secara
keseluruhannya, kebanyakkan negara di dunia melihat gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa
dan penyelewengan sebagai satu perbuatan tidak beretika, sangat jijik, keji dan abnormal.
Kebanyakkan negara di dunia meletakkan rasuah sebagai kesalahan, tetapi ada negara yang
sukar untuk menepis gejala rasuah yang telah berleluasa dalam masyarakatnya. Namun dari
segi pengalaman dan kajian yang dilakukan, ada negara yang walaupun memang ada
kadangkalanya berlaku gejala negatif ini, tetapi kewujudannya dianggap sebagai “unthinkable
act” jika dilakukan oleh seseorang individu, baik anggota perkhidmatan awam, bahkan oleh
masyarakat umum dalam negara itu. Ancaman rasuah wujud dalam apa juga sistem
kehidupan. Ia menyerap dalam struktur dan aspek sosial, ekonomi, politik dan pentadbiran
sesebuah negara. Rasuah juga berlaku dalam apa juga corak dan fahaman sama ada yang
mengamalkan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya. Justeru, rasuah bukan lagi
satu masalah berasingan yang dihadapi oleh sesebuah negara sahaja, tetapi ia merupakan satu
masalah di peringkat global.
Berlawanan dengan perkataan rasuah, seseorang yang tidak mudah kalah dengan
“temptation” atau penawaran kebendaan, keistimewaan atau kebesaran yang diperoleh
lantaran rasuah dikatakan orang yang beretika dan berintegriti. Etika ialah himpunan nilai dan
moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen (Pelan
Intergasi Nasional, 2007). Integriti pula kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan
padu pada individu dan organisasi. Intergriti berkaitan erat dengan etika dan merupakan
pencerminan etika dalam tindakan. Amanah dalam pengurusan, umpamanya, adalah
sebahagian daripada etika yang baik. Sesuatu pentadbiran tidak boleh diuruskan dengan baik
jika tidak ada amanah kerana tanpa amanah pengurusan dan pentadbiran kerajaan tidak dapat
dilaksanakan, malah boleh menyebabkan huru- hara dan keruntuhan kuasa kerajaan. Sebagai
3
contoh, memberi tender kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan
kualiti aset yang rendah. Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya hasil yang
diperoleh adalah tidak mencapai standard yang dikehendaki. Akibatnya belanjawan akan
meningkat. Lebih menarik lagi jika kita dapat kaitkan dengan satu laporan kajian persepsi
yang dibuat oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of
Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat
terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang kerjaya yang terpilih. Antara kerjaya yang
dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik.
Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan
menteri adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan
reponden dan berada di senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan
profesor (58%) yang berada pada senarai tiga teratas. Pada masa yang sama juga responden
soal selidik BEIM merasakan mereka tidak boleh mempercayai ahli politik dan tokoh
korporat (http://www.ikim.gov.my ). Walaubagaimanapun di Malaysia, menurut Zulkifli bin
Mat Noor (2005), rasuah masih berada di tahap yang rendah. Ia bukan merupakan satu
budaya.
1.1 Definisi Rasuah
1. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah yang digolongkan
dalam kata umum batil, meliputi juga perbuatan jenayah seperti merompak, memeras
ugut dan menipu.
2. Istilah Inggeris iaitu “corrupt” berasal daripada dua perkataan Latin iaitu “cor”
bermakna “bersama” dan “rupt” bermakna “kehancuran.
3. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi rasuah
ialah dengan memberikan atau menawarkan apa-apa ganjaran kepada mana-mana
orang untuk mempengaruhi kelakuannya, atau menerima apa-apa hadiah. Ada
pendapat kedua daripada John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteleys
Law Dictionary memberi definisi rasuah dengan mengambil atau memberi wang
untuk prestasi atau tidak prestasi terhadap kewajipan awam mereka sendiri.
4. Istilah rasuah yang digunapakai dalam bahasa melayu yang bermaksud pemberian
untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok dan menyuap.
4
5. Bagi Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed (1986) dalam
penulisannya mentafsirkan rasuah sebagai suatu perbuatan yang mana seseorang
memperoleh pendapatan atau pemberian melalui jalan yang salah. Menurut beliau,
rasuah secara umumnya difahami sebagai memberi sesuatu kepada seseorang yang
berkuasa dan berpengaruh supaya orang berkenaan menyalahgunakan kuasanya dan
memberi keistimewaan kepada si pemberi.
6. Menurut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a) (b) dan 4 (a)
(b), Akta Pencegahan rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah:
“menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan
kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya.” Suapan pula menurut
Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah “ wang, derma, pinjaman, hadiah,
cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta
sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.”
7. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan
tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila
melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang
dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan
kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap
„pilih kasih‟ dalam tindakannya (http://seramgiler-hidupsegan.blogspot.com/).
8. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009)
(Akta 694), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau
dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah,
bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Terdapat empat kesalahan rasuah
yang utama iaitu:
1. Meminta / menerima rasuah (Seksyen 16 & 17 (a) ASPRM 2009)
2. Memberi suapan ) Seksyen 17(b) ASPRM 2009)
3. Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 ASPRM 2009)
4. Salah guna kuasa (Seksyen 23 ASPRM 2009)
Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pelbagai cara, tetapi
maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan
5
perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang-undang atau peraturan harian tertentu
yang berkaitan dengan tugas. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, individu
tersebut tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya.
1.2 Sejarah Rasuah
Rasuah merupakan amalan yang sudah menjadi darah daging orang-orang Yahudi
sejak zaman berzaman. Al-Quran al-karim telah menyentuh persoalan ini dalam beberapa
ayatnya ketika menjelaskan sifat-sifat orang Yahudi. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-
Ma‟idah ayat 5 bermaksud, “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka
memakan segala yang haram”. Menurut Ibn Jarir al-Tabari dalam Muhammad Zaini Yahaya,
et.al. (2010) “segala yang haram” pada ayat tersebut membawa maksud rasuah. Pendapat ini
disokong oleh Zulkifli Mat Noor yang mengatakan rasuah wujud sejak wujudnya tamadun
manusia. Selain itu, jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akanmendapati bahawa
rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlakunya
revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi,
malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali
sebagai Zaman Gelap. Begitu juga, banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling
gara-gara pemimpinnya mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.
Bagi Syed Husin Al Attas (1980) pula, amalan rasuah di Malaysia sebenarnya wujud sejak
masyarakat tradisional lagi. Ini kerana, masyarakat tradisional dahulu telah mengamalkan
budaya memberi hadiah kepada seseorang sebagai penghormatan. Di Malaysia, rasuah wujud
bersama wujudnya Malaysia. Kewujudan rasuah telah bermula sejak sejarah peradaban
manusia dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba.
2.0 Analisis Ekonomi
Kajian yang dilakukan oleh Saradina Mohd Adnan dan Mohd Adib Ismail
menunjukkan bahawa rasuah yang berleluasa tidak baik untuk perkembangan ekonomi
negara. Oleh itu, para penggubal dasar perlu memikirkan dan melaksanakan usaha
pembanterasan rasuah untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Negara yang mempunyai
indeks rasuah yang rendah mempunyai hubungan yang positif antara rasuah dan pertumbuhan
ekonomi. Manakala, bagi negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi, rasuah
memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi. Walaubagaimanapun secara
6
teknikalnya, dengan kewujudan rasuah, pekerjaan akan jadi tidak produktif sekaligus
memberi sumbangan kepada kemerosotan ekonomi. Begitu juga penyelewangan akan banyak
berlaku dengan rasuah dan turut menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi. Jadi, secara
keseluruhannya rasuah tetap menjadi salah satu elemen dalam menghalang dan memberi
kesan kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Rajah 1 Hutang Kerajaan Malaysia
Rajah 1 di atas menunjukkan hutang Negara yang mingkat sepanjang tahun. RHB
Research Center membentangkan laporan mereka sebelum ini memberitahu, risiko
kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang ini sebenarnya dan hakikatnya akan
memberikan impak yang sangat tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dijangka
pada tahun 2013 ekonomi Malaysia akan bergerak perlahan sehingga ke tahap 3.5%. Kalau
begitu, apa akan jadi akan Malaysia? Akibatnya……..angka hutang Malaysia yang anda lihat
hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih
membimbangkan! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan
ekonomi global menuju ke era kemelesetan, Malaysia dijangka akan menerima tempias
kemelesetan ekonominya dua kali ganda. Mengapakah situasi ini berlaku? Adakah negara
sedang di landa amalan rasuah pada organisasi tertinggi dalam barisan kabinet pentadbir
negara kita.
David Ng (2006) mengatakan, Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu
ancaman yang terbesar kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantutkan
pembangunan negara dengan memporak- perandakan undang-undang dan juga melemahkan
7
institusi asas dalam pembangunan ekonomi. Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini
meninggalkan kesan yang amat negatif kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan
ekonomi sesebuah negara itu boleh terbantut akibat daripada amalan rasuah tersebut. Menurut
Mohd Shauki Abd. Majid (2004) pula, budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran
dan pemerintahan sesebuah negara. Oleh yang demikian, Pelan Hala Tuju Program
Tranformasi Malaysia dalam membanteras rasuah akan menumpukan pada tiga bidang
utama yang paling mudah terdedah kepada rasuah iaitu agensi pengawalseliaan dan
penguatkuasaan, perolehan kerajaan dan rasuah besar (politik).
Berdasarkan sumber daripada perancangan dan pelaksanaan selaras dengan
Rancangan Malaysia Ke-10. Melalui konsep “1 Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian
diutamakan” yang diperkenalkan oleh Perdana menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat
Berhormat, Dato Seri Najib Tun Razak sejak perlantikan rasminya sebagai perdana menteri
pada 3 April 2009. Gagasan 1 Malaysia ni merujuk kepada enam Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang disasarkan oleh kerajaan untuk memastikan ekonomi negara berada
pada tahap yang boleh meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Program
Transformasi Kerajaan (GTP) adalah satu program terbesar bagi negara Malaysia dalam
usaha untuk membanteras rasuah yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan
kesinambungan dari rancangan membanteras rasuah oleh Perdana Menteri sebelum ini. Dua
objektif GTP adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam
penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi
keutamaan kepada rakyat dan memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju,
bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini juga
sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai
status negara maju sepenuhnya. Dan salah satu daripada bidang keberhasilan utama negara
(NKRA) nya ialah mentransformasikan negara kepada negara bebas rasuah dengan pelbagai
aktiviti membanteras rasuah. amalan rasuah ini haruslah segera kerana kesannya amat buruk
kepada ekonomi negara.
Rajah 1 di bawah menunjukkan statistik tangkapan rasuah di Malaysia dari tahun
2002 hingga 2012. Peningkatan hasil tangkan dari tahun 2002 hingga tahun 2011
menunjukkan bahawa kerajaan sedang berusaha mengenalpasti kegiatan yang sedang
berleluasa ini. Bagaimanapun terdapat penurunan pada hasil tangkapan pada tahun 2012.
Data ini membuktikan bahawa terdapat kesedaran dalam masyarakat, apabila mereka telah
mula mengamalkan etika dan integriti dalam sebarang tindakan yang di ambil. Jika keadaan
ini berterusan, negara kita akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat. Jika keadaan
8
ini berterusan mungkin negara akan mencapai CPI yang lebih baik. Dengan itu pelabur-
pelabur akan berani untuk melabur di negara kita yang seterusnya memacu ekonomi negara.
Hasil Tangkapan Rasuah Dari Tahun 2002 hingga 2012
Rajah 2 Hasil Tangkapan Rasuah Dari Tahun 2002 hingga 2012
Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Rumusannya , kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah,
secara tidak langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK
Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi
dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk
memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri
daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut
diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi.
3.0 Analisis Undang-undang
Malaysia mempunyai undang-undang yang berkaitan dan mekanisme tertentu untuk
membasmi rasuah. Sejak penubuhan Special Crime Unit di dalam Pasukan Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) selepas merdeka, kemudian dijadikan sebuah jabatan penuh yang
dinamakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia pada tahun 1997, pendirian kerajaan
terhadap membasmi rasuah adalah konsisten dan sentiasa dipertingkatkan. BPR selaku
9
jabatan yang menerajui usaha pencegahan rasuah di negara ini mengambil pendekatan yang
holistik dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersih daripada
sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. BPR mengambil pendekatan
tolenransi sifar terhadap rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi
memperkukuhkan lagi peranan BPR, kerajaan yang ketika itu di bawah pentadbiran Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menaik taraf BPR kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula pada Januari 2009. SPRM mempunyai struktur
pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar
dalam usaha membasmi rasuah ini. Malah sejak mula mentadbir negara beliau telah
mewujudkan Institut Intergriti Malaysia pada tahun 2004 untuk mempermudahkan
pelaksanaan Pelan Intergriti Nasional. Sebuah pasukan khas peringkat atasan yang diketuai
oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengkaji laporan
Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab
terhadap penyelewengan kewangan yang didedahkan oleh laporan itu juga ditubuhkan.
Tindakan-tindakan ini merupakan satu langkah bijak untuk meletakkan negara di
landasan yang tepat untuk mencapai tahap intergriti yang selari dengan pembangunan negara
menjelang 2020. Meskipun begitu, prestasi CPI Malaysia telah jatuh merudum. Laporan yang
dikeluarkan oleh Transparensy International (TICPI), kedudukan negara dalam Indeks
Persepsi Rasuah (CPI) yang berada pada kedudukan ke 23 pada tahun 1995 telah jatuh ke
tangga ke 59 pada tahun 2009. Tinjauan menunjukkan bahawa rakyat amat tidak berpuas hati
dengan prestasi kerajaan dalam membanteras rasuah. Tinjauan yang dilakukan oleh Kajian
Global Corruption Barometer 2009 mendapati bahawa 67% daripada warga Malaysia
percaya bahawa tindakan kerajaan dalam usaha menentang rasuah adalah tidak berkesan
(laporan Pelan Hala Tuju Program Transformasi kerajaan) .
Walaubagaimanapun, Pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah
Antarabangsa (CPI) 2012 bertambah baik dengan kedudukan di tangga 54 daripada 176
negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun lalu. Pencapaian terbaru dikeluarkan
Transparency International (TI) dalam laman sesawang http://www.bharian.com.my
menunjukkan skor CPI Malaysia pada 49 mata daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43
mata pada 2011. Kejayaan Presiden TI Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low, berkata kejayaan
itu menyaksikan kedudukan negara sebaris dengan Republik Czech, Latvia dan Turki yang
turut meraih 49 mata. Beliau berkata, Malaysia juga mengekalkan kedudukan di tangga
ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura yang memungut 87 mata dan
10
Brunei (55 mata). Katanya, kedudukan itu menunjukkan Malaysia mengatasi Thailand yang
berada di tangga ke-88, Filipina (105) dan Indonesia (118).
Penurunan CPI ini mungkin kerana langkah bijak yang dimulakan oleh Mantan
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datu Seri Abdullah Badawi. Usaha-usaha yang digerakkan
sejak tahun 2004 lagi telah mula membuahkan hasil. Sedikit sebanyak masyarakat telah mula
mempunyai etika dan integriti ketika menjalankan tugas mereka. SPRM sebenarnya telah
memulakan program transformasi yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di seluruh
institusi yang tujuannya antara lain memperbaiki usaha forensik dalam mengendalikan kes-
kes yang rumit. SPRM sentiasa bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasa dan badan-
badan pendakwaan dalam mengendali isu rasuah dari sudut penguatkuasaan.
4.0 Analisis Etika
Etika dalam Pelan Integriti Nasional ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi
piawai bagi tingkah kalu individu, organisasi dan profesyen. Etika individu ialah himpunan
nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan
yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut
dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa
menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun semasa berinteraksi dengan pihak
lain. Etika organisasi pula bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi
menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih,
cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi
berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhhi
Piagam Pelanggan. Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan
tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai
kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan
dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang
diprakrikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika
kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti
mematuhi etika perguruan.
Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan
pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan
pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang
11
berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada
konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan. Oleh yang demikian, kita harus
mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan “betul atau
salah” dalam keputusan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan
percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan
sistem-sistem etika. Walaubagaimanapun, tidak ada satupun sistem atau teori etika yang
benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini.
Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima
sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika
dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:-
1. Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi)
2. Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism)
3. Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism)
4. Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat)
5. Personal Liberty Theoory (Teori Kebebasan Abadi)
4.1 Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi)
Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi
boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan
terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau
nyata kepada mana-mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-mana
sumber di atas. Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal,
beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu kepercayaan
kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa
kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi
daripada kebenaran tersebut.
4.2 Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism)
Teori ini lebih menumpukan kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal
menyusul hasil daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan
bukannya niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang
terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu
12
diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya
betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa
kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama keputusan etika teori ini
adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang
paling minimum.
4.3 Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism)
Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. “Deontology” berasal
daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang
individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh
bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan
kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan
dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat
keputusan atau tindakan. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita
dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang
kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan
atau tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang
kurang berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan
hasil yang memberangsangkan.
4.4 Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat)
Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu
keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls
menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama.
Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar
bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian
atau individu.
4.5 Personal Liberty Theoory (Teori Kebebasan Abadi)
Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip
utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu
peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau
dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain.
13
Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di
kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan
kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan
perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah.
Berdasarkan teori yang dinyatakan di atas, strategi dan pendekatan yang di ambil bagi
membina dan memantapkan etika dan integriti untuk memerangi rasuah memerlukan usaha
yang sistematik, terancang, bersepadu, dan berterusan melibatkan pelbagai pihak. Kejayaan
atau kegagalan usaha-usaha ke arah mewujudkan masyarakat dan budaya kerja individu dan
organisasi yang berintergriti, menghayati nilai-nilai murni dan etika kerja yang baik serta
cemerlang banyak bergantung kepada komitmen, kesungguhan dan keazaman pemimpin serta
semua warga organisasi. Tiada satu teori yang benar-benar boleh digunakan untuk membuat
keputusan yang tepat namun pilihan yang terbaik mengikut kesesuaian boleh dilakukan untuk
menjadi seorang pengurus yang beretika ketika menjalankan tugas.
5.0 Kesimpulan
Rasuah memang sukar untuk dihapuskan sama sekali. Walaubagaimanapun, apa yang
boleh dizahirkan adalah toleransi sifar terhadap gejala yang berupaya menjadi barah dalam
masyarakat. Langkah penting dan utama membendung apa juga elemen negatif seperti
rasuah ini adalah dengan membina dan mempertingkat integriti yang berkait rapat dengan
etika. Di Malaysia, pelbagai pendekatan dan strategi telah diambil ke arah pembinaan dan
pemantapan integriti. Rukun Negara boleh dilihat sebagai satu asas kukuh membawa
masyarakat agar hidup dalam keadaan yang bermoral. Lima prinsip yang digariskan mampu
memberi asas kukuh kepada masyarakat yang berwibawa dan patuh kepada undang-undang.
Kerjasama orang ramai juga merupakan langkah terakhir dalam mengatasi amalan rasuah ini.
Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil
tindakan yang segera ke atas mereka yang terlibat. Tindakan ini juga merupakan satu
tindakan yang beretika. Kesimpulannya, rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang
masih boleh dibendung jika semua ahli masyarakat, pemimpin, dan pentadbir sesebuah
negara mengamalkan amalan beretika dalam menguruskan sesuatu. Undang-undang
pencegahan rasuah diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk membanteras
gejala ini hingga ke akar umbi. Orang awam yang melaporkan kejadian rasuah akan
14
dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Ini bagi menyakinkan dan menggalakkan orang
awam agar melaporkan kejadian rasuah yang berlaku di tempat mereka.
Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung,
banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara kita
semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita dianggap
sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka kes rasuah
semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak bermoral. Hal ini
boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun semenjak belakangan ini
kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi ataupun sukan, tetapi kita
tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan negara kita telah diragui. Adakah
semua kejayaan ini juga diperoleh melalui rasuah? Sehubungan ini, negara-negara lain akan
hilang kepercayaan pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih
membanggakan.
Sehubungan itu , ialah kerajaan perlu memperketat undang-undang dan melaksanakan
dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini mampu untuk menghadapi masalah
rasuah kerana hukuman ke atas penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka.
Namun, pemantauan terhadap ketelusan siasatan harus ditingkatkan lagi. Hasrat yang yang
dinyatakan Kerajaan dalam Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan dalam bab 7 iaitu
Membanteras Rasuah diharapkan menjadi kenyataan. Hukuman beratuntuk pesalah rasuah
diharap dapat menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak melibatkan diri daripada
perbuatan yang tidak beretika ini. Usaha kerajaan melaksanakan Kempen Kepimpinan
Melalui Teladan bertujuan memupuk sikap bersih, cekap dan amanah serta menerapkan nilai-
nilai Islam di kalangan pegawai kerajaan dan rakyat jelata merupakan strategi yang positif ke
arah menghapuskan jenayah rasuah. Justeru itu, penulis mengesyorkan agar budaya
“Katakan Tidak” kepada rasuah dilaksanakan dalam masyarakat. Sehubungan itu, peranan
setiap individu dan ibu bapa dilihat suatu yang amat berkesan dalam mewujudkan budaya
menolak rasuah dalam kehidupan masyarakat.
15
RUJUKAN
_________(2011). Kesan Rasuah. http://seramgiler-hidupsegan.blogspot.com/. [dalam
talian]. Dicapai pada 10 Julai 2013.
_________(2012). Indeks Rasuah Negara Menurun. http://www.bharian.com.my [dalam
talian]. Dicapai pada 10 Julai 2013.
Kerajaan Malaysia. (2004). Pelan Intergriti Nasional. Kuala Lumpur : Institut Integriti
Malaysia
Mahathir Mohamad. (1986). The Challenges. Kuala Lumpur:Pelanduk Publications.
Mohammad Zaini Yahaya, et.al. (2010). Etika Perniagaan Dalam Islam. Kajang: Soul
Excellent Training & Consultancy.
Muhammad Hisyam Bin Mohamad. (2013). Rasuah Penghalang Kemajuan Negara .
http://www.ikim.gov.my. [dalam talian]. Dicapai pada 10 Julai 2013.
Mustafar Ali. (2005). Membina Intergriti Untuk Memerangi Rasuah dalam Etika Dan
Intergriti Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Intergriti Malaysia.
Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets.
www.emeraldinsight.com/0307-4358.htm. 30(10): 822-836.
Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Economics.
29: 66-79
Saradina Mohd Adnan dan Mohd Adib Ismail . (2013). Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi
Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Swalehen, Mushfiq.( 2007). Corruption and saving in a panel of countries. Journal of
Macroeconomics (2007). 1-23
Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zulkifli Mat Nor. (2005). Badan Pencegah Rasuah (BPR) Dalam Membasmi Rasuah Di
Malaysia dalam Etika Dan Intergriti Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Intergriti
Malaysia.
top related