Dimensi Penyelidikan

Post on 06-Feb-2023

0 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

Transcript

Dimensi Penyelidikan

Penyelidikan sosial boleh dibahagikan kepada dua: Penyelidik yang mengambil pendekatan yang objektif, akademik

Penyelidik yang mengambil pendekatan yang lebih praktikal

Ini bukan satu pemisahan yang rigid namun tujuan penyelidikan dan kumpulan yang menggunakan hasil kajian berbeza dalam kedua-dua pendekatan

Empat dimensi Penyelidikan asas atau gunaan Tujuan membuat penyelidikan Dimensi masa Teknik pengutipan data

Penyelidikan asas (basic research) Membantu memperkembangkan pengetahuan asas tentang dunia sosial.

Fokus kepada menyokong atau menolak teori yang menerangkan bagaimana dunia social beroperasi.

Punca utama idea-idea saintifik dan cara kita memahami dunia sosial.

Penyelidikan asas sering dikritik kerana ada kalanya penyelidikan jenis ini tidak mempunyai kegunaan praktikal.

Penyelidikan asas boleh membantu kita memahami tingkahlaku sosial dan seterusnya ini boleh digunakan secara praktikal.

Penyelidikan gunaan Penyelidikan yang khusus yang bertujuan untuk menangani sesuatu isu atau masalah.

Tidak cuba untuk memberi pemahaman yang umum tentang sesuatu perkara.

Bertujuan mencari penyelesaian yang boleh digunakan dalam masa terdekat.

Sering digunakan dalam membuat keputusan khususnya dalam perniagaan atau membentuk polisi.

Jenis-jenis penyelidikan gunaan1. Penyelidikan penilaian2. Penyelidikan tindakan3. Penyelidikan penilaian impak

sosial

Penyelidikan penilaian Sering digunakan untuk menilai program, polisi, strategi pemasaran

Cuba mengukur keberkesanan polisi, strategi, program.

Terdapat dua jenis Formatif – penilaian berterusan Sumatif – penilaian yang dibuat pada akhir program

Penyelidikan tindakan Bukan sekadar penyelidikan tetapi juga melibatkan tindakan sosial.

Cuba membawa perubahan sosial Menggunakan pengetahuan dan penemuan untuk memperbaiki kehidupan orang yang dikaji.

Penyelidikan penilaian impak sosial Mengkaji tentang kesan-kesan yang mungkin timbul akibat daripada satu perubahan yang dirancang.

Penyelidikan sedemikian boleh digunakan untuk memilih polisi yang sesuai atau membuat perancangan.

Tujuan penyelidikan Penyelidikan penerokaan (Exploratory

research ) Bagi isu-isu yang baru. Isu-isu yang tidak banyak diketahui.

Apa itu???

Penyelidikan deskriptif Menggambarkan sesuatu fenomena sosial menggunakan perkataan atau nombor

Siapa yang terlibat? Bila sesuatu perkara berlaku

Explanatory research Bertujuan menjelaskan sesuatu fenomena sosial.

Mengapa fenomena itu berlaku?

Dimensi masa Kajian keratan lintang (cross sectional) Kajian dibuat sekali pada satu masa tertentu.

Boleh digunakan untuk penyelidikan penerokaan, deskriptif atau explanatory.

Penyelidikan longitudinal Kajian dibuat pada beberapa masa. 3 jenis

Siri masa Panel Cohort

Siri masa Kajian dilakukan pada kumpulan yang berbeza pada masa yang berbeza-beza.

Boleh membantu penyelidik mengkaji trend atau perubahan yang berlaku.

Kajian panel Kajian dilakukan pada kumpulan yang sama pada masa-masa yang berbeza.

Lebih sukar dijalankan jika dibandingkan dengan kajian siri masa.

Kajian cohort Mengkaji kumpulan yang mempunyai pengalaman yang sama.

Contohnya, orang yang lahir pada tahun tertentu, kahwin pada tahun tertentu.

Kajian kes Kajian dilakukan ke atas kumpulan yang kecil secara mendalam.

Data boleh dikutip untuk beberapa bulan, tahun, dekad.

Teknik pengutipan data Kuantitatif

Eksperimen Tinjauan Penyelidikan bukan reaktif

Kualitatif Kajian lapangan Kajian perbandingan bersejarah

top related