Top Banner

of 24

Konsep Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Mar 06, 2016

Download

Documents

tba3010a

Nota konsep kemahiran mendengar untuk pelajar
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1.0 Kemahiran Mendengar dan BertuturDefinisiKemahiran mendengar dan bertutur adalah salah satu daripada unsur komunikasi yang tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran pertama dan utama yang harus dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini disebabkan oleh, seseorang itu akan dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dalam proses pemerolehan bahasa umumnya, didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar daripada mulut bayi, bayi itu telah terdedah terlebih dahulu kepada bunyi bahasa. Hal ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran yang paling asas dalam berbahasa. Selain itu, menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993:65), seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur secara automatik akan menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa. Menurut Asmah Haji Omar (2004), beliau berpendapat mengikut rantaian kronologi, kanak-kanak akan mendengar terlebih dahulu sebelum bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan mebaca lebih dahulu daripada menulis.Kemahiran mendengar boleh didefinisikan kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai konteks dan situasi pengucapan seperti perbincangan, lakonan, dan temu bual. Murid yang menguasai kemahiran mendengar pasti akan berupaya memberikan tindak balas yang wajar dalam setiap aktiviti pegajaran dan pembelajaran. Manakala, kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, meluahkan pendapat, perasaan dan idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Aspek utama yang seharusnya diberikan penekanan ialah bagaimana kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan penggunaan tatabahasa yang betul. Hal ini membolehkan pengajaran bahasa Melayu di sekolah berlansung secara efektif dan dinamik.C.M. Faeyten (1991) mengatakan bahawa sebahagian besar pengetahuan diperoleh melalui pendengaran, tetapi hanya lebih kurang 25 peratus daripada apa-apa yang kita dengar akan diingati. Oleh yang demikian, mendengar seharusnya dijadikan suatu aktiviti yang aktif di kelas. Selain itu, pengajaran bahasa Melayu perlu melibatkan pendengaran daripada segi mental, iaitu memahami dan menilai maklumat yang didengar. Mengikut kajian yang telah dijalankan, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar. Jelas di sini bahawa kemahiran mendengar secara berkesan akan mewujudkan suasana komunikasi yang baik melaui penyaluran mesej secara dua hala dan pastinya akan menghasilkan persefahaman secara optimum antara guru dan murid. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid perlu menguasai kemahiran mendengar bagi memudahkan proses menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan guru. Bukan itu sahaja, proses pengajaran dan pembelajaran guru juga akan berlangsung dengan lancar.Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran bertutur adalah kemahiran lisan yang amat penting sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Setiap pertuturan yang berlaku kebiasaannya mempunyai maksud tertentu.Pertuturan adalah sesuatu yang sinonim dalam kehidupan seharian. Keupayaan menuturkan sesuatu akan mempercepatkan kefahaman murid-murid, terutamanya berkaitan dengan komunikasi secara interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai mengikut kreativiti para guru. Hal yang demikian, guru haruslah memikirkan sesuatu aktiviti yang kreatif bagi menerapkan kemahiran bertutur secara berkesan. Raminah Sabran (1991), pula mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu hendak meluaskan imu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca. Murid-murid di sekolah rendah khususnya perlulah diserapkan dengan kemahiran bertutur sebaiknya agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan baik. Oleh yang demikian, kemahiran lisan yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur adalah penting dipelajari secara intensif terutamanya murid-murid sekolah rendah. Perkara ini telah termaktub dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 (Kementerian Pendidikan Malaysia 1983). Melalui kemahiran yang diterapkan, murid-murid akan lebih cekap memahami aktiviti pengajaran bahasa Melayu guru. Dapat dijelaskan bahawa kedua-dua kemahiran iaiatu kemahiran mendengar dan bertutur adalah saling melengkapi dan diajarkan kepada muird-murid sekolah rendah agar mereka dapat memahami dan mneghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi seterusnya bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis.

Konsep Kemahiran Mendengar dan BertuturAspek kemahiran berbahasa sebenarnya meliputi kemahiran lisan : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, kenahiran mendengar dan bertutur manjadi aspek yang paling asas dan paling utama dalam kemahiran berbahasa. Di sekolah, murid-murid yang berjaya menguasai kemahiran mendengar dan bertutur akan lebih mudah menerima input-input daripada pengajaran guru. Kemahiran mendengar yang baik akan membolehkan murid menerima dan memproses maklumat dengan tepat. Begitu juga dengan murid yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik akan membolehkan mereka meluahkan pendapat dan buah fikiran dengan berkesan. Hal ini bermakna, seseorang pendengar dan penutur yang baik berpotensi menguasai kemahiran seterusnya dan memudahkan kefahaman terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.Kemahiran mendengar dianggap kemahiran yang diperoleh secara semula jadi oleh penutur sesuatu bahasa. Hal ini ada kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Yahya Othman (2005), mengatakan bahawa kemahiran mendengar ini perlu diajar secara sistematis supaya murid akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya.Kemahiran mendengar merupakan kemahiran, menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah umumnya, murid-murid mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam pelbagai cara. Aplikasi kemahiran mendengar dalam kehidupan seharian amatlah penting kerana aktiviti mendenar sentiasa wujud dalam interaksi sosial., mendapatkan maklumat, hiburan serta apresiasi seni.Menurut pandangan tokoh Kamaruddin Hussin (1999), bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan manusia. Ini bermaksud bertutur ialah satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara dan sebutan. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat produktiviti iaitu berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya dengan memberi respon melalui penyampaian mesej dalam bentuk pertuturan. Dalam kemahiran ini juga, bertutur merupakan satu kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

Selain itu, Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) menjelaskan penekanan betapa peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah rendah seperti berikut :

Pertuturan adalah menajdi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutunya boleh mneyusun fiiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Gerak kerja lisan memang ada dilakukan oelh guru pada setiap pelajaran bahasa. Namun demikian. Ada juga guru yang melangkau aspek penting ini.

Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan memerlukan kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur. Begitu juga, kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kemahiran mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia mungkin menulis menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran sebenar. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu pengukuhan kemahiran mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Masalah dalam menguasai kemahiran mendengar

(a) Kekeliruan dalam membezakan bunyi(b) Kelemahan dalam memahami apa yang didengar(c) Tidak cekap dalam memproses maklumat(d) Kelajuan dalam pertuturan(e) Gaya pertuturan tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek.

Pemilihan bahan dalam kemahiran mendengar

(a) Alat elektronik radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan sebagainya.(b) Bahan rangsangan bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar, contohnya:

Bahan bentuk prosa:Cerita, kuizPesanan, temu ramahPeraturan, syarahanIklan, laporanPengumuman, perbahasanPerbualan/dialog, taklimatBerita, wawancaraUcapan, mesyuaratPerbincangan, kempenSurat, drama

Bahan bentuk puisi:Pantun, syairSajak, nyanyianBahasa berirama

Bahan bentuk grafikPelan, rajahJadual, petaBorang, grafGambar foto, cartaGambar rajah

Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.

Aktiviti mendengar

Ada 2 peringkat:i. mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh:a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi:ladang - padangpantai - pandailali - larigalah - kalah

b. latih tubi pemintal lidah:Pandang pandan depan padang.Letak tulang atas dulangBerat beras dua belas kiloDari darah dari nanah yang punah di tanah

c. memadankan perkataan dengan gambar:Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai.A = bukuB = kukuC = duku

ii. Mendengar untuk memahami dan bertindak balas.

Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah:(a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.(b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama.(c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas:a. Melakukan pergerakan mengikut arahan:DudukTututp pintuBerdiri tegak, rapatkan kaki.Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapanPusing kiriPusing kanan

b. Menandakan butiran yang berkaitan.Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman. Contoh:

Seorang perempuan membawa tiga orang anaknya ke sebuah restoran dan memesan makanan daripada pelayan restoran tersebut.Berikan saya secawan teh, dua pinggan nasi lemak dan sepinggan bihun goreng.

Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiran-butiran berkenaan.

Makanan; Minuman

Pulut panggang; KopiMi rebus; TehBihun goreng; NescafeKek; MiloKaripap; Air sejukNasi lemak; Sirap

c. Menandakan betul atau salah.

Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi.

d. Menyusun gambar.

Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.

e. Mendengar dan memilih gambar.

Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar.

f. Melukis bahan berbentuk gragik.

Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh:

Guru bercerita:Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul.

Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan.

g. Menandakan lokasi dan arah perjalanan.

Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar.

Contoh:Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta berkenaan.

h. Mengisi jadual.

Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan.

i. Teka siapa saya.

Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki.

Contoh:Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?

2. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama.

Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar.Contoh aktiviti:

i. Menjawab soalan kefahaman.

Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada Hari Guru. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.

ii. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan.

Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.

3. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali.

Contoh aktiviti:

i. Mengkategorikan fakta.

Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan.

ii. Menilai perwatakan.

Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur.

iii. Mendengar untuk mencantum maklumat.

Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar

Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:

(a) Peringkat pramendengar(b) Peringkat semasa mendengar(c) Peringkat selepas mendengar

(a) Peringkat pramendengar Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi. Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti.

(b) Peringkat semasa mendengar

Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan. Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan.

(c) Aktiviti sesudah mendengar

Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka. Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan. Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur.

Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.

Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.

Penilaian Dalam Kemahiran Mendengar

Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek kemahiran mendengar:

(a) Sebutan, tekanan, jeda, intonasi:Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik.

(b) Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan:Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh:dedak - ledakbagi - bakikeras - kerat, dll

(c) Kefahaman terhadap teks yang didengar:Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif.

Contoh soalan mengikut aras kognitif:i. Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan)ii. Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawat-pelawat tersebut. (kefahaman)iii. Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis)

(d) Daya memahami dan memproses maklumat:Segala maklumat yang didengar perlu difahami dan dapat disampaikan dengan betul kepada orang lain. Murid yang cekap dapat menyampaikan maklumat itu tanpa mengubah maksud asal. Contoh:

Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Guru menyampaikan suatu berita kepada seorang murid dalam setiap kumpulan. Murid berkenaan diminta menyampaikan berita itu kepada kawan di sebelahnya. Aktiviti ini diteruskan sehingga berita itu sampai kepada murid terakhir dalam kelas tersebut. Murid yang terakhir diminta menerangkan berita yang diterimanya kepada kelas.

Melalui aktiviti ini guru boleh menilai sejauh manakah maklumat yang diterima itu disampaikan dengan betul dan tepat.

(e) Kemahiran menentukan isi-isi penting:kemahiran ini boleh dinilai melalui latihan mengambil pesanan daripada perbualan melalui telefon. Guru boleh memperdengarkan perbualan melalui telefon antara seorang kakak dengan adiknya.

Daripada perbualan yang didengar, pelajar diminta untuk mencatatkan beberapa isi penting.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur memerlukan dua proses:i. Proses mental pengetahuan bahasaii. Proses fizikal menggunakan organ-organ ujaran untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu:i. Unsur-unsur prosodi intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda.ii. Unsur-unsur paralinguistik penggunaan isyarat dan pergerakan anggota badan, mimik muda, dsb.

Objektif Kemahiran Bertutur

KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan guru, dengan ibu bapa serta aktiviti pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid dapat:

i. Menyebut dengan jelasii. Menyampaikan pendapatiii. Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepativ. Memberikan penerangan / alasanv. Menunjukkan arahvi. Membina soalan untuk mendapatkan maklumatvii. Bertemu ramah/ temu bual/ berdialogviii. Bertukar-tukar fikiran / maklumatix. Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengarx. Bertutur dengan menggunakan bahasa yang bertatasusila.

Peringkat-peringkat dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

i. Peringkat penerimaan mendengar dan memahamiIaitu latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi, frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa. Pada peringkat ini murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung daripada guru atau rakaman.

ii. Peringkat penghasilan semula bertindak balasPeringkat ini murid dilatih bertutur dengan menumpukan aspek-aspek:(a) Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s], dsb.(b) Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong seperti ambor, pantai, pulau, saat, baik, air, dsb.(c) Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta kepastian, permintaan, dsb.(d) Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, struktur ayat, dsb.(e) Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan, pendengar, dsb.(f) Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai.

Fungsi-fungsi pertuturan

i. Fungsi peribadi kemampuan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan atau hajat mereka dengan jelas dan tepat.ii. Fungsi perhubungan mengisi keperluan harian. Contoh:- melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.- Berkongsi kegembiraan seseorang- Menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain- Meminta diri- Meminta maaf dan memberi kemaafan- Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain- Menyatakan penghargaan dan berterima kasih- Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain- Menyatakan ketidaksetujuan- Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercakap

iii. Fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat-ayat arahan / permintaan ketika mengarah, memohon, memberi cadangan, meyakinkan orang lain, dsb.

iv. Fungsi menyoal bertujuan melatih murid supaya dapat membina soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.

v. Fungsi merujuk berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Dalam pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat seperti penggunaan kata, struktur ayat dan aspek morfologi.

vi. Fungsi imaginasi bertujuan melatih murid dapat menggunakan bahasa secara kreatif semasa bertutur. Contoh:- mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang betul- menggunakan bahasa berirama- bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama- bercerita secara kreatif

vii. Fungsi menyampaikan maklumat melatih murid menyampaikan maklumat secara lisan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.

Contoh-contoh aktiviti bertutur dalam KBSR

Mengaitkan aksi dengan pertuturan Menjawab soalan-soalan rakan atau guru Membina soalan berdasarkan bahan Memberi arahan kepada rakan-rakan Menerangkan gambar atau bahan grafik Berbual melalui telefon Bercerita berdasarkan cerita yang telah diketahui atau menceritakan pengalaman sendiri Membuat laporan berdasrkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan Membina sudut pembelajaran seperti kedai, perpustakaan, pejabat pos, bank, dan kemudahan awam yang lain dan berbual mengenainya secara spontan. Permainan komunikatif Mengadakan perbahasan, perbincangan, forum dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan murid mendengar dan kemudian melahirkan pendapat, persetujuan, keraguan atau menambah maklumat. Merakamkan perbahasan atau berita untuk perbincangan lanjut Main peranan Drama. Dll.

Perancangan aktiviti kemahiran bertutur

Perancangan merangkumi 3 peringkat:i. Peringkat persediaanii. Peringkat pelaksanaaniii. Peringkat susulan dan penilaian

i. Peringkat persediaan

(a) Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta memberikan contoh.(b) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang mungkin perlu.(c) Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

ii. Peringkat pelaksanaan aktiviti

(a) Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan(b) Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian.

iii. Peringkat susulan dan penilaian

Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan.

Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan pembelajaran murid.

Penggunaan alat / bahan dalam kemahiran bertutur

Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan. Alat / bahan bantuan mengajar dalam kemahiran bertutur termasuklah:

(a) Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnhya:i. Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pengucapan.ii. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

(b) Objek sebenar: objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid:i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan pita rakaman.ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman atau tayangan filem/video.iii. Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan-bahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur.

(c) Gambar: elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon, berpuisi, berdialog, dsb.

(d) Grafik: pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk bertutur seperti:i. Carta pai palang; lingkaran; carta organisasi, dsbii. Jadual jadual waktu; perjalanan; jadual tugas; dsb.iii. Pelan / peta arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat, dsb/

(e) Kad:i. kad perkataanii. kad arahan / kad peranan.

(f) Bahan nyanyian, puisi dan permainan:i. Mencipta senikata lagu berdasarkan irama popularii. Meneka siapa sayaiii. Kotak beracuniv. Teka-teki, dsb.

(g) Alat / bahan yang dibeli:i. Makmal bahasa untuk latihan sebutan, intonasi, tekanan, nada, jeda, dsb.ii. Filem, slaid, video, tv, radio, perakam kaset, dsb.iii. Komputer.