Top Banner
INFO TERKINI KONVO KONVOKESYEN KE-59 SESI I & II 31 OKTOBER 2017 11 SAFAR 1439H BIL. 88/2017 FESKO59 MENYOKONG USAHA UTM KE ARAH KAMPUS LESTARI UTM KOMITED LAHIRKAN GRADUAN YANG SEIMBANG DAN HOLISTIK SELARAS DENGAN PELAN GLOBAL UTM 2020 UMAR ALFARUQ ABDUL MUTALIB PENERIMA ANUGERAH NAIB CANSELOR 10 STAF UTM BERGRADUASI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-59 UTM WONG JUN ZIAN, GRADUAN CEMERLANG DIPLOMA UTM PUSAT EKUIN UTM
11

KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Mar 02, 2019

Download

Documents

ngotuong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

I N F O T E R K I N I

KONVOKONVOKESYEN KE-59 • SESI I & II • 31 OKTOBER 2017 • 11 SAFAR 1439H • BIL. 88/2017

PAMERAN ‘UTM’S DISTINGUISHED ALUMNI’ PAPAR PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN ALUMNI UTM

FESKO59MENYOKONG USAHA UTM

KE ARAH KAMPUS LESTARI

ATASI CABARAN UNTUK MERAIH KECEMERLANGAN– ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (FARAH WAHEEDA ARSHAD)

BERANI MENCUBA, KUNCI KEJAYAAN– ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (JOSIAH WONG SIEW KAI)

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKANDAN HADIAH UTMSPACE PENGAJIAN SEPARUH MASA

UTM KOMITED LAHIRKANGRADUAN YANG SEIMBANG DAN

HOLISTIK SELARAS DENGANPELAN GLOBAL UTM 2020

UMAR ALFARUQ ABDUL MUTALIBPENERIMA

ANUGERAH NAIB CANSELOR

10 STAF UTM BERGRADUASI SEMPENA MAJLIS

KONVOKESYEN UTM KE-59 UTM

WONG JUN ZIAN,GRADUAN CEMERLANG DIPLOMA UTM

PUSAT EKUIN UTM

Page 2: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Johor Bahru, 29 Oktober – UTM kembali meriah dengan penganjuran Festival Konvokesyen ke-59 atau lebih dikenali dengan singkatan FESKO59, anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM) berlangsung dari 26 Oktober hingga 31 Oktober 2017 di Dataran UTM, Johor Bahru. Bertemakan Kelestarian, Seni dan Teknologi, FESKO UTM ke-59 kali ini melibatkan hampir 125 buah gerai jualan dan pameran. Pengarah FESKO UTM ke- 59, saudara Muhamad Ikhmal Borhan yang juga merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM) bagi sesi 2017/18 menyatakan bahawa “Kelestarian, Seni dan Teknologi” ini adalah sebagai usaha menyokong usaha UTM menjadi Universiti Awam yang lestari, mengetengahkan kesenian dan kebudayaan tempatan dan antarabangsa oleh mahasiswa UTM serta mempromosi produk penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik UTM dan agensi luar.

Tema yang dipilih ini menjadi intipati utama dalam pembentukan kampus lestari bertaraf antarabangsa yang menjadi destinasi utama para pelajar untuk mengorak langkah pertama dalam mencipta kejayaan. Pelaksanaan kampus lestari di UTM akan dijadikan model untuk institusi-institusi pengajian tinggi di serata dunia. Menurutnya lagi, “Banyak inisiatif yang dirangka oleh UTM bagi mencapai kejayaan menjelang 2020, iaitu menjadi 50 universiti terbaik di dunia. Antaranya adalah menerusi Penyelidikan Lestari Bandar dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts (MIT) yang menjalankan penyelidikan perancangan bandar dan wilayah ke arah melestarikan bandar baharu masa hadapan negara. Bandar Lestari ialah sebuah bandar yang direka dengan baik bukan sahaja dari sudut infrastruktur

MENYOKONG USAHA UTM KE ARAH KAMPUS LESTARItetapi merangkumi semua aspek kehidupan manusia.”

Beliau menambah, dalam menyokong usaha UTM ke arah kampus lestari, penganjuran FESKO kali ini merupakan kesinambungan usaha untuk tidak menggunakan bekas polisterin sebaliknya menggalakkan penggunaan plastik mudah urai yang ditaja oleh syarikat J-Biotech kepada para peniaga.

FESKO59 kali ini juga menyaksikan nama-nama besar sebagai penaja utama, yang tediri daripada syarikat pengendali portal tempahan hotel dan penerbangan Traveloka; pembuat pakaian ternama jenama Hype dan Danial Haikal Collections; Vietnam Coffee; pengedar buku MPH Bookstores Sdn. Bhd.; syarikat sewaan kenderaan, My Car Rental; Madinah Dreams Sdn. Bhd.; Toyota; dan SGShop.

Kemeriahan festival konvokesyen ini berlangsung dengan pelbagai pertandingan dan bengkel, seperti Bengkel Kesenian Khat, pertandingan memancing, Dota2 Tournament, Traveloka Sport Festival, Facebook Photo Contest, FIFA18, dan Midori Run 2017. Aktiviti lain termasuklah slot ceramah oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias, persembahan hiburan oleh artis terkenal, iaitu Misha Omar, Anuar Zain, Haqiem Rusli, Kumpulan UNIC, Hael Husaini, Projector Band, dan Tajul.

Sambutan yang menggalakkan setiap tahun daripada warga universiti dan masyarakat setempat telah mendorong jawatankuasa penganjurannya untuk terus komited menjadikan pesta ini sebagai program tahunan yang harus dilaksanakan. Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis selain meraikan hari bersejarah khusus bagi mereka yang bergelar graduan.

Page 3: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Johor Bahru, 29 Oktober - Festival Konvokesyen merupakan acara tahunan UTM bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan memuatkan pelbagai aktiviti menarik. Kemeriahan ini ditambah dengan perkenan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor merangkap Canselor UTM mencemar duli bagi merasmikan Festival Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen UTM Kali ke-59 tahun ini di Dataran UTM, Johor Bahru.

Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia disambut oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar. Turut mengiringi ialah Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor berserta isteri, Puan Sri Habibah bin Alias, Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah binti Sheikh Bakir dan suami, Tuan Haji Mohamed Mahmood, Prof. Dr. Zainuddin bin Abdul Manan, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, yang juga menjalankan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni. Turut sama hadir ke majlis perasmian ini ialah saudara Muhammad Ikhmal bin Borhan, Pengarah FESKO59, pegawai-pegawai kanan Universiti, Dekan-dekan, para Pengetua Kolej, Majlis Perwakilan Mahasiswa selaku Sekretariat FESKO59, rakan-rakan media, para graduan yang diraikan, mahasiswa UTM, dan penduduk setempat.

Menurut Naib Canselor dalam ucapannya di majlis berkenaan, “Pihak universiti sentiasa komited dalam menyediakan platform dan ekosistem pendidikan tinggi yang baik kepada para mahasiswa UTM. Antaranya menerusi penganjuran pelbagai program pembangunan berunsur akademik, pembangunan sahsiah, kepimpinan, keusahawanan, kerjaya dan lain-lain lagi. Komitmen ini selaras dengan aspirasi bagi melahirkan graduan yang seimbang dan holistik seperti yang digariskan dalam Pelan Global UTM 2020 (Fasa II 2015-2017).” Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan

UTM KOMITED LAHIRKAN GRADUAN YANG SEIMBANG DAN HOLISTIK SELARAS DENGAN PELAN GLOBAL UTM 2020

Majlis Konvokesyen UTM kali ke-59, dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di UTM dengan sebaiknya, dan menjadikan kelebihan itu sebagai pemacu perubahan buat diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara ke arah yang lebih baik.

Acara ini tiba di kemuncaknya, apabila DYMM Tuanku Canselor berkenan menyempurnakan majlis perasmian dengan menyentuh butang pada tablet yang menandakan Festival Konvokesyen UTM ke-59 telah dirasmikan, dan diikuti oleh persembahan montaj FESKO59 serta kepulan asap yang keluar dari replika robot yang terdapat di atas pentas.

Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan teater muzikal bertajuk “Ooops ... Viral Lagi” oleh pelajar, terbitan Unit Kebudayaan UTM. Majlis diteruskan dengan penyampaian replika cek oleh pihak penaja utama, iaitu Traveloka, serta penaja platimun, iaitu Danial Haikal Collections dan Hype. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Tuanku Canselor berkenan menerima potret hasil nukilan pelajar, Amirul Akmal dari Fakuti Alam Bina, pokok simbolik FESKO59 dan songket daripada Danial Haikal Collections sebagai tanda kenangan.

Malam yang penuh bersejarah ini terus meriah dengan persembahan artis popular, iaitu Misha Omar dan Anuar Zain, dengan disaksikan hampir 2,000 orang pengunjung yang hadir. Festival Konvokesyen yang merupakan acara tahunan ini berlangsung selama enam hari dan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik bermula dari 26 Oktober hingga 31 Oktober. Selain bertujuan untuk memeriahkan suasana konvokesyen, festival ini diadakan bagi meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Page 4: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Johor Bahru, 29 Oktober – Kejayaan seseorang pelajar bukan diukur dari segi keputusan akademik sahaja, penglibatan kokurikulum turut memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan mereka. Pelajar yang cemerlang mampu mengimbangi dan membahagi masa mengulang kaji pelajaran tanpa perlu mengorbankan masa untuk beriadah. Itulah kata-kata semangat yang dipegang oleh Umar Alfaruq Abdul Mutalib, 21 tahun, penerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Medal UTM SPACE bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-59. Anugerah Naib Canselor merupakan penghormatan yang diberikan oleh pihak universiti kepada pelajar yang melibatkan diri secara holistik dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum.

Anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, ini telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma Kejuruteraan Awam dengan PNGK 3.94. Dari segi kokurikulum pula, selain menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Kuruteraan Awam, beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak UTMKL dan telah ditauliahkan sebagai jurulatih Silat Cekak Hanafi serta telah memenangi pingat emas dalam kejohanan Wajadiri Nasional.

Berkongsi rahsia kejayaan yang dicapainya, “Saya sentiasa akan pastikan untuk fokus sepenuhnya ketika kuliah dan fahamkan sebaik yang mungkin supaya saya tidak perlu mengulang kaji di luar kuliah terlalu lama. Sekiranya kita sudah faham dan tak perlu mengulang kaji lagi, masa yang terluang itu boleh digunakan untuk beriadah dan melakukan aktiviti yang lain”, jelas Umar Alfaruq.

UMAR ALFARUQABDUL MUTALIB

PENERIMAANUGERAH NAIB CANSELOR

Page 5: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah
Page 6: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Johor Bahru, 29 Oktober – Majlis penyampaian Anugerah Dekan dan Medal Graduan Diploma UTM Pengajian Separuh Masa telah selesai dengan sempurna pada hari ini. Seramai 171 orang graduan cemerlang daripada 15 kursus diploma, dijemput untuk menerima anugerah ini.

Salah seorang daripada barisan graduan tersebut, iaitu Wong Jun Zian, telah menerima Anugerah Fakulti, di atas kecemerlangannya dalam pengajian Program Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan PNGK 4.0. Graduan yang berusia 21 tahun ini menyatakan bahawa tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh-sungguh, dan memberikan sepenuh perhatian ketika berada di dalam kelas, serta membuat ulang kaji untuk pelajaran seterusnya sebelum kelas bermula.

Selain cemerlang dalam bidang akademik, Wong Jun Zian juga memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Buddha UTM yang bergiat secara aktif menganjurkan acara meraikan Tahun Baru Cina di UTM.

Beliau kini sedang menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik di UTM. “Belajar dahulu sebelum diajar oleh pensyarah supaya lebih mudah faham ketika sesi pembelajaran di dalam kelas, sediakan soalan untuk ditanya secara langsung jika ada perkara yang tidak difahami,” ujarnya sebagai kata-kata nasihat kepada pelajar lain agar memperoleh keputusan yang cemerlang tanpa mengenal putus asa sebelum mengakhiri perbualan.

WONG JUN ZIAN, GRADUAN CEMERLANG

DIPLOMA UTM

Page 7: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah
Page 8: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Johor Bahru, 29 Oktober – Majlis Konvokesyen UTM ke-59 merakamkan detik indah buat 10 orang staf UTM apabila berjaya menerima ijazah masing-masing. Staf yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

10 STAF UTM BERGRADUASI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-59 UTM

Bil. Nama Jawatan Tempat bertugas Program1 Nurul Amrie Abdullah Pegawai tadbir Pejabat Pengajian Prasiswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan

2 Radiah Mohd Alip Penolong Pendaftar FKE - Unit Pentadbiran Sarjana Pentadbiran Perniagaan

3 Mohd Rozi Mohd Perang Pegawai Penyelidik Pejabat TNC(P&I) – Unit Automotive Development Centre Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal)

4 Mohd Shah Sahri Penolong Jurutera FKM – Pejabat Pengurusan Makmal Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal)

5 Zulkharani Salleh Penolong Jurutera Pejabat TNC(P&I) – Pengurusan Makmal Universiti Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

6 Mohd Hafis Ramli Penolong Jurutera Pejabat TNC(P&I) – Institute of Future Energy (Centre of Electrical Energy System) Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

7 Mohd Sharimal Osman Penolong Pegawai Tadbir PHB – Unit Kenderaan Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

8 Nurul Syahida Seberi Pembantu Tadbir Pejabat Pendaftar International Campus Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

9 Hamimah Nozari Setiausaha Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

10 Nur Farha Abd Aziz Pembantu Setiausaha Pejabat Akademi Bahasa Sarjana Muda Sains (Pembangunan

Sumber Manusia)

Antara graduan tersebut yang sempat ditemu bual ialah Encik Nurul Amrie Abdullah (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) yang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan di Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik menyatakan, “Dengan melanjutkan pelajaran, ia mampu membantu setiap staf di UTM untuk lebih efisyen, kompeten dan proaktif dalam melonjakkan mutu penyampaian perkhidmatan universiti.”

Encik Mohd Rozi Mohd Perang (Sarjana Kejuruteraan Mekanikal), Pegawai Penyelidik di Pusat Pembangunan Automotif, IVESE, TNC(P&I) pula menyatakan, “Ingin memperkasakan ilmu bidang kepakaran yang diceburi ke tahap yang lebih tinggi dan profesional bagi disampaikan kepada individu yang memerlukan.”

Manakala Encik Zulkharani Salleh (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik) yang bertugas sebagai Penolong Jurutera di Unit Pengurusan Makmal Universiti, merakamkan ucapan terima kasih kepada UTM atas kejayaan beliau. Beliau turut memberikan nasihat kepada bakal staf yang ingin melanjutkan pelajaran agar tidak mudah putus asa untuk mencapai kejayaan.

Seorang staf dari UTMKL, iaitu Puan Nurul Syahida Seberi (Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia) yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Pejabat Pendaftar International Campus menyatakan semangat untuk berjaya adalah lebih penting dan jangan jadikan kata-kata negatif sekeliling sebagai pelemah semangat untuk meneruskan pelajaran.

Page 9: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah
Page 10: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

Sukan ekuestrian, iaitu sukan menunggang kuda merupakan sukan yang tidak asing lagi di UTM. Aktiviti ini sudah lama dijalankan oleh Pusat Ekuin UTM sejak penubuhannya lebih 20 tahun yang lalu. Pusat Ekuin UTM merupakan antara pusat ekuin universiti terawal ditubuhkan berbanding IPTA lain.

Mengimbas kembali sejarah awal penubuhannya, Pusat Ekuin UTM telah siap dibina pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor pada 14 Ogos 1996. Tujuan utama pusat ekuin ini ditubuhkan adalah untuk mempromosikan sukan ekuestrian dalam kalangan pelajar dan staf UTM termasuklah rakyat Negeri Johor. Melalui pusat ekuin ini, UTM telah berjaya melahirkan atlet sukan ekuestrian yang telah menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pusat Ekuin UTM yang berkeluasan kira-kira 15 ekar ini mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa, termasuklah dua buah bangsal yang mampu menempatkan 29 ekor kuda pada satu-satu masa. Selain itu, pusat ini turut memiliki sembilan ekor kuda dan enam ekor kuda padi yang mana 10 daripadanya merupakan kuda jantan. Kebanyakan kuda ini berasal dari Australia, iaitu baka Thoroughbred, Arabian, Holsteiner, dan Quarter. Seramai 10 orang staf yang berkemahiran diberi tanggungjawab untuk menguruskan kuda-kuda ini.

Pusat Ekuin UTM juga menyediakan aktiviti kepada pengunjung yang berminat untuk mendekati haiwan herbivor ini, termasuklah riding lessons, joyride, joytrail, leisure riding, dan horse camp, dengan harga yang amat berpatutan. Pusat ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Waktu aktiviti bermula dari jam 8.00–11.00 pagi, dan disambung semula pada jam 3.00–6.00 petang.

Sebarang maklumat tentang aktiviti berkuda boleh didapati dengan menghubungi Pusat Ekuin UTMdi talian 07-5536343/5535761, ataupun emelkan pertanyaan anda di [email protected].

PUSAT EKUIN UTM

Page 11: KONVO - utm.my · telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma ... tiada tips khusus yang diamalkan sepanjang pengajiannya selain belajar bersungguh- ... 9 Hamimah

APA KATA MEREKA

Prem Vadiveloo, 33 tahun

Sarjana Pendidikan (Matematik)

“Thank you to my family, supervisor and friends.

UTM will always in my heart and congratulation to all.”

Natasha Eilya Mohamad, 23 tahun

Diploma Pengurusan Teknologi

“Sangat teruja untuk menghadiri majlis ini, walaupun ini bukanlah kali pertama buat saya. Saya berharap dapat mengulanginya bersama UTM.”

Zulfadly Saiful, 30 tahun

Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Afif Amran, 21 tahun

Diploma Kejuruteraan Elektronik

“Thank you. I am truly happy to be here in UTM

with all my friends. Congratulation to all. #utmawesome”

Nur Farid Amier Nasri, 29 tahun

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

“Berasa sangat gembira dan dapat merasai pelbagai

pengalaman berharga sepanjang belajar di sini. UTM terbaik!!!”

“Saya sangat teruja hadir di majlis konvokesyen ini. Ini hadiah buat ibu bapa saya.”

Nur Atikah Muhd. Nasrun, 21 tahun

Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan

“Alhamdulillah, Terima kasih kepada semua

yang mendoakan kejayaan saya.”

“I have got much of precious experience here especially with friends and lectures which were so helpful and caring.”

Deepa a/p Narainasamy, 21 tahun

Diploma Sains Komputer

“A good day for me. It is an honour for me and my family to be part of UTM.”

Nurhafizah Mohd Ali, 29 tahun

Sarjana Kejuruteraan Awam

PENAUNG:Dato’ Hj. Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman

SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Roselaile Samah,

Salina Shamsuri, Nur Diyana Mohd. Ruzmi, Mohd Hafifi Jamal, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin

GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy ZolkefleFOTO: Nor Azman Sukri, Mohd. Isyamfazrin, Mohd Pua’at Ahmad

LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia