Mastura_805356 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA COLLEGE OF LAW, GOVERNANCE AND INTERNATIONAL STUDIES MASTER IN PUBLIC MANAGEMENT GMGG 5383 – CORPORATE GOVERNANCE TUGASAN INDIVIDU 1
Mastura_805356
UNIVERSITI UTARA MALAYSIACOLLEGE OF LAW, GOVERNANCE AND INTERNATIONAL STUDIES
MASTER IN PUBLIC MANAGEMENT
GMGG 5383 – CORPORATE GOVERNANCE
TUGASAN INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH :
MASTURA BINTI SAPIFEE
1
Mastura_805356
NO. K.P 820106025454NO. MATRIK 805356
PROTON HOLDINGS BERHAD
2
Mastura_805356
PROTON HOLDINGS BERHAD
1.0 PENGENALAN
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada
tahun 1983 dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu:
i. Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif
dalam negara.
ii. Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi
dalam bidang industry pembuatan automatif.
iii. Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia
bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Setelah 28 tahun, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan
menguasai pasaran otomobil tempatan. PROTON juga telah berjaya
menembusi pasaran luar seperti pasaran Negara ASEAN, China, India,
United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara.
Aktiviti utama PROTON adalah merangkumi bidang Kejuruteraan
Kenderaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Pengilangan
Otomobil, Pengedaran Kenderaan, Jualan Kenderaan, dan Perkhidmatan
Selepas Jualan.
3
Mastura_805356
Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkumi
Waja, Gen.2, Perdana V6, Arena, rangkaian model Saga, Savvy, Satria
Neo, Persona dan Exora. Manakala, selepas pengambilalihan LOTUS,
model keluaran PROTON juga termasuklah model Elise, Esprit, Exige,
Europa dan Evora.
2.0 AMALAN TERBAIK
2.1 LEMBAGA PENGARAH
Lembaga komited sepenuhnya dalam memastikan prinsip dan
amalan terbaik dalam tadbir urus digunapakai secara konsisten di
dalam syarikat dan di seluruh kumpulan. Lembaga Pengarah
PROTON komited dalam mematuhi Amalan Terbaik seperti yang
digariskan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (semakan
2007) dalam memastikan kepentingan para pemegang saham.
Lembaga juga komited sepenuhnya untuk mematuhi garispanduan
yang dikeluarkan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi
GLC berkaitan usaha meningkatkan keberkesanan Lembaga dan
memperkukuh tadbir urus korporat GLC.
Jadual 2.1 menunjukkan senarai ahli Lembaga Pengarah PROTON
bagi tahun kewangan berakhir Disember 2009.
4
Mastura_805356
Bil Nama Pengarah Jawatan Tarikh lantikan
1. Dato’ Mohd Nadzmi bin Mohd Salleh
Pengerusi bukan eksekutif bukan bebas
1 Januari 2009
2. Dato’ Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir
Pengarah Urusan 1 Januari 2006
3. Tuan Haji Abdul Jabbar bin Abdul Majid
Pengarah bukan eksekutif bebas
12 April 2004
4. Tuan Haji Abdul Kadir bin Md Kassim
Pengarah bukan eksekutif bebas
10 March 2005
5. Dato’ Michael Lim Heen Peok Pengarah bukan eksekutif bebas
15 Sept. 2006
6. Datuk Zalekha binti Hassan Pengarah bukan eksekutif bukan bebas
11 Februari 2008
7. Encik Oh Kim Sun Pengarah bukan eksekutif bebas
13 May 2009
Jadual 2.1
2.1.1 KOMPOSISI LEMBAGA
Berdasarkan Laporan Tahunan (2009), Lembaga pada masa
ini mengandungi tujuh (7) ahli lembaga yang mempunyai
kemahiran dan pengalaman luas, yang mana empat (4) ahli
lembaga merupakan pengarah bukan eksekutif bebas.
Perkara ini mematuhi peraturan dalam kod Tadbir Urus
Korporat Malaysia (semakan 2007) yang menggariskan
5
Mastura_805356
bahawa satu pertiga daripada jumlah ahli lembaga pengarah
hendaklah terdiri daripada pengarah bukan eksekutif bebas.
Selain pengarah urusan, kesemua pengarah bukan eksekutif
mempunyai latar belakang perniagaan yang berbeza dan
pengalaman mereka membolehkan mereka menjalankan
pertimbangan yang bebas dalam proses pembuatan
keputusan Lembaga.
Kesemua ahli Lembaga pengarah tidak mempunyai konflik
kepentingan dalam syarikat dan tidak mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan mana-mana pengarah atau
pemegang saham major syarikat. Selain itu, kesemua ahli
lembaga pengarah juga tidak mempunyai latar belakang
politik yang boleh mempengaruhi keputusan dan arah tuju
syarikat.
2.1.2 JAWATANKUASA LEMBAGA
Lembaga telah membahagikan tanggungjawab tertentu
kepada lima (5) jawatankuasa Lembaga yang akan melapor
kepada Lembaga dalam membantu proses pembuatan
keputusan untuk menjaga kepentingan aset kumpulan dan
para pemegang saham. Setiap jawatankuasa ini mempunyai
6
Mastura_805356
peranan dan bidangkuasa masing-masing dan tidak
bertindih antara satu sama lain.
2.1.2.1 JAWATANKUASA AUDIT
Jawatankuasa Audit terdiri daripada tiga (3) pengarah
bukan eksekutif bebas yang bertanggungjawab dalam
memastikan sistem kawalan dalaman syarikat adalah
dalam keadaan terbaik. Jawatankuasa ini akan
mengkaji perkara-perkara berkaitan integriti kawalan
dalaman termasuk dasar dan tatacara kendalian
formal berkaitan perlindungan aset, penyelenggaraan
rekod perakaunan secara betul, kebolehpercayaan
maklumat kewangan, pematuhan undang-undang,
dan peraturan dan amalan terbaik yang diterima pakai
oleh pengurusan syarikat.
Penubuhan jawatankuasa audit ini mematuhi
garispanduan amalan terbaik di dalam Kod Tadbir
Urus Korporat Malaysia (semakan 2007).
2.1.2.2 JAWATANKUASA EKSEKUTIF (BOARD
EXCO)
7
Mastura_805356
Board EXCO berperanan dalam membantu pihak
pengurusan dalam proses perlaksanaan dan
pemantauan projek-projek syarikat. Keahlian di dalam
Board EXCO terdiri daripada dua (2) orang wakil
daripada ahli Lembaga Pengarah PROTON dan dua
(2) orang wakil daripada pihak pengurusan atasan
syarikat.
2.1.2.3 JAWATANKUASA PENCALONAN DAN
GANJARAN
Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengarah
bukan eksekutif bukan bebas (pengerusi), seorang
pengarah bukan eksekutif bebas, dan dua orang ahli
bebas.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji /
menilai perlantikan pengarah bagi jawatankuasa
lembaga, selain mengkaji keberkesanan gabungan
kemahiran dan pengalaman Lembaga Pengarah, dan
membuat cadangan kepada Lembaga mengenai
sebarang penyesuaian yang dirasakan perlu.
8
Mastura_805356
Dalam hal ganjaran kepada pengarah, jawatankuasa
ini juga bertanggungjawab dalam mengesyorkan
rangka kerja ganjaran kepada para pengarah.
2.1.2.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO
Jawatankuasa Pengurusan Risiko mengawasi
keseluruhan pengurusan semua risiko yang memberi
impak kepada perjalanan syarikat dan kumpulan.
Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengarah
bukan eksekutif bebas sebagai pengerusi dan dua (2)
orang ahli bebas yang dilantik oleh Lembaga.
2.1.2.5 JAWATANKUASA DISIPLIN
Jawatankuasa disiplin terdiri daripada seorang
pengarah bukan eksekutif bukan bebas yang
bertindak sebagai pengerusi dan tiga (3) ahli
daripada pengarah bukan eksekutif bebas.
Jawatankuasa ini merupakan sebuah platform bagi
Lembaga dalam menangani dan menyelesaikan isu
disiplin dan ia juga merupakan satu mekanisme bagi
menyelesaikan kes-kes yang mungkin timbul selepas
pelaksanaan polisi Pengisytiharan Harta oleh
9
Mastura_805356
Pengarah, dan juga Whistleblower. Jawatankuasa ini
mempunyai kuasa untuk menyiasat, membuat
pertimbangan dan mengambil tindakan perlu bagi
setiap kes yang dirujukkan kepadanya sama ada
secara lisan atau bertulis.
2.1.3 KENYATAAN TANGGUNGJAWAB
Menurut Akta Syarikat 1965, Lembaga dikehendaki
menyediakan laporan kewangan yang mematuhi standard
piawaian perakaunan yang memberikan gambaran sebenar
dan adil bagi aliran tunai syarikat dan kumpulan pada
penghujung tahun kewangan.
Lembaga juga bertanggungjawab memastikan syarikat
menyimpan maklumat perakaunan yang menunjukkan
kedudukan kewangan yang tepat dan mematuhi Akta
Syarikat 1965.
2.2 GANJARAN PENGARAH
Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran bertanggungjawab
mencadangkan kepada Lembaga berkenaan pakej ganjaran yang
akan dibayar kepada setiap pengarah berdasarkan prestasi,
pencapaian, dan beban tanggungjawab mereka. Lembaga secara
keseluruhannya akan menentukan ganjaran para pengarah bukan
10
Mastura_805356
eksekutif dan pengarah eksekutif dengan pengarah yang
berkepentingan dikecualikan daripada terlibat dalam perbincangan
mengenai ganjaran mereka.
Jadual 2.2 (a) di bawah menunjukkan jumlah ganjaran yang dibayar kepada para
pengarah PROTON bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009.
Pengarah Gaji asas, Bonus, dan Lain-lain
Yuran dan Elaun
Faedah Jumlah
Pengarah Eksekutif
814,464 - 81,126 895,590
Pengarah bukan eksekutif
- 1,522,454 59,276 1,581,730
TOTAL 814,464 1,522,454 140,402 2,477,320
Jadual 2.2(a)
Jadual 2.2(b) pula menunjukkan maklumat agregat imbuhan mengikut kategori :
Imbuhan Bilangan PengarahAgregat imbuhan mengikut kategori
Pengarah eksekutif
Pengarah Bukan Eksekutif
Jumlah
Kurang daripada RM50,000 - - -RM50,001 – RM100,000 - 2 2RM100,001 – RM500,000 - 2 2RM500,001 – RM1,000,000 1 2 3JUMLAH 1 6 7
Jadual 2.2(b)
2.3 PEMEGANG SAHAM
2.3.1 PERHUBUNGAN DENGAN PARA PEMEGANG SAHAM
11
Mastura_805356
Lembaga menekankan kepentingan amalan ketelusan
(transperancy) dan akauntabiliti kepada para pelabur /
pemegang saham. Sehubungan itu, Mesyuarat Agung
Tahunan telah menjadi medium utama bagi Lembaga
berkomunikasi dengan para pemegang saham dalam
menyalurkan maklumat yang tepat dan lengkap mengenai
prestasi syarikat.
Unit Perhubungan Pelabur telah ditubuhkan bagi
menyediakan maklumat yang berguna seperti yang
dikehendaki oleh para pelabur dan menyelesaikan segala
persoalan yang timbul. Lembaga juga ada membuat
pengumuman di dalam Bursa Malaysia Securities Berhad
bagi memastikan setiap pelabur/pemegang saham
mendapat maklumat yang tepat dan terkini mengenai
perkembangan syarikat.
Selain itu, Lembaga juga dari masa ke semasa sentiasa
mengadakan sesi dialog dengan pemegang-pemegang
saham terbesar PROTON dan wakil-wakil daripada Institut
Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Kumpulan Pemerhati
Pemegang Saham Minoriti (Minority Shareholder Watchdog
Group). Saluran komunikasi lain pula termasuklah seminar,
12
Mastura_805356
siaran akhbar, dan laporan interim syarikat. Website
PROTON juga menjadi salah satu cara bagi para pemegang
saham mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan
syarikat.
2.4 PERHUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT
Jawatankuasa Audit sentiasa mengamalkan hubungan yang telus
dengan juruaudit dalaman dan luaran syarikat. Juruaudit luar akan
dipanggil menyertai mesyuarat Jawatankuasa Audit dan
membentangkan penemuan audit mereka selepas laporan
kewangan tahunan dikeluarkan. Jawatankuasa Audit mengadakan
pertemuan dengan juruaudit sekurang-kurangnya sekali setahun
tanpa kehadiran pengarah eksekutif dan juga pihak pengurusan.
Peranan juruaudit dan penyertaan mereka sepanjang tahun akan
dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit yang akan
dibentangkan kepada Lembaga Pengarah syarikat.
2.5 PENYATA KEWANGAN
Lembaga bertanggungjawab bagi menyediakan laporan kewangan
yang seimbang, jelas dan boleh memberikan maklumat yang
berguna kepada semua pihak berkepentingan termasuklah para
pemegang saham, komuniti pelabur, dan juga pihak berkuasa
seperti Suruhanjaya Sekuriti. Dalam hal ini, Lembaga telah
mengambil langkah perlu dan tepat dengan menubuhkan
13
Mastura_805356
Jawatankuasa Audit bagi memastikan keperluan piawaian
perakaunan dipatuhi sepenuhnya untuk melindungi dan menjaga
aset syarikat.
2.6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
Kerajaan menggalakkan pihak korporat dalam memainkan peranan
membantu golongan masyarakat dalam bidang/perkara yang tidak
dapat disumbangkan oleh kerajaan secara langsung. Dalam hal ini,
PROTON telah memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya
dalam empat segmen utama iaitu segmen pasaran, tempat kerja,
masyarakat, dan persekitaran.
Bagi segmen pasaran, PROTON telah menubuhkan program i-
CARE bagi menjaga kepentingan pelanggan, di mana para
pelanggan akan diberi layanan mesra dalam perkhidmatan lepas
jualan (after-sale-services) sama ada melalui pusat panggilan atau
pusat servis. PROTON juga dari masa ke semasa akan
mengadakan pengumunan awam sama ada melalui akhbar atau
laman web bagi menjaga kepentingan dan memberikan maklumat
yang tepat dan berguna kepada pelanggan. Sebagai contoh terkini,
PROTON telah mengadakan tindakan bijak dan bertanggungjawab
dengan menarik semula kereta keluarannya bagi Model Gen-2
14
Mastura_805356
kerana masalah pada stereng demi memastikan keselamatan dan
kepentingan pengguna terbela.
Bagi segmen di tempat kerja pula, PROTON telah mengamalkan
polisi Keselamatan dan Kesihatan, dimana syarikat menggalakkan
latihan berterusan bagi setiap pekerja. Program Pengurusan Bakat
(Talent Management Programme) telah memperkenalkan program
latihan bagi meningkatkan kepakaran pekerja seperti model
“PROTON Core and Leadership Competency Model” bagi pekerja
bahagian pengurusan, dan model “Technical and Functional
Competency Model” bagi pekerja bahagian teknikal.
Dalam segmen tanggungjawab dalam masyarakat sekitar,
PROTON telah menjalankan aktiviti philanthropic, derma serta
menganjurkan program belia, aktiviti bersama NGO dan lain-lain
lagi. PROTON telah memperuntukkan RM200,000 setahun dalam
bentuk biasiswa kepada anak-anak tempatan. Yayasan PROTON
pula mengadakan program Sekolah Angkat dan Program Pintar
bagi membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar
dalam PMR dan SPM. Aktiviti-aktiviti dalam program ini
termasuklah kelas tusyen, seminar motivasi, dan aktiviti
kesukanan. Selain itu, PROTON juga telah mengadakan Program
Bantuan Mangsa Banjir dimana PROTON telah mewujudkan Pakej
15
Mastura_805356
Diskaun Pembaikan Kereta, dan Kempen “Save Your Car From
Further Damage” kepada mangsa-mangsa banjir. PROTON juga
telah membangunkan pusat perkhidmatan dan pembaikan
kenderaan bagi mangsa banjir di Tampoi, Johor dan juga member
bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana alam di
Malaysia.
Akhir sekali, PROTON juga komited dalam menjaga Alam Sekitar
dan Kesihatan, dimana PROTON telah mengamalkan polisi Kitar
Semula Sisa Air dan Rawatan Sisa Toksik bagi memastikan
persekitaran adalah sihat dan selamat untuk masyarakat.
3.0 ISU / PENGAJARAN
3.1 PEMBELIAN SAHAM MV AGUSTA MOTORS SPA ITALY
(MVAM)
PROTON telah membeli 57.7% saham MVAM tahun 2004 pada
nilai 70 juta Eiro atau RM367.6 juta. Namun begitu, akibat kerugian
yang berterusan, PROTON telah menjual kesemua pegangan
dalam MVAM dengan nilai RM4 atau 1 euro kepada GEVI spA,
Italy. Peristiwa ini telah member kejutan besar kepada rakyat
Malaysia. Alasan penjualan saham MVAM adalah :
i. Model perniagaan MVAM tidak boleh dikekalkan
daripada segi operasi serta kewangan
16
Mastura_805356
ii. MVAM memerlukan pelaburan yang besar bagi
tempoh yang panjang
iii. Integrasi PROTON-MVAM tidak akan member skala
yang besar atau sinergi
iv. Terdapat kemungkinan MVAM akan jatuh muflis dan
ini akan membawa risiko komersial, kewangan, dan
reputasi terhadap PROTON.
Akibat penjualan ini, PROTON menerima kritikan yang
menyalahkan pihak pengurusan yang disifatkan sebagai gagal
menilai potesi teknologi yang dapat diadaptasi daripada MVAM.
PROTON, sebagai GLC juga dibidas kerana tidak mahu menerima
pandangan awam sebelum membuat keputusan yang besar.
Seterusnya, pada tahun 2008, terdapat laporan menyatakan
bahawa Harley Davidson dan BMW telah membeli saham MVAM
pada nilai RM 680 juta. Akibat penjualan ini, PROTON terus
menerima kritikan mengenai kegagalan PROTON dalam
menganalisis perniagaan. PROTON seharusnya lebih bijak dalam
menentukan nilai perniagaan sebelum memutuskan menjual
pemilikan saham MVAM pada harga 1 euro.
Pada tahun 2010, dunia dikejutkan dengan penjualan MVAM oleh
Harley Davidson pada nilai 1 euro. Alasan penjualan ini oleh Harley
17
Mastura_805356
Davidson adalah kerana syarikat ingin memotong kos dan
memperkemas struktur perniagaan.
Sebagai kesimpulannya, kegagalan pihak pengurusan PROTON
dalam menganalisis risiko dan potensi perniagaan ke atas syarikat
yang ingin diambil milik (MVAM) telah merugikan syarikat dan
menjejaskan prestasi syarikat. Namun begitu, PROTON telah
mengambil langkah pemulihan dengan melepas pegangan dalam
MVAM telah membantu mengelak syarikat dari terus menanggung
kerugian dan beban hutang yang tinggi.
Dalam hal ini, peranan pihak pengurusan / lembaga pengarah
adalah penting di mana lembaga pengarah perlulah professional
dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang perniagaan
supaya dapat membuat keputusan yang tepat dan menjaga
kepentingan para pemegang saham serta pihak berkepentingan
yang lain di dalam syarikat.
4.0 KESIMPULAN
Pentadbiran yang baik dalam sesebuah badan korporat bukan setakat
hanya mematuhi undang-undang, sebaliknya ia melangkauinya serta tahu
apa yang benar, etika, standard individu dan berkumpulan yang tinggi
serta tanggungjawab peribadi dan profesionalisma. Dalam amalan tadbir
18
Mastura_805356
urus yang baik, amalan piawaian perakauan yang berlandaskan prinsip
ketelusan dan kebertanggungjawaban, berupaya menghindarkan
kesangsian dalam perniagaan dan boleh menutup ruang untuk berlakunya
penyelewengan. Dalam hal ini, fungsi audit dalaman memainkan peranan
penting dalam memastikan syarikat mengamalkan pematuhan kepada
piawaian perakaunan.
Langkah PROTON melantik pengarah bebas dalam lembaga pengarah
dapat mengawal tindakan eksekutif yang bersifat membuat keputusan
sesuka hati. Menurut Ahmad Atory Hussain (2007), tadbir urus korporat
korporat yang baik bermula daripada bilik lembaga pengarah itu sendiri.
Adalah penting bagi sesebuah syarikat memiliki ahli lembaga pengarah
yang bebas dan kukuh. Bebas dalam konteks ini bermaksud bebas
daripada pengaruh pengurusan dan bebas daripada sebarang hubungan
perniagaan yang boleh mempengaruhi seseorang pengarah apabila
membuat keputusan. Langkah PROTON ini dilihat sebagai mematuhi
peraturan Penyenaraian BSKL dan Kod Tadbir Urus Korporat yang
menetapkan satu per tiga daripada ahli lembaga pengarah terdiri daripada
pengarah-pengarah bebas. Namun begitu, latar belakang dan
pengalaman setiap pengarah juga penting dalam memastikan setiap
keputusan yang dicapai adalah tepat, berupaya melindungi syarikat
daripada risiko kerugian yang besar, dan mampu menjaga kepentingan
dan aset syarikat.
19
Mastura_805356
Akhir sekali, amalan standard penzahiran dan ketelusan (disclosure and
transperancy) serta akauntabiliti pengarah dan pihak pengurusan adalah
penting dalam usaha mengekalkan daya tarikan para pelabur dalam
syarikat. Kaji selidik oleh McKinsey (2000) mendapati kebanyakan pelabur
sanggup membayar harga yang tinggi untuk saham-saham syarikat yang
mengamalkan tadbir urus yang baik daripada saham-saham syarikat yang
ditadbir urus dengan lemah, walaupun prestasi kewangan kedua-duanya
adalah sama. Dalam hal ini, PROTON perlu sentiasa memastikan
akauntabiliti dan ketelusan pengarah dan pihak pengurusan dalam usaha
menarik pelabur dan menjaga prestasi syarikat.
RUJUKAN
Ahmad Atory Hussain (2007). Tadbir Urus Korporat : Ke Arah Tadbir Urus Yang Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
PROTON Holdings Berhad (2009). Laporan Tahunan. Source: www.proton.com
Securities Commission (2007). Malaysian Code on Corporate Governance (Revised 2007),
http://beritasemasa.com/mv-agusta-memang-malang
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php
http://www.proton.com
20
Mastura_805356
ADELPHIA COMMUNICATION CORPORATION
21
Mastura_805356
ADELPHIA COMMUNICATION CORPORATION
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Adelphia Communications merupakan syarikat kabel terkenal yang diasaskan
oleh John Rigas dan abangnya, Gus di Pennsylvania pada tahun 1972. Seterusnya,
pengurusan Adelphia diteruskan bersama anak-anak Rigas sehinggalan Adelphia
terlibat dengan skandal korporat terbesar selepas kejatuhan Enron pada tahun
2002.
Ketika terlibat dengan skandal korporat pada tahun 2002, Adelphia merupakan
syarikat kabel ke-enam terbesar di Amerika Syarikat. Melalui rangkaian anak
syarikatnya, Adelphia telah menyediakan perkhidmatan kabel televisyen dan
kabel telefon kepada 5.7 juta pengguna di dalam 29 negeri dan Puerto Rico.
(AICPA 2003,2005).
Adelphia lebih merupakan sebuah syarikat keluarga dimana majoriti eksekutifnya
adalah dikalangan ahli keluarga. Ketika skandal Adelphia terbongkar pada tahun
2002, keluarga Rigas yang menerajui Adelphia terdiri daripada:
- John Rigas, Pengasas dan Pengerusi (Bapa)
22
Mastura_805356
- Timothy Rigas, CFO dan Ahli Lembaga Pengarah, dan Pengerusi
Jawatankuasa Audit bagi tahun antara 1992 hingga 2001 (Anak)
- Michael Rigas, Timbalan Presiden Eksekutif, dan Ahli Lembaga
pengarah (Anak)
- James Rigas, Timbalan Presiden Eksekutif, dan Ahli Lembaga pengarah
(Anak)
- Peter Venetis , Ahli Lembaga Pengarah (Menantu)
Pada Jun 2002, Adelphia diisytiharkan muflis. Adelphia dan kumpulannya
beroperasi dibawah kawalan Bab 11, Kod Muflis A.S (SEC Litigation Release
No. 17627,2002) sehinggalah ia dibeli oleh Time Warner NY Cable LLC and
Comcast Corporation pada tahun 2006. Kini, Adelphia dikendalikan sepenuhnya
oleh syarikat Time Warner.
Penemuan skandal penipuan oleh Adelphia bermula apabila pada tahun 2002,
apabila Tim Rigas yang merupakan CFO Adelphia telah mendedahkan bahawa
syarikat telah terlibat dengan pemberian pinjaman berjumlah $2.3 bilion kepada
syarikat-syarikat usahasamanya (partnerships) yang dimiliki oleh ahli keluarga
Rigas sendiri (Nuzum, 2004). Dalam perkara ini, pemberian pinjaman itu tidak
didedahkan dalam laporan syarikat. Terdapat laporan menyatakan bahawa
keluarga Rigas telah menggunakan pinjaman berkenaan bagi membeli semula
saham dalam Adelphia, membeli peralatan pejabat Adelphia dengan syarikat
keluarga Rigas pada harga yang tidak munasabah (nilai tinggi), dan pembinaan
padang golf peibadi keluarga Rigas. Keluarga Rigas juga telah menggunakan aset
23
Mastura_805356
dan dana syarikat seperti kapal terbang syarikat dan lain-lain kemudahan untuk
kegunaan persendirian/ peribadi selain menggunakan wang syarikat bagi
membayar gaji pekerja/ orang gaji keluarga Rigas. Securities and Exchange
Commission (SEC) telah menjalankan siasatan berkenaan perkara ini dan telah
berjaya mengesan aktiviti penipuan dalam syarikat sejak pertengahan 1999.
Akibatnya, John Rigas bersama ahli keluarganya telah berhenti daripada syarikat.
Harga pasaran saham Adelphia telah jatuh menjunam daripada $28 pada Mac
2002 kepada 79 sen pada Jun 2002. Selepas itu, Adelphia telah diisytiharkan
muflis dan distrukturkan semula, akibat penemuan penipuan korporat ini.
2.0 PENGAJARAN (LESSON LEARNED)
2.1 PERNIAGAAN SYARIKAT KELUARGA (FAMILY RUN FIRM)
Adelphia bermula sebagai syarikat kecil yang ditubuhkan oleh John Rigas
pada tahun 1952 bersama abangnya. Syarikat ini diuruskan secara bersama
ahli keluarga dengan perniagaan utamanya adalah menyediakan
perkhidmatan kabel televisyen dan kabel telefon. Selepas syarikat ini
berkembang pesat sehingga menjadi syarikat korporat yang berjaya,
pengurusan syarikat masih gagal dalam menjalankan transformasi daripada
amalan syarikat keluarga kepada perbadanan awam yang disenaraikan di
bursa saham.
Dalam perniagaan kecil, perhatian selalunya diberikan kepada langkah-
langkah mengesan penipuan yang dilakukan oleh pekerja, dan bukannya ahli
24
Mastura_805356
keluarga. Ini adalah kerana sifat ahli keluarga yang akan sentiasa menjaga
kepentingan syarikat untuk terus berkembang. Namun begitu, kes skandal
korporat Adelphia telah menunjukkan bahawa ahli keluarga juga mempunyai
risiko untuk melakukan penipuan (fraud) dan berupaya menghancurkan
perjalanan sesebuah syarikat. Ini adalah kerana sentimen warisan
(entitlement) yang ada dalam diri mereka, yang menyebabkan mereka
bertindak sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan peraturan sedia ada
demi menjaga kepentingan dan aset syarikat. Mereka beranggapan bahawa
mereka mempunyai hak sepenuhnya dalam menggunakan aset syarikat demi
kepentingan peribadi.
Menurut Akta Sarbane-Oxley 2002, syarikat keluarga yang berkembang
menjadi syarikat senaraian awam perlu mengamalkan sistem kawalan
dalaman yang kuat dan berkesan. Sistem kawalan dalaman mestilah dikawal
oleh pengurusan, dengan prosedur pengauditan dan laporan dijalankan oleh
firma audit luar yang bebas daripada sebarang kepentingan dengan syarikat.
2.2 SALAHNYATA DALAM PENYATA KEWANGAN
Menurut laporan SEC (2002), di antara pertengahan tahun 1999 hingga 2001,
Adelphia telah melakukan salahnyata dengan tidak mengisytiharkan hutang
bank berjumlah $2.3bilion dalam penyata kewangan disatukan syarikat,
sebaliknya liabiliti berkenaan hanya dinyatakan di dalam akaun anak
25
Mastura_805356
syarikatnya yang tidak disatukan. Perkara ini adalah menyalahi peraturan di
dalam GAAP (General Accepted Accounting Standard), di mana Adelphia
didapati dengan sengaja memesongkan fakta kepada umum dengan
menyembunyikan liabiliti sebenar yang ditanggung oleh syarikat. Adelphia
juga didapati telah melakukan pemalsuan dokumen untuk memberikan
gambaran yang menunjukkan Adelphia mampu menyelesaikan hutang dan
kedudukan kewangannya adalah kukuh. Namun pada sebenarnya, ia telah
mengubah liabiliti itu kepada akaun syarikat-syarikat keluarga Rigas yang
tidak disatukan.
Pada tempoh yang sama juga, Adelphia dan lain-lain juga telah melakukan
salahnyata dalam siaran akhbarnya termasuk maklumat berkenaan laporan
perolehan, dan juga didalam laporan di Wall Street mengenai bilangan
pengguna yang melanggan kabel, maklumat menaiktaraf @ bina semula
kabel, dan maklumat perolehan syarikat, termasuklah pendapatan bersih
sebelum cukai, cukai, susut nilai dan pelunasan hutang (EBITDA).
Hasil siasatan Suruhanjaya juga mendapati Adelphia telah melakukan
penipuan dengan menyembunyikan maklumat dan mengabaikan fakta yang
material kepada syarikat iaitu menyembunyikan perbuatan salahguna kuasa
@ penyelewengan ahli keluarga Rigas. Terdapat bukti yang menunjukkan
keluarga Rigas telah memaksa pengurusan Adelphia membiayai hartanah
26
Mastura_805356
percutian dan membeli pangsapuri persendirian yang mewah di New York,
membangunkan padang golf persendirian di atas hartanah milik ahli keluarga
Rigas, dan juga menerbitkan saham Adelphia berjumlah $772 juta dan nota
berjumlah $563 juta untuk kepentingan ahli keluarga Rigas.
Namun begitu, Rigas dalam pembelaannya mengaku tidak bersalah kerana
berpendapat pembiayaan ini tidak mendapat bantahan dari pihak
pengurusan syarikat.
2.3 PENIPUAN DALAM SISTEM PERAKAUNAN
Adelphia mempunyai 63 anak syarikat (subsidiaries) yang secara eksklusifnya
dimiliki atau diuruskan oleh ahli keluarga Rigas sendiri. Daripada jumlah itu,
14 daripadanya menjalankan aktiviti perniagaan sistem kabel televisyen dan
lain-lain yang berkaitan dengannya. Manakala 49 anak syarikatnya yang lain
menjalankan lain-lain aktiviti perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan
syarikat induk (Adelphia).
Adelphia didapati telah menggabungkan sistem perakaunan dengan kesemua
anak syarikat Rigas dengan menggunakan sistem pengurusan tunai gabungan
yang dikendalikan sepenuhnya oleh Adelphia. Keadaan ini menyebabkan
dana kesemua syarikat adalah bercampur-aduk antara satu sama lain.
Amalan perkongsian pihak pengurusan yang sama, sistem lejer am yang
27
Mastura_805356
sama, dan sistem pengurusan tunai yang sama telah membuka ruang
kepada penipuan (fraud) di dalam Adelphia. (SEC Litigation Release No.
17627 2002)
Amalan perakaunan yang bercampur aduk ini tidak memberikan gambaran
yang tepat dan adil kepada prestasi kewangan syarikat. Amalan perakaunan
yang diamalkan oleh Adephia juga boleh mengelirukan dan memberikan
gambaran yang salah mengenai aliran tunai syarikat. Ia seolah-olah memberi
gambaran bahawa syarikat sedang menjana keuntungan dan mampu
menanggung liabiliti walau pada hakikatnya tidak begitu.
2.4 PERANAN JURUAUDIT LUAR
Deloitte merupakan juruaudit luar Adelphia semenjak tahun 1986 hingga
2002. Deloitte enggan meneruskan kerja-kerja pengauditan pada Dec 2001
kerana mendakwa mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada
maklumat yang dibekalkan oleh pihak pengurusan Adephia dan mereka juga
memerlukan skop audit yang lebih luas dalam Adelphia. Selepas itu, Adelphia
telah berhenti menggunakan khidmat Deloitte sebagai juruaudit luar syarikat.
(SEC Vs Deloitte & Touche LLP, 2005)
Siasatan Suruhanjaya telah mendakwa Deloitte gagal menjalankan kerja-kerja
pengauditan secara professional, melakukan perlanggaran kontrak,
28
Mastura_805356
melakukan fraud dan kegagalan dalam mengesan penipuan besar dalam
Adelphia semenjak tahun 1999 hingga 2000. Dalam perkara ini, Deloitte telah
bersetuju membayar $50 juta bagi menyelesaikan dakwaan tanpa mengaku
atau menafikan kesalahan berkenaan. Dua juruaudit bertauliah Deloitte,
Dearlove dan Caswell yang menguruskan auditan di Adelphia telah didakwa
tidak mengamalkan etika profesionalisme. (SEC, 2005)
Sepanjang tempoh pengauditan (1999 hingga 2000), Deloitte didakwa tidak
menjalankan prosedur audit yang dapat mengesan salahnyata hutang
syarikat dalam kunci kira-kira, maklumat ekuiti yang terlebih nyata dan rekod
yang tidak sempurna mengenai maklumat transaksi antara anak syarikat
Adelphia. Dalam hal ini, Deloitte menyalahkan pengurusan Adelphia yang
memesongkan (misled) juruaudit melalui pemalsuan dokumen dan
menyembunyikan maklumat.
Siasatan Suruhanjaya mendapati Deloitte mempunyai pengetahuan
mengenai beban hutang yang disembunyikan dan ada melakukan
perbincangan dan memberi cadangan penambahbaikan, namun Deloitte
hanya mengambil tindakan berdiam diri apabila pihak pengurusan Adelphia
enggan mengisytiharkan liabiliti berkenaan dan menerima sahaja penjelasan
pihak pengurusan berkenaan. Selain itu, hubungan Deloitte - Adelphia yang
panjang selama lebih 15 tahun juga menimbulkan isu juruaudit luar yang
29
Mastura_805356
benar-benar bebas. Hubungan yang lama ini menunjukkan Deloitte boleh
mengabaikan etika profesionalisma kerana bergantung kepada yuran
juruaudit sebagai pendapatan firma.
Secara kesimpulannya, walaupun bukanlah menjadi tanggungjawab juruaudit
untuk membasmi penipuan dalam syarikat yang diaudit, namun begitu
Deloitte boleh memainkan peranan sebagai juruaudit untuk mengesan
penipuan lebih awal dan mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan
keadaan menjadi bertambah buruk untuk menjaga kepentingan aset syarikat
dan pihak berkepentingan yang lain.
2.5 KELEMAHAN SISTEM KAWALAN DALAMAN
Sistem kawalan dalaman yang diamalkan oleh Adelphia dilihat sebagai lemah
dan tidak efektif kerana meletakkan ahli keluarga yang juga merupakan CFO
syarikat, Tim Rigas sebagai pengerusi Jawatankuasa Audit yang memainkan
peranan penting dalam menjaga kepentingan dan aset syarikat serta pihak
berkepentingan. Keadaan ini tidak menggambarkan jawatankuasa audit yang
bebas dalam membuat pertimbangan dalam memastikan amalan pematuhan
kepada standard perakaunan yang telus dan tepat.
Akta Sarbane-Oxley telah menggariskan bahawa adalah menjadi kesalahan
sekiranya meletakkan salah seorang pihak pengurusan syarikat menjadi
30
Mastura_805356
pengarah ataupun pengerusi jawatankuasa audit. Ini kerana keadaan ini akan
membawa risiko pertimbangan yang dibuat akan menjadi tidak adil, dan
lebih kepada menjaga kepentingan diri sendiri.
3.0 KESIMPULAN
Kejatuhan Adelphia yang berlaku selepas kejatuhan Enron adalah akibat daripada
kelemahan dalam tadbir urus korporat yang diamalkan oleh syarikat. Dalam kes
Aldephia, penglibatan ahli keluarga sepenuhnya dalam pengurusan tertinggi
syarikat dan juga penguasaan ahli keluarga dalam lembaga pengarah telah
menjadi punca kejatuhan syarikat kabel televisyen ini. Secara teorinya, dalam
syarikat milik keluarga, masalah yang akan didapati ialah konflik antara pemilik
dan pengurus yang dilantik. Pemilik dikatakan mempunyai kuasa kawalan ke atas
operasi syarikat mereka sendiri. Permasalahan ini terjadi kerana tidak timbul
kepentingan pihak luar di syarikat (Ahmad Atory Hussain,2007). Seterusnya,
keadaan ini akan menyebabkan awam terlepas pandang perkara-perkara yang
material yang boleh menjejaskan kepentingan pihak minoriti dan para pekerja
syarikat itu sendiri apabila syarikat terpaksa ditutup akibat kerugian.
Lembaga pengarah berperanan untuk mengawal pihak pengurusan dan
memastikan kepentingan para pemegang saham terjaga. Bagi memastikan
perkara ini berlaku, lembaga pengarah mestilah bersifat bebas dari mempunyai
sebarang hubungan sama ada pertalian kekeluargaan mahunpun hubungan
perniagaan yang boleh menjejaskan pertimbangan yang adil terhadap keputusan
31
Mastura_805356
pengurusan. Dalam kes Adelphia, komposisi ahli keluarga Rigas yang memegang
majority 5/9 dalam ahli lembaga pengarah telah menyukarkan lembaga
mencapai keputusan yang adil dan menjaga kepentingan para pelabur dan
pemegang saham serta aset syarikat. Tambahan pula, hubungan baik bagi
tempoh yang panjang dengan firma audit Deloitte telah memberikan kelebihan /
peluang kepada keluarga Rigas melakukan kesalahan dan penipuan dalam akaun
syarikat.
Secara kesimpulan, walaupun terdapat banyak panduan dan peraturan yang
telah digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lain badan berkanun, adalah
sukar untuk mengawal jenayah penipuan sebegini sekiranya pihak pengurusan
dan lembaga pengarah yang mempunyai kuasa besar dalam menentukan hala
tuju syarikat tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan kepada
pematuhan kepada peraturan dan standard yang telah ditetapkan. Sehubungan
itu, penguatkuasaan dan hukuman ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah
kolar putih ini perlu ditingkatkan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang
ramai khususnya kepada mereka yang berada dalam dunia korporat yang penuh
mencabar ini.
RUJUKAN ARTIKEL
Andrew M. Sroka, Sarbanes-Oxley Act Hastily Extinguishes Executive Loans:
32
Mastura_805356
Recommending Less Drastic Regulatory Alternatives. (Electronic version)
Jeffrey Cohena, Yuan Dingb*, Cédric Lesagec And Hervé Stolowyc. Corporate
Fraud And Managers’ Behavior: Evidence From The Press. School Of
Management At Boston College USA, China-Europe International Business
School (Ceibs),China; and HEC Paris, France (Electronic version)
Karen Van Peursem, Maiqing Zou, Tracey Flood, And James Buttimore. Three
Cases Of Corporate Fraud : An Audit Perspective. Department Of Accounting,
University Of Waikato, New Zealand. (Electronic version)
LKidwell. Family business influences on the fraud triangle: The case of John
Rigas and Adelphia Communications (Electronic version)
Therese Thoresen and Anita Rakstad Jakobsen (2008), Master Thesis in the
area of Business Analysis and Performance Management. Greed at the Top:
Fraud and the Failure of Oversight at Adelphia Communications Corporation and
Tyco International Ltd; Norwegian School of Economics and Business
Administration Bergen. (Electronic version)
33