Top Banner
Antara objektif tugasan ini ialah: 1) Mengetahui otot atau tulang yang terlibat dalam pergerakan sukan badminton 2) Mengetahui sistem anatomi dan fisiologi dalam badan manusia 3) Mengenali sukan badminton Pengenalan kepada Sukan Badminton Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan 1
15

Pjk Badminton

Jul 03, 2015

Download

Documents

Raymie Nurhasan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pjk Badminton

Antara objektif tugasan ini ialah:

1) Mengetahui otot atau tulang yang terlibat dalam pergerakan sukan badminton

2) Mengetahui sistem anatomi dan fisiologi dalam badan manusia

3) Mengenali sukan badminton

Pengenalan kepada Sukan Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain

bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi

pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia

dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu

tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum

ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki

dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah

lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan

yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan

ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang

baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan Perkembangan Sukan Badminton

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam

dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di

kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore dan

shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan

raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera

British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia

dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual

1

Page 2: Pjk Badminton

anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game"

pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki

oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton,"

dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath

Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.

Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England

diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan

ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove,

Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan

Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada

1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton

Dunia telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis,

Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai

pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton

antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai

rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China,

Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain

bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan

peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

Bagaimana Permainan Badminton dipermainkan

Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan beregu.

Permainan perseorangan dibahagikan kepada dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan

perseorangan wanita. Permainan beregu pula mempunyai tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu

2

Page 3: Pjk Badminton

wanita dan beregu campuran. Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu

tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha

untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masing-masing. Matlamat

utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di

gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis

kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat

dicapai.

Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama bad-minton peringkat antarabangsa bagi

berpasukan lelaki. Kejo-hanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala

Thomas bersem-pena dengan nama bekas Pre-siden BWF, Sir George Alan Thomas yang

menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandin-gan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949.

Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala

Uber. Pusingan kalah mati menentu-kan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu)

pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan per-tama

mara ke pusingan berikut-nya. Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China.

Piala Uber

Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita ter-baik di

dunia. Piala ini dider-makan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England

pada tahun 1956-1957. Pertandingan badminton bagi berpasukan lelaki pula dikenali sebagai

Piala Thomas. Pusingan kalah mati menentu-kan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2

beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan per-

tama mara ke pusingan berikut-nya. Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama

den-gan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.

3

Page 4: Pjk Badminton

Anatomi dan Fisiologi Dalam Sukan Badminton

Gambar menunjukkan pukulan servis semasa permainan badminton.

4

Page 5: Pjk Badminton

Gambar menunjukkan Teknik “Smash”.

Gambar menunjukkan Teknik “Back Hand”.

5

Page 6: Pjk Badminton

Permainan badminton menumpukan kepada pergerakan tangan terutamanya. Ia seterusnya

disokong oleh pergerakan kaki yang pantas. Kombinasi kedua-dua pergerakan memberikan satu

permainan yang bagus dalam sukan ini.

Anatomi

Tangan memainkan peranan penting dalam permainan badminton. Raket badminton akan di

pegang dengan menggunakan jari dan telapak tangan untuk mendapatkan pegangan yang kemas.

Lengan bertindak sebagai medan fleksibiliti kepada pergerakan tangan. Manakala bahu sebagai

tuas yang menyokong tindakan lengan dan tangan. Sendi bahu ialah bahagian tubuh di mana

humerus terlekat pada skapula. Bahu ialah kumpulan struktur di sekitar sendi itu.

Kaki juga memainkan peranan penting dalam permainan badminton dimana menjadikan pemain

bergerak pantas ke arah bola yang dibalas oleh pihak lawan. Betis dan paha bergabung untuk

menghasilkan pergerakan yang dikehendaki.

Mata pula digunakan untuk melihat dan seterusnya meramal pergerakan pihak lawan.

6

Page 7: Pjk Badminton

Fisiologi

Sistem fisiologi manusia terdiri daripada sistem otot, sistem rangka, sistem integumentari, sistem

pencernaan, sistem endokrin, sistem saraf, sistem pernafasan, sistem kardiovaskular, sistem

urinari, sistem limfatik dan sistem pembiakan.

Dalam permainan badminton, sistem yang banyak terlibat ialah sistem otot, sistem rangka,

sistem pernafasan, sistem saraf dan sistem kardiovaskular. Berikut merupakan fungsi setiap

sistem di dalam badan manusia yang terlibat secara langsung dalam sukan ini.

Sistem otot- Mempunyai peranan dalam mengartikulasi antara otot dan rangka,

menstabilkan sendi dan menghasilkan pergerakan. Sistem otot dan sistem rangka saling

bekerjasama dalam menghasilkan pergerakan.

Sistem rangka- Sistem yang bertindak sebagai tuas untuk pergerakan badan,

menyediakan tempat untuk perlekatan otot-otot rangka dan menyokong berat badan.

Sistem pernafasan- Pemain memerlukan sistem pernafasan yang bagus untuk bertahan

lama dalam permainan. Sistem ini berfungsi sebagai pembekal oksigen kedalam paru-

paru dan mengekalkan homeostasis dalam badan manusia.

Sistem saraf- Memainkan peranan penting dalam seluruh tubuh manusia. Sistem saraf

berupaya mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima

dan seterusnya mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh badan.

Sistem kardiovaskular- Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan

buangan.

Penjelasan Video

Video ini menunjukkan pertandingan badminton diantara China dan Indonesia. Ralli yang

panjang ini telah menunjukkan hamper kesemua teknik dalam sukan badminton seperti servis,

smash, drop, netting dan lain-lain.

7

Page 8: Pjk Badminton

Kesimpulan

Sukan badminton merupakan senaman atau sukan yang mudah bagi semua lapisan umur.

Senaman penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kesihatan kita. Sistem

anatomi dan fisiologi dalam badan kita memainkan peranan penting dalam pergerakan utama.

\

8

Page 9: Pjk Badminton

Rujukan

Badminton England. (2002). Fitness Training in Badminton. Badminton Association of England

Ltd.

Human Physiology. Diakses pada 22 Julai 2010.

Http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Human_physiology

Masters, J. (1997). Diakses pada 29 Julai 2010. "The Online Guide to Traditional Games".

Http://www.tradgames.org.uk/games/Battledore-Shuttlecock.htm

Tulang manusia. Diakses pada 22 Julai 2010.

Http://www.crayonpedia.org/mw/1._Tulang_Manusia11.1

University of Southern Mississippi: The history of Badminton.

9

Page 10: Pjk Badminton

Lampiran

Teknik “Netting” yang memerlukan kawalan tangan yang tinggi.

Pukulan Smash yang mempunyai kelajuan rejaman bola tangkis ke pihak lawan

10

Page 11: Pjk Badminton

Pasukan beregu negara semasa perlawanan menentang pihak lawan.

11