Etika Dalam Penyelidikan Kualitatif
Post on 14-Aug-2015
578 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
3.0 - ETIKA DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF
Disediakan Oleh :
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMEDGB 120124
3.1 Definisi Etika3.2 Etika dan Kod Perlakuan Profesional3.3 Prinsip-Prinsip Etika3.4 Isu Etika Dalam Proses Penyelidikan
DEFINISI ETIKA
• Berasal daripada perkataan Greek “Ethos” yang bermaksud watak.
• Dua pendekatan :1. Normatif (apa yang patut dilakukan)2. Deskriptif (apa yang sebenarnya kita lakukan)
KEPERLUAN ETIKA• Suatu bidang mengenai melakukan perkara yang betul.• Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan
bebas menbuat pilihan.
French san Granrose (1995) :Set panduan/peraturan bertingkahlaku: menyelesaikan konflik terhadap keinginan.
Bunchnolz (19860: Sistem – Panduan tingkah laku.
Shea (1988:17) : Prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu/profesion dan sebagai satu standard.
Pernyataan Dalam Teori Etika
Etika Deskriptif :• Merupakan suatu disiplin yang
membincangkan tentang sistem moral.• Memberitahu bagaimana ahli
masyarakat perlu bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya.
• Menyedarkan manusia bahawa terdapat berbagai sistem moral yang bersifat relatif.
• Menyatukan bentuk sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap sistem tersebut.
Etika Normatif :• Panduan mengenai tingkah laku yang
baik dan jahat.• Ianya memberitahu apa yang mesti
dilakukan dan apa yang betul.• Ia menilai, mengkritik dan membuat
keputusan terhadap sistem moral yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, buka undang-undang moral yang sedia ada diterima.
• Mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada.
• Menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan.
• Nilai mutlak dan biasanya berkait rapat dengan agama.
Golden Rule :• Merupakan contoh prinsip etika normatif
klasik. Jika mahu individu melakukan perkara baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain.
ASPEK DALAM ETIKA
Terdapat 2 aspek:1. Berkeupayaan menilai yang baik dan yang
buruk, dosa dan pahala atau yang berseuaian dan sebaliknya.
2. Melibatkan komitmen dalam melakukan apa yang baik dan bersesuaian.
ETIKA DAN KOD PERLAKUAN PROFESIONAL
• Penyelidikan sosial adalah proses dinamik dan interaktif.• Berlaku berdasarkan kepercayaan dan kerjasama mereka
dalam penyelidikan.• Hubungan penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan
adalah penting.• Kita perlu memikirkan tentang etika di setiap langkah dalam
penyelidikan, daripada mengenalpasti dan memutuskan reka bentuk kajian kepada apa yang dilaporkan dalam dapatan kajian.
• Isu etika juga biasanya juga melibatkan perbincangan kod perlakuan profesional penyelidik dan dilema etika yang dialami oleh penyelidik serta jalan penyelesaian yang sesuai.
Di Antara Kod Etika Yang Dipegang Oleh Ahli-Ahli Profesional
Prinsip Etika dan Kod Perlakuan Ahli Psikologi (The American Psychological Association)
www.apa.org/ethics/code.html
Kod Etika Persatuan Sosiologi Amerika (The American Sociological Association) www.asanet.org/members/acoderev.html
Kod Etika Persatuan Antropologi Amerika (The American Anthropological Association)
www.aaanet.org/comittees/ethics/ethcode.html
Standard Etika Persatuan Penyelidik Pendidikan Amerika (The American Educational Research Association)
www.aera.net/about/policy/vticnf.html
Prinsip-Prinsip EtikaPengenalan:
• Dalam penyelidikan sosial, etika mempunyai makna dan maksud yang berbeza bagi orang yang berbeza.
• Ahli sains sosial telah menyediakan satu set konvensi – dianggap benar tentang etika dan tidak etika.
• Konvensi itu merangkumi dalam tiga tahap perhubungan yang penting iaitu:
a) Hubungan penyelidik-pesertab) Hubungan penyelidik-penyelidikc) Hubungan penyelidik-persatuan penyelidikan profesional.
3 PENDEKATAN UTAMA
1. Berasaskan Matlamat (Goal Based Approach)
2. Berasaskan Tugas (Duty Based Approach)
3. Berasaskan Hak
MATLAMAT TUGAS HAK
• Kita perlu cuba mendapat dan menghasilakan keseimbangan yang tinggi di antara perkara yang dianggap bernilai dan perkara yang tidak bernilai.
• Sebagai contoh, sekiranya terdapat ketidakselesaan yang dialami oleh individu subjek dalam penyelidikan perlu diseimbangkan dengan kesan baik kajian ke atas masyarakat keseluruhannya.
• Menentukan proses penyelidikan berjalan atas landasan prinsip moral yang dipegangnya.
• Perlulah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan individu lain yang terlibat dalam penyelidikannya.
• Sebagai contoh, sekiranya penyelidik berbohong atau menganiaya subjek kajiannya, ini dianggap tidak beretika.
• Percaya hak individu perlu dihormati dan diberi kepentingan tertentu.
• Tanggungjawab utama, kita perlulah menghormati individu dan setiap manusia termasuk diri penyelidik.
PERINGKAT ISU ETIKA DALAM PROSES PENYELIDIKAN
Isu Etika Dalam Proses Penyelidikan
Menulis dan Menyebar
Hasil Kajian
Pernyataan Masalah Kajian
Pengumpulan Data
Pernyataan Tujuan dan
Soalan Kajian
Analisis dan Interpretasi
Data
Amalan Etika Dalam Penyelidikan : Strategi dan Isu
• Etika dalam penyelidikan kualitatif berbeza dengan penyelidikan kuantitatif.• Ini kerana perhubungan di antara penyelidik dan peserta berkembang mengikut
masa dan proses penyelidikan.• Menurut Bogdan dan Biklen (1992), perhubungan di antara penyelidik dan
peserta dalam penyelidikan kualitatif lebih merupakan persahabatan daripada perhubungan kontrak di mana melalui perhubungan ini prinsip dan peraturan etika perlu dipatuhi, diamalkan dan dihormati.
• Dalam penyelidikan kualitatif, rekabentuknya sentiasa berkembang dan responsif. Menurut Cassell dan Symon (1994), penyelidik perlu sentiasa menilai kerja lapangan dlam konteks hormat kepada autonomi peserta sepanjang proses penyelidikan.
• Penyelidik juga perlu bersikap sensitifterhdap budaya masyarakat yang dikaji di mana ia melibatkan status dan kedudukan penyelidik yang banyak bergantung kepada definisi yang diberikan oleh masyarakat tersebut.
• Penyelidik perlu mendapat kepercayaan daripada masyarakat di tempat kajian dahulu sebelum memulakan sesuatu temu bual.
• Strategi yang digunakan – memaklumkan kepada peserta tentang kajian.
Antara Perkara Yang Perlu Peserta Ketahui
1. Nama Penyelidik2. Nama Organisasi Yang Terlibat3. Kenyataan Tentang Kerahsiaan Yang Digunakan Untuk
Melindungi Peserta dan Data.4. Kenyataan Tentang Penyertaan Peserta Adalah Sukarela5. Kepastian Tentang Tidak Mahu Memberi Respon Kepada
Soalan Yang Mereka Rasa Tidak Mahu Menjawab6. Penjelasan Ringkas Tentang Tujuan Penyelidikan7. Pihak Penaja Yang Membiayai Perbelanjaan Penyelidikan8. Tidak Akan Timbul Kesan Negatif Sekiranya Mereka Tidak
Mahu Lagi Terlibat
Prinsip dan Prosedur Beretika Dalam Menjalankan Kajian
• Prinsip dan prosedur yang disediakan perlulah dibincang dan dimaklumkan kepada pihak-pihak terlibat dalam kajian sebelum sesuatu kajian dijalankan.
• Tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada semua pihak tentang prinsip etika yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian.
Contoh :
Semasa hendak memulakan pengumpulan data, saya memberi dan menjelaskan kepada peserta dokumen yang menggariskan tujuan, kegunaan, metod dan jangkaan faedah kajian yang dijalankan. Dokumen tersebut juga mengandungi deskripsi terperinci tentang hak individu dalam kod etika yang say gunakan. Secara ringkasnya, hak-hak tersebut adalah seperti turutan berikut :
1. Bakal peserta boleh memutuskan sama ada hendak terlibat atau tidak dalam penyelidikan berasaskan maklumat yang telah diberikan.
2. Penyertaan dalam kajian adalah tidak wajib dan boleh berundur bila-bila masa dengan sebab-sebab tertentu.
3. Sumber maklumat akan dipastikan kerahsiaannya.4. Peserta diberi peluang untuk meneliti transkrip temu bual untuk
mengesahkan ketepatannya.5. Makluamat hanya digunakan dengan kebenaran peserta.6. Peserta berhak membantah sekiranya mereka tidak bersetuju dengan
interpretasi data oleh pengkaji.7. Kebenaran untuk melibatkan pelajar dalam penyelidikan adalah
dirundingkan dengan pihak sekolah, pelajar terlibat dan ibu bapa atau penjaga pelajar.
8. Komuniti, sekolah dan peserta tidak didedahkan identiti mereka dalam laporan akhir penyelidikan.
KESIMPULAN• Prinsip umum etika dalam penyelidikan kualitatif
menjelaskan tentang prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan semasa merancang dan menjalankan kajian.
• Berkaitan dengan soal perhubungan yang perlu dibina antara penyelidik dengan peserta kajian.
• Membina perhubungan yang berteraskan prinsip keterbukaan, sama rata dan percaya mempercayai disamping dapat melindungi kepentingan dan identiti peserta dan institusi supaya tidak terdedah kepada sebarang kemungkinan dan risiko yang tidak dikehendaki.
top related