Top Banner
KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP PESAKIT YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS (ERB’S PALSY) ANGELINE JUMPO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
27

KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

Jan 02, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP PESAKIT

YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS

(ERB’S PALSY)

ANGELINE JUMPO

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI

OTOT BISEP PESAKIT YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS (ERB’S PALSY).

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ANGELINE JUMPO ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktuB di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap LOT 799 RANCHAN COTTAGE, P. M. DR. HJ ABDUL HAFIDZ B. HJ. OMAR 94700 SERIAN, SARAWAK Tarikh : 11 Mac 2004 Tarikh : 11 Mac 2004

Page 3: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

“ Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : …………………..

Nama Penyelia : P. M. DR. HJ. ABD. HAFIDZ BIN HJ. OMAR

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP PESAKIT

YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS

(ERB’S PALSY)

ANGELINE JUMPO

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………..

Nama Penulis : ANGELINE JUMPO

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

iii

Dedikasi

Khas buat,

Ibu yang sangat dikasihi,

Rakan-rakan yang disayangi.

Page 7: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang

tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan kepada P.M. Dr. Hj. Abd. Hafidz bin Hj.

Omar selaku pensyarah, pembimbing dan penyelia yang telah banyak memberikan

bimbingan, galakan dan nasihat serta panduan yang amat berguna dalam usaha untuk

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Mariam binti Mohd

Nawang selaku Pengarah Jabatan Pemulihan Anggota, Hospital Sultanah Aminah, di atas

kerjasama, dorongan, maklumat dan keterangan yang banyak membantu dalam

melaksanakan kajian saya ini. Terima kasih juga kepada pihak Melaka Manipal Medical

College di atas layanan istimewa dan kerjasama yang telah diberikan dalam usaha saya

untuk mengumpul maklumat bagi kajian yang telah dijalankan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu, pakcik,

abang, kakak dan adik saya yang tanpa jemu-jemu telah memberikan sokongan dan

galakan kepada saya serta memberi harapan kepada saya untuk menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan tutor-

tutor Sains Sukan, Fakulti Pendidikan di atas tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama yang

diberikan kepada saya selama ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan

serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, terima

kasih saya ucapkan.

Page 8: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan senaman elbow flexion

ke atas kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy. Selain itu, kajian ini juga menganalisis

perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas menjalani latihan senaman

berbanding dengan sampel normal. Seramai 11 orang sampel telah dipilih untuk kajian

ini iaitu terdiri daripada 10 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia sebagai

sampel kawalan dan seorang pesakit Erb’s Palsy yang merupakan salah seorang staf

Universiti Teknologi Malaysia sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, alat BIOPAC

Electromyography I, Standard & Integrated EMG digunakan untuk melihat isyarat EMG

yang menggambarkan aktiviti elektrik otot. Alat ini juga digunakan untuk mengambil

bacaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum dan selepas latihan senaman

elbow flexion yang telah dijalankan selama 5 minggu iaitu sebanyak 3 kali dalam

seminggu. Data yang perolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Packages for Social Science versi 10.0 (SPSS10.0), di mana tahap signifikan yang

ditetapkan ialah p=0.05. Berdasarkan kepada keputusan kajian kesan latihan senaman ke

atas kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy, didapati terdapat perbezaan yang signifikan

di antara ujian pra dan ujian pos terhadap kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy.

Page 9: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine whether or not a difference exist in

muscle electrical activity or biceps contraction of an adult with Erb’s Palsy between

before and after undergo rehabilitation training program. Therefore, this study also

analyzed the difference of biceps contraction between an adult with Erb’s Palsy and the

normal subjects. 11 subjects were chosen for this study. 10 persons for normal subjects

consist of University of Technology Malaysia (UTM) students and an adult with Erb’s

Palsy who is a staff in University of Technology Malaysia (UTM) as a sample. Surface

electromyography (EMG) was used to measure the muscle activity during the procedure

of the pre and post test. EMG of the biceps was recorded before and after the training

program which was held for 5 weeks, 3 times in a week. The data collected was analyzed

using the Statistical Packages For Social Science Version 10.0 (SPSS 10.0). The result

shows that there was a significant difference between pre and post-test towards the biceps

contraction of the adult with Erb’s Palsy.

Page 10: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.6 Persoalan kajian 10

1.7 Hipotesis Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Limitasi Kajian 12

Page 11: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

viii

1.10 Definisi Operasional 13

1.11 Penutup 16

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kontraksi Otot 18

2.3 Kekuatan Otot 20

2.4 Electromyography (EMG) 21

2.5 Erb’s Palsy 22

2.6 Latihan Senaman 26

2.7 Penutup 27

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Pemilihan Subjek 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Kajian 31

3.6 Pengumpulan Data 34

3.7 Penganalisaan Data 34

3.8 Penutup 34

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Diskriptif 37

Page 12: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

ix

4.3 Analisis Inferensi 43

4.4 Penutup 46

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Perbincangan 48

5.3 Kesimpulan 50

5.4 Cadangan 51

5.5 Penutup 53

BIBLIOGRAFI 54

LAMPIRAN

LAMPIRAN A – U 58 - 82

Page 13: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Bacaan Nilai P-P Sampel Normal Mengikut 37

Berat Badan (kg)

4.2.2 Bacaan Maksima, Minima, P-P dan Purata 39

P-P bagi Sampel Normal

4.2.3 Bacaan Pra dan Pos Pesakit Erb’s Palsy 40

4.3.1 Bacaan P-P (maksimun mV – minimum mV) 43

Pesakit Erb’s Palsy Bagi Ujian Pra dan Pos

4.3.2 Nilai Bacaan Kontraksi Otot Bisep Pesakit 45

Erb’s Palsy (P-P) Berdasarkan Jumlah Bilangan

Hari Latihan

4.3.3 Nilai Bacaan Kontraksi Otot Bisep Pesakit 46

Erb’s Palsy (P-P) Berdasarkan Jumlah Bilangan

Hari Selepas Latihan.

Page 14: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Rajah Nilai P-P Sampel Normal Mengikut Berat 38

Badan (kg)

4.2.2 Rajah Perbezaan Bacaan Nilai P-P antara Sampel 41

Normal dengan Pesakit Erb’s Palsy

4.2.3 Rajah Perbezaan Purata Bacaan Nilai P-P Pra dan 42

Pos Pesakit Erb’s Palsy

4.3.1 Kawasan Penerimaan dan Penolakan Hipotesis 44

Page 15: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 58

bagi Ujian Pra I

B Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 59

bagi Ujian Pra II

C Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 60

bagi Ujian Pra III

D Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 61

bagi Ujian I

E Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 62

bagi Ujian II

F Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 63

bagi Ujian Pos I

G Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 64

bagi Ujian Pos II

H Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 65

bagi Ujian Pos III

I Data Isyarat EMG Sampel Normal I 66

J Data Isyarat EMG Sampel Normal II 67

K Data Isyarat EMG Sampel Normal III 68

L Data Isyarat EMG Sampel Normal IV 69

M Data Isyarat EMG Sampel Normal V 70

Page 16: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

xiii

N Data Isyarat EMG Sampel Normal VI 71

O Data Isyarat EMG Sampel Normal VII 72

P Data Isyarat EMG Sampel Normal VIII 73

Q Data Isyarat EMG Sampel Normal IX 74

R Data Isyarat EMG Sampel Normal X 75

S Jadual Program Latihan 76

T Prosedur Latihan Senaman Elbow Flexion 79

U Alat Biopac EMG 82

Page 17: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aktiviti fizikal ialah sebarang pergerakan tubuh yang dihasilkan oleh kontraksi

otot rangka melalui penggunaan tenaga. Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang

dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta mempunyai

tujuan untuk mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal seseorang itu

(Laporan Surgeon General, Atlanta, 1996 dalam Berne, 1998).

Segala jenis aktiviti fizikal yang dijalankan sebagai rawatan bagi kesakitan atau

kecederaan dinamakan terapi senaman. Terapi senaman bertujuan untuk merawat

pelbagai masalah dan keadaan yang berkaitan sistem otot dan rangka, neurologikal dan

psikologikal. Terapi senaman atau fisioterapi juga mempunyai faedah-faedah sampingan

iaitu dalam meningkatkan keyakinan diri pesakit, tidur dan rehat yang mencukupi,

meningkatkan tahap aktiviti dan perhubungan sosial pesakit. Selain itu, keadaan-keadaan

yang boleh dirawat melalui fisioterapi adalah termasuk masalah kesihatan mental, obesiti,

masalah tidak dapat mengawal kencing ataupun masalah urinari, masalah kardiovaskular,

dan pemulihan pulmonari. Senaman bukan sahaja mengembalikan fungsi anggota

seseorang tetapi juga kepada pesakit secara keseluruhannya (Thibodeau G.A, 1994 dalam

Brukner, 2001).

Page 18: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

2

Bagi kecederaan yang melibatkan sendi, otot, saraf dan tulang yang mana

kecederaan tersebut telah menyebabkan seseorang individu tersebut menjadi kurang

upaya ataupun kecederaannya menyebabkan anggota yang tercedera tidak dapat bergerak

atau berfungsi seperti biasa, maka beliau perlulah menjalani rawatan pemulihan seperti

terapi fizikal ataupun terapi senaman. Rawatan pemulihan seperti ini biasanya dilakukan

melalui latihan fizikal dan senaman ke atas anggota tubuh pesakit yang terjejas. Ini

adalah bertujuan untuk membantu pesakit tersebut untuk memulihkan kecederaan yang

dialaminya, meningkatkan kekuatan anggota yang tercedera serta memperbaiki

keupayaan fizikal agar pesakit dapat berdikari, memperbaiki kualiti hidup dari segi

fizikal, emosi dan sosial. Di samping itu, ini akan memudahkan lagi pergerakannya

dalam melakukan aktiviti seharian (Nasarajan M, 1994).

Selepas menjalani rawatan perubatan, pembedahan dan sebagainya, bagi

mendapatkan kembali fungsi yang signifikan bagi anggota-anggota yang terjejas

memerlukan tempoh lebih kurang tiga sehingga 5 tahun. Pada ketika itu, terapi fizikal

bertujuan untuk mengelakkan pengerasan pada bahagian-bahagian sendi dan pengecutan

otot ataupun muscle atrophy (Canale S.T, 1995).

Terdapat pelbagai jenis terapi contohnya terapi hidro di mana terapi dilakukan di

dalam kolam yang berisi air yang mempunyai suhu yang dikawal dan ditetapkan serta

mempunyai tekanan hidrostatik air. Terapi jenis ini bagus untuk menaikkan suhu otot,

melonggar serta meregangkan otot. Selain itu, terapi dengan cara mengurut pula boleh

melegakan kesakitan pada anggota badan dengan melega dan merehatkan otot. Bagi otot

yang pada mulanya lumpuh tetapi terdapat pemulihan dari segi motor dan sensori

perlukan latihan kekuatan untuk meningkatkan kekuatan otot tersebut. Dalam fisioterapi,

tractions ataupun keadaan menarik juga perlu. Traction diaplikasikan dalam terapi

untuk memisahkan permukaan sendi ketika memberikan pergerakan pasif kepada sendi-

sendi dan untuk mencapai relaksasi bagi otot-otot yang mengalami kekejangan. Adalah

penting bagi seseorang pesakit itu untuk mendapatkan rawatan secara berterusan dan

Page 19: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

3

menjalani pemulihan kecederaan jangka panjang (J. Maheswari, 1993 dalam Nasarajan,

1994).

1.2 Latar Belakang Masalah

Ramai antara kita percaya bahawa senaman adalah baik untuk tubuh, walaupun

ada di antara kita tidak mengetahui apakah kebaikan dan faedah yang diperolehi melalui

senaman. Antara faedah yang diperolehi melalui senaman adalah seperti membentuk dan

membina otot, mengubah postur tubuh yang kurang baik kepada postur yang lebih baik,

fungsi jantung dan paru-paru yang lebih efisien, tidak mudah letih terutamanya ketika

sedang melakukan aktiviti-aktivi fizikal, rasa dan kelihatan lebih menarik (Patton T.K,

1994 dalam Berne, 1998).

Latihan atau senaman yang perlu dilakukan adalah berbeza mengikut keperluan,

jenis dan tahap kecederaan serta jenis dan tujuan senaman. Jenis-jenis senaman yang

biasa dilakukan ke atas anggota tubuh yang mengalami kecederaan atau yang kurang

upaya adalah seperti senaman range-of-motion dan senaman regangan yang bertujuan

untuk memperbaiki dan meningkatkan pergerakan sendi serta fungsinya. Senaman

range-of-motion adalah senaman yang dilakukan berulang-ulang di mana satu atau lebih

sendi pada badan dibengkok atau diluruskan serta digerakkan pada semua arah dalam

julat sesuatu sendi itu biasa digerakkan. Ini dilakukan bagi mengelakkan berlakunya

ketidakseimbangan otot iaitu otot yang menarik sendi pada satu arah adalah lebih kuat

daripada otot yang menarik sendi pada arah sebaliknya (Turek S.L, 1998)

Page 20: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

4

Terdapat tiga cara untuk melakukan senaman latihan range-of-motion iaitu

senaman pasif, senaman aktif dengan bantuan dan senaman aktif. Senaman pasif

dilakukan ke atas pesakit jika seseorang pesakit itu langsung tidak dapat menggerakkan

anggota badan yang tertentu yang mengalami kecederaan iaitu anggota yang ingin

dipulihkan. Pesakit akan dibantu sepenuhnya oleh ahli terapi ataupun ahli keluarga

pesakit yang telah menerima arahan dan nasihat daripada ahli terapi. Senaman aktif

dengan bantuan pula bertujuan apabila seseorang pesakit berupaya untuk menggerakkan

sedikit anggota yang mengalami kecederaan dan dibantu seterusnya oleh ahli terapi atau

pembantunya. Bagi pesakit yang boleh atau berupaya menggerakkan anggota yang

terjejas dengan sendirinya tanpa bantuan, maka senaman aktif adalah lebih sesuai kerana

ia membantu dalam mempertingkatkan kekuatan otot. Latihan senaman aktif boleh

ditingkatkan dengan menambahkan beban kepada latihan yang dijalankan ke atas pesakit.

Posisi anggota badan juga boleh diperbaiki melalui latihan memegang atau melakukan

sesuatu pergerakan dalam posisi yang betul. Latihan yang melibatkan pergerakan dan

tindakan pula dapat meningkatkan kawalan fizikal dan keseimbangan. Terdapat dua jenis

latihan kekuatan bagi individu yang kurang upaya iaitu latihan kekuatan melalui

pergerakan dan senaman yang membenarkan otot bekerja dan menggerakkan sendi

mengatasi rintangan dan satu lagi adalah latihan kekuatan tanpa pergerakan di mana otot

bekerja tanpa menggerakkan ataupun membengkokkan sendi pada anggota badan yang

terlibat (David W, 1987 dalam Howley, 1992).

Senaman boleh meningkatkan saiz otot dan ini boleh dicapai melalui latihan

kekuatan, di mana ini melibatkan otot berkontraksi menentang rintangan yang berat.

Latihan kekuatan meningkatkan jumlah miofilamen di dalam setiap serat otot yang

terlibat. Latihan kekuatan ataupun latihan bebanan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

isotonik, isometrik dan isokinetik (Wee Eng Hoe, 1998).

Dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan

pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen

Page 21: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

5

kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia

menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun free

weights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini

ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula,

pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa

latihan terbuang.

Latihan isometrik pula memberi penekanan kepada penahan penguncupan

maksimum otot selama lima saat, rehat dan ulangan sebanyak lima kali. Penahanan

penguncupan maksimum adalah terhadap rintangan yang tidak bergerak. Kelebihan

latihan ini ialah ini boleh dilakukan tanpa alat atau dengan sedikit alat. Masa latihan

adalah pendek dan digunakan dengan berkesan. Kelemahan latihan ini mungkin kerana

kemajuan latihan sukar dinilai disebabkan penguncupan otot secara statik tanpa rangkaian

pergerakan.

Latihan isokinetik memerlukan mesin-mesin atau alatan yang mahal. Mesin

untuk latihan ini ialah seperti Nautilus, Hydragym atau Cybex. Mesin untuk latihan ini

membolehkan kerja serta kelajuan dikekalkan. Ia membangunkan tekanan otot secara

maksimum sepanjang pergerakan. Di samping itu, ia membolehkan latihan pergerakan

sukan seperti lontaran atau tendangan dilakukan (Wee Eng Hoe, 1998).

Latihan daya tahan pula kerap dipanggil latihan aerobik dan latihan ini pula tidak

membawa kepada pembesaran saiz otot ataupun muscle hypertrophy. Latihan jenis ini

meningkatkan keupayaan otot untuk melakukan senaman dalam tempoh yang panjang.

Contohnya seperti berlari atau berjoging, berbasikal dan sebagainya. Latihan ini akan

meningkatkan jumlah salur darah di dalam otot tanpa membawa kepada peningkatan saiz

otot (Thibodeau G.A dan Patton ,T.K., 1994 dalam Brukner, 2001).

Page 22: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

6

1.3 Pernyataan Masalah

Kecederaan brachial plexus merupakan kecederaan saraf yang terletak di antara

leher dan bahu. Saraf brachial plexus terdiri daripada saraf C5, C6, C7, C8 dan T1 (M.

Nasarajan dan N.Mayilvahanan, 1994).

Beribu orang dewasa di seluruh dunia mengalami kecederaan ini dengan tahap

ketidakupayaan yang berbeza. Ramai daripada mereka yang tidak sedar bahawa terdapat

individu lain yang mengalami masalah atau keadaan yang sama. Mereka mungkin tidak

mendapatkan rawatan lanjutnya serta tidak mengetahui terdapatnya rawatan walaupun

selepas beberapa tahun selepas kecederaan (Adams J.C,1995).

Kecederaan pada saraf brachial plexus mempengaruhi fungsi motor dan sensori

pada tangan dan lengan. Bergantung kepada tahap kecederaan, simptom-simptom yang

kita boleh lihat adalah seperti penggunaan jari-jari dengan baik tapi tidak dapat mengawal

otot bahu dan siku. Sesetengah di antaranya boleh menggunakan lengan tetapi tidak

mempunyai kawalan ke atas jari dan terdapat juga yang mempunyai bahagian anggota

atas badan lemah dengan ketiadaan fungsi motor dan sensori. Kecederaan ini boleh jadi

bilateral iaitu di mana kedua-dua belah lengan turut dipengaruhi.

Erb’s Palsy adalah satu kecederaan di mana berlaku kecederaan pada saraf yang

mengawal pergerakan bahagian lengan atas seperti saraf C5, C6 dan C7 yang mengawal

pergerakan deltoid, bisep dan trisep. Ini boleh disebabkan oleh tarikan ke atas bahu bayi

ketika dalam proses kelahiran yang mengakibatkan rangkaian saraf brachial plexus

terjejas atau rosak. Selain itu, Erb’s Palsy juga boleh berlaku disebabkan kemalangan

motosikal atau kereta, kemalangan ketika bersukan, terjatuh dan sebagainya (M.

Nasarajan dan N. Mayilvahanan, 1994).

Page 23: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

7

Setiap orang yang mempunyai kecederaan brachial plexus perlu serta digalakkan

untuk melakukan latihan dan senaman bagi memastikan otot dan sendi bergerak secara

normal serta mengelakkan otot menjadi lemah kerana otot yang tidak digunakan akan

mengecut. Pesakit yang lumpuh di bahagian lengan dan tidak menggerakkannya boleh

mengakibatkan bahu dan siku menjadi kaku dan tendonnya menjadi mengecut. Senaman

atau latihan fisioterapi yang dijalankan ke atas pesakit juga bertujuan untuk merangsang

deria fungsi motor dan sensori bahagian tubuh yang terjejas, meningkatkan fleksibiliti

dan kekuatan. Apabila saraf mula bekerja dengan lebih baik, otot dan sendi akan

bersedia untuk bekerja. Ini bermaksud, latihan terapi penting supaya bila saraf yang telah

pulih atau sembuh menghantar isyarat untuk pergerakan, otot dan sendi boleh

memberikan tindak balas ataupun respon kepada rangsangan yang telah diberikan. Selain

itu, terapi yang diberikan juga bertujuan untuk membantu pesakit untuk meningkatkan

daya tahan otot dan fungsi lengan dan tangan yang mengalami kecederaan serta

meningkatkan koordinasi pergerakannya (Dandy D.J, 2001).

Elbow flexor ialah sekumpulan otot yang terdiri daripada brachialis, bisep brachii

dan brachioradialis yang bertanggungjawab untuk melakukan pergerakan elbow flexion.

Apabila berkontraksi kosentrik, elbow flexor akan menyebabkan flexion pada sendi di

siku. Dalam melakukan elbow flexion secara perlahan melawan tarikan graviti, brachialis

dan bisep adalah terlibat walaupun dengan beban yang sedikit. Dengan kelajuan

bertambah, aktiviti di brachioradialis meningkat dengan ketara (Conaill M,1949 dalam

Behnke, 2001).

Untuk melakukan senaman yang menggunakan tarikan graviti sebagai daya

rintangan, pergerakannya mestilah dilakukan dalam arah yang bertentangan dengan

tarikan graviti iaitu bergerak menjauhi bumi. Semasa kontraksi kosentrik, otot antagonist

yang bertindak bertentangan dengan otot yang menyebabkan kontraksi kosentrik iaitu

pada asasnya adalah pasif dan memanjang. Pada masa yang sama otot agonist

memendek dalam berkontraksi. Contohnya ketika melakukan elbow flexion, jika

Page 24: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

8

dilakukan melawan tarikan graviti, otot yang bertanggungjawab untuk pergerakan elbow

flexion iaitu otot bisep brachii akan berkontraksi kosentrik. Otot antagonist iaitu otot

trisep yang bertanggungjawab dalam pergerakan elbow extension pula dalam keadaan

rehat dan memanjang secara pasif ketika pergerakan tersebut (Howley E.T, 1992).

Bagi individu yang mengalami kurang upaya disebabkan kecederaan yang

menimpa, senaman terapi adalah baik untuk menggerakkan sendi-sendi, untuk

menguatkan otot-otot yang lemah, meningkatkan koordinasi serta imbangan badan. Bagi

otot yang lemah, kekuatan otot boleh ditingkatkan dengan melakukan latihan rintangan.

Jika otot terlalu lemah, daya tarikan graviti sudah memadai sebagai daya rintangan.

Senaman latihan menguatkan otot melalui terapi senaman dibahagikan kepada dua jenis

iaitu senaman statik atau isometrik dan senaman dinamik atau isotonik. Dalam senaman

statik, otot berkontraksi manakala panjangnya kekal sama contohnya kontraksi otot

ketika menolak dinding. Dalam senaman dinamik pula, otot berkontraksi dan

menghasilkan pergerakan. Senaman ini boleh jadi aktif iaitu di mana pesakit melakukan

senaman tersebut dengan sendirinya, secara active assisted atau dengan bantuan iaitu

pesakit melakukan senaman sambil dibantu oleh seseorang sama ada ahli fisioterapi

ataupun ahli keluarga. Active resisted pula di mana pesakit melakukan pergerakan

menentang ataupun melawan rintangan. Cara ini lebih berkesan untuk meningkatkan

kekuatan otot.

Senaman active range of motion digunakan apabila pesakit boleh melakukan

senaman tanpa bantuan. Active assistive range of motion pula digunakan jika otot terlalu

lemah atau jika pergerakan sendi mengakibatkan ketidakselesaan. Passive range of

motion pula digunakan jika pesakit langsung tidak boleh menggerakkan anggota yang

kurang upaya. Jika sendi pesakit keras ataupun kaku serta sakit dan ototnya tegang, maka

adalah lebih baik jika sedikit haba diletakkan pada bahagian sendi dan otot tersebut. Ini

boleh mengurangkan kesakitan serta merehatkan otot yang tegang. Senaman adalah lebih

efektif dan kurang mengalami kesakitan pada bahagian sendi dan juga otot jika suhu tisu

Page 25: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

9

otot ditingkatkan lebih kurang 48˚C (109˚F). Ini boleh dilakukan dengan meletakkan

heat pack pada permukaan otot dan juga pada bahagian sendi yang terlibat dalam

pergerakan senaman yang akan dilakukan selama 10 hingga 15 minit. Sebagai contoh,

haba diletakkan pada bahagian siku dan juga otot bisep sebelum melakukan senaman

elbow flexion (J. Maheswari, 1993 dalam Nasarajan, 1994s).

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan senaman

ke atas kontraksi otot bisep individu yang mengalami kecederaan brachial plexus.

Perkara-perkara yang dikenalpasti ialah:

a) untuk menentukan satu latihan senaman yang bersesuaian dengan pesakit

Erb’s Palsy dari segi tempoh, jenis senaman dan kekerapan.

b) untuk mengetahui perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum

dan selepas latihan senaman dilakukan ke atas sampel.

c) untuk menganalisa dan membuat perbezaan di antara kekuatan dan kontraksi

otot bisep pesakit Erb’s Palsy dengan sampel yang normal.

Page 26: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

10

1.5 Kepentingan Kajian

Senaman dan latihan pemulihan yang teratur dan bersesuaian memainkan peranan

yang sangat penting untuk dalam usaha untuk memulihkan sesuatu kecederaan dan

memperbaiki fungsi anggota fizikal yang mengalami ketidakupayaan. Oleh itu, melalui

kajian yang akan dijalankan, diharapkan agar dapat memberi panduan dan gambaran

mengenai latihan senaman bagi pemulihan otot bisep yang mengalami keadaan Erb’s

Palsy. Hasil kajian ini akan dapat :

a) menunjukkan penggunaan kaedah pengukuran dan penilaian yang

bersistematik dan saintifik dalam melakukan ujian ke atas kesan latihan

senaman untuk pemulihan.

b) memberi maklum balas kepada pesakit tentang perkembangan keadaan

kecederaan beliau.

c) dapatan kajian juga dapat memberi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain

yang ingin serta berminat untuk membuat kajian dalam bidang ini.

1.6 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang telah dikenalpasti oleh penyelidik ialah:

Page 27: KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP … · 2013-11-19 · Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta

11

a

a) Adakah terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum

dan selepas menjalani program latihan pemulihan?

b) Adakah terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas

latihan senaman berbanding sampel normal?

c) Adakah terdapat hubungan di antara kontraksi otot dengan jumlah hari

latihan?

1.7 Hipotesis Kajian

Dengan batasan-batasan yang wujud dihipotesiskan bahawa:

H 1 : Tidak terdapat perbezaan dan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy

yang

mengalami Erb’s Palsy selepas menjalani latihan senaman elbow flexion.

H 2 : Tidak terdapat perbezaan kekuatan dan kontraksi otot bisep sampel yang

mengalami Erb’s Palsy dan subjek normal.

H 1 : Terdapat perbezaan kekuatan dan kontraksi otot bisep pada subjek yang

mengalami Erb’s Palsy selepas menjalani latihan senaman elbow flexion.

H 2 : Terdapat perbezaan kekuatan dan kontraksi otot bisep sampel yang

mengalami Erb’s Palsy dan subjek normal.