Top Banner
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013 . APA ITU KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dannilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT 1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman 2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta) 3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan 4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
10

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Nov 09, 2015

Download

Documents

zam2h

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atauHigher Order Thinking Skills(HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT

Kemahiran BerfikirAras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dannilai dalam membuat penaakulandan refleksibagi menyelesaikan masalah,membuatkeputusan,berinovasi danberupaya mencipta sesuatu.

TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT

1.Mengubah amalanhafalankepada pemahaman

2.Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilaidan mencipta)

3.Mewajarkan penyelesaiandanpenemuan

4.Diperlukan untuk penyiasatansaintifik

TEKNIK PENYOALAN

SOALAN BERKESAN

1.Bermatlamat(diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

2.Dinyatakan denganjelas(murid memahami apa yang dimaksudkan)

3.Ringkas(dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

4.Memprovokasipemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)

5.Menyoal siasat(melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)

6.Skop terhad(soalan yang bercapah akan mengelirukan)

7.Disesuaikan dengan tahap kelas(wajar dan berbeza)

KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN

1.Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama

2.Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3.Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas4.Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

5.Tanya soalan yang tidak ada kaitan

6.Selalu tanya jenis soalan yang sama

7.Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan

1. Tingkatkan Soalan Aras TinggiBagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu.

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antaraciri-ciri Soalan KBATadalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu.

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian MasalahBagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.

3. Teknik MenyoalTeknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Tujuan Teknik Penyoalan- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain- Menegaskan kepentingan isi- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Prinsip Panduan Penyoalan- Soalan hendaklah dirancang- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku TeksTanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu.

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan ProjekSatu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam kalangan pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. PelaksanaanSTEMjuga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat BerfikirStrategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir, iaitu:- Soalan dan penyoalan- Peta Minda- Pengurusan Grafik- CoRT-i-Think- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.

Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada perkongsian yang lain, sila-sila kanlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah bagi digunakan oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!