KERTAS KERJA HARI KETERAMPILAN MAHASIWA (HAKERA) KOLEJ DATO’ ONN TARIKH 21 - 23 FEBRUARI 2014 (JUMAAT, SABTU & AHAD) TEMPAT KOLEJ DATO' ONN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2013/2014 TEMA ”SEIRING, SEIRAMA, SEKELUARGA”
16
Embed
KERTAS KERJA HARI KETERAMPILAN MAHASIWA (HAKERA) filekertas kerja hari keterampilan mahasiwa (hakera) kolej dato’ onn tarikh 21 - 23 februari 2014 (jumaat, sabtu & ahad) tempat kolej
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
HARI KETERAMPILAN MAHASIWA
(HAKERA)
KOLEJ DATO’ ONN
TARIKH
21 - 23 FEBRUARI 2014
(JUMAAT, SABTU & AHAD)
TEMPAT
KOLEJ DATO' ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
SESI 2013/2014
TEMA
”SEIRING, SEIRAMA, SEKELUARGA”
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA KOLEJ DATO' ONN
21 – 23 FEBRUARI 2014
KERTAS KERJA
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA
KOLEJ DATO’ ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk HAKERA 2013.
2.0 PENGENALAN
Program HAKERA ini merupakan salah satu program yang diadakan di bawah
kendalian Timbalan Ketua Eksekutif, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn.
Program ini bertujuan menyuntik kemahiran dan tanggungjawab sosial dan
kemahiran komunikasi bersama badan-badan korporat. (8 domain kontrak
pembelajaran).
Program HAKERA ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar Kolej
Dato’ Onn tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang
hayat selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma semasa
menguruskan program HAKERA. Selain itu, HAKERA menekankan pemikiran
kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kepimpinan dan
kerja berpasukan dalam kalangan ahli.
HAKERA juga mengasah bakat pelajar dalam kemahiran pengurusan dan
keusahawanan. Malahan, kemahiran kreatif dan inovatif dapat disuntik dengan
mengadakan program-program yang berbeza sepanjang tahun disamping
membantu mahasiswa UKM untuk melengkapkan hasil pembelajaran mereka.
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA KOLEJ DATO' ONN
21 – 23 FEBRUARI 2014
3.0 MISI
Merapatkan hubungan antara pelajar Kolej Dato’ Onn tanpa mengira perbezaan agama,
bangsa dan budaya supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain selaras hasrat Perdana
Menteri Malaysia iaitu 1 Malaysia dalam masa yang sama menggilap kompentesi ganerik
para pelajar.
4.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat :
Melahirkan pelajar modal insan kelas pertama yang berketerampilan,
bertanggungjawab, berdedikasi serta tabah dalam menghadapi segala cabaran.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membentuk pelajar yang komited kepada tugas dan tanggungjawab yang
diberikan dalam suatu organisasi.
5.2 Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi,
berinovasi serta bermotivasi.
5.3 Menggabungkan aktiviti sukan, kebudayaan dan kebajikan antara pelajar
dari pelbagai bidang tanpa mengubah nilai-nilai estetika yang ada.
5.4 Menerapkan nilai-nilai perpaduan, sikap bekerjasama saling membantu
dalam melakukan aktiviti secara berorganisasi.
6.0 TEMA
”SEIRING, SEIRAMA, SEKELUARGA”
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA KOLEJ DATO' ONN
21 – 23 FEBRUARI 2014
7.0 ANJURAN
Timbalan Eksekutif Pelajar, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato' Onn