Top Banner
MENTERI BESAR SEMPURNAKAN SERAHAN 150 UNIT RUMAH TERES PPR SILIAU YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Siliau Jaya, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 13 April 2017. Beliau diiringi oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Turut hadir ialah YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan Malaysia). Projek PPR Taman Siliau Jaya ini telah dibina di atas tapak seluas 20 ekar dengan kos sebanyak RM17.6 juta. Projek ini terdiri daripada 150
2

MENTERI BESAR SEMPURNAKAN SERAHAN 150 UNIT RUMAH … · 150 UNIT RUMAH TERES PPR SILIAU YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) telah menyempurnakan

Aug 29, 2019

Download

Documents

dangnguyet
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: MENTERI BESAR SEMPURNAKAN SERAHAN 150 UNIT RUMAH … · 150 UNIT RUMAH TERES PPR SILIAU YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) telah menyempurnakan

MENTERI BESAR SEMPURNAKAN SERAHAN

150 UNIT RUMAH TERES PPR SILIAU

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Menteri Besar

Negeri Sembilan) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci

Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Siliau Jaya, Port Dickson,

Negeri Sembilan pada 13 April 2017.

Beliau diiringi oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Turut hadir ialah YB

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (Presiden MIC merangkap Menteri

Kesihatan Malaysia).

Projek PPR Taman Siliau Jaya ini telah dibina di atas tapak seluas 20

ekar dengan kos sebanyak RM17.6 juta. Projek ini terdiri daripada 150

Page 2: MENTERI BESAR SEMPURNAKAN SERAHAN 150 UNIT RUMAH … · 150 UNIT RUMAH TERES PPR SILIAU YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) telah menyempurnakan

unit rumah teres berkeluasan 700 kaki persegi dan dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan asas seperti dewan serbaguna, surau, tadika

dan taman permainan.

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Kaedah Sewa untuk

Dimiliki (Rent-to-Own, RTO) di PPR Siliau Jaya ini bagi membantu

golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai

pendapatan tetap, mempunyai komitmen bulanan yang tinggi dan

disenarai hitam.

Seramai 106 pemohon telah ditawarkan kaedah RTO dan akan

menerima kunci unit masing-masing, manakala 34 orang pemohon

lagi akan melalui proses pembiayaan daripada institusi kewangan

tempatan.

Di bawah Kaedah RTO ini, pemohon yang berjaya hanya perlu

membayar sewaan bulanan sebanyak RM200.00 hingga RM250.00

sebulan selama 20 hingga 25 tahun sebelum hak milik diserahkan

kepada mereka.

Dalam tempoh tersebut, sekiranya pemohon melanggar syarat-syarat

kontrak seperti menyewakan kepada pihak ketiga, tunggakan sewaan

bulanan melebihi tiga (3) bulan pada satu-satu masa,

menyalahgunakan premis selain daripada tujuan kediaman dan

melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan, maka

Kerajaan berhak untuk menamatkan kontrak sewaan dan tidak layak

untuk meneruskan Kaedah RTO ini.

SUMBER : KPKT