Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua
Post on 14-Mar-2019
244 Views
Preview:
Transcript
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya
telah memungkinkan kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang
dalam suasana aman dan sejahtera.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Kita telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) dan Jasamu Dikenang pada Julai lalu. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada warga Jabatan Perikanan yang telah menunjukkan perkhidmatan yang
cemerlang sepanjang tahun 2010 dan selamat maju jaya kepada warga
Jabatan yang telah dan akan bersara di sepanjang tahun 2011 ini.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan serta penghargaan pihak
pengurusan tertinggi kepada mereka yang berkhidmat dengan gigih dan
cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga
penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua warga
Jabatan untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh lagi bagi
meningkatkan kecekapan tadbir urus yang baik (good governance)
berdasarkan semangat gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus dipupuk dan
menjadi contoh kepada warga kerja lain di Jabatan ini.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Seramai 187 warga Jabatan Perikanan Malaysia telah dipilih sebagai penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2010. Pemilihan calon-calon
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini dibuat menerusi Mesyuarat Panel
Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria seperti markah
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus dan ke atas, telah
berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada akhir tahun penilaian, dan
sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi khususnya Perkhidmatan
Awam, komuniti, daerah, negeri, dan negara secara amnya.
Pemilihan APC ini juga dibuat berdasarkan pembahagian kuota yang
mengambil kira semua kumpulan perkhidmatan dari Kumpulan Sokongan
hingga ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Bilangan penerima APC
bagi setiap Pejabat Perikanan Negeri (PPN) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ)
pula tidak boleh melebihi lapan peratus daripada jumlah anggota yang sedang
berkhidmat pada hujung tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had
maksimum ini tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak
mencukupi.
Tujuan kerajaan memperkenalkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
adalah bagi menentukan prestasi kerja penjawat awam dapat diukur dengan
lebih adil. Seperti yang pembaca sedia maklum, markah LNPT ini juga
digunakan sebagai salah satu kriteria bagi mempertimbangkan calon untuk
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan
agar sistem pemarkahan yang diberikan hendaklah berpatutan, wajar dan
memberi gambaran yang sebenar terhadap prestasi pegawai yang dinilai
berdasarkan kepada pencapaian hasil kerja, pengetahuan, kemahiran, kualiti
peribadi serta sumbangan pegawai di dalam tahun yang dinilai. Terdapat
markah yang terlalu ekstrem diberikan sehingga menghampiri markah 100
peratus sedangkan masih terdapat banyak ruang untuk pegawai yang dinilai
tersebut memperbaiki diri dan prestasi kerjanya. Dan pertimbangan terhadap
penilaian juga haruslah objektif dan realistik, bukan berdasarkan pertimbangan
emosi semata-mata. Penilaian prestasi perlulah mengikut Surat Pekeliling
Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan
Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam. Antara lain, pekeliling
ini menyatakan Pegawai Penilai yang memberi markah penilaian 90% dan ke
atas hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka terhadap penghasilan nilai
yang dihasilkan oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang melayakkan pegawai
berkenaan menerima penilaian cemerlang 90% dan ke atas. Dengan mengikuti
pekeliling ini diharap warga Jabatan dapat membuat pembaharuan
atau penambahbaikan yang memberi manfaat kepada perkhidmatan awam
dan negara.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang diadakan bagi
memilih penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, didapati sebanyak
82.68 peratus daripada 2,656 pegawai Jabatan Perikanan Malaysia telah
memperolehi markah purata LNPT 85 peratus ke atas. Ini bermakna ramai
calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.
Namun, dalam pemilihan, pasti ada persaingan untuk menjadi yang terbaik
dari kalangan yang terbaik. Justeru, sebagai warga kerja yang terbaik,
tuan/puan haruslah sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas
bekerja tanpa mengharapkan pengiktirafan semata-mata.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Dalam era serba moden seperti sekarang ini, penjawat awam perlu sentiasa
bersedia dengan fizikal dan mental untuk memberikan perkhidmatan yang
Ogos 2011http://www.dof.gov.my
(bersambung ke muka surat 4)
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
23 Mei 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
bertukar-tukar cenderahati sempena Lawatan Kerja Encik Vu Van Tam, Timbalan
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam di Ibu Pejabat
Perikanan, Putrajaya.
2
28 Mei 2011Y.A.B. Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri
Malaysia diiringi Y.Brs.
Tn. Hj. Ismail bin Abu
Hassan, Timbalan Ketua
Pengarah
(Pembangunan),
Jabatan Perikanan
Malaysia melawat Projek
Ternakan Ikan Keli di
Penjara Syed Sirajuddin,
Gemas, Negeri
Sembilan.
2 Jun 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Dewan
Arowana di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
3 Jun 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
menyampaikan cenderahati kepada Encik Yu Kai Feng, Timbalan Ketua
Eksekutif Daerah Feng Xian, Shanghai, China, sempena Majlis Dialog
Antara Jabatan Perikanan Malaysia mengenai peluang pelaburan akuakultur
di Malaysia.
25 Mei 2011Y.Brs. Datuk Haji Suhaili bin Hj. Lee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan Bengkel Kebangsaan, Pelancaran
Projek Serta Mesyuarat Perundingan “Transboundary Diagnostic Analysis” Projek
Ekosistem Lautan Luas Teluk Benggala di Pulau Pinang.
7 Jun 2011Y.Brs. Encik Ahmad Hazizi bin Aziz, Pengarah Bahagian Biosekuriti
Perikanan, mewakili Ketua Pengarah Perikanan, menyampaikan cenderahati
kepada peserta dari Kepulauan Solomon sempena Bengkel “InspectorTraining Workshop on the FAO Port State Measures Agreement” di Johor
Bahru, Johor. .
17 Jun 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
bertukar-tukar dokumen sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman
Antara Kerajaan Malaysia dan Sun Woo Tech Sdn. Bhd. dari Korea Selatan
Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan Untuk Pembenihan dan Penternakan
Ikan Marin di Pusat Penyelidikan Perikanan Tg. Demong, Besut, Terengganu. Majlis
berlangsung di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.
13 Julai 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia bertukar-tukar dokumen dengan Prof.
Ahmad Zahir bin Hj. Mokhtar, Timbalan Presiden
Teknousahawan dan Hal Ehwal Mahasiswa, Universiti Kuala
Lumpur sempena Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman Bagi Penyerahan Kapal KL Paus Antara
Jabatan Perikanan Malaysia Dengan Universiti Kuala
Lumpur (UniKL) di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
23 Julai 2011Y.B. Dato’ Seri Mustapha bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri merasmikan Majlis Pelancaran Keli Pelet – Produk Program
Peningkatan Pendapatan Rakyat Parlimen Jeli di Jeli, Kelantan.
8 Julai 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
merasmikan Persidangan Tahunan Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia
Tahun 2011 di Sungai Petani, Kedah.
25 Julai 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
menyampaikan sijil kepada kakitangan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2011 di Wisma Tani, Putrajaya.
3
4
berkualiti dan sentiasa relevan. Cabaran kita sebagai penjawat awam kini
semakin besar bagi memenuhi ekspektasi stakeholders yang semakin
kompleks. Namun, jika kita sentiasa mempraktikkan dan menitikberatkan
prinsip asas bekerja seperti ketepatan masa, ketepatan fakta, teliti dan
berdisiplin serta willing to go extra miles dalam memenuhi ekspektasi
pelanggan, insya-Allah, Jabatan Perikanan Malaysia mampu
menghasilkan modal insan dan sistem penyampaian yang bertaraf dunia.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Kerajaan hari ini telah memberi penekanan menyeluruh terhadap
penghijrahan minda ke arah mentaliti kelas pertama. Ianya berasaskan
kepada tiga perkara pokok iaitu ketangkasan kerja, ketepatan dan
keberhasilan bagi memperbaiki sistem penyampaian awam. Hasil kerja
dilihat bukan lagi berdasarkan output atau bilangan kerja yang dihasilkan,
tetapi lebih kepada outcome iaitu kesan signifikan yang memberi nilai
tambah dan peningkatan secara berganda kepada prestasi Jabatan.
Kecemerlangan bukanlah sesuatu yang senang dan mudah dicapai. Ia
memerlukan pengorbanan yang besar dan iltizam yang tinggi. Saya
percaya semua orang mahu mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan
dalam kerja yang mereka lakukan tetapi tidak semua orang sanggup
melakukan perkara yang mencabar. Amalan-amalan ke arah
kecemerlangan seperti yang terkandung di dalam prinsip-prinsip
pengurusan kualiti menyeluruh, keutuhan pengurusan serta nilai-nilai
murni yang diamalkan di dalam ajaran agama masing-masing perlu
dijadikan pegangan hidup dan amalan sepanjang masa.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Persaraan adalah satu peristiwa penting dalam karier seseorang. Namun,
tanggapan terhadap persaraan berbeza antara individu. Ada yang
melihatnya sebagai satu kebebasan daripada tekanan dan kerenah rutin
kerja harian. Ada pula segolongan yang menganggap persaraan sebagai
satu permulaan kehidupan baru yang lebih mencabar dan
menyeronokkan. Mereka tidak sabar untuk memulakan kerjaya baru. Bagi
mereka ‘retirement is going to be the most exciting part of life and thereis on abundance of opportunities that can keep them busy’. Mereka juga
melihat persaraan sebagai satu peluang bagi mereka memainkan
peranan baru dan menyumbang kepada negara sambil mendapat
kepuasan peribadi. Golongan ini sebenarnya bukanlah ‘bersara’ cuma
beralih kerjaya.
Pada tahun ini, terdapat seramai 77 orang anggota Jabatan yang telah
dan akan bersara wajib dan pilihan terdiri daripada pelbagai perkhidmatan
dan gred. Jabatan sebenarnya kehilangan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang berpengalaman. Tetapi negara tidak kerugian kerana
saya percaya mereka masih terus memberi sumbangan dan khidmat bakti
terutama dalam bidang yang sesuai dengan kepakaran, pengalaman dan
minat masing-masing. Sesungguhnya khidmat bakti yang ditabur akan
terus berkembang dan mewangi di mana sahaja kita berada dan apa juga
bidang yang kita ceburi.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 bagi Jabatan
Perikanan Malaysia. Adalah menjadi harapan saya agar kecemerlangan
ini akan dapat terus dikekalkan dan menjadi pendorong untuk kejayaan
lain yang lebih besar pada masa akan datang.
Sekian.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
Hotel Paling Tinggi Di Dunia
Hotel Hong Kong Ritz Carlton adalah hotel
yang paling tinggi di dunia. Hotel yang baru
memulakan operasi pada 29 Mac 2011 ini
adalah setinggi 1,600 kaki dan mempunyai 312
bilik. Ia ditempatkan di tingkat 102 hingga
tingkat 118 bangunan Sun Hung Kai Properties
yang terletak di West Kowloon, Hong Kong.
The King’s Walkway: Laluan pejalan kaki palingbahaya di dunia
The King’s Walkway boleh dianggap satu daripada laluan pejalan kaki yang
paling bahaya di dunia. Ia terletak di El Chorro dekat Alora di Malaga,
Sepanyol. Laluan pejalan kaki ini adalah satu meter lebar dan berkedudukan
100 meter di atas aras sungai. Ia adalah konkrit yang dibina di atas rel keluli
yang disokong oleh tiang penyangga pada kira-kira 45 darjah dari dinding
gunung.
The Great Blue Hole of Belize: Lubang di lautanterdalam di dunia
Jika anda datang ke Belize, anda mesti melawat Great Blue Hole, yang
dipercayai lubang di dalam lautan terbesar di dunia. Ia terletak berhampiran
Lighthouse Reef, iaitu pulau kecil 70 kilometer dari tanah besar dan bandaraya
Belize. Lubang bulat terbentuk lebih 300 meter lebar dan 124 meter dalam. Ia
terbentuk pada empat peringkat apabila paras laut jauh lebih rendah. Maklumat
menunjukkan bahawa peringkat pembentukan Great Blue Hole ini berlaku pada
lebih 153,000 tahun, 66,000 tahun, 60,000 tahun dan 15,000 tahun yang lalu.
Tahukah Tahukah Anda ?Tahukah Tahukah Anda ?Anda ?Tahukah Anda ?Anda ?Tahukah Anda ?
(bersambung dari muka surat 1)
i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2011
Tajuk : Garis Panduan Bagi Pemberian Insentif Di Bawah Polisi Laluan Hijau.
Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenaiinsentif yang disediakan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)yang berinovatif berkaitan pemberian insentif tersebut di bawah PolisiLaluan Hijau (PLH) atau Green Lane Policy.
Tarikh : 6 Jun 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011
Tajuk : Kontrak Sistem Panel Bagi Perolehan Bekalan dan Pengiriman Tilam danBantal Jenis ‘High Resilient Foam’ di Semenanjung Malaysia.
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkanmengenai kontrak sistem panel bagi perolehan bekalan dan pengirimantilam dan bantal jenis ‘High Resilient Foam’ kepada semua agensiKerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Tarikh : 8 Jun 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2011
Tajuk : Kontrak Sistem Panel Bagi Perolehan Mereka Bentuk, Membuat,Menghantar, Mamasang dan Menyusun Perabot Logam di SemenanjungMalaysia.
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkanmengenai kontrak sistem panel bagi perolehan mereka bentuk, membuat,menghantar, memasang dan menyusun perabot logam kepada semuaagensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Tarikh : 26 Mei 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
iv) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011
Tajuk : Kontrak Sistem Panel Bagi Perolehan Pembekalan, Pemasangan danPenyenggaraan Integrated Light and Sound System (ILSS) Bagi KenderaanKerajaan.
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkanmengenai kontrak sistem panel bagi perolehan pembekalan, pemasangandan penyenggaraan Integrated Light and Sound System (ILSS) bagikenderaan Kerajaan.
Tarikh : 26 Mei 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
v) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2011
Tajuk : Pindaan Ke Atas Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004.
Tujuan : Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyelaraskan PekelilingPerbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2004 berkenaan penjenisan kod bagi hasildan perbelanjaan dan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007berkenaan tatacara Pengurusan aset alih Kerajaan berhubung hadpembelian RM500 di bawah objek sebagai 27000.
Tarikh : 19 Mei 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
vi) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk : Pemansuhan Kontrak Pusat Bagi Item Senggaraan dan Bekalan Alat GantiJentera Berat Jenama Komatsu, Case Backhoe Loader dan Bomag KepadaSemua Agansi Kerjaan di Seluruh Semenanjung Malaysia.
Tujuan : Surat Arahan Perbendaharaan ini bertujuan menyemak semula kaedahperolehan bagi item senggaraan dan bekalan alat ganti jentera berat jenamaKomatsu, Case Backhoe Loader dan Bomag yang dilaksanakan secaraKontrak Pusat melalui Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) Bil. 7 Tahun2008 dan memutuskan supaya item berkenaan dikeluarkan dari KontrakPusat mulai 1 Mei 2011. Sehubungan dengan itu, perolehan bagi item di atasakan dilaksanakan oleh semua agensi Kerajaan mengikut tatacara perolehansemasa yang sedang berkuat kuasa.
Tarikh : 30 Mei 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
DARIPERBENDAHARAAN
DARIPERBENDAHARAAN
i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011
Tajuk : Peraturan Bayaran Balik Letak Kenderaan.
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan
Kerajaan bagi menambah baik syarat dan peraturan kemudahan
bayaran balik letak kereta yang berkuatkuasa selaras dengan hasrat
Kerajaan untuk sentiasa menambah baik dan mempermudahkan
pelaksanaan dasar, syarat dan peraturan.
Tarikh : 29 Jun 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ii) Surat Edaran
Tajuk : Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan dan Pemansuhan
Jawatan Kosong di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan
dan Badan Berkanun Negeri.
Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Perjawatan dan Gaji Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri pada 6 Mei 2011 telah bersetuju supaya semua
jawatan kosong dimansuhkan berkuatkuasa 1 Jun 2011.
Tarikh : 20 Mei 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iii) Surat Edaran
Tajuk : Surat Akuan Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan Bagi Pegawai Yang
Berkhidmat Dalam Sektor Awam.
Tujuan : Untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap
Pengaduan Awam Bil. 1/2011 pada 1 Mac 2011 telah membincangkan
kertas cadangan bagi mengatasi masalah kutipan bayaran balik
pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Tarikh : 3 Jun 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iv) Surat Edaran
Tajuk : Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Perhimpunan Haram Atau
Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara.
Tujuan : Untuk memaklumkan bahawa pegawai awam tidak boleh melibatkan diri
dalam perhimpunan haram atau sebarang gerakan yang boleh
mengancam keselamatan negara dan tidak melanggar Peraturan 4(1)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Tarikh : 30 Jun 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
i) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2011
Tajuk : Pelaksanaan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan
“Standard Accounting System For Government Agencies” (SAGA).
Tujuan : Pekeliling ini bertujuan memberi garis panduan pelaksanaan dan
pemantauan Standard Accounting System for Government Agenciesatau ringkasnya SAGA di agensi Kerajaan.
Tarikh : 9 Mac 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.mampu.gov.my
Dari MAMPUDari MAMPU
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
5
Membantu Menangani Darah Tinggi - Hypertension
6
PETUA KESIHATAN
Mari berkongsi bagaimana anda boleh menggunakan
kalium (potassium) untuk menurunkan tekanan darah
secara ‘natural’.
Salah satu nutrien paling penting untuk badan anda dalam
menangani dan merawat tekanan darah tinggi ialah kalium
(potassium). Anda mungkin telah mengetahui bahawa
pisang adalah kaya dengan kalium, walaupun anda
sebenarnya tidak tahu apa itu kalium dan bagaimana ia
berfungsi untuk badan.
Kalium adalah unsur nutrien yang diperlukan oleh badan.
Ia membolehkan pengecutan otot-otot dan membantu
penghantaran impulse saraf ke seluruh badan. Kalium juga
membantu pengumuhan bahan buangan badan. Walau
bagaimanapun, jika terdapat terlalu banyak natrium, badan
tidak dapat menggunakan kalium bagi menjalankan
tugasnya seperti sepatutnya. Walaupun anda memiliki
cukup kalium, tetapi terlebih natrium, anda akan terlepas
kesan-kesan yang menyihatkan dari kalium. Tambahan
pula anda memakan diuretik yang mengeluarkan kalium
bersama-sama natrium dari badan, menjadikan badan
lebih defisit daripada keadaan sebelumnya.
Penyelidikan di Duke mendapati bahawa manambah
kalium menurunkan tekanan darah sehingga sebanyak 20
mata ke atas orang yang berisiko tinggi dalam kumpulan
darah tinggi. Kajian-kajian lain mendapati penurunan
sekitar empat mata bagi tekanan sistolik dan dua mata bagi
tekanan distolik, kurang lebih separuh penurunan yang
dilihat apabila menggunakan ubat-ubat darah tinggi.
Walaupun anda dapat menambah kalium dari preskripsi
doktor dan ahli farmasi, cara lebih baik atau paling baik
adalah mendapatkan kalium dari diet harian anda. Kajian-
kajian terbaharu telah membuktikan bahawa jenis kalium
yang terdapat dalam makanan adalah sama dengan
suplemen dari klinik dan farmasi.
Keperluan harian yang dibenarkan bagi kalium ialah
4,700mg. Berikut adalah beberapa makanan yang tinggi
dengan kalium:-
Makanan Yang Saiz Kalium
Kaya Kalium Hidangan (mg)
Aprikot kering 5 biji 407
Pisang mentah 1 cawan 594
Kurma kering 5 biji 271
Tembikai 1 cawan 461
Oren 1 biji 237
Prun kering 1 cawan 828
Kismis 1 cawan 1,089
Bayam dimasak 1 cawan 839
Galian dan Tekanan Darah TinggiTekanan darah secara langsung dikawal dan dipengaruhi
oleh kalsium, magnesium, natrium dan kalium. Terdapat
lapisan otot di sekeliling dinding dalam arteri. Otot dinding
ini berupaya relaks dan mengecut. Bila ia mengecut,
tekanan darah akan naik. Ini adalah tindak balas
biasa kepada stress atau tekanan yang membantu
mengeluarkan glukos dari darah ke dalam sel-sel. Walau
bagaimanapun jika urat (arteri) darah berkenaan telah
separa tersumbat, kesannya ialah tekanan darah akan
tinggi atau jika tersumbat sepenuhnya, akan
mengakibatkan serangan jantung atau strok. Ketegangan
arteri ini dikawal oleh perbezaan elektrikal dikenali juga
sebagai perbezaan elektrolitik galian dalam dan luar
dinding sel otot.
Galian kalsium, magnesium dan kalium merehatkan arteri.
Namun, natrium mengecutkannya. Jika tiga galian ini
diberikan berasingan, akan menurunkan tekanan darah
dengan signifikan. Begitu juga mengelak dari mengambil
natrium mengakibatkan kesan yang sama. Kesan setiap
satu galian adalah kurang dibandingkan dengan ubat-ubat
darah tinggi. Bagaimanapun jika pengambilan kalsium,
magnesium dan kalium ditingkatkan bersama-sama
dengan mengelakkan mengambil natrium, tekanan darah
akan menurun dengan dramatik dalam beberapa hari
sahaja sama seperti kesan ubat tetapi tanpa sebarang
kesan sampingan.
Natrium mudah dielakkan dengan tidak menambah garam
dalam makanan dan tidak memakan makanan yang telah
digaramkan. Sumber-sumber kalsium dan magnesium
terdiri dari bijirin (lenga dan biji bunga matahari) dan
kekacang (badam) sementara buah-buahan kaya dengan
kalium. Susu lembu walaupun mengandungi kalsium yang
tinggi adalah sumber magnesium yang terlalu rendah. Di
antara ketiga galian ini, magnesium adalah yang selalu
tidak mencukupi dan dengan itu menambah 500mg kedua-
duanya kalsium dan magnesium amat digalakkan
sekiranya seseorang mengidap penyakit darah tinggi.
Magnesium juga membantu jantung berfungsi pada tahap
optimal dan akan mengurangkan risiko penyakit jantung.
top related