Top Banner
AMALAN PENGAJARAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH TERHADAP APIKASI PENDEKATAN PENYIASATAN SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
24

SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

Aug 17, 2019

Download

Documents

ngonguyet
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

AMALAN PENGAJARAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

TERHADAP APIKASI PENDEKATAN PENYIASATAN

SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

Disahkan oleh,

21 April 2006 21 April 2006

Page 3: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

iii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penyelia : ENCIK MOHAMAD ALI BIN IBRAHIM

Tarikh : 21 APRIL 2006

Page 4: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

AMALAN PENGAJARAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

TERHADAP APIKASI PENDEKATAN PENYIASATAN

SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

iv

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _________________

Nama Penulis : SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS

Tarikh : 21 APRIL 2006

Page 6: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

v

DEDIKASI

Khas buat ayahanda tersayang (Haji Abas bin Haji Abdul Hadi) dan bonda

tercinta (Hajah Che’ Ndah binti Haji Ahmad)

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian.

Adik beradikku yang dikasihi, Along, Kak Minah & Abg Lan, Moma, Modi, Lili dan

Kina yang banyak memberi semangat dan dorongan. Buat anak buahku yang tercomel

Mohd Sya’rawi yang menceriakan hatiku.

Buat rakan-rakan seperjuangan Aisya, Farihah, Fahmi, Fiza, Kak Zety, Kak Haiyu,

Rohit, Yan, Laa, Nurrul, Yati, Jun........

Semoga ukwah yang terjalin di sini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Setinggi-tinggi penghargaan buat yang tersayang,

Abdul Halim bin Mohd Salleh yang sedia menemani menempuh apa jua halangan dalam

menjalankan kajian ini. Jasamu akan ku kenang sepanjang

hayat

Buat semua yang terlibat, kejayaan yang diperolehi ini adalah kejayaan kita bersama.

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.

Page 7: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala pujian bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat

r’anhum dan sesiapa yang mengikut mereka dengan ikhlas sehingga hari kiamat.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Ali bin

Ibrahim, selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang sudi memberi tunjuk ajar,

ilmu pengetahuan bimbingan serta dorongan yang berterusan sehingga PSM ini berjaya

disiapkan.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

kakitangan bagi pihak sekolah dan 171 orang pelajar sekolah rendah yang terlibat dalam

menjayakan kajian ini.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sealiran 5

SPF, yang telah memberi sokongan dan pertolongan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk ayahanda dan bonda yang

tercinta.. Yang tersayang, Abdul Halim bin Mohd Salleh. Tidak dilupakan juga kerabat

keluarga dan rakan-rakan yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam

menjayakan kajian ini sehingga ke akhirnya.

Semoga sekalian kita bersama-sama senantiasa mendapat keberkatan Allah SAW.

Page 8: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pengajaran guru sains sekolah

rendah terhadap aplikasi pendekatan penyiasatan. Kajian melibatkan 171 orang pelajar

di enam buah sekolah rendah terpilih di daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan

ialah soal selidik yang mengandungi 29 item berbentuk skala ordinal dan sebanyak tiga

soalan berbentuk subjektif. Nilai keboleh percayaan instrumen adalah 0.85. Dapatan

data terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Pelajar

dan masing-masing terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang,

sederhana dan lemah. Hasil dapatan data dianalisa secara statistik deskriptif dan

memberikan keputusan min pendekatan penyiasatan Kategori Sekolah terhadap

kumpulan iaitu Kumpulan Sekolah Cemerlang, Kumpulan Sekolah Sederhana dan

Kumpulan Sekolah Lemah masing-masing ialah 2.12, 2.21 dan 2.30 manakala terhadap

Kategori Pelajar bagi Kumpulan Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana,dan

Kumpulan Pelajar Lemah masing-masing ialah 2.14, 2.20 dan 2.27. Ini menunjukkan

bahawa tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru-guru sains sekolah rendah masih di tahap yang rendah.

Min sikap saintifik pelajar terhadap Kategori Sekolah bagi Kumpulan Sekolah

Cemerlang, Kumpulan Sekolah Sederhana dan Kumpulan Sekolah Lemah masing-

masing ialah 3.20, 3.07 dan 3.18 manakala min sikap saintifik terhadap Kategori Pelajar

bagi Kumpulan Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana dan Kumpulan Pelajar

Lemah pula masing-masing mencatatkan 3.20, 3.13, 3.07. Hasil dapatan kajian

menunjukkan pelajar tidak mencapai tahap kefahaman konsep yang baik tetapi

menunjukkan sikap terhadap mata pelajaran sains yang positif.

Page 9: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

viii

ABSTRACT

The main purpose of this research is to find the exact level of performance of

investigative approach among primary science teacher. 171 primary school students

from six selected school which located in the Johor Bahru district were involved in this

research. Questionnaire which have 29 of ordinal scale items together with three

subjective questions are up to as an instrument for this research. Value of alpha

cronbach is α = 0.85 are gained from the reliability analysis. Results are divided in two

main categories that are school category (KS) and pupils’ category (KP) and each of

categories covered three variables group that are group of excellent (C), medium (S) and

Weak(L). Results are analyzed by way of descriptive statistics which resulting mean for

investigative approach in KS towards Kumpulan Sekolah Cemerlang, Kumpulan

Sekolah Sederhana, and Kumpulan Sekolah Lemah groups’ at 2.12, 2.21 and 2.30 each

while towards Kumpulan Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana and

Kumpulan Pelajar Lemah at 2.14, 2.20 and 2.27 each. These shows that the application

of investigative approach in teaching and learning process among primary sciences

teachers are still low in performance. Students attitude towards science subject resulting

mean at 3.20, 3.07, 3.18 each for Kumpulan Sekolah Cemerlang, Kumpulan Sekolah

Sederhana dan Kumpulan Sekolah Lemah while 3.20, 3.13, and 3.07 each for Kumpulan

Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana and Kumpulan Pelajar Lemah. This

research shows that students’ did not have good comprehension science concept but

have positive attitude toward science subject.

Page 10: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

JUDUL ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Pernyataan Masalah 4

1.2 Objektif Kajian 5

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Kepentingan Kajian 6

Page 11: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

x

1.5 Batas Kajian 6

1.6 Takrifan 7

1.6.1 Amalan Pengajaran 7

1.6.2 Guru Sains Sekolah Rendah 7

1.6.3 Tahap Aplikasi 7

1.6.4 Pendekatan Penyiasatan 8

1.6.5 Pelajar Sekolah Rendah 8

1.7 Rumusan 8

2 SOROTAN PENULISAN 10

2.0 Pengenalan 10

2.1 Model Sains 10

2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11

2.1.2 Model Tyler 12

2.1.3 Model Taba 13

2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14

2.2.1 Pendekatan Pengajaran Secara 15

Konstruktif

2.2.2 Pendekatan Pengajaran Secara 16

Kolaboratif

2.2.3 Pendekatan Pengajaran Secara 17

Kontekstual

2.2.4 Implikasi Pendekatan Pengajaran 18

Sains

2.2.4.1 Projek Pendidikan Sains 18

Australia(ASEP)

2.3 Pendekatan Penyiasatan 20

2.4 Kajian-kajian Lepas 23

Page 12: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

xi

3 METODOLOGI KAJIAN 25

3.0 Pengenalan 25

3.1 Tatacara Kajian 25

3.2 Sampel Kajian 26

3.3 Instrumen Kajian 28

3.4 Tatacara Mengumpul dan Menganalisa Data 33

3.5 Analisis Data 33

3.6 Kajian Rintis 34

3.7 Rumusan 35

4 ANALISIS DATA 36

4.0 Pengenalan 36

4.1 Analisis Latar Belakang Pelajar 37

4.2 Analisis Kategori Sekolah dan Kategori Pelajar 37

4.3 Analisis Tahap Aplikasi Pendekatan Penyiasatan 38

4.3.1 Analisis Tahap Aplikasi Pendekatan 38

Penyiasatan Terhadap Kategori

Sekolah

4.3.2 Analisis Tahap Aplikasi Pendekatan 39

Penyiasatan Terhadap Kategori

Pelajar

4.4 Analisis Sikap Pelajar Terhadap Sains 39

4.4.1 Analisis Sikap Pelajar Dalam Mata 40

Pelajaran Sains Terhadap Kategori

Sekolah

4.4.2 Analisis Sikap Pelajar Dalam Mata 40

Pelajaran Sains Terhadap Kategori

Pelajar

Page 13: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

xii

4.5 Analisis Hubung Kait Antara Pendekatan 41

Penyiasatan dengan Kefahaman Konsep

Sains Pelajar

4.6 Rumusan 43

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN 44

5.0 Pengenalan 44

5.1 Perbincangan 44

5.1.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 44

5.1.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 45

5.1.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 47

5.1.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 47

5.1.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 48

5.2 Kesimpulan 49

5.3 Cadangan 51

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 52

RUJUKAN 53

LAMPIRAN

Page 14: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Tahap Pencapaian Berdasarkan

Peratus Pencapaian Umum 27

3.2 Kategori Sekolah 28

3.3 Kategori Pelajar 28

3.4 Bahagian Dalam Soal Selidik 29

3.5 Skala Likert Umum 29

3.6 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Instrumen 30

3.7 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Instrumen 30

3.8 Pembahagian Item Pendekatan Penyiasatan

dan Sikap Pelajar 31

3.9 Skala Rujukan Tahap Aplikasi Pendekatan

Penyiasatan 32

3.10 Skala Rujukan Status Sikap Pelajar Terhadap

Sains 32

3.11 Skala Rujukan Pencapaian Kefahaman Konsep

Sains Pelajar 32

4.1 Jantina Pelajar 37

4.2 Bangsa Pelajar 37

4.3 Kumpulan Kategori Sekolah 37

4.4 Kumpulan Kategori Pelajar 38

4.5 Pendekatan Penyiasatan Terhadap

Kategori Sekolah 39

Page 15: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

xiv

4.6 Pendekatan Penyiasatan Terhadap

Kategori Pelajar 39

4.7 Status Sikap Pelajar Terhadap Sains 40

4.8 Status Sikap Pelajar Terhadap Sains 41

4.9 Kefahaman Konsep Sains Pelajar 42

4.10 Hubung Kait Pendekatan Penyiasatan

Dengan Kefahaman Konsep Sains Pelajar 42

Page 16: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Model Umum Sains 11

Page 17: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

et. al - And Others

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

ASEP - Australian Science Education Project

PI - Primary Investigation

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

KSC - Kumpulan Sekolah Cemerlang

KSS - Kumpulan Sekolah Sederhana

KSL - Kumpulan Sekolah Lemah

KPC - Kumpulan Pelajar Cemerlang

KPS - Kumpulan Pelajar Sederhana

KPL - Kumpulan Pelajar Lemah

Page 18: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik Pelajar

B Jadual Korelasi Spearsman Rho Bagi Melihat Hubung Kait

Pendekatan Penyiasatan Dengan Kefahaman

Konsep Sains Pelajar

C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan ( BPPDP)

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Rintis

E Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor ( JPNJ )

Page 19: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam bidang pendidikan, ‘penyiasatan saintifik’ merupakan format dalam

pendekatan holistik yang telah diinovasikan daripada pendekatan ‘proses dan

kemahiran’ dalam strategi pengajaran sains (Woolnough, 1991). Pada peringkat

awal, konsep ‘penyiasatan’ lebih dikenali sebagai konsep sains praktikal. Untuk

melihat bagaimana pendekatan penyiasatan merupakan pendekatan yang berkesan

dalam pelaksanaan kurikulum sains, perlulah diteliti dahulu strategi sains praktikal

yang digunakan sebelum ini.

Skema Nuffield adalah garis panduan pendekatan sains praktikal bagi guru-

guru yang mengajar mata pelajaran sains yang bermula di sekolah-sekolah di

England dan Wales. Fokus pengajaran menggunakan skema Nuffield adalah pada

kaedah dan objektif yang berkonsepkan inkuiri pelajar yang dicabar dan pelajar

belajar dalam keadaan neutral tanpa berpegang kepada konsep sains yang tepat.

Intipati falsafah Nuffield adalah ‘untuk membangkitkan semangat penyiasat dan

membina disiplin pemikiran imaginatif’ (Nuffield Foundation, 1966). Ini bermaksud

sains dipelajari secara mempraktikkan sikap dan pemikiran sebagai seorang saintis

dengan mengaplikasi pendekatan penyiasatan yang akan membawa kepada ilmu

sains itu sendiri. Wellington (1989) menyatakan bahawa ‘sains dipelajari untuk

kebaikan pelajar itu sendiri dan bukan untuk untuk kebaikan sains itu sendiri’.

Walau bagaimanapun, skema ini tidak berjaya mencapai objektif kerana kebanyakan

guru yang menggunakan skema ini tidak memahami fokus utamanya dan masih

Page 20: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

2

meneruskan pendekatan secara tradisonal. Pelajar belajar sains secara ‘guided

discovery’ iaitu belajar mengikut arahan guru dan sentiasa memberikan keputusan

seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran guru tetapi ia tidak meransang

pemikiran imaginatif pelajar untuk bertindak seperti seorang penyiasat atau saintis.

Penyiasatan merupakan konsep yang diperjuangkan selepas pendekatan

proses dan kemahiran tidak berjaya mencapai objektif pengajaran sains di sekolah.

Walau bagaimanapun terdapat pelbagai definasi bagi istilah penyiasatan ini dan

sehingga kini masih ramai yang membahaskan bentuk-bentuk aktiviti yang berkaitan

pendekatan penyiasatan dalam mempelajari sains (Gott dan Duggan, 1995).

Seterusnya, di sini akan dinyatakan lebih lanjut aktiviti yang merupakan konsep

pendekatan penyiasatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains di

sekolah.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkah

laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan

baru. Kesempurnaan sesebuah sesi pengajaran bermula dari perancangan P&P yang

teliti hingga amalan guru yang dipraktikkan di dalam bilik darjah.

‘Teachers are often forgotten element in research; it would appear that only

student differences and need are important. Perhaps the time has come for

increased attention in thus area’.

(Newman, 1983:10)

Kenyataan Newman menunjukkan peranan guru adalah elemen utama dalam

pendidikan yang sering dilupakan sedangkan ia membawa implikasi besar ke atas

keperluan pencapaian pelajar. Fokus penyelidikan ini adalah untuk melihat sejauh

mana tahap aplikasi konsep dan pendekatan penyiasatan dalam amalan pengajaran

guru yang mengajar mata pelajaran sains di sekolah rendah.

Pemilihan pendekatan pengajaran bagi mata pelajaran sains adalah sedikit

berbeza dengan strategi pengajaran secara umum. Dalam beberapa dekad yang lalu,

para pengkaji dan ahli psikologi kognitif telah mengenengahkan suatu ilmu

pendekatan pengajaran yang berasaskan falsafah dan psikologi iaitu pendekatan

Page 21: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

3

pengajaran secara konstruktif. Umumnya, fahaman konstruktivisme digunakan

dalam pengajaran bagi membolehkan pelajar membina sendiri makna dan kefahaman

mereka dalam proses pembelajaran sementara guru hanya bertindak sebagai

pembimbing untuk membantu pelajar mendekati idea sains yang hendak dipelajari.

Secara tidak langsung pelajar bertindak sebagai penyiasat yang boleh diperihalkan

sebagai pembelajaran secara penyiasatan.

Konsep-konsep sains telah diterapkan seawal kanak-kanak berumur 7 tahun

yang belajar dalam tahun satu di sekolah rendah. Pelajar dididik untuk mengenal diri

sendiri, jenis-jenis haiwan dan tumbuhan sehinggalah pada tahap tahun tiga sahaja

pelajar sudah mula mempelajari konsep magnet, keelektrikan, spring, konsep

penyerapan, konsep bahan dan konsep campuran bahan. Harlan (1999) menyatakan

bahawa pendidikan awal lebih mudah difahami melalui pembelajaran secara konkrit

menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan bahan untuk merangsang sifat

inkuiri pelajar. Pembelajaran sains yang berkesan bermula dari sifat ingin tahu

(inquiry) pelajar yang di dorong dari pengenalan konsep secara konkrit yang

ditunjukkan oleh guru seterusnya akan mendorong kepada teknik mengeksperimen

menggunakan kerangka kognitif pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada dan

pengalaman seharian.

Borang soal selidik dibina untuk dijawab oleh pelajar tahun 5 di enam buah

sekolah rendah terpilih dalam daerah Johor Bahru. Fokus utama instrumen adalah

untuk melihat aplikasi pendekatan penyiasatan dalam proses P&P di peringkat

sekolah rendah. Antara lain kajian ini bertujuan untuk menilai sikap pelajar sekolah

rendah terhadap mata pelajaran sains dan melihat perkaitan antara pendekatan yang

digunakan dengan kefahaman konsep sains pelajar.

Page 22: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

4

1.1 Pernyataan Masalah

Pengajaran sains dipercayai lebih berkesan menggunakan pendekatan secara

praktikal yang memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P sains.

Bagi pelajar sekolah rendah khususnya, strategi pengajaran yang berkesan adalah

menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan (Mok, 2001). Ini merangkumi

pendekatan secara penyiasatan dalam proses P&P sains di sekolah.

Australian Science Education Project (ASEP) telah menggariskan suatu

panduan pengajaran sains di peringkat sekolah rendah secara berkesan berdasarkan

pendekatan penyiasatan. Hasil daripada kaedah tijauan, temubual dan soal selidik ke

atas para guru sekolah rendah mengenai pendekatan sains secara berkesan, maka

terhasillah konsep ‘Primary Investigations’ yang diiktiraf oleh Commonwealth

Department of Education, Science and Training di Akademi Sains Australia yang

secara rasminya dilancarkan pada tahin 1995.

Amalan pengajaran guru terhadap pendekatan yang digunakan adalah antara

faktor terbesar yang menyumbang kepada keberkesanan pendidikan sains di sekolah

rendah. Proses P&P sains lebih digalakkan menggunakan bahan konkrit dan

mengaplikasi konsep inkuiri bagi merangsang pelajar mendalami sains secara

penyiasatan. Pendekatan dalam proses P&P perlu menekankan kepada pembelajaran

secara inkuiri samada secara induktif atau deduktif untuk mencapai matlamat dan

objektif pendidikan sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan

baik (Loo, 2003). Persoalan di sini ialah tahap aplikasi pendekatan penyiasatan

dalam pembelajaran sains yang diguna pakai oleh guru dalam proses P&P sains itu

sendiri serta keberkesanan pendekatan yang digunakan dalam menanam sikap dan

minat yang postif terhadap sains serta kefahaman konsep sains yang betul dan kekal

dalam kerangka kognitif pelajar.

Terlebih dahulu akan diselidik maksud serta aktiviti yang klasifikasikan

sebagai pendekatan penyiasatan dalam P&P sains di peringkat sekolah rendah.

Seterusnya aktiviti pendekatan penyiasatan itu dijadikan asas pembinaan item dalam

instrumen yang akan diuji ke atas pelajar bagi mengkaji tahap aplikasi pendekatan

penyiasatan dalam proses P&P sains di sekolah rendah.

Page 23: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

5

1.2 Objektif Kajian

1. Mengkaji tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan

pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori sekolah.

2. Mengkaji tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan

pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori pelajar.

3. Mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains bagi kategori

sekolah.

4. Mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains bagi kategori

pelajar.

5. Mengkaji implikasi amalan pendekatan penyiasatan terhadap kefahaman

konsep sains pelajar.

1.3 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan

pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori sekolah ?

2. Apakah tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan

pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori pelajar ?

3. Apakah sikap pelajar dalam mata pelajaran sains terhadap kategori

sekolah ?

4. Apakah sikap pelajar dalam mata pelajaran sains terhadap kategori

pelajar ?

Page 24: SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS - fp.utm.my · 2.1 Model Sains 10 2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11 2.1.2 Model Tyler 12 2.1.3 Model Taba 13 2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14 2.2.1 Pendekatan

5. Adakah wujud perbezaan antara tahap amalan pendekatan penyiasatan

dengan kefahaman konsep sains pelajar ?