Transcript
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
1/19
HBIS 2203
SEMESTER SEPTEMBER 2012
KOD KURSUS : HBIS 2203
TAJUK KURSUS : AKIDAH
NAMA PELAJAR : MOHAMAD ASRI B A BAKAR
NO. MATRIKULASI : 810110025001001
NO. KAD PENGENALAN : 810110-02-5001
NO. TELEFON : 019- 4638452
E-MEL : asrimaznah@gmail.com
TUTOR : AFIFAH BT ABU BAKAR
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KAMPUS UTARA
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
2/19
HBIS 2203
Pengenalan
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan . Istilah ini
digunakan oleh orang islam bagi menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam
corak kehidupan serta pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang
hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di
Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M
hingga 610 M.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak
mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim ,Nabi Sulaiman , Nabi
Musa, Nabi Isa, Nabi Ismail dan lain-lain.
Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah
tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan
mempercayai animisme. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada
masa itu, tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.
Ahklak mereka adalah rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.Dengan
kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.
Walaubagaimanapun pengertian Jahiliah telah disalah ertikan oleh golongan orentalis
barat menyatakan masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. Mereka
menjadikan zaman kerajaan Saba sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Sebenarnya,
http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#empangan%20maaribhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#sabakhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Nabihttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Rasulhttp://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture1/http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Rasulhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Nabihttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#sabakhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#empangan%20maarib8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
3/19
HBIS 2203
keadaan masyarakat jahiliah bermula apabila runtuhnya ketamadunan tersebut. Golongan ini
juga menyatakan bahawa masyarakat Arab Jahiliah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek
lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.
Bentuk asal masyarakat jahiliah adalah sperti berikut:
Manusia di zaman jahiliah terkenal dengan budaya:
Di antara identiti masyarakat di zaman jahiliah dahulu menampilkan perlakuan atau perbuatan
seperti berikut:
http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture3/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture2/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture3/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture2/8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
4/19
HBIS 2203
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 6 yang bermaksud:
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka yang telah lama tidak diberikan peringatan, sebab itulah mereka lalai dalam kesesatan.
Dari ayat diatas, kita difahamkan bahawa masyarakat di zaman jahiliah adalah
masyarakat yang rosak akhlaknya dan juga masyarakat yang sesat didalam
kehidupannya. Mereka pada masa itu sudah tidak lama di datangi utusan Allah SWT yang
membawa peringatan dan pendoman didunia ini. Mereka hidup dengan berpandukan hawa nafsu
yang akhirnya membawa mereka masuk terus ke neraka jahanam.
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah
Secara umum, masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu
masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman ,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadari pula
menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab. Oleh sebab kawasan penempatan
mereka berbeza, maka, secara tidak langsung, cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga
berbeza. Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial,
ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan
http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture4/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture5/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture4/http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/04/03/zaman-jahiliah-moden/zaman-jahiliah-moden-picture5/8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
5/19
HBIS 2203
perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman
mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah
sempurna seperti lelaki .Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah, sehinggakan
mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalanganmereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi
perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan
maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan
panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita
sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan
penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan
merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata
pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus
dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap
golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada. Terdapat empat
bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah
berhala), animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan
khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.)
Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliahmenganut agama hanif. Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan
ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan
ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup
berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu
dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya
sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-
masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan
kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat
tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas
persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.
http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#wanitahttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Kafilahhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#khurafathttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Agama%20hanifhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Agama%20hanifhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#khurafathttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Kafilahhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#wanita8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
6/19
HBIS 2203
Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat
Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan
yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat
assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistemkabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan
yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan
yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana
tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu
kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat
kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir
dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat
Arab Jahiliah.
Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun
atas sebab yang kecil .Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka
berperang sesama sendiri.
TAKRIF KHURAFAT Menurut )732lah( 1 uzuJ :Khurafat ditakrifkan sebagai
:
Bermaksud:
Cerita -cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara du sta.
Menurut kamus :(hal. 175)
:
Maksudnya:Khurafat, jamanya khurafat ialah sebarang cerita y ang sebenar- benar dusta.
Menurut Kamus Idris al-Marbawi (hal. 169) pula khurafat ialah: cerita karut (karut marut).
Daripada beberapa definisi yang diutarakan, dapatlah dibuat kesimpulan seperti berikut:
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran -ajaran, pantang-larang, adat
http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#al-basushttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#al-basus8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
7/19
HBIS 2203
istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan
bersifat karut dan dusta.
CIRI-CIRI KHURAFAT
Di antara ciri-ciri khurafat ialah:
a) Ianya tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
b) Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
c) Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah
dengan Islam.
d) Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang
memudharatkan dan menyeleweng dari akidah Islam.
e) Ia menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan
yang tertentu.
f) Ia ada mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam.
DALIL DALIL NAQLI KURAFAT
Imam al- Syafii pernah berkata: Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan
mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun
keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan
menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru
orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya. )Hadis riwayat Abu Nuaim al -Asfahani dalam
Hilyah al- Auliya(.
Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan sang sotong Paul yang dinamakan
tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam
menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid.
Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan
Allah semata-mata.
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
8/19
HBIS 2203
Firman- Nya bermaksud: Katakanlah )wahai Muhammad(: Tidak sekali -kali akan menimpa
kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya
orang yang beriman bertawakal. )Surah al -Taubah: 51).
Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti
gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah
perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi
keputusan-Nya.
Firman Allah bermaksud: Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya
ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. )Surah al -Araaf:
131). Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia
terjebak dengan syirik.
Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaks ud: Barang
siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia
telah berbuat syirik. )Hadis riwayat Imam Ahmad(
Daripada Abdullah Ibn Masud, Rasulullah bersabda bermaksud: Al -Thiyarah
(menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak
ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi
Allah menghilangkannya dengan tawakal. )Hadis riwayat Imam Abu Dawud(.
Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal
kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka
Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita.Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh
dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa merekadaripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu
sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi
kotak dalam akuariumnya.Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan.
Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
9/19
HBIS 2203
untuk mengucapkan doa: Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan -Mu dan tidak ada
kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain- Mu. )Hadis riwayat Imam
Ahmad)
BENTUK-BENTUK KHURAFAT
Di antara bentuk-bentuk khurafat ialah:
a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat
b) Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial
c) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung,
adat merenjis tepong tawar adat pantai dan sebagainya.
d) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padiyang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang
ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.
e) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, contohnya seperti tidak boleh
melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air. Tidak boleh keluar
ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.
f) Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
g) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan
sebagainya.
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT
Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan
yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al- Hadith, Ijma dan
Qiyas adalah ditolak oleh Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w.
: :
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
10/19
HBIS 2203
) (
Maksudnya: Barangsiapa mengada -adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di
dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan sabdanya lagi:
: :
( (
Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di dalam agama kami,
maka yang dikerjakannya itu tertolak.
( Riwayat Ahmad dan Muslim)
Di dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti
pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan
nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah S.W.T.,adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah
S.W.T.
Sabdanya:
:
( )
Maksudnya: Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik, dan tiada
seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah akan menghilangkannya
dengan tawakkal. Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak,
kelicap).(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
11/19
HBIS 2203
Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh
seseorang bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang-orang yang bersahabat dan
menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenun adalah tergolong di dalam golongan
orang-orang yang bodoh dan menzalami diri sendiri. Ini dijelaskan oleh Firman Allah S.W.T.:
) : 106)
Maksudnya: Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak
dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang
yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
(Surah Yunus: 106)
Sabda Rasulullah s.a.w.
: :
( )
Maksudnya: Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu
kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia telah
mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
(Riwayat Ahmad dan Hakim)
Sabdanya lagi:
: :
( (
Maksudnya: Bukan dari golongan k ami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
12/19
HBIS 2203
kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta
disihirkan.
(Riwayat al-Tabrani)
Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu
pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan
sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Di dalam hadith riwayat Abu Daud dan
Iman Ahmad, Rasulullah pernah bersabda:
:
( )
Maksudnya: Dari Ibn Masud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi
mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Jampi mentera juga merupakan bentuk azimat yang seringkali dilakukan sabda Rasululullah
s.a.w.
: , : :
( (
Maksudnya: Dari Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliyah,
lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau
bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi
itu selama tidak mengandungi hal- hal syirik.
(Hadith Riwayat Muslim)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam kitab Fatawa al- Muasirah sesuatu jampi itu harus
dilakukan berdasarkan kepada 3 syarat:
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
13/19
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
14/19
HBIS 2203
tahu. Firman Allah yang bermaksud"..... bertanyalah kamu kepada orang-orang yang
berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya ." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Apa yang lebih utama ialah perbetulkan niat untuk mempelajari ilmu agama seikhlasnya
demi kerana Allah dan Rasulnya. Ingat akan tujuan sebenar kita menuntut ilmu iaitu keluar dari
kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Apatah lagi menuntuk ilmu itu
adalah diwajibkan kepada setiap lelaki dan perempuan. Dari Anas bin Malik RA katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda " Menuntut ilmu adalah satufardu yang wajib atas tiap-tiap
seorang Islam .( Riwayat Ibnu Majah)
Kisah tiga orang lelaki dalam majlis ilmu yang dikendalikan Rasulullah SAW boleh
dijadikan pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu agama. Dan
khabar yang dibawa oleh Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dalam proses pencarian ilmukeagamaan.
Dari Abi Waaqid Allaithy RA menceritakan sewaktu Rasulullah SAW berada di dalam
masjid bersama-sama dengan para sahabatnya dalam majlis ilmu, tiba-tiba datang tiga orang
lelaki, lalu dua orang terus menyertai majlis ilmu tersebut manakala seorang lagi berlalu begitu
sahaja (tanpa menyertainya). Sewaktu kedua-dua orang itu berada dekat halaqah, salah seorang
daripada kedua itu melihat ada ruang kosong lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya
hanya duduk jauh di belakang. Lelaki yang ketiga beredar.
Apabila Rasulullah SAW selesai mengendalikan pengajian lalu Baginda bersabda
Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia
bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala
yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga malu daripadanya
( yakni tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka
Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya).
Dari Abi Musa, dari Rasulullah SAW telah bersabda "Perumpamaan hidayah dan ilmu
yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka adabahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang
banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu
manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan pengairi
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
15/19
HBIS 2203
tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak
menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).
Yang demikian itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah
(tafaqquh fid din), dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan oleh Allahkepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan
(untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang
tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku". (Hadis Sahih,
Muttafaq 'Alaihi)
Sebenarnya ilmu agama yang dipelajari memudahkan kita berhubung dengan manusia
dan berhubung dengan Maha Pencipta. Allah berfirman yang bermaksud Dan orang-orang
yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka
bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah
adalah berserta orang-orang y ang berusaha membaiki amalannya. (Surah Al- Ankabuut,
ayat 29)
Jangan sesekali tersalah meletakkan niat sewaktu kita mendalami ilmu agama. Ada ingin
bermegah-megah dengan ilmu yang dimiliknya, bukan untuk membetulkan kesilapan tetapi
untuk mencari pengaruh dan populariti diri serta kedudukannya sahaja. Allah maha mengetahui
akan hati dan niat yang tersembunyi dalam hati kita.Daripada Ka'ab bin Malik RA katanya Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) bertujuan untuk menyaingi ulama atau berbahas dengan
orang jahil atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka
Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Yakinlah bahawa dengan ilmu agama akan memudahkan kita mengerjakan amal ibadah
dan dengan ilmu agama jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan, dengan ilmu juga kita
mengetahui soal-soal duniawi dan ukhrawi. Wajib kita bersyukur atas nikmat yang
tidak terhingga yang dikurniakan Allah kepada kita iaitu iaitu nikmat kesihatan, akal dan
keamanan yang wujud dalam negara.
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
16/19
HBIS 2203
Pepatah Arab ada menyebut bahawa ilmu itu dicari dan ia tidak mencari kita. Sedarilah
bahawa minda kecil itu hanya mampu berbicara tentang manusia, minda sederhana hanya
berbicara tentang peristiwa dan minda besar itu layak berbicara tentang idea.
Sentiasa memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan laman sosial dan sebagainya
Dengan menggunakan kaedah kedua ini, kita sebagai guru perlulah menyediakan
seberapa kerap dan banyak risalah, majalah dan poster-poster diletakkan di tempat yang strategi
seperti di masjid masjid ,dewan orang ramai dan tempat tempat selalu penduduk berkumpul.
Bahan bacaan yang diberikan hendaklah menggunakan bahasa yang paling mudah difamahi dan
sesuai dengan tahap pemikiran penduduk setempat. Cara kupasan isi dan teguran haruslah mudah
difahami . Isi dan kupasan yang menarik akan menarik minat untuk para penduduk setempatmembaca dan mengikutinya.
Selain itu media masa seperti internet amat berkesan untuk memberitahu penduduk
setempat temtang amalan khurafat. Media ini amat berkesan kerana ramai anak muda lebih
gemar menggunakan bahan internet sebagai bahan rujukan. Sebagai guru kita bolehlah
menggunakan blog sebagai bahan perantaraan untuk mendidik penduduk setempat. Dengan blog
yang menarik dan perisian bahan yang padat dan terperinci akan menarik minat anak muda untuk
membaca bahan bacaan yang kita coretkan di blog. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan
penduduk setempat melalui penceritaan sesama mereka sewaktu berbual . sewaktu mereka
berbual secara tidak langsung maklumat yang mereka perolehi melalui blog tadi akan
disampaikan secara tidak formal.
Antara lain bahan yang boleh dilakukan ialah dengan meletakkan buku buku ilmiah
berkenaan perbuatan khurafat di tempat yang strategik. Dengan meletakkan buku buku dan
bahan ilmiah ini mereka akan lebih mudah mendapat bahan maklumat terkini mengenai
perbuatan khurafat. Selain blog kita juga boleh menggunakan facebook. Melalui facebook
penduduk setempat boleh bertanyakan secara terus tentang perbuatan khurafat. Selain itu guru
juga boleh memasukkan perbuatan khurafat yang sering dilakukan oleh penduduk setempat.
Dengan menggunakan media tersebut ahli ahli yang terdapat di facebook tersebut boleh
berkongsi maklumat sesama mereka. Maklumat tersebut akan tersebar secara tidak langsung.
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
17/19
HBIS 2203
Sentiasa mengadakan program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus,
halaqah dan sebagainya.
Selain dari dua cara diatas , program seperti seminar, kursus, halaqah boleh dijadikan medium
untuk menyampaikan perbuatan khurafat di kalangan masyarakat. Guru tersebut boleh
menjadikan masjid sebagai tempat untuk melalkukan aktiviti tersebut. Kuliah mingguan boleh
dilaksanakan. Kebanyakkan masjid- masjid sudah mempunyai jadual kuliah bulanan yang tetap.
Para pendakwah yang berkaliber dijemput untuk memberi ceramah dan memberi kuliah kepada
penduduk setempat. Secara tidak langsung para penduduk akan lebih mudah bertanyakan
permasalah khurafat dan mengenali pendakwah . selain dari kuliah bulanan para guru juga boleh
mengadakan halaqah.
Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta
keramat oleh masyarakat
Untuk mengawasi tempat- tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta
keramat ini perlulah dilakukan dalam kumpulan. Satu badan khas perlu ditubuhkan . Kita sebagai
guru perlulah menggerakkan penduduk setempat kepentingan mewujudkan badan tersebut.
Adakan pagar ditempat yang selalu digunakan sebagai tempat pemujaan. Dengan adanya pagar
ini para penduduk akan lebih mudah mengawasi tempat tersebut. Letakkan lampu bagimemudahkan pemantauan bagi penduduk setempat. Antara lain, adakan jadual rondaan kampong.
Dengan jadual yang disediakan para penduduk akan bergilir- gilir mengawasi kawasan setempat.
Perbuatan kurafat yang akan dilakukan akan dapat dihindarkan.
Selain itu edarkan nombor telefon pihak berkuasa seperti jabatan agama islam dan polis.
Ini mudahkan penduduk setempat membuat aduan sekiranya mereka terserempak dengan
perbuatan khurafat. Kelengkapan rondaan seperti lampu suluh dan peralatan lain perlulah
disediakan bagi memudahkan kita membuat rondaan. Kita sebagai guru hendaklah memainkan
peranan sebagai pegawai yang bertanggungjawab menyediakan semua kelengkapan.
memperuntuk dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan khurafat dengan lebih
ketat lagi.
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
18/19
HBIS 2203
Penggubalan undang- undang perlu di wujudkan. Kalau boleh satu lagi perundangan
berasaskan islam dinegara kita bagi menjaga agama tauhid ini. ISA sahaja tidak mencukupi
mungkin boleh juga diwujudkan akta yang boleh menyabitkan tentang amalan khurafat ini atas
kesalahan memesongkan akidah umat islam. Kita sebagai guru agama perlulah mengajukan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk difikirkan .
Rumusan
Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan satu usaha yng mencabar.Memang benar masyarakat kita pada hari ini lebih matang berbanding dahulu tapi lebih kepadakeduniaan. Kalau tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa.
Usaha usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat boleh dilakukan memaluikerjasama diantara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang bolehmenggugat keteguhan akidah umat islam .
Diantara langkah yang perlu diambil ialah menanamkan keyakina kepada masyarakat kita agartidak mudah mempercayai benda- benda tahyol,mendalami ilmu agama dan jangan terlalu mudahterpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda.
Manakala jalan penyelesaiannya ialah setiap umat islam hendaklah mendalami ilmu agamasebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi SAW yang bermaksud aku telah tinggalkankamu dua perkar a selama mana kamu berpegang teguh dengannya,tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al .Quran dan sunn ah ku.
Biblografi
Bil. Nama Bahan Bacaan Nama
Pengarang
Tahun
diterbitkan
Penerbit Tempat
diterbitkan
1 Al - Quran Al - Karim - - - Damsyik
2 Tafsiran Al Quran
( Tafsir Ibnu Katsir )
Dr. Abdullah bin
Muhammad bin
Abdurrahman bin
Ishaq Al-Sheikh
1996 Pustaka
Imam Syafii
Cordova.
Jabotabek ,
Indonesia
3 Inilah Akidah Muslim Abdul Hadi
Awang
1997 PTS Islamika Batu Caves,
Selangor,
8/12/2019 810110025001001HBIS 2203- AKIDAH
19/19
HBIS 2203
Malaysia.
4 Ekspress SPM Tingkatan
4 & 5 Pendidikan Islam
Khairunnisa
Yusoff
2006 Sasbadi sdn.
bhd.
Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia5 Wanita Sholihah Ciri-ciri
dan Fungsinya
Abu Mohd Jibril
Abdur Rahman
1985 Hikmah
Enterprise
Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia.
6 40 Hadis Imam Nawawi Ainon Mohd &
Arieff Salleh
Rosman
2006 PTS Islamika Batu Caves,
Selangor,
Malaysia.
top related