KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK, UTM. NUR SALWANI BINTI MAT NOOR 870824-11-5652 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI
KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR
PENDIDIKAN FIZIK, UTM.
NUR SALWANI BINTI MAT NOOR
870824-11-5652
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI
KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR
PENDIDIKAN FIZIK, UTM.
NUR SALWANI BINTI MAT NOOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan( Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2010
Khas buat abah dan ma yang dicintai,
Haji Mat Noor Bin Haji Mat Ali
Hajjah Wan Meriam Binti Wan Jaaffar
Keluarga yang sentiasa dihati,
Abang dan kakak
Kasih yang mekar tanpa henti,
Tarmizi Bin Ramli
Teman-teman seperjuangan sumber inspirasi,
4SPF
Jasa dan pengorbanan kalian sentiasa kukenangi…
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahnya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Penyelidik dengan penuh ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman selaku penyelia di atas
bimbingan, sokongan, galakan, tunjuk ajar, nasihat, pandangan dan kritikan membina
dalam usaha untuk menyiapkan laporan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakam kepada Fakulti
Pendidikan UTM dan pelajar-pelajar pendidikan Fizik tahun empat kerana memberi
kerjasama kepada penyelidik untuk menjayakan kajian ini.
Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih atas penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala jasa
kalian diberi ganjaran dari Allah S.W.T, Amin.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kemahiran berfikir kritis
dan kreatif dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) dalam kalangan pelajar
pendidikan Fizik, UTM. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Data-data
dikumpulkan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan
kepada 51 orang responden setelah kajian rintis dijalankan terlebih dahulu. Seterusnya
data-data ini dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 (Statistical Package for Social
Science). Hasil analisis ini dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min. Analisis
menggunakan ujian-t juga digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan
min yang signifikan dalam kemahiran berfikir kritis dan kreatif merentasi jantina.
Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar pendidikan Fizik, UTM mempunyai
kemahiran berfikir secara kritis dengan peratusan sebanyak 92.2% berbanding
kemahiran berfikir secara kreatif hanya sebanyak 7.8%. Berdasarkan min purata PNGK,
kedua-dua kumpulan pelajar kritis dan kreatif ini layak mendapat penganugerahan ijazah
kepujian kelas kedua tinggi. Selain itu, kajian mendapati tiada terdapat perbezaan min
yang signifikan dalam kemahiran berfikir kritis pelajar merentasi jantina. Dapatan
kajian bagi persoalan yang terakhir pula menunjukkan bahawa tahap pencapaian
akademik pelajar berdasarkan min PNGK dalam kalangan kursus 4 SPF, 4 SPP, dan 4
SPM juga berada dalam kategori layak mendapat penganugerahan ijazah kepujian kelas
kedua tinggi. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penyelidik kepada pihak
berkenaan untuk meningkatkan lagi keseimbangan kemahiran berfikir di kalangan
pelajar.
ABSTRACT
Purpose of this research is to determine the relationship between critical and
creative thinking skills with cumulated point achievement (CPA) among the physic’s
education students, UTM. The research was carried out in the forms of descriptive and
involves 51 respondents. Data were collected using a set of questionnaires as the
research instrument which was distributed to the respondents after the validity test was
conducted. The data were analyzed by using the SPSS 11.5 (Statistical Package for
Social Science) and the results were presented in percentages and mean. T-test is been
used to determine the relation between two variable that is critical and creative thinking
skills across the gender. The result of the study showed that the majority of the
respondents apply critical thinking skills with percentage 92.8% compare to creative
thinking skills with percentage 7.8% in their study. According to student’s average
mean CPA, both creative and critical thinking students are qualified to be awarded a
degree of second class upper with honors. The result also shows that there is no
significant difference in means of critical thinking skills across the gender. Finally, the
students’ average means of CPA according to the courses 4SPF, 4 SPP and 4 SPM
showed that they are qualified to be awarded a degree of second class upper with honors.
Few suggestions have been proposed by the researcher to those concerned so that more
balanced thinking skills can be achieved by the students in the future.
KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
xiii
xiv
xv
xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 6
1.4 Kepentingan kajian 6
1.5 Objektif kajian 8
1.6 Persoalan kajian 8
1.7 Definisi terminologi 9
1.7.1 Kemahiran berfikir 9
1.7.2 Kemahiran berfikir kritis 9
1.7.3 Kemahiran berfikir kreatif 9
1.7.4 Fizik 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Konsep berfikir 11
2.2 Kemahiran berfikir 14
2.3 Model kemahiran berfikir PPK 17
2.4 Kemahiran berfikir kritis 18
2.5 Kemahiran berfikir kreatif 19
2.6 Kepentingan KBKK 21
2.7 Kajian-kajian lepas
2.7.1 Kajian Tentang Tahap Penguasaan 23
Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
Penyelesaian Masalah Pelajar Aliran
Sains
2.7.2 Kajian Tentang Tahap Kemahiran 24
Berfikir ke atas Jantina
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 26
3.1 Populasi kajian 26
3.2 Instrumen kajian 27
3.3 Rekabentuk kajian 28
3.4 Kajian rintis 29
3.5 Analisis data 29
3.6 Penutup 31
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 32
4.1 Analisis bahagian A:
latar belakang responden 33
4.2 Analisis bahagian B: 34
4.2.1 Mengenal Pasti Pelajar Kreatif
dan Kritis 34
4.2.2 Tahap Pencapaian Akademik
Pelajar Berdasarkan PNGK Bagi
Pelajar Kreatif dan Kritis 35
4.2.3 Perbezaan Kemahiran Berfikir
Kritis Merentas Jantina 36
4.2.4 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar
Berdasarkan PNGK bagi Pelajar
Kursus 4SPF, 4 SPP dan 4SPM 37
4.3 Penutup 38
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 39
5.1 Perbincangan Kajian 39
5.2 Bahagian A:
Perbincangan Latar Belakang
Responden 40
5.3 Bahagian B:
Perbincangan Terhadap 5 Persoalan
Kajian 41
5.3.1 Bilangan Pelajar Kritis dan Kreatif
Dalam Kalangan Pelajar
Pendidikan Fizik,UTM. 41
5.3.2 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar
Berdasarkan PNGK Bagi Pelajar
Kreatif dan Kritis. 44
5.3.3 Perbezaan Signifikan Dalam Kemahiran
Berfikir Kritis dan Kreatif Merentas
Jantina 47
5.3.4 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar
Berdasarkan PNGK Dalam Kalangan
Kursus 4 SPF, 4 SPP, dan 4 SPM 48
5.4 Rumusan 49
5.5 Cadangan
5.5.1 Kepada Pihak Pelajar 50
5.5.2 Kepada Pihak Pensyarah 51
5.5.3 Kepada Pihak Universiti 52
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 52
5.7 Penutup 53
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 27
3.2 Jadual Penganugerahan Kepujian 30
4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Kursus
Pengajian
34
4.3 Analisis Taburan Responden Pelajar Kreatif dan
Kritis
35
4.4 Purata Min dan Sisihan Lazim Bagi PNGK Serta
Tahap Penganugerahan Tahap Kepujian Mengikut
Pelajar Kritis dan Kreatif
36
4.5 Analisis Ujian-T Bagi Mencari Perbezaan Min
Signifikan Dalam Kemahiran Berfikir Kritis
Merentasi Jantina
36
4.6 Purata Min dan Sisihan Lazim Bagi PNGK Serta
Tahap Penganugerahan Kepujian Bagi Pelajar
Kursus 4 SPF, 4 SPP dan 4 SPM
37
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
2.3 Tumpuan Kebolehan Saintifik HOKI dan HOKA 16
2.4 Model Kemahiran Berfikir PPK 17
SENARAI SINGKATAN
NO. SINGKATAN
KETERANGAN
1. UTM Universiti Teknologi Malaysia
2. PNGK Purata Nilai Gred Keseluruhan
3. SPSS Statistical Package for Social Science
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Instrumen Kajian 58
B Surat Kebenaran Kajian Dari Fakulti
Pendidikan, UTM
62
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Agenda pendidikan negara adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara yang
mensasarkan dua matlamat penting, iaitu sebagai agen pembangunan insan dan sumber
daya manusia. Dalam hal ini,institusi pendidikan berfungsi sebagai medium untuk
melahirkan generasi yang bukan sahaja kompeten dari segi ilmunya malah mampu
berfikir dalam menghadapi kehidupan. Oleh itu, institusi pendidikan harus bebas dari
bergelar pengeluar lepasan pelajar yang sekadar memiliki sijil akademik yang tinggi
tetapi tidak berilmu dan yang memiliki akal, namun gagal berfikir. Justeru, institusi
pendidikan perlu memainkan peranan untuk memupuk akal dan fikiran pelajar ke arah
penghasilan generasi yang berfikir sejajar dengan matlamat negara yang mahu
melahirkan rakyat berprestasi cemerlang, gemilang dan terbilang.
Menjelang tahun 2020, Malaysia mensasarkan target untuk menjadi sebuah
negara maju mengikut acuan sendiri di mana rakyat-rakyatnya mampu bersaing secara
adil dan sihat dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Hal ini
selari dengan peranan pendidikan di Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sahsiah sepertimana yang
ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)
Menurut Nooridayu (2008), kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan
kepada satu-satu masalah atau membuat sesuatu keputusan secara sisitematik adalah
dikenali sebagai kemahiran proses sains. Kemahiran ini melibatkan proses mental yang
mendorong pelajar berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.
Sepertimana yang kita sedia maklum, untuk mencapai hasrat melahirkan
masyarakat yang berdaya saing tinggi, kritis, kreatif dan inovasi ini maka Malaysia
memerlukan ramai warganegara yang yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif
terutamanya dari golongan berpendidikan tinggi yang diharapkan menjadi tunjang
pemerintahan negara kelak.
“Dengan adanya kemahiran berfikir kritis, masyarakat dapat menyuarakan
pandangan, pendapat, dan kritikan untuk mempengaruhi proses membuat
keputusan serta menyelesaikan masalah ke arah membangunkan Negara”.
(Abd. Rahim Abd Rashid, 1999)
Untuk itu, pelaksanaan pemikiran kritis dan kreatif perlu dipupuk sejak dari awal
pendidikan lagi supaya potensi pemikiran pelajar dapat dikembangkan sepenuhnya.
Bagi melaksanakannya, golongan pendidik bertanggunjawab untuk menerapkan proses
berfikir dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
“Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan kemahiran berfikir
secara kritis supaya dijadikan sebagai sebahagian kemahiran untuk
dijadikan asas pemerolehan ilmu dan kemahiran dalam mata pelajaran.”
(Som, 2003)
Adalah dipercayai bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sedikit
sebanyak telah mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pelajaran terutama sekali yang
melibatkan matapelajaran sains. Tambahan pula, kemahiran berfikir kritis dan kreatif
merupakan kemahiran generik dan boleh diaplikasikan menerusi pelbagai subjek serta
konteks dan dianggap sebagai bekalan yang amat berguna untuk pembelajaran sepanjang
hayat.
1.2 Latar belakang masalah
Kebanyakan pelajar pada hari ini lebih leka dibuai arus keseronokan yang dibawa
oleh kemajuan teknologi seperti bermain permainan komputer, berbual di internet, dan
pelbagai lagi sehinggakan pelajar tidak mempunyai keinginan untuk memajukan diri
sendiri. Pelajar lebih seronok menjalani hidup sedemikian daripada menyertai program-
program untuk membina kemahiran dan jati diri yang banyak dianjurkan oleh pihak
kaunseling dan pihak institusi pendidikan terutamanya dalam kalangan pelajar insititusi
pengajian tinggi. Pelajar sepatutnya menyiapkan diri mereka dengan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran generik dan kemahiran berfikir untuk diaplikasikan ketika
memasuki alam pekerjaan kelak.
Selain itu, sistem pendidikan yang berlangsung di institusi pengajian tinggi
adalah lebih kepada ‘exam oriented’. Masalah ini lebih serius jika melibatkan
matapelajaran sains dimana pelajar hanya mendengar syarahan daripada pendidik seperti
“teko dan cawan” iaitu pendidik mencurahkan ilmu seperti teko dan pelajar menadahnya
tanpa berfikir panjang. Berpunca dari hal inilah kebanyakan graduan-graduan yang
dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi hanya sekadar makan gaji tetapi gagal
menyumbangkan pembaharuan kepada majikannya. Mereka hanya sekadar belajar
untuk lulus peperiksaan tanpa cuba memahami apa yang dipelajari. Sepatutnya pendidik
menerapkan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar seperti kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif dalam matapelajaran sains yang bukan sahaja berguna untuk pelajar
skor dalam subjek tersebut malah turut boleh digunakan seumur hidup pelajar. Hal ini
disokong oleh penyataan berikut:
“Peranan pendidik haruslah bersifat dinamik dan futuristik. Para guru dituntut
melakukan lonjakan keluar dari amalan ‘ritual teaching’ yang tidak produktif
kepada gagasan kebestarian pendidikan sejajar dengan aras pemikiran baru dan
tuntutan asasi peranan pendidikan itu sendiri.”
(Hadi, 1997)
Walaubagaimanapun, kemahiran berfikir masih kurang diterapkan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Ketika berfikir, kedua-dua
belah otak telah dirangsang untuk bekerja bagi memperoleh idea yang benar-benar
bernas dan boleh digunakan. Berdasarkan Teori Kemahiran Berfikir yang dipelopori
oleh Robert Sperry (1995), otak manusia menggunakan bahagian kirinya untuk berfikir
secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua belah otak
ini mempunyai fungsi tertentu dimana otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam
bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan.
Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,
sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Oleh itu
untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, penggunaan
kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah diseimbangkan.
“Terdapat dua kemahiran berfikir yang dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sering kali
diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah sains dan matematik. Seseorang
pelajar yang ingin berjaya dalam bidang sains perlu memiliki kaedah berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK)”.
( Nooridayu, 2008)
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (1997), Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queen’s College, New York, USA) telah
memperkenalkan model KBKK untuk diaplikasikan di dalam sistem pendidikan
Malaysia. Model yang diperkenalkan ini telah mengelaskan KBKK kepada empat
kategori utama iaitu pemikiran kritis, Pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
Perlaksanaan KBKK ini dirasakan perlu untuk memupuk budaya berfikir dalam
kalangan pelajar sedari awal lagi bagi melahirkan generasi pewaris yang mampu
mengemukakan idea yang kreatif dan bernas untuk kecemerlangan negara. Oleh itu,
penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dirasakan amat perlu selari dengan
tuntutan agama yang mahu pelajar cemerlang demi agama, bangsa dan juga negara.
1.3 Penyataan masalah
Kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat berkembang menyebabkan
penyebaran ilmu berlaku dengan pantas sekali. Jadi pelajar yang bakal menjadi guru
fizik seharusnya mempersiapkan diri serta bersikap kritis dan kreatif untuk terus
menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi.
Kebanyakan pelajar pendidikan Fizik dewasa ini masih lemah dalam menguasai
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara seimbang. Hal ini disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Marlina (2006) yang mengatakan bahawa tahap kemahiran
berfikir kritis bagi pelajar pendidikan Fizik tahun empat di UTM adalah pada tahap
sederhana. Adalah sangat diharapkan graduan yang dihasilkan oleh intitusi pengajian
tinggi bukan sahaja kompeten dari segi pencapaian akademiknya malah turut dilengkapi
kemahiran sepanjang hayat. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita
mempersiapkan masyarakat secara amnya dan pelajar secara khususnya untuk memiliki
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghadapi cabaran globalisasi.
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan yang wujud diantara
kemahiran berfikir kritis dan kreatif dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) bagi
pelajar pendidikan Fizik, UTM. Kajian ini memberi kepentingan kepada pelbagai pihak
terutamanya kepada institusi pendidikan tinggi dan pelajar sendiri.
Fokus utama kajian ini adalah untuk kepentingan intitusi pendidikan tinggi
khususnya. Dapatan kajian yang bakal diperolehi akan menunjukkan sama ada pelajar
mempunyai kemahiran berfikir secara kritis atau kreatif atau seimbang di antara kedua-
duanya. Melalui maklumat ini, pendidik boleh menekankan tahap kemahiran berfikir
yang kurang dikuasai oleh pelajar supaya tahap pencapaian akademik mereka boleh
ditingkatkan lagi. Ini kerana, pelajar yang dapat menguasai kedua-dua kemahiran
berfikir iaitu kritis dan kreatif akan lebih cemerlang dalam pelajarannya.
Kebaikan kepada pelajar ialah pelajar dapat mengenal pasti mereka tergolong di
dalam kategori yang mana sama ada pemikiran kritis atau kreatif. Apabila pelajar tahu
tentang maklumat ini, pelajar boleh berusaha untuk meningkatkan jenis pemikiran yang
kurang dikuasai supaya penggunaan kedua-dua belah otak pelajar dapat diseimbangkan.
Ini akan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kedua-dua jenis pemikiran iaitu
pemikiran kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir ini akan banyak membantu pelajar
meyelesaikan pelbagai masalah sama ada yang bersifat akademik mahupun masalah
dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah penting kerana kesedaran yang ditimbulkan
dalam kajian ini dapat membantu pelajar menjadi seorang yang cekap untuk menerokai
pelbagai kemungkinan dan mampu membuat keputusan dengan wajar sepanjang
hayatnya.
Akhir sekali, kajian ini juga memberi kepentingan terhadap penyelidik sendiri.
Penyelidik dapat mendalami tentang kemahiran berfikir yang dirasakan amat penting
untuk mengharungi zaman yang serba mencabar ini. Penyelidik mendapat gambaran
awal tentang betapa pentingnya peranan institusi pendidikan tinggi untuk menerapkan
kemahiran berfikir supaya graduan yang di hasilkan bukan sahaja cemerlang dari segi
akademik malah memenuhi kriteria-kriteria pemimpin yang berdaya saing, kritis,
kreatif, dan inovatif di dalam mana-mana institusi walau sekecil insitusi kekeluargaan
sekali pun. Yang terakhir, penyelidik dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan yang
berguna apabila menjadi seorang guru kelak.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini di jalankan untuk meninjau beberapa aspek seperti:
a. Mengenal pasti pelajar kritis dan kreatif.
b. Menentukan tahap pencapaian akademik pelajar berdasarkan
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi pelajar kritis dan
pelajar kreatif.
c. Mengenal pasti perbezaan min signifikan dalam kemahiran
berfikir kritis merentasi jantina.
d. Menentukan tahap pencapaian akademik berdasarkan PNGK bagi
pelajar dari kursus 4 SPF, 4 SPP, dan 4SPM.
1.6 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
a. Siapakah pelajar kritis dan kreatif?
b. Apakah tahap pencapaian akademik berdasarkan PNGK oleh
kumpulan pelajar kritis dan kreatif?
c. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kemahiran
berfikir kritis merentasi jantina?
d. Apakah tahap pencapaian akademik berdasarkan PNGK oleh
pelajar dari kursus 4 SPF, 4 SPP dan 4 SPM?