Top Banner

of 23

Latar Belakang NKRA

Jul 20, 2015

ReportDownload

Documents

Latar Belakang NKRA Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang daripada mencapai Wawasan 2020, kerajaan memberikan sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahlukan, Pencapaian Diutamakan. Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan - dalam bidang yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) - dengan fokus yang khusus pada tahun 2010. NKRA telah didefinisikan sebagai bidang utama negara. Ia mewakili gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntutan terdesak rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang yang memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan perhatian yang khusus. Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang tersebut adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Bagi setiap NKRA, seorang menteri peneraju dilantik bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.B. Senator Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri peneraju ke-4 yang bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah atau Low Income Households (LIH).

Enam Menteri Peneraju NKRA berkenaan adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Pelajaran - YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Jenayah (Keselamatan Awam) - YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein Rasuah - YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah - YB Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil 5. Memperkasa prasarana luar Bandar dan pendalaman - YB Dato Seri Haji Mohd Safie Haji Apdal 6. Menambahbaik pengangkutan awam - YB Dato Sri Ong Tee Keat

Terdapat empat sasaran utama atau sub-NKRA iaitu:

1. Membasmi kemiskinan tegar 44,643 is rumah miskin tegar di bawah sistem eKasih menjelang 31 Disember 2010; 2. Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8% menjelang Disember 2010; 3. Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita menjelang 31 Disember 2010; dan 4. Meningkatkan kadar pemilikan atau penyewaan rumah ke 50% dikalangan rakyat berpendapatan RM2,500 sebulan ke bawah menjelang Disember 2010. NKRA Low Income Household (LIH) Pada 5 Oktober 2009, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan satu sesi percambahan fikiran yang dikenali sebagai Makmal NKRA atau Lab NKRA. Lab NKRA ini telah beroperasi selama 6 minggu bermula pada 5 Oktober 2009 sehingga 13 November 2009 bertempat di IOI Palm Garden Hotel Resort, Putrajaya. Objektif Lab adalah untuk memperinci dan membangunkan keenam-enam NKRA seperti mana yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini. Pejabat Pengurusan Transformasi atau Transformational Management Office (TMO), kini dikenali Delivery Management Office (DMO) diwujudkan bagi melaksanakan semua cadangan inisiatif yang telah dikemukakan oleh NKRA Low Income Households (LIH). Untuk membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan, NKRA LIH mengenalpasti 57 inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Pendekatan tersebut melibatkan 8 perubahan struktur, 12 spektrum dan pelaksanaan program 1AZAM. Inisiatif 8 perubahan struktur melibatkan:

Penyeragaman Definisi Berpendapatan Rendah, Miskin & Miskin Tegar Penyeragaman Data SDS (eKasih) Penyeragaman Servis Entiti Mengamalkan strategi SDS Penstrukturan semula subsidi dan insentif, memperkenalkan kad SDS Pelaksanaan Skim Takaful SDS Meningkatkan gaji minimum Meperkenalkan Inspektorat SDS

Manakala 12 Spektrum pula melibatkan:

Pendidikan dan Latihan; Kesihatan; Kemudahan Asas; Kewangan dan Kebendaan; Advokasi; Kemudahan Awam; Penempatan Kerajaan Skim Insurans Takaful Berkelompok

Skim Mikro Kredit; Pensturukturan semula subsidi; Transisi dan Integrasi; dan Kemudahan Perumahan.

Program 1AZAM adalah merangkumi empat bidang iaitu Azam Kerja, AZAM Khidmat, AZAM Niaga dan AZAM Tani akan dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti golongan miskin. LAB NKRA LIH menetapkan sasaran untuk:

Membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar 44,643 isirumah yang didaftarkan di bawah sistem eKasih pada akhir tahun 2010. Angka ini tidak termasuk jumlah kemsikinan tegar orang asli. Taburan jumlah miskin tegar seperti dalam peta. Mengurangkan kadar kemiskinan dari 3.6% kepada 2.8% sebelum 31 Disember 2010. Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita pada tahun 2010 dan meningkatkan jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang hingga tahun 2012. Meningkatan 50% dalam pemilikan/penyewaan rumah di kalangan rakyat berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah menjelang 2012. Kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menawarkan 35,087 buah rumah kos rendah untuk dijual. Jabatan Perumahan Negara menawarkan 61,060 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa.

Definisi Miskin Tegar Sesebuah isi rumah adalah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat. PLI miskin tegar adalah diukur berdasarkan kepada komposisi demografi ahli isi rumah iaitu bilangan isi rumah, umur dan jantina bagi menentukan keperluan diet atau kalori (Keperluan Harian Diperlukan atau Recommended Daily Allowance (RDA) 2004, Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia). PLI juga mengambil kira harga jualan semasa bagi membeli keperluan harian tersebut berdasarkan lokasi mengikut Negeri dan Strata (Bandar atau Luar Bandar). PLI akan dikira berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) makanan. Keperluan Kalori bagi setiap isi rumah dikira berdasarkan kepada struktur demografi setiap isi rumah seperti umur, berat, jantina dan kadar metabolasi badan atau basal metabolic rate (BMR) mengikut paras aktiviti fizikal atau physical activity level (PAL) setiap isi rumah.

Sejumlah 8,725 kalori setiap hari adalah diperlukan (untuk 5 Orang setiap isi rumah) berdasarkan kepada 7 kategori makanan yang meliputi 13 jenis makanan iaitu :

nasi; tepung gandum; biskut; ayam; telur; ikan; susu; minyak masak; majerin; gula; buah-buahan; sayur-sayuran; dan kacang.

(Berdasarkan kepada Komposisi Nutrisi Makanan Malaysia, IMR 1997) Sehubungan itu, RM440.00 adalah Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin tegar berdasarkan kepada kiraan di atas. Definisi Miskin

Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. PLI bukan makanan adalah manggunakan kiraan Bank Dunia di dalam menentukan keperluan minima perkhidmatan dan bukan makanan. Keperluan ini dikira berdasarkan kepada perbelanjaan keseluruhan isi rumah dengan mengambil kira PLI makanan (isi rumah yang berada pada jurang 10% di atas dan 10% di bawah PLI makanan). Ini akan menunjukkan jumlah perbelanjaan sebenar termasuk komponen bukan makanan untuk membolehkan sesebuah isi rumah tersbut berfungsi di dalam masyarakat. PLI akan dikira berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) makanan dan bukan makanan mengikut Negeri dan Strata (Bandar dan LuarBandar).

PLI bukan makanan akan mengambil kira keperluan asas seperti berikut:

Pakaian; Sewa, Minyak dan Elektrik;

Perkhidmatan asas; Pengangkutan dan komunikasi; dan Lain-Lain

Sehubungan itu, RM750.00 adalah Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan dan bukan makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin berdasarkan kepada kiraan di atas.

eKasih Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008. Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verifikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih 2. Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar. Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU di peringkat negeri. Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi. ICU menggunakan dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my

1 Azam OBJEKTIF

1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM750 hingga RM2,000 sebulan.

TUJUAN PROJEK

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM750 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2000 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah. 4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:

Penempatan pekerjaan Perniagaan kecil-kecilan Penyediaan perkhidmatan Pertanian

FAEDAH

Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan. Memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah. Menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari. Pendekatan Pelaksanaan

Program 1AZAM akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis dijadual dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM750 sebulan kepada pekerja berkelulusn rendah dan separa mahir. >> AZAM KERJA Peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan focus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran disediakan. Contoh pekerjaan adalah seperti:

Pengawal keselamatan Pelayan restoran Jurujual produk Pengurusan rumah tangga

>> AZAM TANI Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:

Pertanian berkelompok Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat Ternakan Projek hiliran hasil pertanian

>> AZAM NIAGA Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:

Makanan dan minuman Nurseri Kiosks Perniagaan runcit Industri kraftangan

>> AZAM KHIDMAT Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:

Penjagaan landskap Cucian kereta bergerak Pusat jagaan kanak-kanak / warga emas Penjagaan ibu bersalin Rawatan penjagaan diri

Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.

Impak Positif NKRA LIH Kerajaan melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada September 2009 sebagai satu usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Di bawah bidang NKRA LIH, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membasmi 44,643 isirumah kemiskinan tegar, mengurangkan jumlah golongan miskin daripda 3.6% kepada 2.8%, melatih dan membangun 2,000 usahawan wanita pada tahun 2010 dan meningkatkan jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang hingga tahun 2012 serta meningkatkan 50 peratus pemilikan rumah kos rendah di kalangan penghuni dan penyewa yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,500 sebulan pada akhir tahun 2010. Usaha mengurang dan membasmi kemiskinan, NKRA Kemiskinan melibatkan beberapa agensi pelaksana yang bertanggungjawab menjalankan program-program pembasmian kemiskinan. Antara agensi pelaksananya adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku agensi peneraju manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan 32 agensi-agensi lain di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Mereka yang tergolong dalam miskin tegar terdiri daripada yang berpendapatan isirumah di bawah RM440 sebulan. Manakala golongan miskin adalah yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM750 sebulan. Golongan yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,000 sebulan pula termasuk dalam golongan mudah miskin. Golongan miskin tegar dan miskin terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mempunyai latar belakang kehidupan dan kesihatan berbeza-beza. Golongan ini boleh dikategori kepada golongan produktif dan tidak produktif. Oleh yang demikian, usaha membasmi kemiskinan perlu dilaksanakan melalui pendekatan yang berbeza-beza. Bantuan yang diberikan kepada golongan ini sekarang adalah dalam bentuk kewangan dan kebendaan. Hasil daripada pengalaman Jabatan Kebajikan Masyarakat selama hampir 60 tahun dalam memberi bantuan kebajikan, kerajaan kini menjurus kepada productive welfare dimana golongan miskin tegar dan miskin yang produktif akan diberi bantuan dalam bentuk kemahiran, latihan dan motivasi/kursus pembangunan minda. Dengan kata lain, mereka dilatih untuk berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Bagi golongan yang tidak produktif seperti golongan tua, berpenyakit (sakit terlantar) dan orang kurang upaya (OKU), kerajaan akan terus memberi bantuan kepada bentuk kewangan dan kebendaan. Manakala golongan yang produktif (mereka yang sihat), kerajaan akan menyerapkan mereka ke dalam program 1AZAM bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Program 1AZAM meliputi empat bidang iaitu Tani, Kerja, Khidmat dan Niaga. Program 1AZAM didokong dan disokong oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Manusia (MOHR) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

MOA adalah peneraju kepada AZAM Tani. MOHR merupakan agensi teraju bagi AZAM Kerja manakala AIM adalah pendokong kepada AZAM Niaga dan AZAM Khidmat. Di bawah Program 1AZAM, peserta program ini akan diteliti dan dinilai dari segi pengalaman, minat, kemahiran dan kesesuaian. Minat dan kemahiran mereka akan dipadankan dengan projek yang sesuai dengan mereka. Proses pemadanan dibuat bertujuan memastikan matlamat program 1AZAM membasmi kemiskinan dapat dicapai. a. AZAM Kerja - merupakan bidang kerja yang menumpukan kepada beberapa jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan dan kemahiran tinggi. Pekerjaan tersebut adalah seperti;1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. pembantu rumah pekerja stesen minyak pengawal keselamatan pelayan restoran pembantu kedai / pasaraya tukang cuci kerja-kerja pembinaan yang dilindungi seperti kerja paip, memasang tiles dan tukang kayu.

b. AZAM Khidmat - Projek ini menawarkan peluang kepada golongan berpendapatan rendah menjadi pekerja atau usahawan. Peserta juga diberi pilihan untuk terlibat sebagai pekerja sambilan atau sepenuh masa. Di antara perkhidmatan yang dimaksudkan adalah seperti;1. 2. 3. 4. 5. 6. kantin bergerak perkhidmatan cucian kereta bergerak memotong rumput perkhidmatan kepada ibu selepas bersalin pusat penjagaan harian kanak-kanak dan orang tua membuat pemasangan peralatan/barang di rumah

c. AZAM Niaga - Projek ini melibatkan peluang perniagaan secara kecil-kecilan. Ia bertujuan untuk menggalakkan penglibatan keusahawanan di kalangan golongan berpendapatan rendah bermula daripada berniaga secara kecil-kecilan secara seterusnya menuju ke arah perniagaan yang lebih besar dan maju. Perniagaan adalah seperti:1. 2. 3. 4. 5. 6. perniagaan pasar malam, penjual ais krim, penjual air tebu, menjual burger, peniaga gerai, perkhidmatan masak di rumah dan lain-lain.

d. AZAM Tani - Projek ini melibatkan projek-projek pertanian yang mendapat pulangan dalam jangka masa pendek. Antara projek tersebut adalah;-

1. tanaman jangka pendek seperti cili merah, sawi, kangkung, jagung, kailan dsb. 2. Projek akuakultur seperti ternakan ikan, penetasan dan penjagaan benih ikan keli/ kelah/siakap/ kerapu dll. 3. Projek ternakan jangka pendek seperti projek pengemukan lembu Untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar dan mengurangkan jumlah golongan miskin, Pejabat Delivery Management Office (DMO), NKRA Kemiskinan (Low Income Household LIH), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalankan proses saringan di kalangan golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih bagi memadankan mereka dengan program 1AZAM. Proses ini sedang dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh negara. Kerajaan telah menetapkan sasaran menawarkan sebanyak 61,060 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Jabatan Perumahan Negara untuk disewa 44,146 unit rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk dijual. Secara keseluruhannya, usaha kerajaan membasmi jumlah golongan miskin tegar melalui NKRA LIH telah menunjukkan hasil positif dan usaha gigih pelbagai agensi pelaksana akan diteruskan bagi memastikan usaha membasmi miskin tegar dapat dicapai pada akhir tahun 2010. Soalan Lazim A. SUB-NKRA #1: MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SEBELUM 31 DISEMBER 2010. B. SUB-NKRA #2: MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN DARI 3.6% KEPADA 2.8% SEBELUM 31 DISEMBER 2010.

Soalan 1 : Apakah DEFINISI miskin tegar, miskin dan pendapatan rendah? Jawapan : Miskin tegar adalah mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM440.00. Miskin pula adalah merujuk kepada mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM750.00. Manakala berpendapatan rendah bermaksud mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM2,000.00. Soalan 2 : Apa matlamat NKRA LIH? Jawapan : Matlamat NKRA LIH adalah untuk membasmi sejumlah 44,643 Ketua Isi Rumah (KIR) dan mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8% menjelang Disember 2010.

Soalan 3 : Apakah perancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar pada akhir tahun 2010? Jawapan :

pendapatan isi rumah miskin tegar dengan menawarkan peluang pekerjaan, peluang pertanian dan peluang perniagaan melalui program 1AZAM.

Bagi melaksanakan program tersebut, NKRA LIH akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Amanah Ikhtiar Malaysia untuk menjayakan Program 1AZAM.

Soalan 4 : Apakah inisiatif disediakan untuk golongan miskin tegar di bandar? Jawapan : Kerajaan bertanggungjawab memberi peluang peningkatan pendapatan kepada golongan miskin tegar di bandar dengan menawarkan mereka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka melalui program AZAM Kerja dan AZAM Niaga. Soalan 5 : Adakah usaha-usaha dilaksanakan kerajaan untuk mengubah sikap malas di kalangan golongan miskin tegar? Jawapan :

Kementerian Pelajaran, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sentiasa memberi pendidikan, latihan, khidmat nasihat (advokasi), motivasi untuk membantu mereka yang malas supaya berusaha bagi mengubah minda untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengubah sikap mereka ini tertakluk kepada kesedaran diri mereka sendiri.

Soalan 6 : Adakah data kemiskinan tegar yang digunakan tepat dan apakah anda yakin tiada golongan miskin tegar yang tertinggal. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur kemiskinan dan ketepatan pengukurannya? Jawapan :

dibangunkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri. Data ini dibekalkan atau didaftar oleh individu-individu dan ketua-ketua kampung melalui Pegawai-Pegawai Daerah atau secara terus melalui laman web di www.ekasih.gov.my dari seluruh negara.

Data yang didaftarkan dianggap tepat kerana ia dibekal atau didaftar oleh ketua kampung iaitu merupakan individu yang mempunyai hubungan rapat serta mengenali masyarakat setempat. Selain itu, perangkawan daripada Jabatan Statistik Negara juga turut serta melakukan bancian dan juga pengesahan ke atas setiap kes yang didaftarkan di dalam e-Kasih. Usaha pengemaskinian ini dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan agar tiada rakyat Malaysia yang tergolong di bawah kategori miskin tegar tertinggal daripada menerima bantuan Kerajaan. Kriteria yang digunakan bagi mengukur kemiskinan tegar adalah menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu berdasarkan kepada keperluan minimum untuk makanan asasi untuk seisi rumah. Berdasarkan PGK ini, golongan miskin tegar adalah mereka yang berpendapatan seisi rumah di bawah RM440.00 sebulan dan ianya berbeza untuk kawasan bandar dan luar bandar.

Soalan 7 : Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin tegar yang tiada dalam senarai eKasih. Jawapan :

terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my.

Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU diperingkat negeri.

Bagi mereka yang tidak tersenarai didalam eKasih, mereka masih lagi boleh menerima bantuan dari agensi-agensi lain seperti LKIM, Majlis Agama Islam Negeri, RISDA, MARA dan lain-lain melalui saringan agensi masing-masing.

Soalan 8 : Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan dana yang diberikan kepada golongan miskin tegar tidak disalahgunakan atau diberhentikan apabila penerima tidak lagi layak menerima bantuan dan bagaimana wang tersebut disampaikan kepada golongan miskin? Jawapan :

-sama dengan agensi kerajaan lain yang terlibat akan membuat pemantauan ke atas pemberian bantuan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan bantuan . Bagi memastikan isi rumah yang telah memperoleh pendapatan melebihi PGK yang ditetapkan dan keluar daripada senarai miskin tegar, agensi pelaksana yang menyalurkan bantuan perlulah mengemaskini jenis dan jumlah bantuan yang telah diberikan ke dalam sistem eKasih dengan kadar segera supaya maklumat ini dapat dikemaskini.

Soalan 2 : Bagaimana dengan bantuan perumahan kepada golongan miskin di seluruh negara? Jawapan :

Perumahan Rakyat (PPR) kepada rakyat miskin untuk disewa di seluruh negara menjelang akhir tahun 2012.

Soalan 3 : Bagaimana dengan golongan miskin yang tidak tergolong dalam penyewa atau pembeli rumah kos rendah yang ada sekarang? Jawapan :

dak berdaftar sebagai penyewa atau pembeli rumah kos rendah pada masa ini, mereka boleh mendaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan masing-masing untuk mendapat bantuan perumahan. Walaubagaimanapun, mereka ini perlu melalui proses saringan yang sedia ada.

Soalan 4 : Bagaimana dengan golongan miskin yang memerlukan bantuan perumahan di kawasan pedalaman? Jawapan :

Bagi golongan miskin yang berada di pedalaman, NKRA LIH dan NKRA Infrastruktur Luar Bandar (RBI) bekerjasama untuk memastikan mereka ini tidak dipinggirkan. Antara bantuan yang akan diterima termasuk pembaikan rumah dan kemudahan sanitasi asas terutama di Sabah dan Sarawak.

-LAIN

Soalan 1 : Adakah kerajaan mengambil kira tekanan kewangan yang dihadapi masyarakat bandar sekarang? Jawapan : Kerajaan memang mengambil kira tekanan kewangan yang dihadapi penduduk bandar oleh itu kerajaan meletakkan sasaran mereka yang berpendapatan bulanan RM3,000.00 ke bawah terutamanya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur akan diberi perhatian khususnya menyediakan peluang-peluang pekerja serta meningkatkan kemudahan bantuan kepada golongan ini. Soalan 2 : Adakah kerajaan menjalankan usaha melibatkan golongan sukarelawan sebagai peneraju masyarakat? Jawapan :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Brigred Kebajikan Perdana seramai 1,500 orang sukarelawan. Mereka diberi latihan kemahiran dan cara mengurus bagi membolehkan mereka mengenalpasti golongan miskin/kurang upaya dan seterusnya mengurus bantuan kepada golongan miskin. Soalan 3 : Mengapa agenda kesaksamaan gender tidak dimasukkan dalam KPI KPWKM? Jawapan : Kerajaan melalui KPWKM telah mengambil kira kesaksamaan gender dalam polisi kementerian khususnya mencadangkan supaya kerajaan mengambil 30% kakitangan wanita sebagai pembuat keputusan. Untuk memperkasakan wanita melalui inisiatif pembangunan ekonomi melalui NKRA, kementerian akan membangunkan 4,000 usahawan wanita pada akhir tahun 2012. Soalan 4 : Apa yang dimaksudkan program 1AZAM? Jawapan : Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenalpasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin. Sehingga kini, Makmal LIH telah mengenal pasti terdapat 120,000 peluang kerja dalam empat bidang kerja tersebut yang boleh ditawarkan kepada golongan miskin tegar yang produktif. Soalan 5 : Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?

tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih di www.ekasih.gov.my

terus dalam bentuk kewangan dan kebendaan. Manakala melalui insiatif baru, kerajaan akan mengenalpasti minat serta kemahiran mereka terlebih dahulu dan memberi latihan kemahiran, melatih, memberi motivasi dan memantau supaya mereka mempunyai keyakinan diri dan mampu berdikari.

Kaedah/inisiatif baru ini lebih berkesan berdasarkan pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dimana peserta-peserta di bawah seliaan AIM mampu membaiki taraf hidup sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Soalan 13 : Terdapat banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta bekerja secara bersendirian membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin. Mengapa kerajaan tidak bekerjasama dengan mereka? Jawapan : Kerajaan amat berterima kasih kepada badan-badan bukan kerajaan yang melaksanakan program membantu golongan miskin. Dalam masa yang sama kerajaan melalui KPWKM dan agensi di bawahnya bekerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu golongan miskin. Soalan 14 : Adakah kerajaan memberi perhatian kepda rakyat miskin bandar kesan daripada krisis ekonomi baru-baru ini? Apa yang kerajaan laksanakan bagi mengurangkan kesan ini ke atas rakyat yang terlibat? Jawapan : Kerajaan amat prihatin ke atas mereka yang menghadapi kesukaran akibat daripada krisis ekonomi. Untuk membantu rakyat kerajaan telah melancarkan 2 pakej merangsang ekonomi bernilai RM67 bilion pada tahun 2009. Kerajaan juga memberi dan mengekalkan subsidi bahan makanan seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya bagi memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa. Soalan 15 : Di dalam program penempatan kerja yang dikenalpasti dalam entiti 1M, GLC bagaimana penempatan kerja ini dapat dilakukan? Jawapan : Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi memastikan kerja yang diisi oleh pekerja asing diganti dengan pekerja tempatan. Soalan 16 : Bagaimana anda memastikan sistem kredit mikro atau inisiatif SDS tidak disalahguna oleh individu tertentu. Apakah tindakan yang akan diambil bagi memastikan perancangan ini dilaksanakan tanpa prejudis?

Jawapan : Di bawah sistem kredit mikro setiap permohonan akan diteliti dan diperiksa bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan. Kerajaan akan mewujudkan mekanisme bagi memastikan penerima bantuan yang didapati bersalah akan dihukum. Semua permohonan akan diberi layan secara sama rata tanpa mengira latarbelakang pendidikan, agama dan bangsa. Soalan 17 : Penghuni rumah DBKL tidak semuanya miskin malahan terdapat daripada mereka berupaya mempunyai kereta dan melanggan ASTRO. Bagaimana anda dapat memastikan pemilikan rumah ini dibeli oleh mereka yang layak? Jawapan : DBKL mempunyai kriteria dan menguatkuasakan syarat ke atas mereka yang layak sahaja dapat membeli rumah DBKL. Setiap permohonan untuk membeli rumah DBKL akan ditapis oleh DBKL dan pemeriksaan akan dilakukan bagi memastikan butiran yang diberikan adalah tepat. Soalan 18 : Didalam penempatan kerja yang anda cadangkan seperti pembantu rumah, pembantu pam atau tukang sapu tidak diminati oleh rakyat Malaysia dan kini dimonopoli oleh rakyat asing. Bagaimana akan anda laksanakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bekerja dalam bidang ini? Jawapan : Kerajaan akan melaksanakan gaji minimum mengikut sektoral dimana setiap sektor akan menetapkan gaji minimum. Kementerian Sumber Manusia kini sedang dalam peringkat kajian untuk melaksanakan gaji minimum pada sektor-sektor yang dapat menarik pekerja tempatan.

F. INISIATIF ELAUN BULANAN 1AZAM NATIONAL KEY RESULT AREA(NKRA) LOW INCOME HOUSEHOLDS(LIH)

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan Elaun Bulanan 1AZAM? Jawapan : Elaun Bulanan 1AZAM adalah salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi bantuan tunai serta meringankan beban rakyat miskin tegar yang berdaftar di dalam eKasih Soalan 2 : Berapa lama inisitif ini akan dilaksanakan?

Jawapan : Inisiatif ini dilaksanakan selama tiga (3) bulan iaitu pada 25 Oktober 2010 sehingga 31 Disember 2010. Bermula 1 Januari 2011, bayaran elaun ini hanya akan diberikan kepada peserta yang mengikuti program 1AZAM atau mana mana program pembasmian kemiskinan kerajaan persekutuan atau negeri. Soalan 3 : Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan bayaran elaun ini? Jawapan : Ketua isi rumah (KIR) atau AIR (ahli isi rumah) miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih sehingga Disember 2008 sahaja. Soalan 4 : Emak/Ayah saya baru meninggal/ berpisah. Bolehkah saya mengambil bagi pihak mereka? Jawapan : Kes boleh dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pertimbangan semula. Wakil boleh mengambil wang tersebut di pejabat pos. Soalan 5 : Tarikh mula dan tarikh akhir Elaun Bulanan 1AZAM? Jawapan : Mulai 25 Oktober 2010 hingga 15 Januari 2011. Soalan 6 : Kenapa jumlah yang saya terima berbeza daripada jiran saya? Jawapan : Jumlah bantuan tunai berbeza bagi sesebuah isi rumah kerana jumlah bantuan tersebut diukur berdasarkan jumlah pendapatan per kapita. (bergantung kepada pendapatan ahli isi rumah dan bilangan ahli isi rumah) Soalan 7 : Siapakah yang layak menerima elaun ini? Jawapan : Bayaran bantuan tunai ini diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) atau AIR (ahli isi rumah) miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih sehingga Disember 2008. Soalan 8 : Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan elaun ini jika saya tidak berdaftar dengan eKasih?

Jawapan : Tidak boleh. Elaun ini diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) atau AIR (ahli isi rumah) miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih sehingga Disember 2008 sahaja. Soalan 9 : Adakah penerima elaun boleh mewakilkan pihak lain untuk menuntut bayaran ini? Jawapan : Ketua Isi Rumah yang tidak dapat datang sendiri boleh mewakilkan ahli isi rumahnya dan wakil perlu membawa kad pengenalan dan kad pengenalan Ketua Isi Rumah berserta dengan surat makluman semasa membuat tuntutan di pejabat pos. Soalan 10 : Bagaimanakah elaun ini dibuat kepada penerima? Jawapan : Elaun ini akan diberikan secara bulanan melalui cawangan Pejabat Pos di seluruh negara. KIR atau AIR yang layak perlu membawa kad pengenalan diri serta surat makluman yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Soalan 11 : Bolehkah saya mengambil Elaun Bulanan 1AZAM saya daripada pejabat pos di daerah lain? Jawapan : Boleh. Penerima bantuan tunai hanya perlu membawa surat pemberitahuan serta kad pengenalan yang sah sebagai bukti. Soalan 12 : Saya hanya hendak Elaun Bulanan 1AZAM sahaja dan tidak mahu menyertai Program 1AZAM, adakah ini boleh? Jawapan : Tidak boleh. Penerima Elaun Bulanan 1AZAM mesti menyertai Program 1AZAM jika ingin menerima elaun ini atau mana mana program pembasmian kemiskinan kerajaan persekutuan atau negeri. Soalan 13 : Saya tidak menerima surat Elaun Bulanan 1AZAM, bolehkah saya mengambil wang di pejabat pos? Jawapan : Boleh bagi Ketua Isi Rumah. Wakil tidak dibenarkan sama sekali. Sila hubungi Talian NUR 15999.

Soalan 14 : Surat saya hilang/rosak, macam mana saya nak buat? Jawapan : Ketua Isi Rumah boleh mengambil wang di Pejabat Pos. KIR / wakil perlu menghubungi talian NUR 15999 untuk mendapatkan salinan surat yang baru. Soalan 15 : Saya ada Kad Pengenalan sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bolehkan saya gunakan kad pengenalan tersebut untuk mengambil bantuan tunai ini di pejabat pos? Jawapan : Dibenarkan. Soalan 16 : Bolehkah saya mengambil wang ini 3 bulan sekaligus? Jawapan : Tidak boleh. Wang perlu diambil secara bulanan. Walaubagaimanapun, 3 bulan hanya dibenarkan sekiranya bulan Okt, Nov dan Dis tidak diambil atau 2 bulan sekaligus dimana bulan Okt dan Nov tidak dituntut. Soalan 17 : Apakah eKasih? Jawapan : eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Soalan 18 : Sejak bila eKasih diwujudkan? Jawapan : Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008. Soalan 19 : Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem eKasih? Jawapan : Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). Selain daripada itu, pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga

merupakan sumber data dan maklumat di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verfikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria, layak dimasukkan ke dalam eKasih. Soalan 20 : Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan? Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini? Jawapan : Di dalam sebarang program banci, kes keciciran pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Hasil bancian tidak wajar dianggap 100% sempurna. Faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain menjadi penyumbang kepada perkara ini. Soalan 21 : Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih? Jawapan : Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar. Soalan 22 : Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin yang tiada dalam senarai eKasih? Jawapan : Dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my. Pendaftaran terperinci dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group di peringkat negeri. Soalan 23 : Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? Jawapan : Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat. Soalan 24 : Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan? Jawapan :

Sistem eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul-betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan. Soalan 25 : Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? Jawapan : Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal. Soalan 26 : Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)? Jawapan : Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih. Soalan 27 : Apa yang dimaksudkan program 1AZAM? Jawapan : Program 1AZAM bertujuan menyediakan peluang kepada golongan miskin tegar dan miskin untuk menjana pendapatan. Soalan 28 : Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM? Jawapan : Mereka yang ingin menyertai Program 1AZAM mestilah mereka daripada golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih di www.ekasih.gov.my. Soalan 29 : Bolehkah saya mendaftar 1AZAM melalui talian telefon? Jawapan : Boleh, melalui Talian NUR 15999 dengan memberikan maklumat Nama Penuh, No. K/P, Alamat lengkap dan No. telefon (jika ada).

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.