Top Banner

Click here to load reader

Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

Jul 21, 2016

ReportDownload

Documents

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

  • KEMAHIRAN BERFIKIRKRITIS, KREATIF, DAN STRATEGI BERFIKIR

  • MATLAMAT

    Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebarang mata pelajaran.

  • OBJEKTIF

    Selepas mengikuti modul ini pendidik:

    1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;

    2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam

    pengajaran dan pembelajaran;

    3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan

    pembelajaran;

    4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain; dan

    5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.

  • APAKAH BERFIKIR ?

    Berfikir ...

    ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.(Mayer, 1977)

    merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.(Fraenkel, 1980)

    ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.(Beyer, 1984)

  • Pengertian berfikirKemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

    ProdukProses

  • PROSES BERFIKIRPengetahuanSikap / NilaiKemahiranKognitif

  • MODEL KEMAHIRAN BERFIKIRKEMAHIRANBERFIKIR- menjana idea- menghubung kait- membuat inferens- meramal- membuat hipotesis- mensintesis- mengitlak- membuat gambaran mental- menganalogi- mereka cipta

    STRATEGIBERFIKIRMENAAKUL- mencirikan- membanding dan membezakan- mengumpul dan mengelas- membuat urutan- menyusun mengikut keutamaan- menganalisis- mengesan kecondongan- menilai- membuat kesimpulanKEMAHIRANKRITISKEMAHIRANKREATIF- mengkonsepsi- menyelesaikan masalah- membuat keputusan

  • Pelbagai Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.

    Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

  • Pelbagai Kemahiran BerfikirStrategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

    Kemahiran berfikir menaakul membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

  • Menguasai KBKB telah disusun mengikut heirarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks.

    Pelajar perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks.

    Contoh: membuat urutanpelajar seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, dan mengumpul dan mengelas.

  • Unit 3 KB KritisUnit ini memberikan penjelasan mengena setiap ciri kemahiran di dalam kemahiran berfikir kritis. Turut diberikan:penggunaancontoh panduan mengaplikasikan

  • KB KritisMencirikan

    definasi Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

    Kemahiran ini digunakan untuk:

    a)Mendefinisikan konsep atau item.b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

    Contoh aplikasi dalam p & p .

  • Membandingkan dan Membezakan

    Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

    Kemahiran ini digunakan apabila :

    a)Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.b)Membuat pilihan atau keputusan.

  • Mengumpulkan dan Mengelaskan

    Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

    Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

    a)Banyak item atau maklumat.b)Item atau maklumat yang tidak tersusun.

  • Membuat Urutan Menyusun Mengikut KeutamaanMenganalisisMengesan KecondonganMenilaiMembuat Kesimpulan

    KB Kritis

  • Unit 4 Ciri KB KritisUnit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.

    Menjana Idea

    Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

    Kemahiran ini digunakan apabilaMencari idea baruMencari alternatif.Langkah penggunaan..Contoh dan garis panduan...

  • Membuat Inferens

    Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.

    Kemahiran ini digunakan apabila :

    Hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.

    Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

  • KB KreatifMembuat HipotesisMeramalMenghubungkaitkanMensintesisMenganalogi MengitlakMembuat Gambaran MentalMereka Cipta

  • UNIT 5 STRATEGI BERFIKIR

    1. MengkonsepsikanMembuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

    Strategi ini digunakan dalam membina konsep atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu fenomena menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

  • STRATEGI BERFIKIR

    2. Menyelesaikan MasalahMencari penyelesaian secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan

    Strategi ini digunakan apabila :a) Tiada jawapan yang diketahui.b) Diketahui ada perbezaan antara yang dijangkakan dengan yang sepatutnya berlaku.

  • STRATEGI BERFIKIR

    3. Membuat KeputusanMemilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

    Strategi ini digunakan untuk :

    a) Membuat suatu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian .b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.

  • ALAT BERFIKIR

    Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan p & p .

    Alat berfikir yang biasa digunakan dalam proses p & p adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan serta peta minda.

  • Unit 7 Petunjuk KBDi dalam kemahiran berfikir, terdapat perkataan tertentu yang digunakan yang memberikan makna yang sama dengan ciri kemahiran berfikir.

    Guru-guru di dalam menyediakan rancangan mengajar sudah biasa mengaplikasikan kemahiran ini

  • MencirikanMenyatakan ciri-ciri unsurMemperlihatkan sifatMenyenaraikan ciri-ciriMenyenaraikan sifatMengenalpasti ..

  • METAKOGNISI

    Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu yang maujud.

  • Penerapan KB Dalam P & PPembelajaran berfikrah Menyatupasukan kandungan dan proses sebagai pendekatan utama.

    Melalui pendekatan ini diserapkanMengajar cara berfikirMengajar untuk berfikirMengajar untuk berfikir

  • Rangka kerjaKB diperkenalkanKB dipraktikan dengan bimbingan guruKB dipraktikan tanpa bimbingan guruKB diaplikasikan ke situasi baruKB digunakan dengan kemahiran lain

  • PengoperasianDemonstrasi...