Top Banner
7

Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

Jun 29, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)
Page 2: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera,

Alhamdulillah sekali lagi UNIMAS dipilih sebagai urusetia bagi penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 bagi Zon Sarawak. Sememangnya dengan perlantikan ini, UNIMAS berbangga kerana terlibat dalam menerajui kesinambungan penganjuran KPTN “Jom Masuk IPT” Zon Sarawak yang telah bermula di Zon Timur (Kelantan) pada 11 – 12 Februari lepas.

Kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan UNIMAS amatlah dihargai kerana KPTN merupakan peluang terbaik UNIMAS sebagai Universiti Awam(UA) bersama rakan-rakan universiti lain dalam menyebarluas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di Negara ini.

Bagi zon Sarawak, KPTN ini berlangsung selama dua hari iaitu dari 18 dan 19 Mac 2017 di CityOne Exhibition Centre dan menjadi harapan kita supaya ia dapat menjadi ‘platform’ kepada pelajar lepasan sekolah untuk mencari dan menyelidik peluang pendidikan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Inilah peluang terbaik buat pelajar untuk membuat semakan pilihan program secara atas talian di Motherbooth Kementerian Pendidikan Tinggi dan mendapatkan informasi terkini serta khidmat nasihat secara langsung mengenai peluang kemasukan ke UA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan agensi berkaitan terutama berkaitan akreditasi dan pembiayaan pengajian.

Syabas dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 bagi Zon Sarawak. Semoga penganjuran KPTN ini akan berupaya menyebarluas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia serta memberi impak positif kepada kumpulan sasaran KPTN dan masyarakat secara amnya dalam melahirkan graduan berkeupayaan demi kemajuan Negara.

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) merupakan ‘signature programme’ Kementerian Pendidikan Tinggi yang menjadi pemudah cara kepada kementerian untuk mengumpulkan agensi-agensi berkaitan pendidikan tinggi seperti Universiti Awam (UA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan agensi berkaitan KPT.

KPTN 2017 kali ini menetapkan enam (6) zon utama dan satu (1) mini zon bermula 11 Februari di Kelantan dan berakhir pada 26 Mac 2017 di Negeri Sembilan.

Justeru, KPTN juga dilihat sebagai satu Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi yang berkualiti dan terkini.

Permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka mulai 6 Februari 2017 (Isnin) jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mac 2017 melalui Sistem UPUOnline di URL http://upu.mohe.gov.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJARJABATAN PENDIDIKAN TINGGIKEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGIARAS 4, NO 2, MENARA 2, JALAN P5/6. PRESINT 5PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62200 PUTRAJAYANo Tel : 03-88708200 no. Faks : 03-88706864 E-mel: [email protected]

Kata AluanMaklumat Program

“ “KPTN sebar luas maklumat pendidikan tinggi bagi lahirkan graduan berkeupayaan...

Tujuan utama adalah:KPTN 2017

i

ii

iii

iv

Memberi lebih kemudahan kepada orang ramai khususnya kepada orang ramai khususnya kepada calon-calon lepasan SPM dan STPM untuk mendapat lebih informasi pendidikan tinggi seperti Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA mahupun institusi pendidikan tinggi lain seperti MARA dan yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi lain bagi Sesi Akademik 2017/2018.

Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA, Kolej Komuniti dan ILKA melalui UPUOnline.

v Memotivasi dan mendidik pemohon dalam menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam negara serta agensi yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Mempromosi serta memberi informasi terkini mengenai Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia seperti Universiti Awam (UA), Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim SuaidiNaib Canselor UNIMAS

Page 3: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

MENARIKNYA ARAWAK

Terdapat beberapa buah muzium terkemuka untuk kunjungan pelancong di bandar raya ini seperti Muzium Etnologi (Bangunan Lama), Muzium Tun Abdul Razak, Muzium Etnologi, Muzium Warisan Islam dan Muzium Tekstil. Menariknya, keempat-empat muzium ini terletak dalam satu putaran jalan yang sama iaitu di Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan P. Ramlee. Muzium Etnologi menyimpan serta mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi haiwan, sementara Muzium Dewan Tun Abdul Razak pula dijadikan galeri pameran prasejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot cina dan ruangan rumah panjang. Muzium Islam Sarawak pula menyimpan hal-hal berkaitan dengan tamadun Islam. Manakala Muzium Tekstil mempamerkan beberapa contoh tekstil tradisional penduduk tempatan di Sarawak seperti pua kumbu, topi, tikar dan seni manik masyarakat Iban dan Bidayuh serta kain songket Melayu Sarawak.

Macam Kampung Boyan ‘syurga’ pembuatan kek lapis sememangnya terkenal di kalangan pelancong. Lokasi kampung Boyan amat strategik iaitu berhadapan dengan Tebingan BGS (Boyan, Gersik, Surobaya). Di seberang sungai adalah kawasan bandaraya Kuching, yang mana pelancong boleh singgah ke kampung ini dari seberang bandaraya Kuching hanya menggunakan perahu atau sampan. Di sini, terletaknya kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis kek lapis dengan harga sekitar RM10 hingga RM50, bergantung pada saiz dan jenis kek lapis berkenaan.

Ikan Terubuk Sarawak, santapan wajib buat pelancong

Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai

Kampung Boyan “Syurga” kek lapis Sarawak

Berhadapan dengan Tebingan Sungai Kuching Waterfront, terdapat deretan rumah kedai kaki lima di Main Bazaar, yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan tempatan. Jika anda suka mengumpul barang-barang lama atau barangan tradisional masyarakat tempatan, maka Main Bazaar adalah tempat yang harus anda kunjungi. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis, kraftangan dalam bentuk kain, barangan rumah, tikar, cenderahati dan sebagainya pada kadar murah. Semakin banyak anda membeli barang-barang di kedai-kedai Main Bazaar, anda akan terkejut dengan diskaun harga yang diberikan.

Main Bazaar tempat istimewa untuk pengumpul barangan lama

Berkunjung ke Sarawak tanpa membawa balik oleh-oleh seperti ikan terubuk masin akan menjadikan lawatan anda menjadi tidak lengkap. Sayugia diingatkan kepada pelancong bahawa ikan terubuk antara oleh-oleh yang harus dimuatkan dalam senarai kunjungan anda ke sini. Antara tempat ikonik yang menjual ikan terubuk adalah di Medan Niaga Satok yang menempatkan 1,444 ruang niaga tetap dan 600 ruang untuk peniaga hasil hutan.

Terdapat dua jenis ikan terubuk iaitu terubuk laut dan terubuk sungai. Terubuk laut atau atau dipanggil Tenualosa Macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk. Manakala, terubuk sungai atau dipanggil Tenualosa Toliyang bermulut lebih besar dan panjang. Harga yang ditawarkan untuk ikan terubuk masin di sini juga berpatutan seperti RM10 bagi tiga ekor atau lebih mengikut saiz. Ikan terubuk masin sangat sesuai dimasak lemak, asam pedas atau digoreng sahaja.

Page 4: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

Lepasan STPM/ STAM/Diploma dan setaraf

Lepasan SPM

Pilih program UNIMAS

Fakulti Seni Gunaan dan KreatifPengurusan Seni, Sinematografi,

Teknologi Seni Reka,Seni Halus, Muzik, Drama dan Teater

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatSistem Maklumat, Sains Komputan,

Pengkomputeran Rangkaian, Kejuruteraan Perisian,Pengkomputeran Multimedia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ManusiaPembangunan Sumber Manusia, Kaunseling,

Sains Kognitif, Psikologi

Fakulti Ekonomi dan PerniagaanKewangan, Ekonomi Antarabangsa, Ekonomi Perniagaan, Perakaunan,

Pengurusan Korporat, Ekonomi Perkhidmatan,Pemasaran

Fakulti KejuruteraanKejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,

Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi), Kejuruteraan Sivil,

Kejuruteraan Elektronik (Elektrikal), Kejuruteraan Kimia, Senibina

Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanDoktor Perubatan, Kejururawatan

Fakulti Sains dan Teknologi SumberKimia Sumber, Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik,

Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan, Sains dan PengurusanSumber Haiwan,

Bioteknologi Sumber

Fakulti Sains SosialKajian Antarabangsa, Kajian Hubungan Industri

dan Perburuhan, Kajian Khidmat Sosial, Kajian Komunikasi , Perancangandan Pengurusan Pembangunan, Kajian Politik dan Pemerintahan,

Antropologi dan Sosiologi

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian KomunikasiLinguistik

Bumiputera

Asasi UNIMAS(1 tahun)

Asasi HayatAtau

Asasi Fizik

Matrikulasi(1-2 tahun)

TingkatanEnam(STPM)

(2 tahun)Diploma(3 tahun)

Semua

Laluan keUNIMAS

Page 5: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi

Pusat Pengajian Pra-Universiti

FSGK mengiktiraf kepentingan teknologi dan kemahiran pengurusan seni bagi memanfaatkan program-program pengajian yang ditawarkan. Graduan fakulti ini diberi peluang untuk belajar dan berlatih dengan kualiti tinggi, sejajar dengan misi fakulti untuk menjadi pusat pembelajaran seni yang dinamik, inovatif dan bertaraf antarabangsa.

Sejak penubuhannya pada tahun 1995, FPSK kini sebuah pusat pengajian ilmu perubatan dan kesihatan terkemuka serta terpilih di kalangan pelajar dan masyarakat dan mempunyai daya saing sezaman dengan cabaran perubahan. Fakulti ini menyumbang secara aktif terhadap perkembangan ilmu kesihatan melalui pendekatan pendidikan perubatan yang relevan dan efektif yang berteraskan penyelidikan yang bersesuaian.

FSKTM merupakan penyumbang terbesar kepada unjuran sumber manusia dan modal insan bertahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang Sains, Komputer dan Teknologi Maklumat di Malaysia. FSKTM mengekalkan rentak pembelajaran dengan menetapkan slogan ‘Focus On Individual Transformation’ (FoCuSIT) sebagai slogan korporat fakulti yang memberikan fokus kepada bidang ICT sebagai satu kerjaya pilihan pelajar dan calon pelajar.

FPBPK menawarkan kursus-kursus generik dan elektif universiti yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Ketiga serta menawarkan kursus-kursus bahasa untuk memenuhi keperluan pelajar tempatan dan antarabangsa, kakitangan UNIMAS dan orang luar. Kini program Sarjana Muda Linguistik ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk mempelajari sains bahasa Borneo dengan lebih mendalam.

PPPU bermatlamat untuk menyediakan pelajar yang berkelayakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi persediaan untuk mengikuti program ijazah sarjana muda yang ada di UNIMAS. Sukatan pengajaran dan pembelajaran program ini berpandukan kepada sukatan pembelajaran asasi sains dan matrikulasi Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

FSTS menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam bidang seperti biologi molekular, mikrobiologi, biokimia, teknologi penapaian, ekologi tumbuhan, perlindungan biologi, entomologi, ekologi haiwan, teknologi nano dan sebagainya dengan harapan dapat melahirkan tenaga kerja yang tepat untuk memperkembangkan bidang sains dan teknologi di negara ini.

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

Fakulti Sains Sosial FSS beriltizam melahirkan golongan intelektual dalam pelbagai disiplin Sains Sosial yang berfikiran kritis, analitikal serta berkemahiran tinggi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Fakulti ini diharap dapat menjadi fakulti terkemuka dalam bidang penyelidikan menjurus kepada ilmu sains sosial di Kepulauan Borneo.

Fakulti Ekonomi dan PerniagaanFakulti ini beriltizam untuk menjadi pusat pembelajaran utama bagi golongan pelajar dan akademik dalam bidang ekonomi dan perniagaan, melalui strategi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan yang terancang.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Fakulti Kejuruteraan

FSKPM merupakan fakulti pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf kepentingan fungsi minda dengan menggabungkan disiplin sains kognitif, pembangunan sumber manusia dan kaunseling dalam meneroka aspek inovasi teknologi, pembangunan dan prestasi insan ke arah produktiviti organisasi.

Visi FK adalah untuk menjadi sebuah pusat ilmiah yang dapat melahirkan jurutera mahir menerusi mod pembelajaran yang dinamik, berinovasi dan sistematik. Program yang tawarkan diiktiraf dan diakreditasi oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) membuka peluang kepada graduan FK mendapat tempat pasaran kerja di negara luar yang bernaung di bawah Washington Accord seperti Australia, Kanada, Ireland, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Program yang ditawarkan di UNIMAS

Page 6: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

Persiapan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon 6 Sarawak

Page 7: Muzium-muzium simpan khazanah negeri yang tak ternilai ...Drama dan Teater Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sistem Maklumat, Sains Komputan, ... Tingkatan Enam (STPM)

PenasihatProf Dato’ Dr Mohamad Kadim SuaidiNaib Canselor UNIMAS

EditorDr Regina Garai Abdullah Pn Saptuyah Mahmud

PengarangCik Sarena Haidir

PerekaPn Dayanie HashimPn Suraya BakeriHaidher Ahmad

JurugambarEn Azlandy Mohammid Ali TuahFitzpatrick anak Ricky Guing

Sidang Editorial

Tentatif Program Sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017Zon Sarawak

PenerbitPejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa (UNIMAS GLOBAL)Universiti Malaysia Sarawak94300 Kota SamarahanSarawak

TARIKH MASA AKTIVITI /PERSEMBAHAN LOKASI

18 Mac 2017 (Sabtu)

8.30 pagi Pameran Pendidikan (UA, IPTS, Agensi Kerajaan dan Swasta)

Exhibitions Hall

9.00 pagi – 10.00 pagi Promo Universiti Awam

UNIMAS UPM UPSI UTEM

Pentas Mini

10.20 pagi Ketibaan Naib Canselor UNIMAS

Pentas Mini

10.30 pagi - 12.00 t/hari Ketibaan Ketua Pengarah Pendidikan

Tinggi 10.40 pagi Persembahan Tarian (BAYU) 12.00 t/hari - 1.00 petang Music Ensemble FSGK

Pentas Mini

1.00 petang - 2.00 petang Rehat 2.00 petang - 3.00 petang

Taklimat UPU Online

3.00 petang - 4.00 petang Taklimat Malaysian Qualification Agency 4.00 petang - 5.00 petang BAYU 5.00 petang Tamat

19 Mac 2017 (Ahad)

8.30 pagi Pameran Pendidikan (UA,IPTS,Agensi Kerajaan dan Swasta)

Exhibitions Hall

10.00 pagi - 11.00 pagi BAYU

Pentas Mini

11.00 pagi - 12.00 t/hari Fashion SHOW (FSGK) 12.00 t/hari - 1.00 petang Taklimat PTPTN 1.00 petang - 2.00 petang

Rehat

2.00 petang - 3.00 petang

Persembahan Artis: Noh Salleh

3.00 petang - 4.00 petang

Persembahan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak

4.00 petang - 5.00 petang

Music Ensemble FSGK