YOU ARE DOWNLOADING DOCUMENT

Please tick the box to continue:

Transcript
Page 1: Bm thn 1 aktiviti cuti

Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

Saya dan kawan-kawan saya suka …………………………………….. ( bermain bola / bermain hoki ) . Saya bermain bola bersama ……………………………………………… ( kawan-kawan / adik-adik ) . Saya selalu bermain bola pada waktu ………………………………………….. ( petang / malam ) . Kami bermain bola di ……………………………….. ( padang / gelanggang ) yang berhampiran.

Bermain menyihatkan ………………………….. ( badan / kaki ) saya. Saya memakai …………………………………….. ( kasut / selipar ) semasa bermain bola.

Isi tempat kosong dengan menggunakan kata kerja. Kemudian bina ayat.

1. menyiram tanaman – _________________________________________________________________________

2. mengesat peluh – ___________________________________________________________________________

3. membaca buku – ____________________________________________________________________________

4. menuang kopi – _____________________________________________________________________________

5. menabur baja – _____________________________________________________________________________

Page 2: Bm thn 1 aktiviti cuti

Pilihjawapan yang sesuai berdasarkan petikan.

menjual

rumput

menyiram

terung

sawi

Kacangbendi

kubis

Page 3: Bm thn 1 aktiviti cuti

Tulis kata nama khas yang sesuai

Universiti Putra Malaysia

Port Dikson SJKT Kangar

Gopal Restoran Jia Hook

1. Cikgu Malar bekerja di ............................................................ .

2. Encik ......................................menjemput ayah kerumahnya pada hari Deepavali.

3. Kami sekeluarga makan di ..................................................... .

4. Durga berkelah di pantai ................................................ .

5. Kakak saya menuntut di ............................................................... .

Baca petikan di bawah dan jawab soalan kefahaman berikut.

Rao dan keluarganya pergi berkelah. Mereka berkelah di tepi sungai. Mereka tiba pada pukul 9.00 pagi. Abang, kakak dan adik Rao bermain di sungai. Mereka mandi sambil bermain bola.

Setelah penat mandi, mereka berhenti makan. Mereka makan roti dan kuih. Mereka gembira kerana dapat berkelah bersama-sama keluarga.

1. Ke manakah Rao dan keluarganya pergi?

Rao dan keluarganya pergi _______________________ .

2. Di manakah mereka pergi berkelah?

Mereka pergi berkelah di ________________________ .

3. Bilakah mereka tiba di sana?

Mereka tiba di sana pada pukul ____________________ .

4. Apakah makanan yang mereka makan?

Mereka makan ____________________________ .

5. Bagaimanakah perasaan mereka ketika itu?

Mereka _____________________________________ .

BAHASA MELAYU TAHUN: 1

Gariskan kata kerja yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini.

1. Kakak ( memberus / menggosok) baju dengan seterika.

Page 4: Bm thn 1 aktiviti cuti

2. Jangan ( marah / bising) ketika berada di dalam perpustakaan.

3. Ravi ( menggunting / menebas ) rambut pelanggannya dengan berhati-hati.

4. Kakinya ( terpijak / tersepak ) seketul batu.

5. Jangan ( tidur / diam) ketika guru sedang mengajar.

Susun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.

1. sangat / berat. / itu / Kotak

____________________________________________

2. pergi / berkelah / di / pantai. / Kami

___________________________________________

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah ini supaya menjadi suatu karangan yang lengkap.

menyikat rambut bangun memberus gigi

pakaian mandi

Setiap pagi Hisham ___________________ pada

pukul 6.00 pagi. Dia _____________________

dan _________________ supaya berasa segar.

Selepas itu, dia memakai _________________ dan

______________________ sebelum bersarapan.

Lengkapkan ayat di bawah menggunakan perkataan sendiri .

Emak sedang _______________ di dapur.

Page 5: Bm thn 1 aktiviti cuti

Datuk _______________ ikan di dalam akuarium.

Abang Amin seorang ________________.

Ini gambar _______________ saya.

Nenek suka _________________ donut.

Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ketupat ialah makanan tradisional masyarakat Melayu. Makanan ini dibungkus dengan daun kelapa. Biasanya ketupat dihidangkan semasa Hari Raya Puasa bersama dengan rendang, serunding dan kuah kacang. Ketupat juga boleh dimakan dengan sate. Ketupat digemari oleh semua kaum di Malaysia.

Kini, terdapat ketupat segera di pasaran. Ketupat segera ialah beras yang dibungkus dalam plastik kecil dan hanya perlu direbus.

Walaupun penyediaannya mudah, ketupat segera ini tidak dapat menandingi keenakan ketupat asli.

1. Ketupat ialah makanan tradisional kaum ____________A. Cina B. Melayu C. India

2. Ketupat dibungkus dengan daun __________________A. Kelapa B. Pisang C. keladi

3. Makanan yang dimakan bersama ketupat ialah:

i)_____________ , ii) _______________. iii) ___________

4. Beras yang dibungkus dalam plastik kecil dinamakan

_______________________________________________

Page 6: Bm thn 1 aktiviti cuti

Tulis kata ganda yang sesuai dengan berpandukan gambar yang diberikan.

kura-kura rama-rama labah-labah gula-gula itik-itik 1.

2.

3.

4.

5.


Related Documents