Top Banner
140 Epidemiologi Penyakit dan Senaman EPIDEMIOLOGI PENYAKIT DAN SENAMAN Komponen Epidemiologi Frekuensi Distribusi Penentu Konsep Epidemiologi Agen Perumah Persekitaran Epidemiologi Dalam Berbagai Bidang Epidemiologi Penyakit Berjangkit Epidemiologi Penyakit Tidak Berjangkit Epidemiologi Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan Epidemiologi Alam Sekitar dan Kesihatan Kerja Epidemiologi Tingkah laku Senaman UNIT 7 EPIDEMIOLOGI PENYAKIT DAN SENAMAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan kegunaan epidemiologi 2. Mengenal pasti komponen dan konsep epidemiologi dalam penyakit. 3. Menghurai kepentingan aktiviti yang berunsurkan kesihatan dan mengaitkannya dengan gaya hidup sihat. PETA KONSEP TAJUK
29

Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

Oct 25, 2015

Download

Documents

Zuraida Ariff
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

140 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

EPIDEMIOLOGI PENYAKIT DAN SENAMAN

Komponen Epidemiologi

Frekuensi

Distribusi

Penentu

Konsep Epidemiologi

Agen

Perumah

Persekitaran

Epidemiologi Dalam Berbagai Bidang

Epidemiologi Penyakit Berjangkit

Epidemiologi Penyakit Tidak Berjangkit

Epidemiologi Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan

Epidemiologi Alam Sekitar dan Kesihatan Kerja

Epidemiologi Tingkah laku

Senaman

UNIT 7

EPIDEMIOLOGI PENYAKIT DAN SENAMAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan kegunaan epidemiologi

2. Mengenal pasti komponen dan konsep epidemiologi dalam penyakit.

3. Menghurai kepentingan aktiviti yang berunsurkan kesihatan dan mengaitkannya dengan

gaya hidup sihat.

PETA KONSEP TAJUK

Page 2: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

141 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Rajah 7.1: Salah faham tentang penularan wabak penyakit

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi seperti rajah di atas. Anda

mungkin takut atau was-was untuk berjabat tangan dengan seseorang kerana bimbang

wabak tersebut akan berjangkit kepada anda. Atau, mungkin anda pernah menolak ajakan

seorang rakan si pesakit AIDS kerana tidak mahu anda turut menghidap penyakit yang sama.

Sebagai seorang individu, kita harus memahami bahawa bukan semua penyakit boleh berjangkit

dan menjadi wabak.

Apakah perasaan anda, jika individu atau mereka yang anda cuba elakkan dalam situasi tersebut

merupakan diri anda sendiri? Matlamat utama bahagian ini adalah untuk membekalkan maklumat

mengenai dan pengetahuan penyakit, faktor-faktor serta cara pencegahannya. Maklumat ini

berguna, dan melalui maklumat tersebut diharapkan anda tidak lagi takut serta menimbulkan

situasi huru-hara apabila dilanda sesuatu wabak penyakit. Paling penting anda tahu langkah-

langkah pencegahan kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Page 3: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

142 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

PENGENALAN

Kepercayaan bahawa kuasa ghaib dan roh jahat menjadi punca penyebab penyakit telah wujud

sejak sekian lama. Jika seorang pengamal perubatan seperti rajah di atas turut terpengaruh

dengan kepercayaan tersebut, bayangkanlah bagaimana jikalau kebanyakan guru mempunyai

sikap yang sama. Ada kemungkinan berlaku diskriminasi terhadap pelajar yang menghidap

sesuatu penyakit tertentu ekoran salah faham dan kepercayaan yang tidak berasas terhadap

penyakit tersebut.

ISI KANDUNGAN

Maksud Epidemiologi dan Sejarah Perkembangannya

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Epidemiologi?

Istilah epidemiologi berasal dari kata „epi’ (atas), „demos‟ (rakyat, penduduk), dan „logos‟ (ilmu).

Secara ringkas, epidemiologi dapat dimaksudkan sebagai ilmu yang mempelajari tentang hal-hal

yang menimpa penduduk. Namun dalam perkembangannya, terdapat beberapa definisi yang

telah diberikan oleh ahli dalam bidang ini.

Menurut MacMahon & Pugh (1970), epidemiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang taburan

(distribution) penyakit dan penentu (determinant) pada manusia. Taburan penyakit dapat

dihuraikan mengikut orang (usia, jantina, bangsa), tempat (penempatan geografi), dan masa.

Manakala, pengkajian tentang penentu penyakit melibatkan penjelasan pola taburan penyakit

tersebut berdasarkan faktor-faktor penyebab.

Last (1988) mentakrifkan epidemiologi sebagai kajian mengenai distribusi dan penentu tentang

keadaan atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan pada populasi tertentu dan aplikasi

kajian untuk menangani masalah tersebut. Manakala Noor (2000), mendefinisikan epidemiologi

sebagai suatu cabang ilmu kesihatan untuk menganalisis sifat dan penyebaran berbagai masalah

kesihatan dalam kelompok penduduk tertentu serta mempelajari sebab timbulnya masalah serta

gangguan kesihatan tersebut untuk tujuan pencegahan ataupun merawatnya.

Page 4: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

143 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang sifat, penyebab, pengawalan, dan faktor-

faktor yang mempengaruhi kekerapan dan taburan penyakit, kecacatan, dan kematian dalam

populasi manusia. Epidemiologi juga meliputi pemberian ciri pada status kesihatan, penyakit, atau

masalah kesihatan masyarakat berdasarkan usia, jantina, bangsa, geografi, agama, pendidikan,

pekerjaan, perlakuan, masa, tempat, orang dan sebagainya (Timmreck, 2004).

Berdasarkan definisi yang telah diberikan, dapat disimpulkan bahawa epidemiologi merupakan

sains yang berdasarkan pengamatan terhadap fenomena penyakit dalam masyarakat oleh

mereka yang percaya bahawa keadaan tersebut merupakan suatu fenomena yang terjadi

secara teratur (ordered phenomena) bukannya sebagai suatu kejadian yang berhubung dengan

kuasa ghaib.

Epidemiologi boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang agihan dan unsur-unsur penyakit serta

kecederaan di kalangan penduduk. Epidemiologi turut dijelaskan sebagai kajian tentang faktor

yang mempengaruhi kesihatan atau sebaliknya bagi suatu populasi. Ia dianggap sebagai

metodologi asas bagi kajian kesihatan awam, dan amat dititikberatkan di dalam perubatan

berasaskan bukti untuk mengenal pasti faktor risiko untuk sesuatu penyakit dan memastikan

pendekatan kaedah rawatan yang optimum untuk amalan klinikal.

Dalam pengkajian penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, bidang tugas ahli

epidemiologi merangkumi pelbagai bidang seperti bermula dengan penyiasatan wabak, lantas

membawa kepada reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis termasuk pengembangan

model statistik untuk menguji hipotesis dan pendokumenan keputusan.

Sejarah perkembangan Epidemiologi

Dari sudut sejarah, hubungan penyakit dan persekitaran telah dikaji sejak zaman Sebelum Masihi

lagi. Hippocrates (460 - 377 BC) telah cuba menerangkan hubungan penyakit dan persekitaran.

Asas bagi epidemiologi moden diwujudkan oleh John Graunt (1620 – 1674) yang menggunakan

perangkaan melalui analisis laporan kematian dan kelahiran dalam usaha untuk memahami

kejadian penyakit.

Page 5: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

144 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Pengumpulan data-data secara rutin turut diakui oleh William Farr (1807-1883) sebagai sumber

yang menghasilkan banyak maklumat tentang penyakit manusia. Beliau jugalah yang

memperkenalkan sistem pendaftaran kematian yang mula menyumbang kepada kefahaman

tentang frekuensi / taburan dan penyebaran penyakit dan kematian.

Ciri-ciri epidemiologi moden dilengkapkan lagi oleh usaha John Snow (1849-1854) dengan

mengkaji wabak taun di London serta menguji hipotesis punca wabak tersebut. Seterusnya,

reformasi dalam bidang penjagaan kesihatan melalui penggunaan perangkaan telah dilakukan

oleh seorang juru rawat British iaitu Florence Nightingle (1820-1910).

Sejarah epidemiologi telah bermula sejak manusia mulai mengenal penyakit berjangkit.

Sebenarnya epidemiologi sebagai sains yang didasarkan atas pengamatan terhadap fenomena

penyakit dalam masyarakat oleh mereka yang percaya bahawa keadaan tersebut merupakan

suatu fenomena yang berlaku secara teratur (ordered phenomena) dan bukan sebagai suatu

kejadian yang bertalian dengan kuasa ghaib dan roh jahat.

Kesimpulannya, epidemiologi sebagai suatu disiplin ilmu telah berkembang mengikut peredaran

masa. Perkembangan ilmu dan disiplin tersebut berlatar belakang oleh beberapa perkara, iaitu:

Cabaran zaman di mana terjadi perubahan masalah dan perubahan pola penyakit.

Sewaktu zaman John Snow, epidemiologi terarah kepada masalah jangkitan dan

wabak. Kebelakangan ini telah berlaku perubahan pola penyakit ke arah penyakit tidak

berjangkit. Epidemiologi tidak hanya berhadapan dengan masalah penyakit semata-

mata, tetapi juga hal-hal lain baik yang berkaitan langsung ataupun tidak langsung

dengan penyakit / kesihatan, serta masalah bukan kesihatan.

Perkembangan ilmu pengetahuan lain. Pengetahuan perubatan klinikal berkembang

begitu pesat di samping perkembangan ilmu-ilmu lain seperti bio statistik, pentadbiran,

dan ilmu sains tingkah laku (behavior science). Perkembangan ilmu tersebut juga

telah menjadi pemangkin terhadap perkembangan epidemiologi. Dengan demikian

terjadilah perubahan dan perkembangan pemikiran para ahli kesihatan masyarakat

dari masa ke semasa yang selaras dengan situasi sesuatu zaman tersebut.

Page 6: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

145 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Senaraikan ciri-ciri epidemiologi moden mengikut tokoh-tokoh yang

mengemukakannya.

Tokoh Ciri-ciri

Komponen Epidemiologi

Berdasarkan kepada penerangan maksud dan takrifan epidemiologi, kita dapat melihat bahawa ia

merangkumi dua aspek utama iaitu kaedah epidemiologi dalam penentuan penyebab/punca

penyakit, taburan dan faktor yang mempengaruhinya, dan aspek kawalan dan pencegahan

penyakit. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa terdapat tiga komponen penting dalam epidemiologi

iaitu:

1. Frekuensi

Merupakan usaha melakukan kuantifikasi atau proses patologi ke atas kejadian untuk

mengukur magnitud kejadian / masalah serta untuk melakukan perbandingan dari data

primer atau data sekunder yang telah terkumpul.

Page 7: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

146 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

2. Taburan

Menunjukkan bahawa dalam memahami kejadian yang berkaitan dengan penyakit atau

masalah kesihatan, epidemiologi menggambarkan kejadian tersebut berdasarkan

pemboleh ubah orang, tempat, dan masa. Maksudnya, dalam kajiannya, ia cuba selalu

menjawab pertanyaan tentang „siapa‟ yang terkena penyakit serta „bila‟ dan „di mana‟

penyakit tersebut terjadi dalam sesuatu populasi.

3. Faktor penentu

Merupakan faktor yang mempengaruhi, berkait atau memberikan risiko terhadap

terjadinya penyakit atau masalah kesihatan. Faktor penentu merupakan kesinambungan

dua komponen terdahulu, kerana pengetahuan tentang kekerapan, taburan penyakit

diperlukan untuk menguji hipotesis epidemiologi.

Terdapat beberapa kaedah dalam epidemiologi untuk menyiasat tentang sesuatu masalah

kesihatan yang berkaitan dengan punca penyakit, taburan dan faktor yang mempengaruhinya,

dan kawalan dan pencegahan penyakit.

Epidemiologi Deskriptif

Mengkaji frekuensi dan taburan penyakit dan menjawab soalan „siapa, bila dan di mana?‟

tentang sesuatu penyakit dalam populasi. Pengetahuan ini penting untuk membolehkan

kita mengenal pasti kumpulan orang yang mempunyai risiko untuk mendapat sesuatu

penyakit, menentukan magnitud atau saiz masalah kesihatan dan membuat cadangan

untuk hipotesis untuk kajian analitis.

Epidemiologi Analitis

Bertujuan untuk menentukan faktor etiologi dan faktor risiko penyakit. Ujian terhadap

hipotesis dilakukan sama ada secara keratan rentas, kes kawalan atau kohot. Ujian ini

dapat menjawab pertanyaan “mengapa” penyakit itu terjadi. Dengan pengetahuan ini,

sesuatu program kesihatan dapat diubahsuaikan atau dimulakan dengan berkesan.

Ringkasnya, epidemiologi analitis adalah berkaitan dengan kajian mengenai faktor

penentu penyakit.

Page 8: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

147 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi Eksperimental

Amat berguna dalam menentukan keberkesanan sesuatu ubat, tata cara, ujian saringan

atau program kemasyarakatan. Merupakan kajian faktor penyebab dengan hubungan

percubaan yang dilakukan secara pencegahan atau rawatan.

Dalam pendekatan epidemiologi, terdapat kepercayaan bahawa kekerapan atau frekuensi

berlakunya penyakit di kalangan penduduk tertakluk oleh interaksi sebilangan besar faktor yang

berbeza atau penentu (determinants). Epidemiologi percaya bahawa dengan mengkaji interaksi

tersebut, terdapat kemungkinan untuk memanipulasi beberapa penentu yang terlibat, dan

seterusnya mengurangkan kekerapan penyakit dalam kalangan populasi.

Pada peringkat ini, adalah perlu untuk menentukan apa yang dimaksudkan dengan istilah

populasi dan penentu. Populasi boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan individu yang memiliki ciri-

ciri tertentu yang sama. Populasi boleh jadi sangat besar ataupun kecil, bergantung pada ciri-ciri

yang ditentukan. Misalnya, mungkin ada kajian yang hendak dijalankan mengenai penyakit

tertentu dalam kalangan populasi remaja di negara tertentu.

Batasan epidemiologi mencakupi tiga elemen, iaitu:

Mencakupi Semua Penyakit

Epidemiologi mengkaji semua penyakit, baik penyakit berjangkit, mahupun penyakit tidak

berjangkit seperti kanser, malnutrisi (kekurangan gizi), kecelakaan lalu lintas, kemalangan

di tempat kerja, sakit mental dan sebagainya. Di negara-negara maju umpamanya,

epidemiologi turut meliputi kegiatan penyediaan perkhidmatan kesihatan.

Populasi

Epidemiologi memfokuskan perhatiannya pada penyebaran penyakit dalam populasi

(masyarakat) atau kelompok.

Pendekatan Ekologi

Frekuensi dan penyebaran penyakit dikaji pada latar belakang kesihatan, merangkumi

keseluruhan persekitaran manusia baik persekitaran fizikal, biologi, mahupun sosial. Hal

inilah yang dimaksudkan pendekatan ekologi.

Page 9: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

148 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Manusia sebagai makhluk sosial sangat dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosiobudaya dalam

usaha mempertahankan kelangsungan hidupnya. Dalam hal ini manusia harus selalu berusaha

untuk mengatasi berbagai pengaruh negatif yang dapat ditimbulkan oleh ketiga faktor tersebut

dengan:

menyesuaikan keperluan hidupnya dengan keadaan persekitaran terutamanya terhadap

keadaan persekitaran yang sukar diubah, atau

berusaha mengubah persekitarannya untuk disesuaikan dengan keperluannya terutama

keadaan persekitaran yang dapat mengganggu kesejahteraan hidupnya.

Berkaitan masalah kesihatan yang ada, epidemiologi memberikan pendekatan khusus, mulai dari

mengenal pasti sehinggalah menilai keadaan kesihatan. Ruang lingkup epidemiologi dalam

masalah kesihatan tersebut merangkumi „ 6E‟ iaitu:

1. Etiologi (etiology)- berkaitan dengan ruang lingkup kegiatan epidemiologi dalam

mengenal pasti penyebab penyakit dalam masalah kesihatan lainnya. Contohnya: etiologi

dari malaria adalah parasit.

2. Efikasi ( efficacy) - berkaitan dengan kesan dan daya optimal yang dapat diperoleh dari

adanya intervensi kesihatan bagi melihat hasil atau kesan suatu intervensi, misalnya

efikasi vaksinasi melalui ujian klinikal.

3. Keberkesanan (effectiveness) - adalah magnitud hasil yang dapat diperoleh dari suatu

tindakan (intervensi) dan magnitud perbezaan dari suatu tindakan bertujuan untuk

mengetahui kesan intervensi atau perkhidmatan kesihatan dalam berbagai keadaan di

situasi sebenar yang berbeza-beza.

4. Kecekapan (efficiency) - adalah satu konsep ekonomi yang melihat pengaruh yang dapat

diperoleh berdasarkan pembiayaan yang diberikan bertujuan untuk mengetahui

kegunaan dan hasil yang diperoleh berdasarkan pelaburan yang dilakukan.

5. Penilaian (evaluation) - penilaian secara keseluruhan keberhasilan suatu rawatan atau

program kesihatan masyarakat.

6. Pendidikan (education) - adalah intervensi berupa peningkatan pengetahuan tentang

kesihatan masyarakat sebagai sebahagian dari usaha pencegahan penyakit.

Page 10: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

149 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Teori Punca Penyakit

Terdapat beberapa konsep / teori khusus yang telah dikemukakan mengenai proses terjadinya

atau penyebab sesuatu penyakit. Antara teori tentang punca terjadinya penyakit yang pernah

dikemukakan adalah:

Contagion Theory

Teori ini mengemukakan bahawa untuk terjadinya penyakit diperlukan adanya kontak /

hubungan antara satu individu dengan individu yang lain. Teori ini tentunya

dibangunkan berdasarkan situasi penyakit pada masa itu, di mana penyakit yang

melanda kebanyakan adalah penyakit berjangkit yang terjadi akibat adanya hubungan

secara langsung. Teori ini mula dibangunkan berdasarkan pengamatan terhadap

epidemik dan penyakit di Mesir.

Hippocratic Theory

Menyusul Contagion Theory, para pemikir dalam bidang kesihatan masyarakat yang

dipelopori oleh Hippocrates lebih menjurus terhadap punca-punca penyakit pada

suatu faktor tertentu. Hippocrates mengatakan bahawa punca penyakit berasal dari

alam iaitu cuaca dan persekitaran. Teori ini mampu menjawab masalah penyakit yang

ada pada waktu itu dan diaplikasikan sehingga tahun 1800-an. Walau bagaimanapun,

selepas itu teori ini tidak mampu menjawab cabaran pelbagai penyakit jangkitan lain

yang mempunyai rantaian penularan yang lebih kompleks.

Miasmatic Theory

Hampir sama dengan Teori Hippocratic, Teori Miasmatic mengemukakan dakwaan

bahawa gas-gas busuk dari perut bumi yang menjadi punca penyakit.

Epidemic Theory

Teori ini cuba menghubungkaitkan terjadinya penyakit dengan cuaca dan faktor

geografi (tempat). Suatu zat organic dari persekitaran dianggap sebagai pembawa

penyakit. Misalnya air tercemar menyebabkan gastroenteritis. Teori ini dipraktikkan

oleh John Snow dalam menganalisis kejadian cirit-birit di London.

Page 11: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

150 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Teori Kuman (Germ Theory)

Suatu kuman (mikroorganisma) dirujuk sebagai punca penyakit. Teori ini selaras

dengan kemajuan di bidang teknologi perubatan, penemuan mikroskop yang mampu

mengenal pasti mikroorganisma. Kuman dianggap sebagai punca tunggal penyakit.

Namun begitu, teori ini mendapat cabaran kerana sukar diterapkan pada pelbagai

penyakit kronik, misalnya penyakit jantung dan kanser, yang bukan disebabkan oleh

kuman.

Teori Multi Kausal

Juga dikenali sebagai konsep multi faktorial di mana teori ini menekankan bahawa

suatu penyakit terjadi sebagai hasil dari interaksi pelbagai faktor. Misalnya faktor

interaksi persekitaran yang berupa faktor biologi, kimia dan sosial memainkan

peranan penting dalam terjadinya penyakit. Sebagai contoh jangkitan tuberkulosis

(Tibi) yang disebabkan oleh serangan bakteria mycobacterium tuberculosis pada

rangkaian paru-paru, tidak dianggap sebagai punca tunggal terjadinya batuk kering.

Di sini, Tibi tidak hanya terjadi sebagai akibat interaksi dengan kuman tuberkulosis

semata-mata, tetapi secara multi faktorial yang berkaitan dengan faktor genetik,

malnutrisi, kepadatan penduduk dan kemiskinan. Demikian pula halnya dengan kolera

(taun) yang disebabkan oleh bakteria vibrio kolera, ditambah dengan beberapa faktor

risiko lain.

Konsep-konsep Epidemiologi (Dalam Penyakit)

Penyakit terjadi akibat ketidakseimbangan antara agen, perumah dan persekitaran.

Keseimbangan ini bergantung pada sifat agen dan perumah. Berikut adalah klasifikasi faktor-

faktor yang menyumbang kepada kehadiran penyakit dalam kalangan manusia:

1. Agen

Bahan biologi, fizikal atau kimia yang sama ada kehadiran atau ketiadaannya dapat

menyebabkan penyakit. Misalnya, kehadiran vibrio cholerae pada orang yang rentan

(mudah mendapat) dapat menyebabkan penyakit kolera. Contoh agen biologi adalah

Page 12: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

151 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

seperti protozoa, bakteria, virus, riketsia dan fungus. Agen kimia antaranya terdiri

daripada pestisid, bahan tambahan makanan, ubatan, kimia industri, dan alergen.

Manakala agen fizikal pula adalah seperti haba, cahaya, sinaran ion, bunyi dan objek

2. Perumah (host)

Merupakan organisma, sama ada ringkas atau kompleks (termasuk manusia), yang

boleh dijangkiti agen tertentu. Ciri perumah yang mempengaruhi kejadian dan taburan

penyakit ialah umur, jantina, etnik, status sosio-ekonomi, status perkahwinan, penyakit

yang lalu dan pemakanan. Perumah terdiri daripada:

i. Perumah primer (definitif) iaitu tempat parasit mencapai peringkat

kematangan atau peringkat seksual.

ii. Perumah sekunder (perantaraan) iaitu perumah tempat parasit wujud dalam

peringkat larva atau peringkat seksual.

iii. Perumah Kebetulan(accidental)

Perumah yang tidak mempunyai peranan dalam penularan atau pembiakan

agen infeksi.

3. Persekitaran

Semua keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan

organisma. Ia boleh dibahagikan kepada persekitaran fizikal seperti iklim dan

keadaan geologi, biologi seperti Pemakanan, takungan penyakit serta vektor penyakit.

Manakala persekitaran sosioekonomi pula merujuk kepada pekerjaan, kelas sosial,

adat resam, pembangunan dan sebagainya.

Interaksi antara agen, perumah dan persekitaran membawa kepada beberapa keadaan. Sakit

dan sihat pada individu atau komuniti bergantung pada faktor-faktor agen, perumah dan

persekitaran. Dalam keadaan sihat, faktor agen, perumah dan persekitaran berada dalam

keadaan keseimbangan. Perubahan pada sifat agen, perumah atau persekitaran akan

mengancam keseimbangan ini dan akan menyebabkan penyakit.

Page 13: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

152 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Perkembangan Epidemiologi Dalam Berbagai Bidang

Dari maksud epidemiologi dan kaedah epidemiologi, maka dapat dikatakan bahawa bentuk

kegiatan epidemiologi meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat, baik yang berhubungan

dengan bidang kesihatan mahupun di luar bidang kesihatan. Berbagai bentuk dan jenis kegiatan

dalam epidemiologi saling berhubungan satu dengan yang lain, sehinggakan amat jarang untuk

menemui suatu bentuk kegiatan yang tidak bertindih (overlap).

Bentuk kegiatan epidemiologi yang paling kerap digunakan adalah epidemiologi deskriptif, iaitu

suatu bentuk kegiatan epidemiologi yang memberikan gambaran atau keterangan tentang

keadaaan serta penyebaran tahap darjah kesihatan dan gangguan kesihatan ataupun penyakit

pada suatu kelompok populasi tertentu.

Kegiatan epidemiologi deskriptif adalah menilai darjah kesihatan dan magnitud masalah kesihatan

yang ada dalam suatu masyarakat tertentu. Bentuk kegiatan ini berkait dengan penyusunan

perancangan kesihatan serta penilaian hasil kegiatan perkhidmatan kesihatan pada penduduk

tertentu.

Dewasa ini penyelidikan epidemiologi pada dasarnya dapat dibagikan kepada dua bentuk asas,

iaitu penyelidikan pemerhatian atau pengamatan langsung terhadap kejadian yang dialami oleh

masyarakat dalam mencari hubungan sebab - akibat terjadinya gangguan keadaan normal dalam

masyarakat tersebut. Satu lagi, kajian eksperimental yang merupakan kajian yang didasarkan

atas perlakuan tertentu terhadap objek untuk memperoleh jawapan tentang pengaruh perlakuan

tersebut terhadap objek yang diteliti.

Dalam perkembangan selanjutnya, prinsip epidemiologi yang meliputi epidemiologi deskriptif dan

penelitian epidemiologi, telah dibangunkan dengan lebih meluas sebagai suatu sistem atau

pendekatan dalam pelbagai bidang kehidupan kemasyarakatan. Antara bidang / skop

epidemiologi adalah seperti:

Epidemiologi Penyakit Berjangkit

Bidang ini telah banyak memberikan peluang dalam usaha pencegahan ataupun

pengawalan penyakit berjangkit tertentu. Kejayaan manusia dalam mengatasi berbagai

gangguan penyakit berjangkit dewasa ini merupakan salah satu hasil yang gemilang dari

Page 14: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

153 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

epidemiologi. Peranan epidemiologi surveillance yang pada mulanya hanya berfokus

pada pengamatan penyakit-penyakit berjangkit, ternyata telah memberikan hasil yang

cukup bermakna dalam pencegahan dan pengawalan berbagai masalah penyakit

berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.

Epidemiologi Penyakit Tidak Berjangkit

Pada masa kini, sedang berkembang pesat usaha mencari pelbagai faktor yang

memainkan peranan dalam timbulnya berbagai masalah penyakit tidak berjangkit

termasuklah di antaranya masalah meningkatnya kemalangan lalu lintas dan

penyalahgunaan ubat-ubat tertentu. Bidang ini mula kerap digunakan terutama dengan

meningkatnya masalah kesihatan yang berkait rapat dengan berbagai gangguan

kesihatan akibat kemajuan dalam pelbagai bidang, terutama dalam bidang industri yang

banyak mempengaruhi keadaan persekitaran termasuk persekitaran fizikal, biologi

mahupun persekitaran sosiobudaya.

Epidemiologi Klinikal

Bentuk ini merupakan salah satu bidang epidemiologi yang sedang dibangunkan oleh

pengamal perubatan (clinician) bertujuan untuk membekalkan mereka tentang cara

pendekatan masalah melalui disiplin ilmu melalui epidemiologi. Dalam penggunaan

epidemiologi klinikal, para pegawai perubatan terutama para doktor sering menggunakan

prinsip epidemiologi dalam menangani kes secara individu. Mereka lebih berorientasi

pada penyebab penyakit serta cara mengatasinya, terhadap kes secara individu yang

biasanya tidak berminat untuk mengetahui serta menganalisis sumber penyakit, cara

penularan ataupun sifat penyebaran dalam masyarakat.

Pelbagai hasil yang diperoleh dari pengamal perubatan tersebut, merupakan data

maklumat yang sangat berguna dalam analisis epidemiologi, tetapi harus pula diingat

bahawa epidemiologi bukanlah terhad kepada data dan maklumat sahaja tetapi

merupakan suatu disiplin ilmu yang mempunyai materi pendekatan dan juga bentuk

penerapannya secara khusus. Dengan demikian maka sudah sewajarnyalah apabila

setiap doktor yang akan bertugas, dibekali pengetahuan dan kemahiran khusus tentang

cara pendekatan epidemiologi.

Page 15: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

154 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi Kependudukan

Bentuk ini merupakan salah satu bentuk cabang ilmu epidemiologi yang menggunakan

sistem pendekatan ilmu epidemiologi dalam menganalisis berbagai permasalahan yang

berkaitan dengan bidang demografi / kependudukan serta faktor-faktor yang

mempengaruhi pelbagai perubahan demografi yang berlaku dalam masyarakat. Sistem

pendekatan epidemiologi kependudukan tersebut tidak hanya memberikan analisis

tentang ciri-ciri penduduk secara demografi dalam hubungannya dengan masalah

kesihatan dan penyakit dalam masyarakat, tetapi juga sangat berperanan dalam pelbagai

aspek kependudukan serta perancangan keluarga. Dalam hal ini, peranan epidemiologi

kependudukan sangat penting untuk digunakan sebagai asas dalam mengambil

kebijakan dan dalam usaha menyusun perancangan yang baik.

Epidemiologi Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan

Epidemiologi bentuk ini merupakan suatu sistem pendekatan pengurusan dalam

menganalisis masalah, mencari faktor penyebab timbulnya suatu masalah serta

penyusunan strategi penyelesaian sesuatu masalah secara menyeluruh dan bersepadu.

Pada masa kini, pendekatan epidemiologi bidang pengurusan semakin berkembang

selaras dengan perkembangan pesat industri perubatan yang diiringi perkembangan

dalam sistem pengurusan kesihatan dan ekonomi kesihatan termasuk sistem insurans

kesihatan.

Dalam zaman kemajuan industri perubatan yang banyak melibatkan modal dan tenaga

kerja, peranan epidemiologi pengurusan dalam menganalisis jumlah kos perubatan serta

kos perkhidmatan kesihatan yang lain merupakan perkara yang cukup penting. Dalam

menyusun suatu rancangan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan cekap,

kolaborasi antara ahli epidemiologi dengan pakar perancangan mampu mencapai

matlamat yang berorientasikan hasil (output) sesuatu proses. Sistem pendekatan

epidemiologi dalam perancangan kesihatan telah banyak digunakan oleh para perancang

perkhidmatan kesihatan, baik dalam bentuk analisis situasi dan penentuan keutamaan,

atau dalam bentuk penilaian hasil suatu aktiviti kesihatan yang bersifat umum ataupun

yang lebih khusus.

Page 16: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

155 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Epidemiologi Alam Sekitar dan Kesihatan Kerja

Bentuk ini (occupational and environmental epidemiology) merupakan salah satu

bahagian epidemiologi yang mengkaji dan menganalisis keadaan kesihatan tenaga kerja

kesan daripada pengaruh keterdedahan pada lingkungan kerja, baik yang bersifat fizikal,

kimia, biologi, atau sosial budaya serta rutin hidup para pekerja. Bentuk ini sangat

berguna dalam analisis tahap kesihatan pekerja serta untuk menilai keadaan dan

persekitaran kerja dan penyakit akibat kerja.

Epidemiologi Kesihatan Mental

Bentuk ini merupakan salah satu dasar pendekatan dan analisis masalah gangguan

mental dalam masyarakat, baik mengenai keadaan kelainan mental kumpulan penduduk

tertentu, mahupun analisis pelbagai faktor yang mempengaruhi munculnya gangguan

mental dalam masyarakat. Gangguan terhadap kesihatan mental pada masa kini bukan

lagi merupakan masalah kesihatan individu saja, tetapi merupakan masalah sosial

masyarakat. Lantaran dengan meningkatnya pelbagai keluhan anggota masyarakat yang

lebih banyak menjurus masalah kejiwaan disertai dengan perubahan sosial masyarakat,

menuntut suatu cara pendekatan melalui epidemiologi sosial yang berkaitan dengan

epidemiologi kesihatan mental.

Epidemiologi Pemakanan

Pada masa kini, epidemiologi pemakanan banyak digunakan di dalam analisis masalah

gizi masyarakat di mana masalah ini mempunyai hubungan dengan pelbagai faktor yang

berkaitan pola hidup sesuatu masyarakat. Pendekatan masalah gizi masyarakat melalui

epidemiologi gizi bertujuan untuk menganalisis pelbagai faktor yang berkait rapat dengan

timbulnya masalah gizi masyarakat, baik yang bersifat biologi, dan terutama yang

berkaitan dengan kehidupan sosial masyarakat.

Epidemiologi Tingkah laku

Perlakuan manusia merupakan salah satu faktor yang banyak memainkan peranan

dalam menentukan tahap kesihatan suatu masyarakat. Bahkan menurut Bloom, faktor

perlakuan memberikan sumbangan terbesar dalam menentukan status kesihatan individu

Page 17: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

156 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

penyakit

mahupun masyarakat. Memandangkan faktor penyebab penyakit bersifat kompleks,

maka epidemiologi lebih banyak melakukan pendekatan faktor risiko.

Justeru, faktor perlakuan individu ataupun masyarakat, seperti tabiat hidup sihat individu

dan kepercayaan masyarakat tentang sesuatu yang berkaitan dengan kesihatan, banyak

memberikan nilai risiko yang sering muncul dalam analisis epidemiologi tentang kejadian

penyakit dalam masyarakat. Tambahan lagi, perlakuan sangat berkait rapat dengan

umur dan jantina, kaum, pekerjaan, status sosial dan ekonomi serta pelbagai aspek

kehidupan yang lain.

Kesimpulannya, melalui beberapa contoh ruang lingkup penggunaan epidemiologi seperti di atas

lebih memperjelaskan bahawa disiplin ilmu epidemiologi sebagai dasar falsafah dalam usaha

pendekatan analisis masalah yang timbul dalam masyarakat, baik yang berkaitan dengan bidang

kesihatan mahupun masalah lain yang berkait dengan kehidupan masyarakat secara umum.

Kejadian penyakit berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kesan interaksi

antara TIGA komponen-komponen. Apakah komponennya dan lakarkan dalam bentuk peta

minda berkaitan interaksi tersebut.

A

Page 18: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

157 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Lindungi Diri Dari Jangkitan Penyakit Berjangkit dan Berbahaya

Langkah-langkah untuk memperkuatkan sistem ketahanan badan

Sistem ketahanan adalah komponen yang sangat kritikal pada tubuh manusia. Ia melindungi

diri daripada serangan penceroboh seperti bakteria, kulat, virus dan menahan jangkitan

penyakit berbahaya seperti kanser. ia juga berkesan dan mempunyai "daya ingatan" jangkitan-

jangkitan sebelumnya dan bersedia menghadapinya pada masa depan.

Untuk memastikan ia berfungsi pada kadar optimum anda boleh merujuk kepada beberapa

langkah berikut:

1. Makan dengan betul

Jangan makan berlebihan

Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem

ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi

dengan baik. Justeru ini akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.

Jenis makanan yang dipilih

Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis

nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:-

Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli

Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin

Bawang Putih

Makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam Belanda, ketam,

tiram dan daging lembu

Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-

buahan dan sayuran

Makanan yang kaya dengan karotin seperti lobak dan keladi.

2. Bersenam selalu

Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda.

Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu

selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit

berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. Walau bagaimanapun,

Page 19: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

158 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah,

senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

3. Dapatkan tidur yang secukupnya

Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala

kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem

ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur.

Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan

anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan dari minuman yang mempunyai kafein

(seperti kopi dan teh), tembakau dan arak.

4. Menguruskan tekanan

Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko

obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Hormon tekanan ini

boleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan sel darah putih (yang melawan

penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko

menghidap penyakit auto imun (auto-immune). Oleh itu, luangkan masa untuk

melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang,

mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari

Gaya Hidup Sihat

Pengenalan

Gaya hidup yang sihat adalah merupakan kunci yang paling utama kepada kesejahteraan

insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan

agama, bangsa dan negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan

gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas

serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat.

Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan

mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit

Page 20: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

159 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

yang boleh memudaratkan insan. Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama .kajian

yang dijalankan adalah mengenai Amalan Gaya Hidup Sihat.

Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan mahupun pihak swasta

bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang

disebabkan oleh gaya hidup moden. Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat

Malaysia terutamanya remaja dan murid-murid sekolah. Empat komponen utama yang

menjadi teras konsep gaya hidup sihat ini ialah:

i. peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan

ii. peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres

iii. peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok

iv. peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental

dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan. Anda

boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak

Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luar

biasa bagi memudahkan rawatan. Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal

penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk

mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung. Untuk menilai

kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

Kegemukan (Obesiti)

Tekanan Darah Tinggi

Kencing Manis

Paras kolesterol dalam darah

Kempen Gaya Hidup Sihat

Kempen Gaya Hidup Sihat adalah satu program yang boleh memberi ilmu pengetahuan dan

kesedaran kepada masyarakat dan murid-murid khususnya serta menjamin mereka-mereka

ini hidup dengan lebih sejahtera dan bermakna. Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat menjurus

kepada pembelajaran tentang kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang

konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah.

Page 21: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

160 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Tujuan Program

Tujuan kempen gaya hidup sihat ini dilaksanakan adalah untuk menyokong hasrat Program

Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan „Generasi Berilmu, Sihat dan

Progresif‟ melalui amalan Gaya Hidup Sihat. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan

memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta

masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar

ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan

diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah.

Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat

dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

Rasional Program

Program Kempen Gaya Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua

warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan

seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program

ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk

perasaan cintakan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Matlamat Program

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal.

mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya

lahir dari minda yang cerdas.

Objektif Program

Objektif program adalah:

Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan

pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan

kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

Mengembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati

diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai

Page 22: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

161 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok

dan penyalahgunaan dadah.

Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan

masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkan

kepada para pelajar dan komuniti setempat.

Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di

mana mereka berada.

Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di

sekolah,

Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir

buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

Aktiviti Yang Berunsur Kesihatan dan Kepentingannya

Kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat merupakan aspek pengurusan diri yang baik

berkaitan dengan pengetahuan dan amalan menjaga kebersihan, pemakanan, dan

sebagainya demi kesejahteraan yang berpanjangan. Selain itu, kesedaran terhadap

perubahan seksualiti, fizikal, dan emosi yang turut mempengaruhi ledakan perubahan dalam

hormone serta cara seseorang remaja bertindak balas terhadapnya dengan cara yang positif

serta perlu dibimbing dengan sewajarnya. Selain itu, bimbingan ibu bapa dan guru amat perlu

sebagai tunjuk ajar kepada golongan remaja yang akan meningkat dewasa dalam suasana

yang terurus serta terkawal dengan positif agar remaja lebih bertanggungjawab kepada diri,

keluarga, dan masyarakat.

Pemakanan yang seimbang dan sesuai dengan keperluan aktiviti

Setiap individu mempunyai peranan dalam mengutamakan pemakanan yang

seimbang dan sesuai dengan keperluan aktiviti. Ini bermakna setiap individu

mempunyai kadar pengambilan makanan yang berbeza walaupun daripada kumpulan

makanan yang sama dalam piramid makanan. Perbezaan kadar pengambilan

makanan ini bergantung kepada tahap kesihatan individu serta keperluan aktivitinya.

Misalnya, individu yang terlibat dengan aktiviti yang agak kasar dan berat seperti

buruh kasar dan atlit (terutamanya atlit bina badan) sudah pasti mereka memerlukan

Page 23: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

162 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

pengambilan makanan berkolesterol dan serat yang tinggi kerana keperluan tenaga

yang tinggi. Sementara individu yang hanya bekerja di pejabat perlulah mengambil

makanan yang sama jenisnya dalam kadar yang lebih rendah kerana mereka kurang

menggunakan tenaga secara agresif.

Selain itu, individu yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat perlulah mengutamakan

pemakanan yang sihat misalnya mengambil makanan dalam jumlah yang sederhana

sesuai dengan kadar kesihatan anggota badannya. Mengambil makanan dalam

jumlah yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Selain

itu, semasa membeli makanan dalam tin, pastikan tarikh pengeluaran dan tarikh

luputnya adalah sah dan bukan dibuat sembarangan bagi mengelak makanan tamat

tempoh serta mengelak keracunan makanan. Seterusnya, aspek kebersihan makanan

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dicuci hingga bersih bagi

mengelakkan terkenan keracunan makanan yang disebabkan oleh e-coli.

Makanan yang mencukupi juga perlulah diperoleh dengan cara membeli atau

menyediakan sendiri, misalnya menanam sendiri sayur-sayuran atau buah-buahan,

menternak ayam-itik, dan sebagainya. Ini bagi mendapatkan makanan segar dan

bukannya yang telah di sejuk bekukan serta kehilangan zat. Mengambil makanan dan

minuman yang dapat mengelak serta melawan jangkitan penyakit, kegemukan, dan

sebagainya merupakan langkah bijak yang patut dilakukan oleh setiap individu

misalnya:

Minum lapan gelas air putih yang disejukkan sehingga 4°C - 5°C akan

membakar 200 kalori (sama banyak dengan kadar kalori yang dibakar bagi

larian sejauh 4-8KM)

Minum teh hijau (sebaiknya sebelum makan) yang mengandungi ekstrak

cananatic dan asid gymnemic untuk mengurangkan keinginan mengambil

makanan manis membantu manakan lebih cepat melalui sistem pencernaan,

mempercepat metabolism dan membakar kalori lebih banyak.

Pengambilan lemon atau cuka sebanyak satu sudu teh sudah cukup untuk

melambatkan rasa lapar kerana melambatkan proses pencernaan zat tepung.

Dengan yang demikian, mengurangkan pengambilan makanan berlebihan

dan secara tidak langsung mengurangkan kadar lemak dalam badan.

Page 24: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

163 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Mengambil segala jenis lada dalam pemakanan akan dapat meningkatkan

suhu tubuh kerana mengandungi capsaicin dan seterusnya membakar kalori

Pengambilan halia pula akan dapat meningkatkan metabolism dan membakar

kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga yang lebih hingga 20%

untuk mengolahnya selain dapat meningkatkan suhu tubuh dan pada masa

yang sama menstimulasikan mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Melakukan senaman

Melakukan senaman bukan sahaja dapat menyihatkan, mencergaskan, serta

meningkatkan tenaga malahan mampu mengelakkan rasa tidak bermaya. Senaman

ringan di pejabat pula akan dapat mengurangkan stress setelah penat bekerja atau

terlalu lama duduk. Pekerja kilang yang terlalu lama berdiri misalnya bukan sahaja

memerlukan masa rehat yang mencukupi malahan mereka perlulah membuat

senaman ringan semasa ada masa terluang bagi mengelakkan tekanan pada anggota

badan kerana kerja yang berlarutan terutamanya pekerja di kilang-kilang elektronik,

tekstil, dan sebagainya.

Pekerja yang terlalu tertekan akan mudah berasa letih dan tidak bertenaga serta tidak

bersemangat untuk bekerja. Oleh yang demikian, senaman pada waktu pagi sebelum

bekerja dan senaman ringan dalam waktu terluang semasa bekerja adalah amat

digalakkan. Pekerja yang cergas akan lebih progresif serta produktif dalam apa juga

lapangan pekerjaannya. Hal ini sudah pasti bukan sahaja menguntungkan individu itu

sendiri malahan memberi kesan positif kepada keluarga, masyarakat, dan negara

secara keseluruhannya.

Senaman yang lebih berat boleh dilakukan selama 15 – 30 minit sekurang-kurangnya

tiga kali seminggu. Misalnya berjoging, tekan-tubi, berenang, merentas desa (cross-

country) dan banyak lagi. Pastikan anda bersenam di tempat yang sesuai dan jauh

dari hiruk-pikuk kesibukan kenderaan serta gangguan lain. Misalnya di taman

rekreasi, kompleks sukan, jalan-jalan desa yang permai, dan sebagainya.

Page 25: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

164 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Menghindari aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan

Sebagai seorang individu yang mementingkan gaya hidup sihat, anda seharusnya

boleh dan dapat membezakan aktiviti yang berfaedah daripada aktiviti yang boleh

memudaratkan kesihatan. Sebagai individu yang rasional, seharusnya mengamalkan

gaya hidup menyumbang kepada kesihatan yang menyeluruh dari segenap aspek

fizikal, mental (intelek), emosi, rohani, dan sosial. Banyak perkara negatif yang

seharusnya boleh dirawat, dihindari dan dicegah. Misalnya:

Penagihan dadah (termasuk penyalahgunaan pil-pil psikotik, ubat batuk, ubat

tidur), arak, dan rokok

Pesta liar di kelab malam dan lumba haram

Makanan yang haram daripada segi agama, makan dalam kadar berlebihan

dan boleh memudaratkan kesihatan

Bekerja melebihi had masa dan kemampuan sehingga mengurangkan masa

rehat secukupnya

Konflik dengan rakan sekerja, ahli keluarga, atau masyarakat

Stres, dilemma, serta masalah kesihatan yang lain

Tempat-tempat yang berbahaya kepada kesihatan serta keselamatan diri

Ajaran sesat dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, blog, dan

sebagainya secara melampaui batasan dan disalahgunakan

Berbelanja secara boros, penggunaan kad kredit melebihi had, peminjaman

wang haram, dan tidak menabung demi masa depan

Senaman merupakan salah satu bentuk aktiviti yang menyihatkan tubuh badan di

samping mencerdaskan minda. Namun kebelakangan ini, ramai yang tidak

menyedari kepentingannya dalam mempromosi gaya hidup sihat. Apakah faktor-

faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Berikan cadangan anda untuk

menggalakkan aktiviti senaman dalam kalangan rakyat negara ini.

Page 26: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

165 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

Kesimpulan

Hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikro-organisma patogen, seperti virus,

bakteria dan parasit tidak dapat dielakkan dalam usaha mana-mana pihak untuk merangka

program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Kesemua jenis penyakit berjangkit

boleh melibatkan agen patogen, sama ada yang berbentuk viral atau bakterial. Ini harus

dikenal pasti terlebih dahulu sebelum usaha pengawalan dan pencegahan dapat dilakukan,

memandangkan setiap program yang dirancangkan itu diperlukan kajian yang teliti, sama ada

daripada aspek etiologi, epidemiologi, klinikal, sosial atau ekonomi.

Selain itu, pendekatan epidemiologi, ekologi kesihatan dan sosiobudaya perlu dilihat secara

holistik dalam usaha merangka polisi serta program kesihatan bagi keseluruhan penduduk.

Harus dinyatakan juga bahawa ekologi manusia berkait rapat dengan ekologi penyakit.

Ekosistem manusia itu menentukan pula persekitaran kehidupan yang sihat untuk dijadikan

tempat tinggal yang selesa lagi aman.

Oleh itu, hubungan yang kompleks ada kalanya membawa kepada kemudaratan kepada

kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia. Keadaan yang tidak sejahtera kepada kehidupan

manusia harus dikawal dan dicegah supaya mikroorganisma yang patogen tidak mengganggu

gugat kehidupan manusia. Jagalah dan utamakan Gaya Hidup Sihat untuk menjamin

kehidupan yang lebih sihat dan berguna.

RUMUSAN

Unit ini telah membincangkan sejarah perkembangan epidemiologi dari sudut tokoh-tokoh

epidemiologi dan sumbangannya, teori penyakit dan perkembangan epidemiologi dalam

berbagai-bagai bidang. Turut dihuraikan adalah berkaitan tentang komponen-komponen dan

konsep-konsep epidemiologi dalam penyakit. Aktiviti yang relevan juga diberikan bagi

mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar berkaitan sub topik yang telah

dihuraikan. Selain itu, bahagian ini turut menyentuh tentang aktiviti yang berunsur kesihatan

serta kepentingannya dalam mencapai konsep gaya hidup sihat. Secara umumnya dapat

dikatakan bahawa bidang epidemiologi telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap

yang ada sekarang dan proses ini akan terus berkembang dalam usaha memastikan dan

menjamin kualiti kesihatan warga dunia ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang.

Page 27: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

166 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

KATA KUNCI

Agen

Epidemiologi Analitis

Epidemiologi Deskriptif

Epidemiologi Eksperimental

Faktor penentu (determinant)

Frekuensi

Patogen

Persekitaran

Perumah (host)

Populasi

Taburan (distribution)

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas maksud penyakit berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit berjangkit.

3. Apakah cadangan anda dalam memperkasakan usaha mencegah penularan penyakit

berjangkit di Malaysia?

Page 28: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

167 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

RUJUKAN

Oleckno, W.A. (2008). Epidemiology: Concepts and Methods. USA: Waveland Press, Inc. Webber, R. (2009). Communicable Disease: Epidemiology and Control. 3rd ed. UK:CAB International. Fatan Hamamah Yahaya. (2005).Kemunculan Penyakit Berjangkit Dan Kesannya Terhadap Manusia Di Malaysia. Sari, 23:253-168. Fatan Hamamah (2002). Krisis Biologi Kepada Krisis Budaya. Universiti Kebangsaan Malaysia: Selangor. Fatan Hamamah Yahya & Saadiah Mohamd (2000). Wanita Malaysia Dalam Alaf Baru. Universiti Kebangsaan Malaysia: Selangor. Health Facts (1997). Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur. Health Facts (2007). Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur http://www.dorlands.com/ John, L. M. (1996). Kesihatan Awam Ekologi Manusia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. "Regents Prep: Living Environment: Homeostasis". Oswego City School District Regents Exam Prep Center. Atas Talian. http//: egentsprep.org/regents/biology/units/homeostasis /index.cfm. (akses 2012-11-12) Wan Hamzir Bakar (1999). Mengelakkan Jangkitan Virus Baru. Berita Harian 27 Mac.

Page 29: Unit 7 Epidemiologi Penyakit Dan Senaman Terbaru

168 Epidemiologi Penyakit dan Senaman

A

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

PENYAKIT

AGEN

PERSEKITARANPERUMAH