Top Banner
POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
24

POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

Jan 07, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM

MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS

SITI RAHANA BINTI MAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT
Page 3: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT
Page 4: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

i

POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM

MATAPELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS

SITI RAHANA BINTI MAMAT

Laporan Projek ini dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT
Page 6: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

iii

DEDIKASI

Teristemewa…….

Ku tujukan khas kepada

Bonda dan ayahanda yang disayangi

Zahara Ismail dan Mamat Awang,

Segala jasa, pengorbanan dan didikanmu,

Tidak ternilai di dunia dan akhirat,

Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T

Di ampuni dosa bonda dan ayahanda

Buat adik-beradikku

Kak nie, kak yah, abang nur, kak jah, kak tiey dan abang yie

terima kasih atas segala bantuan dan dorongan kalian

hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

kepada rakan-rakan seperjuangan

kenangan bersama akan ku ingati

jasa kalian tetap ku kenang

Page 7: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan Nama Allah Yang Maja Pengasih Dan Maha Penyayang”

Alhamdullilah dengan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

izinNya saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia).

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Madya

Dr. Rio Sumarni bt Shariffudin, selaku penyelia projek sarjana muda ini di atas

segala bimbingan, tunjuk ajar teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang

penyelidikan ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada pengetua-pengetua Sekolah Berasrama

Penuh dan MRSM kerana telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian

ini. Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih

kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan.

Page 8: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

v

ABSTRAK

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting

di dalam sistem pendidikan di Negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif bukan sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu

disepadukan bagi semua mata pelajaran. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk

mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta

perbezaan kemahiran berfikir berlainan jantina di kalangan pelajar pintar cerdas.

Sejumlah 200 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Mereka merupakan

pelajar daripada dua buah sekolah berasrama penuh dan sebuah MRSM. Alat kajian

yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada dua

bahagian iaitu A dan B. Bahagian A berkaitan dengan biodata responden manakala

bahagian B merupakan soalan-soalan kimia yang berkaitan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif. Data yang diperoleh di analisis menggunakan ‘Statistical Package

for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5. Hasil daripada kajian mendapati bahawa

pencapaian pelajar dalam kemahiran berfikir yang dikaji berada pada tahap

pencapaian sederhana iaitu dengan peratus sebanyak 62.48%. Kajian ini diharap

dapat memberi panduan kepada pihak guru dan sekolah dalam usaha memantapkan

lagi perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara kritis Dan Kreatif dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Page 9: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

vi

ABSTRACT

Critical and creative thinking skill is an important element in our

educational system. Even though critical and creative thinking skill is not a taught

subject its philosophy has to be integrated into all subjects. The purpose of this

study is to examine the critical and creative thinking patterns among male and

female among excellent students. 200 respondents were chosen from two Fully

Residential School (FRS) and Mara Junior Science College (MJSC). The instrument

used in the study has a set of survey question that divided into two parts. Question in

part A were related to the background of respondents while question in part B were

related to chemistry questions related to critical and creative thinking skills. Data

obtained from this study was analyzed using 'Statistical Package for the Social

Science' (SPSS) version 11.5. Result from this study showed that students

achievement in thinking skill were at the medium level with percentage of 62.48%.

It is hoped that this study will become a guideline for teachers at schools in order to

strengthen the implementation of critical and creative thinking skills in the teaching

and learning among excellent students.

Page 10: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS -

PENGESAHAN PENYELIA -

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Batasan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Konsep 8

Page 11: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

viii

1.7.1 Definisi

1.8 Kesimpulan 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Proses Berfikir 16

2.2 Gaya Pembelajaran Pelajar 18

2.3 Alat-alat Berfikir 19

2.3.1 (CoRT I) 19

2.3.1.1 (P.M.I)] 19

2.3.1.2 (CAF)] 19

2.3.1.3 [ Consequences and

Sequel (C&S)] 19

2.3.1.4 (AGO) ] 19

2.3.1.5 [ First Important Priority (FIP)] 19

2.3.1.6 (APC)] 19

2.3.1.7 [Other People’s View (OPV)] 19

2.3.2 (CoRT IV) 20

2.3.2.1 (Yes, No and Po) 20

2.3.2.2 (Stepping Stone) 20

2.3.2.3 (Random Input) 20

2.3.2.4 (Concept challenge/ dominant idea) 20

2.3.2.5 (Remove faults) 20

2.3.2.6 Kombinasi 20

2.3.2.7 Mentakrifkan masalah 20

2.3.2.8 Keperluan-keperluan 20

2.3.2.9 Penilaian 20

2.3.3 Pengurusan Grafik 20

2.4 Model Kemahiran Berfikir 21

2.4.1 Model Swartz dan Parks (1993) 21

2.4.1.1 Pemikiran Analisis 21

2.4.1.2 Pemikiran Kreatif 22

2.4.1.3 Pemikiran Kritis 22

Page 12: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

ix

2.4.2 Model KWLH 23

2.4.3 Model PILTS 23

2.4.4 Model Kemahiran Berfikir PPK (1993) 24

2.4.4.1 Pemikiran kritis 25

2.4.4.2 Pemikiran Kreatif 25

2.4.4.3 Pemikiran Penyelesaian Masalah 26

2.4.5 Model CoRT Edward De Bono (1973) 26

2.4.6 Model Berfikir Beyer(1991) 26

2.5 Kepentingan Kemahiran Berfikir 27

2.5.1 Mengelak kesilapan berfikir 27

2.5.2 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif 29

2.5.3 Memperkembangkan daya intelek 30

2.5.4 Merealisasikan wawasan 2020 30

2.6 Perbezaan Penguasaan KBKK 31

2.7 Kesimpulan 32

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 33

3.1 Reka Bentuk Kajian 33

3.2 Tempat Kajian 34

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Kajian Rintis 39

3.6 Prosedur Kajian 40

3.7 Analisis data 40

3.8 Kesimpulan 41

4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 42

4.1 Huraian Latar belakang Responden 43

4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan

Jantina 43

Page 13: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

x

4.1.2 Taburan Responden Mengikut

Kelayakan Akademik Memasuki

Sekolah Berasrama Penuh Atau

Maktab Rendah Sains MARA 43

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Keputusan PMR 44

4.1.4 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Peperiksaan Penggal

Akhir Tingkatan Empat 45

4.2 Analisis Soal Selidik Bahagian B 45

4.2.1 Mengenal pasti penguasaan aspek

kemahiran berfikir secara kritis iaitu

komponen menilai, mencirikan dan

menganalisis di kalangan pelajar

pintar cerdas. 46

4.2.2 Mengenal pasti penguasaan kemahiran

Berfikir secara kreatif iaitu

komponen menghubungkaitkan,

membuat inferens dan meramal di kalangan

pelajar pintar 49

4.2.3 Peratus Komponen-komponen Kemahiran

Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif 51

4.2.4 Mengenal pasti sama ada terdapat

perbezaan tahap penguasaan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif antara

pelajar pintar cerdas yang berlainan jantina. 53

4.3 Rumusan 53

5 PERBINCANGAN

5.0 Pengenalan 55

5.1 Perbincangan Hasil Kajian

5.1.1 Perbincangan Latar belakang Responden 56

5.1.2 Perbincangan Penguasaan Kemahiran

Page 14: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

xi

Berfikir Secara Kritis di Kalangan Pelajar

Pintar Cerdas 57

5.1.3 Perbincangan Penguasaan Kemahiran Berfikir

Secara Kreatif di Kalangan

Pelajar Pintar Cerdas 60

5.1.4 Perbincangan Perbezaan Tahap

Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara

Kritis dan Kreatif Antara Pelajar

Pintar Cerdas Yang Berlainan Jantina. 67

5.2 Rumusan 68

5.3 Cadangan 68

5.4 Cadangan lanjutan 70

5.5 Kesimpulan 70

BIBLIOGRAFI 72

LAMPIRAN

Page 15: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45

Jadual 4.1.2 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Memasuki Sekolah Berasrama Penuh Atau MRSM 46

Jadual 4.1.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 46

Jadual 4.1.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Peperiksaan Penggal Akhir Tingkatan Empat 47

Jadual 4.2 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 48

Jadual 4.2.1 Frekuensi dan Peratus Bagi Komponen Menilai,

Mencirikan dan Menganalisis 49

Jadual 4.2.2 Mengenal pasti Penguasaan Kemahiran Berfikir

Secara Kreatif Iaitu Komponen Menghubungkaitkan,

Membuat Inferens dan Meramal di Kalangan

Pelajar Pintar 52

Jadual 4.2.3 Taburan Komponen-komponen Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif 55

Jadual 4.2.4 Perbezaan jantina mengikut peratus 56

Page 16: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Proses berfikir 17 Rajah 2.2 Model Kemahiran Berfikir 18 Rajah 2.3 Peta Domain Pemikiran 30 Rajah 2.4 Operasi Hemisfera Kiri dan Kanan Otak 31

Page 17: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

xiv

SENARAI SINGKATAN KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan SBP - Sekolah Berasrama Penuh MRSM - Maktab Rendah Sains MARA UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah PMR - Penilaian Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia DK - Darjah Kecerdasan SPSS - Statistical Package For The Social Science

Page 18: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian Perancang Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

2 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Jabatan Pendidkan Negeri,

Kelantan

3 Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia

4 Set Borang Soal Selidik

Page 19: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Pendidikan berkualiti perlu dalam membangunkan minda masyarakat yang

matang berfikir. Pendidikan merupakan saluran yang penting untuk membentuk

individu masyarakat yang berpengetahuan, memiliki unsur intelek dan mempelajari

sikap positif dan nilai yang baik. Pendidikan adalah sebagai alat peningkatan dan

pembangunan minda individu dan sebagai asas penting kearah negara menuju status

negara maju (Abd. Rahim, 1999). Masyarakat yang berilmu tinggi akan menjadi aset

penting kepada pembangunan sesebuah Negara. Ini kerana mereka dapat

menguruskan Negara dengan lebih baik dan berkesan. Melihat betapa pentingnya

perkembangan daya intelek dan berfikir, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK,

1987) telah direncanakan untuk memeperkembangkan dan meningkatkan pemikiran

kritis dan kreatif individu pelajar merentasi kurikulum ( Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1990, 1992).

Pembangunan pelajar yang berpengetahuan dan berfikiran rasional serta

mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak menjadi agenda

penting dalam menjayakan Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 negara. Dalam

ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1991) semasa membentangkan

‘blueprint’ Negara yang bertemakan ‘wawasan 2020: Malaysia Melangkah

Kehadapan’ telah menekankan keperluan pembangunan sumber manusia yang

berteraskan kepada penguasaan daya intelek untuk menjadi sebuah negara maju.

Page 20: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

2

Maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah

Negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya.

Tenaga otak adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.

Tanpa ragu-ragu lagi pada tahun 90-an dan seterusnya Malaysia mestilah

memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang

amat penting ini [manusia].

Para pendidik bersetuju bahawa kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat

dipertingkatkan di kalangan pelajar melalui proses pengajaran secara eksplisit yang

menggunakan situasi harian sebagai konteks pembelajaran (Ristow, 1988). Pelajar

dikatakan berkeupayaan mempelajari kemahiran berfikir jika kurikulum menegaskan

dan memberikan tumpuan cara bagaimana ianya boleh dilakukan (Presseisen, 1986).

Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah direka bentuk untuk

membantu perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Costa, 1988).

1.2 Latar Belakang Kajian

Walaupun ada berbagai ciri peribadi yang membezakan seorang pelajar

dengan pelajar yang lain, ciri yang selalu dibicarakan ialah “pintar cerdas”. Minat

yang tinggi terhadap pintar cerdas mungkin terbit daripada kepercayaan bahawa ciri

itu merupakan jurumudi bagi kejayaan dalam semua lapangan hidup. Pelajar pintar

cerdas dianggap akan berjaya dalam pelajaran sekolah dan dalam kehidupan seharian

mereka secara automatik. Bagaimanapun, anggapan itu tidak disokong oleh kajian

saintifik. Sering kali pelajar pintar cerdas bukan sahaja gagal membina skim

pemikiran yang mantap malah jiwa mereka juga mengalami masalah penyesuaian

diri, kekosongan jiwa, kekecewaan dan kerisauan. Sebahagian daripada tokoh pintar

cerdas yang terkemuka pernah mengalami kesulitan dalam pendidikan sekolah.

Misalnya Einstein gagal dalam bahasa, Schubert gagal dalam matematik, George

Bernard Shaw tidak dapat mengeja dengan baik dan Newton memaparkan skim

pemikiran yang serba kekurangan semasa sekolah rendah (Larson, 1073).

Page 21: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

3

Sehubungan itu, satu fakta penting yang harus kita sedari ialah pelajar pintar cerdas,

sama seperti pelajar lain, tidak bebas daripada masalah hidup. Fakta ini perlu diberi

perhatian yang serius jika kita ingin membimbing pelajar pintar dan berbakat

merealisasikan potensi diri mereka dengan baik.

Kemahiran berfikir telah dijadikan satu elemen penting dalam sistem pendidikan

di negara ini sebagai usaha untuk mempertingkatkan daya intelektual para pelajar.

Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dapat dikuasai oleh pelajar, objektif tentang

penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah

iaitu dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu

sekolah menengah (KBSM). Program penyerapan kemahiran berfikir dalam isi

kandungan kurikulum matapelajaran yang dilaksanakan dalam KBSM adalah

dirumuskan dari beberapa prinsip penting dari yang berikut.

• Kemahiran berfikir perlu dikembangkan untuk mengatasi kelemahan berfikir

dan mengelakkan pemikiran yang sempit ketika menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan.

• Peningkatan pembelajaran kemahiran berfikir perlu dilakukan secara

eksplisit, sedar dan terancang supaya lebih berkesan.

• Pengajaran kemahiran berfikir perlu memberi perhatian kepada proses

(model, strategi dan kaedah) dan alat berfikir dan menggunakan unsur

‘metacognition’.

• Pemindahan unsur, konsep dan pengetahuan kemahiran berfikir yang

dipelajari di bilik darjah perlu berhubung rapat dan berguna untuk suasana

dan keperluan hidup harian pelajar.

• Pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir boleh dibantu atau

digabungkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan kemahiran

belajar.

Kemahiran berfikir membolehkan pelajar dapat menghadapi cabaran terkini dan

masa hadapan serta mampu menangani cara hidup yang sesuai tanpa mengorbankan

nilai dan amalan yang sesuai dengan rakyat Malaysia. Ini kerana ciri utama orang-

Page 22: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

4

orang yang kreatif ialah mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi. Mereka

membuat keputusan berdasarkan pendapat peribadi sendiri. (Ainon & Abdullah,

1994).

Menurut Ainon dan Abdullah (1994), memiliki kepintaran sahaja belum

mencukupi dalam menjalani kehidupan. Ramai orang yang pintar tidak memiliki

kemahiran berfikir, malah ramai orang yang mempunyai kepintaran dalam

‘perangkap kepintaran’ dan oleh itu menjadi pemikir yang tidak mahir. Kepintaran

ialah salah satu suatu potensi. Sebagai contoh semua orang mempunyai potensi untuk

menjadi perenang. Berfikir ialah kemahiran yang membolehkan kita menggunakan

potensi itu. Jadi, kaki dan tangan ialah alat yang membolehkan kita menggunakan

potensi berenang untuk menjadi perenang yang baik.

Pada masa ini ada kekeliruan tentang kepintaran dan keupayaan berfikir.

Umumnya orang percaya kepintaran dan daya berfikir adalah dua perkara yang

serupa. Jadi, orang yang pintar dipercayai ialah orang yang pandai berfikir.

Kekeliruan ini adalah disebabkan oleh sistem pendidikan kita yang melakukan

kesilapan serius. Guru-guru percaya para pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi

secara automatik pandai berfikir. Oleh itu mereka tidak perlu diajar berfikir kerana

mereka sudah ada bakat berfikir dan menjadi seorang pemikir yang baik.

1.3 Penyataan Masalah

Tidak seorang pendidik pun akan menafikan bahawa matlamat penting sistem

persekolahan ialah untuk memperkembangkan daya pemikiran pelajar. Malangnya,

matlamat ini tidak diberikan perhatian sewajarnya dan kerap kali diketepikan.

Pelajar didedahkan kepada sesuatu matapelajaran tetapi tidak diajar berfikir tentang

isi yang dipelajari. Pengajaran terlalu menekankan kepada penyampaian ‘fakta’ atau

maklumat, iaitu “mengetahui apa” sambil mengabaikan cara menggunakan atau

mencari maklumat sendiri, iaitu “mengetahui bagaimana”. Meurut Raths (1971), oleh

Page 23: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

5

kerana pengajaran pemikiran diabaikan kemahiran berfikir pelajar didapati sangat

bergantung kepada guru dan tingkah laku impulsif, dogmatik dan malas memberi

pendapat.

Guru dan pelajar seharusnya didedahkan kepada ‘cara berfikir’ yang

menunjukkan terciptanya sesuatu yang baru tanpa melibatkan masa yang banyak.

Dengan perancangan dan strategi yang rapi, ini bukanlah suatu perkara yang

mustahil boleh dilakukan. Kemahiran berfikir memerlukan pelajar menggunakan

struktur ilmu dalam menyelesaikan masalah atau mengilhamkan sesuatu yang unik,

ini termasuklah kaedah pemikiran lateral, pemikiran saintifik dan pemikiran kritis.

Kemahiran berfikir berperanan melahirkan para pelajar iaitu generasi yang

akan datang yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam membina idea-idea

yang bernas. Pihak kementerian telah melakukan pelbagai usaha seperti menjalankan

kursus-kursus dan menghasilkan modul-modul yang yang bersesuaian untuk

membantu guru-guru dan para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bilik darajah bagi membolehkan penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif dapat berlangsung seperti yang telah dirancangkan dalam kurikulum sekolah.

Para pelajar perlu memahami konsep kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif agar mereka dapat menguasainya dan dapat mengaplikasikannya sama ada

dalam

pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.. Justeru itu, kajian ini perlulah

dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan para pelajar dalam

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Page 24: POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ...POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS SITI RAHANA BINTI MAMAT

6

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dibuat bagi menjalankan kajian ini iaitu :

1) Mengenalpasti penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis iaitu

komponen menilai, mencirikan dan menganalisis di kalangan pelajar

pintar cerdas.

2) Mengenalpasti penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu

komponen menghubungkaitkan, membuat inferens dan meramal di

kalangan pelajar pintar cerdas.

3) Mengenalapasti sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif antara pelajar pintar cerdas

yang berlainan jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang perlu di kaji ialah :

1) Apakah penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis iaitu

komponen menilai, mencirikan dan menganalisis di kalangan pelajar

pintar cerdas.

2) Apakah penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu komponen

menghubungkaitkan, membuat inferens dan meramal di kalangan pelajar

pintar cerdas.

3) Apakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif antara pelajar pintar cerdas yang berlainan jantina.