Top Banner
PPG MAJOR PENDIDIKAN MATEMATIK RENDAH SEMESTER 6 AMBILAN: JUN 2011 SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER NAMA : MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA NO I/C :781208115179 NO. MATRIK :g611ttmteb5179 KUMPULAN : MATEMATIK B TARIKH HANTAR : 5 APRIL 2014 PENSYARAH : EN . SAZLI AZIZ JABATAN : SAINS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU
21

Tugasan Sains

Oct 01, 2015

Download

Documents

Sazlinda Ramli

Pengurusan Makmal
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

SCE 3112 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN 2011

PPG MAJORPENDIDIKAN MATEMATIK RENDAHSEMESTER 6AMBILAN: JUN 2011SCE3112PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

NAMA: MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFANO I/C:781208115179NO. MATRIK:g611ttmteb5179KUMPULAN: MATEMATIK BTARIKH HANTAR: 5 APRIL 2014PENSYARAH: EN . SAZLI AZIZJABATAN: SAINS

PendahuluanPanitia Sains merupakan sebuah badan ikhtisas yang dianggotai semua guru sains di sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia Sains. Ketua Panitia Sains juga menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS). Perkara ini adalah selaras dengan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.Semua ahli Panitia Sains perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dalam pengurusan dan penggunaan sumber P&P Sains. Peranan ini hanya boleh dipenuhi apabila guru telah dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif tentang pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar.Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana PdanP Sains Sekolah Rendah dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdanP Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa atau bilik Alam dan Manusia.Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan MalaysiaBilik Sains merupakan satu daripada tempat PdanP Sains. Aktiviti PdanP hendaklah dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini bagi membolehkan PdanP berpusatkan murid dapat direalisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan.Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

Struktur organisasi jawatankuasa makmal sains sekolah.CARTA ORGANISASIPANITIA SAINSSEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48 2014PENASIHATPN AZIZON BT SAADPENYELARAS EN. MOHD SAFIEN B. AWANGPENGERUSIPN. NOOR AZRINA MOHAMADSETIAUSAHAPN. FAIZAH BT HITAMAJKEN ARISSIE B ISMAILEN MOHD NOOR B YUSOFPN. SITI SARA BT ISMAILPN. WAN ROKIAH BT WAN MAHMUD

Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa pengurusan makmal sekolah.Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan` d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :i. Pesanan peralatan dan bahan sainsii. Stok makmal sainsiii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sainsiv. Kerosakan dan kehilanganv. Penyelenggaraan dan pemeriksaanvi. Kemalanganvii. Rekod penggunaan makmal sainsf. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains`i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :i. Pengurusan makmal dan bilik sains ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralataniii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lainr. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa. Guru SainsGuru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.b. Melaksanakan PEKA Sains.c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.g. Membantu Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stokh. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

Perancangan belanjawan,pesanan dan prosedur pembelian yang dilaksanakan di sekolah.Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif (Kimia, Fizik, Biologi, Sains Tambahan), sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk Sekolah, KP. 1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002. Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG) Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah, PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran.Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami pertambahan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan boleh memohon peruntukan tambahan sekali sahaja kepada bahagian kewangan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004). Sekolah yang mengalami kekurangan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki mengembalikan peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa. Pengiraan PCG Sains Berikut adalah contoh-contoh pengiraan PCG Sains bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan, Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan, Sekolah Menengah Teknik & Vokasional. Walau bagaimanapun, contoh-contoh ini boleh dimanipulasi mengikut enrolmen murid dan mata pelajaran yang diambil. Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan. SK Batu 48 mempunyai bilangan murid seramai 700 orang. Tuntutan PCG bagi Mata Pelajaran Teras adalah seperti berikut: Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG MP Teras

500 murid pertama 200 murid berikutnya x RM10.00 = RM5,700.00 = RM2,000.00 RM7,700.00

Jumlah Tuntutan PCG Sains = 40% x [60% x RM 7,700.00] = RM 1,848.00

BelanjawanBelanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan penggunaan yang optimum oleh sekolah.Dua komponen yang perlu diambil kira sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang kemas kini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan kedudukan peruntukan semasa yang kemas kini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan guru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar.Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;

a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item dan; Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis. Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan. Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik, gas, perabot dan lain-lain. c. Sediakan senarai keperluan tahunan.d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.e. Mendapat senarai harga dari pembekal.f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untukmenentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

Pesanan dan PembelianPembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar. Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000, pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00-RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah).Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut; a. Mendapatkan sebut harga.Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat. b.Pemilihan pembekalPihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status pembekal,perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut syarikat yang telah dipilih perlu disediakan. c.Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang berjaya.Perlu kelulusan ketua jabatan. d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal. e. Surat/nota tanda terima.Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. f.Nota hantaran.Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. g.Penerimaan barangan.Pembekal menghantar barangan.Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. h. Invois.Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.

Prosedur Pembelian Secara Terus

I) Secara sebutharga (Direct Award)

a. Guru sains mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia.b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat.c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois dan DO.

II) Secara Petty Cash

a. Guru sains mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia.b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.

1. Penyimpanan stok bagi peralatan dan radas.Penyimpanan StokDi makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam stor kimia.Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpanpadanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yangberacun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.c. Gunakan stok yang lama dahulu.d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.Bagi bahan kimia tak organikpula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid sulfurik pekat,barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi.Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif . Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.Penyimpanan Peralatan Sains Radas kaca Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan. Bahan-bahan kaca disimpan dalam almari tertutup. Untuk keselamatan, radas disimpan di tempat rendah. Semua radas disusun mengikut saiz. Radas kecil seperti piring petri dan slaid mikroskop disimpan di dalam dulang, kotak atau laci tertutup dan dilabel. Bahan kimia Bahan kimia seperti bahan berasid atau beralkali tidak perlu disimpan di dalam makmal. Bahan ini boleh dibawa dari rumah apabila perlu. Murid-murid diingatkan bahawa bahan-bahan ini boleh mengakis kulit dan mata. Botol spesimen dengan awet basah disimpan dalam almari kaca terkunci dan perlu ditutup dengan ketat. Ini terutama sekali jika larutan formalin diguna. Bahan kimia berbahaya harus dilabel dengan simbol yang berkaitan dan disimpan mengikut jenis. Untuk setiap jenis bahan kimia, botol diatur ikut urutan abjad. Radas optik Radas optik perlu disimpan dengan berhati-hati agar tidak tergores. Kepingan stirofoam diguna untuk menyimpan radas optik seperti kanta dan prisma agar mudah dipindah dan selamat.Mikroskop dan binokular disimpan di tempat yang kering. Keadaan kering dapat diwujudkan dengan gel silika atau disimpan dalam almari dengan mentol yang berpasang untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. Radas elektrik Radas elektrik harus diselenggara dengan betul. Jika ada radas yang rosak, pembaikan perlu dibuat dengan segera atau diganti.Juru teknik berpengalaman diperlukan untuk radas elektrik yang kompleks seperti projektor overhead dan peti sejuk.Murid sekolah rendah hanya dibenarkan bereksperimen dengan bekalan elektrik dari bateri. Radas elektrik lain hanya diguna oleh guru dan ditunjukkan oleh guru melalui demonstrasi.

Prosedur bagi pelupusan dan hapus kira peralatan atau bahan dilaksanakan.Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan sisa, pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.

Pelupusan Bahan Sisa Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran air yang banyak.b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang banyak.d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang.e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah dibungkus dan dibuang.f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.

Pelupusan Stok Bahan Kimia

Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi.Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru Sains. Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar.Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;a) Borang KEW PS-19b) Surat dari Jabatan Alam Sekitarc) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.

Pelupusan Aset Alih KerajaanBahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009.Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.

Perancangan dan reka bentuk makmal sains dilaksanakan di sekolah.Pada asasnya makmal sains mempunyai meja luas yang terpasang dengan laci disediakan di tengah dan di tepi makmal. Meja-meja dilengkapi dengan punca elektrik, paip air, sinki dan paip gas. Pelajar dibekalkan dengan bangku yang tinggi tanpa penyandar bagi memudahkan ianya disimpan di bawah meja semasa pelajar menjalankan amali. Makmal sains berbeza dari bilik sains ataupun kelas kerana makmal sains turut dilengkapi dengan alat pemadam api, peti pertolongan cemas, kebuk atau almari wasap dan shower corner untuk keselamatan pengguna makmal. Terdapat juga makmal yang menyediakan pembasuh mata (eye wash), selimut api (fire blanket), penyedut udara dan pengesan asap (smoke detector) sebagai langkah keselamatan tambahan.

Perbandingan pengurusan makmal sains sekolah rendah dan sekolah menengah.MAKMAL DAN BILIK SAINS(Makmal Sains untuk Sekolah Menengah , Bilik Sains untuk Sekolah Rendah )

Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal atau bilik sains adalah seperti berikut:Definisi Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah.(Laboratory.Design.com)

Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain).(Kamus Dewan edisi keempat)

Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan.

Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains

Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.

Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:a. Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.b. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatifc. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.d. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.e. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.f. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.g. Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang tersedia Internet).h. Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40Susun atur Makmal SainsReka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan (contohnya pelan Jabatan Kerja Raya, Project Management Consultant dan lain-lain).

Kedudukan Makmal Kimia disusun sesuai dengan kemudahan memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengkakis.Kedudukan Makmal Kimia sebaiknya berada di aras bawah, Makmal Biologi di aras satu dan Makmal Fizik di aras dua. Makmal Sains Am boleh berada di aras satu atau di aras dua. Bilik persediaan dikongsi antara dua makmal sains dan berada di antara dua makmal tersebut.

Makmal Sains Tingkatan 6

Murid Tingkatan 6 perlu mempunyai Makmal Sains Tingkatan 6 untuk mengelakkan pertembungan waktu penggunaan dengan murid Tingkatan 4 dan 5.

Keperluan Perabot dan Peralatan AsasSetiap makmal sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti berikut:

1. Meja makmal 2. Bangku makmal 3. Komputer 4. Pencetak 5. Bakul sampah 6. DLP 7. Papan tulis 8. Papan putih beroda 9. Skrin 10. Langsir 1 set untuk bilik 11. Meja komputer 12. Pembesar suara 13. Rak peralatan sains 14. Almari 15. Kabinet 16. Penggantung carta 17. Pemadam api 18. Selimut api 19. Penggera kebakaran 20. Bekas simpanan bahan sisa 21. Bekas simpanan bahan rosak 22. Kebuk Wasap 23. Pancuran dan pencuci mata 24. Kipas pengudaraan 25. Kit Pertolongan Cemas

Perabot dan Peralatan Asas dalam Bilik Sains

1 Meja makmal 2 Bangku makmal 3 Komputer 4 Printer 5 DLP 6 Meja komputer 7 Skrin 8 Pembesar suara 9 Papan tulis 10 Papan putih beroda 11 Bakul sampah 12 Langsir 1 set untuk bilik13 Kabinet 14 Almari cermin 15 Rak buku 16 Penggantung carta 17 Rak peralatan sains 18 Kit Pertolongan Cemas 19 Pemadam api 20 Penggera kebakaran 21 Selimut Kalis Api

RujukanOoi Chong Beng, Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mr.Dennis M.Mc Grath,(1978).Laboratory Management and Techniques.Penang: Anthonian Store Sdn.BhdUniversiti Pendidikan Sultan Idris. Unit 6 Pengurusan Makmal. Retrieved Julai 2013 from http://myguru3.upsi.edu.myMakmal SK Kem Kabota. Nota. Retrieved Julai 2013 from http://makmalskkemkabota.blogspot.com/Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Panduan Makmal Sains Sekolah. Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.comMakmal Sains SK Bahagia. (September 2011). Pengurusan Makmal Sains. Retrieved Julai 2013 from http://happysclabo.blogspot.comRECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.

20g611ttmteb5179