Top Banner
RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1 Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 1 Dedikasi Masa : 8.40 pg-9.40 pg ( 60 minit ) ( 2 waktu ) Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Nombor bulat hingga 100 Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 1)Menyatakan kuantiti secara intuitif. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara: (a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek, (b) Membanding dua kumpulan secara padanan, (c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek. Objektif Pembelajaran : Pada akhir Pdp, murid-murid dapat :- Mengenalpasti dan membanding jumlah dua objek yang banyak dan sedikit dengan betul dan tepat. EMK : Kreativiti dan Inovasi TMK : Tayangan video Keusahawanan : Menggunakan soalan yang melibatkan situasi
14

Rancangan Mengajar Matematik Tahun 1 (Asgnmnt)

Dec 18, 2015

Download

Documents

RPH
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1

RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1

Mata Pelajaran: MatematikKelas

: 1 Dedikasi

Masa

: 8.40 pg-9.40 pg

( 60 minit ) ( 2 waktu )

Bidang

: Nombor dan Operasi

Tajuk

: Nombor bulat hingga 100

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:

1)Menyatakan kuantiti secara intuitif.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:

(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek,

(b) Membanding dua kumpulan secara padanan,

(c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir Pdp, murid-murid dapat :-

Mengenalpasti dan membanding jumlah dua objek yang banyak

dan sedikit dengan betul dan tepat.

EMK

: Kreativiti dan Inovasi

TMK

: Tayangan videoKeusahawanan: Menggunakan soalan yang melibatkan situasi

perniagaanFokus : Membina ayat matematik, membanding beza kumpulan banyak dan

sedikit.

Bahan Bantu Belajar: Kad bentuk, Kertas Majong, Marker Pen, LCD,LaptopRefleksi : 5 daripada 6 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan pada hari ini.FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

1. PersediaanPemerhatian

dan Analisis(BAND 1)

(BAND 1)

a. Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah rambutan yang diletakkan di atas meja.

.

b. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat pemerhatian terhadap sejumlah guli yang diberikan (guli mempunyai dua warna iaitu merah dan biru).

c. Minta murid mengasing dan menyusun guli mengikut warna seperti yang ditunjukkan.

Merah Biru

i. Lihat kumpulan rambutan mana yang banyak?

ii. Kumpulan rambutan mana yang sedikit?

i. Kumpulan mana yang banyak?

ii. Kenapa?

2. Imaginasi

Penjanaan Idea

Sintesis Idea

(BAND 1)

a. Bawa murid keluar dari bilik darjah dan murid diminta

membentuk dua bulatan, satu bulatan kecil dan satu bulatan besar.

b. Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat. (Murid diminta mengumpul hasil kutipan mengikut kumpulan masing-masing.)

Terapkan sikap berkerjasama dan bantu membantu bagi memastikan tugasan yan diberi dapat disempurnakani. Bulatan mana yang mempunyai bilangan murid yang banyak?

ii. Kenapa?

i. Kumpulan mana yang mendapat daun yang paling

banyak?

ii. Kumpulan mana yang mendapat daun sedikit?

iii. Mana kamu tahu kumpulan daunnya banyak, dan mana

daunnya sedikit?

3. Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai(BAND 1)

i. Minta murid membentuk:

a. Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit,

b. Kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan

c. Kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan objek yang ada di sekeliling murid.

ii. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan kumpulan i hingga iii dilakukan.

iii. Paparkan kepada murid kad gambar seperti contoh di bawah:

a. Jelaskan bagaimana kamu menghasilkan kumpulan lebih dan kumpulan kurang.

i. Bentuk mana yang paling banyak?

ii. Bentuk mana yang paling sedikit?

iii. Bentuk mana yang sama banyak?

4. TindakanPelaksanaanAmalan

Berterusan(BAND 1)

i. Edarkan kertas majong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid. Minta murid melukiskan gambar bagi menunjukkan kumpulan:

a. banyak atau sedikit.

b. Sama banyak atau tidak sama banyak.

c. Lebih atau kurang.

ii. Edarkan lembaran kerja 1 kepada setiap murid.

iii. Edarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid.

iv. Edarkan Lembaran Kerja 3 kepada setiap murid.i. Selesaikan tugasan yang diberi.a. Nyatakan sebab kamu menyatakan banyak bagi setiap kumpulan objek secara

lisan.

a. Bincangkan dengan rakan:

Kenapa kamu katakan

objek itu lebih.

Kenapa kamu katakan

objek itu sama banyak.

a. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan melukis bilangan objek mengikut

arahan.

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3.

Nilai dan SikapTerapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

CONTOH EVIDENS : LEMBARAN 1

Nama :__________________________ Kelas : 1 ____________

A. Tanda (/) pada kumpulan yang lebih banyak.

Kenapa (lisan) : ..

Kenapa (lisan) : ..

Kenapa (lisan) : ..

Kenapa (lisan) : ..

CONTOH EVIDENS : LEMBARAN 2B. Warnakan merah bagi objek yang paling banyak dan warnakan

biru bagi objek yang sama banyak.

Secara lisan:

1. Kenapa kamu katakan lebih?

2. Kenapa kamu katakan sama banyak?

CONTOH EVIDENS : LEMBARAN 3

c. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan melukis bilangan objek mengikut arahan.

Contoh: