Top Banner

of 27

PKB 3111 SATU

Oct 18, 2015

Download

Documents

Rabiah Wong

j
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1,0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

2.0 SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan

1926Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka

1931SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

1962Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,diperkenalkan

1963Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, SetapakPengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-QuranPenubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran

1954Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

1954Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolahrendah dan sekolah menengah biasa yang dipilihPermulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

1985Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif

1962Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatandimulakan

1988Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), KualaLumpur

1994Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

3.0 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi termasuklah di sekolah-sekolah. Malang jika sesebuah program yang diadakan di sekolah tidak mendapat sokongan daripada pihak pengurusan khususnya program seperti Pendidikan Khas.

Pihak pengurusan sekolah mempunyai pelbagai fungsi terutama dari aspek peruntukan kewangan. Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada murid-murid yang memerlukan.

Dari aspek pembangunan fizikal sekolah. Fokus isu keempat ini adalah kepada program Pendidikan Khas terutamanya program Integrasi dimana aspek pembangunan fizikalnya tidak mengikut keperluan murid-murid khas. Secara umumnya berdasarkan pengalaman semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolahv(PBS) dan praktikum, kebanyakan kelas-kelas di program Pendidikan Khas mempunyai ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur. Ruang yang terhad menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah yang serupa berlaku kepada guru Pendidikan Khas. Sedangkan murid-murid normal pun berasa tidak selesa belajar di kelas yang sempit, apatah lagi mereka yang terdiri dari murid khas. tambahan lagi, program pendidikan Khas selalunya ditempatkan di blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk dan uzur, tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berkenaan mencipta rangkaian perhubungan dengan pihak yang sepatutnya berkenaan program Pendidikan Khas. Pihak pentadbiran sekolah khususnya guru-guru daripada program Pendidikan Khas tidak mengetahui saluran yang perlu dirujuk bagi mendapatkan bantuan berkenaan murid-murid khas. Namun Kadangkala guru buntu dan tidak tahu alternatif lain bagi menambahkan dana supaya dapat melakukan penambahbaikan kepada program Pendidikan Khas sendiri walaupun terdapat banyak saluran yang boleh dirujuk dan sedia membantu guru-guru.

4.0 PERBANDINGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SWASTA DENGAN KERAJAAN

1. Penglibatan Ibu BapaDari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas. Hal ini sering berlaku di dalam sekolah kerajaan.Namun begitu, di sekolah swasta, penglibatan ibu bapa mendapat sambutan yang meggalakkan. Ini adalah kerana mereka berpendapat bahawa wang yuran yang mahal akan rugi dibayar sekiranya mereka tidak menyertai program di sekolah swasta. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta merupakan ibu bapa yang berkerjaya. Ini menyebabkan mereka lebih mementingkan pelajaran anak-anak mereka dan sentiasa ingin mengetahui perkembangan mereka.2. Profesionalisme GuruDalam sektor kerajaan pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Tidak semua guru di sektor kerajaan tidak berpengalaman. Terdapat juga yang berpengalaman dan mampu untuk menguasai bidang keperluan Pendidikan Khas ini.Manakala itu, di dalam sektor swasta pula, kebanyakan guru-guru yang diambil bekerja mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi untuk menjalankan tugas. Terdapat juga ahli-ahli terapi yang diimport dari luar Negara untuk bekerja di dalam sektor swasta.

3. Kemudahan FizikalKemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu yang seringkali timbul mengenai kemudahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah. Hal ini sering terjadi di dalam sekolah kerajaan. Kekurangan ini menyebabkan guru-guru tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik. Masih banyak kemudahan yang perlu ditingkatkan.

Sementara itu, di sekolah swasta mempunyai pelbagai jenis kemudahan yang lengkap dan sempurna. Pendidikan Khas memerlukan alat-alat terapi supaya murid dapat menjalankan terapi di sekolah. Di dalam sektor swasta, terdapat pelbagai jenis alatan terapi iaitu terapi fisio, hidro, snoozeland, pasir, cara kerja, dan sebagainya. Ini memudahkan lagi kerja guru dan dapat meningkatkan kemahiran murid.

4. KewanganDari segi kewangan, sekolah kerajaan mendapat peruntukan yang mempunyai had dari kerajaan. Setiap tahun, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah bajet untuk meningkatkan kemudahan bagi kegunaan murid-murid pendidikan khas.

Bagi sektor swasta dalam pendidikan khas pula, sumber kewangan didapati dari hasil kerja amal, sumbangan dari ibu bapa murid, sumbangan dari orang-orang kaya dan sebagainya.

5.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN KHAS

1. Program Intergrasi/ Pelabelan dan PengasinganProgram intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini.

Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya.Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemIkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah.

2. Kepelbagaian Kompetensi MuridSetiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.

3. Bahasa dan Komunikasi.Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.

Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka.

4. Kelancaran Program Terapi Dalam Pendidikan KhasMasalahmasalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktivti terapi fizikal terdiri daripada pihak guru, murid dan ibubapa. Majoriti guru-guru pendidikan khas menghadapi dilema dalam menjalankan aktiviti terapi kerana kurang kepakaran. Persepsi pihak sekolah dan ibu bapa dengan melihat secara negatif menguasai kebimbingan dan ketakutan yang anak mereka akan cedera kerana menjalankan aktiviti terapi. Bagi satu pihak lain kegiatan aktiviti ini dianggap seperti bermain-main dan guru dianggap tidak menjalankan proses pengajaran dengan betul. Selain daripada itu guru juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan sesi terapi. Aktiviti ini memerlukan masa yang panjang mengikut tahap keupayaan murid. Murid tidak boleh dipaksa menghabiskan aktiviti pada waktu yang ditetapkan atau dipaksa melakukan aktivti yang tidak boleh mereka lakukan. Kebanyakan ibu bapa tidak memberikan kerjasama yang secukupnya dan tidak komited dalam usaha-usaha memulihkan anak mereka. Guru sukar memberikan tumpuan kepada murid dan aktiviti terapi kerana murid selalu tidak hadir ke sekolah. Keberkesanan aktiviti terapi tidak dapat dilihat dan dinilai dengan baik kerana murid itu sendiri kadang-kadang tidak memberikan kerjasama kepada guru. Masalah yang paling kritikal bagi guru ialah tiada tempat yang sesuai dan kekurangan keperluan alatan. Kebanyakan pihak pentadbir kurang memberikan kerjasama dalam memenuhi keperluan murid pendidikan khas.Masalah juga dapat dilihat pada diri murid itu sendiri terutama yang mengalami gangguan emosi dan tingkah laku. Adakalanya murid terlalu sukar dikawal dan terlalu aktif apabila melibatkan beberapa peralatan. Latihan yang berterusan mendatangkan rasa jemu dan bosan dalam diri murid-murid penddikan khas. Mereka tidak nampak atau tahu tujuan mereka menjalankan aktiviti terapi. Oleh yang demikian sikap tidak memberikan kerjasama dan perhatian kepada guru merupakan antara kekangan yang sukar guru atasi. Dalam masa yang sama ada juga murid yang mengalami masalah kesihatan dan dibimbangkan aktivti yang dijalankan memberi kesan yang tidak baik kepada mereka. Oleh itu guru perlu merujuk kepada laporan perubatan mereka terlebih dahulu dan mengenalpasti masalah yang akan timbul jika menjalankan aktiviti terapi. Kerencatan mental yang dialami oleh murid menyebabkan murid sukar memahami arahan dan maksud guru atau ahli terapi sampaikan. Masalah perkembangan bahasa yang mereka alami lebih menyukarkan kerana kebanyakan mereka tidak boleh memberikan tindak balas yang betul.

Sikap ibu bapa juga dilihat memberikan sedikit sebanyak kekangan kepada program terapi ini. Majoritinya tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendapat pendedahan keperluan terapi bagi anak-anak mereka. Kebanyakkan mereka tidak berminat dan tidak mahu mengikuti perkembangan anak mereka . Persepsi melingkari kehidupan mereka bahawa anak-anak berkeperluan khas ini tidak akan berubah sampai bila-bila. Ketidaksanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama semasa sesi terapi juga mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa tidak menjalankan sesi terapi di rumah hanya mengharapkan semata-mata di hospital sahaja dan bergantung kepada guru sahaja. Ibu bapa tidak membarikan kerjasama dan tidak berusaha sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan anak mereka. Keengganan mempelajari teknik-teknik terapi dengan betul menyebabkan anak-anak mereka terus terbiar. Pengetahuan yang rendah dalam kalangan ibu bapa sendiri menyebabkan ahli-ahli terapi sukar untuk berinteraksi dengan baik. Ini ditambah lagi dengan masalah kewangan dan pendapat yang rendah menjadi halangan kepada mereka meneruskan aktiviti terapi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5. Isu Pentaksiran Pendidikan KhasPenilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian tetapi untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.

Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.

6. Isu Ibu Bapa atau WarisAntara isu-isu yang melibatkan ibu bapa atau waris dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah ialah : isu pertama, kerjasama oleh pihak ibu bapa kepada pihak sekolah. Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya program Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka. Sebagai contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan unsure-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka. Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta bayaran daripada mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan kerjasama apabila tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah terutamanya yang berkaitan dengan Pendidikan Khas seperti perbincangan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru Pendidikan Khas. Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka.

Isu seterusnya ialah jangkaan atau harapan ibu bapa yang tinggi terhadap anak-anak dan guru-guru. Isu ini terjadi apabila ibu bapa mendatangkan tekanan ke atas guru-guru Pendidikan Khas kerana inginkan peningkatan dalam pencapaian anak-anak dalam masa yang singkat. Melalui isu ini, ibu bapa akan sentiasa memberikan komen-komen yang negatif kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi.

Isu keempat merupakan isu penyalahgunaan bantuan murid-murid khas. terdapat ibu bapa yang menyalahgunakan bantuan yang diterima oleh anak-anak mereka terutaamanya ibu bapa yang tidak bekerja. Contoh penyalahgunaan yang melabtkan bantuan kepada murid-murid khas ialah elaun murid-murid khas dan elaun Orang Kurang Upaya (OKU).

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU-ISU PENDIDIKAN KHASMerujuk kepada permasalahan yang dihadapi ada beberapa cadangan yang dikemukan agar segala kekurangan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Antaranya ialah mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai terapi. Melalui sesi ini ibu bapa dan guru dapat berkolaborasi bersama ahli-ahli terapi. Mereka dapat berbincang dan mengemukakan permasalahan yang tentunya boleh diselesaikan secara terus. Pengetahuan dan kemahiran inilah akan memberi impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa menyumbang tenaga dan kewangan atas sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak mereka. Kerjasama kedua-dua pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi menampung segala kos perbelanjaan terapi di sekolah. Meskipun kesukaran mendapat bilik yang sesuai dan kondusif . Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan kreatif.Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam kesepakatan dan bekerjasama membina satu komuniti yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat menyediakan ruang-ruang yang membolehkan aktiviti ini dijalankan berpersatuan. Sekurang-kurangnya dapat menyakinkan ibu bapa dan percaya bahawa terapi merupakan satu aktiviti penting dalam hidup mereka. Secara tidak langsung ibu bapa tidak akan berputus asa. Mereka sentiasa positif menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan yakin dan melalui aktiviti yang dikelola oleh guru dan pihak sekolah anak mereka akan ada penambaikan. Guru pula perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam kerana pengetahuan dalam terapi sangat penting. Seminar atau kursus boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi profesionalisma guru .Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang ke sekolah dan berminat menjalankan sesi terapi di sekolah atau di pusat-pusat terapi. Aktiviti yang dirancang perlu lebih menarik dan meransang mereka untuk menjalani aktiviti terapi secara sukarela.Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan keperluan semua orang dan memastikan jadual tersebut dapat dipatuhi dengan sebaiknya. Terapi sangat memerlukan disiplin yang tinggi kerana akiviti ini bukan sahaja perlu dijalankan sekali dua sahaja bahkan secara berterusan.Salah satu cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pihak pentadbiran perlu melaksanakan ujian penilaian sumatif seperti ujian pertengahan penggal dan ujian akhir tahun bagi menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Apabila guru dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid, guru dapat membahagikan murid ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu yang lebih kurang sama arasnya. Dengan sedemikian, guru-guru kelas dapat menjalankan ujian diagnosis yang lebih berkesan kerana setiap daerah kelemahan individu murid dapat dikesan dengan lebih terperinci dan guru dapat menggunakan strategi yang sesuai untuk membantu murid mencapai potensi yang maksimum.

7.0 KAJIAN KES

Biodata Kanak-Kanak Yang Dipilih

Nama: Muhammad Mursyid Bin Mohd FaizalUmur: 11 TahunTarikh Lahir: 5 November 2002Tempat Lahir: Taiping, PerakNama Ibu Bapa: Mohd Faizal Bin TajolKategori Kecacatan: AutismeMakanan Kegemaran: Coklat dan Nasi AyamMinuman Kegemaran: Susu SoyaHobi: Menyanyi dan menonton kartun

Bahasa dan KomunikasiMelalui pemerhatian saya, Mursyid boleh bertutur dan berkomunikasi dengan jelas, namun perbendaharaan kata yang dimilikinya adalah sangat terhad. Pada pendapat saya, hal ini terjadi mungkin sekali disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah disebabkan sikat antisosial yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Apabila hal ini berlaku, pertukaran bahasa sama sekali tidak akan berlaku. Ini adalah kerana Mursyid tidak mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling kerana sikapnya yang suka menyendiri.Selain itu, Mursyid langsung tidak memberikan perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan Mursyid tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang baru. Namun begitu, dari segi fonologi, Mursyid dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik.Semasa pemerhatian saya juga, kanak-kanak ini seringkali membunyikan sesuatu yang kurang difahami terutama sekali ketika dia sedang memarahi seseorang. Jika Mursyid sedang marah, dia akan bercakap secara laju dan tidak jelas. Kanak-kanak ini juga suka bercakap sendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan berkomunikasi dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja.Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak mampu untuk menuturkan ayat yang panjang. Hal ini kemungkinan besar terjadi disebabkan faktor perbendaharaan katanya yang terhad. Contohnya, Mursyid tidak mengakan Saya hendak makan nasi. Sebaliknya, dia hanya mengatakan Nak makan.Dari aspek komunikasi, Mursyid merupakan kategori yang agak sukar untuk dijadikan teman bicara. Ini disebabkan oleh sikapnya yang suka menyendiri dan tidak menumpukan perhatian kepada arahan ataupun soalan yang kita berikan kepadanya. Kita masih mendapatkan eye contact dengannya, namun hanya seketika sahaja. Seterusnya, Mursyid akan terus mengelamun dan berlalu pergi ke tempat lain. Ini menunjukkan bahawa Mursyid sangat sukar untuk didekati dan menyebabkan kita menjadi sukar untuk mengetahui kehendak Mursyid.Dari aspek non verbal, Mursyid juga mempamerkan beberapa contoh mimik muka sebagai isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh, Mursyid akan mencebik sekiranya dia sudah mula bosan dengan sesuatu. Mursyid juga akan menggelengkan kepala untuk membantah arahan yang tidak ingin dia turuti.Selain daripada yang telah saya nyatakan di atas, Mursyid juga mengalami masalah untuk mentafsir kod bahasa ataupun mesej. Untuk memberikan arahan kepada Mursyid, kita perlu menunjukkan beberapa contoh terlebih dahulu. Contohnya, untuk mengarahkan Mursyid memasukkan buku ke dalam beg sekolah, kita perlu memberikan contoh yang realistik terlebih dahulu supaya Mursyid faham dan membuat seperti yang disuruh.

Analisis Masalah Bahasa dan KomunikasiJika dianalisis masalah bahasa yang dialami oleh Mursyid ini, kita boleh bahagikan kepada masalah dalam fonologi, sintaksis,morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala dari segi komunikasi, Mursyid lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal kepada orang ramai.1. FonologiDalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Mursyid ialah, Mursyid dapat menuturkan beberapa bunyi bahasa dengan jelas seperti orang lain. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ditunjukkan oleh Mursyid dalam nada bahasanya. Saya dapati bahawa Mursyid sering mengeluarkan perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu dari nada rendah ke tinggi secara tiba-tiba. Dalam erti kata lain, kanak-kanak ini tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan. Kadang-kadang, Mursyid akan bernyanyi sedikit untuk menyampaikan maksudnya. Ini menunjukkan bahawa Mursyid mengalami masalah dalam suprasegmental.Menurut Goldfarb, Braunstein dan Horge (1956), individu yang mengalami autism seringkali mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap dalam ekanada. Fag dan Schuler (1980) pula menyatakan bahawa individu autisme ini mempunyai masalah luahan suara disebabkan oleh ketidakupayaan memproses cirri-ciri suprasegmental dalam pertuturan. Namun begitu, kekuatan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ini ialah, kelebihan kanak-kanak untuk bernyanyi. Menurut ibunya, Mursyid selalu mengikuti pertandingan nyanyian di sekolahnya. Namun disebabkan sikapnya yang agak pemalu, dia tidak melalukan sehabis baik dalam pertandingan tersebut.

2. SintaksisDari aspek pembinaan ayat, Mursyid tidak dapat menuturkan ayat yang panjang. Mursyid hanya menuturkan ayat yang pendek dan ringkas sahaja. Sebagai contoh, jika kita hanya menanyakan adakah Mursyid ingin mandi, Mursyid hanya menjawab tak nak sambil menggeleng. Di samping itu, jika kita cuba berkomunikasi secara bertutur dengannya, kanak-kanak ini tidak akan mengeluarkan perkataan dengan baik. Seolah-olah kanak-kanak ini tidak tahu berbahasa walaupun hakikatnya kanak-kanak ini jika bertutur, kita dapat memahami sebutannya itu. Faktor yang menjurus ini mungkin disebabkan oleh kekurangan bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem bahasa dalam diri kanak-kanak ini. Dalam erti kata yang lain, pertuturan kanak-kanak ini kelihatan agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya bertutur dengan kita lebih jelas.Bartak, Rutter dan Cox(1975) membandingkan perkembangan sintaksis pada diri kanak-kanak autisme dan dysphasia(kecacatan bahasa khusus). Mereka mendapati walaupun kanak-kanak tersebut lebih kepada ukuran maksud pengucapan, namun kanak-kanak autism menunjukkan reaksi yang lebih teruk dalam ujian pemahaman bahasa. Mereka juga mendapati kesukaran pertuturan kanak-kanak autism lebih luas, melibatkan penggunaan dan pemahaman isyarat dan penulisan di samping bahasa yang dipertuturkan.Namun begitu, bahasa yang dikatakan oleh kanak-kanak ini masih boleh difahami walaupun tidak begitu jelas.

3. MorfologiDari segi bidang morfologi, kanak-kanak ini dapat menggantikan kata ganti namanya dengan membahasakan dirinya sebagai Ian, iaitu nama panggilannya di rumah. Mursyid juga dapat menggantikan namanya sebagai saya. Namun dari kelemahan aspek morfologi pula, Mursyid didapati tidak tahu untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan. Disebabkan itulah, Mursyid hanya sedikit bertutur. Ini membuktikan bahawa perkembangan bahasa Mursyid tidak banyak dan tidak sama dengan kanak-kanak normal lain.Dalam satu kajian,Fein dan Waterhouse (1979) jika dibandingkan hasil morfologi kanak-kanak autisme dalam perkembangan skizofernia ( sejenis penyakit jiwa) dan kanak-kanak tidak upaya , didapati tiada perbezaan yang ketara sama ada yang berkenaan dengan jumlah angka morphemes yang digunakan dengan kekerapan penggunaan morphemes .

4. SemantikDari segi semantik, seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak ini juga mempunyai bahasanya tersendiri iaitu bahasa idiosinkratik. (Volden & Lord ,1991), mendefinisikan bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.Tidak seperti kanak-kanak yang normal, jika Mursyid mengelamun, dia seringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami. Walaupun begitu, bahasa ini hanya difahami oleh kanak-kanak ini sahaja. Oleh itu, kekuatan bahasa idiosinkratik ini sebenarnya boleh menjadi satu medium bagi Mursyid untuk berkomunikasi dengan orang lain.Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar, Mursyid mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama. Maknanya di sini, mungkin saya bagi Mursyid ialah kamu. Walaupun dari sudut negatif kita melihat perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut positifnya kita mungkin boleh mengajar Mursyid mengikut perspektif yang difahaminya. Apa yang penting makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran yang dihasilkan berbeza.

5. Pragmatik.Dari segi pragmatik, Mursyid merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Mursyid tidak dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi yang lemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Mursyid didapati boleh berkomunikasi dengan bahasanya iaitu bahasa idiosinkratik. Jadi ini menjelaskan Mursyid mempunyai keunikan tersendiri. Semasa pengamatan saya, matanya akan terpejam secara tiba-tiba ataupun terkebil jika berbahasa dengan secara sendirinya. Kita sebagai pendidik seharusnya harus cuba memahami isyarat dan mesej yang ingin disampaikan bagi memudahkan kita untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Maka, pihak tersebut iaitu pihak pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa perlu menjalankan peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk, segala isu yang timbul diharapkan dapat diselesaikan.Sebagai kesimpulannya terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani, rohani ,emosi, intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang bermakna menjadi pemangkin kepada mereka sebagai satu titik tolak kearah kecemerlangan insan kelainan upaya. Semua pihak perlu memberi mereka ruang dan masa yang secukupnya supaya mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan untuk mata pelajaran Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas (PKB 3111) ini. Saya juga bersyukur kerana tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya, yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak manfaat yang amat berguna sebagai seorang guru sekolah rendah yang sentiasa ingin meningkatkan potensi diri dan kerjaya. Saya juga semakin merasai kepentingan pengetahuan subjek ini terhadap diri saya kerana sebagai seorang guru, semua ilmu pengetahuan ini pasti akan saya perlukan untuk mendidik anak murid saya. Lebih-lebih lagi, saya yang berkerjaya sebagai seorang guru Pendidikan Khas, ilmu ini pastinya akan menjadi sesuatu yang amat berguna untuk saya aplikasikan ke atas anak murid saya.Melalui tugasan ini saya mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi. Hal ini demikian kerana, kerja kursus ini memerlukan saya membuat kajian mengenai proses pelaknanaan program pendidikan khas. Ia juga memerlukan kami membandingkan pelaksanaan program pendidikan khas di dalam sektor swasta dan sektor kerajaan. Kami juga dikehendaki menjalankan satu kajian kes terhadap seorang murid di dalam sekolah yang kami ajar. Oleh itu, saya memulakan kajian mengenai masalah bahasa dan komunikasi yang murid saya hadapi. Saya mengaplikasikan pelbagai pendekatan ke atas anak murid saya supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Pendekatan yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan.Guru berfungsi sebagai fasilitator yang mendidik, membimbing, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong murid-murid untuk mencapai sesuatu matlamat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, menurut pendapat saya, teori ini juga menggalakkan guru untuk membimbing murid mempelajari sesuatu yang bermakna. Guru juga perlu sentiasa peka dengan isu-isu dan trenda dalam pendidikan khas. Ini adalah bagi menyiapkan diri untuk menjadi guru pendidikan khas yang berwibawa.Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari semua aspek termasuk jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami di atas segala tunjuk ajar yang telah beliau berikan. Sejujurnya, tanpa bimbingan dan sokongan padu daripada beliau, tidak mungkin saya dapat melengkapkan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali, kemuncak kepada pentingnya kerja kursus ini dilaksanakan ialah saya dapat meningkatkan kompetensi diri saya untuk menjadi insan yang mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian saya. Tugasan yang diberi cukup bermanfaat dan membantu guru dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Dr. Abdullah Yusof. (2007). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur.Meteor Doc. Sdn Bhd.Mohd. Salleh Lebar . 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.Salvia Ysseldyke. (1988). Assessment in Special and Remedial Education. Amerika Syarikat. Houghton Mifflin Company.S. Jay Kuder . (2007). Teaching Students with Language And Communication Disabilities. Amerika Syarikat. Rowan University.Stephen N. Elliott . (1988). Assessment of Special Children. Amerika Syarikat.Curriculum Associates, IncZarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng (2004). Integrasi Sosial Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka