“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan ...€¦ · ialah hukuman rotan, gantung sekolah, buang sekolah, surat amaran, denda, tahanan dan lain-lain yang bersesuaian.
Post on 31-Aug-2019
10 Views
Preview:
Transcript
v
ABSTRAK
Masalah disiplin di sekolah sering menjadi bahan perbualan. Tindakan guru-guru
mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kerap
dipertikaikan oleh ibu bapa. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa
terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di SMK
Ulu Tiram, Johor. Terdapat dua objektif utama kajian ini iaitu mengenal pasti persepsi
ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan dari segi
disiplin dan juga salah laku berat. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik untuk
memperolehi data yang dikehendaki dalam kajian ini dan data dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) for Windows versi 11.5
untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Seramai 94 responden yang terdiri
daripada ibu bapa pelajar telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan dari segi disiplin dan salah laku berat berada pada tahap
sederhana. Ini bermakna hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan
masih lagi sesuai dilaksanakan di sekolah tetapi ia perlulah dilakukan mengikut prosedur
yang ditetapkan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan.
vi
ABSTRACT
Discipline problems always been a hot topic. Teachers action upon students
always created satisfactorily issues within parents. This study is to identify the parents
perception on canning upon discipline misbehaviors among students at the SMK Ulu
Tiram, Johor. Two objectives explored are the perception on discipline problems and
serious misbehavior. Questionnaire is used to gather the data and the data is analyzed by
using Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) for windows version 11.5 to
get the frequency and percentage. 94 respondents involved in this study. They are
parents of the selected students. The study shows that the parents perception on both
problems, the discipline and serious misbehavior are fair. This indicates that canning
procedure still relevant as long as it follows the procedure. Several suggestions are also
presented.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
viii
1.6 Kepentingan kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi istilah 9
1.9 Rumusan 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Konsep pendidikan 12
2.3 Kedudukan Hukuman Merotan 15
2.4 Disiplin 24
2.5 Salah laku pelajar di sekolah 27
2.6 Kesan Hukuman Merotan 31
2.7 Faktor-faktor Yang Menentukan Persepsi 33
2.8 Rumusan 35
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Responden Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 40
3.7 Prosedur Kajian 41
3.8 Penganalisaan Data 42
3.9 Rumusan 44
ix
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data 45
4.3 Demografi Responden 46
4.4 Analisis Persepsi 54
4.4.1 Persepsi ibu bapa terhadap hukuman
merotan ke atas pelajar yang melakukan
kesalahan dari segi disiplin di sekolah 54
4.4.2 Persepsi ibu bapa terhadap hukuman
merotan ke atas pelajar yang melakukan
kesalahan dari segi salah laku berat
di sekolah 69
4.5 Analisis Keseluruhan 79
4.6 Rumusan 81
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 82
5.2 Perbincangan 83
5.2.1 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman
Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan
Kesalahan Dari Segi Disiplin 83
5.2.2 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman
Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan
Kesalahan Dari Segi Salah Laku Berat 86
5.3 Rumusan 89
5.4 Cadangan 91
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 93
x
5.6 Penutup 94
BIBLIOGRAFI 95
Lampiran A - D 98 - 107
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.1 Kes pelajar yang terlibat Aktiviti Gengster
Dan membakar premis sekolah 6
Jadual 2.1 Kesalahan Dan Hukuman 17
Jadual 2.2 Pelbagai masalah disiplin Sekolah 1993 27
Jadual 3.1 Pengkelasan item-item soal selidik 39
Jadual 3.5 Tahap penilaian responden berdasarkan min 44
Jadual 4.1 Maklumat jantina responden 47
Jadual 4.2 Maklumat bangsa responden 47
Jadual 4.3 Maklumat umur resonden 48
Jadual 4.4 Maklumat Bilangan anak bersekolah 49
Jadual 4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan 50
Jadual 4.6 Taburan responden mengikut pendapatan 50
Jadual 4.7 Taburan responden mengikut taraf pendidikan 51
Jadual 4.8 Jenis kediaman responden 52
Jadual 4.9 Taburan responden mengikut cara anak
ke sekolah 53
Jadual 4.10 Taburan status anak pernah dirotan di sekolah 53
Jadual 4.32 Min persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan
dari segi disiplin 66
Jadual 4.54 Min persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan
dari segi salah laku berat 78
Jadual 4.56 Analisa Dapatan Kajian Keseluruhan Persepsi
Ibu BapaTerhadap Hukuman Merotan 80
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 101
B Surat Pelepasan Menjalankan Kajian UTM 105
C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 106
D Surat Kebenaran JPN Johor 107
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masalah salah laku di kalangan pelajar adalah merupakan salah satu perkara
yang mendatangkan kesan tidak baik kepada pihak sekolah khususnya dan masyarakat
secara amnya. Jika perkara seperti ini tidak dapat dibendung dengan segera, ia mungkin
akan mendatangkan kesan yang lebih buruk lagi kepada negara kita. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Wan Yusoff (2002) mendapati bahawa ibu bapa dan guru-guru
sekolah menganggap masalah salah laku sebagai masalah disiplin nombor satu di
sekolah.
Tujuan disiplin bukan semata-mata untuk mengenakan hukuman ke atas pelajar
tetapi dalam pengertian yang lebih meluas disiplin adalah bertujuan untuk membantu
pelajar belajar dengan lebih selesa, berinteraksi dengan kawan-kawan dengan lebih
mesra serta membantu mereka agar lebih terarah dan bertanggungjawab. Pelajar akan
mematuhi disiplin sekiranya ia bertujuan untuk membantu mereka mencapai kejayaan
tetapi sebaliknya akan menolak disiplin sekiranya ia dipaksa dan bertujuan menghukum
mereka. Duke dan Canady dalam Mohd Ismail (2006: 6) menyatakan:
2
‘In schools where the headteachers emphasized punishments rather more
than rewards, pupil’s progress tended to be inhibited:the greater the
number of punishments listed, the more negative were the effects. In
contrast, whenever the number of rewards exceeded the number of
punishments, progress was greater’.
Mengikut pekeliling dan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,
salah laku pelajar boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kesalahan berat, kesalahan
sederhana dan kesalahan ringan. Di antara contoh-contoh kesalahan berat di sekolah
ialah membawa, menyimpan atau menghisap dadah, bergaduh, biadap terhadap guru
dan lain-lain.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Varathan (2001), pada tahun 1977
banyak kes yang keluar dalam akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar sekolah seperti peras ugut, pelajar terlibat dalam kongsi gelap, pelajar sepak
guru, dan samseng sekolah sebagai ditahap serius serta bilangan yang ditahan pula
adalah seramai 1719 orang kerana melakukan pelbagai jenayah. Menurut laporan
disiplin pelajar sekolah pula , menjelang tahun 1995 terdapat 8197 buah sekolah
di Malaysia di mana sebanyak 6865 adalah sekolah rendah dan selebihnya sekolah
menengah. Di antara kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah jenayah
(23.45 %), kurang sopan (20.37 %) dan ponteng (17.17 %). Kesalahan lain yang
dilakukan ialah salah laku, tidak jujur, kekemasan diri serta tidak pentingkan masa. Pada
tahun 1995 juga didapati 15.63 % atau seramai 136904 orang pelajar sekolah menengah
terlibat dalam masalah disiplin di mana pelajar-pelajar tingkatan tiga merupakan
golongan yang paling ramai melakukan kesalahan .
Masalah disiplin di kalangan para pelajar jika tidak ditangani dengan betul akan
menyebabkan beberapa masalah yang lebih besar terutamanya kepada pihak sekolah,
masyarakat dan seterusnya negara kita Malaysia. Menurut Mohd Ismail (2006), disiplin
di sekolah mempunyai dua tujuan besar . Pertamanya untuk memastikan para pelajar,
3
guru serta kakitangan sekolah berada dalam keadaan selamat. Kedua, menyediakan
suasana pembelajaran yang baik, aman dan selesa.
Sehubungan dengan itu disiplin yang baik amat memberi manafaat kepada
seseorang dan apabila seseorang pelajar itu berdisiplin, ia menjadi seorang yang
bermoral dan dapat diterima oleh masyarakat. Selain itu disiplin juga akan dapat
mengajar seseorang itu menghadapi kekecewaan dalam hidup dan dapat menghindarkan
dirinya daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
Kesan daripada masalah disiplin pelajar yang semakin meningkat saban tahun
menyebabkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pekeliling Peraturan Dan
Hukuman 2002, melaksanakan beberapa peraturan dan hukuman yang setimpal
bertujuan untuk membendung segala salah laku pelajar daripada terus berleluasa.
Di antara hukuman yang dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui pihak sekolah
ialah hukuman rotan, gantung sekolah, buang sekolah, surat amaran, denda, tahanan dan
lain-lain yang bersesuaian.
Hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin juga adalah
menepati dengan kehendak dan saranan agama Islam melalui hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Amr bin Al-Ash Ra ra di dalam buku Abdullah Nasih Ulwan (1990: 153)
iaitu:
Di mana Rasulullah SAW menganjurkan “ suruhlah anak-anak kamu solat ketika
berusia 7 tahun dan pukullah anak-anak kamu yang tidak mengerjakan solat setelah
mereka berumur 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka”
Seterusnya menurut Abdullah Nasih Ulwan dari Ibn. Amr bin Al-Ash ra lagi,
hukuman rotan adalah agar anak dapat mempelajari hukum-hukum ibadah sejak dari
pertumbuhannya dan sehingga kanak-kanak ini membesar ia akan terbiasa dan
berdisiplin untuk mentaati Allah. Seterusnya anak ini akan mendapat kesucian roh,
kesihatan jasmani, kebaikan akhlak di dalam ibadah yang dilakukan.
4
1.2 Latar belakang kajian
Sekolah adalah sesebuah institusi pendidikan yang menyediakan tempat
mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Program
pendidikan yang dijalankan pula sudah dirancang dengan teratur oleh bahagian-bahagian
tertentu dalam Kementerian Pelajaran. Menurut Rahmah (2006), ini adalah selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini termasuklah menjadikan seorang
pelajar itu berilmu, berdisiplin, berakhlak, beriman dan bebas dari melakukan perkara
yang menyalahi peraturan yang ditetapkan.
Seorang pendidik sememangnya mendapat pengiktirafan dan sangat dihormati
oleh masyarakat. Menurut Ahmad (1997), guru-guru bukan sahaja berperanan
menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi memainkan peranan yang lebih besar iaitu
memastikan segala ilmu yang diberi dapat digunakan sebaik mungkin serta memupuk
keperibadian yang tinggi dalam setiap jiwa pelajarnya. Untuk memastikan agar
matlamat ini dapat dicapai, maka terdapat peraturan atau disiplin yang perlu dipatuhi
atau diikuti oeh setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, apabila berlaku perlanggaran
disiplin atau peraturan sekolah di kalangan setiap pelajar, maka tindakan tertentu
sepatutnya diambil. Tindakan yang dilakukan meliputi hukuman-hukuman tertentu
mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
Apabila hukuman ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin
dilaksanakan, terdapat beberapa isu dan spekulasi yang kedengaran terutamanya
berkenaan hukuman rotan. Mohd Rashid (2006) menjelaskan bahawa isu ini telahpun
menjadi hangat di kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan juga pihak yang
memperjuangkan keadilan. Terdapat ibu bapa yang tidak bersetuju dengan hukuman
merotan pelajar, tetapi ada juga ibu bapa yang dapat menerimanya dengan hati terbuka
dan berfikiran positif untuk kebaikan dan masa depan anak mereka.
5
Menurut Mohd Ismail (2006), persoalan mengenai tindakan disiplin ke atas
pelajar khasnya “merotan” tidak habis-habis dibincangkan seperti mana yang terdapat
dalam New Sunday Times bertajuk “Spare the Rod” . Masalah disiplin ini juga turut
dibincangkan dalam perjumpaan untuk Pengetua dan Guru Besar dalam Seminar
Kepengetuaan Kebangsaan ke-3 Anjuran Institut Kepengetuaan, Universiti Malaya pada
16-17 Mac 2004 yang bertujuan untuk membincangkan masalah disiplin dan mencari
jalan untuk mengatasinya.
Tindakan disiplin yang dilakukan oleh pihak sekolah juga turut menarik
perhatian pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, PIBG dan juga pihak Kementerian
Pelajaran. Menurut laporan Berita Harian, pihak Kementerian Pelajaran melalui
Timbalan Menterinya telahpun menegaskan bahawa kuasa merotan pelajar hanya diberi
kepada guru besar atau pengetua. Mereka boleh menyalurkan kuasa itu kepada guru
lain, tetapi guru yang diwakilkan kuasa itu tidak boleh mewakilkan kepada guru lain.
Utusan Malaysia dalam ruangan Lidah Pengarang pula menyarankan agar
mencuba pendekatan merotan untuk mendisiplinkan murid sepertimana yang
dinyatakan oleh Presiden NUTP. Ini menjadi kemuncak berikutan terdapatnya banyak
kes disiplin yang kronik seperti buli, gangsterisma dan ponteng sekolah di kalangan
pelajar. Sesungguhnya cadangan itu wajar dipertimbangkan baik pihak kerajaan
mahupun jawatankuasa menangani masalah gengsterisme di sekolah. Dalam waktu
yang sama, guru juga perlu menggunakan budi bicara bila mereka boleh menggunakan
kuasa merotan itu. Walaupun merotan bukan jalan keluar kepada masalah disiplin di
sekolah, tetapi tanpa kuasa diberikan kepada semua guru untuk mendisiplinkan pelajar,
usaha membendung gejala samseng, buli dan ponteng sekolah sukar ditangani.
Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin seperti
perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1997 hingga 1999 menurut
sumber Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa
Ogos 2000 adalah seperti jadual berikut :
6
Jadual 1.1: Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster dan Membakar Premis
Sekolah
Jenis Kes 1997 1998 1999
Kes Samseng 107 77 85
Membakar Premis Sekolah 6 19 10
Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)
Walaupun terdapat penurunan dalam kes-kes tertentu tetapi kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar masih lagi ditahap yang amat membimbangkan. Sesuatu tindakan
yang sesuai perlu dilakukan untuk terus mengurangkan bilangan pelajar yang melakukan
kesalahan ini dan juga kesalahan-kesalahan lain.
Kesan daripada hukuman merotan juga menyebabkan terdapatnya pelajar yang
menyedari kesilapan masing-masing dan tidak mengulangi kesalahannya tetapi terdapat
juga pelajar yang menjadi lebih agresif dan berkemungkinan melakukan kesalahan yang
sama secara berulang. Lantaran itu sewajarnyalah hukuman merotan ini dikaji daripada
pelbagai sudut dan perlu mendapat pandangan daripada pelbagai pihak serta para bijak
pandai sebelum dilaksanakan ke atas pelajar.
Mohd Rashid (2006) menyatakan sememangnya isu yang kerap diutarakan oleh
ibu bapa ataupun orang awam ialah mengenai ketidakadilan dalam hukuman merotan
dan rotan akan meninggalkan kesan kecederaan kepada anggota badan para pelajar yang
disebat. Justeru itu ia tidak akan menjamin keselamatan pelajar. Walaubagimanapun
adalah perlu diketahui bahawa fakta merotan yang dibenarkan di sekolah adalah
“Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada pukulan dengan rotan kecil ke atas
tapak tangan atu punggung yang berlapik dan hukuman dera terhadap murid perempuan
adalah dilarang”.
Menurut Rohana dalam Rahmah (2006) menyatakan terdapat beberapa pendapat
dari ibu bapa mengenai hukuman merotan. Ada diantaranya yang tidak bersetuju kerana
7
berpendapat bahawa tidak sepatutnya guru masih main pukul dan bentak dalam
mendisiplinkan anaknya. Selain itu ada juga yang mengatakan anaknya dipukul dengan
pembaris sebanyak sepuluh kali di tangan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Menurut Maman dalam Rahmah (2006) pula menyatakan bahawa pelajar yang sering
dikenakan hukuman rotan akan menjadi kebal (immune). Hukuman ini juga akan
menjadi bahan ketawa pelajar.
Menurut Rahmah (2006) menyatakan hukuman merotan secara terbuka amat
memalukan terutama sekali apabila pelajar yang dirotan adalah wanita dan ini akan
mendorong mereka yang telah dirotan untuk menjadi lebih agresif serta berkemungkinan
melakukan kesalahan yang sama secara berulang.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian yang akan
dijalankan lebih menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan
persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar dari segi disiplin, salah laku
berat dan juga kesan yang mungkin berlaku. Kesesuaian ini akan dilihat dari sudut
persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan yang dijalankan oleh pihak sekolah ke atas
pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan .
8
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar
yang melakukan kesalahan dari segi disiplin.
1.4.2 Mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar
yang melakukan kesalahan dari segi salah laku berat.
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Apakah persepsi ibubapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan dari segi disiplin.
1.5.2 Apakah persepsi ibubapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan dari segi salah laku berat.
1.6 Kepentingan kajian
Kajian yang akan dijalankan kelak akan dapat menjadi panduan atau landasan
bagi pihak pentadbiran sekolah untuk melaksanakan hukuman rotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin. Walaupun hukuman rotan ini ada termaktub dalam salah
satu tindakan yang dibenarkan tetapi kesesuainnya harus dikaji . Ini bagi memastikan
hukuman yang dijalankan kelak akan mendatangkan pengajaran dan mencegah pelajar
dari melakukan kesalahan tersebut. Selain itu ia juga adalah untuk memastikan
9
keyakinan dan kepercayaan ibu dan bapa bahawa hukuman tersebut adalah berbentuk
pendidikan dan bukannya tindakan emosi atau bentuk penderaan oleh guru-guru.
1.7 Batasan kajian
Kajian ini mempunyai beberapa batasan iaitu ianya melibatkan ibu bapa pelajar
di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru dalam Zon Pasir Gudang. Sekolah ini mempunyai
bilangan pelajar seramai lebih kurang 2500 orang. Responden dalam kajian ini terdiri
daripada ibu bapa para pelajar 5 buah kelas tingkatan 4 yang mempunyai pelbagai latar
belakang dan peringkat umur. Kajian yang dijalankan akan menumpukan kepada aspek
persepsi ibu bapa terhadap pelaksanaan hukuman merotan ke atas pelajar yang
melakukan kesalahan disiplin, salah laku berat serta kesannya.
1.8 Definisi istilah
1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989) persepsi adalah bermaksud gambaran
atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan, tanggapan. Dalam
kajian ini persepsi adalah bermaksud tanggapan ibu bapa terhadap hukuman rotan.
top related