Top Banner

of 64

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur (Nota)

Jul 18, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

1

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apaapapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

2

Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas; (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ; (d) memberi penerangan dan al asan; (e) menunjuk arah; (f) membina soalan untuk mencari maklumat; (g) bertemu ramah; (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat; (i) bertutur secara bertatasusila; dan (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan; (b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru; (c) Membina soalan berdasarkan bahan; (d) Memberi arahan kepada rakan; (e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;

3

(f) Berbual melalui telefon; (g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri; (h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan; (i) Permainan komunikatif; (j) Mengadakan perbahasan; (k) Perbincangan forum; (l) Memberi taklimat dan ceramah; (m) Main peranan; (n) Simulasi; (o) Teater bercerita; dan (p) Drama

4

Kemahiran Mendengar Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanakkanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanakkanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.5

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat, (g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan

6

(h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orangorang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

7

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) secara pasif; (b) secara bertelau-telau; (c) tanpa tindak balas; (d) secara menebuk-nebuk; (e) dengan beremosi; (f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan (g) secara kritikal. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran

8

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian. Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.

9

Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila; (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat; (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah; (g) Memberi arahan; (h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) Membaca iklan, peraturan-peraturan; (g) Memberi ucapan pendek dan mudah; (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; (i) Memberi komen secara mudah; dan

10

(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat; (e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan; (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat; (g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan); (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain; (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan; (j) Mendeklamsi puisi (k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan (l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

11

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor, (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa; (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan; (c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan; (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanakkanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandarbandar;

12

(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanakkanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis; (b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu; (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masingmasing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan; (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkatperingkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

13

(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan; (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak; (g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kaedah Teknik Pengajaran Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur

Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.14

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

diperkenalkan ole Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamakna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;15

(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah; (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi muridmurid dalam latihan bertutur; (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu; (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.

16

Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsipprinsip berikut: (a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur; (b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah; (c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan; (d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan (e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Pendekatan situasi17

mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan18

(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik .Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumusrumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur19

unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampirhampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school sekolah

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya (I- subjek) pergi(go- kata kerja) ke sekolah (to school- objek)

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

20

Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; (b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan (e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain. Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan

21

(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumusrumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

22

Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

23

Kesimpulannya

dalam

proses

pengajaran

kemahiran

bertutur,

kaedah

komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi; (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara

24

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponen Persediaan Mengajar Persediaan Maklumat am Pengetahuan sedia ada Isi pelajaran Penyampaian Set Induksi Perkembangan Penutup Kesimpulan Penilaian

Kemahiran peneguhan Tugasan tugasan Kemahiran menerangkan ilustrasi Kemahiran menggunakan papan Kemahiran rangasangan Kemahiran menyoal variasi Ulasan kendiri

Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar

25

kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhatihati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahanbahan (kad kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi26

bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:

27

Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Kesesuaian dengan perkara Penjelasan

Objektif dan matlamat pengajaran

(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Keadaan pelajar

(a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang dan

pendidikan,

status

sosioekonomi

tahap pencapaian pelajar;

28

Suasana pembelajaran

(a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid; (b) Elemen penting dalam suasana

pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih

merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. reaksi murid-murid

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan29

masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i)pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; (e) Bahan yang jimat dan murah perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); (f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya; (g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

30

Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahanbahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. Boneka Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. Bahan Kartun (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai.31

(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton rakaman drama. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur32

Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya,33

penilaian

dan

pengujian

terhadap

kemahiran

bertutur

haruslah

mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan muridmurid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu34

diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan cirri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

35

Teknik menguji kemahiran bertuturMembaca kuat. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Dengan membaca kuat, murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada, intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu.

Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayatayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

TEKNIK MENGUJI KEMAHIRA N

Pemarkatan.Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.

Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut.

Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

36

Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok. Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok. Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan itu.Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. Misalnya: (a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mere ka lakukan? (c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih Kritis Membaca Kuat

37

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi. (b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah: Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. (a) Guru memberi murid petikan cerita pendek; (b) Murid membaca senyap; (c) Guru membaca kuat petikan; (d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru; (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: Main peranan Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan38

tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya: Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagaibagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan\

menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru39

Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.

Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalansoalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadankan memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya. (b) megelompok misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya. (c) menyusun dan melengkapkan menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.40

(d) menyelesaikan masalah menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat; (e) berinteraksi melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll (f) simulasi main peranan dalam lakonan, forum dll (g) projek perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan. Nama Murid: .....................................................................................................

Bahagian

No. Gambar

Nombor soalan

Markat 2 1 0

1 A 2 3 4 5 B 1 2 3 4 5

J=

J=

41

Nilai Markat (cadangan) 2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahas 1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa 0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan

perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.42

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu: i. sebutan ii. kefahaman iii. ketatabahasan iv. keluasan perbendaha raan kata, dan v. kelancaran pertuturan. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan

Scanning Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

43

Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu44

sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur. PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanakkanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyibunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanakkanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran45

mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayatayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. Teknik Bacaan Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea46

sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru; (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; (c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya; (d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan; dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik; (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus; (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;47

(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca; (e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa; (f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan. Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut: (a) membaca tinjauan (b) membaca sekilas (c) membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan

pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada48

perpustakaan. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajarpelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru; (b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok; (c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan (d) Bahan-bahan yang berbeza. Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain; (b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari; (c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur; (d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya;49

(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif; (f) Menambah minat membaca; (g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik; (h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca; (i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa; (j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan; (k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa; SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk; (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya; (c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk skim;

50

(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya; (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpu an mental. Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. (c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.51

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Kaedah Fonik

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsurunsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang akan

mendahulukan unsure-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

52

Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking. Prinsip pendekatan komunikatif: (a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya; (b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; (c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; (d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat,53

murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut; (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain; (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka; (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep; (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.54

Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah: Kaedah Pandang Sebut Menyebut perkataan Mencerakinkan perkataan dan kata Membina dan membaca ayat Membaca ayat (Latihan- Menggunakan bahan bantu belajar)

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambing-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatuperkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyaklambang.

55

Kaedah abjad Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil Menyebut suku kata V dan KV Mengeja suku kata, perkataan dan frasa Membaca ayat (LatihanMenggunakan bahan bantu belajar)

Kaedah

abjad

ialah

kaedah

yang

berfokus

pada

penghafalan

abjad,

pembentukan suku katadan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

56

Kaedah fonik Membunyikan huruf dan asosiasi Membatang suku kata dan perkataan Membaca dan frasa ayat (Latihan- Menggunakan bahan bantu belajar) Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa apa yang dibaca. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lainlain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) 1. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) - Tinjau Q (question) - Soal/tanya

57

R (read) - Baca R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) - Baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); (b) Know,What,Learn,How, (c) (KWLH); dan lain-lain (a) Lingkaran Soalan, (b) Tatacerita (c) Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

58

Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar

menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

59

Knowledge, What, Learn, How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan boring menggunakan teknik KWLH. Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) - Membaca A (Analogize) - Menganalogi D(Discuss) - Berbincang A( Apply) - Mengaplikasi R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik60

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah: R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan ma klumat lain. A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat. A Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. R Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.61

Langkah pelaksanaan (a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan; (b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon; (c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog; (d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai; (e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan; (f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan; (g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan (h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu. TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui kata teknik dan bercerita tatabahasa latihan dapat pemahaman, perluasan perbendaharaan

disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita; (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan; Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

62

(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid; (b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan; (c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa; (d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting; (e) Lakukan latihan; (f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan; dan (g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan. Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca Pengajaran guru menepati kehendak Sukata Pelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar. Guru berjaya mencapai objektif pengajaran. Langkah-langkah Sebelum Guru tentukan tajuk dan tema pembelajaran. Guru menyediakan rancangan pengajaran harian berfokuskan kepada aktiviti bacaan. Guru menyediakan alat bantu mengajar berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dibina. Semasa Guru memulakan aktiviti dengan langkah merangsang minda dan minat pelajar.

63

Guru menekankan aktiviti pembacaan dalam mencapai objektif pengajaran. Guru boleh mempelbagaikan teknik dan kemahiran seperti teknik latih tubi, teknik tunjuk cara, teknik bercerita, kaedah ajuk hafaz dan kaedah linguistic. Guru boleh menggalakkan murid membaca secara mekanis ataupun mentalis. Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti tayangan video, muzik, tayangan slaid, kad manila, kad imbasan, rakaman suara dan lain-lain. Semasa pengajaran berlangsung, guru mengenalpasti tahap penguasaan seseorang murid terhadap pembelajaran. Selepas Guru merumuskan pengajaran pada hari tersebut seperti pemupukan nilai murni. Murid yang didapati lemah diberi aktiviti pemulihan/ Manakala murid yang telah berjaya menguasai pembelajaran diberi aktiviti pengayaan. Bahan Bantu Mengajar Dalam pembelajaran Bahasa Melayu, bahan merupakan antara faktor terpenting dalam kejayaan sesuatu pengajaran, dapat menarik minat pelajar, serta menjadikan pembelajaran lebih seronok. Bahan bantu mengajar haruslah mempunyai daya tarikan yang dapat dikesan melalui pancaindera manusia sama ada penglihatan, sentuhan, rasa, hidu dan pendengaran. Bahan bantu mengajar biasanya terdiri daripada gambar, video, rakaman suara, kad imbasan, carta, buku teks, kad manila, model konkrit, papan gulung, keratan, akhbar, radio, televisyen, tayangan filem pelajaran, dan slaid

64