Business Ethics and Etiquette (Age Discrimination)

Post on 19-Jun-2015

903 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

trouble? email me at nns_teo@ymail.com

Transcript

Business Ethics & EtiquetteBIT 353DISKRIMINASI UMUR DI TEMPAT KERJA

Nor Idayu Bt Yusoff Norshafiqah Nadira Bt Sauni Sylvester Rapih Muhamad Amirul B. Khalid Abg Arib B. Abg Rejuna Muhammad Ilyas B. Mohamud

Diskriminasi UmurTurut dikenali sebagai

“ageisme”Diskriminasi umur

bermaksud memberi layanan yang tidak adil kerana faktor usia seseorang.

Istilah ini diperkenal oleh ahli gerontologi AS Robert N. Butler pada tahun 1969.

Masalah ini tidak hanya berlaku kepada pekerja yang senior tetapi juga berlaku kepada belia yang baru tamat pengajian mereka.

Hasil analisis konseptual yang dilakukan oleh Versen, Lersen & Solem 2009, mereka percaya bahawa masalah ini berpunca daripada stereotaip(tanggapan seseorang) dan sifat prejudis terhadap mereka yang lebih berusia.

Hal ini boleh terjadi dalam pelbagai aspek seperti:

Pengambilan kerja Bayaran gaji Faedah tambahan Kenaikan pangkat

Di australia mereka telah menubuhkan satu suruhajaya yang memberi fokus kepada membela nasib-nasib mangsa diskriminasi umur ini.

Suruhajaya ini diberi nama Australia Human Rights Commission.

Malah suruhajaya ini turut memberi kesedaran kepada komuniti mengenai isu ini, dan juga kesan yang akan dihadapi oleh mangsa.

Suruhajaya ini turut memerhati dan memberi sokongan kepada mangsa supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Dr Ozdowski (Federal Human Rights Commissioner) mengatakan bahawa masalah sebenar pekerja yang berusia 45 ke atas yang tidak berjaya mendapat pekerjaan adalah kerana umur mereka.

Kesan diskriminasi umurMangsa-mangsa

yang pernah didiskriminasi akan berasa stress dan tertekan. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Multicultural Health Australia (2009),  depression boleh terjadi akibat diskriminasi. Malah, ia mampu meningkatkan risiko untuk menghidapi skizofernia, halusinasi, penyakit murung dan sebagainya.

Apabila seseorang telah dinafikan haknya untuk bersuara atau mereka telah mengalami diskriminasi, sekali gus akan membuatkan seseorang itu  mengasingkan diri daripada masyarakat  disebabkan keyakinan diri sudah hilang.

Ekonomi negara bakal tergugat jika diskriminasi terus diamalkan oleh masyarakat.Hal ini disebakan kegiatan ekonomi akan terganggu disebabkan berlakunya  rusuhan (sekiranya diskriminasi yang berlaku terlalu serius).

Mewujudkan perasaaan benci antara satu sama lain jika amalan diskriminasi berlaku.

Berlakunya kekecohan antara satu sama lain seperti pergaduhan.

Mutu kerja mereka turut akan menurun kerana mereka selalu mendengar yang mereka tidak berguna.

Mangsa akan melihat diri mereka seperti apa yang diperkatakan.

Akhir sekali mangsa akan berhenti kerja kerana sudah tidak sanggup untuk berhadapan situasi ini.

Faktor kepada diskriminasi umurSterotaip (tangapan) - Tangapan yang prajudis menjadi penyebab berlakunya diskriminasi umur. - Sebagai contoh seorang pekerja yang berusia tidak diterima atau tidak dinaikkan pangkat kerana mereka beranggapan bahawa orang yang sudah berusia sudah tidak lagi berdaya saing berbanding dengan orang yang lebih muda.-Berbeza pula yang dihadapi oleh golongan muda mereka tidak diterima untuk bekerja terutamanya mereka yang baru tamat pergajian kerana mereka berfikir golongan ini tiada pengalaman.

Ideologi - Cara berfikir seseorang, contohnya: - Dengan kepesatan teknologi sekarang mereka berfikir mengambil golongan muda bekerja adalah lebih baik kerana golongan muda sudah mahir dengan segala macam teknologi sekarang berbanding mereka yang lebih berusia.Kesan pengasingan- Polisi syarikat yang mengatakan akan memberi kenaikan pangkat kepada mereka yang tidak pernah mengambil cuti, polisi ini akan memberi keburukan kepada pekerja senior kerana tentunya mereka mempunyai tanggujawab kpd keluarga mereka, tetapi polisi ini tidak akan memberi kesan kepada pekerja yang muda kerana pastinya mereka masih bujang dan tidak perlu fikirkan tentang anak atau suami.

Cara yang beretika untuk menyelesaikan isu ini.Membincangkan masalah - Banyak pekerja sukar untuk menceritakan masalah diskriminasi yang dihadapi oleh mereka kepada majikan ataupun supervisor. - Didalam sesetengah situasi diskriminasi dapat kawal sekiranya mendapat kerjasama semua pihak. - Majikan boleh memberhentikan pekerja yang melakukan diskriminasi atau memindahkan pekerja tersebut ke jabatan yang lain. - Majikan boleh menyediakan sesi kauseling kepada mangsa dan pelaku diskriminasi.

Polisi anti-diskriminasi - Syarikat boleh membuat satu polisi mengenai diskriminasi dimana didalam polisi tersebut menyatakan bahawa pekerja akan menerima hukuman kerana melakukan diskriminasi .Latihan anti-diskriminasi - Menyediakan satu latihan yang berterusan di setiap lapisan organisasi kepada semua pekerja. - Memberikan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan diskriminasi di tempat kerja dan hukuman yang akan syarikat kenakan terhadap pekerja yang melakukan diskriminasi. - Menujukan demotrasi diskriminasi yang dilakukan di tempat kerja dan memberi perluang kepada pekerja untuk bersoal-jawab mengenai isu ini yang mereka kurang faham.

Prosedur untuk melaporkan diskriminasi - Membuat satu proses yang formal untuk melaporkan diskriminasi di tempat kerja agar mangsa dapat tampil ke depan untuk melaporkan hal ini. - Memaklumkan kepada semua pekerja dengan siapa mereka patut laporkan hal ini, bagaimana mereka patut bertindak. Dari laporan yang dibuat siasatan akan dilakukan dan sekirannya isu ini betul-betul terjadi tindakan displin akan diambil. - Dengan cara ini pekerja tahu bahawa syarikat memandang serius akan isu ini dan mereka yang menjadi mangsa kepada diskriminasi akan merasa lebih selamat. Persatuan pekerja anti-diskriminasi - Tubuhkan satu persatuan pekerja yang menetang diskriminasi.Ahli-ahlinya terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai potensi untuk berdepan isu ini. - Dapatkan pandangan, pengalaman, dan kaedah yang boleh digunakan untuk mencegah isu ini.

Mengalakkan kepelbagaian dan kerjasama

- Membuat analisis kepelbagaian yang ada di dalam sesebuah syarikat. - Kadang kala diskriminasi bermula dari salah faham, jika pihak pengurusan dapat mengalakkan kumpulan ini berkerja bersama ia dapat mengawal isu ini.

Contoh diskriminasi Diskriminasi umur yang

dihadapi oleh pekerja-pekerja Guppy Plastic Industries Snd. Bhd.

Jumlah mangsa yang terlibat adalah 20 orang, 8 daripada mangsa telah menfailkan kes ini di Mahkamah Industri.

Rata-rata mangsa berusia 51-65 tahun dan telah bekerja dengan kilang ini sejak dari tahun 1990/1997.

Pihak syarikat telah memecat mereka dengan notis 24 jam dengan alasan mereka telah mencapai usia pensaraan.

mereka hanya menandatangani surat tawaran pada tahun 1999 bukan sewaktu mereka diambil bekerja, dalam perjanjian terbabit tidak menyatakan mengenai usia pensaraan dan mereka boleh bekerja sehingga mereka mampu.

Mereka turut dipaksa untuk menandatangani Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan yang mencabuli hak pekerja dan kesatuan sekerja.

Keputusan dari Mahkamah Perusahaan pada tahun 2008 memihak kepada pekerja tetapi pihak majikan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada tahun 2010 dan kemenangan memihak kepada majikan.

kesimpulanDiskriminasi dianggap sebagai

sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama”.

Setiap manusia mempunyai hak untuk mendapat layanan dan peluang yang sama.

Diskriminasi yang dilakukan tidak memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

top related