Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Post on 29-Jan-2018
3397 Views
Preview:
Transcript
15.1 PELUASAN KUASA BARAT DI CHINA
D I S E D I A K A N O L E H : S A I F U L L A H
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
Latar belakang
1. Akhir abad ke-18 kuasa2 barat berminat utk berdagang dgnkerajaan China.
2. Namun menghadapi kesukaran kerana kerajaan China di perintaholeh Dinasti Manchu yg mengamalkan dasar tutup pintu.
3. Dengan dasar tersebut kerajaan Manchu mengenakan pelbagaisekatan terhadap pedagang2 barat.
4. Maharaja Chien Lung mengeluarkan arahan membataskan kegiatansaudagar Barat di China.
5. Pedagang barat tdk dibenarkan berdagang di Canton & hanya dibenarkan menjalankan perdagangan melalui Co-hong.
6. Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksamenggunakan kekerasan bagi memaksa kerajaan China membukapintu kepada kepada kuasa2 Barat.
7. Perkembagan ini menyebabkan British mengisytiharkanpeperangan terhadap kerajaan China pd tahun 1839 yg dikenalisebagai Perang Chandu Pertama.
PERANG CANDU PERTAMA(1839-1842)
1. Dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama.2. Tercetus ekoran daripada pertembungan antara dua
kebudayaan yang bertentangan.3. Menyebabkan kuasa2 barat mula bertapak di negara
China.4. Menyebabkan dinasti Manchu telah mengalami
kemorosotan.5. Tercetus disebabkan oleh pelbagai faktor seperti
kemasukan candu, sekatan kerajaan china terhadappedagagan asing, konsep pedagagan yang bertentangan, sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan, pertentangan undang2 dan kekejaman undang2 China.
Faktor perang candu pertama (1839-1842)
1. Sekatan terhadap perdagagan asing.
2. Sistem hubungan antarabangsa yang
bertentangan.
3. Pertentangan konsep undang2.
4. Konsep perdagagan yang bertentangan.
5. Kekejaman undang2 China.
6. Kemasukan candu.
7. Tindakan Lin Tsu-Hse.
Konsep perdagangan yang bertentangan.
Konsep perdagangan yang bertentangan.
Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara Barat China mampu memenuhi keperluannya dan sumber ekonomi utamanya berasaskan pertanian. Masyarakat Cina menganggap aktiviti perdagangan sebagai kegiatan yang hina.
Barat dasar perdagangan bebas. Negara-negara Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan pasaran dan bahan mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian. Terdapat permintaan yang tinggi bagi barangan China seperti teh dan sutera di Britain.
Sekatan terhadap perdagangan asing.
Pada tahun 1757, Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota keluarga mereka ke pelabuhan Canton. Setelah selesai menjalankan urusan perniagaan di Canton, mereka dikehendaki kembali ke Macau.
Pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang di kenali sebagai Co-hong. Tindakan kerajaan China mengenakan cukai-cukai yang tinggi menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing.
Sistem hubungan antarabangsa yang
bertentangan.
China menganggap dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang bertamadun. Maharaja China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat. Orang Cina menganggap orang Barat sebagai orang gasar yang tidak bertamadun. Negara China menganggap negara-negara Barat bertaraf rendah dan tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf.
Semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus kowtow, iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja.
British menghantar utusan yang diketuai oleh George Macartney (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan dan syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan.
Pertentangan konsep undang-undang.
Konsep undang-undang China, seseorang itu
dianggap bersalah sehingga ia membuktikan
bahawa ia tidak bersalah.
Konsep undang-undang Barat pula menekankan
bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga
kesalahannya dapat dibuktikan.
Pertentangan konsep undang-undang China dan
Barat menyebabkan hubungan China dan British
menjadi bertambah buruk.
Kekejaman undang-undang China.
Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hugnes telah melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi berkenaan telah dicekik sehingga mati tanpa sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China.
Pada bulan Julai 1839, kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk tekah membunuh seorang Cina yang bernama Lin Wei-hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepalanya manakala pihak British enggan berbuat demikian.
Kemasukan Candu.
Orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke
China. Orang Inggeris menjual candu bagi
mengimbangkan perdagangan teh dengan China.
Antara tahun 1821 hingga 1839, jumlah candu yang
diimport telah meningkat kepada 4244 buah peti kepada
40 200 buah peti. Perkembangan ini telah
mengakibatkan imbangan perdagangan yang tidak
menguntungkan China. Pengimportan candu
menyebabkan pengaliran keluar wang perak yang telah
menjejaskan kesihatan dan menimbulkan masalah sosial
dalam kalangan penduduk China.
Tindakan Lin Tsu-hse.
Tindakan Lin Tsu-hse bagi menghapuskan perdagangan candu.
Pada tahun 1839, Maharaja China telah melantik Lin Tsu-hse sebagai pesuruhjaya imperial untuk menghapuskan perdagangan candu. Pada 18 Mac 1839, Lin Tsu-hse telah mengeluarkan titah perintah meminta orang asing supaya menyerahkan semua candu kepada kerajaan China dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China.
Kapten Charles Elliot menyerahkan 20 283 buah peti candu kepada kerajaan China untuk dimusnahkan namun British enggan memberi surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China. Kapten Elliot bertindak menyerang Chuenpi pada bulan November 1839. British menjadikan peristiwa candu sebagai alasan
Kesan Perang Candu Pertama
POLITIK
SOSIAL
Kedaulatan negara China terjejas.
Perjanjian dengan kuasa-kuasa barat.
Dasar tutup pintu tamat. Kemerosotan dinasti
Manchu. Muncul gerakan
menguatkan diri.
EKONOMI
Monopoli Co-hongdimansuhkan.
Muncul golonganpedagang baharu.
Perniagaan candumeningkat.
Ekonomi China terjejas.
Konsep pedaganganbebas diterima
Perang Candu Kedua (1856-1860)
Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara
British dengan China yang dikenali sebagai Perang
Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan
termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos
1842.
Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan
tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam
hubungan antara China dan British. Hubungan
antara mereka tetap runcing sehingga
mengekibatkan peperangan yang kedua pada 1856-
1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua
atau Perang Arrow.
Faktor Perang Candu Kedua (1856-1860)
1. Kepentingan perdagangan.
2. Hubungan diplomatik yang renggang.
3. Sikap antiorang asing.
4. Rasa tidak puas hati terhadap perjanjian Nanking.
5. Perdagangan Candu.
KEPENTINGAN PERDAGANGAN
• Kuasa-kuasa Barat ingin meluaskan kepentingan
perdagangan masing-masing selaras dengan dasar
perdagangan bebas yang telah diamalkan oleh mereka.
• Pembukaan 5 buah pelabuhan, iaitu Canton, Amoy,
Foochow, Ningpo dan Shanghai kepada perdagangan asing
masih tidak memuaskan pedagang-pedagang asing.
• Mereka hanya dibenarkan mengadakan hubungan
perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang
dikenali sebagai Co-hong.
• Dasar antiperdagangan oleh kerajaan China
HUBUNGAN DIPLOMATIK YANG RENGGANG
Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh orang Cina
terhadap kuasa-kuasa asing menyebabkan hubungan
semakin renggang.
Tindakan Kerajaan China enggan menerima perwakilan
asing telah memburukkan hubungan antara mereka.
Percubaan Pesuruhjaya Amerika Syarikat, Peter Parker
untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai
China tidak mencapai kejayaan
SIKAP ANTIORANG ASING
Pada tahun 1847,British menyerang pelabuhan
Canton kerana engan membenarkan pedagang
asing berdagang dengan bebas.
Hsu Kuang Ching dan Yeh Ming Chen pegawai hal
ehwal Canton mengamalkan sikap antiorang asing
dengan menghasut menghalang kemasukan
pedagang di pelabuhan Canton.
RASA TIDAK PUAS HATI TERHADAP PERJANJIAN
NANKING
Kuasa barat tidak puas hati Syarat Perjanjian
Nanking
5 buah pelabuhan tidak memuaskan hati pedagang
barat dan meminta pelabuhan lain dibuka kepada
mereka.
Tidak puas hati dengan hak istimewa yang dijanjikan
dalam Perjanjian Nanking dan British mendesak
kerajaan china memberikan keistimewaan kepada
mereka.
PERDANGANGAN CANDU
Kerajaan China bertindak mengeluarkan perintah
mengharamkan perdagangan candu selepas Perang Candu
Pertama.
Namun demikian, kuasa-kuasa Barat terutamanya British
masih meneruskan perdagangan candu yang mendapat
keuntungan yang lumayan.
Perdagangan candu telah meningkat daripada 46 000
buah peti candu pada tahun 1848 kepada 52 929 buah
peti candu pada tahun 1850
PENYEMAKAN SEMULA PERJANJIAN
Brtitish mendesak China supaya diadakan rundinganbagi mengkaji semua syarat-syarat Perjanjian Nanking.
Perjanjian Wanghsia China dengan Amerika danPerjanjian Whampoa 1844 antara China denganPerancis yang menegaskan perjanjian-perjanjiantersebut akan dikaji semula dalam tempoh 12 tahun.
Mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tambahan seperti kebebasan berdagangmenempatkan perwakilan diplomatik di Peking.
Desakan British supaya China mengkaji semula syaratPerjanjian Nanking dan China enggan untuk memenuhikehendak tersebut.
PEMBUNUHAN MUBALIGH PERANCIS
Pada Februari 1856, seorang mubaligh Perancis
iaitu Augustus Chapdelaine telah dibunuh di Sin Lin
di wilayah Kwangsi atas tuduhan mempengaruhi
penduduk tempatan menentang pemerintahan
Manchu.
Pembunuhan ini telah melanggar prinsip “Hak
Wilayah Asingan” yang diberikan kepada Perancis
Maharaja Napoleon III ambil kesempatan
menggunakan kekerasan terhadap china
PERISTIWA LORCHA ARROW
Lorcha Arrow sebuah kapal dimiliki oleh orangberbangsa cina tetapi didaftarkan di Hong Kong denganberlayar bendera Britian.
Kapen kapal orang berbangsa Inggeris.
Pada 8 oktober 1856-belabuh di Canton,12 orang anakkapal ditangkap polis atas sebab tuduhan penyeludupandan pelanunan.
Pada 12 oktober 1856-Sir Harry Parkers merupakankonsul British mengemukakan bantahan dan memintatawanan dibebaskan.
Pada 22 okktober 1856-tawan dibebaskan tetapikerajaan china enggan memaafkan peristiwa tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH
top related