Top Banner
Solat-solat Sunat Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi) Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat. . Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan. . Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya. . Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan. . FADHILAT SOLAT HAJAT 1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT. 2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah. 3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT. . PANDUAN SOLAT HAJAT Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih. Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.
36

Solat Sunat

May 07, 2017

Download

Documents

fyzapu3
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Solat Sunat

Solat-solat Sunat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah� SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.� �    (Riwayat At-Tarmizi)Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda bahawa� Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya,� kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan� apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat. �

.Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

.Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

.Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

.FADHILAT SOLAT HAJAT

1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

.PANDUAN SOLAT HAJATSekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

Page 2: Solat Sunat

Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia� mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya. �Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

. CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

 .1.  Lafaz dan niat:

U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.� � � �Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.� �

.2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

.Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta khudzuhu sinatun� � walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa u indahu illaa biidznih, ya lamu maa baina aydiihim wa maa� � � khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in minilhimi illaa bimaa syaa-a,� wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa� huwalaliyuul azhiim.� � �Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus� mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah

Page 3: Solat Sunat

(IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). � [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

.Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa� lam yakun lahu kufuwan ahad. �

Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada� pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. �

.*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah� �,  ayat Al-� Kursi � dan  Qulhu wallaahu Ahad� � .

.3.  Membaca Tasbih

.a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.� � Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini

dari golongan orang yang aniaya..

b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:

Page 4: Solat Sunat

.4.  Wirid Selepas Solat Hajat

.Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

.       a. Istighfar (10 / 100 kali)

As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.� �Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku

bertaubat kepada-Nya.      b. Zikir

Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.� � Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

 .

Page 5: Solat Sunat

     c.  Selawat (10 / 100 kali)

Allaahumma shalli alaa Sayyidinaa Muhammadin wa alaa aalihii� � � Sayyidinaa Muhammadin. �

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

.5.  Doa Solat Hajat

  .Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

.

Page 6: Solat Sunat

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-aa-qi-dil iz-zi min ar-shi-ka, wa-� � �mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal� a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-i-la-ha il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-� � �riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil a-la-� �miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik,� wal-is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-�la-ma-ta min kul-li ithm. Laa-ta-da li zhan-ba il-la gha-far-tah, wa-laa� � � Ham-man il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-� �dhan il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan il-la agh-nai-� �tah, wa-laa jaa-hil-lan il-la al-lam-tah, wa-laa a-duu-wan il-la kha-zal-tah,� � � � wa-laa ai-ban il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan il-la ra-him-tah, wa-laa� � � haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-�ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.�

Solat Sunat Dhuha

Page 7: Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: Rasulullah� SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.� �Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah masing-masing di� antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha. �   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

.Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.Nabi Muhammad SAW  bersabda: Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu� malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang. �   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

.Waktu Solat DhuhaSolat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.Zaid bin Arqam r.a. berkata: Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala� itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; Inilah�  solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha. �  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

.Cara Mengerjakan Solat DhuhaSolat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

.1.  Niatnya:

.

Page 8: Solat Sunat

.2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

.a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

.b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

.3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

.4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

.

.5.  Berdoa

Page 9: Solat Sunat

.Fadhilat Solat DhuhaSebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Page 10: Solat Sunat

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: Sesiapa Yang� mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. �

Rasulullah SAW  bersabda:  Bahawasanya di syurga ada pintu yang� dinamakan Dhuha. Maka apabila� �   tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat� Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah. �   (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Saman,�   Allah berfirman:�  Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas� mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti� akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya. �   (HR. Haklim dan Tabrani).

Page 11: Solat Sunat

Solat Istiqarah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;Rasulullah SAW bersabda:  Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat �Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya. �la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Cara Solat Istikharah a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

 c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha

Bijaksana!d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan. e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam. f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

Page 12: Solat Sunat

 g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini.... (sebutkan � �perkaranya). �  h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat

Page 13: Solat Sunat

Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

.Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  Sesiapa yang tidak� berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami. �  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: Sesungguhnya Allah SWT.� menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir. �  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

.Dinamakan Solat Sunat Witir� � kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam:  Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat� Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil. �   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

.Witir Penutup SolatSolat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Akhirilah solat malammu itu� dengan Solat Witir. �   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

.Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang berasa dirinya� tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama. �  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

. Fadhilat Solat Witir1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.

.Cara Melaksanakannya:

.1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

Page 14: Solat Sunat

U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.� � � �Daku Solat Sunat Witir dua rakaat, kerana Allah Taala.� � .

2.  Bacaan selepas Fatihah:Rakaat pertama:�  Surah Al-Alaa�Rakaat kedua:�  Surah Al-Kafiruun

.3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir.�

.4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-a-tan lil-laa-hi ta-aa-laa.� � � �Daku Solat Sunat Witir satu rakaat, kerana Allah Taala.� �

.5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca Surah�   Muawwizat� �  iaitu:a) Al-Ikhlas,b) Al-Falaq danc) An-Naas.Al-Nasai meriwayatkan daripada Kaab r.a., ia berkata:� �  Rasulullah�  Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-Alaa, Al-Kafiruun� dan Al-Ikhlas. �

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat� apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir? � Aisyah menjawab: Baginda membaca pada rakaat pertama� dengan: Sabbihisma Rabbikal Alaa, Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun pada� � � � � rakaat kedua, dan Qul Huwallaahu Ahad dan Muawwidzatain pada rakaat� � � � ketiga. �

.WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam�  setelah salam dari solat witir

Page 15: Solat Sunat

berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga. � (Hadis dari Ubay bin Kaab)�

.2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

. 3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

 . 4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

Page 16: Solat Sunat

.5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Page 17: Solat Sunat

Hukum Tangguh Witir ~ Harus.

1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.

2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.

3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: Tidak ada dua witir pada� satu malam. �

Imam Ahmad berkata: Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang� lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya. �

. ه صلى خليلي أوصاني قال هريرة أبي عن م عليه الل بثالث وسل ثالثة بصيام ام وركعتي شهر كل من أي

أرقد أن قبل أوتر وأن الضحى .Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap

Page 18: Solat Sunat

bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur. � (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).Solat Sunat TaubatSolat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).Rasulullah SAW. telah bersabda: Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan� dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat� dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya. �  (HR Abu Daud, NasaI, Ibnu Majah dan Baihaqi.)�

.Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

.Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.2. Dimudahkan segala urusan.3. Menceriakan kehidupan seharian.4. Menghilangkan perasaan yang menekan.5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

.CARA SOLAT TAUBAT

.1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.Rakaat pertama:   Surah Al-KafirunRakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

.

Page 19: Solat Sunat

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.� �Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

.4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-fi-rul-�Laa-hil A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-�

laih. �Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

.b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-fi-rul-�Laa-hil A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-�laih. Tau-ba-ta Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-an� � wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa. �Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

.c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

Page 20: Solat Sunat

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

.5.  Baca Doa Taubat

.

Page 21: Solat Sunat

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Page 22: Solat Sunat

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Solat TasbihSolat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam�  bersabda:  Jika� kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali . �  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

.Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Page 23: Solat Sunat

.Daripada Ibnu Abbas r.a.;�  Rasulullah shallallahu alaihi wasallam� �  telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; Wahai al-Abbas, bapa� � saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu sepuluh kelebihan� � jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu;  الله إال إله وال لله والحمد الله سبحان�

أكبر والله ” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri Itidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali.� Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup. � (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

.Cara Mendirikan Solat Sunat TasbihSolat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

.Caranya;

.1.  Niat Solat Sunat Tasbih:a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

U-shol-lii sun-na-tat�  Tas-biyh rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.� � �(Daku Solat Sunat Tasbih dua rakaat, kerana Allah Taala.)� �

 .b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

Page 24: Solat Sunat

U-shol-lii sun-na-tat�  Tas-biyh ar-ba-a�  rok-a-tin�  lil-laa-hi ta-aa-laa.� �(Daku Solat Sunat Tasbih empat rakaat, kerana Allah Taala.)� �

 .2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

.3.  Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan

Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung..

Nota;*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

.4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

.5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih Rukuk - 10 kali tasbih Iktidal - 10 kali tasbih Sujud pertama - 10 kali tasbih Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih Sujud kedua - 10 kali tasbih Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10

kali tasbih..

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

.

Page 25: Solat Sunat

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

.8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

.9. Membaca doa solat tasbih;

Page 26: Solat Sunat

Solat TahajjudSolat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.Firman Allah SWT.:

 Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai� suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu

mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. � 

(Surah Isra; ayat 79)�

Rasulullah SAW bersabda:  Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah� kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan. �   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.Tujuan Solat Tahajjud

.1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

.Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.Rasulullah SAW telah bersabda,:  Amalan yang disukai oleh Allah, adalah� yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit. �    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Page 27: Solat Sunat

.1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

 .Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

.2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rakataini Lillahi taala)� �

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala.�.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:.

a)Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)Atau;b)Rakaat pertama:    Ayat Al-KaafirunRakaat kedua:    Surah Al-IkhlasAtau;c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

.

Page 28: Solat Sunat

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Page 29: Solat Sunat

.Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri.

Page 30: Solat Sunat

Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

.KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.2. Doa dimakbulkan Allah.3. Memperolehi ketenangan jiwa.4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.10.Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.11.Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.12.Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.13.Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.14.Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.15.Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.16.Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.17.Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.18.Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

.Memudahkan Bangun Solat Malam

.1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

.Rasulullah SAW bersabda:  Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk� bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Page 31: Solat Sunat

Ayat 1000 Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan danpenyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

.Hikmah Ayat 1000 Dinar.Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

.Sejarah Dinamakan 1000 DinarPada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

.Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosakwalau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang

Page 32: Solat Sunat

tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

.Pendapat Ulama’Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama � menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-�Quran atau hadis.Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkalkepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya

kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah),

sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan

menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi

berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

.

Page 33: Solat Sunat

AmalanRamai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapanperniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

.Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untukbertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

.Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih.� �1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3

X, InsyaAllah akan beroleh seribu faedah.�2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah taala akan�  mengadakan baginya

jalan keluardari segala kesulitan, Allah taala akan memberi�  rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Taala menyampaikan� segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, InsyaAllah si pesakit akan sembuh.�

4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Taala.�

5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lutdengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.

1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,

Page 34: Solat Sunat

2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga

kali..

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Surah Al-WaqiahSurah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah KekayaanSurah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Saad Al� Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.Rasulullah SAW bersabda:

Man qaraa suratal-Waqiati lam yaftaqir abada.� �Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan �kefakiran selamanya. �

 .2.  Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia� tidak akan ditimpa kefakiran. �3.  Daripada Ibnu Masud r.a., Rasulullah SAW bersabda:�   Sesiapa membaca� surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. � (HR: Al- Baihaqi)4.  Rasulullah SAW bersabda:  Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-�isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan. � (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Page 35: Solat Sunat

5. Rasulullah SAW bersabda:  Sesiapa yang membaca surah�  Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia� dan ajarkan kepada anak-anakmu semua. �

 .Menurut fatwa sebahagian Ulama katanya:�  Sesiapa membaca surah Al-Waqiah� pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula. �

.Khasiat Surah Al-WaqiahDi dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, InsyaAllah akan� beroleh kesenanganselama-lamanya.2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, InsyaAllah akan dikurniakan dengan�  kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, InsyaAllah�  ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. InsyaAllah� tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; InsyaAllah� berhasil:

Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali

sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-

Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan

petang.7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah, ayat 35-�38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.Makna Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 ialah :�  Sesungguhnya, Kami telah� menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. �

Page 36: Solat Sunat

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah di�  permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan� mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

 .Petua Kaya Syeikh Abil Abbas�Menurut AsSyeikh Abil Abbas katanya;� �   Dengan mengamalkan seperti berikut, InsyaAllah, ia akan menjadi orang kaya�1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqiah itu pada setelah fardhu�  Isyak pada Jumaat berikutnya.3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

InsyaAllah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu� dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.