Top Banner
PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF ISLAM : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN) NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
26

PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

Oct 25, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF ISLAM :

KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA

PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip
Page 3: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip
Page 4: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI PERSPEKTIF

ISLAM : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS

SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

NUR SYAMIMI BINTI AZIZAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip
Page 6: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

iii

DEDIKASI

Tuhanku

Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu

Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai

Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan

Khas buat semua insan yang disayangi….

Buat Ayahanda dan Bonda tersayang

Azizan Bin Saad dan Maznah Binti Che Din

Terima kasih di atas pengorbanan kalian yang amat bernilai buat anakmu ini

Kasih dan sayangmu mengiringi setiap detik perjuanganku….

Serta buat Kekanda dan Adinda yang dikasihi

Muhammad Asyraf, Ummi Aainaa, Nurul Aizzat dan Siti Syahirah

Dengan iringan doa, dorongan serta pengorbanan tulus ikhlas dari kalian

Memberikanku semangat untuk meneruskan perjuangan ini…..

Buat para pensyarah yang tercinta

Khasnya Ustaz Nurazmallail Bin Marni

Terima Kasih Di Atas Ilmu dan didikan Yang Diberikan...

Jasa kalian teramat bernilai pada diriku...

Teristimewa juga buat teman-teman seperjuanganku (SPI 2007-2011)...

Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan kalian...

Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..

Terima kasih atas segalanya......

Page 7: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi

kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka

sempurnalah Projek Sarjana Muda (PSM) hingga ke noktah terakhir.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat al-Fadhil

Ustaz Nurazmallail bin Marni selaku penyelia yang tidak pernah jemu dan telah banyak

memberi bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan PSM ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Pensyarah

Fakulti Tamadun Islam dan kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik

menyiapkan kajian ini.

Diiringi ucapan terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang turut

membantu dan memberi semangat, pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung serta

keluarga tercinta yang banyak memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kajian

ini. Semoga segala kerjasama yang diberikan akan mendapat rahmat dan keberkatan

daripada Allah SWT.

Page 8: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar SPS terhadap

penjagaan kesihatan menerusi senaman dari perspektif Islam. Selain itu, kajian ini juga

adalah bagi mengenalpasti persepsi pelajar SPS terhadap kepentingan senaman dalam

penjagaan kesihatan dan untuk mengetahui amalan senaman yang dilakukan oleh

mereka. Seramai 64 orang pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik

sebagai instrumen kajian. Set soal selidik mengandungi 34 item dan data yang terkumpul

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.0 for

Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai

kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.875. Secara keseluruhannya, berdasarkan

dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan

yang agak baik mengenai penjagaan kesihatan menerusi senaman mengikut perspektif

Islam dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.18. Dapatan kajian juga menunjukkan

responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu

kepentingan senaman dalam penjagaan kesihatan dengan nilai min 3.99. Amalan

senaman yang dilakukan oleh responden juga berada pada tahap yang positif dengan

nilai min 3.42. Pada akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan agar ia

menjadi panduan dan tindakan kepada pihak-pihak tertentu.

Page 9: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

vi

ABSTRACT

This research investigates understanding level of SPS students towards

healthcare through exercising from Islamic perspective. Besides, the purpose of this

research was also to identify SPS student’s perception towards the importance of

exercise in healthcare, as well as to find out their practice of exercising. A total of 64

students of Bachelor Degree of Science and Education (Sport Science) were chosen as

the respondents. In this research, questionnaire was used as the research instrument. The

questionnaire consists of 34 items and the collected data were analyzed using Statistical

Package for Social Science 15.0 for Windows in a type of descriptive statistical

including frequency, percentage and means. The reliability of the questionnaire is α =

0.875. According to the result from the research, the respondents had a good level of

understanding of health care through exercising based on Islamic perspective with a high

value of mean at 4.18. The results of this study also showed that most of the respondents

had a positive perception on the importance of exercising in healthcare management,

with a mean value of 3.99. The exercise practice by the respondents are also at a positive

level with a mean value of 3.42. At the end of the study, the researcher proposed a few

suggestions as a guideline and endorsement to the related parties.

Page 10: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

viii

BAB I PENDAHULUAN HALAMAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kesihatan 9

1.8.2 Senaman 9

1.8.3 Perspektif 10

1.8.4 Persepsi 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kesihatan Menjamin Kesejahteraan Hidup 13

2.2.1 Penjagaan Kesihatan Menurut Pespektif

Islam 14

2.3 Senaman Sebagai Satu Amalan Utama Penjagaan

Kesihatan 16

2.4 Senaman dari Perspektif Islam 17

2.4.1 Jenis-Jenis Senaman 19

2.4.2 Kaedah-Kaedah Senaman Yang Efektif

Page 12: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

ix

Berdasarkan Sunnah Rasulullah 21

2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25

2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28

2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29

2.6.2 Prinsip-Prinsip Senaman 33

2.7 Kajian Lepas 37

2.8 Kesimpulan 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 42

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 44

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 44

3.5.1.1 Soal Selidik 44

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 47

3.6 Prosedur Kajian 47

3.7 Analisis Data 48

3.8 Kajian Rintis 49

3.9 Jangkamasa Kajian 50

3.10 Kesimpulan 51

Page 13: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

x

BAB IV ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Data 53

4.3 Analisis Data (Bahagian A) 53

4.3.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina 54

4.3.2 Latar Belakang Responden Mengikut

Umur 54

4.3.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Bangsa 55

4.3.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Tahun Pengajian 56

4.3.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Tahap Pendidikan Tertinggi 56

4.4 Analisis Data (Bahagian B, C dan D) 57

4.4.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek

Penjagaan Kesihatan Menerusi

Senaman dari Perspektif Islam 58

4.4.2 Persepsi Pelajar SPS Terhadap

Kepentingan Senaman dalam

Penjagaan Kesihatan 65

4.4.3 Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh

Pelajar SPS 71

4.5 Analisis Keseluruhan 76

4.5.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Aspek

Penjagaan Kesihatan Menerusi

Senaman dari Perspektif Islam 77

4.5.2 Persepsi Pelajar SPS Terhadap

Kepentingan Senaman dalam

Penjagaan Kesihatan 79

Page 14: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

xi

4.3.5 Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh

Pelajar SPS 82

4.6 Kesimpulan 84

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Perbincangan 86

5.2.1 Bahagian A : Perbincangan Mengenai

Latar Belakang Responden 86

5.2.2 Bahagian B : Perbincangan Mengenai

Tahap Pengetahuan Pelajar SPS Terhadap

Aspek Penjagaan Kesihatan Menerusi

Senaman dari Perspektif Islam 88

5.2.3 Bahagian C : Perbincangan Mengenai

Persepsi Pelajar SPS Terhadap

Kepentingan Senaman dalam Penjagaan

Kesihatan 90

5.2.4 Bahagian D :Perbincangan Mengenai

Amalan Senaman Yang Dilakukan Oleh

Responden 92

5.3 Rumusan kajian 93

5.3.1 Rumusan Mengenai Tahap Pengetahuan

Terhadap Aspek Penjagaan Kesihatan

Menerusi Senaman dari Perspektif Islam 94

5.3.2 Rumusan Persepsi Pelajar SPS Terhadap

Kepentingan Senaman dalam Penjagaan

Kesihatan 94

5.3.3 Rumusan Amalan Senaman Yang

Page 15: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

xii

Dilakukan Oleh Pelajar SPS 95

5.4 Cadangan 95

5.4.1 Kementerian Kesihatan Malaysia 96

5.4.2 Media Massa 96

5.4.3 Pihak Sekolah 97

5.5 Kajian Lanjutan 97

5.6 Kesimpulan 98

BIBLIOGRAFI 99

LAMPIRAN

Page 16: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert 46

3.2 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Struktur

dan Bilangan Item Soal Selidik 46

3.3 Nilai Skor Min 48

3.4 Tahap Persetujuan 49

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 54

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 56

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tertinggi 56

4.6 Skala Likert 57

4.7 Nilai Skor Min 58

4.8 Taburan Skor Bagi Item 1 58

4.9 Taburan Skor Bagi Item 2 59

4.10 Taburan Skor Bagi Item 3 60

4.11 Taburan Skor Bagi Item 4 60

4.12 Taburan Skor Bagi Item 5 61

4.13 Taburan Skor Bagi Item 6 61

4.14 Taburan Skor Bagi Item 7 62

4.15 Taburan Skor Bagi Item 8 62

4.16 Taburan Skor Bagi Item 9 63

4.17 Taburan Skor Bagi Item 10 63

4.18 Taburan Skor Bagi Item 11 64

4.19 Taburan Skor Bagi Item 12 64

Page 17: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

xiv

4.20 Taburan Skor Bagi Item 13 65

4.21 Taburan Skor Bagi Item 14 66

4.22 Taburan Skor Bagi Item 15 66

4.23 Taburan Skor Bagi Item 16 67

4.24 Taburan Skor Bagi Item 17 67

4.25 Taburan Skor Bagi Item 18 68

4.26 Taburan Skor Bagi Item 19 68

4.27 Taburan Skor Bagi Item 20 69

4.28 Taburan Skor Bagi Item 21 69

4.29 Taburan Skor Bagi Item 22 70

4.30 Taburan Skor Bagi Item 23 70

4.31 Taburan Skor Bagi Item 24 71

4.32 Taburan Skor Bagi Item 25 71

4.33 Taburan Skor Bagi Item 26 72

4.34 Taburan Skor Bagi Item 27 72

4.35 Taburan Skor Bagi Item 28 73

4.36 Taburan Skor Bagi Item 29 73

4.37 Taburan Skor Bagi Item 30 74

4.38 Taburan Skor Bagi Item 31 74

4.39 Taburan Skor Bagi Item 32 75

4.40 Taburan Skor Bagi Item 33 75

4.41 Taburan Skor Bagi Item 34 76

4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengetahuan Pelajar SPS Terhadap Aspek Penjagaan

Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam 77

4.43 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi Pelajar

SPS Terhadap Kepentingan Senaman dalam

Penjagaan Kesihatan 79

4.44 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Amalan Senaman

Yang Dilakukan Oleh Pelajar SPS 82

Page 18: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

xv

SENARAI SINGKATAN

FTI Fakulti Tamadun Islam

KS Kurang Setuju

PSM Projek Sarjana Muda

S Setuju

SAW Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

SPS Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS Statistical Packages For The Social Science

SS Sangat Setuju

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Instrumen Kajian Soal Selidik

B Bilangan Pelajar Fakulti Pendidikan Mengikut Tahun dan Kursus

C Nilai Alpha Kajian Rintis

D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Page 20: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam sebagai ad-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap meliputi segala

persoalan hidup manusia. Justeru, bersesuaian dengan sifat kesyumulan Islam itu sendiri,

Islam telah membawa kesejahteraan dari pelbagai aspek kehidupan. Menurut Zulekha

Yusoff et.al (2006:51), penjagaan kesihatan adalah sebahagian daripada persoalan

kehidupan dan ia juga merupakan sebahagian daripada tujuan syariat (Maqasid

Syar’iah). Keseluruhan syariat Islam adalah untuk mencapai tujuan menjaga agama,

jiwa, harta, akal, dan keturunan. Oleh itu, keprihatinan Islam terhadap kehidupan

meliputi aspek kesihatan kerana hidup tidak akan sejahtera tanpa kesihatan yang baik.

Page 21: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

2

Islam turut menekankan pembangunan dan penjagaan fizikal seseorang individu.

Tubuh badan yang sihat amat perlu bagi membolehkan seseorang itu melakukan tugas

sebagai khalifah Allah SWT dengan sempurna. Terdapat beberapa perkara yang

digariskan dalam konsep pencegahan menurut Islam antaranya ialah penjagaan

kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti

fizikal (senaman), dan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam

aspek kerohanian (Danial Zainal Abidin, 2003:15).

Aktiviti fizikal merupakan antara komponen utama dalam kehidupan kita. Islam

amat menggalakkan umatnya untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia dapat memberi

kesan yang baik terhadap kesihatan manusia serta dapat mencegah diri daripada pelbagai

penyakit berbahaya (Danial Zainal Abidin, 1998:54).

Rasulullah SAW menggalakkan aktiviti sebegini melalui hadisnya iaitu :

ارموا واركبوا وأن ترموا أحب ال من أن تركبوا وك ما يلهو به المرء المسل

ن من ال . ل ا رم ه ب و ه و أ يبه ر ه وم ب ه امرأ ه اء

“Memanah dan menungganglah. Sesungguhnya kamu memanah

lebih aku sukai daripada kamu menunggang. Setiap apa yang seseorang

muslim itu bersuka-suka dengannya adalah sia-sia kecuali aktiviti

memanah dengan busar, melatih kudanya dan gurau sendanya dengan

isterinya. Sesungguhnya segala itu termasuk dalam perkara yang benar.”

(Riwayat Ibn Majah)

Page 22: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

3

Ini adalah sebagai bukti bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap aktiviti

riadah bagi melahirkan individu yang kuat dan sihat serta bersedia untuk melakukan apa

sahaja tugas yang akan diberikan. Dengan lain perkataan, hal ini jelas menunjukkan

betapa Islam menggalakkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal serta

berusaha menjadi umat yang kuat dan cergas sepanjang masa. Islam juga mengajar

manusia supaya menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang

penyakit. Namun kebanyakan daripada masyarakat pada hari ini mengabaikan senaman

dengan memberi pelbagai alasan termasuk kesibukan dengan kerja. Sikap sebegini amat

merugikan kerana banyak faedah yang akan diperolehi dengan mengamalkan senaman

dan mengekalkan kecerdasan selain dapat menghindari diri daripada serangan penyakit.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak kira golongan tua atau muda, aktiviti mengeluarkan peluh atau bersenam

hendaklah dijadikan amalan. Kesihatan tidak akan terpelihara hanya dengan mengawal

pemakanan sebaliknya rutin senaman perlu dilakukan secara sistematik.

Walaupun kepentingan senaman dan faedah daripada senaman yang kerap jelas

diketahui umum namun penglibatan masyarakat dalam aktiviti senaman agak

membimbangkan. Fenomena ini turut merisaukan pelbagai pihak kerana kita dapati

masalah kegemukan menjadi ancaman penyakit dan isu kesihatan yang hangat

dibicarakan. Ramai di kalangan wanita yang mengalami obesiti akibat daripada

kurangnya aktiviti fizikal. Oleh itu, senaman adalah sebagai salah satu cara bagi

membantu mengawal berat dan memperbaiki bentuk badan, menghalang atau

melengahkan penyakit kronik, melewatkan proses penuaan dan meningkatkan keyakinan

diri. (http://jknpenang.moh.gov.my/modules/news/index.php)

Page 23: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

4

Masalah kesihatan turut mengalami perubahan yang dahulunya kebanyakan

masyarakat hanya menghadapi masalah kekurangan zat dan vitamin. Jika dilihat pada

masa sekarang kita dapati telah berubah dan sebahagian masyarakat mengalami masalah

kesihatan disebabkan makan secara berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal

yang seterusnya membawa kepada masalah lebihan kolestrol dan kegemukan. Menurut

Utusan Malaysia Online yang bertarikh 17 Mei 2009 menjelaskan bahawa gaya hidup

yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama kepada serangan penyakit terutama bagi

penyakit jantung dan kardiovaskular (http://www.utusan.com.my). Ratusan kajian telah

menunjukkan bahawa senaman yang kerap adalah penting bagi kesihatan tubuh badan

dan seterusnya memperbaiki tahap kesihatan dan kualiti hidup. Tambahan lagi, gaya

hidup masyarakat yang semakin moden telah menyebabkan munculnya banyak peralatan

yang menggunakan teknologi bagi memudah dan mempercepatkan sesuatu urusan.

Oleh itu, kita seharusnya melihat arus penyakit pada hari ini lebih menjurus

kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor

persekitaran yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya,

masyarakat perlu mempunyai kesedaran dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan

kesihatan walaupun dalam usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita

ditimpa pelbagai penyakit.

Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul dan pentingnya senaman

untuk menjaga kesihatan, penyelidik berminat untuk mengkaji “Persepsi Pelajar SPS

terhadap Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman dari Perspektif Islam”.

Page 24: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

5

1.3 Pernyataan Masalah

Penjagaan kesihatan diri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh

setiap orang. Namun begitu, tidak ramai yang menitikberatkan soal penjagaan kesihatan

diri masing-masing yang seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.

Peningkatan utama bagi masalah kesihatan di negara ini adalah disebabkan oleh

gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya tahap kesedaran

masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri terutamanya dari aspek

senaman atau aktiviti fizikal dan kebanyakannya memandang remeh berkenaan dengan

isu ini (http://www.utusan.com.my). Walaupun Kementerian Kesihatan telah

mengadakan banyak kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada orang awam

tetapi masih dalam keadaan yang sama. Mungkin ada sesetengah golongan menyedari

tentang hakikat ini dan ada juga segelintir golongan yang menganggap kesihatan hanya

perlu dijaga apabila sudah berusia. Walhal usia bukanlah sebagai satu jaminan untuk kita

terus sihat tetapi usia adalah pemangkin untuk kita terus menjaga kesihatan diri.

Kajian ini dilakukan kerana sebahagian besar masyarakat hanya mengetahui dan

mempraktikkan aspek senaman menurut cara Barat contohnya aktiviti senamrobik.

Mereka tidak mengetahui hakikat sebenar bahawa dalam Islam juga ada menggariskan

soal penjagaan kesihatan menerusi senaman bagi umatnya. Salah satunya adalah melalui

ibadat solat yang telah pun dibuktikan oleh beberapa kajian saintifik tentang kesan

positif ke atas kesihatan jasmani dan rohani. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh

Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok, solat selain sebagai

ibadah, boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana. Ia melibatkan

pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk, dan sujud yang mana pergerakan yang

istimewa ini menyamai senaman regangan. Solat memberi kesan kepada psikologi,

Page 25: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

6

tulang otot, dan serebral selain memperbaiki fungsinya supaya dapat beroperasi dengan

lebih baik (Fatimah Ibrahim et.al, 2009:92).

Sehubungan dengan masalah-masalah yang timbul, maka kajian ini

diketengahkan untuk melihat apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan senaman

sebagai satu cara menjaga kesihatan. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji tentang

pengetahuan dan tahap pengamalan pelajar tersebut dalam melakukan senaman.

1.4 Objektif Kajian

Tiga objektif kajian telah digariskan bagi melicinkan pelaksanaan kajian iaitu:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan responden terhadap aspek penjagaan kesihatan

menerusi senaman dari perspektif Islam.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi responden terhadap kepentingan senaman dalam

penjagaan kesihatan.

1.4.3 Mengkaji amalan senaman yang dilakukan oleh responden dalam kehidupan

seharian.

Page 26: PENJAGAAN KESIHATAN MENERUSI SENAMAN DARI ......2.5 Kepentingan Senaman dalam Penjagaan Kesihatan 25 2.6 Amalan Bersenam Yang Baik 28 2.6.1 Kemahiran Melakukan Senaman 29 2.6.2 Prinsip-Prinsip

7

1.5 Persoalan Kajian

Dalam mencapai objektif kajian yang ditetapkan, beberapa persoalan kajian perlu

dijawab bagi membolehkan kajian ini mencapai seperti apa yang telah dirancang.

Persoalan kajian ini adalah:

1.5.1 Setakat manakah tahap pengetahuan responden terhadap penjagaan kesihatan

menerusi senaman dari perspektif Islam?

1.5.2 Apakah persepsi responden terhadap kepentingan senaman dalam penjagaan

kesihatan?

1.5.3 Apakah bentuk amalan senaman yang dilakukan oleh responden dalam

kehidupan seharian?