DASAR LUAR NEGARA -powerpoint.ppt
Post on 25-Oct-2015
115 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
Ahli KumpulanThilagalakshmi a/p ManogaranShasikala a/p ShanmugamShammala a/p GopalanKohila vani a/p NarayasamyThirumaathi a/p ChellappanSrigayathri a/p Vijayakumar
TopikDASAR – DASAR LUAR NEGARA
ISU - ISU DAN CABARAN NEGARA
PENGENALAN Menurut Lew Hee Men (2005) berbaik-baik dengan semua negara
demi keamanan dan kesejahteraan dunia.
Menurut Azizi Ahmad dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara lain.
Sebagai rumusan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan mewujudkan dan mengekalkan keselamatan,kedamaian.keharmonian serta kesejahteraan dari aspek ekonomi,politik,sosial dan lain-lain isu yang mempunyai kepentingan bersama.
FARTOR DALAMAN
FARTOR LUARAN
FAKTOR LUARAN
Prinsip –prinsip PBB
Faktor Kepimpinan
Faktor sejarah &
budaya
Perkembangan Dasar Luar
TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ (1957-1970)
TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN (1970-1976) TUN HUSSEIN ONN (1976-1981)
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD (1981-2003)
Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan
Rukun NegaraDasar Pendidikan Baru (DEB )WAWASAN 2020Dasar-Dasar Pembangunan NegaraDasar Kebudayaan KebangsaanKonsep 1 Malaysia
INTEGRASI NASIONAL Penyatuan kelompok masyarakat
Satu proses hasil daripada ikatan batin.
Cabaran membina dan memperkukuhkan perpaduan
TEORI INTEGRASITahap terendah hingga tahap tertinggiTahap Segregasi – proses pengasingan dalam
masyarakat semasa zaman penjajahan.Tahap Akomodasi – mempertahankan
budaya dan etnikTahap Akulturasi – proses penerimaan
budaya lainTahap Asimilasi – proses penyelesaian dan
pencantumanTahap Amalgamasi – melibatkan
pencantuman budaya dan ras bercampur
MATLAMAT INTEGRASI NASIONAL1. Peningkatan kesedaran, komitmen dan
kerjasama pelbagai sektor.2. menggalakkan semangat bertanggungjawab
di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat
3. meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi
4. memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan patriotik
5. Meningkatkan keharmonian antara kaum, kebudayaan dan agama semua lapisan masyarakat.
6. Meningkatkan integrasi antara semua negeri di Malaysia
Secara keseluruhannya sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
CABARAN INTEGRASI NASIONALTiga faktor utama menghalang integrasi
- Prasangka
- Perkauman
- Entnosentrisme
Faktor lain yang turut menghalang integrasi nasional
- Sejarah dan latar belakang penduduk Malaysia
- Integrasi antara semua negeri di Malaysia
- Sistem Pendidikan
- Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dan penubuhan parti-parti politik
PENDEKATAN KE ARAH INTEGRASI NASIONALMengkoordinasikan usaha semua komponen
dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti.
Memerlukan keseluruhan institusi governan negara
Menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa
Memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat
NILAI-NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA
Nilai dalam Konsep 1 Malaysia
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.
LAPAN NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA
BUDAYA KECEMERLANGAN
Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
•Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
•Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
•Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
KETABAHAN• Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan
ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
• Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
• Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
• Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
• Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
RENDAH HATI
• Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
• Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
• Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
• Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
• Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
PENERIMAAN
Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
KESETIAAN Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja
dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baikatau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
PENDIDIKAN Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana
negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
INTEGRITI Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain.
Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
top related