Transcript
2
Hasil Pembelajaran
Menerangkan asas-asas pembentukan Tamadun Melayu.
Menjelaskan kesinambungan antara Tamadun Melayu dan Malaysia
Mengenal unsur-unsur Tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia
4
Asal usul penduduk Tanah MelayuBangsa AustronesiaDari Yunan China
PaleolitikMesolitikNeolitik
• Zaman logam gangsa
• Kedatangan Melayu Proto Kira-kira 2500 B.C
• Zaman logam besi
• Kedatangan Melayu Deutro kira-kira 1500 B.C
• Menjadi nenek moyang bangsa Melayu kini
Zaman Logam
Zaman Batu
Zaman Logam
KONSEP MELAYU
Ras (genetik @ biologi)• Iaitu sekumpulan manusia memiliki ciri
genetik yg sama & berasal dari Alam Melayu
Kebudayaan Melayu• Pegangan dan amalan berteraskan
agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu
Bahasa Melayu• Bahasa yg dituturkan di seluruh
kepulauan Melayu
6
Konsep Alam Melayu
• merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan Australia.
•Melayu Diaspora seperti Melayu Cape di Afrika Selatan
7
Melayu dalam Perlembagaan
Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, Orang Melayu ditakrifkan sebagai:
1. Secara lazimnya berbahasa Melayu2. mengamalkan adat istiadat Melayu,
dan3. Beragama Islam.
Pentakrifan di atas berkaitan dengan kaedah menentukan warganegara
Persekutuan Tanah Melayu pada waktu penggubalan Perlembagaan Persekutuan
dan kemerdekaan
9
Selepas Islam• Sumatera:
• Perlak Samudera Pasai (840), Aceh (1507 M), Minangkabau (1500)
• Semenanjung Tanah Melayu• Melaka (1400-1511M), Johor-
Riau-Lingga (1673M), Patani di Selatan Thailand (1500M)
• Borneo• Kesultanan Melayu Brunei
(1480), Sambas (1580 M)• Pulau Jawa
• Demak (1540M), Bantan (1572M), Sunda Kelapa (1527), Mataram (1586M)
• Indonesia Timur• Makassar (1600M), Tarnate
(1490M), Sulu (1450M), Magindanao (1490M
• Tanah Besar Asia Tenggara• Champa, Indo-China.
Pra-Islam
Kerajaan berbentuk Agraria:Antaranya:• Funan• Angkor • Majapahit
Kerajaan berbentuk maritim:• Funan (2M)• Langkasuka (2M)• Kedah (4 M)• Perak (5M)• Jambi/Melayu (6/7M)• Srivijaya (7M)• Surabaya (11M)
Kemunculan Pusat-Pusat Kerajaan Melayu
10
Asas Pembentukan Tamadun Melayu
Amalan bermesyuarah dalam kalangan masyarakat Melayu – masyarakat desaMasyarakat bangsawan dan istana, raja @ sultan – berkuasa mutlak
Perubahan teknologi – tempat tinggal dan pertanian tetap
Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu.Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan
penguasaan pertanian
11
Asas Pembentukan Tamadun Melayu
Masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.
Pengaruh agama Hindu dan Buddha , Islam dan kuasa barat
Nilai-nilai luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu .
12
Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan
Kerajaan Melayu telah wujud 2500 tahun dahulu di Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing, Perak.
Bukti terdapat pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan perdagangan jarak jauh
Dikuasai oleh pemimpim sesebuah kerajaan – petanda kewujudan susunan masyarakat kompleks
Antara nilai dalam Tamadun Melayu –
i. kebolehan berinteraksi dengan masyarakat luar,ii. bersifat terbuka,iii. hormat undang-undang tempatan daniv. mengambil kira pandangan pihak lain.
13
Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam
Penguasaan teknologi maritim oleh masyarakat Melayu menghasilkan tamadun awal
Kerajaan Melayu awal – pengaruh Hindu Buddha:i. candi di Lembah Bujang,ii. candi Borobodur di Jogjakarta,iii. Angkor Wat di Kemboja.
Dua empayar Melayu yang luas – empayar Funan dan empayar Sri Vijaya – menguasai laluan dagangKerajaan Melayu Langkasuka dan Beruas di Tanah Melayu, Sri Vijaya dicatat dlm catatan sejarah sarjana India dan Cina
menggambarkan ketinggian kesenian tersendiri masyarakat Melayu ketika itu
14
Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam
Laluan kedatangan
Islam ke Alam Melayu
dari Arab & Parsi ke
Laluan perdagangan laut
IndiaLaluan
perdagangan darat
China
Laluan perdagangan darat(Laluan
Sutera) sebelum mengikuti lalauan perdangan laut ke
kawasan Alam Melayu
15
Kesan kedatangan IslamMembentuk Tamadun
Melayu baruPusat keintelektualan dan persuratan Melayu.
Kesultanan Melayu IslamKesultanan
Melayu Melaka
Acheh Pasai Perlak
PataniJohor-Riau-
Lingga
18
Pusat pengembangan ilmu dan agama Islam
Istana
Masjid
Ilmu dikembangkan kepada semua peringkat masyarakat – pemerintah, pembesar dan orang awam
19
Tamadun Melayu Islam – zaman kegemilangan tamadun Melayu
Empayar Melaka – kemuncak pencapaian tamadun MelayuIslam diterima secara menyeluruh dalam kalangan orang Melayu
Pengaruh penggunaan bahasa Melayu yang meluas :- Lingua franca, bahasa agama dan bahasa ilmu
Pelaksanaan undang-undang Islam dan adat spt Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
21
Akidah Islam
Orang Melayu berpegang pada akidah Islam sebagai asas pandangan
semestanya
Mementingkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T
Pandangan semesta orang Melayu berunsur tradisional disesuaikan dengan
dasar-dasar akidah Islam.
Mentaati segala yang disuruh dan meninggalkan segala larangan Allah
adalah tuntutan imam
22
• Masyarakat Melayu sangat menghormati pemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu
• Institusi beraja adalah unsur tradisi masyarakat Melayu.• Ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan/Raja telah menjadi sebahagian daripada budaya orangn Melayu sejak zaman awal tamadun lagi
Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
23
Berpegang teguh kepada Adat Resam
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti yang dapat dilihat dalam amalan hidup seharian
Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan turun-temurun
Antara adat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.
24
Memulia-kan orang Tua
Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia.
Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang muda.
Pengalaman adalah sesuatu yang dipandang penting dalam masyarakat Melayu.
25
Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim
Terbukti melalui gelaran dalam keluarga seperti datuk, nenek, along, angah, pak cik, dan makcik.
Aktiviti kenduri-kendara juga membuktikan orang Melalu mementingkan hubungan silaturrahim
Demikian juga dalam amalan ziarah-menziarahi
26
Saling menghormati
Tamadun Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.
Mereka saing menghormati malahan seringkali bersikap rendah diri
Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut menghormati orang lain
Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan
dipandang rendah
27
Meraikan Tetamu
Meraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu.
Mengikut ajaran Islam, tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dialu-alukan dan diraikan dengan sebaik-baiknya .Pepatah Melayu- “suami pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan”
28
Bertimbang rasa
Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalm pelbagai keadaan
Sikap ini menjadikan orang Melayu tidak mementikang perasaan diri semata-mata.
29
Bersopan santun,Berbudi Bahasa
Bersopan santun dan berbudi bahasa adalah sebahgian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang dikaitkan dengan adab.
Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya manakala orang yang tidak bersopan santun dan tidak berbudi bahasa sebagai biadab dan kasar.
30
Bermesyuarah/Bermuafakat
Ialah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai
Golongan ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.
Hal ini dibuktikan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.
31
Bergotong-royong
Salah satu daripada ciri Tamadun Melayu adalah melakukan kerja pekerjaan secara bergotong-royong.
Nilai kerjasama ini merupakan sebahagian daripada nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.
Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersih rumah ibadat dan tanah perkuburan.
32
Pencapaian Tamadun Melayu
Sebelum Islam
- Bentuk sastera lisan dan hikayat
Persuratan
Cerita mitos – Puteri Santubong
Cerita legenda – Mahsuri
Cerita mergastua – Sang Kancil
Ungkapan– pantun, peribahasa,
gurindam, seloka
Selepas Islam
Sastera kitab– Sharabul Ashiqin – Hamzah
Fansuri Sastera ketatanegaraan–
Tajul Salatin – Bukhari al-Jauhari
Historiografi– Sulalatul Salatin– Tun Sri Lanag
Kitab-kitab perubatan–Tayyib al-Ihsan fi Tibbil Insan –
Wan Ahmad Muhammad Zain al-FataniAstronomi–
Ilmu Falak– Syeikh Ahmad al-Fatani
Matematik– Raudat al-Hussab fi A’mal al-Hisab
– Syeikh Ahmad Abdul Latif al-Khatib
33
Seni tari Zapin Mak Yong Inang
Kesenian
Seni Muzik Gamelan Cak Lempong Kompang
Seni Ukir dan Khat
Mimbar masjid Ukiran kayu Ukiran tembaga
Seni Bela Diri/Persilatan Silat gayong Silat cekak Silat lincah
Seni Pertukangan Rumah Senjata Perahu
Seni Tenun, Sulaman dan Anyaman
Songket Tekat Selendang Tikar Terendak
Seni Kulinari Acar buah Rendang Gulai Nasi – Dagang, Ulam,
Ambang,
Kerabu
35
Kesinambungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun Malaysia
Asas sistem pemerintaha
n
Agama , Adat Istiadat
Sistem Perundanga
n
Peranan Bahasa Melayu
• Tamadun Malaysia yang ada kini wujud hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan dan dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber sejarah Arkeologi.
• Jelas sekali paksi dan landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu.
36
Asas Sistem Pemerin-tahan
• Tamadun Melayu sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu, Melaka Johor Riau-Lingga membentuk sistem pemerintahan yang tersendiri dan terbukti menjadi sebuah kerajaan yang berjaya.
• Setiap kuasa Melayu tersebut diperintah oleh raja atau Sultan yang mana akhirnya telah menyumbang kepada sistem pemerintahan raja berpelembagaan dalam Tamadun Malaysia hari ini.
• Sistem Raja berperlembagaan di negara ini Yang di-Pertian Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menjadi komponen penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
• Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuan tiga badan:• Badan perundangan• Badan pemerintahan• Badan kehakiman.
37
Sistem Perundangan• Sistem pentadbiran tamadun Melayu dahulu dikukuhkan
lagi dengan sistem perundangan tradisional yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah.• Melaka: Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang
Laut Melaka• Johor: Undang-undang Johor (Undang-undang Tubuh
Negeri Johor, 1895)• Pahang: Undang-Undang Pahang• Kedah: Undang-Undang Kedah• Perak: Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang
Keturunan Daripada Turun Negeri Perak• Terengganu: Perlembagaan Negeri Terengganu,
1911.• Negeri Sembilan: Hukum adan dan Undang-undang
adat.• Sistem perundangan tradisional ini telah dilanjutkan
kepada politik Malaysia dalam perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri
38
Agama dan Adat istiadat Melayu
• Berdasarkan sejarah, tamadun Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam di mana Islam dan adat Melayu telah menjadi sturktur penting kemelayuan dan ketamadunan Malaysia.
• Pengaruh tersebut berkekalan hingga kini di mana:• Islam menjadi faktor dalam mendefinisikan
Melayu (Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiada Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
• Islam menjadi agama Persekutuan Malaysia, dan setiap raja atau sultan ialah ketua agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia.
• Adat Melayu juga mempengaruhi cara berpakaian, jenis pakaian, pengucapan dan tingkah laku.
39
Peranan Bahasa Melayu
• Sejarah Ketamadunan Melayu juga berkembang disebabkan peranan bahasa Melayu pada waktu itu sebagai alat penyebaran agama Islam.
• Peranan bahasa Melayu pada waktu itu yang dibantu dengan huruf jawi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam kitab-kitab agama dan bahasa karya sastera. Bahkan bahasa yang digunakan olah para pendakwah pada masa itu sebagai media komunikasi mereka.
• Hal ini menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam kalangan pedagang.
• Bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa persatuan dan kesatuan Melayu pada waktu itu.
• Berdasarkan sejarah tersebut, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia
40
KESIMPULAN
• Tamadun Melayu muncul dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal
• Kemunculan tamadun awal membantu atau memberi kesan positif kepada pembinaan Tamadun Melayu
• Kerajaan Melayu awal lebih mantap setelah menerima Islam
• Islam telah banyak membawa perubahan corak pemikiran dan sosiopolitik masyarakat Melayu
• Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebagai zaman kegemilangan Tamadun Melayu
Rujukan41
Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar
Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya :Pearson
top related