Day-Date 40 · Logam yang paling asli Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan peraknya dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia,
Post on 03-Dec-2020
5 Views
Preview:
Transcript
Day-Date 40
Oyster, 40 mm, platinum
Oyster Perpetual Day-Date 40 dalam Platinumdengan dail biru salji,motif pepenjuru, bezellicin dan rantai President.
Day-Date adalah jam tangan pertama di dunia yang
menunjukkan hari bagi minggu yang dieja penuh apabila ia
dipersembahkan buat pertama kalinya pada tahun 1956.
Dail Biru AisPengenalan eksklusif
Dail biru ais adalah tanda pengenalan eksklusif bagi jam
tangan platinum Rolex. Rolex menggunakan platinum,
logam yang paling asli untuk jam tangan yang terbaik.
PlatinumLogam yang paling asli
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan
peraknya dan kilauan terang. Ia adalah antara logam
paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh
sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan hakisan
yang luar biasa. Secara paradoks, ia juga lembut, elastik
dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan
dan penggilapan sangat sukar, ia menuntut tahap
kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa
menggunakkan platinum 950, satu aloi yang merangkumi
950% (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara
dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam
yang paling asli untuk jam tangan yang terbaik.
Rantai PresidentKehalusan yang muktamad
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan
kancing Rolex, serta ujian ketat yang dilaluinya melibatkan
teknologi yang maju. Dan, seperti semua komponen jam
tangan, kawalan estetika dari mata manusia menjamin
kecantikan yang sempurna. Rantai President dengan tiga
keping sambungan separa bulat telah dicipta pada tahun
1956 untuk pelancaran yang berprestij bagi Oyster
Perpetual Day-Date. Ia melambangkan kehalusan dan
keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat
daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.
Paparan hariSerta merta pada tengahmalam
Mula diperkenal pada tahun 1956, Day-Date merupakan
yang pertama di dunia. Jam tangan pertama yang
menunjukkan hari pada minggu dieja dengan sepenuhnya.
Dipakai oleh ramai pemimpin dunia, Day-Date boleh
didapati dengan ejaan paparan hari dalam pelbagai pilihan
bahasa.
Kanta SiklopsKanta pembesar
Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik
dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas
wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta
siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan
sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan
bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan
Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan
pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk
kesempurnaan.
Mekanisme 3255Prestasi yang hebat
Day-Date 40 dilengkapi dengan mekanisme generasi baru,
3255 kaliber yang dibangunkan dan dibuat sepenuhnya
oleh Rolex untuk tahap prestasi yang hebat. Mekanisme
mekanikal automatik ini berada di barisan hadapan dalam
seni pembuatan jam tangan. Suatu demonstrasi sempurna
bagi teknologi Rolex dengan 14 terpaten, ia menawarkan
kelebihan asas dari segi ketepatan, rizab kuasa,
ketahanan terhadap kejutan dan kemagnetan, kemudahan
penggunaan serta kebolehpercayaan.
SpesifikasiRujukan 228206
PENUTUP MODELOyster, 40 mm, platinum
SENI BINA OYSTERPenutup tengah Monoblok, penutup
belakang diskrukan ke bawah dan belitan
putaran jam
GARIS PUSAT40 mm
BAHANPlatinum
BEZELLicin
BELITAN PUTARAN JAMDiskrukan ke bawah, sistem kalis air
Twinlock berganda
KRISTALNilam tahan calar, kanta siklops sepanjang
tarikh
KALIS AIRKalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISMEPerpetual, mekanikal, automatik
KALIBER3255, Buatan Rolex
KETEPATAN-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
FUNGSIJarum jam, minit dan saat dengan serta
merta pada hari dan tarikh di apertur,
penetapan yang cepat tanpa had.
Pemberhentian saat untuk tetapan masa
yang tepat
PENGAYUNPegas rambut paramagnet Parachrom biru.
Penyerap kejutan Paraflex berprestasi
tinggi
BELITANDwiarah automatik melalui rotor Perpetual
RIZAB KUASALebih kurang 70 jam
RANTAIPresident, penghubung keping tiga
separuh bulat
BAHAN RANTAIPlatinum
KANCINGCrownclasp lipat terlindung
DAILBiru salji, motif pepenjuru
BUTIRANPaparan Chromalight yang tinggi dan
sangat mudah dibaca dengan luminesens
biru tahan lama
PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan
Rolex selepas dibuka)
Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com
Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,
nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara
adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang
terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa
kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk
mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.
top related