BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Ariffin Bin Abdul Rahim.TP.pdf · Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... sentiasa memberi bantuan,
Post on 06-Jul-2019
227 Views
Preview:
Transcript
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ּט
JUDUL : PERANAN GURU CEMERLANG DALAM MENINGKATKAN
KOMPETENSI GURU LAIN DAN PRESTASI AKADEMIK SEKOLAH
RENDAH DAERAH KOTA TINGGI
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya TAJUL ARIFFIN BIN ABDUL RAHIM No. Matriks MP 111299
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 2, Jln Beringin 4, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar 81930 Bandar Penawar Johor. DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Nama Penyelia
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ………………………………………….….
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh :
PERANAN GURU CEMERLANG DALAM MENINGKATKAN
KOMPETENSI GURU LAIN DAN PRESTASI AKADEMIK
SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA TINGGI
TAJUL ARIFFIN BIN ABDUL RAHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penuh : TAJUL ARIFFIN BIN ABDUL RAHIM
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Istimewa Untuk Isteri Tersayang
Rafidah bt Melan
Segala Kesabaran Dan Doa Mu Menjadi Nadi Kejayaan Ini. Terima Kasih Kerana
Sentiasa Memahami Dan Tidak Jemu Memberi Dorongan.
Anaknda Yang Dikasihi
Tajul Zharfan & Tajul Zakwan
Diri Mu Sumber Inspirasi Ku Dan Semoga Anaknda Juga Akan Terus Berjaya.
Untuk Kedua Mertua
Hj Melan b Leman & Hjh Aminah bt Rahmat
Terima Kasih Atas Nasihat, Dorongan Dan Doa Yang Tidak Pernah Putus,
Sesungguhnya Kalian Semua Amat Bermakna Buat Diri Ini.
Pihak Pentadbir Dan Rakan Guru Di SK FELDA Sening, Kota Tinggi
Yang Bertimbangrasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta
Kelonggaran Kepada Saya Untuk Mengikuti Kelas Pada Hujung Minggu.
Penyelia Yang Dihormati Dr. M. Al-Muz-zammil Bin Yasin Yang Sentiasa
Membantu Dan Memberi Bimbingan Serta Tunjuk Ajar Dari Masa Ke Semasa.
Rakan-Rakan Seperjuangan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakan.
Terima Kasih Kerana Sentiasa Memberikan Idea, Semangat Dan Sokongan
Ketika Diri Ini Memerlukan.
Inilah Hadiah Buat Semua. Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia Dr. M. Al-Muz-zammil bin Yasin yang tidak pernah jemu memberi
bimbingan dan dorongan disepanjang tempoh kajian ini berjalan. Terima kasih juga
kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar di kelas pesisir Bandar Penawar kerana
sentiasa memberi bantuan, dorongan dan semangat untuk saya menyelesaikan tesis
ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-
guru yang terlibat kerana sudi meluangkan masa untuk menjadi responden dalam
kajian ini. Terima kasih juga kepada Guru Besar dan guru-guru SK FELDA Sening
kerana sentiasa memahami dan memberi sokongan.
Tidak dilupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu
dalam mengharungi suka duka disepanjang tempoh pengajian ini. Semoga semangat
setiakawan dan keikhlasan persahabatan ini akan menghasilkan kejayaan yang
cemerlang. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif berbentuk kuantitatif dan kualitatif bertujuan untuk mengenal
pasti peranan Guru Cemerlang dalam meningkatkan kompetensi guru lain dan
prestasi akademik sekolah rendah daerah Kota Tinggi. Kajian ini melibatkan 234
orang sampel daripada 15 buah sekolah rendah kebangsaan gred A yang mempunyai
Guru Cemerlang. Data kuantitatif dikumpul melalui soal selidik dan telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Sciences (SPSS) versi 15.0.
Data kualitatif pula, dikumpul melalui temu bual ke atas tiga orang Guru Besar dan
empat orang Guru Cemerlang. Kesemua dapatan temu bual telah direkod dan
dirakamkan oleh penyelidik. Data kualitatif yang dikumpul ini adalah untuk
menguatkan lagi dapatan data kuantitatif yang diperolehi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa Guru Cemerlang berperanan pada tahap tinggi dalam
meningkatkan kompetensi guru lain (min 3.91) dan prestasi akademik sekolah (min
3.89). Dapatan juga menunjukkan bahawa Guru Cemerlang memainkan peranan
utama dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah. Selain itu, terdapat lima cara
Guru Besar menggunakan kepakaran Guru Cemerlang dalam meningkatkan
kompetensi guru lain dan tiga cara dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Diharapkan kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada pihak pengurusan sekolah
untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Cemerlang dalam
melaksanakan peranan mereka di sekolah.
vi
ABSTRACT
This descriptive research in the forms of quantitative and qualitative was to
identify the role of Excellent Teacher in elevating the competency of other teachers
and the academic performance of the primary schools in the district of Kota Tinggi.
This study involved 234 sample from 15 gred A primary schools with Excellent
Teacher. Quantitative data were collected through survey and analyzed with
Statistical Package Software (SPSS) version 15.0. Qualitative data were collected
through interviews on three headmasters and four Excellent Teacher. All the findings
of interviews were recorded and documented by researcher. The qualitative data
were collected to support the findings of quantitative data. The findings indicated
high level in the role of Excellent Teacher in elevating the competency of other
teachers (min 3.91) and schools academic performance (min 3.89). The findings
showed that Excellent Teacher played five important roles in elevating schools
academic performance. A part from that, there were five ways the headmasters
employed to use the expentise of Excellent Teacher in elevating other teachers
competency and three ways in elevating the schools academic performance.
Hopefully this study could be a guide for schools administrators to solve problems
faced by Excellent Teacher in executing their roles in schools.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI SIMBOL xix
SENARAI LAMPIRAN xx
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 12
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Persoalan Kajian 16
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.7 Skop Kajian 18
viii
1.8 Batasan Kajian 19
1.9 Definisi Istilah / Operasional 20
1.9.1 Guru Cemerlang 20
1.9.2 Peranan 20
1.9.3 Masalah 20
1.9.4 Kompetensi 21
1.9.5 Persepsi 21
1.10 Kesimpulan 21
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 23
2.2 Objektif Konsep Guru Cemerlang 24
2.3 Definasi Guru Cemerlang 25
2.4 Ciri-Ciri Guru Cemerlang 26
2.5 Kompetensi Pemilihan Guru Cemerlang 28
2.6 Kuota Guru Cemerlang Semua Gred 30
2.7 Peranan Guru Cemerlang 33
2.8 Laluan Kerjaya Guru Cemerlang 42
2.9 Kajian Lepas 42
2.9.1 Kajian Dalam Negara 43
2.9.2 Kajian Luar Negara 49
2.10 Kesimpulan 50
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Reka Bentuk Kajian 52
3.3 Lokasi Kajian 53
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 54
3.5 Instrumen Kajian 61
3.5.1 Soal Selidik 61
3.5.2 Temubual 63
3.6 Pengumpulan Data 65
3.7 Kajian Rintis 66
3.8 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 70
3.8.1 Kesahan 70
3.8.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 71
3.9 Penganalisisan Data 72
3.10 Kesimpulan 75
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 76
4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 77
4.3 Latar Belakang Responden 78
4.3.1 Jantina 78
4.3.2 Bangsa 79
4.3 3 Umur 80
4.3.4 Taraf Perkahwinan 81
4.3.5 Kelayakan Akademik 81
4.3.6 Kelayakan Ikhtisas 82
x
4.3.7 Pengalaman Mengajar 82
4.3.8 Tempoh Bertugas Di Sekolah Sekarang 83
4.3.9 Jawatan Guru 84
4.3.10 Gred Guru 84
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 85
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Apakah rungutan
guru-guru terhadap proses pelantikan Guru
Cemerlang? 85
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 : Sejauhmanakah
Guru Cemerlang berperanan dalam meningkatkan
kompetensi guru lain di sekolah 89
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Sejauhmanakah
Guru Cemerlang berperanan dalam meningkatkan
prestasi akademik sekolah 93
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 : Bagaimanakah
pihak pengurusan sekolah menggunakan
kepakaran Guru Cemerlang dalam meningkatkan
kompetensi guru lain 97
4.4.4.1 Guru Cemerlang Sebagai Contoh
atau role model 98
4.4.4.2 Guru Cemerlang Sebahagian Daripada
Agli Kumpulan Pentadbir Sekolah 99
4.4.4.3 Guru Cemerlang Membantu Guru
Lain Melalui Perkongsian Ilmu Dan
Idea 100
4.4.4.4 Guru Cemerlang Pemberi Dan
Pencetus Motivasi Guru 101
4.4.4.5 Guru Cemerlang Sebagai Pembimbing 102
4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5 : Bagaimanakah
pihak pengurusan sekolah menggunakan
xi
kepakaran Guru Cemerlang dalam meningkatkan
prestasi akademik sekolah 103
4.4.5.1 Rancangan Strategik Untuk Peningkatan
Sahsiah, Prestasi Akademik Dan Pemulihan 104
4.4.5.2 Ketua Panitia Yang Aktif 105
4.4.5.3 Pemantauan Pengajaran Dan Pembelajaran 106
4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6 : Apakah masalah
yang dihadapi oleh Guru Cemerlang dalam
melaksanakan peranan untuk meningkatkan
kompetensi guru lain dan prestasi akademik
sekolah 107
4.4.6.1 Beban Tugas Dan Tanggungjawab
Bertambah 107
4.4.6.2 Sukar Mendapat Kepercayaan,
Kerjasama Dan Sokongan Guru-Guru Lain 109
4.4.6.3 Sikap Negatif Murid Dan Ibu Bapa 110
4.5 Rumusan Analisis Data 111
4.6 Kesimpulan 114
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 115
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 116
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 117
5.2.2 Rungutan Guru-Guru Terhadap Proses
Pelantikan Guru Cemerlang 121
5.2.3 Peranan Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan
Kompetensi Guru Lain Di Sekolah 122
xii
5.2.4 Peranan Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan
Prestasi Akademik Sekolah 124
5.2.5 Cara Pihak Pengurusan Sekolah Menggunakan
Kepakaran Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan
Kompetensi Guru 127
5.2.6 Cara Pihak Pengurusan Sekolah Menggunakan
Kepakaran Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan
Prestasi Akademik Sekolah 129
5.2.7 Masalah Yang Diahadapi Oleh Guru Cemerlang
Dalam Melaksanakan Peranan Untuk
Meningkatkan Kompetensi Guru Lain Dan
Prestasi Akademik Sekolah 132
5.3 Cadangan Penambahbaikan Peranan Guru Cemerlang
Di Sekolah 133
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 136
5.5 Penutup 137
RUJUKAN 138
LAMPIRAN 144
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Kompetensi Penilaian Guru Cemerlang Oleh Jemaah
Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 29
2.2 Kouta Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) 31
2.3 Kouta Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) 32
2.4 Bidang Tugas Utama Dan Tanggungjawab Guru
Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) 35
2.5 Bidang Tugas Utama Dan Tanggungjawab Guru
Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(PPPS) 36
2.6 Bidang Tugas Utama dan Tanggungjawab Guru Cemerlang
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG 44
(KUP) 37
2.7 Bidang Tugas Utama dan Tanggungjawab Guru Cemerlang
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG 48
(KUP) 38
2.8 Bidang Tugas Utama dan Tanggungjawab Guru Cemerlang
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG 52
(KUP) 39
2.9 Bidang Tugas Utama dan Tanggungjawab Guru Cemerlang
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG 54
(KUP) 40
xiv
2.10 Bidang Tugas Utama dan Tanggungjawab Guru Cemerlang
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) GRED
KHAS C (KUP) 41
3.1 Taburan Populasi Kajian 54
3.2 Jadual Penentu Saiz Sampel Oleh Krejcie dan Morgan
(1970) 56
3.3 Sampel Yang Dipilih (Random Number Generator) 58
3.4 Pemilihan Sampel Berdasarkan Random Number
Generator 59
3.5 Skala Likert Dalam Kajian 62
3.6 Taburan Item Bagi Kajian Peranan Guru Cemerlang Di
Sekolah 63
3.7 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
Mengikut Dimensi Bagi Kajian Rintis 68
3.8 Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan Aplha
Cronbach If Item Deleted 69
3.9 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
Mengikut Dimensi Bagi Kajian Rintis Kedua 70
3.10 Peningkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai Aplha
Cronbach 71
3.11 Tahap Pemeringkatan Min 73
3.12 Proses Penganalisisan Kualitatif 74
4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 78
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 79
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 79
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 80
4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 81
4.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik 81
4.7 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas 82
4.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 83
xv
4.9 Tempoh Bertugas Di Sekolah Sekarang 83
4.10 Jawatan Guru Di Sekolah 84
4.11 Gred Guru 85
4.12 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item
Rungutan Guru Terhadap Proses Pelantikan Guru
Cemerlang Di Sekolah Mengikut Min Dan Sisihan Piawaian 88
4.13 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item Peranan
Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan Kompetensi Guru
Lain Di Sekolah Mengikut Min Dan Sisihan Piawaian 92
4.14 Maklum Balas Responden Terhadap Item-Item
Peranan Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan Prestasi
Akademik Sekolah Mengikut Min Dan Sisihan Piawaian 96
4.15 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 112
xvi
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KUP - Khas Untuk Penyandang
PPPLD - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
PPPS - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
SSB - Sistem Saraan Baru
SSM - Sistem Saraan Malaysia
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
SPSS - Statistical Package For Social Science
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
M - Min
SD - Sistem Piawai
GB - Guru Besar
GC - Guru Cemerlang
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 144
B Transkripsi Temubual Dengan Guru
Besar 148
C Transkripsi Temubual Dengan Guru
Cemerlang 157
D Random Number Generator 162
E Nilai Analisis Data Kajian Rintis 1 164
F Nilai Analisis Data Kajian Rintis 2 167
G Nilai Analisis Data Kajian Sebenar 174
H Surat Kelulusan Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 191
I Surat Kelulusan Daripada Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Tinggi 192
J Surat Pengesahan Status Pelajar 193
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang
baru mulai tahun 1994, setelah Jemaah Menteri meluluskan memorandum bertajuk
”Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan : Cadangan Ke Arah
Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang
Cemerlang” pada tahun 1993 (Utusan Malaysia, 30 November 2006). Pada tahun
tersebut, pihak Jemaah Nazir telah mengeluarkan surat siaran bagi pemilihan Guru
Cemerlang kumpulan yang pertama untuk dipertimbangkan pemangkuan ke gred
kenaikan pangkat yang lebih tinggi secara khas untuk penyandang (KUP). Ianya
bertujuan memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan
menyerlah di dalam mata pelajaran yang diajar atau bidang pengkhususan tertentu
untuk menikmati peluang kenaikan pangkat tanpa perlu ditukarkan di jawatan
pentadbiran. Melalui cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir,
berpengalaman dan pakar dalam bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk
2 mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
(KPM, 2009).
Sebelum tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pelajaran
adalah berdasarkan kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Biasanya, seseorang
guru yang dinaikkan pangkat akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan
menjauhkan mereka daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Kesannya, secara tidak langsung bidang perguruan kehilangan guru-guru yang
pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing. Menyedari hakikat tersebut
konsep Guru Cemerlang diperkenalkan dan diharapkan perlaksanaannya akan
menjadikan guru-guru tersebut sebagai role model yang akan menjadi sumber
inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain untuk sama-sama bersaing
meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah masing-masing. Dalam jangka masa tertentu juga mereka diharapkan
dapat menjadi pemangkin sesebuah sekolah untuk mencapai prestasi akademik
yang lebih cemerlang dan gemilang (KPM, 2009).
Kaedah kenaikan pangkat Guru Cemerlang ini tidak terikat kepada
kekosongan jawatan hakiki tetapi dari segi bilangannya adalah tertakluk kepada
kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kuota sedia ada semasa di bawah SSB
berjumlah 2,600 jawatan secara keseluruhannya iaitu 1,000 bagi Guru Cemerlang
PPPS (DG48) dan 1,600 Guru Cemerlang PPPLD (DGA32). Prospek kenaikan
pangkat melalui kaedah Guru Cemerlang semakin baik apabila kerajaan bersetuju
meluaskan gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang mengikut gred-gred di bawah
SSM dengan tambahan kedua. Gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang PPPS
telah diperluaskan sehingga ke Gred Khas C, manakala Guru Cemerlang PPPLD
pula sehingga Gred DGA34. Kuota terkini secara keseluruhannya yang diluluskan
berjumlah 10,174 jawatan iaitu dengan pertambahan sebanyak 6,762 jawatan
berbanding kuota sedia ada. Mengikut pecahan, 5,374 jawatan adalah bagi Guru
3 Cemerlang PPPS dan 4,000 jawatan lagi bagi Guru Cemerlang PPPLD (KPM,
2010).
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran yang
tinggi dalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga
sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan (Utusan Malaysia, 30 November
2013). Guru Cemerlang menurut Mohd Zakaria (2012) pula, ialah guru yang dapat
melaksanakan tugasnya dengan berkesan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Di mana ia mampu melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik daripada guru biasa yang mengajar
mata pelajaran yang sama. Selain itu, Guru Cemerlang juga mesti bertindak
sebagai pakar rujuk dan role model kepada guru-guru dan murid-murid serta dapat
memberi impak yang positif kepada peningkatan prestasi akademik.
Kesimpulannya, Guru Cemerlang ialah guru pakar dalam mata pelajaran
yang diajar dan sentiasa berusaha menambah baik amalan mengajar secara
berterusan bagi memenuhi keperluan muridnya sehingga berjaya memacu
kecemerlangan mereka. Guru Cemerlang akan sentiasa mempamerkan
keperibadian yang baik serta mulia, menjadi model berkesan, bijaksana,
memperlihatkan tingkah laku cemerlang dan bermotivasi.
Seperti yang dikatakan di awal tadi, konsep Guru Cemerlang adalah untuk
guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar. Pada
peringkat awal kelahiran konsep ini, ia mempunyai tiga matlamat utama iaitu
untuk memberi peluang kepada guru-guru yang berdedikasi, bermotivasi,
berkemahiran, berpengalaman, dan memiliki kepakaran dalam mata pelajaran
tertentu untuk merasai kenaikan pangkat. Selain itu, walaupun telah dinaikkan
4 pangkat guru-guru ini akan kekal mengajar tanpa perlu bertukar ke jawatan
pentadbiran dan kepakaran serta kebolehan mereka dapat terus dimanfaatkan. Di
samping itu juga ia memberi peluang kepada guru-guru yang berpotensi untuk
memegang jawatan yang lebih tinggi melalui laluan laju (fast track) (Utusan
Malaysia, 30 November 2006). Selain tiga matlamat utama di atas, pelaksanaan
konsep ini sebenarnya memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang cemerlang
dalam bidang masing-masing, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,
menjadikan Guru Cemerlang role model, meningkatkan motivasi dan
meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan
kemahiran Guru Cemerlang (KPM, 2010).
Guru Cemerlang memainkan peranan yang amat penting dalam membangun
dan menyumbangkan khidmat kepakaran terhadap kecemerlangan muridnya di
samping menjadi role model serta pembimbing kepada rakan-rakan sejawat. Guru
Cemerlang dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan
mencapai kadar dan tahap yang cemerlang seperti yang diperincikan dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Peranan dan tanggungjawab itu
adalah seperti berikut (Utusan Malaysia, 30 November 2006).
i) Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata
pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri
pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii) Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum
berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan.
5
iii) Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat, dan membimbing
guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
iv) Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan
penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang
hasilnya.
v) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai Guru Cemerlang, kualiti berasaskan ciri-ciri seperti peribadi,
pengetahuan, kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan kepada
kemajuan pendidikan negara mesti dimiliki (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh,
2007). Guru Cemerlang mestilah mempunyai ciri-ciri berikut.
i) Guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan
berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan
awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang
dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
ii) Guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber,
alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan
program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
6
iii) Guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
iv) Guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta
berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan
dalam pelbagai situasi.
v) Guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat
responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.
vi) Guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau
bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut
bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelantikan Guru Cemerlang tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya.
Pemilihan yang dibuat hanya berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) yang tinggi tetapi tidak berdasarkan pemantauan yang melihat
kompentensi-kompentensi ketrampilan profesional, pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan kurikulum, peranan dan aktiviti bukan akademik, keperibadian dan
pembangunan peribadi. Selain itu, nazir penilai juga sepatutnya menemu bual
pengetua atau guru besar, penolong kanan, ketua panitia, guru-guru dan murid-
murid bagi mengesahkan kepakaran calon seperti dalam Penilaian Calon Guru
Cemerlang oleh Jemaah Nazir Sekolah (Utusan Malaysia, 30 November 2006).
7
Terdapat guru yang dilantik sebagai Guru Cemerlang di sekolah tidak
melalui proses pemantauan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Menurut Pn
Masdiana bt Kamil yang bertugas di SK FELDA Kledang, pelantikannya sebagai
Guru Cemerlang DGA 32 pada 1 Oktober 2007 adalah tanpa pemantauan Jemaah
Nazir. Kenyataan yang sama juga diberi oleh seorang guru dari Perak dalam artikel
yang bertajuk ‘Jemaah Nazir Wajib Semak Guru Cemerlang’ (Berita Harian, 9
Ogos 2010). Menurutnya, ia menyokong bahawa ada kebenaran tentang kenyataan
pelantikan Guru Cemerlang tanpa pemantauan Jemaah Nazir. Pemantauan Jemaah
Nazir tidak berlaku untuk pelantikan Guru Cemerlang pada tahun 2007 dan 2008.
Masalahnya, timbul rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru kerana
pemilihan Guru Cemerlang hanya mengambil kira Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) dalam borang permohonan. Ini kerana, sesetengah guru yang
memperolehi markah tinggi hanya disebabkan ada hubungan baik dan lebih
glamour di kalangan pentadbir atau dalam istilah biasa ‘kaki bodek’. Bagi guru-
guru yang benar-benar bekerja dan bertungkus-lumus untuk kecemerlangan
prestasi akademik murid, tidak mendapat markah yang setimpal kerana mereka
tidak pandai ‘mengipas’ penilai (Berita Harian, 9 Ogos 2010). Pemilihan Guru
Cemerlang ini tanpa pemantauan seolah-olah penutup peluang guru yang benar-
benar layak kerana pengisian jawatan adalah berdasarkan kouta yang ada.
Walau bagaimanapun, kenyataan ini ditolak oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti. Dakwaan sesetengah guru memperolehi markah tinggi dalam
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kerana menjalinkan hubungan baik dengan
penilai adalah tidak tepat dan berasaskan andaian semata-mata. Menurut Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti, sepanjang diberi tanggungjawab sebagai penilai dan
pemantau, tiada seorang guru pun yang terlepas daripada penilaian sebelum
dilantik sebagai Guru Cemerlang (Berita Harian, 9 Ogos 2010). Ini kerana dalam
8 pelaksanaan tanggungjawab sebagai penilai calon Guru Cemerlang, mereka
ditegaskan dan diingatkan agar setiap nazir yang terlibat di sepanjang proses
penilaian dapat melaksanakan tugas dengan beretika, bersikap profesional dan
memberi keutamaan kepada kualiti kerja calon (Berita Harian Online, 18 Ogos
2010).
Sebenarnya, amalan pemilihan Guru Cemerlang mengikut kriteria-kriteria
tertentu memang berlaku dan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul, walau
bagaimanapun apabila pelaksanaan pemilihan dibuat, kadang kala ia berlaku
kebocoran tanpa disedari sehingga tidak menggambarkan kehendak sebenar
jawatan tersebut (Berita Harian, 18 Ogos 2010). Terdapat juga pelantikan Guru
Cemerlang tidak berdasarkan pengalaman dan kemahiran kepimpinan pengajaran
tetapi lebih kepada memenuhi keperluan kekosongan jawatan yang diambil
berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang tinggi (Berita Harian, 9 Ogos
2010). Pada tahun 2007, sebahagian Guru Cemerlang yang dilantik adalah untuk
memenuhi kouta perjawatan yang telah diluluskan. Lebih memeranjatkan ada
yang menerima surat pelantikan tetapi tidak membuat permohonan (Berita Harian
Online, 16 April 2011). Ada di antara Guru Cemerlang yang dilantik hanya
menonjol di bidang pentadbiran sahaja dan di sekolah banyak diberi
tanggungjawab membuat kerja-kerja pentadbiran berbanding kerja-kerja akademik
(Forum Utusan Malaysia, 3 Disember 2009).
Selain daripada masalah di atas, Guru Cemerlang di sekolah banyak
dibebani dengan tugas-tugas pengkeranian dan pentadbiran bukan bidang
akademik. Sebagai contoh, Guru Cemerlang dilantik menjadi penyelaras Latihan
Dalam Perkhidmatan, Guru Bimbingan, Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah
Kualiti dan lain-lain tugas pengurusan dan pentadbiran, yang jauh dari tugas dan
peranan Guru Cemerlang yang sebenar (Forum Utusan Malaysia, 3 Disember
2009). Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu, murid
9 ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan banyak masalah disiplin. Lebih
membimbangkan kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran ini, fokus guru terhadap
akademik menjadi longgar, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki selama ini
tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu kecemerlangan murid.
Guru Cemerlang tidak dinafikan memang cemerlang tetapi bukan
semuanya cemerlang seperti label yang diberi. Guru Cemerlang dari Kuala
Lumpur dalam tulisannya yang bertajuk ‘Guru Cemerlang Wajar Muhasabah Diri,
Usah Pertikai Beban Tugas’, bercerita mengenai pemerhatiannya terhadap Guru
Cemerlang yang hanya memerah tenaga guru biasa. Sebagai contoh dalam
program penyediaan modul, soalan dan bahan bantu belajar yang biasanya
melibatkan semua guru sama ada Guru Cemerlang atau guru biasa. Walau
bagaimanapun bahan tersebut akan dikumpulkan oleh Guru Cemerlang dan hasilan
tersebut dihebohkan sebagai hasil kerjanya. Malahan ada di antara Guru
Cemerlang yang menggunakan bahan tersebut sebagai bahan bukti untuk
memohon jawatan Guru Cemerlang gred yang lebih tinggi (Berita Harian Online,
16 April 2011).
Tidak semua Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri Guru Cemerlang bagi
memenuhi lima aspek kecemerlangan seperti yang dikehendaki oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Menurut Md Nasir (2000) dalam penyelidikannya yang
bertajuk ‘Guru Cemerlang : Personaliti dan Kemahiran’, lima aspek
kecemerlangan tersebut ialah peribadi, pengetahuan dan kemahiran, komunikasi,
potensi dan personaliti unggul seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini.
Dalam setiap aspek yang ditekankan terdapat ciri-ciri tertentu yang perlu dipenuhi.
Namun daripada hasil penyelidikan yang telah dijalankan didapati aspek
personaliti unggul yang mengandungi ciri-ciri seperti adil, sabar, tegas, konsep
kendiri positif, kesungguhan, mesra, prihatin, kerjasama, menepati masa,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan kecindan (unsur jenaka), tidak dapat
10 dipenuhi sepenuhnya oleh Guru Cemerlang. Md Nasir (2000), hanya 3 sahaja
daripada ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh
semua Guru Cemerlang yang ada di Malaysia masa kini. Sebagai guru, kita
sepatutnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulia
oleh masyarakat.
Daripada pemantauan yang dibuat oleh oleh Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah, Bahagian Matematik Sains Sekolah Rendah, Kota Tinggi mendapati
peranan Guru Cemerlang di sekolah kurang menyerlah dan tidak terdapat
perbezaan dengan guru biasa di sekolah. Hasil pemantauan yang di buat kepada 7
orang Guru Cemerlang sekolah menengah menunjukkan kebanyakan mereka tidak
membuat persediaan yang lengkap sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini terbukti semasa pemantauan di buat, buku rekod mengajar tidak
lengkap, tiada penggunaan bahan bantu belajar dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jelasnya, tiada terdapat perbezaan di antara Guru Cemerlang dan
guru biasa dalam pelaksanaan peranan dan tanggungjawab mereka di sekolah.
Lebih menyedihkan lagi, ada di antara Guru Cemerlang yang dipantau
menunjukkan prestasi yang lebih rendah daripada guru biasa. Menurutnya lagi,
pemantauan ini di buat atas arahan Pengarah Pelajaran Pendidikan Negeri Johor
berikutan aduan yang diterima daripada guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah
(Kamalhuzaimi, Komunikasi Peribadi, 18 Mac 2013).
Daripada isu-isu berkaitan Guru Cemerlang yang telah dibincangkan tadi,
jelas menunjukkan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti perlu prihatin terhadap
kualiti Guru Cemerlang yang sedia ada hari ini. Guru besar atau pengetua juga
turut bertanggungjawab untuk memastikan Guru Cemerlang yang telah dilantik di
bawah seliaan mereka berupaya mengekalkan kecemerlangan selari dengan bidang
kepakaran yang dimiliki. Ini penting bagi menyelesaikan masalah pencapaian
prestasi mata pelajaran kepakaran yang diajar oleh Guru Cemerlang. Antara
11 masalah yang telah dikenal pasti ialah pelaksanaan kurikulum yang dikelolakan
oleh Guru Cemerlang sebagai ketua panitia mata pelajaran, tidak dapat berfungsi
sepenuhnya dengan baik sehingga masih ramai murid yang gagal dalam mata
pelajaran yang diajar (Berita Harian, 9 Ogos 2010).
Guru Cemerlang bertanggungjawab untuk melonjakkan kecemerlangan
sekolah menerusi pengkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di
samping pembangunan modal insan yang seimbang dan menyeluruh. Kegagalan
Guru Cemerlang menggalas tanggungjawab ini akan mengakibatkan penurunan
dan kemerosotan prestasi sekolah. Kecemerlangan potensi Guru Cemerlang dapat
menyumbang tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah (Zainal, 2004).
Menurut Shaliha (2011), Guru Cemerlang yang dipilih tidak mempunyai
kemahiran kepimpinan, sikap dan ilmu pengetahuan bagi melaksanakan tugas dan
peranan sebagai Guru Cemerlang bagi pasukan yang dipertanggungjawabkan.
Oleh itu, adalah sesuatu yang penting untuk melihat tahap ilmu pengetahuan,
kemahiran pemimpin dan sikap Guru Cemerlang sedia ada dan perkaitannya
dengan kecemerlangan mata pelajaran yang diajar, berada di tahap yang sepatutnya
atau sebaliknya. Di sekolah status Guru Cemerlang di pandang tinggi oleh seluruh
warga sekolah dan jika pencapaiannya di tahap yang rendah dan kurang
memuaskan, konflik pasti akan berlaku. Ini kerana, ia berkait rapat dengan
kepuasan dan motivasi kerja dalam organisasi tersebut.
12
1.3 Pernyataan Masalah
Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan terdapat masalah dalam
pemilihan Guru Cemerlang sehingga mempengaruhi peranan dan tanggungjawab
mereka di sekolah. Hari ini kualiti guru merupakan guru merupakan aspek penting
yang diberi penekanan dalam proses kajian semula pendidikan. Seperti mana
diketahui, hanya guru yang berkualiti dapat mewujudkan pendidikan yang
berkualiti (Dewan Masyarakat, Ogos 2012). Guru Cemerlang sebenarnya mampu
mengemukakan idea dan saranan terbaik tentang kaedah pengajaran dan
pembelajaran supaya ia dapat dipertingkatkan, serta melengkapkan murid dengan
kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan dalam
penyelesaian masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Namun begitu, adakah Guru Cemerlang benar-benar menjalankan peranan
dan tanggungjawab mereka ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga? Seperti
yang dinyatakan tadi, Guru Cemerlang tidak cemerlang seperti yang dilabelkan,
kegagalan Guru Cemerlang mencapai kecemerlangan selari dengan kepakaran
yang dimiliki sehingga berlaku kemerosotan prestasi mata pelajaran yang diajar
dan kegagalan Guru Cemerlang menerajui panitia mata pelajaran sehingga tidak
berfungsi dengan baik. Sebenarnya, masalah ini timbul kerana pemilihan dan
pelantikan Guru Cemerlang tidak memenuhi kriteria khusus yang sepatutnya tetapi
hanya berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Pemantauan yang
melibatkan kompentensi-kompentensi ketrampilan profesional, pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan kurikulum, peranan dan aktiviti bukan akademik,
keperibadian dan pembangunan peribadi tidak dibuat dengan sempurna.
Terdapat juga pelantikan Guru Cemerlang tidak berdasarkan pengalaman dan
kemahiran kepimpinan pengajaran tetapi lebih kepada memenuhi keperluan
13 kekosongan jawatan yang diambil berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
yang tinggi bagi memenuhi kuota perjawatan yang telah diluluskan. Guru
Cemerlang di sekolah juga banyak dibebani dengan tugas-tugas pengkeranian dan
pentadbiran, bukan bidang akademik. Akibatnya, fokus Guru Cemerlang terhadap
akademik menjadi longgar, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu,
pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki tidak dapat digunakan sepenuhnya
untuk membantu kecemerlangan murid. Selain itu, ada juga Guru Cemerlang yang
dipilih tidak memenuhi aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh KPM iaitu
peribadi, pengetahuan dan kemahiran, komunikasi, potensi dan personaliti unggul.
Akibatnya mereka tidak dapat melaksanakan tugas dan peranan sebagai Guru
Cemerlang bagi pasukan yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Untuk itu, kajian yang akan dibuat ini cuba melihat dan menilai sejauh mana
kebenaran kenyataan-kenyataan di atas. Adakah Guru Cemerlang benar-benar
gagal melaksanakan peranan dan tanggungjawab seperti yang dibincangkan? Abd
Jalal (1998) dalam kajiannya yang bertujuan mengkaji persepsi guru dan pentadbir
sekolah terhadap peranan Guru Cemerlang di daerah Kulai, menunjukkan persepsi
baik guru-guru terhadap Guru Cemerlang dengan min melebihi 4.0. Walau
bagaimanapun data yang diperolehi ini telah lama dan telah melebihi sepuluh
tahun.
Kajian mengenai Guru Cemerlang dalam tempoh tiga tahun kebelakangan
ini pula adalah lebih banyak mengenai personaliti Guru Cemerlang dan
hubungannya dengan pencapaian prestasi kerja Guru Cemerlang (Noor Khairriah,
2010) dan mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan, kemahiran kepimpinan dan
sikap Guru Cemerlang serta hubungannya terhadap kecemerlangan subjek
(Shaliha, 2011). Dapatan menunjukkan, pengetahuan, kemahiran kepimpinan dan
sikap Guru Cemerlang berada pada tahap yang tinggi dan terdapat hubungan yang
kuat dengan kecemerlangan subjek yang diajar. Walau bagaiamanapun, dimensi
14 kemahiran kepimpinan masih boleh dikembangkan dan dibangunkan oleh pihak-
pihak yang berkaitan.
Selain itu, ada juga kajian mengenai penilaian kendiri kompetensi guru untuk
jawatan Guru Cemerlang (Rodziah, 2012) Kajian bertujuan untuk mengenal pasti
punca guru biasa tidak memohon jawatan Guru Cemerlang di samping mengetahui
tahap pengetahuan, kemahiran dan sahsiah guru biasa dan Guru Cemerlang.
Walaupun dapatan menunjukkan, punca guru tidak memohon jawatan Guru
Cemerlang kerana tahap pengetahuan, kemahiran dan sahsiah mereka sederhana
berbanding Guru Cemerlang lebih tinggi namun guru biasa telah mengaplikasikan
kompetensi dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka di
sekolah.
Oleh itu, kajian ini ingin dijalankan berdasarkan peranan dan tanggungjawab
Guru Cemerlang hari ini untuk meningkatkan kompetensi guru lain dan prestasi
akademik sekolah. Berdasarkan pembacaan yang dibuat, belum ada kajian dibuat
mengenai peranan Guru Cemerlang untuk meningkatkan kompetensi guru lain dan
prestasi akademik sekolah. Kajian ini juga akan melihat tahap rungutan guru-guru
terhadap proses pelantikan Guru Cemerlang di samping mengetahui masalah-
masalah yang dihadapi oleh Guru Cemerlang dalam melaksanakan peranan di atas.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti peranan Guru
Cemerlang dalam meningkatkan kompetensi guru lain dan prestasi akademik
sekolah dan masalah-masalah yang mereka hadapi semasa pelaksanaan peranan
tersebut. Maklumat-maklumat yang diperlukan akan dikumpul dan dinilai untuk
15 menjawab segala persoalan kajian yang ingin diselidiki dengan menggunakan
instrumen temu bual dan soal selidik kepada Guru Cemerlang, Guru Besar dan
guru-guru. Secara lebih terperinci, objektif kajian ini adalah untuk mendapat
maklumat mengenai perkara-perkara berikut
i) Mengenalpasti tahap rungutan guru-guru terhadap proses pelantikan
Guru Cemerlang.
ii) Mengenalpasti peranan Guru Cemerlang dalam meningkatkan
kompetensi guru lain di sekolah.
iii) Mengenalpasti peranan Guru Cemerlang dalam meningkatkan
prestasi akademik sekolah.
iv) Mengenalpasti cara pihak pengurusan sekolah menggunakan
kepakaran Guru Cemerlang dalam meningkatkan kompetensi guru
lain di sekolah.
v) Mengenalpasti cara pihak pengurusan sekolah menggunakan
kepakaran Guru Cemerlang dalam meningkatkan prestasi akademik
sekolah.
vi) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru
Cemerlang dalam melaksanakan peranan mereka untuk
meningkatkan kompetensi guru lain dan prestasi akademik sekolah.
16
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah disenaraikan di atas, kajian ini akan cuba
mencari jawapan untuk persoalan-persoalan kajian berikut.
i) Apakah rungutan guru-guru terhadap proses pelantikan Guru
Cemerlang?
ii) Sejauhmanakah Guru Cemerlang berperanan dalam meningkatkan
kompentensi guru lain di sekolah?
iii) Sejauhmanakah Guru Cemerlang berperanan dalam meningkatkan
prestasi akademik sekolah?
iv) Bagaimanakah pihak pengurusan sekolah menggunakan kepakaran
yang dimiliki Guru Cemerlang dalam meningkatkan kompentensi
guru lain di sekolah?
v) Bagaimanakah pihak pengurusan sekolah menggunakan kepakaran
yang dimiliki Guru Cemerlang dalam meningkatkan prestasi
akademik sekolah?
vi) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Cemerlang
dalam melaksanakan peranan mereka untuk meningkatkan
kompetensi guru lain dan prestasi akademik sekolah?
17
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) yang
bertanggungjawab menilai Guru Cemerlang, Guru Cemerlang itu sendiri bagi
memastikan mereka benar-benar cemerlang dan bertanggungjawab terhadap
jawatan yang diterima dan pihak Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran
Negeri bagi merancang dan melaksanakan program pembangunan.
1.6.1 Guru Cemerlang
Guru Cemerlang diharapkan dapat melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan bagi memastikan mereka dapat
melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan berkualiti.
Selain daripada itu Guru Cemerlang juga diharapkan sentiasa bersedia untuk
mengembeling idea dan menyumbangkan tenaga serta berusaha ke arah
menjadikan diri mereka sentiasa cemerlang di sekolah. Hasil kajian juga boleh
dijadikan panduan dan senarai semak kepada Guru Cemerlang agar dapat
melaksanakan peranan dan tanggungjawab mengikut apa yang telah digariskan
oleh KPM supaya tidak terpesong dari tugasan yang sebenar. Di samping itu ia
akan menjadi motivasi kepada Guru Cemerlang agar sentiasa memperbaiki dan
melengkapi diri serta berusaha memperkembangkan kerjaya.
18
1.6.2 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN)
Hasil kajian akan dapat membantu Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan
Pelajaran Negeri untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan
profesional yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan sahsiah
Guru Cemerlang untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.
Perancangan yang rapi akan dapat membantu melahirkan lebih ramai Guru
Cemerlang dan mengekalkan mereka yang ada pada hari ini. PPD dan JPN juga
akan mempunyai sekumpulan guru pakar yang dapat menyumbangkan tenaga dan
idea untuk kecemerlangan daerah dan negeri.
1.7 Skop Kajian
Terdapat batasan dan had bagi kajian yang dijalankan ini. Item yang hendak
dikaji adalah mengenai peranan Guru Cemerlang dalam meningkatkan kompetensi
guru lain dan prestasi akademik sekolah berdasarkan persepsi guru-guru dan Guru
Besar serta masalah-masalah yang mereka hadapi dalam melaksanakan peranan
ini.
1.7.1 Populasi kajian hanya di sekolah rendah gred A dalam daerah Kota
Tinggi yang mempunyai Guru Cemerlang sahaja. Responden kajian
terdiri daripada guru biasa di sekolah berkenaan dan beberapa orang
Guru Besar serta Guru Cemerlang yang terpilih dan hasil kajian
boleh digeneralisasikan oleh guru-guru dalam daerah Kota Tinggi
sahaja kerana ia tidak melambangkan persepsi semua guru terhadap
Guru Cemerlang yang ada di Malaysia.
19
1.7.2 Instrumen soal selidik yang dibina tidak dapat mengkaji semua
kriteria tentang Guru Cemerlang tetapi hanya berdasarkan kepada
peranan mereka dalam meningkatkan kompetensi guru lain dan
prestasi akademik sekolah. Instrumen temubual pula dibina
berdasarkan temubual lisan dengan beberapa orang Guru Besar
tentang cara yang mereka menggunakan kepakaran Guru
Cemerlang dalam meningkatkan kompetensi guru lain dan prestasi
akademik sekolah dan Guru Cemerlang tentang masalah-masalah
yang mereka hadapi dalam melaksanakan peranan ini di sekolah.
1.7.3 Keikhlasan responden kajian juga merupakan faktor penting yang
dapat menjamin kesahihan dapatan kajian ini. Oleh itu, pengkaji
menganggap bahawa segala maklumat yang diberi adalah
menggambarkan persepsi sebenar guru terhadap peranan Guru
Cemerlang di sekolah.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik
yang dikemaskini dalam borang yang disediakan kepada responden. Kaedah
pengutipan data yang bersifat kualitatif pula dijalankan melalui temu bual. Hasil
soal selidik dan temu bual yang akan diperolehi sangat mengharapkan kejujuran
dan pertimbangan yang tinggi daripada responden.
20
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Guru Cemerlang
Guru Cemerlang menurut KPM (Utusan Malaysia, 30 November 2006)
ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi
dalam mata pelajaran yang diajar. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan
bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara
berterusan.
1.9.2 Peranan
Peranan menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002) ialah,
tugasan dan tanggungan serta kewajiban yang menjadi amanah untuk
dilaksanakan.
1.9.3 Masalah
Menurut Kamus Dewan Edisi 3 (1996), masalah ialah sesuatu yang
memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran.
21
1.9.4 Kompetensi
Menurut KPM (2010) kompetensi merujuk kepada kebolehan atau
kemampuan individu melaksanakan tugas dengan jayanya mengikut standard yang
ditetapkan. Kompetensi memberi fokus kepada keupayaan melaksanakan tugas
mengikut spesifikasi dan standard kompetensi yang ditetapkan. Keupayaan ini
mestilah memerlukan kemahiran yang disokong oleh pengetahuan dan pengalaman
serta nilai-nilai profesional yang tinggi. Standard Kompetensi ini merupakan
bidang-bidang kompetensi yang ditetapkan dan perlu dicapai serta kaedah
pengukurannya dipersetujui untuk diterima pakai.
1.9.5 Persepsi
Kamus Dewan Edisi 4 (2005), mendefinisikan persepsi sebagai pandangan
menerusi pancaindera tentang sesuatu perkara yang dibincangkan
1.10 Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, diharap pembaca dapat memahami
mengenai konsep Guru Cemerlang dari segi latar belakang, kuota yang ada,
defininsi, peranan dan tanggungjawab serta ciri-ciri Guru Cemerlang yang
diharapkan. Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan iaitu mengenai
rungutan guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah yang mengatakan Guru
Cemerlang sebenarnya tidak cemerlang di sekolah. Tidak semua Guru Cemerlang
dikatakan cemerlang seperti yang dilabelkan. Ada di antara mereka tidak
mempunyai ciri-ciri Guru Cemerlang bagi memenuhi lima aspek kecemerlangan
22 seperti yang diharapkan oleh KPM. Berdasarkan isu-isu inilah, pengkaji berminat
untuk mengkaji sejauh mana kebenaran kenyataan-kenyataan yang diberi.
Pengkaji berminat untuk melihat peranan Guru Cemerlang dalam meningkatkan
kompetensi guru lain dan prestasi akademik sekolah. Selain itu, belum ada kajian
yang dibuat mengenai perkara ini di samping mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi oleh Guru Cemerlang dalam menjalankan peranan ini di sekolah.
top related