Top Banner

of 29

Malayan Union Edit

Apr 10, 2018

Download

Documents

siew chang yee
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    1/29

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    2/29

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    3/29

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    4/29

    menjalankan operasi propanganda serta pembekalan maklumat sulit bagi memudahkan

    kemaraan tentera Jepun ke Singapura. 7 Ia dapat dilihat dalam laporan V. Radharkrishnan,

    seorang sukarelawan Negeri Selat kepada Pejabat Kolonial di London yang menyatakan

    bahawa:

    The Japanese were very cordial with the MalaysThere was much fifth column

    work favour of the JapaneseWhen the Japanese entered Singapore many Malays

    came with them some of whom wore the same uniform as the Japanese soldiers. I

    myself saw two Malays dressed in this way. 8

    British terkilan dengan perkembangan itu dan beranggapan orang Melayu telah punmengkhianati mereka semasa Perang Dunia Kedua. Sebaliknya mereka bersimpati dengan

    MPAJA dan orang Cina yang telah menentang pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

    Kelonggaran dalam soal kerakyatan itu dilihat sebagai satu insentif kepada kaum bukan

    Melayu yang bekerjasama dengan British semasa pendudukan Jepun.

    Langkah memperkenalkan Malayan Union turut dikaitkan dengan faktor perlunya

    Britsh terus mencengkam Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi. 9 Pegawai-pegawai di

    Pejabat Tanah Jajahan London sedar kekayaan sumber alam serta hasil keluaran pertanian

    Tanah Melayu amat penting bagi membangunkan semula Britain selepas peperangan. Ia bakal

    kehilangan India dan Burma yang bakal diberi kemerdekaan. Muslihat British itu jelas di

    mana Malayan Union bakal menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan British dan

    Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Lantaran itu, dua

    rancangan jangka masa yang berlainan telah digunakan. 10 Rancangan jangka masa pendek

    digunakan untuk menguasai semula Tanah Melayu dan memulihkan keamanan. Manakala

    rancangan jangka masa panjang pula, bagi menghadapi kemungkinan Tanah Melayu bergerak

    ke arah berkerajaan sendiri.

    7 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.718 Ibid.9

    Oong Hak Ching, Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu: Dari Konsep Tanah MelayuUntuk Orang Melayu Kepada Tanah Melayu Untuk Orang Malayan, hlm. 8.

    10 Ibid.

    4

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    5/29

    Malayan Union yang menawarkan kerakyatan secara jus soli dan hak yang sama rata

    bagi warga Malayan juga melibatkan pertimbangan hubungan luar Britian. Ia membuat

    andaian bahawa China bakal muncul sebagai sebuah kuasa besar dunia dengan bantuan

    Amerika Syarikat. Dalam usaha membina satu hubungan yang baik dengan China dan

    mengelakkan campur tangan republik itu di Tanah Melayu, British cuba sedaya upaya untuk

    mendapatkan sokongan padu serta taat setia orang China di Tanah Melayu terhadap British.

    Pada masa yang sama, British turut bekerjasama dengan gerakan anti Jepun yang dipelopori

    oleh orang Cina terutamanya MPAJA, Koumintang mahupun Force 136. British telah

    membekalkan latihan, bantuan kewangan, makanan, senjata serta ubat-ubatan kepada gerakan

    gerila itu dalam usaha melumpuhkan penguasaan Jepun di Tanah Melayu.

    REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

    Malayan Union telah mengundang kontroversi di kalangan penduduk Tanah Melayu. Ia telah

    menimbulkan reaksi yang negatif di kalangan orang Melayu. Kertas Putih Malayan Union

    yang diterbitkan pada 22 Mac 1946 seolah-olah satu kejutan elektrik kepada orang Melayu.

    Mereka menentang Malayan Union kerana melihat polisi itu bukan sahaja tidak

    menguntungkan mereka malah mengancam kedaulatan serta ketuanan orang Melayu. Di mana

    penghapusan kuasa serta terhakisnya tamadun orang Melayu bakal menjadikan mereka

    senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat.

    Walaupun raja-raja Melayu dikekalkan sebagai ketua negeri tetapi mereka hanya

    berkuasa dalam soal agama Islam dan adat resam orang Melayu. Kuasa sebenar setiap negeri

    terletak pada Pesuruhjaya Residen yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis Negeri dan

    bertanggungjawab kepada Gabenor di peringkat pusat. 11 Pengalaman pahit sejurus penyerahan

    kalah Jepun dan ketegangan kaum yang tercetus selepas itu menyedarkan orang Melayu

    11 B.Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963: Satu Kajian Mengenai Masalah-masalahPersekutuan di dalam Sebuah Masyarakat Majmuk,Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, hlm. 44.

    5

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    6/29

    betapa perlunya mereka mempertahankan kedudukan mereka selaku pribumi bagi menjamin

    kesinambungan mereka di Tanah Melayu.

    Manakala reaksi golongan imigran pula berbelah bagi dan gagal memberi respon yang

    positif terhadap Malayan Union walaupun pada dasarnya polisi itu dilihat berpihak kepada

    mereka. 12 Orang Cina dan India dilihat mengamalkan sikap tunggu dan lihat dan pada masa

    yang sama lebih memberi keutamaan kepada perkembangan politik di negara masing-masing.

    Lantaran itu reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union merupakan sesuatu

    yang menarik untuk dikaji memandangkan ia telah mencetuskan satu polemik baru dalam

    perkembangan sejarah Perlembagaan Malaysia.

    PENENTANGAN ORANG MELAYU

    Suasana politik di Tanah Melayu agak berkecamuk selepas Perang Dunia Kedua. Ketegangan

    kaum tercetus di antara orang Melayu dan Cina. MPAJA yang bermaharajalela selepas

    penyerahan kalah Jepun telah menimbulkan penentangan orang Melayu. 13 Rusuhan kaum

    serta kekacauan tercetus di beberapa buah negeri termasuklah di Batu Pahat dan Muar Johor.

    Manakala di Perak pula, kekacauan tercetus di Sungai Manik, Perak.

    Lantaran itu, pengumuman kertas putih Malayan Union pada 22 Januari 1946 telah

    mencetuskan suasana panik di kalangan orang Melayu yang bimbangkan penguasaan serta

    dominasi orang Cina terhadap Tanah Melayu. Albert Lau ( 1991) menggambarkan situasi

    orang Melayu pada ketika itu seolah-olah satu kejutan elektrik dan kenyataan itu jelas tidak

    12 Local reactions to Malayan Union citizenship: inward telegram no 08009 from Major-General H R

    Hone to War Office, 23 February, in CO 537/ 1528, no 43.13 Communal violence and political militancy: HQ Malaya Command weekly intelligence reviews, nos30-32, 31 May-22 June 1946, in CO 537/ 1581, nos 14, 15 and 16.

    6

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    7/29

    dapat diterima oleh orang Melayu berasaskan beberapa pertimbangan yang utama iaitu

    penghapusan kuasa serta kedaulatan raja Melayu serta terhakisnya ketamadunan serta budaya

    orang Melayu akibat daripada dasar kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli.

    Perasaan mereka terpapar dalam hampir ke semua akhbar Melayu yang membidas

    Malayan Union yang dianggap merampas hak serta menghapuskan ketuanan Melayu di bumi

    mereka sendiri. Utusan Melayu misalnya pada 12 Oktober 1945 mencatatkan:

    dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union

    itu menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikirandan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka. 14

    Manakala Majlis pula dalam ulasannya tentang Malayan Union telah menggesa orang Melayu

    untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dan kerjasama

    orang Melayu. Mereka perlu bersatu untuk menumbangkan Malayan Union dan berusaha

    untuk mendirikan sebuah kerajaan sendiri yang ditadbir oleh anak-anak tempatan. 15 Akhbar

    tersebut juga mendakwa sesiapa yang tidak berkabung bererti menyokong Malayan Union

    dan mereka tidak akan diakui sebagai orang Melayu. 16 Justeru itu, peranan akhbar dalam

    penentangan Malayan Union telah berjaya menimbulkan kesedaran serta membina perpaduan

    di kalangan orang Melayu. Ia dijadikan medium para pemimpin Melayu dalam melahirkan

    pendapat serta membidas dasar British yang dianggap sebagai mengkhianati kepercayaan

    orang Melayu.

    14

    Utusan Melayu, 12 Oktober 1945.15 Majlis, 3 April 1946.16 Ibid, 4 April 1949.

    7

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    8/29

    Kesedaran politik dan pengalaman semasa pendudukan Jepun telah melahirkan

    golongan intelektual Melayu yang begitu prihatin tentang nasib mereka. Golongan ini yang

    rata-rata terdiri daripada wartawan mahupun kakitangan kerajaan telah lantang mengkritik

    serta menentang Malayan Union. Antaranya Dato Abdul Rahman Yassin dari Johor, belaiu

    menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh selama-lamanya bersikap yes man dan pernah

    menyatakan bahawa To a Muslim, loyalty is reciprocal. The fact that the Malay have

    hitherto, through ignorance or otherwise, been blindly obedient does not reduce loyalty to a

    sided affair. 17 Selain lagi tokoh yang banyak menyumbang kepada penyatuan orang Melayu

    ialah Dato Onn yang dianggap sebagai penyatu bangsa Melayu. Beliau telah menyeru orang

    Melayu bersatu padu secara berorganisasi di peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan

    Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur .18

    Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap masyarakat Melayu dan

    telah dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telah

    dipengerusikan oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba). 19 Dalam ucapan pertamanya, Dato

    Onn menegaskan bahawa

    nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara

    kita juga dan kesatuan kebangsaan kita hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan

    berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada

    bangsa sekali pun. 20

    Kongres Pertama itu telah dirasmikan oleh Sultan Hishammudin Alam Shah dan berjaya

    membawa kepada penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ). Ia telah

    17 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,2002, hlm. 119.

    18 Pan-Malayan Malay Congress: inward telegram no 08312 from HQ, British Military Administration (Malaya ) to War Office, 5 March 1946, in CO 537/ 1548, no 31.

    19 Local reactions to the White Paper: HQ Malaya Command weekly intelligence review, no 17, 23

    February 1946 in CO 537/ 1581.20 Ucapan Dato Onn di Kongres Melayu se-Tanah Melayu yang pertama pada 1946, dalam BiografiDato Onn: Hidup Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004, Lampiran Satu.

    8

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    9/29

    menjadi sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan serta ketuanan orang Melayu. Dalam

    kongres tergempar itu, beberapa perkara telah dipersetujui. 21 Antaranya ialah:

    i. Meminta semua orang Melayu di seluruh Tanah Melayu berkabung

    dengan memakai kain putih di songkok pada 1 hingga 7 April tanda berdukacita atas kedatangan Malayan Union.

    ii. Memohon DDYMM Sultan-Sultan Melayu supaya tidak hadir dan tidak Campur di dalam istiadat menyambut Gabenor Malayan Union.

    iii. Ahli-ahli kongres yang telah ditawar menjadi ahli Majlis Penasihat Gabenor akan menarik diri.

    iv. Meminta orang Melayu supaya tidak menerima perlantikan mana-mana Majlis,Lembaga atau Jawatankuasa.

    v. Persidangan juga telah mengambil keputusan mengutus kawat kepeda KaptenGammans dan Lt. Col. Rees Williams meminta mereka datang ke TanahMelayu untuk berunding dengan orang Melayu berkenaan Malayan Union.

    Dato Onn turut berperanan menasihati raja-raja Melayu untuk memulau pengistiharan

    Edward Gent selaku Gabenor Malayan Union pada 1 Aptril 1946. Beliau telah bersama Dato

    Haji Wahab bin Toh Muda dan Dato Nik Ahmed Kamil menghadap raja-raja Melayu yang

    telah berkumpul di Station Hotel, Kuala Lumpur untuk memujuk mereka membatalkan hasrat

    menghadiri upacara pertabalan itu. 22 Beribu-ribu orang Melayu yang memakai songkok

    berlilit kain putih telah berkumpul di hadapan Station Hotel dan melaungkan Daulat Tunku

    dan Hidup Melayu. Ketegasan para pemimpin Melayu serta sokongan padu dari rakyat

    jelata ternyata berjaya menyentuh hati raja-raja Melayu yang akhirnya bertindak memboikot

    Malayan Union.

    Raja-raja Melayu turut bertindak memboikot semua majlis rasmi yang dianjurkan British

    sempena pengisytiharan Malayan Union yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada

    orang Melayu. 23

    21 Rentetan Perjuangan Bangsa, MK Direct Sdn Bhd. Selangor, hlm. 16.22

    Ibid.23 Boycott of governors installation: inward telegram no 1 from Sir E Gent to Mr Hall, 1 April 1946, inCO 537/ 1548, no 66.

    9

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    10/29

    Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan tegas dalam membantah Malayan

    Union. Sultan Johor misalnya telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah

    Jajahan dengan menyatakan bahawa: Saya amat terharu dengan perkembangan di Tanah

    Melayu dan bertekad untuk menarik balik keputusan awal saya bersetuju dengan pelaksaan

    Malayan Union. Saya berbuat demikian untuk menjaga kepentingan orang Melayu. 24 Sultan

    Perak, Sultan Aziz turut menyuarakan bantahannya dengan mengutus surat kepada Lord

    Marchwood dan Lord Elibank dengan menyatakan bahawa:

    my real burden was concerned the question of sovereignty and on receiving the

    White Paper I became very disturbed at what I perceived was a blatant attempt by the

    Colonial Office to deprive my sovereignty. 25

    Selain itu, raja-raja Melayu turut sebulat suara untuk tidak menghadiri Mesyuarat

    pertama Majlis Melayu yang diadakan pada 2 April 1946. 26 Sebaliknya raja-raja Melayu telah

    menyokong usaha Dato Onn dan UMNO dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan

    mendesak British untuk menghapuskan Malayan Union. Ia dapat dilihat dalam mesyuarat

    agung UMNO yang biasanya akan dirasmikan oleh sultan atau raja Melayu. Ini menunjukkan

    wujudnya satu kerjasama yang akrab antara UMNO dan golongan raja yang merestui

    perjuangan parti itu. Kesungguhan raja-raja Melayu dalam memperjuangkan hak ketuanan

    orang Melayu dapat dilihat dalam surat DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan kepada Sir

    Harold MacMichael yang bertarikh 17 Disember 1945. Baginda telah mengemukakan

    beberapa komen tentang penubuhan Malayan Union serta cadangannya untuk

    dipertimbangkan oleh kerajaan British. 27 Di antara komen baginda adalah tentang

    kemusykilan mengenai rakyat Singapura yang dibenarkan memperoleh taraf kerakyatan

    24 CO 537/ 1550.25 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.131.26

    Boycott of governors installation: inward telegram no 1 from Sir E Gent to Mr Hall, 1 April 1946, inCO 537/ 1548, no 66.

    27 Bahan-bahan Pilihan Pameran Arkib Negara, Arkib Negara, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 117.

    10

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    11/29

    Malayan Union walaupun pulau itu tidak menjadi sebahagian Malayan Union. Di samping itu,

    Sultan Ibrahim turut mencadangkan agar kelayakan untuk menjadi warga Malayan Union

    berdasarkan bukti kelahiran dan penetapan, pemilikan harta serta pengetahuan dalam Bahasa

    Melayu .28 Golongan imigran yang berminat untuk menjadi rakyat Tanah Melayu juga

    diwajibkan mengambil sumpah untuk taat kepada Malayan Union serta melepaskan taraf serta

    kerakyatan negara asalnya.

    Penentangan masyarakat massa Melayu turut begitu terasa dan demonstrasi secara

    besar-besaran telah diadakan di bandar-bandar di seluruh Tanah Melayu. Di Kota Bharu,

    kehadiran Mac Michael pada 15 Disember 1945 telah mencetuskan satu demonstrasi yang

    melibatkan 10,000 orang. Mereka membawa sepanduk yang mengecam Mac Machael dan

    menentang Malayan Union. 29 Di Johor pula, pada 10 Februari 1946, Dato Onn telah

    memimpin 15,000 orang Melayu telah mengadakan satu demonstrasi secara besar-besaran

    untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Malayan Union. 30 Pada masa yang sama, orang

    Melayu turut mengadakan rapat umum semasa kehadiran dua wakil parlimen British iaitu

    L.D. Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya. Pada Mei 1946 telah

    menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban,

    Klang, Kuala Lumpur, Alor Star dan George Town.

    REAKSI GOLONGAN RADIKAL MELAYU

    Walaupun Malayan Union ditentang oleh sebahagian besar Melayu tetapi terdapat segelintir

    orang Melayu yang bersifat radikal dan menganggotai parti-parti haluan kiri dan mengambil

    28 Ibid.29

    Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in theMalaysia Region 1945-65, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 25.

    30 Ibid.

    11

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    12/29

    pendirian yang menentang arus perdana kesedaran orang Melayu. Tindakan ini dapat dilihat

    dengan jelas dalam pergerakan serta perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya

    ( PKMM ) . Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh, Perak dan dibawah

    kepimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya. Pendirian

    PKMM terhadap Malayan Union jelas, ia telah bertindak mengalu-alukan dasar itu dan telah

    dinyatakan dengan tegas dalam Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh

    pada 30 November. 31

    Sokongan PKMM terhadap Malayan Union berlandaskan kepada beberapa perkara

    utama. Pertama, ia menyokong usaha British dalam menyatukan kesemua negeri Melayu

    untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Ia dipercayai akan melicinkan pentabdiran serta

    menyatupadukan kesemua negeri dan mengelakkan perpecahan. Kedua, PKMM turut

    menerima dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti

    kebangsaan yang bersifat Malayan. 32 Ia penting dalam melahirkan satu bangsa yang taat

    setia kepada Tanah melayu di samping menjamin satu hubungan yang baik antara kaum.

    Selain itu, PKMM turut tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan

    mengambil sikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini

    tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang

    Melayu.

    Pandangan ini telah disuarakan oleh Ahmad Boestamam yang menyatakan bahawa:

    Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam masa

    yang akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan

    gelaran dalam negeri tidak akan lagi menjadi pusaka keturunan dan hak bagi satu puak

    31

    Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), Dewan Bahasa Pustaka, Selangor,2004, hlm. 140.

    32 Ibid, hlm. 145.

    12

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    13/29

    yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata. Siapakah yang

    tidak bersetuju dengan aturan ini. 33

    Dalam usahanya memperjuangkan ideologinya, PKMM telah bekerjasama dengan dua lagi

    parti Melayu haluan kiri iaitu Angkatan pemuda Insaf ( API ) dan Angkatan Wanita Sedar

    ( AWAS ). Kedua-dua parti ini dianggap sebagai sayap kepada PKMM dan telah membentuk

    Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) pada 22 Februari 1947 bagi menentang perlembagaan baru

    yang telah dicadangkan oleh Jawatan kuasa Kerja .34

    API pimpinan Ahmad Boestamam telah diasaskan pada Febuari 1946 apabila satu

    perjumpaan telah diadakan di ibu pejabat PKMM di Ipoh. 35 Ia mempunyai corak perjuangan

    yang keras dan beranggapan bahawa kemerdekaan hanya dapat dicapai menerusi

    pertumpahan darah dan tidak seharusnya wujud sebarang toleransi dalam soal penentangan

    terhadap penjajahan. 36 Dalam perjuangannya API menuntut sebuah negara yang benar-benar

    merdeka iaitu tanpa campur tangan kuasa asing dan menekankan prinsip demokrasi. Selain

    itu, API turut menekankan ketuanan Melayu terhadap Tanah Melayu dan bercadang untuk

    mengamalkan dasar tutup pintu.

    Gerakan radikalisme Melayu di Tanah Melayu turut diwarnai dengan pergerakan

    wanita Melayu yang turut menyokong PKMM. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) pimpinan

    Shamsiah Faqeh turut mewarisi corak perjuangan yang radikal dengan propaganda bahawa

    pemuda-pemudi Melayu tidak seharusnya mati di atas katil tetapi perlu bangkit dan

    33 Ibid, hlm. 141.34 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in the

    Malaysia Region 1945-65, hlm. 41.35

    Malay extremism and API: despatch no 1 form Sir E Gent to Mr Creech Jones, 24 Februari 1947, inCo 537/ 2151, no 1.

    36 Ibid.

    13

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    14/29

    menentang penjajahan demi kemerdekaan Tanah Melayu. 37 Di samping itu, AWAS turut

    menyeru kaum wanita Melayu untuk bersatu dalam memperjuangkan kemerdekaan Melayu.

    AWAS turut menggesa agar segala adat serta cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang

    mengongkong kebebasan serta menafikan hak kaum wanita dihapuskan.

    PKMM dan sayapnya API dan AWAS telah berjaya menubuh Pusat Tenaga Rakyat

    ( PUTERA ) dan mendapat sokongan daripada Barisan Tani Malaya ( BATAS ) dan Gerakan

    Pemuda Melayu ( GERAM ). PUTERA memperjuangkan empat prinsip utama iaitu Bahasa

    Melayu harus dijadikan bahasa rasmi negara, hal ehwal dan pertahanan menjadi

    tanggungjwab bersama kerajaan Tanah Melayu dan British. Di samping itu, perkataan

    Melayu hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan Tanah Melayu dan bendera

    kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu. 38

    Dalam menunjukkan keikhlasannya dalam membentuk sebuah negara Malayan yang

    bersatu, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA pada bulan Mac 1947 untuk menentang

    Persekutuan Tanah Melayu. Gabungan ini telah mendesak British untuk menggugurkan

    segala persetujuan yang telah dicapai antara British dengan wakil UMNO dan raja-raja

    Melayu. Sebaliknya AMCJA-PUTERA telah meluluskan bersama satu perlembagaan baru

    yang dikenali Perlembagaan Rakyat dan mengandungi 10 prinsip. Ia telah dikemukakan pada

    April 1947 sebagai satu alternatif kepada cadangan Jawatan kuasa sebelum ini. 39 Antara

    beberapa prinsip utama dalam perlembagaan tersebut ialah wujudnya Malaya yang bersatu

    dan penyatuan dengan Singapura, hak berpolitik yang sama rata bagi semua yang

    menganggap Malaya sebagai tanah airnya, bahasa Melayu harus menjadi bahasa kebangsaan

    37 Ibid.38

    B. Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963: A Study of Federal Problems in a Plural Society,Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1969, hlm. 49.

    39 Ibid, hlm. 51.

    14

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    15/29

    dan kerakyatan Melayu haruslah dinamakan Melayu dan kedudukan sultan dikekalkan dan

    berperanan sebagai raja berperlembagaan. 40

    Namun begitu, cadangan perlembagaan tersebut telah ditolak oleh kerajaan British

    yang bertindak meminggirkan golongan haluan kiri yang dipercayai didalangi oleh Parti

    Komunis Malaya. British berpegang teguh dengan persetujuan yang telah dicapai sebelum ini

    dan Persekutuan Tanah Melayu telah diistiytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Ia

    jelas melemahkan pakatan AMCJA-PUTERA walaupun kedua-dua berjaya melancarkan

    hartal tetapi ia tidak meninggalkan impak yang besar dalam pentadbiran Tanah Melayu. Di

    mana British telah mengamalkan semula dasar politiknya yag pro-Melayu dengan

    menganggap bahawa Tanah Melayu milik orang Melayu dengan mengiktiraf semula

    kedaulatan raja-raja Melayu. Ia dapat dilihat dalam kenyataan Malcom MacDonald yang

    menegaskan bahawa:

    In some quarters criticism has been leveled at us to talk exclusively with the Malays

    first, but that was the right and proper course to take. It is not simple that the Malays

    are the indigenous inhabitants of this country, that is their original and only

    homeland. Also what is under discussion is on a revision of treaties between their

    Highness, the Malay Ruler and his Majesty King. The differences of opinion that

    existed between the Malays and the British must be settled. 41

    REAKSI BEKAS-BEKAS PEGAWAI BRITISH

    Menurut Mohamed Nordin Sopiee, penentangan oleh bekas pegawai-pegawai British terhadap

    Malayan Union turut merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi keputusan British

    untuk meminda Malayan Union .42 Bekas-bekas pegawai British seperti Sir Frank 40

    Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik, hlm. 122.41 Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), hlm. 261-262.42

    15

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    16/29

    Swettenham, Sir Richard Winstedt, Sir Goerge Maxwell dan Sir Cecil Clemneti menganggap

    perubahan yang cuba dilaksanakan dalam Malayan Union sebagai sesuatu yang terlalu drastik

    dan bakal menimbulkan suasana yang tegang di Tanah Melayu. Ia dapat dilihat dalam

    penulisan Albert Lau ( 1991 ), The Malayan Union Controversy 1942-1948 yang menyatakan

    bahawa: In London, the Malay campaign against the Malayan Union had also stirred the

    interest of several prominent ex-MCS pensioners .43

    Mereka telah menyuarakan bantahan mereka menerusi media massa dan juga parlimen

    Britian. Sir Frank Swettenham misalnya telah menyuarakan pendapatnya menerusi The

    Times, 26 Oktober 1945 menyatakan Does that mean annexation ? 44 Manakala Sir Richard

    Winstedt pula menyatakan bahawa Malayan Union bermakna penghapusan kuasa politik

    orang Melayu dan mengesa Pejabat Tanah jajahan London untuk memikir semula polisi

    terebut. Sir Cecil Clementi dan George Maxwell pula membidas Malayan Union yang dilihat

    akan menjejaskan hubungan baik antara British dan orang Melayu. 45 Ia seterusnya akan

    mendorong orang Melayu untuk bertindak secara agresif dan kemungkinan besar akan

    bergabung dengan gerakan di Indonesia.

    Penentangan yang tercetusnya ini telah membawa kepada satu siri rundingan antara

    Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan London dengan bekas-bekas pegawai yang diwakili oleh F.

    Swettwnham, Cecil Clementi dan Winstedt. Rundingan itu yang dipengerusikan oleh Creech

    Jones dikatakan bertujuan untuk mendapat pandangan daripada pegawai-pegawai tersebut

    tentang Malayan Union yang telah dilakukan pindaan. 46 Namun begitu, bekas-bekas pegawai

    Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in theMalaysia Region 1945-65, hlm. 30.

    43 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm. 136.44 Ibid.45

    Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm. 100.

    46 Ibid, hlm. 101.

    16

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    17/29

    itu tetap tidak bersetuju dengan polisi kerakyatan yang liberal dan juga proses pemindahan

    kuasa dari raja Melayu kepada British. Mereka menggesa kuasa politik orang Melayu untuk

    dipulihkan dan hak serta keistimewaan mereka perlu dilindungi.

    REAKSI ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

    Malayan Union mendapat sambutan dingin daripada golongan imigran. Di mana dasar yang

    diperkenalkan sejurus Perang Dunia Kedua itu dilihat telah diperkenalkan pada masa yang

    tidak sesuai. Keadaan Tanah Melayu yang masih huru-hara serta kemusnahan setelah

    peperangan mengakibatkan golongan imigran sibuk mengatur kehidupan masing-masing

    tanpa memberi perhatian yang serius terhadap dasar itu. Selain itu, keputusan British untuk

    menangguhkan fasal mengenai kewarganegaraan pada 30 Mac 1946 turut menghilangkan

    minat orang bukan Melayu terhadap Malayan Union. 47

    Kemusnahan akibat daripada peperangan dan kekacauan yang tercetus lantaran

    daripada ketegangan hubungan antara Melayu dan Cina mengakibatkan golongan itu lebih

    menumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi dan sosial. 48 Di samping itu, sikap tidak acuh

    masyarakat Cina terhadap Malayan Union turut berpunca daripada faktor kurangnya

    kesedaran politik dan tahap pendidikan yang rendah. Lantaran itu, sebahagian besar daripada

    komuniti itu gagal menghayati ciri-ciri Malayan Union serta impaknya terhadap mereka.

    Mereka mengambil pendirian bahawa sebarang perubahan itu tidaklah ketara selagi tidak

    menjejaskan kepentingan peribadi masing-masing. 49

    47 Postponement of Citizenship: minute by Mr Creech Jones to Mr Attl15 March 1946, in PREM 8/459.

    48 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, Penerbit

    Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm. 97.49

    Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.127.

    17

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    18/29

    Di kalangan masyarakat Cina yang mempunyai kepentingan serta kesedaran politik

    pula, pendirian mereka berbelah-bagi dan gagal mencerminkan aspirasi komuniti itu.

    Golongan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri. 50

    Ia terdiri daripada golongan Cina yang berhaluan kiri iaitu penyokong Parti Komunis Malaya,

    golongan haluan kanan iaitu penyokong Parti Kuomintang yang berkiblatkan Negara China

    serta golongan fahaman sederhana ( tengah ) yang majoritinya mendapat pendidikan Inggeris

    dan merupakan orang Cina Negeri Selat yang pro-British.

    Golongan haluan kiri yang dipelopori PKM pada peringkat awal kurang memberi

    perhatian terhadap Malayan Union. Ia dilihat giat menyusun semula organisasi parti itu

    bersesuaian dengan usahanya untuk mengambil alih kuasa menerusi perlembagaan dengan

    bekerjasama dengan British. Menurut Malayan Security Services, Political Intelligence

    Journal ( P JJ ), aktiviti PKM sehingga 30 April 1946 tertumpu dalam usaha penstrukturan

    semula parti itu dan memperjuangkan kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan cuba

    mempromosikan manifesto parti yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 1945.

    Dalam membicarakan Malayan Union pula, golongan haluan kiri ini tidak menyatakan

    pendirian mereka secara terbuka agar ia tidak kelihatan menyokong dasar imprealisme

    British. Walaupun Malayan Union dilihat memenuhi sebahagian daripada manifestonya

    namun PKM telah mengkritik Malayan Union kerana kegagalannya mewujudkan sebuah

    negara yang demokrasi di samping menafikan hak mengundi bagi semua kaum. 51 Selain itu,

    PKM turut membidas pemisahan Singapura dari Tanah Melayu dan beranggapan dasar itu

    bertujuan untuk meneruskan agenda penjajahan Barat di Timur. PKM mendesak Brtish untuk

    memenuhi tuntutan mereka berdasarkan prinsip demokrasi yang akan membentuk sebuah

    50

    Ibid, hlm. 127.51 Publicity for British policy and the aims of the Malayan Communist Party: inward telegrams nos 433and 434 from M E Dening to FO, 3 September 1945, in CO 203/5642.

    18

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    19/29

    kerajaan Pan-Malayan Unified Self-Government yang akan berpusat di Singapura dengan

    penekanan kepada prinsip demokrasi yang merangkumi aspek seperti persamaan hak politik,

    ekonomi dan sosial. 52

    Masyarakat Cina haluan kanan pula mengambil pendirian berkecuali dalam

    penerimaan Malayan Union. Golongan ini yang majoritinya dilahirkan di China lebih

    berminat dengan perkembangan politik di negara asal mereka. Golongan yang berfikiran

    sempit ini menganggap dasar kewarganegaraan Malayan Union sebagai ancaman kepada

    identiti mereka. Perkara ini dilaporkan oleh Malayan Security Service di mana hasil

    pemerhatiannya mendapati:

    it appears to have been generally thought that acceptance of Malayan

    Union citizenship would entail renunciation of Chinese nationality and this was

    regarded as ridiculous by the Chinese. If such renunciation had been necessary no

    Chinese would have thought of applying for Malayan citizenship unless it was

    necessary for business reasons, in which case some special arrangements would, they

    have been made with the Chinese Government .53

    Selain itu wujud juga tanggapan bahawa penerimaan terhadap Malayan Union bermakna

    orang Cina terpaksa tunduk kepada kekuasaan sultan Melayu dan ia adapat dilihat dalam

    komentar akhbar Chung Hwa yang mengulas bahawa The sultan of the Malay States only

    represent their own individual interests. If they are retained in the Malayan Union future of

    democracy will be greatly affected . 54

    Sikap berkecuali golongan ini juga turut berpunca daripada kekurangan pemimpin

    yang berkaliber selepas Perang Dunia Kedua. Di mana ramai yang telah melarikan diri atau

    terkorban semasa peperangan. Manakala pemimpin-pemimpin yang tinggal pula seolah-olah52

    Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 99.53 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.128.54 Ibid, hlm. 128.

    19

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    20/29

    kehilangan taring politik mereka. Golongan pemimpin ini telah bekerjasama dengan Jepun

    semasa pendudukan Jepun dan dikritik hebat sebagai pengkhianat bangsa oleh golongan

    haluan kiri. Lantaran itu, menurut Victor Purcell, pemimpin-pemimpin seperti Tan Kah Kee

    dan Aw Boon Hwa dikatakan lebih selesa untuk mendiamkan diri bagi mengelakkan sebarang

    konflik dengan golongan haluan kiri dan juga demi kesinambungan karier politik masing-

    masing .55

    Kemunculan Malayan Union mendapat sambutan hangat daripada golongan Cina

    fahaman sederhana yang mendapat pendidikan Inggeris. Golongan Cina Peranakan yang

    dilahirkan di Negeri-negeri Selat melihat dasar baru ini sebagai satu platform terbaik bagi

    mereka memperjuangkan persamaan hak serta kerakyatan yang lebih liberal. Usaha kea rah

    ini telah pun bermula seawal tahun 1930an lagi di mana pemimpin-pemimpin masyarakat

    Cina Peranakan seperti Tan Cheng Lok, Dr Lim Boon Keng, Song Ong Siang, Han Hoe Lim

    dan Lim Chong Ean yang menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat lantang

    memperjuangkan hak politik masyarakat itu. Ia dapat dilihat dalam akhbar Ikhwan pada 16

    Februari 1931 yang telah dipetik oleh Bahari Muhammad Shah ( 1979 ) dalam latihan ilmiah

    yang bertajuk Persoalan orang-orang Asing dalam Akhbar Melayu 1931:

    siapa kata ini negeri Melayu ? Apabila Kapitan Light datang, ia tidak lihat orang

    dan kampung Melayu. Datok dan nenek kami datang bekerja sebagai buroh dan

    mereka tidak mengirim wang balik ke negeri, atau kembali ke negeri China. Mereka belenja wang di sini dengan ini bermakna kerajaan yang buka negeri ini kepada satu

    negeri yang bertamadon. Kami adalah salah seorang yang berhak di dalam negeri ini.

    Ini adalah kami punya negeri. 56

    55

    Ibid.56 Bahari Muhammad Shah, Persoalan Orang-orang Asing dalam Ahkbar Melayu, Latihan IlmiahUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1979, hlm.9.

    20

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    21/29

    Justeru itu, Tan Cheng Lok telah tampil ke hadapan dan mengalu-alukan polisi

    Malayan Union dengan berkata who intend to settle permanently in this country welcome

    the opportunity to acquire the rights of citizenship, so that they may completely identify

    themselves with Malaya and be loyal and faithful to the land of their adoption, to which they

    are prepared to give their undivided allegiance .57 Pendirian Tan Cheng Lok yang

    mencerminkan aspirasi golongan Cina yang pro-British itu jelas menunjukkan minat golongan

    sederhana terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu. Malah pada 8 Julai 1946, beliau

    telah bertindak mengutus telegram kepada para pemimpin Cina dan mengesa mereka agar

    mendesak British untuk menimbang semula cadangan pindaan perlembagaan Malayan Union

    kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dilihat sebagai imbasan polisi British

    sebelum Perang Dunia Kedua yang pro-Melayu.

    Pada dasarnya, reaksi masyarakat Cina terhadap Malayan Union berbelah-bagi dan

    gagal menyatakan satu pendirian yang kukuh terhadap dasar itu walaupun secara

    keseluruhannya ia berpihak kepada mereka. Komuniti itu kurang berminat terhadap polisi itu

    kerana melihatnya sebagai satu lagi dasar penjajah yang bersifat kolonial dan tidak

    demokratik. Namun begitu menjelang proses rundingan pindaan terhadap Malayan Union

    yang telah diadakan di sekitar Jun, masyarakat Cina mula menunjukkan minat mereka

    terhadap perkembangan itu. Ia telah menyaksikan satu senario baru dalam politik masyarakat

    Cina di Tanah Melayu. Di mana golongan yang berlainan mahzab dari komunis,

    koumintang dan fahaman sederhana berjaya bekerjasama dan mendesak British untuk

    menimbang semula pindaan perlembagaan Malayan Union.

    Ia telah membawa kepada penubuhan Pan-Malayan Council of Joint Action

    57 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 98.

    21

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    22/29

    ( PMCJA ) pada 22 Disember 1946. 58 Ia telah menggabungkan parti-parti politik dan kesatuan

    seperti Kesatuan Demokratik Malaya, Kongres India Malaya ( MIC ), Malayan Peoples Anti-

    Japanese Ex- Services Comrades Association dan Pan-Malayan Federation of Trade Unions

    dan dibawah kepimpinan Tan Cheng Lok. AMCJA telah mengemukakan 3 prinsip utama

    dalam usahanya untuk membentuk satu perlembagaan baru iaitu penyatuan Tanah Melayu

    dengan Singapura, pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan

    keahliannya dipilih oleh rakyat. Manakala hak kerakyatan pula, sama bagi semua penduduk

    yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan setia kepadanya. 59 PMCJA telah

    bertukar nama kepada Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu ( AMCJA ) pada tahun 1947.

    AMCJA semakin lantang bersuara apabila ia mendapat mula mendapat sokongan

    daripada dewan-dewan perniagaan Cina yang bimbangkan kepentingan ekonomi mereka akan

    terjejas lantaran daripada kejayaan golongan nasionalis Melayu dalam memberi tekanan

    sehingga membawa kepada pindaan terhadap dasar Malayan Union. Kebimbingan golongan

    itu tertumpu kepada dua perkara utama iaitu kekuasaan raja-raja Melayu dalam Perlembagaan

    Melayu yang dijangka akan menjadi penghalang kepada sebarang pindaan perlembagaan itu

    pada masa hadapan. 60 Selain itu, mereka turut berpendapat pemulihan kedudukan orang

    Melayu bakal menyukarkan lagi proses kerakyatan yang akan menindas dan menghalang

    penguasaan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu. 61

    Dalam usaha untuk menunjukkan penentangan masyarakat Cina terhadap Persekutuan

    Tanah Melayu, AMCJA bersama-sama dengan dewan perniagaan Cina telah melancarkan

    beberapa siri hartal di Tanah Melayu. Ia bermula di Melaka pada 9 September 1947, Perak

    58 James de V. Allen, The Malayan Union, hlm. 24.59 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 110.60

    Chinese demand for constitutional review: inward telegram no 367 from M J Macdonald to Mr Creech Jones, 8 November 1947, in CO 537/2144, no 264.

    61 Ibid.

    22

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    23/29

    pada 25 September 1947 dan hartal secara besar-besaran di seluruh negara pada 20 Oktober

    1947. Ia dikatakan telah melumpuhkan hampir ke semua bandar-bandar besar di Tanah

    Melayu dan melibatkan kira-kira 90% perniagaan persendirian di Tanah Melayu. Di mana

    menurut The Malaya Tribune, hartal tersebut mendapat sambutan kira-kira 95% penduduk

    Asia di Singapura dan kira-kira 99% peniagaan berketurunan Asia. 62 Namun begitu, hartal

    tersebut hanya mendapat sambutan di bandar-bandar besar yang dikuasai oleh masyarakat

    Cina sahaja. Di mana ia dikatakan gagal sama sekali di negeri-negeri Pantai Timur serta

    negeri-negeri Melayu seperti Kedah , Perlis dan Johor. 63

    Menurut Lee Kong Chian yang mewakili Dewan Perniagaan Cina, hartal tersebut

    sebenarnya merupakan protes daripada komuniti Cina yang jelas tidak menyenangi keputusan

    British dalam meminda perlembagaan Malayan Union. 64 Di mana dalam pertemuan dengan

    Encik Creech Jones, Lee mendakwa penglibatan Dewan Perniagaan Cina dalam hartal

    tersebut merupakan jalan terakhir dewan itu meminta British untuk memperhalusi pindaan

    perlembagaan yang bakal dibuat agar kepentingan kaum lain diambil kira. 65

    Pergolakan politik di Tanah Melayu akibat daripada pengenalan Malayan Union turut

    menyemarakkan perkembangan politik masyarakat India di Tanah Melayu. Ia telah membawa

    kepada penubuhan Kongres India Malaya ( MIC ) pada 8 Ogos 1946. John Thivy merupakan

    presiden MIC yang pertama dan beliau merupakan seorang pemimpin yang anti-British.

    Semasa Perang Dunia Kedua, Thivy telah menyertai Liga Kemerdekaan India pimpinan

    Subhas Chanda Bose yang bertujuan membebaskan India daripada imprealism British.

    62 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in theMalaysia Region 1945-65, hlm. 43.

    63 B. Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963: A Study of Federal Problems in a Plural Society,

    hlm 5264 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.241.65

    Chinese demand for constitutional review: inward telegram no 367 from M J Macdonald to Mr Creech Jones, 8 November 1947, in CO 537/2144, no 264.

    23

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    24/29

    Lantaran itu, beliau dianggap sebagai seorang yang bersikap a grave danger to the peace and

    security of Malaya oleh badan perisik British .66

    MIC telah menyertai AMCJA pada bulan Disember 1946 untuk menentang

    Persekutuan Tanah Melayu. Tindakan itu dilakukan setelah MIC menyedari wujudnya satu

    rundingan sulit antara British dengan wakil UMNO dan raja-raja Melayu dalam meminda

    perlembagaan Malayan Union. Penentangan orang India yang diwakili MIC berterusan

    setelah Budh Singh menggantikan Thivy apabila parti itu memulau Perjanjian Persekutuan

    Tanah Melayu dan telah menolak semua perwakilan dalam Majlis Persekutuan dan Majlis

    Negeri.

    Namun begitu, perjuangan AMCJA-PUTERA yang dianggap sebagai kerjasama

    antara kaum yang pertama itu tidak berpanjangan apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah

    Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Para pemimpin Cina mula mengalih tumpuan

    mereka dengan menubuhkan Malayan Chinese Association ( MCA ) yang mendapat

    sokongan British. Di mana MCA telah berjaya menyatukan masyarakat Cina di samping

    mengekang sokongan komuniti itu terhadap komunis. Para pemimpin radikal Melayu pula

    mula berpecah dan ramai di kalangan mereka telah ditahan di bawah Akta Darurat di Tanah

    Melayu menjelang bulan Jun 1948 apabila PKM telah mengubah taktik perjuangannya kepada

    kekerasan apabila matlamatnya berjuang melalui perlembagaan gagal. Di samping itu,

    terdapat juga pemimpin-pemimpinnya yang telah menyusup masuk ke UMNO untuk

    mengelak diri ditangkap dan ia termasuklah Aishah Ghani, Ghafar Baba dan ramai lagi. 67

    DARI MALAYAN UNION KE PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

    66 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.216.67 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik, hlm. 123.

    24

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    25/29

    Penentangan yang berterusan serta menyeluruh daripada orang Melayu telah memberi satu

    tekanan yang besar kepada pentadbiran British di Tanah Melayu. Pada masa yang sama,

    Malayan Union gagal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat bukan

    Melayu. Menyedari hakikat ini, Gent telah menasihati kerajaan Britian untuk bersedia

    meminda perlembagaan Malayan Union. Gent telah menyatakan pendapatnya kepada Encik

    Hall dalam telegram yang bertarikh 4 Mei 1946 bahawa pentingnya untuk memenuhi tuntutan

    orang Melayu yang yang inginkan sebuah kerajaan Persekutuan bagi menggantikan Malayan

    Union. 68 Ia penting bagi menjamin kestabilan politik di Tanah Melayu yang menggelakkan

    orang Melayu menentang British secara agresif. Ini kerana timbul kebimbangan orang Melayu

    akan bekerjasama dengan PKM atau mendapatkan bantuan daripada golongan extremist dari

    Indonesia bagi menentang British secara kekerasan .69

    Lantaran itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh

    pegawai kanan British seperti AT Newboult, K K OConnor, W D Godshall, W. Linehan, A

    Williams dan W C Watherston. Manakala raja-raja Melayu dan UMNO pula diwakili oleh

    Dato Hamzah b. Abdullah, Dato Nik Ahmed Kamil, Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Rahman b.

    Mohd Yasin, Hj Mohamed Sherrif dan Raja Kamaralzaman b. Raja Mansur. 70 Perbincangan

    itu telah diadakan sebanyak empat pusingan iaitu dari 6-16 Ogos, 6-28 September, 11

    Oktober- 1 November dan 11- 18 November 1946. 71 Rundingan antara British dengan raja-

    raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

    68 Sultans constitutional proposals: inward telegram no 222 from sir E Gent to Mr Hall recommendingconciliation, 4 May 1946, in CO537/ 1528, no 95A.

    69 Indonesian influences in Malaya: minute by H T Bourdillon recording the views of Mr M J MacDonald, 23 Januari 1948, in CO 537/ 2177.

    70

    Developments in Malayan constitutional discussions: note by H T Bourdillon on deliberations of theAnglo-Malay working committee, 29 Ogos 1946, in CO 537/ 1530, no 245.

    71 Ibid.

    25

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    26/29

    pada 21 Januari 1948 dan telah membawa kepada terbentuk Persekutuan Tanah Melayu pada

    1 Februari 1948 .72

    KESIMPULAN

    Pada dasarnya kaum imigran yang masih dalam keadaan membina semula kehidupan mereka

    selepas peperangan gagal memberi sokongan yang kuat terhadap Malayan Union. Mereka

    menganggap dasar baru itu satu lagi polisi British yang bertujuan untuk mengukuhkan

    72 Signing the State and Federation Agreements: letter from Sir E Gent to H T Bourdillon, 22 Januari1948, in CO 537/ 3671, no 28.

    26

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    27/29

    kedudukan mereka tanpa membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seharian

    masyarakat pendatang. Namun begitu apabila rundingan dan pindaan terhadap Malayan

    Union dicadangkan ia telah menyaksikan satu kesedaran di kalangan golongan ini. Mereka

    mula menyatakan sokongan mereka terhadap Malayan Union dan menentang Persekutuan

    Tanah Melayu yang dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan ekonomi serta menyukarkan lagi

    proses untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu.

    AMCJA telah ditubuhkan dan berjaya mendapat sokongan yang menggalakkan

    daripada pelbagai parti serta pertubuhan bukan Melayu. Dalam usaha mendesak British untuk

    menolak rundingan dengan orang Melayu dan menimbang semula cadangan pindaan itu.

    AMCJA telah bekerjasama dengan PUTERA, sebuah parti radikal orang Melayu. Pakatan itu

    telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat tetapi telah ditolak oleh British. Ia kemudian

    telah membawa kepada tercetusnya beberapa siri hartal. Namun begitu, ia gagal mengubah

    keputusan British untuk meminda Malayan Union.

    British dilihat lebih selesa untuk berunding dan menerima UMNO daripada PUTERA

    atau AMCJA yang dilihat mempunyai pertalian dengan PKM yang sentiasa memberi pelbagai

    masalah kepadanya. Lantaran itu, British akur dengan kehendak orang Melayu yang menolak

    semua prinsip dan struktur Malayan Union. Selain itu, mereka inginkan sebuah bentuk

    persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu dan menolak kerakyatan jus soli. Mereka turut mahu

    taraf negeri naungan dipulihkan dan raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.

    Walaupun pada dasarnya Persekutuan Tanah Melayu seolah-olah memulangkan semula kuasa

    kepada orang Melayu tetapi hakikatnya kandungan perlembagaan itu tidak banyak berbeza

    dengan Malayan Union. Di mana bagi kebanyakan sarjana, perubahan itu hanyalah satu

    27

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    28/29

    bentuk perang psikologi politik untuk mengurangkan penentangan orang Melayu. Oleh itu, ia

    tidaklah boleh dianggap sebagai satu kegagalan British mahupun kejayaan UMNO.

    Terdapat pelbagai teori tentang kejatuhan Malayan Union, tetapi faktor keselamatan

    serta kesinambungan untuk terus berada di Tanah Melayu dilihat sebagai faktor pendorong

    British untuk mengalah dan kembali ke dasar pro-Melayu. Ia dapat dilihat dengan

    terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu yang mendapat sambutan orang Melayu. Namun

    begitu, ia gagal menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul selepas Perang Dunia Kedua.

    Gerakan Parti Komunis Malaya yang semakin aktif dan ganas telah memaksa British

    mengisytiharkan Darurat pada Jun 1948 dan akta Darurat itu berterusan selama 12 tahun.

    Selain itu, beberapa gerakan pemisahan turut berlaku di mana terdapat beberapa buah negeri

    yang cuba membebaskan dirinya daripada Persekutuan Tanah Melayu. Antaranya yang paling

    ketara ialah gerakan pemisahan Pulau Pinang dan Melaka. Ini kerana majoriti penduduk

    kedua-dua buah Negeri Selat itu ingin mengikut jejak Singapura dan terus berada di bawah

    pentadbiran British secara berasingan.

    SENARAI RUJUKAN

    A.J. Stockwell (ed. ). 1995. Malaya: The Malayan Union Experiment 1942-1948 .

    London: University of London.

    28

  • 8/8/2019 Malayan Union Edit

    29/29

    Albert Lau. 1991. The Malayan Union Controversy 1942-48 . Singapore: Oxford

    University Press.

    Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato Onn: Hidup Melayu . Bangi. Penerbit Universiti

    Kebangsaan Malaysia.

    James de V. Allen. 1967. Malayan Union . United States: Yale University Southeast Asia

    Mohamed Noordin Sopiee. 1974. From Malayan union to Singapore Separation:

    Political Unification in the Malaysia Region 1945-65 . Kuala Lumpur: Penerbit

    Universiti Malaya.

    Oong Hak Ching. 2000. Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British

    Policy . Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia ( 1938-1965 ). Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Pustaka.

    29