YOU ARE DOWNLOADING DOCUMENT

Please tick the box to continue:

Transcript
Page 1: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 89

MEMBINA KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB

MELALUI TEKNIK MAIN PERANAN

Hairun Najuwah Jamali Awatif Abd Rahman

Ku Fatahiyah Ku Azizan Siti Nurhajariah Md Isa

Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan ke atas kelompok pelajar yang mengambil subjek Al-Arabiah Li

Dirasat Islamiyyah I di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi membina kemahiran bertutur, keyakinan diri dan menambah perbendaharaan kata. Kajian ini adalah satu kajian tindakan yang bersifat kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Kajian ini dijalankan dalam satu semester dan seramai 90 orang pelajar terlibat. Data dianalisis dengan perisian SPSS versi 21.0. Ujian “Realibility Analysis-Scale Alpha” telah dijalankan ke atas semua item soal selidik dan keputusannya ialah 0.83 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini mendapati semua responden berpendapat bahawa pengalaman mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab melalui teknik main peranan telah berjaya membina keyakinan pelajar untuk bertutur dalam bahasa Arab. Selain itu, pelajar mampu menguasai lebih banyak perbendaharaan kata melalui aktiviti yang telah dilalui. Kata Kunci : kemahiran bertutur, bahasa Arab, teknik main peranan

This study was conducted on a group of students taking the subject of Al-Islamiyyah

Arabiah Li Dirasat I at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) to develop the

speaking skill, self-confidence and increase vocabulary. This study is an action research and

quantitative, using questionnaire as data collection instruments. The study was conducted in

one semester and a total of 90 students participated. Data were analyzed using SPSS

version 21. Tests "Realibility Alpha-Scale Analysis" was conducted on all the items of the

questionnaire and the results were 0.83 shows high reliability. The study found that all

respondents felt that the experience of learning the Arabic language speaking skills through

role play technique has managed to build students' confidence to speak Arabic. In addition,

students are able to master more vocabulary through activities that have been passed.

PENGENALAN

Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada tiga eleman penting

iaitu guru, murid dan bahan. Guru-guru hendaklah kreatif, berdaya usaha dan berinovasi.

Sementara murid pula perlu berusaha dan berminat untuk belajar dan bahan yang

digunakan juga hendaklah sesuai seterusnya boleh mendorong ke arah keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun tenaga penggerak mestilah datang

Page 2: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 90

dari guru sendiri (Strategi pengajaran dan pembelajaran mendengar dan bertutur - kursus

kakitangan sumber mata pelajaran bahasa Arab komunikasi tingkatan dua, 1993: 7).

Justeru, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua yang secara

umumnya bermotifkan komunikasi perlu mengambil kira tiga elemen ini.

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dalam

bahasa Arab berjalan lancar dan mencapai objektif, pelbagai aspek perlu diambil kira.

Antaranya meliputi aspek aplikasi penggunaan bahasa, teknik pengajaran yang interaktif

dan persekitaran yang kondusif dapat membantu meningkatkan keyakinan pelajar

terutamanya dalam membentuk kemahiran bertutur yang diharapkan. Antara teknik yang

boleh dilaksanakan bagi menekankan aplikasi penggunaan bahasa ialah teknik main

peranan (role play). Ia merupakan salah satu strategi pembelajaran bahasa asing selaras

dengan saranan (Stern, 1992 dan Fedderholdt, 1997) dalam Azman Che Mat & Goh Ying

Soon (2010) yang menekan untuk mempelajari bahasa asing, perlu menggunakan strategi

belajar bahasa asing.

Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah hasil dapatan kajian Mohd Rofian et.al

(2012) yang mendapati perlu ada perubahan dalam menyampaikan pengajaran bahasa

Arab terutamanya bagi subjek bahasa Arab komonikasi. Dapatan kajian ini telah

menghasilkan satu gegelung model penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran bahasa

di institiut pengajian tinggi di Malaysia.

Melalui gegelung model ini, satu kajian tindakan telah dijalankan bagi menambaik

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berpandukan silibus yang telah ditetapkan. Di

samping membantu pelajar dengan kemahiran perbendaraan kata, menggunakan bahan

bantu mengajar yang sesuai, pemilihan teknik pengajaran bagi sesuatu kemahiran dan

mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif melibatkan pelajar secara

keseluruhannya.

Rajah 1

Page 3: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 91

PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan kajian, Rim Adil at-Tark (2011) dalam Rosni Samah et.al (2013) menyatakan

bahawa masalah kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran bertutur berpunca

daripada kurang menguasai kosa kata, perasaan dalaman diri seperti takut, dan kurang

aktiviti berbahasa atau persekitaran bahasa. Menurut kajian Suraya (2011) penguasaan

kemahiran lisan dalam kalangan pelajar Melayu yang mengambil pengkhusussan bahasa

Arab masih lagi di peringkat tidak memuaskan. Antara masalah ketara yang dihadapi oleh

pelajar boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu dari segi penguasaan kosa kata,

kesalahan tatabahasadan tahap motivasi yang rendah.

Dalam kajian Azman Che Mat & Goh Ying Soon (2010) juga menyatakan aspek

kekurangan penguasaan kosa kata merupakan faktor utama menyebabkan pelajar tidak

dapat bertutur dalam bahasa Arab dengan baik seterusnya menghalang proses komunikasi.

Oleh itu, Ashinida (2012) menyatakan bahawa pelajar berasa kecewa, kurang keyakinan,

takut dan malu ditertawakan oleh rakan sekelas sekiranya berlaku kesilapan dalam bahasa

tersebut.

Permasalahan kemahiran bertutur bahasa Arab juga dilihat dari aspek isu-isu

pengajaran bahasa Arab. Dalam kajian Rosni Samah (2012), isu-isu pengajaran bahasa

Arab telah menyatakan tujuh isu yang melibatkan guru dan pelajar dalam pengajaran

bahasa Arab. Antaranya ialah pengajaran berpusatkan pelajar, pengajaran berteraskan

terjemahan teks, kurang latihan dan soalan, kurang penggunaan alat bantu mengajar,

kurang aktiviti, sikap pasif pelajar dan kurang komunikasi bahasa Arab.

Sueraya (2010) dalam Nik Murshida et.al (2014) turut mendedahkan antara masalah

utama yang timbul dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Arab adalah akibat

daripada amalan kaedah pengajaran secara tradisional. Kesannya pelajar mampu

membaca, menulis dan mendengar bahasa Arab tetapi agak lemah dalam kemahiran

komunikasi.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan sebagai reka bentuk

kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik sepenuhnya. Kajian tinjauan

Page 4: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 92

digunakan dalam kajian ini berdasarkan kepada aplikasinya yang membolehkan sesuatu isu

dan persoalan diteliti daripada pelbagai perspektif terutamanya dalam menghuraikan

mengenai tahap, persepsi dan sikap responden berkenaan sesuatu isu yang dikaji (Chua.

2006). Selain itu, reka bentuk kajian tinjauan menggunakan saiz sampel yang besar, maka

dapatan kajian boleh di generalisasi kepada populasi dengan tepat dan berkesan. Kajian

tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti di Rajah 2.

Kajian tindakan yang dijalankan berdasarkan gegelung ini setelah mengenalpasti isu dan

masalah kemahiran bertutur dalam bahasa Arab pelajar institusi pengajian tinggi khususnya

di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS. Justeru, penyelidik telah membuat

satu plan tindakan menggunakan teknik main peranan sebagai kaedah pengajaran bagi

menambahbaik penguasaan pelajar dalam kemahiran bertutur bahasa Arab.

Oleh itu, teknik main peranan (role play) telah dijalankan terhadap responden

dengan mengambil langkah seperti berikut :

ة الـمستقبل الـمرسل الرسال

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pelajar dilatih tubi menggunakan

ungkapan-ungkapan ringkas harian seterusnya berkembang kepada perbualan mengikut

Mengenal Pasti Isu & Masalah Kajian

Mengutip &

Menganalisis Data

Pelaksanaan

Tindakan

Pembentukan Pelan

Tindakan & Penetapan Alat

Kajian / Kaedah Penilaian

Refleksi &

Penilaian Konseptualisasi

Masalah: Prinsip / Teori

berhubung dengan

masalah

Menganalisis Masalah - Perbincangan penyelidik

Rajah 2

Page 5: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 93

situasi yang ditetapkan.

Memperihal biodata diri / keluarga

اسم .....، أنا من....، أسرت تتكون من ....

Perbualan harian ringkas أستقظ ف الساعة ...، أذهب إلى الفصل بـ....، أنا أتخصص ف ....

Memperkenalkan rakan di dalam kelas

ذه صدقت اسمها ...،هذا صدق اسمه ...، ه

هو من ....، هواته ....، هواتها .....،

Perbualan tajuk bebas secara berpasangan أنا أحب التفاحة، وأنت؟ ...أحتاج إلى مساعدتك .... نعم، أي خدمة؟

Berlakon secara berkumpulan الموضوعات ف المواقف المختلفة

ف محطة الحافلة • ف المطار •المكتبة ف • ف المطعم •

Setiap kumpulan merangka dan menulis skrip berdasarkan tajuk yang diundi bersama

ahli kumpulan. Mereka dibenarkan membuat latihan bersama kumpulan masing-masing.

Selepas selesai perbincangan dan latihan, persembahan lakonan mereka dimulakan.

Penyelidik turut berada ketika lakonan diadakan dengan mencatat beberapa perkatan

berkaitan aspek kosa kata, sebutan hurut dan perkataan, penggunaan gaya Bahasa dan

ungkapan-ungkapan tertentu. Namun tidak sekali-kali mencelah atau menegur ahli

kumpulan pelajar ketika persembahan. Manakala para pelajar yang lain diminta menulis apa

jua kosa kata dan ungkapan bahasa Arab yang menarik perhatian mereka sebagai

menambah pengetahuan sedia ada.

Usai aktiviti berkumpulan ini dijalankan, penyelidik mengedarkan soal selidik

berdasarkan objektif kajian kepada responden kajian. Soal selidik diedarkan bagi

mendapat maklum balas tentang aktiviti ini dalam membantu mereka membina kemahiran

bertutur Bahasa Arab melalui teknik main peranan.

Teknik ini juga telah diaplikasi oleh Pramela Krish (2001), Azani et.al (2012), Nadwah &

Nadhilah (2014) dan Nik Murshida Nik Din et.al (2014).

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menambah baik P&P kemahiran bertutur bahasa Arab.

2. Mengetahui penerimaan pelajar terhadap tindakan yang dijalankan melalui P&P

Page 6: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 94

dalam kelas.

LATAR BELAKANG RESPONDEN

Responden kajian ini terbatas kepada pelajar tahun satu yang sedang berada di semester

satu. Responden kajian ini ialah pelajar diploma Pengajian Islam yang belajar di KUIS

sahaja. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pengkhususan mereka berbanding pelajar lain

yang tidak menjurus kepada pengajian Islam. Kebanyakan mereka mempunyai latar

belakang pembelajaran bahasa Arab melebihi 5 tahun. Tempoh pelaksanaan kajian

tindakan ini ialah satu semester pengajian sahaja.

Jadual 1 Demografi Pelajar

Kategori Bilangan Pelajar

Peratusan (%)

Jantina Lelaki 51 56.7 Perempuan 39 43.3

Tahun Pengajian Tahun 1 90 100.0

Pernah mengikuti kursus Bahasa Arab Ada 33 36.7

Tiada 57 63.3

Pendorong mempelajari bahasa Arab Diri Sendiri 67 74.4 Ibubapa/

Penjaga 13 14.4

Rakan-rakan 5 5.6 Pensyarah 5 5.6

Tahap Penguasaan Bahasa Arab Sangat Baik 1 1.1 Baik 11 12.2 Sederhana 49 54.4 Lemah 26 28.9 Sangat

Lemah 3 3.3

Tahap Penguasaan Jawi Sangat Baik 21 23.3 Baik 39 43.3 Sederhana 27 30.0 Lemah 3 3.3

Tahap Penguasaan bacaan Al-Quran

Sangat Baik 20 22.2

Baik 47 52.2 Sederhana 22 24.4 Lemah 1 1.1

Jumlah 90 100.0

Page 7: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 95

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Data dianalisis dengan perisian SPSS versi 21.0. Ujian “Realibility Analysis-Scale Alpha”

telah dijalankan ke atas semua item soal selidik dan keputusannya ialah 0.83 menunjukkan

kebolehpercayaan yang tinggi.

Terdapat tiga tahap skor min yang telah ditetapkan bagi semua item yang dikaji

berdasarkan skor min iaitu 1.00 hingga 1.99 berada pada tahap rendah, 2.00 hingga 2.99

berada pada tahap sederhana dan 3.00 hingga 4.00 berada pada tahap tinggi. Jadual 2

menunjukkan interpretasi kepada tahap skor min tersebut.

Jadual 2 Interpretasi Julat Skor Min

Julat Tahap Skor Min

1.00 – 1.99 Rendah

2.00 – 2.99 Sederhana

3.00 – 4.00 Tinggi

Sumber: Rosnaini, Mohd Arif & Jalaludin (2011)

Jadual 3 Skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran bertutur No Item Min Sisihan

Piawai Interpretasi

C1 Pensyarah saya memperkenalkan kepada saya asas kemahiran bertutur.

3.63 .608 Tinggi

C2 Pensyarah saya meminta saya menyebut perkataan bahasa Arab yang dipelajari mengikut makhraj yang betul.

3.66 .621 Tinggi

C3 Pensyarah saya meminta pelajar menjalankan perbualan dalam bahasa Arab bersama rakan tanpa melihat teks.

3.42 .749 Tinggi

C4 Pensyarah saya meminta pelajar bercakap di hadapan kelas dalam bahasa Arab tanpa melihat teks.

3.69 .593 Tinggi

C5 Pensyarah saya memperkenalkan kepada saya kosa kata baharu untuk digunakan di dalam lakonan mengikut situasi.

3.58 .519 Tinggi

C6 Pensyarah saya meminta pelajar menyebut secara lisan kosa kata baharu bahasa Arab mengikut situasi.

3.56 .602 Tinggi

C7 Pensyarah saya meminta pelajar berlakon dalam bahasa Arab mengikut situasi yang diberikan.

3.67 .581 Tinggi

C8 Pensyarah saya meminta pelajar menyebut ayat dalam bahasa Arab mengikut nada dan intonasi yang betul ketika berlakon.

3.53 .674 Tinggi

C9 Pensyarah saya memberi peluang kepada pelajar bertutur dan berlakon dalam bahasa Arab.

3.73 .493 Tinggi

Page 8: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 96

C10 Pensyarah saya tidak banyak membuat pembetulan kesalahan di dalam pertuturan bahasa Arab.

2.46 1.062 Sederhana

Skor Keseluruhan Kemahiran Bertutur 3.49 0.39 Tinggi

Dalam dapatan kajian ini, objektif kajian dapat dicapai iaitu menambah baik kaedah

pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab menerusi teknik main peranan. Hal ini kerana

berdasarkan maklumbalas responden menunjukkan interpretasi yang tinggi. Jadual hasil

dapatan di atas juga menunjukkan teknik main peranan yang diaplikasi ketika pengajaran

dan pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab, merupakan teknik yang dapat

membantu pelajar ketika bertutur bahasa Arab di dalam kelas. Hasil kajian turut mendapati

teknik yang dijalankan ini mendapat kedudukan yang tinggi seterusnya dapat membantu

mengatasi permasalahan dalam kalangan pelajar ketika bertutur bahasa Arab.

Penggunaan teknik main peranan ini adalah salah satu teknik pengajaran yang

mampu menarik minat pelajar untuk akti dalam aktiviti pembelajaran (Azani et.al 2012).

Teknik ini dilihat dapat membantu memberi keyakinan yang tinggi ketika bertutur dalam

bahasa Arab. Kajian Nik Murshidah et.al (2014) juga mendapati situasi yang sama kerana

teknik ini berpusat kepada pelajar. Dalam aktiviti berinteraksi ini, Nur Syaifura (2011) dalam

Rosni Samah et. al (2013) menyatakan interaksi dapat memberi keyakinan pelajar untuk

bertutur.

Interaksi adalah salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan

oleh Meier (2010) melalui teknik Accelerated Learning (AL) atau pembelajaran pantas.

Proses interaksi menyarankan guru sebagai moderator manakala pelajar sebagai penggerak

aktiviti di dalam kelas. Antara aktiviti interaksi yang boleh membantu kemahiran bertutur

ialah memperkenal biodata rakan sekelas, temubual wartawan, sidang video dan tetamu

dan tuan rumah. Aplikasi pembelajaran kemahiran bertutur melalui interaksi antara guru dan

pelajar, pelajar dan sekelasnya dapat membantu mengatasi perasaan malu, tidak ada

keyakinan diri ketika bertutur Bahasa kedua dan sikap mengasingkan diri daripada rakan

sekelas.

Pendekatan teknik pengajaran komunikatif oleh guru melalui teknik main peranan ini

merupakan salah satu strategi ke arah merangsang potensi pelajar bertutur dalam bahasa

Arab dengan lebih baik. Adalah diakui bahawa masalah kekurangan kosa kata dalam

kalangan pelajar membataskan mereka untuk bertutur (Azman Che Mat & Goh Ying Soon

2010) . Walau bagaimanapun guru sebagai fasilitator di dalam kelas perlu memberi bantuan

Page 9: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 97

yang sewajarnya kepada pelajar dengan memberi beberapa perkataan dan fasa-frasa yang

berkaitan tajuk. Ia sebagai pendorong kepada mereka melaksanakan tugasan dengan lebih

baik. Hal ini dipersetujui melalui maklumbalas pelajar di dalam item “Pensyarah saya

memperkenalkan kepada saya kosa kata baharu untuk digunakan di dalam lakonan

mengikut situasi” .

Harmer (1983) telah menggariskan beberapa kriteria dalam aktiviti komunikatif yang

salah satunya ialah kepelbagaian struktur bahasa. Pelajar bebas menggunakan apa jua

bentuk struktur bahasa pilihannya. Justeru, sebelum aktiviti komunikatif dijalankan, pelajar

diberi penekanan tentang sebutan nada dan intonasi struktur ayat bahasa Arab agar hasil

kerja yang dipersembahkan memberi impak positif kepada diri pelajar sendiri.

To’imah (1985) menitikberatkan aktiviti perbualan di dalam kelas apabila mempelajari

bahasa Arab. Melalui teknik perbualan, pelajar akan mempraktikkan kepelbagaian kosa

kata, fonologi, ungkapan-ungkapan indah dalam bahasa Arab. Di samping itu, teknik

perbualan juga menggalakkan pelajar berinteraksi sesama mereka serta menggunakan

bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian mereka. Teknik ini boleh dilakukan dengan

memulakan soal jawab mudah antara pelajar dan guru. Kemudian berkembang kepada

perbualan pelajar secara berpasangan seterusnya secara berkumpulan.

Bagi item “ pensyarah saya tidak banyak membuat pembetulan kesalahan di dalam

pertuturan bahasa Arab”, telah mendapat maklumbalas yang sederhana daripada

responden. Hal ini kerana dalam aktiviti komunikatif Harmer (1983) juga menyatakan tiada

campur tangan guru bagi membolehkan pelajar melaksanakan sesama mereka. Pembetulan

dan penilaian guru adalah terhadap hasil aktiviti yang telah dijalankan. Penilaian juga

hendaklah berasaskan pencapaian pelajar dalam komunikasi dan bukan terhadap

penggunaan bahasa sama ada betul atau salah.

To’imah (t.t.) memberi panduan dalam pengajaran kemahiran bertutur melaui asas-

asas yang berikut:

i. Guru perlu mengurangkan percakapan dan memberi arahan di dalam kelas

kemahiran bertutur namun sebaliknya pelajar perlu memperbanyakkan bertutur

bahasa Arab.

ii. Pelajar perlu memahami apa yang dituturkannya iaitu dengan cara meminta

pelajar bercakap sesuatu tajuk yang dialaminya atau berdasarkan kepada

Page 10: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 98

pengalamannya.

iii. Guru tidak membangkang atau memotong percakapan ketika pelajar

bertutur bahasa Arab serta memperbanyakkan pembetulan ketika pelajar bertutur

bahasa Arab. Adalah satu kebiasaan sekiranya penutur bahasa Arab sebagai

bahasa kedua berasa lemah dalam mengeluarkan kata-kata dan menyusun ayat

bahasa Arab dengan sempurna. Namun perasaan ini akan bertambah sekiranya

percakapan mereka sering dipotong oleh guru. Pembetulan kesalahan pelajar perlu

dilihat dari dua segi: a) Sekiranya kesalahan pertuturan bahasa Arab pelajar boleh

merosakkan makna ayat, maka guru perlu memperbetulkan kesalahan pertuturan

pelajar. Namun jika kesalahan bahasa itu tidak merosakkan makna serta masih

dapat menyampaikan maksud percakapan, maka kesalahan itu perlu diabaikan.

Oleh yang demikian, tindakan tenaga pengajar yang tidak mencelah ketika aktiviti dijalankan

adalah sejajar dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, teknik main peranan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab mendapat reaksi yang positif

daripada pelajar sebagai responden kajian. Teknik yang berpusatkan pelajar ini telah

memberi ruang dan peluang kepada pelajar menonjolkan kemahiran, bakat dan keberanian

ketika bertutur dalam bahasa Arab. Mereka mampu menyahkan perasaan-perasaan negatif

seterusnya mampu mempersembahkan kualiti persembahan yang baik mengikut

kemampuan masing-masing.

Oleh itu dicadangkan kepada pendidik yang terlibat dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab yang lebih berpusatkan pelajar berbanding guru. Para pelajar sebenarnya mempunyai

potensi yang tinggi dalam diri mereka, manakala pendidik bertindak sebagai pembimbing

kepada potensi pelajar. Pembinaan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar

perlu dipraktikkan melalui teknik yang sesuai seperti teknik main peranan, agar objektif

pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran ini tercapai.

Page 11: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 99

RUJUKAN

Ashinida Aladdin (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi Dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 12(2), 645-666.

Azani Ismail et.al (2012). Membina Kemahiran Bertutur Menerusi Lakonan Dalam

Pengajaran Bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 12(1), 325-337.

Azman et. al (2010). Kegunaan Transliterasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 10(2), 19-35. Azman Che Mat & Goh Yimg Soon. (2010). Panduan Strategi Belajar Bahasa Asing –

Khusus Untuk Pelajar-pelajar Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Shah Alam. Pusat Penerbit Universiti (UPENA) UITM.

Harmer,J. (1983). The Practice of English Language Teaching. New York. Longman.

Kemmis, S. & McTaggart, R.. 1988. The action research planner. Geelong, Victoria,

Australia: Deakin University Press.

Meier, Dave. 2010. “ Al-Taallum Al-Sarii’ ”. Terj. Ali Muhammad. Damsyik : Illaf Train. Dar Al-Qayyimah.

Mohammad Rofian et.al. 2012. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di

Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta Di Malaysia. Bangi: Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Nadwah et.al (2014). Permasalahan Pertuturan Dalam Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 14(1), 117-133.

Nik Murshidah Nik Din et.al. 2014. Keberkesanan Kaedah Main Peranan Dalam

Pembelajaran Kemahiran Lisan Arab. Prosiding Seminar Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Arab 2014

Pramela Krish (2001) ‘Role Play Activity With Distance Learners In An English Language

Classroom’.UKM:Bangi.

Rosni Samah (2012). Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Prosiding Seminar Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Arab 2012.

Rosni Samah et.al (2013). Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam

Kalangan Jurulatih Debat. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 13(2), 99-

116.

Strategi pengajaran dan pembelajaran mendengar dan bertutur. (1993). Kursus kakitangan sumber mata pelajaran bahasa Arab komunikasi tingkatan dua.

Page 12: membina kemahiran bertutur dalam bahasa arab melalui teknik ...

e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization e-ISSN: 2289-6759 Volume 3-2016

h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s . n e t

Page 100

Toimah, R.A. t.t. Al-Marji’ Fi Ta’lim al-Lughah al-Arabiyyah Li Al-Natiqiin bi Lughatin Ukhra.

Jilid2: Jami’ah Ummul Qura: Maa’had al-Lughah al-Arabiyyah.

Toimah, R.A. 1985. Dalil ‘Amal fi I’dad al-Mawaad al-Ta’limiyyah li Baramij Ta’lim al-

Arabiyyah. Jamia’ah Ummul Qura: Ma’had Al Lughah Al Arabiy Li Ghair Natiqiina

Biha.


Related Documents