Transcript
|6.12 - 1
| 6.12 - 1
6.12 PERHUBUNGAN, PENGANGKUTAN & PENGURUSAN LALULINTAS
6.12.1 Pengenalan
Sistem perhubungan, pengangkutan dan pengurusan lalulintas merupakan
kemudahan infrastruktur utama yang perlu disediakan bagi memudahkan
kemudahsampaian penduduk dan barangan dari suatu tempat ke tempat lain serta
mempengaruhi taburan aktiviti dalam sesuatu kawasan. Di samping itu, jaringan
perhubungan dan pengangkutan yang baik juga menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan fizikal, sosial dan ekonomi sesebuah kawasan. Sektor pengangkutan
menjadi nadi yang dapat meningkatkan potensi ekonomi dan sosial serta secara
tidak langsung dengan peningkatannya juga mampu mempengaruhi perubahan
corak gunatanah semasa dan masa hadapan bagi menampung populasi yang
meningkat di kawasan tersebut. Kajian akan menjurus kepada pengkajian terhadap
keadaan semasa sistem perhubungan, pengangkutan dan pengurusan lalu lintas,
membuat unjuran bagi mencari tahap keupayaan sistem pengangkutan dan lalu
lintas bagi masa hadapan dan mencari kelemahan dan masalah yang terdapat di
kawasan kajian dari aspek pengangkutan dan lalu lintas seterusnya mencari jalan
penyelesaian yang terbaik dalam pembangunan suatu kawasan.
6.12.2 Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif yang digunapakai dalam menjalankan kajian
Rancangan Tempatan Daerah Yan. Di antaranya adalah :
a. Mengkaji sistem rangkaian lalu lintas semasa dan komited serta
mengenalpasti isipadu dan kapasiti lalu lintas semasa kawasan kajian.
b. Mengkaji jenis-jenis pengangkutan awam sedia ada di kawasan kajian.
c. Mengenalpasti corak permintaan terhadap sistem pangangkutan.
d. Mengenalpasti isu dan masalah yang wujud dan berkait rapat dengan
perhubungan dan pengangkutan.
e. Merancang dan merangka aliran lalulintas di rangkaian lebuh raya, jalan
raya dan laluan pejalan kaki atau basikal serta sistem pengurusan lalu
lintas yang lebih berkesan, menyeluruh dan bersepadu.
f. Membuat unjuran isipadu lalulintas pada masa hadapan.
g. Merangka cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
pengangkutan awam bagi manfaat seluruh penduduk.
|6.12 - 2
| 6.12 - 2
6.12.3 Skop Kajian
Terdapat beberapa skop kajian yang ditekankan di dalam kajian Rancangan
Tempatan Daerah Yan. Antaranya iaitu :-
i. Sistem Jalan Raya
- Rangkaian jalanraya
Lebuhraya
Jalan Persekutuan
Jalan Negeri
Jalan Bandaran
- Isipadu lalulintas
- Persimpangan utama
- Kemalangan jalan raya
Punca kemalangan
Jenis kenderaan
Jenis Jalan
- Pemilikan kenderaan
Kenderaan Persendirian
Kenderaan Perkhidmatan Awam
Kenderaan Barangan
Lain-lain Kenderaan
ii. Pengurusan Lalu Lintas
- Sistem Lampu Isyarat
- Laluan Pejalan Kaki
- Sistem Kawalan Simpang
iii. Sistem Pengangkutan Awam
- Perkhidmatan bas
Bas henti-henti
Bas ekspress
- Perkhidmatan teksi dan kereta sewa
- Pengangkutan air
Feri
Bot
- Pengangkutan udara
iv. Projek Pembangunan Komited Bagi Jalan Raya
- Sedia ada
- Dalam perancangan
|6.12 - 3
| 6.12 - 3
v. Kemudahan Sokongan
- Tempat Letak Kenderaan (TLK)
- Perhentian bas
- Terminal bas, teksi
- Jeti
6.12.4 Dasar-dasar Berkaitan Sektor Pengangkutan
Terdapat beberapa dasar yang dirujuk dalam menjalankan kajian Rancangan
Tempatan Daerah Yan bagi memastikan ia berjalan selari dengan rancangan yang
telah dibuat untuk memajukan dan meningkatkan lagi sektor pengangkutan dan
perhubungan negara Malaysia.
a. Rancangan Fizikal Negara (RFN)
Di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), satu sistem pengangkutan dan
perhubungan yang bersepadu yang merangkumi mod pengangkutan yang
menghubungkan semua negeri, bandar, luar Bandar, lapangan terbang dan
pelabuhan dicadangkan bagi menyepadukan aktiviti-aktiviti ekonomi dan
sosial serta mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Cadangan ini akan
membantu memastikan pembangunan pengurusan infrastruktur
pengangkutan mengikut hierarki dan fungsi strategik masing – masing.
(Rancangan Fizikal Negara (RFN), 2005, m/s 5-44)
b. Dasar Perbandaran Negara (DPN)
TERAS 3 : SISTEM PENGANGKUTAN BANDAR YANG BERSEPADU DAN EFISIEN
Dasar Langkah
DPN 15
SISTEM
PENGANGKUTAN
AWAM YANG
BERSEPADU, EFISIEN
DAN MESRA
PENGGUNA
DIBANGUNKAN
i. Menyediakan pelan induk pengangkutan awam di
semua peringkat perbandaran.
ii. Menyediakan garispanduan berdasarkan kepada
sasaran mod pengangkutan awam yang telah
disediakan.
iii. Membina terminal pengangkutan multi-modal mengikut
hierarki bandar.
iv. Mengintegrasi sistem pengangkutan awam di dalam
perancangan guna tanah dengan menggunakan konsep
‘Transit Oriented`Development’ (TOD).
|6.12 - 4
| 6.12 - 4
v. Membangunkan sistem pengangkutan awamberkapasiti
tinggi di Konurbasi Pertumbuhan Negara, Wilayah, Separa
Wilayah dan Pertumbuhan Negeri.
vi. Menyediakan terminal ‘Park and Ride’ di Konurbasi
Pertumbuhan Negara, Wilayah dan Separa Wilayah.
vii. Meningkatkan kawasan liputan laluan pengangkutan
awam dan memastikan perkhidmatan pengangkutan
awam yang cekap, efisien dan menepati waktu.
viii. Memperkenalkan sistem tiket bersepadu yang
merangkumi semua mod pengangkutan awam.
ix. Memberi keistimewaan kepada OKU dan warga emas
melalui penyediaan kemudahan fizikal, diskaun tiket dan
kemudahan sokongan lain.
x. Mewujudkan satu agensi khusus bagi mentadbir,
merancang dan melaksanakan system pengangkutan
awam.
xi. Menyelaraskan operator-operator yang terlibat dalam
penyediaan pengangkutan awam.
xii. Memastikan operator-operator yang terlibat dalam
penyediaan pengangkutan awam mematuhi pelan
laluan yang telah ditetapkan.
xiii. Menyemak semula perundangan yang berkaitan dengan
pengurusan sistem pengangkutan awam.
xiv. Memastikan aspek perancangan pengangkutan awam
diberi penekanan dalam Rancangan Tempatan.
xv. Menggalakkan program berkongsi kereta untuk
mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
xvi. Menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam bagi
mengurangkan tahap pencemaran udara.
DPN 16
SISTEM PENGURUSAN
LALULINTAS YANG
LEBIH MENYELURUH
DILAKSANAKAN
UNTUK MEMASTIKAN
PERGERAKAN
LALULINTAS YANG
LEBIH CEKAP DAN
BERKESAN
i. Menggunapakai sistem pengangkutan pintar dan
‘navigation system’ dalam pengurusan lalulintas di
bandar.
ii. Memperkenalkan sistem pengurusan lalulintas yang lebih
efisien untuk mengawal kesan aktiviti di dalam pusat
bandar yang menjana lalulintas keterlaluan.
iii. Melaksanakan skim untuk menghadkan bilangan
kenderaan persendirian yang memasuki pusat bandar.
iv. Menghadkan kemudahan tempat letak kenderaan di
pusat bandar.
v. Mengawal pergerakan kenderaan dengan
melaksanakan program ‘traffic calming’.
vi. Menggunapakai ‘Computerised Area Traffic Control’ di
|6.12 - 5
| 6.12 - 5
dalam kawasan perbandaran.
DPN 17
RANGKAIAN JALAN
RAYA YANG LEBIH
MENYELURUH
DIBANGUNKAN BAGI
MENINGKATKAN
AKSESIBILITI DAN
MOBILITI DI DALAM
DAN DI ANTARA
BANDAR
i. Membangunkan jalan raya mengikut hierarki.
ii. Meningkatkan aksesibiliti bagi melancarkan pergerakan
kenderaan melalui penyediaan jalan lingkaran, jalan
pintas dan laluan sehala.
iii. Menyediakan laluan/lorong khas untuk motosikal dan
pejalan kaki didalam kawasan bandar.
iv. Melaksanakan kajian Penilaian Impak Sosial (SIA)
terhadap perancangan jalan baru dan naiktaraf jalan.
v. Melaksanakan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
terhadap perancangan jalan baru dan naik taraf jalan
khususnya di dalam kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
vi. Melaksanakan kajian Penilaian Impak Pengangkutan (TIA)
untuk semua pembangunan di dalam kawasan
perbandaran.
vii. Melaksanakan audit keselamatan jalan raya (Road Safety
Audit) di dalam perancangan pembangunan jalan raya.
Sumber : Dasar Perbandaran Negara(DPN), 2006, m/s 52
c. Rancangan Malaysia Ke-10
Berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-10, rangkaian pengangkutan awam
yang menyeluruh dan lebih cekap adalah penggerak kepada pertumbuhan
ekonomi yang mampan dan ianya adalah penting dalam memastikan
kawasan bandar dan luar bandar menjadi tempat yang menarik untuk
didiami, bekerja dan beriadah. Ini penting terutama di kawasan bandar yang
berfungsi sebagai hab ekonomi yang menyediakan mobiliti kepada beratus
atau beribu orang sehari. Tanpa sistem pengangkutan awam yang berfungsi
dengan baik, kesesakan, kehilangan produktiviti serta kemerosotan kualiti
hidup akan menyebabkan bandar besar dan sederhana kekurangan daya
saing dan kesesuaian untuk didiami. Menganggap perkara ini sebagai
keutamaan, Kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula industri
pengangkutan awam dengan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) dan menggubal Rang Undang Undang Pengangkutan
Awam Darat 2010. Sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA), usaha mempertingkatkan pengangkutan awam
bandar juga merupakan bidang keutamaan negara di bawah Program
Transformasi Kerajaan (PTK). Peruntukan sebanyak RM2.8 bilion telah
disediakan untuk menyiapkan inisiatif di bawah NKRA bagi tempoh dua
|6.12 - 6
| 6.12 - 6
tahun pertama Rancangan. (Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Bab
6, 2011-2015, m/s 271)
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan meneruskan usaha ke arah
memantapkan pendekatan dalam perancangan pengangkutan dan
menyepadukan pengangkutan awam dengan pelan induk pembangunan
guna tanah di peringkat nasional, wilayah serta daerah. Tujuan
penambahbaikan pengangkutan awam adalah untuk membangunkan
bandar yang berdaya maju dan sesuai untuk didiami, di samping
memastikan bandar kecil dan sederhana tidak dipinggirkan. Kerajaan telah
menetapkan matlamat untuk meningkatkan syer penggunaan
pengangkutan awam yang ketara di semua kawasan bandar. (Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Bab 6, 2011-2015, m/s 271)
Dalam tempoh Rancangan, strategi bagi menjadikan pengangkutan awam
sebagai pilihan utama untuk semua pengguna akan memberi tumpuan
kepada:
Memacu pembaharuan kawal selia dan industri;
Meningkat pelaburan dalam keupayaan pengangkutan sejajar
dengan pertumbuhan bandar;
Mempromosi sistem yang lancar bagi semua mod dan operator; dan
Mewujudkan rejim pemantauan dan penguatkuasaan yang mantap.
d. Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah(RSN)
DU 12 MERANGKA RANGKAIAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN
PERHUBUNGAN YANG LEBIH MENYELURUH BAGI
MENINGKATKAN TAHAP KEMUDAHSAMPAIAN
Langkah pelaksanaan
DU12L1
Merangka Pelan Induk Rangkaian Perhubungan dan Pengangkutan
Negeri dalam tempoh jangkamasa panjang bagi menghasilkan
hierarki jalan yang lebih jelas dalam usaha mewujudkan
pembangunan seimbang ke seluruh daerah di Negeri Kedah.
DU12L2
Menaik taraf jalan-jalan negeri sedia ada di samping membina jalan-
jalan baru yang dikenalpasti bagi menghubungkan kawasan
pedalaman bagi meningkatkan kemudahsampaian ke seluruh Negeri
Kedah.
DU12L3 Menyediakan system pengangkutan awam yang lebih menyeluruh
|6.12 - 7
| 6.12 - 7
dan berkesan supaya dapat member faedah dan perkhidmatan
kepada seluruh penduduk dan nisbah penggunaan sistem
pengangkutan awam mencapai 70% berbanding kenderaan
persendirian pada tahun 2020 (nisbah 70:30)
Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (DRSN Kedah), 2002-2020, m/s 4-
32
DS 12-1 MELAKSANAKAN INTEGRASI SISTEM PERHUBUNGAN
ANTARABANGSA MELALUI UDARA, LAUT DAN DARAT SECARA
MENYELURUH
Langkah pelaksanaan
DS12-
1L5
Menyediakan terminal pengangkutan awam yang dapat
mengintegrasikan semua mod pengangkutan awam.
Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (DRSN Kedah), 2002-2020, m/s 4-
88
DS 12-2 MEMPERKUKUHKAN SISTEM JALAN RAYA DI SELURUH NEGERI
KEDAH
Langkah pelaksanaan
DS12-
2L1
Perlaksanaan pembangunan jalan mengikut hierarki dan spesifikasi
yang telah ditetapkan
Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (DRSN Kedah), 2002-2020, m/s 4-
89
DS 12-3 MEMPERTINGKATKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM KEPADA
SISTEM YANG LEBIH MENYELURUH DAN BERKESAN
Langkah pelaksanaan
DS12-
3L1
Menyediakan terminal-terminal dan hentian pengangkutan awam
yang moden bagi setiap pusat daerah.
DS12-
3L2
Menyediakan laluan-laluan perkhidmatan bas di kawasan-kawasan
pembangunan baru dan kampung terpencil.
DS12-
3L3
Sistem Tiket Berintegrasi perlu dilaksanakan oleh pengusaha bas
dengan KTMB iaitu antara pengangkutan rel dan bas bagi
meningkatkan modal split pengangkutan awam.
DS12-
3L4
Meningkatkan perkhidmatan teksi-teksi Bandar di Bandar-bandar
utama.
Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (DRSN Kedah), 2002-2020, m/s 4-
91
|6.12 - 8
| 6.12 - 8
DS 12-5 MEMASTIKAN PERLAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN SISTEM
PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN MENGAMBIL KIRA KESAN
ALAM SEKITAR DAN SOSIAL MASYARAKAT
Langkah pelaksanaan
DS12-
5L1
Menyediakan laporan kesan alam sekitar dan sosial bagi setiap projek
pembangunan.
DS12-
5L2
Rekabentuk dan jajaran jalan di peringkat perancangan perlu
memberi perhatian kepada kualiti alam persekitaran.
DS12-
5L3
Menanam dan menyelenggara pokok peneduh dan pokok bunga di
jalan utama, jalan di kawasan kediaman, perindustrian dan
perdagangan.
Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (DRSN Kedah), 2002-2020, m/s 4-
92
DS 12-6 MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN LALU LINTAS YANG
CEKAP TERUTAMANYA DI PUSAT-PUSAT BANDAR BAGI
MENGELAKKAN KESESAKAN DAN KEMALANGAN JALAN RAYA
Langkah pelaksanaan
DS12-
6L1
Mengawal pergerakan kenderaan di jalan-jalan utama dan di pusat
Bandar dengan mengadakan kawalan had laju, pembahagi jalan
dan papan tanda arah perjalanan.
DS12-
6L2
Pembinaan jalan-jalan lingkaran bagi Bandar-bandar utama bagi
mengagihkan lalu lintas secara berkesan kenderaan seta
mengurangkan kenderaan yang melalui pusat Bandar (through –
traffic)
DS12-
6L3
Menyediakan lampu-lampu isyarat di persimpangan yang sibuk dan
berbahaya kepada pengguna seperti ‘smart traffic light’.
DS12-
6L4
Menyediakan kemudahan tempat letak kereta berpusat terutamanya
di Bandar-bandar seperti Alor Star, Sungai Petani, Kulim, Jitra dan Kuah
supaya tidak mengganggu kelancaran lalu lintas.
DS12-
6L5
Menyediakan laluan pejalan kaki yang menarik dan disusuli dengan
program penanaman pokok-pokok hiasan dan teduhan untuk
kemudahan pejalan kaki.
DS12-
6L6 Menyediakan rangkaian sistem pejalan kaki yang teratur dan selamat
DS12-
6L7
Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pengguna-pengguna
jalan raya yang tidak bermotor seperti pejalan kaki dan penunggang
basikal. Kemudahan-kemudahan ini termasuklah :-
i. Lorong-lorong khas
ii. Tempat menyeberang jalan yang terkawal
|6.12 - 9
| 6.12 - 9
iii. Jejantas
DS12-
6L8
Menyediakan Sistem Pengangkutan Pintas (Intelligent Tranportation
System) dengan penyediaan sistem maklumat dan tiket elektronik.
Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (DRSN Kedah), 2002-2020, m/s 4-
92
6.12.4 Pendekatan Kajian
Dalam menjalankan kajian bagi sektor perhubungan, pengangkutan dan
pengurusan lalulintas, terdapat beberapa peringkat yang digunakan sebagai
pendekatan dalam kajian ini. Berikut adalah peringkat-peringkat yang digunapakai:
Peringkat 1 : Laporan Awalan
Peringkat ini merupakan peringkat awalan bagi sesuatu kajian yang akan
dijalankan. Peringkat ini melibatkan perbentukan objektif dan skop dalam
penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Yan. Antara maklumat-
maklumat yang diambil kira dalam sektor perhubungan, pengangkutan dan
pengurusan lalulintas adalah sistem rangkaian jalan raya, pengurusan lalu
lintas, sistem pengangkutan awam, projek pembangunan komited bagi jalan
raya dan kemudahan sokongan di Daerah Yan. Kajian awalan disediakan
sebagai panduan kepada data atau maklumat yang ingin dikaji atau
dikumpul dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Yan.
Peringkat 2 : Laporan Penemuan
Pada peringkat ini, terdapat 2 peringkat pengumpulan data iaitu data primer
diperolehi hasil daripada lawatan tapak melalui pemerhatian, temubual serta
kaji selidik yang dijalankan. Kaji selidik yang dijalankan adalah menggunakan
borang kaji selidik dan senarai semak dimana kajian OD akan dijalankan di
jalan raya yang mempunyai potensi yg tinggi mengalami kesesakan untuk
mengetahui isipadu lalu lintas di Daerah Yan, Kedah.
Data sekunder pula diperolehi daripada jurnal, laporan-laporan, rujukan,
bahan bacaan melalui agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Antara jabatan-jabatan yang terlibat dengan sektor
perhubungan,pengangkutan dan pengurusan lalulintas adalah:
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah
|6.12 - 10
| 6.12 -
Pihak Berkuasa Tempatan
UPEN
Syarikat Pengangkutan Bas
Cawangan Traffik Daerah Yan
Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Laporan yang berkaitan dan lain-lain.
Setiap data primer dan data sekunder yang dikumpul akan dianalisis,
maklumat-maklumat yang terperinci mengenai kajian akan terhasil. Antara
analisis yang akan dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti
keadaan semasa, tren pembangunan pengangkutan lalu lintas, kadar
kemalangan, isu dan masalah perhubungan, pengangkutan dan pengurusan
lalu lintas yang wujud di Daerah Yan.
Peringkat 3 : Draf Rancangan Tempatan
Hasil daripada penemuan kajian berdasarkan isu, masalah dan potensi sektor
perhubungan, pengangkutan dan pengurusan lalu lintas, maka dapatlah
dibentuk cadangan yang bersesuaian dengan Rancangan Tempatan
Daerah Yan, Kedah Darul Aman.
|6.12 - 11
| 6.12 -
Rajah 6.12.1 : Carta Alir Kajian Sektor Perhubungan, Pengangkutan dan Pengurusan Lalu
Lintas
Output kepada cadangan
pembangunan RT Daerah Yan
Teknik Analisis
SWOT
Kajian Lapangan
Soal Selidik
Cadangan Awal
Pembentukan Strategi
Pembangunan
Penilaian
Kemampanan
Sistem Maklumat
Geografi
Rumusan
Cadangan arah tuju
pembangunan perhubungan,
pengangkutan dan pengurusan
lalulintas kawasan kajian
Sistem
Maklumat
Geografi
Sumber Sekunder :
Rancangan Tempatan sedia
ada
Kajian sektoral yang lain
Agensi berkaitan :
- JKR Negeri Kedah
- HPU
- PBT
- UPEN
- Syarikat Pengangkutan Bas
- Cawangan Traffik
- Ins. Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya
Isu dan Potensi Awal
Membentuk Skop Kajian
Objektif Kajian RT
DaerahYan
RSN Kedah
Rancangan Tempatan
sedia ada
Lain-lain kajian sedia
ada Mengenalpasti Analisis Yang Akan Dijalankan
Dan Maklumat Yang Diperlukan
Mengumpul Maklumat
Dan Data Sistem Maklumat
Geografi
Peringkat Analisis dan Sintesis
(Laporan Penemuan)
Peringkat Asas (Laporan Awal)
Peringkat Cadangan
(Draf Rancangan
Tempatan)
|6.12 - 12
| 6.12 -
Jadual 6.12.1 : Pendekatan Kajian Sektor Perhubungan, Pengangkutan dan Pengurusan Lalu Lintas
Aspek Kajian Maklumat Yang Diperlukan Sumber Teknik Analisis Output Kajian
Sistem rangkaian
jalan raya
(external)
Maklumat pengangkutan semasa
dan komited:
- Rangkaian jalan raya seperti
lebuhraya, jalan raya,
pelabuhan
JPBD
Jabatan Kerja Raya
(JKR)
Unit Perancangan
Lebuhraya (HPU)
Majlis Daerah Yan
(MDY)
Analisis tahap kemudahsampaian
dan kesan rangkaian
perhubungan terhadap Daerah
Yan
‘Connectivity Index’
Analisis isu dan masalah di Daerah
Yan
Pelan rangkaian jalanraya
semasa dan komited.
Pelan cadangan laluan
alternatif bagi
menghubung ke kawasan
kajian.
Pelan tindakan mengatasi
kawasan yang
bermasalah.
Sistem rangkaian
jalan raya
tempatan
Maklumat rangkaian jalan raya
tempatan.
- Rangkaian jalan raya.
- Pembangunan komited
- Hierarki.
- Isi padu jalan
- Isi padu persimpangan
- Keadaan fizikal.
- Kapasiti jalan
- Kapasiti persimpangan
- Kelebaran rizab jalan.
- Laluan / jaringan.
- Jenis Rangkaian.
Maklumat kemalangan jalan raya
- Lokasi kemalangan
- Jenis kemalangan
Kajian Lapangan
Jabatan Kerja Raya
(JKR)
Majlis Daerah Yan
(MDY)
Polis Diraja Malaysia
(PDRM)
Cawangan Trafik
PDRM
Analisis tahap kemudahsampaian
di peringkat tempatan
Analisis keadaan fizikal jalan
Unjuran keperluan jalan
Analisis kesediaan tanah untuk
pembangunan
Analisis isu dan masalah di Daerah
Yan
Pelan rangkaian jalan
raya tempatan sedia ada
dan komited.
Pelan isipadu lalu lintas
harian waktu puncak
Pelan kapasiti jalan.
Pelan kawasan
kemalangan dan
kesesakan.
Pelan halangan fizikal
untuk pembentukan
cadangan
Pelan tindakan mengatasi
kawasan yang
bermasalah.
|6.12 - 13
| 6.12 -
Aspek Kajian Maklumat Yang Diperlukan Sumber Teknik Analisis Output Kajian
- Jenis kenderaan
Laluan pejalan kaki.
Pengurusan lalu
lintas
- Maklumat sistem lalulintas
sedia ada:
- sistem lampu isyarat
- laluan pejalan kaki
- sistem tempat letak
kenderaan
- kadar pertumbuhan
kenderaan
- sistem kawalan simpang
Pembangunan komited untuk
sistem perhubungan dan lalu
lintas pengangkutan
Kajian Lapangan
Jabatan Kerja Raya
(JKR)
Majlis Daerah Yan
(MDY)
Pengusaha tempat
letak kereta
Cawangan Trafik
PDRM
Analisis keadaan fizikal
Unjuran keperluan tempat letak
kereta
Analisi permintaan dan
penawaran
Analisis kesediaan tanah untuk
pembangunan
Analisis isu dan masalah
pengurusan lalu lintas
Analisis Sistem pengurusan lalu
lintas
Pelan lokasi tempat letak
kereta sedia ada
Pelan sirkulasi lalu lintas
pusat bandar
Pelan laluan pejalan kaki
sedia ada
Pelan halangan fizikal
Pelan cadangan
pengurusan lalu lintas
Sistem
pengangkutan
awam.
Jenis pengangkutan awam sedia
ada di Daerah Yan
Lokasi, keadaan fizikal dan
kemudahan sokongan seperti:
- Stesen atau terminal bas,
teksi, bot atau feri, jeti
Laluan dan kawasan
pengangkutan awam
Kawasan yang tidak mempunyai
perkhidmatan pengangkutan
awam.
Jabatan Kerja Raya
(JKR)
Majlis Daerah Yan
(MDY)
Syarikat
Pengangkutan Bas
Syarikat Kenderaan
Bas MARA Yan
Persatuan Teksi
Persatuan Tuan
Empunya dan
Analisis keadaan fizikal
Analisis permintaan dan
penawaran
Mod-mod pengangkutan awam.
Analisis isu dan masalah
pengangkutan awam
Analisis kesediaan tanah untuk
pembangunan
Pelan laluan
pengangkutan awam
sedia ada
Pelan lokasi stesen dan
terminal sedia ada
Pelan tindakan mengatasi
kawasan yang
bermasalah.
Pelan cadangan
pengangkutan awam
Sambungan...
|6.12 - 14
| 6.12 -
Aspek Kajian Maklumat Yang Diperlukan Sumber Teknik Analisis Output Kajian
Kekerapan perjalanan
Jarak perjalan
Jenis perkhidmatan yang
ditawarkan.
Pemandu Sewa
Daerah
Kemudahan
Sokongan
Jenis tempat letak kereta dan
kenderaan berat
Lokasi dan bilangan tempat
letak kereta dan kenderaan
berat
Jabatan Kerja Raya
(JKR)
Majlis Daerah Yan
(MDY)
Kajian lapangan
Analisis keadaan fizikal
Analisis isu dan masalah
kemudahan sokongan
Analisis permintaan dan
penawaran bagi kemudahan
sokongan
Pelan lokasi tempat letak
kereta dan kenderaan
berat
Pelan cadangan
kemudahan sokongan
Garis panduan Garis panduan semasa bagi
sektoral.
JPBD.
Sambungan...
|6.12 - 15
| 6.12 -
6.12.5 Isu dan Masalah
Terdapat beberapa isu dan masalah perhubungan, pengangkutan dan lalu lintas
yang telah dikenalpasti bagi membantu kajian Rancangan Tempatan Daerah Yan,
Kedah ini.
i. Jalan-jalan utama merupakan jalan yang mempunyai isipadu lalulintas
yang tinggi akibat tumpuan penduduk. Ini mengakibatkan sering berlaku
kemalangan.
ii. Tahap pekhimatan bas masih tidak menyeluruh sehingga ke kawasan
pedalaman di Daerah Yan.
(Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020, m/s 14-17)
top related