Top Banner
1 Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: konsep objektif proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; 3. menerangkan beberapa k aedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan 5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
78

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

Jan 23, 2015

Download

Education

Noor Syazwanni

 
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

1

Tajuk 1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Konsep • Objektif • Proses dan Bentuk

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar

dan Bertutur:

• konsep

• objektif

• proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca

dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek

asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid

yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi

cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran

mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat

dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik

membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini

bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi

kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur

dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;

2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran

mendengar dan bertutur;

3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur;

4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan

yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur; dan

5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran

bertutur.

Page 2: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

2

Kerangka Konsep

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky

(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti

pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

Page 3: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

3

Definisi Konsep

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang

bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat

dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana

proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni

memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan

kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini,

kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau

maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan

penghasilan maklumat.

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam

kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan

memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang

penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan

berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan

pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:

(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan

sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai

dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,

ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran

kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain

menguasai kemahiran:

(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa

melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang

diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi

berkenaan.

Page 4: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

4

(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain

mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara

berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk

diri sendiri dan orang lain;

(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan

bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;

(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan

memperoleh maklumat tertentu;

(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti –

ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;

(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama

ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;

(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan

syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri,

nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;

(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan

keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut

nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara

hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan

(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan

menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan

nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur,

seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi

(intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan

pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk

mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses

mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu

mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan

mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar

dan membaca secara berkesan.

Page 5: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

5

Konsep Pertuturan

(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar

dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan

otaknya;

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap

sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada

aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan

(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan

setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid

diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat

mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya

melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan

makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan

/sǝmak/ dan seumpamanya;

(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan

memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu

bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam

bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa

Melayu;

(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan

elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda

digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini

digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda

bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,

‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan

tembakkan!

Page 6: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

6

(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau

menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar

berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai

intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung

ayat.

(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika

sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,

Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian

dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina,

kewujudannya lebih jelas.

(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan

tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis

dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan

berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh

kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek

tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur

dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi

dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan

murid-murid.

(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan

baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut

perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-

murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu

berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi

secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:

(a) menyebut dengan jelas;

(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;

(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ;

Page 7: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

7

(d) memberi penerangan dan al asan;

(e) menunjuk arah;

(f) membina soalan untuk mencari maklumat;

(g) bertemu ramah;

(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;

(i) bertutur secara bertatasusila; dan

(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:

(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;

(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;

(c) Membina soalan berdasarkan bahan;

(d) Memberi arahan kepada rakan;

(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;

(f) Berbual melalui telefon;

(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;

(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab

soalan yang diajukan;

(i) Permainan komunikatif;

(j) Mengadakan perbahasan;

(k) Perbincangan forum;

(l) Memberi taklimat dan ceramah;

(m) Main peranan;

(n) Simulasi;

(o) Teater bercerita; dan

(p) Drama

Kemahiran Mendengar

Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa

masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?

Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu

dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal

tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-

kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada

berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa

berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,

Page 8: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

8

mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang

yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan

perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan

dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran

merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini

bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,

cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik

mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses

maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk

menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,

mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan

harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,

perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem),

memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan

perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan

mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku

melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek

pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku

secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:

(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;

(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;

(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan

(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Page 9: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

9

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap

gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan

menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan

pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku

secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.

Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan

digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya

kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang

baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru,

anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh

diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses

mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu

gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:

(a) memperoleh idea;

(b) mencari isi-isi penting;

(c) melakukan arahan/ tindak balas;

(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;

(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;

(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,

(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan

(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,

iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang

terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahi ran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam

kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @

murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar

dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula

memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Page 10: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

10

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi

dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar,

bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum

kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,

aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:

(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;

(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;

(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan

(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?

Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses

mendengar:

(a) secara pasif;

(b) secara bertelau-telau;

(c) tanpa tindak balas;

(d) secara menebuk-nebuk;

(e) dengan beremosi;

(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan

(g) secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan

dingati;

(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat;

(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding

daripada kecerdasan otaknya;

(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran

seseorang;

(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;

(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;

(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;

(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek

kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan

(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara

kritis terhadap bentuk dan isi.

Page 11: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

11

Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan

murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-

bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa

tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan

mesej yang diterima itu.

Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa

lisan?

2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal

Page 12: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

12

Tajuk 2

Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar

dan Bertutur:

• Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca

dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu

diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai

kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran

berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu

menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran

berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari

terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik

pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.

Page 13: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

13

Kerangka Konsep

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)

Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman

mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan

mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan

hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model

dalam kalangan murid-murid berkenaan.

(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)

Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara

pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan

ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur

Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat

mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut

situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan

betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni

peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah

sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan

demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut

peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti

pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

Page 14: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

14

Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila;

(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;

(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;

(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;

(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;

(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;

(g) Memberi arahan;

(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan

(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan

(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;

(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;

(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;

(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;

(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi

seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;

(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;

(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;

(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;

(i) Memberi komen secara mudah; dan

(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses

dan sebagainya;

(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;

(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;

(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;

(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;

(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;

(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);

(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan

lain-lain;

(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;

(j) Mendeklamsi puisi;

Page 15: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

15

(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan

(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,

(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan

keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses

maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;

(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap

dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau

sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa,

bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang

berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi:

lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-

bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.

Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota

badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian

kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga

ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi

petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi

akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak

fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan

mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan

membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;

(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak

perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan

Page 16: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

16

perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan

dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding

kanak-kanak lelaki; dan

(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh

lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses

pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada

bahasa ibundanya.

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar

(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa ber tutur,

membaca dan menulis;

(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik

dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada

sesuatu aktiviti tertentu;

(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan

disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan

diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya

memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid

boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui

aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;

(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,

didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat

kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-

perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga

begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses

berkenaan;

(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan

mendengar dalam kalangan kanak-kanak;

(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih

kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau

melalui daya insiatif murid sendiri.

Page 17: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

17

Tajuk 3

Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Kaedah • Teknik Pengajaran

Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran

mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum

dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif,

yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan

bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik

pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran

mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran.

Kerangka Konsep

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti

pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

Page 18: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

18

kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada

baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar

dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran

kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan

dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran

yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai

mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama

pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur.

Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar

kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara

strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap

kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi

dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan

dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar)

dalam bilik darjah

(a) Pendekatan Situasi

Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh

Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua

unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam

pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-

kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-

makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori

struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk

membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu

beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai

kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek

struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan

penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan

demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul

supaya gerak balas itu diulangi lagi;

Page 19: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

19

(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang

digunakan oleh masyarakat;

(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat

memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta

dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;

(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk

mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini

diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan,

keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan

terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan

bahasa yang salah;

(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid

dalam latihan bertutur;

(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid

mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan

sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu

memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat

pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka

pelajari itu;

(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka

akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu

melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang

betul.

Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan

kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan

seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu

dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa

untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu

berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam

kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran,

misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan

bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan

kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah

untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan

masyarakat.

Page 20: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

20

(b) Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam

pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja

meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi

dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk

menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi

bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur

merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam

kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau

komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi

kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif

mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan

menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan

demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;

(b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru,

komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;

(c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan

dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak

formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi

yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat

melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk

paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih

berkesan;

(d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid

dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh

mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan

(e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai

pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan

demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu

melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan

rakaman menjadi semakin perlu.

Page 21: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

21

Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam

pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat

menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog

atau karangan lisan sebagaimana berikut.

Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?

Kakitangan pos : “Pak cik”?

Wanita : (terdiam)

Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?

Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu

baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.

Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun

belum.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran

kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran

kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-

bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan

sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid

tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa

yang tepat dan berkesan.

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui

dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur

bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif

mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut

konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran

yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan

komunikatif.

Kaedah Terus

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara

mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam

perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda

Page 22: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

22

mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang

mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.

Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara

lain:

(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks

penggunaan bahasa tersebut;

(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan

menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran,

lakonan, gerak laku dan lain-lain;

(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;

(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari

secara induktif, dan

(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan

intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan

seperti berikut:

(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang

mengandungi ayat-ayat yang sempurna.

(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.

(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai

sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada

pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.

Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Mereka

juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat

mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran

yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun

bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai

digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Page 23: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

23

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa

dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun

menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,

perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu

dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam

konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih

dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika

memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi

daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopi

school - sekolah

radio - radio

bicycle - basikal

biscuit - biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.

Subjek Kata kerja Objek

Saya

I

pergi

go

ke sekolah.

to school.

Dia

He

minum

drinks

susu.

milk.

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan

menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:

(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;

(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;

(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan

(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Page 24: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

24

Kaedah Audio-Lingual

Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid

menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran

ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;

(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;

(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan

bahasa;

(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan

(e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga

beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk

kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan

bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil

contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian,

unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara

intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan

dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami

kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk

memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah

pengajarannya seperti berikut:

(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;

(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan

(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus

ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini

juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz.

Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang

sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang

dihafaz.

Page 25: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

25

Kaedah Komunikatif

Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.

Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.

Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa

dan komunikatif.

(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka

dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam

pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang

bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang

saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur

bahasa yang diajar.

(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan

bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,

ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan

penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran

kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal

unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan

unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa

juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa

mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini

bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan

menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks

penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara

untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru

memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan

pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih

Page 26: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

26

dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan

kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan

beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang

dipercayainya paling berkesan.

Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan

oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah

teknik:

(a) Latih tubi; (b) Bercerita;

(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara

(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat

(g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran

(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita

(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi

(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara

Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose

mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya

membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik

darjah.

Page 27: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

27

Latih Tubi Sebutan

Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan

dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh

murid.

Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam

perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh

menghasilkan makna yang berbeza.

Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu

dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi

masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/

- Pandang pandan tepi pagar depan padang.

- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

Bola. Ali menendang bola. Ali menendang bola di padang.

daki - laki tari - lari malu - balu

Murid-murid, ikut cikgu sebut.

Bola. Ali menendang bola. Ali ….

Page 28: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

28

Nyanyian

Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti

nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi

memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Selamat datang.

Sila masuk ke dalam.

Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum.

Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan.

Latihan Pandang dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan

pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan

gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan

bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.

i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia menggunakan kerbau

untuk membajak tanah.

Page 29: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

29

Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.

Karangan Lisan

Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan

bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid

untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis

karangan bebas.

Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca

ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-

murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan

mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih

penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

Memproses Maklumat

Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-murid

mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan

Page 30: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

30

untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan

menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.

Contoh:

Interaksi Sosial

Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi

tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan

lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang

lebih mencabar.

Contoh: Lakonan Terkawal

Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut

tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak.

Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di

situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.

Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan

pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik

Senarai barang yang diberi oleh guru. • Khemah • Lampu picit • Makanan kering • Makanan basah • Alat memasak • Pakaian • Baldi • Alat menjahit • Pisau • Kapak • Bantal • Selimut • Air • Susu tin • Cangkul • Surat khabar • Radio • Mancis api

Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.

Page 31: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

31

untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang

ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di

belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan

sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang

terdapat dalam gambar ini.

Rumusan Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan

ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan

lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang

bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

Page 32: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

32

Tajuk 4

Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur • Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti • Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran

Sinopsis

Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan

lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan

bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit

banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa

dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan

pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu

dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.

Hasil Pembelajaran

1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran

kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran

mendengar dan bertutur;

Kerangka Konsep

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti

pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

Page 33: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

33

Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:

Komponan Persediaan Mengajar

Persediaan Penyampaian Penutup Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan Tugasan Isi Pelajaran ii. Kemahiran

menerangkan Ilustrasi Ulasan Kendiri

iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis

iv. Kemahiran Variasi Rangsangan

v. Kemahiran Menyoal

Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting,

sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa

yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran

mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang

berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan

aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu

menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan

(menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan,

menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan

afektif (memilih).

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:

(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,

iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang

sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam

proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad

Page 34: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

34

kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan

digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan

yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan

murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan

tugasan sebagaimana diarahkan.

(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid

melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi

bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu

sekiranya perlu.

(c) Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan

dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh

menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid

boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang

ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang

diperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan

mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid

melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid

yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi

cemerlang).

Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan

bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan),

pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid,

suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:

Page 35: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

35

Kesesuaian dengan perkara Penjelasan

Objektif dan matlamat pengajran

(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran;

(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;

(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan

(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;

Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid;

(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan

(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya

Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian

kepada perkara-perkara berikut:

(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran,

iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek

rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh

tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih

dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan

mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip

berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang

kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang

Page 36: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

36

mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,

(v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan

datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!

(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar

itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya,

bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran

berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi

maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i)

pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat,

latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur –

mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi

maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai

mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada

kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu

mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz,

ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar

berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana

kewajaran kosnya (munasabah);

(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang

kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;

(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai

dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar

adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran

bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Aktiviti latih tubi untuk pertuturan

Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan

alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar

dan bergambar, filem dan slaid.

Page 37: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

37

Aktiviti peniruan dan hafazan

Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan

disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog,

seni kata lagu, dan petikan karangan.

Aktiviti kemahiran komunikatif

Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita

rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya

pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara

penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan

lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. Misalnya:

(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada

kelas;

(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;

(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan

menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;

(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;

(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh

membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan

(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.

Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan

boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain,

aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-

kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping

itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan

boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.

Page 38: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

38

Aktiviti pengumuman lisan

Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan te rbang, di

stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.

Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri

daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada

sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan

sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan

pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-

bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi

oleh murid-murid.

Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti

bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan

untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.

Boneka

(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.

Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.

Page 39: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

39

(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan

satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.

(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.

(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi

memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.

(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Bahan Kartun

(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.

(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita

dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.

Video dan Bahan Sastera

(a) Murid menonton rakaman drama.

(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.

(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau

tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan

Melaka dalam cerita Hang Jebat.

(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan

membuat tindakan sendiri.

Page 40: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

40

Gambar Foto (potret)

Kesimpulannya

Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut

keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana

murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa

dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif

dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh

manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan

pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu

untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

(a) Murid diminta menerangkan keadaan

emosi seorang kanak-kanak yang terdapat

dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama

ada sedih, gembira, takut, marah dan

sebagainya.

(b) Murid kemudian meramalkan peristiwa

yang mencetuskan perasaan demikian.

(c) Murid diminta menyenaraikan beberapa

perkara yang menarik tentang pemuda itu

(d) Murid membuat karangan pendek tentang

kanak-kanak tersebut.

Page 41: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

41

Tajuk 5

Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran

Mendengar dan Bertutur.

Sinopsis

Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam

pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal

menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran

mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru,

modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan

menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan

bertutur salam kalangan murid.

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang

sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan

bertutur; dan

2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.

Kerangka Konsep

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti

pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

Page 42: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

42

Pengenalan

Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat

taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan

menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,

kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa

dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat

hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara

mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek

kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan

sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan

pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana

pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.

Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai

perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks

untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu

membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia

juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang

berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang

perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-

ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan,

meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai

sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan

kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang

kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu

dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan

konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap

kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa

ini.

Page 43: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

43

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur

Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:

Pertama: penilaian kemahiran menyebut

Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada

peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam

bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu,

mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan

bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.

Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah.

Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar

membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti

kh, gh, sy, z, v, s dan f.

Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata,

frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan

intonasi.

Penilaian kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan

menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan

sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat

secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran

bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan

pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang

fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada

dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-

ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak

mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan

itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan

tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan

dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Page 44: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

44

Teknik menguji kemahiran bertutur

Bertutur dengan gerak balas terhad

Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas

secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

TEKNIK

MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT

Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut.

Membaca kuat. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Dengan membaca kuat, murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada, intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu.

Pemarkatan. Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.

Page 45: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

45

Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok.

Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.

Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang

tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta

bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata

sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan

orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan

beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-

soalan itu.

Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.

Misalnya:

(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?

(b) Apa yang sedang mere ka lakukan?

(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu?

(soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih

kritis).

Page 46: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

46

Membaca Kuat

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap

penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca

ialah 2-3 minit.

Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan

terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut

bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan

kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul.

Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana

murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata

hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada mur id bertutur dengan

menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat

kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka

berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau

bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada

sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam

penilaian jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.

(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b) Murid membaca senyap;

(c) Guru membaca kuat petikan;

(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;

(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca

oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid).

Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.

Page 47: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

47

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:

Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi

tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu

menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang

dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara

berpasangan. Misalnya:

Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan,

murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang

hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja

disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan

peranan masing-masing secaara spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan

situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran

bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi

peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan

berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam

kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau

murid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid

menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

• Murid diminta mengingat atau

mengimaginasikan sesuatu dan

menjelaskan sesuatu

mengenainya. Misalnya: percutian

semasa cuti sekolah.

• Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Page 48: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

48

Pemarkatan Ujian Bertutur

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur,

iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang

belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan

lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi

gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek

berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut

ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk

menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan

pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka

berikan.

Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. iii. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv. Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. i. Apakah cita-cita kamu? ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Soalan:

i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu?

ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka?

iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya?

Page 49: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

49

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:

(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan

memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang

berlawanan, sama dan sebagainya.

(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat

kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.

(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur,

kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi

karangan dll.

(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu

dengan selamat;

(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll

(f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll

(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan

dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan. Nama Murid: .....................................................................................................

Markat

Bahagian

No: Gambar

Nombor Soalan

2

1

0

1

2

3

4

A

5

1

2

3

4

5

J =

J =

Page 50: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

50

Nilai Markat (cadangan)

2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.

1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa.

0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2.

Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi

12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu

kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan,

bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan

kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan

bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan, guru mendengar dengan tel iti dan memberi markat secara keseluruhan.

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan

kepada lima komponen yang besar, iaitu:

i. sebutan

ii. kefahaman

iii. ketatabahasan

iv. keluasan perbendaha raan kata, dan

v. kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu

ditakrifkan dengan jelas supaya dapat di jadikan panduan oleh guru.

Rumusan

Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),

penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam

pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal

Page 51: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

51

diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untuk

memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan

pendekatan, kaedah dan te knik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan

prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru

harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara

memberi markah. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk

membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

(a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.

(b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?

Page 52: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

52

Tajuk 6

Kemahiran Membaca • Matlamat dan Jenis Bacaan • Peringkat Pengajaran Bacaan • Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan

Scanning

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan

menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik

bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan

scanning.

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau

bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya

penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus

bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai

kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan

bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan

dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Hasil Pembelajaran 1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat

pengajaran bacaan

1.2 Menghuraikan teknik bacaan.

Page 53: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

53

Kerangka konsep

Fikirkan:

Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah?

Arahan:

• Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah.

• Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis

bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori

ini.

Matlamat

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat

bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada

kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan

bertulis.

Matlamat dan Jenis Bacaan: • Mekanis • Mentalis • Intensif • Ekstensif

Peringkat Pengajaran Bacaan: • Kesediaan membaca • Prabacaan • Mekanis • Bacaan dan

Kefahaman

Teknik bacaan: • Intensif • Ekstensif • Skimming • Scanning

Pengajaran Kemahiran Membaca

BAHASA MELAYU

Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan

Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Page 54: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

54

Jenis Bacaan Bacaan mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut

sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi

dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan

yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati

tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah

untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.

Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan

untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang

dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan

penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif

adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang

struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri

tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta

kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Anda perlu tahu matlamat anda

mengajar kemahiran membaca

kepada pelajar-pelajar ! Kini,

fahami pula jenis-jenis bacaan.

Page 55: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

55

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini

menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan

meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan

pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan

di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid

mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan

sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang

kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang

menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan

membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi

juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan

berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah

keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan

perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut

keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan

matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari

segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan

bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental

pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah

diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan

membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai

kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih

mudah.

Page 56: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

56

Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.

Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi

kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti

koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.

Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada

tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan

menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi

kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-

ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang

sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan

abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap

apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman

ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna

daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang

apa yang dibaca.

Page 57: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

57

Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.

Teknik Bacaan

Bacaan Intensif

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara

saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.

Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola

kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar

sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan

mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini

adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi,

membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat

dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan

bahasa, ditegaskan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan

dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga

memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan

penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang

berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan

penuh daripada guru-guru.

Banyak bahan yang perlu kita baca !

Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.

Page 58: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

58

Konsep-konsep bacaan intensif

(a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan

pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;

(b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang

sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;

(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat

dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya;

(d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan

tulisan; dan

(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan,

intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik;

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan

mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus;

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;

(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca;

(e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;

(f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak

mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi

penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca

ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

(a) membaca tinjauan

(b) membaca sekilas

(c) membaca dangkal

Page 59: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

59

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti

apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata

yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan

sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya,

cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang

cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan

maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk

memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-

hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan

daripada perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran

atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak

memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang

dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan,

menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan

membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping

berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

KONSEP BACAAN EKSTENSIF

(a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;

(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;

(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan

(d) Bahan-bahan yang berbeza. Tujuan

Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:

(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang

lain;

(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;

(c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;

Page 60: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

60

(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan

sebagainya;

(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan

membina daya kreatif;

(f) Menambah minat membaca;

(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;

(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;

(i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;

(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan

perpustakaan;

(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

SKIMMING

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara

sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada

pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan

hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas

lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming:

(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat

tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;

(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan

seperti hujah, teknikal dan sebagainya;

(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi

asas untuk ‘skim’;

(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks

petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar

kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap

pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk

secara umum dan signifikannya;

Page 61: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

61

(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea

yang penting dan fakta; dan

(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan

dan rumusan.

Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas

itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza

antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat

dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan

scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat

tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung

kepada penumpu an mental.

Prosedur Langkah-langkah untuk scanning:

(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.

(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat

yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.

(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara

cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang

dihitamkan atau ' italic' yang mudah dilihat.

(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-

tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.

Page 62: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

62

Tajuk 7

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN

• Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa

• Kaedah Pandang Sebut • Kaedah Abjad • Kaedah Fonik

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran

bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif dan

pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang

sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau

bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar

menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam

pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya

penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini

bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,

pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran

kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

kemahiran-kemahiran bahasa

Page 63: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

63

Kerangka konsep

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan

Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini

pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih

dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan

membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid

diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku

kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk

ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-

unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil

yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa :

• Binaan • Cerakinan • Komunikatif • Pengalaman

bahasa

Kaedah Bacaan

• Pandang Sebut • Abjad • Fonik

Pengajaran Kemahiran

BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas

Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.

Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik

Page 64: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

64

pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada

perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada

huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak)

dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna

dan menarik

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang

dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan

dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran

membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana

pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan

struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara

berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal

yang positif.

Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater

pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.

Prinsip pendekatan komunikatif:

(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;

(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;

(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;

(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau

pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami

mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid

mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta

mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.

Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral,

interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu

mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka

menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-

Page 65: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

65

murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah,

tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam

tulisan yang dibacanya.

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat

dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat

interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk

mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir

makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang

pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal

pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam

pembelajaran kemahiran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;

(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka

memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman

sendiri atau pengalaman orang lain;

(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai

dengan pengetahuan sedia ada mereka;

(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan

sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;

(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan

sebelum aktiviti membaca; dan

(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran

pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.

Page 66: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

66

Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran

membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah

pengajaran membaca ialah: Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan

memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga

kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut.

Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan

menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut

perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang

terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang

ditunjukkan.

Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad

satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai

gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang

lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu

perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak

lambang.

Menggunakan bahan bantu belajar

KAEDAH PANDANG SEBUT

Menyebut Perkataan

Mencerakinkan perkataan dan

kata

Membina dan membaca ayat

Membaca ayat l

a t i h a n

Page 67: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

67

Kaedah Abjad

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata

dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk

membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah

mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan

menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti

dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata

dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya,

huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf

besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan

bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem

ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah

murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran

diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu

dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan

dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata

itu.

Menggunakan bahan bantu belajar

KAEDAH ABJAD

Menyebut nama huruf abjad a – z; huruf besar dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV

Mengeja suku kata, perkataan

dan frasa

Membaca ayat l

a t i h a n

Page 68: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

68

Kaedah Fonik

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara

huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf

dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan

huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku

kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja.

Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang

dibaca.

Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!

Menggunakan bahan bantu belajar

KAEDAH FONETIK

l a t i h a n

Membunyikan huruf

dan asosiasi dengan

Membatang suku

kata dan perkataan

Membaca frasa dan ayat

Page 69: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

69

Tajuk 8

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,

Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain

(b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca

Sinopsis

Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan

dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang

mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran

membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru

dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung

kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi

serta berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran

bahasa.

Page 70: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

70

Kerangka konsep

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) 1. SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian

maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu

diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) - Tinjau Q (question) - Soal/tanya R (read) - Baca R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) - Baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang

apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar,

tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan

pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga

pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read,

Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R);

(b) Know,What,Learn,How, (c) (KWLH); dan lain-lain

(a) Lingkaran Soalan,

(b) Tatacerita (c) Bimbingan

Menjangka, Teater Pembaca

• Bimbingan Menjangka, • Teater Pembaca

Teknik

Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU

Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka

dan Teater Pembaca

Page 71: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

71

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri

soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan

tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat

yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca

kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara

aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah

disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan

soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya

sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau

maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba

mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.

Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh

cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota

atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian

buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang

dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan

(untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah

diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan

(bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru

dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat

pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan

apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan

menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat

Page 72: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

72

tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang

menggunakan teknik KWLH.

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) - Membaca A (Analogize) - Menganalogi D(Discuss) - Berbincang A( Apply) - Mengaplikasi R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar

menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR

ialah:

R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang

dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi

serta membandingkan dengan ma klumat lain.

A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan

mempunyai persamaan.

D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat.

Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan

yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus

semula apa yang telah dibincangkan.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan

pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk

membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia

ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca

Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan

menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita

yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan

nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau

Page 73: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

73

suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling

diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan

(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;

(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;

(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog;

(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;

(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;

(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;

(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan

(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERIT A

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan

perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan

kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita;

(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan

mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan

mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;

(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;

(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;

Page 74: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

74

(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;

(e) Lakukan latihan;

(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan

penceritaan; dan

(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan

bahasa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.

. .

Page 75: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

75

Rujukan Asas Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,

Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Rujukan Tambahan

Bachman Lyle F. (1990). Fundamental consideration in language testing. Oxford: Oxford University Press.

Brown James Dean, Hudson Thom. (2002). Criterion-reference language testing. Cambridge: Cambridge University Press.

Kiely, Richard (2005). Program evaluation in language education. Basingstoke: Palgrave Macmillan.

Lynch, Brian K. (2003). Language assessment and programme evaluation. Edinburg: Edinburgh University Press.

McGrath, Ian. (2002). Materials evaluation and design language teaching. Edinburg: Edinburgh University Press.

Page 76: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

76

PANEL PENULIS DAN PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

CIK NORLIZA BINTI YUSOF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (dengan kepuj ian) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (14 Tahun)

Dr. ISMAIL BIN ABD. RAHMAN Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang ([email protected])

Kelulusan: Ph.D (Kesusasteraan Melayu, UPSI) M.Ed (Pengajian Kurikulum, USM) Cert.Ed (Pengajian Melayu, MPSP) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun)

PUAN NORLIZA BINTI ABU BAKAR Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab 75990 Durian Daun Melaka. ([email protected])

Kelulusan: M.Ed (Pendidkan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM) Bac. Pend. (Pengajian Bahasa Melayu sbg Bahasa Pertama) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (27 tahun)

Page 77: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

77

IKON Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 78: Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

78

Lampiran B

STRUKTUR PELAKSANAAN KURIKULUM

(AKAN DISEDIAKAN KEMUDIAN )